Anda di halaman 1dari 2

MEMOHON SUMBANGAN TV LCD 42 BAGI KEGUNAAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH Dimaklumkan perkara atas dirujuk 2.

Sekolah Kebangsaan Kiabau ini dibina pada tahun 1968 dan sudah berusia lebih dari 40 tahun. Dalam usia yang begitu tua ini, sekolah kami dalam serba kekurangan dari segi kewangan kerana masih kekurangan murid lagi. Walaupun begitu, sekolah ini telah banyak menghasilkan murid- murid yang berprestasi tinggi dalam bidang akademik di peringkat menengah dan universiti kerana setiap tahun sekolah kami adalah di antara 5 sekolah terbaik di daerah Telupid. Pada tahun lepas 2012, sekolah kami telah mencatatkan 100% lulus dalam semua matapelajaran UPSR dan seorang mendapat 4A1B. manakala pada tahun 2011, seorang mendapat 5A , seorang mendapat 4A1B, dua orang mendapat 3A2B dan lulus semua matapelajaran sebanyak 60%. 3. Berdasarkan kepada rekod baik sekolah, kami amat memerlukan sumbangan 2 buah TV LCD berukuran 42 untuk tujuan pembelajaran di sekolah. Untuk pengetahuan Datuk, kebanyakan projektorprojektor yang ada di sekolah telah rosak dan kami telah memohon untuk penggantian baru. Tetapi, tiada peruntukan dari pihak berkenaan. Tujuan kami memohon TV tersebut adalah untuk murid- murid belajar menggunakan aplikasi- aplikasi teknologi terkini dan disambungkan dengan TV untuk paparan yang lebih menarik dan canggih. Dengan ini, murid- murid akan lebih tertarik untuk belajar dan akan dapat meningkatkan prestasi SK Kiabau. 4. Dengan itu, adalah menjadi harapan kami di agar permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Datuk demi kemajuan murid- murid di sinii. 5. Kerjasama dan sumbangan Datuk mengenai perkara ini sangat-sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Yang menurut perintah,

( SILVESTER A.S SUNDANG ) Penolong Kanan 1 SK. Kiabau, Telupid. Sk. Pengarah Pelajaran Sabah. Pegawai Pelajaran Daerah. Fail.