Anda di halaman 1dari 6

APA DIA JEREBU?

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Ia juga dianggap fenomena udara kering.

BAGAIMANA JEREBU BERLAKU?

Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat).

Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.

DARI MANA SUMBER JEREBU?

Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

BENTUK JEREBU

Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."

PENCEMARAN UDARA

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU 0 - 50 51 - 100

Kualiti udara Baik Sederhana

101 - 200 Tidak sihat 201 - 300 Sangat tidak sihat 301 - 400 Berbahaya 401 - 500 Sangat berbahaya Lebih 501 Darurat

LAGI SEBAB DAN PUNCA JEREBU

Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan

dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut. Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan.

MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

Kanak-kanak Orang tua Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain Perokok Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

Iritasi kerongkong dan batuk-batuk Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat Iritasi di mata serta mata yang merah Kulit terasa gatal Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi Selalu minum air Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.

KESAN JEREBU

Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. Disebabkan

ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerubu, dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk. KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA

Jerebu merupakan satu masalah BESAR di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.

Pada Ogos 2005 , kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.

Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. Pada Jun 2013 jerebu datang kembali seluruh Asia Tengara terutamanya di Singapura & Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi 23 Jun 2013 dan kawasan ini telah pun diisytihar darurat.

Bagi kawasan - kawasan lain, IPU juga mencatatkan peningkatan yang tinggi. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah - sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.

Ramai yang menuding jari menyalahkan sana dan sini bila berlaku jerebu teruk sehingga menjejaskan kehidupan. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu berikan peringatan kepada kita selaku hambanya. Memanglah dari sudut saintifik seperti yang dijelaskan di atas, ia berpunca dari pembakaran terbuka dan sebagainya namun itu adalah kuasa Allah. Banyak hikmah atau kebaikan tersembunyi disebalik berlakunya bencana jerebu ini. Antara kebaikannya :

1. Guru yang belajar setiap weekend, sudah pasti dapat menyiapkan Ringkasan Pengajaran Harian (RPH) di rumah pada hari cuti seperti hari ini atau menanda Kad Kemajuan murid.

2. Dapat berehat sebentar dari suasana terkejar-kejar untuk punch card setiap hari.

3. Ibu bapa yang bercuti berkualiti dengan anak-anak.

dapat

memperuntukkan masa

yang

4. Bagi blogger, boleh fikirkan cara untuk update blog dan buat banyakbanyak entri auto publish.

Teringat saya, semasa sekolah menengah dulu, seorang ustaz berkata tanda akhir zaman ialah keluarnya asap. Saya terjumpa di SINI hadis itu. Ada bukunya dalam storage. Malam-malam ni, tak rajin saya nak menggelidahnya. Jom baca

http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/10/punca-punca-jerebu.html

Anda mungkin juga menyukai