Anda di halaman 1dari 7

BORANG PENGURUSAN GRAFIK MEMBANDING DAN MEMBEZA

PERSAMAAN

Guru masa lalu dan guru masa depan mempunyai matlamat yangsama untuk mendidik murid dan memberi ilmu.

PERBEZAAN GURU MASA LALU GURU MASA DEPAN

Bergantung kepada bahan yang dibekalkan oleh KPM Tugas hanya menumpukan perhatian kepada murid Berpuas hati dengan apa yang ada (zon selesa) Kemahiran IT yang terhad

Menggunakan modul KPM di samping mencari rujukan lain Tugas guru pelbagai, peratus di dalam kelas hanya 50%. Sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan prestasi diri Mengambil peluang ayang disediakan khasnya dalam bidang IT Bukan setakat mengajar malah member peluang kepada murid meneroka ilmu

Mengajar murid mengikut cara tradisional

Kesignifikanan persamaan dan perbezaan


Nyatanya sekarang matlamat guru tetap sama tetapi kaedah dan pembawakan diri guru lalu dan guru masa depan adalah berbeza

RUMUSAN Guru harus sentiasa peka dan mengambil kesempatan setiap peluang yang ada. Guru tidak boleh terikat dengan sesuatu cara sahaja malah perlu meneroka lebih dalam setiap bidang yang terlibat. Saya mahu menjadi guru masa depan.

REFLEKSI TUTORIAL 1. (06. JULAI 2013)


Setelah menonton video yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Ilmu Pendidikan IPGMKSM ini saya mendapat banyak info baru dan terkini. Perkara pertama yang saya pelajari daripada video itu ialah sikap untuk maju dan seterusnya usaha dan keyakinan diri untuk terus maju. Saya telah sedar bahawa dalam diri saya mempunyai satu kemahuan untuk maju dalam bidang pendidikan ini kerana setiap kali ingin merancang rancangan pengajaran, saya suka menggunakan kemajuan Teknologi Maklumat yang banyak kegunaan dan aplikasinya. Saya tidak boleh terikat dengan corak pengajaran guru-guru 20 tahu yang lalu di mana mereka belum berhadapan dengan era globalisasi dengan sepenuhnya. Pada masa kini, seseorang guru itu lebih tercabar dengan pelbagai gejala sosial di kalangan murid-murid sekolah, gejala keruntuhan moral dan akhlak dalam masyarakat sekeliling serta faktor masa yang terhad untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Berdasar model pembelajaran ASSURE, saya dapat mengenal pasti bahawa sesuatu peruses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya guru mengkaji kehendak dan keperluan murid pada masa kini dan seterusnya pada masa akan datang., Pembinaan pengajaran ya ng berkesan menggunakan model ASSURE ini meliputi 6 elemen asas iaitu menentukan keperluan pelajar, menentukan matlamat dan objektif pembelajaran, membina prosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran dan menilai keseluruhan sistem. Pengajaran yang berkesan bermaksud pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap gurur sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Model ASSURE dapat membantu guru memilih dan menentukan penggunaan pelbagai media dan bahan sumber pendidikan pada tahap optima. Model berbentuk prosedural ini menyediakan panduan kepada guru untuk merancang, melaksana dan menilai pengajaran menggunakan media dan bahan sumber pendidikan. Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dsb. Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas memberi tindak balas yang betul

Saya telah berkhidmat selama 9 tahun dalam bidang pendidikan dan pernah bertugas di 2 buah sekolah yang mempunyai persekitaran yang berbeza. Sekarang saya mengajar di sekolah gred B yang terletak di kawasan luar Bandar berhampiran Lebuhraya Timur Barat. . Sekolah saya mempunyai kemudahan-kemudahan yang cukup bagi proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Seramai 26 orang guru telah berkhidmat di sekolah ini dan jumlah keseluruhan murid di sekolah saya ialah 270 orang termasuk murid prasekolah. Di sekolah, saya mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelas 2 Bestari. Terdapat 18 orang murid daripada pelbagai aras kebolehan dan pelbagai latar belakang.. Hasil ujian dianogsis didapati sebahagian besar murid belum dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Bagi membantu murid-murid saya menguasai kemahiran membaca dan menulis, saya memilih Model ASSURE kerana model tersebut sesuai untuk digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE merupakan sebuah model perancangan mengajar berasaskan bilik darjah Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, saya selalu

merancang rancangan mengajar secara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan bantu mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima imput daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output kepada langkah seterisnya. Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam rancangan mengajar instruksi Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat mencapai kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang minat akan sentiasa melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuh

memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian, Model Reka Bentuk Instruksional ASSURE boleh digunakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang

berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan disamping mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik. Perancangan mengajar merupakan susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Rancangan pengajaran yang berorentasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas; kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan pengajaran yang tersedia ada masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu menyediakannya sendiri. Dengan menggunakan Model ASSURE, ia dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Melalui Model ASSURE, ia memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Dalam Model Reka Bentuk ASSURE ini, Analisis Murid sangat perlu jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri murid, pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran mereka sama ada dari kalangan murid auditori, visual atau kinestatik. Objektif pengajaran pula perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dimuridi dan ia merupakan tahap minimum yang perlu dicapai oleh murid daripada pengajaran yang dijalankan. Selain dari itu, kaedah pengajaran yang digunakan haruslah sesuai dan dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pengajaran dan kumpulan sasaran atau murid kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza sama ada secara kelas, berkumpulan atau individu. Pemilihan media pula harus bersesuaian dengan kaedah yang dipilih dan keperluan penggunaanya dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media sedia ada, mengubah suai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Selain dari itu, murid juga harus dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, kuiz dan projek bagi memastikan proses pembelajaran berlaku. Bagi melihat keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada sebelum, semasa dan

selepas

sesi

pengajaran

yang

melibatkan

aspek

pencapaian

murid

dan

pembelajaran yang dihasilkan seterusnya pengajaran yang digunakan.

keberkesanan media dan kaedah

Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara

Anda mungkin juga menyukai