Anda di halaman 1dari 30

Panduan Asas Wordpress SEO

Langkah Demi Langkah Optimisasi SEO Untuk Laman Wordpress

JurnalSEM.com

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


© 2009.JurnalSEM.com
*Panduan Asas SEO Untuk Wordpress ini diterbitkan PERCUMA di JurnalSEM.com dibawah siri Panduan SEM

JurnalSEM.com adalah laman hub yang memaparkan berita terkini dunia enjin carian,
tips pemasaran melalui enjin carian (SEO dan PPC). SEM itu bermaksud ‘Search Engine
Marketing‘.

Mengapa SEM?
Secara ringkasnya, SEM adalah gabungan pemasaran yang dilakukan di enjin carian
samada berbayar (Pay Per Click-PPC) atau percuma (Search Engine Optimization-SEO).

Antara enjin carian yang mempunyai peratus penguasaan pasaran yang besar adalah :
http://www.google.com
http://search.yahoo.com
http://search.msn.com
http://www.ask.com

*Sumber : http://jurnalsem.com/market-share-enjin-carian-mac-09/

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Pemasaran melalui enjin carian dilihat sebagai salah satu cara pemasaran terbaik di
Internet, dimana enjin carian menjadi sebagai penghubung diantara prospek (pengguna
enjin carian yang membuat carian) dan juga pemilik bisnes (yang menawarkan
produk/servis yang dicari oleh prospek).

Samada melalui kaedah percuma (SEO) mahupun berbayar (PPC), kedua-duanya


mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. SEO lebih dilihat sebagai
pemasaran jangka panjang manakala PPC sebagai pemasaran jangka pendek.

Lazimnya pemasaran melalui PPC akan digunakan terlebih dahulu bagi menentukan kata
kunci (keywords) yang sesuai (yang mampu membawa leads atau jualan) sebelum ia
digunakan di dalam proses SEO.

Setakat ini kesemua kandungan JurnalSEM ditulis oleh Amirul Faisyal, yang mempunyai
pengalaman 3 tahun di dalam bidang pemasaran melalui Internet.

Dan minat beliau di dalam pemasaran melalui enjin carian terutamanya berkenaan SEO
(Search Engine Optimization) diterjemahkan di dalam JurnalSEM ini.

Selain dari SEO, Amirul Faisyal juga akan menyelitkan artikel-artikel berupa pendapat
peribadi berkenaan industri dan juga artikel yang berkait rapat dengan keusahawanan.

Juga jangan lupa tambah Amirul Faisyal sebagai rakan anda di Facebook. :)

Mission Statement JurnalSEM


“Mengembangkan industri pemasaran melalui enjin carian di Malaysia untuk pemilik-
pemilik laman web perniagaan dengan memberi pendidikan dan liputan yang secukupnya
berkenaan topik pemasaran enjin carian (Search Engine Marketing).”

Follow perkembangan terkini JurnalSEM di Twitter : http://twitter.com/jurnalsem

Soalan? Komen? Kritikan?


Hubungi JurnalSEM di :

http://jurnalsem.com/hubungi-jurnalsem/

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Pengenalan
Wordpress – Sebuah CMS Yang Mesra Enjin Carian (Search Engine
Friendly)

Terdapat banyak CMS (Content Management Systems) yang ada di Internet, contoh yang
biasa kita dengar adalah Joomla, Drupal, dan lain-lain (sila rujuk Wikipedia untuk
senarai penuh).

Dan setiap CMS yang ada mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Saya
tidak akan menghuraikan dengan lebih lanjut apa kelebihan dan kekurangan setiap CMS
kerana ia sudah diluar konteks panduan ini.

Namun apa yang saya mahu kongsikan dengan anda adalah, Wordpress adalah antara
salah satu platform CMS yang terbaik dari segi ketidaksukaran robot/crawler enjin carian
untuk membuat crawling pada kerangka (framework) mereka.

Dan antara kelebihan-kelebihan 'mesra enjin carian' yang terdapat pada Wordpress
adalah :

1. Fungsi URL statik melalui penggunaan permalinks;


2. Plugin-plugin tersedia untuk SEO;
3. Fungsi RSS Feeds sedia ada.

Jadi jika anda menggunakan Wordpress, boleh dikatakan anda sudah tidak perlu risau
samada enjin carian akan mengindeks laman web anda ataupun tidak.

Kerana dengan Wordpress biasanya enjin carian tidak akan menghadapi sebarang
masalah besar untuk mengindeks laman web anda pada kadar yang segera.

Jadi;

Wordpress = Mesra Enjin Carian

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


SEO – Optimisasi Laman Web Untuk Enjin Carian

SEO secara mudahnya adalah satu proses optimisasi, atau proses penambahbaikan yang
dibuat ke atas laman web anda, dengan tujuan untuk :

1. Mendapatkan enjin carian supaya meng-indeks kandungan laman web anda;

2. Mendapatkan ranking tertinggi di keputusan carian (SERP -Search Engine


Results Page) bagi carian katakunci (keywords) tertentu.

Jadi disini proses SEO ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :

1. Optimisasi dalam laman (On-page optimization);

2. Optimisasi luar laman (Off-page optimization).

Bagi proses optimisasi dalam laman, apa yang anda perlu lakukan adalah membuat
penambahbaikan kepada laman web anda, seperti contoh mengemaskini coding,
membina fail robots.txt, membina peta laman (sitemap), dan juga membuat internal
linking (banyak lagi proses optimisasi dalam laman ini tetapi ini sekadar contoh).

Dan proses-proses optimisasi ini hanya dilakukan di dalam laman web anda sahaja.

Manakala bagi proses optimisasi luar laman, proses yang perlu dilakukan adalah
membina backlinks dari laman-laman lain. Untuk memahami apa itu backlinks anda
boleh melihat diagram dibawah :

Merujuk diagram diatas, LamanA.com, LamanB.com, dan LamanC.com dilihat memberi


backlinks kepada laman web anda (LamanWebAnda.com) dengan meletakkan link URL
anda di laman web mereka.

Dan kedua-dua bahagian asas optimisasi dalam dan luar laman ini akan disentuh secara
di dalam panduan ini.

Bagi asas optimisasi dalam laman saya akan memberi panduan langkah demi langkah
manakala asas optimisasi luar laman saya akan menyentuh secara ringkas sahaja.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Asas-Asas Optimisasi Dalam Laman (On-Page Optimization)
Wordpress

Di bahagian ini anda akan mempelajari beberapa langkah asas untuk mengoptimisasikan
laman anda.

Untuk bahagian ini saya anggap anda sudah mempunyai satu platform Wordpress yang
dipasang di server hosting milik anda sendiri (atau melalui syarikat penyedia hosting)
dan bukannya dipasang di laman-laman penyedia blog percuma Wordpress seperti
Wordpress.com dan lain-lain.

Contoh jika laman web Wordpress anda adalah LamanAku.Wordpress.com, kebanyakan


maklumat di dalam panduan ini tidak boleh diaplikasikan kepada laman web tersebut.

Optimisasi Dalaman #1 – Mengubah setting permalinks.

Permalinks adalah bentuk URL yang akan keluar di pelayar web dan setiap laman (page)
akan mempunyai URL unik mereka sendiri.

Setting permalinks mana yang terbaik?

Baik, jika dilihat dibahagian setting permalinks di dalam dashboard Wordpress ;

Contoh - http://www.LamanAnda.com/wp-admin/options-permalink.php

Anda akan melihat terdapat lima pilihan yang anda boleh buat untuk struktur permalinks
laman web Wordpress anda.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Tetapi di dalam kelima-lima pilihan tersebut yang manakah paling terbaik?

Cuba anda lihat keputusan seperti ini di Google SERP (Search Engine Results Page), mana
satu yang anda fikir mempunyai kadar klik (CTR – Click Through Rates) yang lebih tinggi?

Keputusan A

Keputusan B

Keputusan A menggunakan setting permalinks /%postname%/ di bahagian 'Custom


Structure' manakala keputusan B menggunakan setting 'Default'.

Dan diantara A dan B, A akan mempunyai kelebihan untuk mendapat CTR yang lebih
tinggi di keputusan carian berbanding B, kerana :

1. Untuk keputusan A, link URL-nya mengandungi katakunci,

2. Dan bagi B pula, tiada katakunci di URL-nya.

(NOTA - Sejak faktor-faktor ranking (algorithm) enjin carian adalah satu perkara
rahsia, maklumat dibawah ini mungkin betul atau tidak. Saya menulis berdasarkan
kajian saya dan terpulang kepada anda untuk membuat penilaian. Jangan ambil
nasihat saya bulat-bulat) :

Pada kajian saya, kadar CTR terhadap satu-satu laman web yang tersenarai di keputusan
carian akan mempengaruhi ranking laman web tersebut.

Dengan kata mudah, jika laman A mempunyai kadar CTR yang lebih tinggi dari laman B di
keputusan carian, laman A akan 'dianugerahkan' ranking yang lebih tinggi dari laman B.

Jadi disini, dari kajian saya (dan juga pembacaan di sumber-sumber authoriti SEO),
setting permalinks yang terbaik adalah :

Pilih 'Custom Structure' dan masukkan kod /%postname%/ di dalamnya.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Optimisasi Dalaman #2 – Menentukan Penggunaan WWW atau Non-WWW Pada Laman
Web Wordpress Anda

Untuk optimisasi kedua ini, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menentukan samada
anda mahu menggunakan www atau non-www kepada laman web anda.

Contoh jika www, laman web anda akan dilihat seperti ini ;

http://www.LamanAnda.com

Manakala jika anda memilih untuk menggunakan non-www, keputusannya seperti ini ;

http://LamanAnda.com

Jadi, kenapa anda perlu membuat ketetapan sebegini?

Secara ringkasnya, manfaat dari menggunakan satu sahaja jenis URL untuk laman web
anda adalah ;

1. Untuk mengelakkan berlakunya duplicate content yang akan merugikan laman


web anda sendiri;

2. Link building – Manfaat dari proses link building anda akan pergi kepada satu URL
sahaja dan anda tidak perlu berkongsi dengan URL yang satu lagi (jika anda tidak
melakukan proses kedua ini).

NOTA : Sila buat semakan terlebih dahulu samada anda telah melakukan redirection
ataupun tidak ke atas URL laman web anda.

Caranya adalah dengan membuat semakan kepada kedua-dua jenis URL, dengan menaip
kedua-dua URL (http://www.LamanAnda.com dan http://LamanAnda.com) dan lihat
samada berlaku redirection atau tidak.

Jika tiada berlaku redirection (dari non-www ke www atau sebaliknya) bermakna anda
perlu ikut proses kedua ini.

Jika sebaliknya, anda boleh skip proses ini dan terus ke proses optimisasi ketiga.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Dan untuk gambaran lebih jelas anda boleh lihat diagram dibawah :

Baik, saya rasa anda sudah jelas manfaat menggunakan satu jenis URL sahaja.

Sekarang anda tentukan URL manakah yang anda mahu guna, jika anda memilih non-
www, anda akan membuat redirection www ke non-www. Contoh jika pelawat A menaip
URL laman web anda http://www.LamanAnda.com, ia akan di-redirect ke
http://LamanAnda.com.

NOTA – Bagi panduan untuk membuat redirection ia tidak akan ditulis disini
memandangkan topik tersebut sedikit advance.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Optimisasi Dalaman #3 – Memasang Plugin 'All In One SEO'

Untuk optimisasi yang ketiga ini, apa yang anda perlu lakukan adalah memasang plugin
ke laman Wordpress anda.

Dan sebelum itu saya nak tunjukkan kepada anda langkah termudah bagaimana untuk
memasang plugin-plugin Wordpress. Ikuti langkah mudah dibawah :

Langkah-Langkah Memasang Plugin Wordpress

Langkah #1 – Tentukan plugin apa yang anda mahu pasang. Contoh disini saya akan
memasang plugin 'All In One SEO'. (Anda boleh membuat carian plugin di direktori plugin
Wordpress di sini - http://wordpress.org/extend/plugins/

Langkah #2 – Muat turun plugin pilihan anda dengan klik pada butang 'Download'.
Biarkan ia didalam bentuk fail zip.

Langkah #3 – Login ke admin Wordpress anda, dan di bahagian dashboard Wordpress


anda, klik 'Add New' di bahagian dropdown 'Plugins' seperti imej dibawah :

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Langkah #4 – Di laman 'Install Plugins', klik butang 'Browse' dibahagian 'Install a plugin
in .zip format', pilih fail zip plugin yang anda muat turun tadi, dan klik 'Open' :

Langkah #5 – Setelah tersedia, klik butang 'Install Now' :

Langkah #6 – Jika pemasangan anda berjaya, mesej dibawah akan keluar. Klik 'Activate
Plugin' untuk mengaktifkan plugin tersebut.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Plugin anda telah berjaya dipasang!

Dan anda boleh membuat ubahsuai setting pada plugin All In One SEO ini di bahagian
'Setting' >> 'All in One SEO' :

NOTA – Langkah-langkah pemasangan plugin seperti diatas adalah sama untuk anda
memasang plugin-plugin yang lain di Wordpress. Sesetengah plugin akan mempunyai
bahagian setting mereka sendiri setelah ianya dipasang dan sesetengahnya tiada.

Untuk plugin yang mempunyai setting (seperti plugin All in one SEO ), anda boleh
membuat pengubahsuaian setting dengan klik pada nama plugin tersebut. Biasanya
setting ini akan ditempatkan dibahagian dropdown menu 'Settings' di dashboard
Wordpress anda.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Berbalik semula kepada topik asal kita, sekarang saya menganggap anda telah memasang
plugin 'All in one SEO' di Wordpress anda.

Dan anda mungkin tertanya apakah fungsi plugin ini?

Secara ringkasnya plugin All in one SEO ini akan memudahkan anda untuk membina
perkara-perkara ini di dalam SEO ;

1. Title tag;
2. Meta descriptions;
3. Meta keywords.

Dan di sini anda boleh membina ketiga-tiga fungsi di atas samada untuk laman utama
anda (Home - LamanAnda.com), laman page (LamanAnda.com/about-us/), dan juga
laman single post (LamanAnda.com/hello!).

NOTA – Untuk perkara #3 – meta keywords, ianya sudah tidak relevan dengan suasana
SEO pada waktu sekarang. Bermakna anda boleh abaikan bahagian tersebut dan hanya
perlu fokuskan kepada title tag dan juga meta descriptions sahaja.

Kepentingan Title Tag & Meta Descriptions

Kedua-dua fungsi ini menjadi 'pemberat' yang digunakan oleh enjin carian untuk
menentukan kerelevanan laman web anda terhadap satu-satu bentuk carian itu.

Penggunaan title tag & meta descriptions yang betul akan meningkatkan peluang untuk
laman web anda berada di kedudukan yang lebih tinggi dalam keputusan carian (SERP).

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Sebelum anda memasang plugin all in one SEO ini, fungsi untuk membina title tag dan
juga meta descriptions ini tidak disediakan secara default, dan setelah plugin ini
dipasang barulah anda boleh membina kedua-dua perkara ini.

Dan caranya ditunjukkan dibawah :

1. Langkah-Langkah Optimisasi Title Tag & Meta Descriptions Bagi Laman Utama Anda
(Home - www.LamanAnda.com)

Langkah #1 – Di bahagian dropdown menu 'Settings', klik 'All in One SEO',

Langkah #2 – Di laman plugin All in one SEO, anda akan lihat imej seperti dibawah.
Masukkan title tag, meta descriptions, dan katakunci (optional) seperti dibawah :

2. Langkah-Langkah Optimisasi Title Tag & Meta Descriptions Bagi Laman Page
(www.LamanAnda.com/about-us/).

Langkah #1 – Pilih mana-mana laman page yang hendak dioptimisasikan, contoh disini
saya pilih laman 'about' (www.LamanAnda.com/about-us/). Klik 'Edit' >> Laman 'about' >>
'Edit' :

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Langkah #2 – Scroll ke bahagian paling bawah dan anda akan lihat paparan seperti ini :

Langkah 3 – Masukkan title tag, descriptions, dan katakunci dibahagian yang disediakan.

3. Langkah-Langkah Optimisasi Title Tag & Meta Descriptions Bagi Laman Entri
(www.LamanAnda.com/hello-world!/).

*Proses optimisasi laman entri sama seperti optimisasi laman page, boleh rujuk langkah-
langkah diatas.

NOTA – Terdapat beberapa lagi tips-tips optimisasi advance SEO yang anda boleh
aplikasikan dengan menggunakan plugin all in one SEO ini, namun ia sudah diluar konteks
panduan asas ini.

Tips-tips advance ini akan diberi di dalam Panduan Advance SEO Wordpress terbitan
JurnalSEM Premium dan ianya produk berbayar.

Ketika panduan asas ini diterbitkan, Panduan Advance SEO Wordpress ini masih belum
diterbitkan lagi. Langgan RSS Feed JurnalSEM dibawah untuk anda mengetahui bila ia
akan diterbitkan -

http://jurnalsem.com/feed/

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Optimisasi Dalaman #4 – Memasang Plugin XML Sitemap

Optimisasi seterusnya adalah membina peta laman (sitemap) untuk laman Wordpress
anda.

Secara ringkasnya sitemap adalah satu laman yang menempatkan keseluruhan link-link
yang ada di laman web anda, dan ia dibina untuk memudahkan robot enjin carian
membuat crawling kepada mana-mana laman yang masih tidak di-indeks.

Selain itu sitemap juga memudahkan pelawat anda untuk mencari laman-laman tertentu
yang sukar dijumpai dibahagian homepage laman Wordpress anda.

XML Sitemap

Sitemap jenis XML ini dipasang melalui plugin Google XML Sitemaps dan anda akan
menggunakan laman sitemap ini untuk dihantar ke konsol Webmaster Google.

Anda boleh muat turun plugin Google XML Sitemaps di sini :

http://wordpress.org/extend/plugins/google-sitemap-generator/

Untuk bahagian pemasangan plugin, anda boleh ikuti langkah yang telah ditunjukkan di
bahagian optimisasi dalaman #3 sebelum ini, dan di sini saya hanya akan menunjukkan
anda cara bagaimana untuk menghantar (submit) sitemap anda ke konsol webmaster
Google.

Langkah-Langkah Menghantar Sitemap Ke Konsol Webmaster Google

Langkah #1 – Plugin Google XML Sitemaps diaktifkan, seterusnya pergi ke laman


konfigurasi (Configuration Page), klik link 'Click here' seperti dibawah untuk membina
sitemap buat kali pertama :

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Langkah #2 – Setelah sitemap berjaya dibina, anda akan melihat paparan seperti
dibawah. Anda boleh lihat sitemap anda dengan klik 'sitemap' :

Langkah #3 – Sitemap anda kini telah siap dibina, salin URL sitemap anda
(http://www.LamanAnda.com/sitemap.xml)

Langkah #4 – Login ke akaun konsol webmaster Google anda dengan akaun Google :

http://www.google.com/webmasters/tools/

Langkah #5 – Di dalam bahagian admin konsol, tambah laman web anda dibahagian
seperti di bawah. Kemudian klik butang 'Add Site' :

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Setelah laman web anda berjaya ditambah, anda akan melihat makluman seperti di
bawah :

Untuk langkah seterusnya, anda perlu melakukan proses pengesahan laman web yang
baru sahaja ditambah tersebut adalah laman web milik anda.

Dan bagi proses pengesahan tersebut, anda boleh mengikut langkah demi langkah yang
dinyatakan disitu (Klik 'Verify your site' dan anda akan diberikan dua cara untuk
pengesahan).

Langkah #6 – Setelah anda membuat pengesahan, kini anda boleh menghantar laman
sitemap yang baru siap dibina tadi. Pergi ke dashboard semula, dan klik 'Add' :

Langkah #7 – Masukkan link sitemap tadi dibahagian yang disediakan, kemudian klik
'Submit Sitemap'.

NOTA : Anda hanya perlu memasukkan 'sitemap.xml' di petak submit tersebut :

Sekarang sitemap anda telah berjaya dihantar ke Google. Google akan mengambil
sedikit masa untuk membuat crawling kepada sitemap anda untuk mencari mana-mana
link yang masih tidak di-indeks.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Optimisasi Dalaman #5 – Memasang Plugin 'Yet Another Related Posts'

Plugin 'wajib-pasang-untuk-SEO' yang seterusnya adalah plugin 'Yet Another Related


Posts'. Anda boleh muat turun di sini :

http://wordpress.org/extend/plugins/yet-another-related-posts-plugin/

Proses pemasangan adalah seperti biasa, dan setelah anda mengaktifkan plugin ini,
apa yang anda perlu ubah hanyalah dibahagian 'Display options for your website'.

Pilih 'Automatically display related posts?' dan masukkan jumlah maksium entri yang
berkaitan yang anda mahu letak, seperti dibawah :

Dan anda akan melihat hasil seperti di bawah :

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Optimisasi Dalaman #6 – Memasang Plugin 'Bookmark/Tell A Friend/Share'

Untuk bahagaian optimisasi menggunakan plugin bookmark/tell-a-friend/share ini,


terdapat beberapa plugin sedia ada yang anda boleh pasang ke laman Wordpress anda.

Dan fungsi utama plugin-plugin ini adalah :

1. Membantu pelawat blog anda untuk membuat bookmark di laman bookmarking


online pilihan mereka (contoh: Digg, Mixx, Propeller, dan lain-lain);

2. Memberi pilihan untuk pelawat berkongsi entri blog Wordpress dengan pihak lain
melalui emel.

Di bawah adalah senarai-senarai plugin yang berkaitan (proses pemasangan adalah sama
seperti plugin-plugin sebelum ini) :

1. ShareThis :
http://wordpress.org/extend/plugins/share-this/

2. Add to Any: Share/Bookmark/Email Button :


http://wordpress.org/extend/plugins/add-to-any/

3. Addmarx - Bookmark/Share/Email Dropdown :


http://wordpress.org/extend/plugins/addmarx/

4. SexyBookmarks :
http://wordpress.org/extend/plugins/sexybookmarks/

5. Social Bookmarks :
http://wordpress.org/extend/plugins/social-bookmarks/

Contoh salah satu plugin bookmark 'in action' :

Seperti biasa, proses pemasangan plugin ini sama seperti sebelumnya dan anda hanya
perlu pilih salah satu sahaja dari senarai 5 plugin diatas.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Optimisasi Dalaman #7 – Optimisasi Imej

Kenapa Optimisasi Imej?

Terdapat dua sebab mengapa anda perlu melakukan optimisasi imej di blog Wordpress
anda :

1. Memberi penerangan alternatif kepada pelawat sekiranya imej gagal dipaparkan.


Contoh seperti di bawah :

2. Mempercepatkan proses loading keseluruhan imej di laman web anda.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Bagi sebab yang pertama, tujuan utamanya adalah untuk mencipta alt tag yang akan
menjadi panduan kepada pelawat sekirang imej anda gagal dipaparkan.

Dan untuk tujuan ini anda boleh menggunakan plugin ataupun mengikuti tips yang
disenaraikan di bawah.

Untuk plugin, anda boleh menggunakan plugin SEO Friendly Images :

http://wordpress.org/extend/plugins/seo-image/

Beberapa tips yang anda boleh aplikasikan di dalam melakukan optimisasi imej adalah :

Tip #1 – Simpan (save) imej dengan nama katakunci yang berkaitan. Contoh anda boleh
lihat diagram di bawah :

Tip #2 – Simpan (save) imej dalam format saiz paling minimum (tanpa menjejaskan
kualiti imej) :

Jika anda perasan Google sendiri mempraktiskan teknik ini. Hampir keseluruhan imej
yang dipaparkan di laman milik Google akan menggunakan format .gif kerana format ini
akan menghasilkan saiz yang paling minimum.

Dan hasilnya laman web anda akan cepat di-load, walaupun pelawat anda menggunakan
talian Internet dial-up sahaja.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Optimisasi Dalaman #8 – Membina Fail Robots.txt

Bagi optimisasi kelapan ini, ianya telah diterangkan di dalam laman JurnalSEM sendiri di
bawah siri SEO 101, dan apa yang ditulis disini adalah versi salinan dari entri di
JurnalSEM tersebut.

Apa Itu Robots.txt ?

Robots.txt adalah satu fail yang dibina menggunakan perisian Notepad atau Wordpad
dimana ia mengandungi arahan-arahan kepada robot/crawler enjin carian kawasan-
kawasan mana di dalam laman web anda yang boleh di-crawl dan mana yang tidak.

Robots.txt juga adalah tempat pertama robot/crawler enjin carian akan pergi apabila ia
tiba ke laman web anda.

Bagaimana Robots.txt Berfungsi?

Apabila robot/crawler tiba di laman web anda, ia akan melihat fail robots.txt anda
untuk melihat arahan-arahan tertentu yang anda telah berikan kepada robot/crawler
tersebut.

Dan arahan-arahan yang anda berikan adalah berasaskan kepada kandungan-kandungan


yang perlu dan tidak perlu di-crawl oleh mereka.

Contoh seperti diagram dibawah :

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Jika dilihat, robot/crawler diatas telah menerima arahan ini :

User-Agent : *
Disallow : /Laman-B.html

Arahan diatas membawa maksud robot/crawler tidak perlu membuat crawling kepada
Laman-B.html di WebAnda.com. Untuk laman-laman lain disitu, robot/crawler
mempunyai kebebasan untuk membuat crawling, sehinggalah ia diberitahu di bahagian
robots.txt ini.

Kenapa Saya Perlukan Robots.txt?

Robots.txt hanyalah satu fail mudah untuk memberi arahan kepada robot/crawler untuk
tidak membuat crawling (seterusnya indexing) kepada laman-laman tertentu di dalam
laman web anda.

Robots.txt ini biasanya digunakan untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu di dalam


sesuatu laman web daripada diindeks oleh enjin carian, contohnya laman admin, laman
login, kandungan-kandungan private dan lain-lain.

NOTA : Enjin carian masih lagi boleh mengindeks laman yang anda ‘block’ di robots.txt
jika laman tersebut di-link daripada laman-laman lain (dari laman web anda ataupun
laman web lain).

Akan tetapi jika anda merasakan tiada laman-laman yang robot/crawler tidak boleh
crawling, anda boleh menggunakan arahan default seperti dibawah :

User-Agent: *
Disallow:

Untuk arahan seperti diatas, ianya bermaksud robot/crawler boleh membuat crawling
kepada kandungan keseluruhan laman web anda.
Contoh Penggunaan Robots.txt

Fail robots.txt mesti diletakkan di folder /public_html laman web anda.

Bermakna disini jika laman web anda KuihSemperit.com, fail robots.txt anda akan
berada seperti ini -

http://www.kuihsemperit.com/robots.txt

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Jika anda melihat contoh penggunaan robots.txt di JurnalSEM sendiri
(http://jurnalsem.com/robots.txt)

User-Agent: *
Disallow: /

User-Agent: Googlebot
User-Agent: Googlebot-Mobile
User-Agent: Googlebot-Image
User-Agent: Mediapartners-Google
User-Agent: Adsbot-Google
User-Agent: Slurp
User-Agent: msnbot
User-Agent: msnbot-media
User-Agent: Yahoo Slurp
User-Agent: Ask
User-Agent: MSNBot
User-Agent: Alexa (IA Archiver)

Disallow:

Sitemap: http://jurnalsem.com/sitemap.xml

Untuk penggunaan ‘User-Agent: *’, ianya bermaksud untuk kesemua jenis robot/crawler
yang tiba di laman JurnalSEM (kecuali yang dinyatakan), saya tidak membenarkan
mereka membuat crawling kepada keseluruhan laman web JurnalSEM dengan memberi
arahan ‘Disallow: /’.

Dan untuk ‘User-Agent’ yang lain - Googlebot, Googlebot-Mobile, Googlebot-Image,


Mediapartners-Google, Adsbot-Google, Slurp, msnbot, msnbot-media, Yahoo Slurp, Ask,
MSNBot, Alexa (IA Archiver), saya membenarkan mereka membuat crawling tanpa
sekatan mana-mana laman dengan memberi arahan ‘Disallow:’.

Jika dilihat, beza diantara ‘Disallow:/’ dan juga ‘Disallow:’ hanyalah tanda ‘/’, tetapi
dengan tanda tersebut jugalah ia menentukan samada laman web anda akan diindeks di
enjin carian atau pun tidak.

Kandungan-Kandungan Yang Perlu Ada Di Dalam Robots.txt

Di dalam robots.txt, hanya ada tiga kandungan sahaja yang perlu diisi iaitu :

1. User-Agent

2. Disallow

3. Sitemap

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Saya akan terangkan satu per satu dibawah :

1. User-Agent

User-Agent bermaksud robot/crawler yang membuat crawling dan ia tidak semestinya


dari enjin carian sahaja. Terdapat beberapa servis seperti perisian semakan broken link
Xenu Link Sleuth yang menggunakan robot/crawler untuk membuat crawling di laman
web.

Untuk setiap robot/crawler ini mereka juga mempunyai nama-nama tersendiri.

Dan untuk rujukan sepenuhnya robot/crawler dan nama-nama mereka anda boleh rujuk
disini :

http://www.robotstxt.org/db.html

Contoh robot/crawler untuk enjin carian big 3 adalah :

Google - Googlebot, Googlebot-Mobile, Googlebot-Image, Mediapartners-Google

Yahoo - Yahoo Slurp

Live Search – MSNBot

2. Disallow

Bagi kandungan kedua ini, ia bermaksud arahan kepada robot/crawler untuk membuat
crawling.

Seperti contoh yang diberikan, jika anda tidak mahu membenarkan enjin carian Google
daripada membuat crawling dan indexing kepada laman web anda, anda boleh
menggunakan arahan seperti dibawah :

User-Agent: Googlebot
Disallow: /

Ini bermakna apabila Googlebot tiba di fail robots.txt, ia akan crawl disitu sahaja dan
berhenti dari crawling laman web anda terus menerus.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Contoh-contoh penggunaan arahan 'Disallow:' adalah :

User-Agent: Googlebot
Disallow: /arkib

Contoh diatas akan membawa maksud anda tidak membenarkan Googlebot untuk
membuat crawling di folder arkib di laman web anda.

User-Agent: Googlebot
Disallow: /laman-daftar.php

Dan untuk contoh diatas, anda tidak membenarkan Googlebot untuk membuat crawling
di laman pendaftaran anda - laman-daftar.php.

3. Sitemap

Sitemap adalah kandungan terakhir yang anda boleh letak di dalam fail robots.txt anda.
Boleh disini bermaksud anda bebas samada mahu meletakkan link ke sitemap laman
anda ataupun tidak.

Robots.txt Generator

Tool ini dicipta oleh Aaron Wall (SEOBook.com) untuk memudahkan anda membina fail
robots.txt. Klik link dibawah ini :

http://tools.seobook.com/robots-txt/generator/

Robots.txt, Wajib Atau Tidak?

Secara asasnya, jika anda mahu mengawal laman-laman tertentu daripada ‘diceroboh’
oleh mana-mana robot/crawler, robots.txt adalah wajib untuk anda.

Dan bagi saya penting untuk anda mengawal robot/crawler mana yang patut datang dan
crawl laman anda kerana setiap crawling yang dibuat akan memakan bandwith server
anda.

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Asas-Asas Optimisasi Luar Laman (Off-Page Optimization) Wordpress

Membina Link Ke Laman Web Anda – Link Building

Di dalam SEO, jumlah kuantiti link dari laman lain ke laman web anda merupakan satu
faktor pemberat yang besar yang akan digunakan oleh enjin carian untuk menentukan
ranking laman web anda di keputusan carian (SERP).

Saya tidak akan menyentuh secara mendalam berkenaan topik link building di dalam
panduan ini kerana ia di luar konteks SEO untuk Wordpress.

Akan tetapi saya akan berkongsi sedikit sebanyak tips yang akan membantu anda di
dalam mendapatkan link dari laman-laman web lain.

Tip #1 – Bina laman web dengan kandungan berkualiti.

Tip #2 – Bina link secara konsisten.

Tip #3 – Guna katakunci anchor (anchor keywords) di laman web yang membenarkan
penggunaannya.

Tip #4 – 'Leverage' laman sosial bookmarking untuk mempromosi kandungan berkualiti


anda.

Bagi tip #4 ini saya pernah menulis beberapa artikel di JurnalSEM yang berkaitan yang
boleh membantu :

1. 7 Laman Social Bookmarking Malaysia


2. Bagaimana Untuk Mendapatkan Backlinks Dari Laman Web Social Bookmarking

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Rangkuman

SEO bukanlah satu proses sekali buat, sama seperti cara-cara pemasaran yang lain, ianya
adalah proses berterusan.

Dan proses SEO itu sendiri tidak pegun, yakni ianya sentiasa berubah kerana algorithm
enjin carian sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memberi kepuasan paling
maksimum kepada pengguna mereka.

Jika dilihat, secara asasnya apabila anda membina satu-satu laman web yang mampu
memberi jawapan terbaik kepada prospek (iaitu mereka yang mencari anda di enjin
carian), sudah pasti enjin carian tidak teragak-agak untuk memberi anda ranking yang
baik.

Dan saya sendiri memegang prinsip ini – berikan pelawat anda kandungan terbaik yang
mereka cari, dan enjin carian akan 'suka' kepada anda.

Jadi apa yang saya harapkan adalah, semoga panduan asas ini akan menjadi langkah
pertama anda untuk memahami dengan lebih mendalam apa itu SEO, serta anda tidak
berhenti belajar setakat disini.

Teruskan belajar dan fahamkan dengan lebih mendalam ilmu-ilmu pemasaran enjin
carian ini, kerana enjin carian adalah sumber ketiga paling dipercayai :

http://jurnalsem.com/fakta-enjin-carian-sumber-ketiga-paling-dipercayai/

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari


Tanpa keraguan lagi, mempunyai ranking yang baik di SERP (Search Engine Result Page)
merupakan impian setiap pemilik bisnes.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk mendalami ilmu-ilmu SEO atau SEM ini?

JurnalSEM saya telah menyediakan platform ini untuk anda mempelajari ilmu-ilmu
pemasaran enjin carian ini dengan lebih mendalam.

Contohnya dalam siri SEO 101 kami menerangkan konsep-konsep asas yang perlu anda
tahu di dalam SEO, kemudiannya siri Panduan SEM yang kami terbitkan secara percuma
untuk membantu anda mengenali asas-asas di dalam SEM (Search Engine Marketing).

InsyaAllah dengan kekuatan masa dan tenaga yang diberikan-Nya, saya bersama rakan
lain di JurnalSEM akan terus berusaha menerbitkan seberapa banyak panduan yang boleh
untuk membantu anda melakukan pemasaran melalui enjin carian ini.

Teruskan membaca JurnalSEM kerana masih banyak lagi yang kami akan terbitkan di
masa-masa yang akan datang. Terima kasih.

Amirul Faisyal
JurnalSEM.com

Rujukan-rujukan berguna untuk anda dari JurnalSEM:

Memahami Tag ‘No Follow’ Bahagian 1

Memahami Tag ‘No Follow’ Bahagian 2

Slide Asas SEO Untuk Wordpress

Memahami Apa Itu Canonicalization

Memahami Apa Itu Google Universal Search Results

Memahami AJAX Di Google

Memahami Fail Robots.txt

Panduan Asas Pengiklanan Google Adwords

Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari

Anda mungkin juga menyukai