Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM 2013

1.0

UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF(Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa) yang dikuatkuasakan pada masa ini dan peraturan AM MSSM).

2.0

JENIS PERTANDINGAN Kejohanan ini mengandungi acara-acara berikut: 2.1 Antara PASUKAN Peringkat umur 12,15 dan 18 tahun dan ke bawah kategori lelaki. 2.2 Antara REGU Peringkat umur 12, 15 dan 18 tahun ke bawah kategori lelaki.

3.0

HAD UMUR PESERTA 3.1 Had umur peserta bagi pertandingan permainan MSSM adaah seperti berikut: 3.1.1 18 tahun dan ke bawah 3.1.2 15 tahun dan ke bawah 3.1.2 12 tahun dan ke bawah 3.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan 3.3 Semua peserta kecuali umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan asal kepada pengelola . Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 dari Jabatan Pendaftaran. 3.4 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan salinan sijil kelahiran / MyKid yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong kanan sekolah peserta berkenaan. (Rujuk Peraturan AM (4) Majlis Sukan Sekolah Malaysia).

4.0

PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN 4.1 Antara PASUKAN bawah umur 12,15 dan 18 tahun dan ke bawah adalah terdiri daripada 12 pemain pada setiap kumpulan umur. 4.2 Antara REGU bawah umur 12, 15 dan 18 tahun dan ke bawah lelaki, mengandungi 1 REGU bagi setiap pasukan dengan 5 pemain bagi setiap REGU. 4.3 Hanya pemain yang didaftarkan dan diakui sah layak mengambil bahagian. 4.4 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan boleh dibuat semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan bermula. 4.5 Taraf kelayakan peserta adalah tertakluk kepada Peraturan 3 (KELAYAKAN) dalam Peraturan AM MSSM (Rujuk Lampiran B). 4.6 Pelajar yang menerima surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Rendah dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan wajib disahkan pendaftaran oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan. 4.7 Pendaftaran pemain mestilah didaftarkan dengan menggunakan borang R01 (sekolah rendah) dan M01 (sekolah menengah). 4.8 Pendaftaran pasukan mestilah menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan MSSM R02 (sekolah rendah) dan M02 (sekolah menengah).

5.0

SISTEM PERTANDINGAN 5.1 Acara Berpasukan Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pengelola Kejohanan bagi menentukan kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

5.1.1 Peringkat Awal 5.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan yang mengambil bahagian, maka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. 5.1.1.2 Pertandingan antara pasukan mengandungi 3 REGU, iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan dengan tertib menurut senarai regu atau barisan Pemain yang telah didaftarkan dan diserahkan oleh pasukanpasukan kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. 5.1.1.3 Ketiga-tiga REGU diwajibkan bertanding pada peringkat awal. 5.1.1.4 Johan,Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam Kejohanan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Johan Naib Johan Ketiga Keempat : KUMPULAN A : KUMPULAN B : KUMPULAN C : KUMPULAN D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 4 kumpulan tersebut dengan cabutan undi. 5.1.1.5 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
1 2 3 4 5 6 7 8

5.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir) 5.2.1 Pemenang 1 dan 2 dalam setiap kumpulan akan masuk kepusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. 5.2.2 Undian bagi 2 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7. 5.2.3 Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan di kedudukan2 atau 4, jika pasukan menang pertama kumpulannya telah diundi dan ditempatkan dikedudukan 5 atau 7 . Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan dikedudukan 6 dan 8. 5.2.4 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir menentukan Johan dan Naib Johan. Sementara pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat. 5.3 Acara Regu 5.3.1 Setiap pasukan akan diwakili oleh satu regu , yang akan ditandingi secara KALAH MATI. 5.3.2 Keempat-empat REGU yang berjaya memasuki peringkat separuh akhir tahun lepas

akan menjadi REGU 'Seeded'. Regu Johan dan Keempat diletakkan dalam kumpulan atas. Regu Naib Johan dan Ketiga diletakkan di Kumpulan Bawah. Reguregu lain akan diundi bagi menentukan regu lawan masing-masing. 6.0 MENENTUKAN KEPUTUSAN 6.1 Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan disytiharkan sebagai pemenang pertama kumpulan, manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang kedua. 6.2 Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan kalah 0 . 6.3 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan mata diperolehi sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan dengan mengikut tertib berikut :6.3.1 Kiraan perbezaan REGU (difference) daripada jumlah regu menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan. 6.3.2 Kiraan perbezaan PUSINGAN daripada jumlah pusingan menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan. 6.3.3 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah yang diperolehi oleh pasukan berkenaan. 6.4 Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka kaedah berikut dilakukan. 6.4.1 Jika 2 pasukan sahaja terlibat, maka pasukan yang telah mengalahkan lawannya akan dikira menang. 6.4.2 Jika 2 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan15 mata sahaja. Undian akan dibuat bagi menentukan pasukan yang membuat sepak mula dan memilih gelanggang. 6.5 Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu atau pasukan yang akan bertanding hendaklah menyerahkan senarai barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan kepada Jawatankuasa Pengelola / Pengadil Rasmi yang bertugas. 6.6 Setiap regu / pasukan hendaklah bersanggupan bertanding lebih daripada satu perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 30 minit akan diberi antara perlawanan tersebut. 6.7 Seorang pemain boleh bermain dalam satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan. 6.8 Pembahagian KUMPULAN atau UNDIAN-UNDIAN tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pengelola. 7.0 PAKAIAN 7.1 Semua jersi hendaklah mempunyai nombor di bahagian depan (10 cm) dan belakang (19 cm) 7.2 Setiap pemain hendaklah memakai nombor yang sama sepanjang kejohanan. 7.3 Hanya jersi bernombor 1 hingga 36 sahaja yang dibenarkan dalam kejohanan ini. 8.0 BOLA / ALATAN 8.1 Bola yang digunakan ialah : GAJAH EMAS 311 bagi peringkat umur 12 tahun ke bawah. 511 bagi peringkat umur 15 dan 18 tahun ke bawah. 9.0 MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH 9.1 Pasukan / Regu yang mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan/regu tersebut sekiranya melanggar Peraturan ini. 9.2 Sekiranya/ ada pasukan/regu menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada

pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/regu itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan/regu berkenaan. 10.0 BANTAHAN 10.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus sahaja kepada juri rayuan. 10.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) peserta atau sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka pasukan itu boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protes) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan1 jam selepas menerima bantahan rasmi. 10.3 Bantahan berhubung dengan permainan yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada satu jam selepas perlawanan itu tamat. Tiaptiap bantahan hendaklah beserta dengan wang tunai RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja). 10.4 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. 10.5 Sila rujuk peraturan AM (12) MSSM. 11.0 JURI RAYUAN 11.1 Juru Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (Maksimum) iaitu * Pengerusi Jawatankuasa Pengelola /wakilnya. * Setiausaha Jawatankuasa Pengelola * Penyelaras Sepak Takraw MSSM * Pengerusi Teknik Permainan Sepak Takraw MSSM * Seorang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan yang dibuat. 12.0 LEMBAGA TATATERTIB 12.1 Lembaga ini terdiri daripada : 12.1.1 Timbalan Pengarah Sukan Kemterian Pelajaran Malaysia. 12.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau Wakilnya. 12.1.3 Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pengelola atau wakilnya 12.1.4 Penyelaras Permainan Sepak Takraw MSSM 12.1.5 Pengerusi Jawatankuasa Teknik Permainan yang berkenaan 12.1.6 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola 12.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk : 12.2.1 Memberi amaran 12.2.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu. 12.2.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan. 12.2.4 Mengarah pemain dihantar pulang. 12.2.5 Menghantar laporan kepada MSS Negeri berkenaan supaya mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang diguna pakai oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia. 12.3 Bertanggungjawab membuat laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada urusetia MSSM secara lisan seberapa segera dan secara bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan. 13.0 PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN 13.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil bertauliah yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola. 13.2 Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu yang akan bertugas disepanjang kejohanan ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola. 13.3 Semua keputusan yang telah dibuat oleh pengadil atau penjaga garisan yang berkaitan

dengan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD. 14.0 PENGGANTUNGAN Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh Pengadil, maka dengan serta merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat sesuatu keputusan. 15.0 MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN Semua pegawai dan peserta pasukan MSS Negeri yang menyertai pertandingan permainan MSSM hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri : 15.1 Majlis Pembukaan Rasmi 15.2 Jamuan rasmi sempena kejohanan 15.3 Taklimat/mesyuarat pengurus 15.4 Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampain Hadiah Jika terdapat MSS Negeri yang tidak mematuhi peraturan tanpa sebab tindakan tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada urusetia MSSM serta Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan supaya tindakan boleh diambil terhadap pengurusan pasukan. 16.0 KESELAMATAN 16.1 Semua pegawai dan peserta MSS Negeri yang menyertai kejohanan ini hendaklah dilindungi insuran. 16.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian kecacatan keanggotaan, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain yang berlaku. 16.2.1 Semasa perjalanan pergi dan balik. 16.2.2 Semasa kejohanan dijalankan. 16.2.3 Di dalam atau di luar kawasan pertandingan. 16.2.4 Di tempat-tempat penginapan. Walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah bagi memastikan keselamatan peserta dan pegawai terjamin. 16.3 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan. 17.0 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 17.1 Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mestilah dipatuhi.Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undangan permainan maka wajib dipatuhi. 17.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan. Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa adalah MUKTAMAD.