Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

DTT5123 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1 SESI 2012/2013

Tajuk tugasan: KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN DALAM MENTRANSFORMASI PENGAJARAN DI BILIK DARJAH; PANDANGAN SAYA
Pengakuan Pelajar: Saya mengaku bahawa tugasan ini ialah hasil kerja saya sendiri. Saya sedar bahawa tindakan sewajarnya mengikut Peraturan Peperiksaan UMS akan dikenakan sekiranya saya bersalah mengikut peraturan berkenaan.

NAMA BIL 1.

NO. MATRIK

TANDATANGAN

DISEDIAKAN UNTUK :

Kepentingan Kajian Tindakan dalam Mentransformasi Pengajaran di Bilik Darjah; Pandangan Saya

PENGENALAN Peranan guru sebagai pendidik di bilik darjah di bilik darjah akan tercapai jika proses pembelajaran berlaku pada diri pelajar. Selaras dengan itu, guru- guru adalah terikat dengan objektif yang perlu dicapai dalam tempoh tertentu. Persoalan yang sering timbul adalah Mengapa pelajar tidak mampu menguasai kemahiran yang cuba disampaikan?, apakah teknik pengajaran yang paling berkesan? serta lain lain persoalan lagi. Kebiasaannya, para guru cuba merungkai persoalan ini dengan menggunakan logik akal. Pada pendapat saya, kadang kala penggunaan logik akal jika tidak disertakan dengan maklumat yang lengkap akan memburukkan lagi satu satu keadaan. Sebagai contoh, hukuman mati ke atas Nicholaus Copernicus kerana teori heliosentrik beliau yang mengatakan bahawa matahari adalah pusat alam semesta di mana bumi mengelilingi matahari di mana teori tersebut bercanggah dengan dogma gereja pada masa itu yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat alam. Untuk itu, adalah penting bagi seorang guru melakukan pemurnian dalam bilik darjah dengan menggunakan metod yang betul.

ISI Kajian Tindakan penting untuk membantu guru mengenal pasti cabaran yang dialami dalam menyampaikan isi pengajaran. Dalam usaha untuk menambahbaik, guru perlu jelas pandangannya terhadap satu- satu isu yang timbul. Kewujudan garis soalan dasar mendisiplinkan guru agar mencari langkah pemnyelesaian sebelum beralih kearah isu lain yang kelihatan lebih besar dan menarik. Proses menentukan masalah yang ingin dikaji melibatkan pendefinisian tepat dan lengkap satu- satu masalah dapat membantu guru mengenal pasti pemboleh ubah- pemboleh ubah yang terlibat atau faktor- faktor sebenar yang mendorong ke arah timbulnya satu- satu isu itu. Melalui kajian tindakan, guru berusaha mencari amalan pengajaran yang tepat dengan cara yang lebih sistematik berbanding penggunaan logik akal semata- mata. Penyelidikan yang

sistematik memudahkan penyelidik yang terkemudian kerana data- data yang berkaitan adalah direkod serta didokumentasikan. Selain menjimatkan masa, penyelidik terkemudian dapat melakukan penambahbaikan kepada kajian asal melalui kajian replikasi. Kajian tindakan penting untuk menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang tepat dalam bilik darjah.. Pelajar mungkin menunjukkan reaksi yang serupa tetapi tahap penguasaan satu- satu kemahiran sebenarnya berbeza. Jadi, untuk menangani setiap pelajar yang unik ini, kajian tindakan merupakan satu cara untuk mencari punca yang tepat dan penambahbaikan yang bersesuaian boleh dilaksanakan,

KESIMPULAN Berdasarkan pengalaman setahun jagung saya sepanjang perkhidmatan sebagai guru sandaran tidak terlatih,GSTT terdapat banyak isu yang telah timbul di dalam bilik darjah. Sering kali saya meletakkan kegagalan mencapai objektif pada proses pembelajaran di pihak pelajar. Pengenalan kursus ini telah membuka mata serta meluaskan pandangan saya bahawa pusat permulaan penyebaran ilmu di dalam bilik darjah sebenarnya adalah guru. Melalui kajian tindakan, guru dapat menentukan metod yang paling sesuai, penambahbaikan yang bertepatan dan pemurnian yang menyeluruh agar transformasi dalam bilik darjah berlaku.

RUJUKAN Cates, M.W. 1990. Panduan Amali Untuk Penyelidikan Pendidikan. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud Kajian Tindakan. 2011.

Konsep & Amalan dalam

Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai