Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Page 1 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
AMARAN KERAS!!
E-book ini ditulis bagi yang berumur 18 tahun ke atas. Ini bermaksud sebarang
pertanyaan kepada pihak MalaysiaPal tetapi TELAH tertulis di dalam e-book ini
seperti “Bagaimana nak buka akaun PayPal”, “Bagaimana nak dapatkan debit
kad”, “Bagaimana nak verify PayPal” dan sebagainya tidak akan dilayan.
Jadi gunakan segala input yang ada di dalam e-book ini dan aplikasikan di dalam
diri anda. Jika anda seorang yang berminat membaca ayat-ayat puitis, e-book ini
tidak bersesuaian dengan anda kerana penerangan saya diberikan adalah
secara direct dan tidak memutarbelitkan perkara yang mudah.
Kandungan
Page 2 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
1. Biodata Penulis
2. Kenapa PayPal?
3. Mendapatkan Debit Kad 1
4. Alternatif Debit Kad 1
5. Membuka dan Mengesahkan Akaun PayPal
6. USD1.00 Pertama!!
7. Mengeluarkan Duit Dari PayPal
Page 3 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
1. Biodata Penulis
Muhammad Hafiz Abdul Latib ataupun lebih digemari dengan panggilan Hafiz
Latib ataupun Bitol adalah anak pertama dari empat adik beradik. Beliau berusia
22 tahun pada 15 Februari 2007, sedang menuntut di Universiti Teknologi
Petronas dengan mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
Hasil usahasama dan didikan dari 2 orang usahawan Internet terkenal, beliau
memulakan langkah untuk mengambil inisiatif membina laman web tersendiri.
Dengan usaha yang tidak jemu setelah 2 bulan tidak mendapat jualan dari laman
web tersebut, hasilnya sekarang, mereka mendapat begitu banyak tempahan
merekacipta kulit buku (e-book cover design) dan kebanyakannya dari luar
negara.
Beliau bercita-cita untuk menjadi jutawan sebelum berusia 25 tahun dan ingin
membuka sebuah syarikat sendiri hanya dengan menggunakan medium Internet
sebagai urusan jual beli. Dengan usaha tersebut, beliau berharap dapat
mengubah persepsi rakyat Malaysia yang menganggap perniagaan Internet
adalah penipuan semata-mata dan menghapuskan segala skim-skim cepat kaya
yang boleh merosakkan rakyat Malaysia sendiri.
Page 4 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
2. Kenapa PayPal?
Tujuan utama e-book ini dikarang bagi memudahkan anda membuka akaun
PayPal dan mengesahkan akaun PayPal anda.
Tidak kiralah anda berurusan sama ada perniagaan anda di dalam negara atau
pun luar negara, PayPal tetap menjadi keutamaan. Jika anda tidak percaya,
anda boleh lihat sendiri di eBay.com dan Lelong.com.my walaupun mereka
menerima pembayaran secara bank-in, mereka tetap juga menerima
pembayaran melalui PayPal kerana wang yang diperoleh selamat.
Oh, mesti anda tertanya-tanya layakkah saya menulis e-book ini? Sekali lagi
ditegaskan 80% daripada perniagaan saya menerima pembayaran dari PayPal.
Anda boleh lihat sedikit bukti di dalam salah satu akaun PayPal saya:
Page 5 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
Salinan satu page di akaun PayPal saya semasa melakukan promosi $7 Secrets
Page 6 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
OK anda sudah lihat beberapa bukti akaun PayPal saya. Bukan niat saya untuk
menunjuk tetapi sebagai bukti saya begitu aktif menggunakan akaun PayPal
saya. (Kalau saya ingin menunjuk, saya akan letakkan kesemua pembayaran
yang saya terima kepada anda!)
Cukuplah saya berceloteh tentang diri saya. Sekarang giliran anda pula untuk
membuka dan mengesahkan akaun PayPal anda pula. Sila ke muka surat
seterusnya step-by-step untuk membuka akaun PayPal sehinggalah akaun
PayPal anda layak untuk menerima wang.
Page 7 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
Baiklah ini adalah cara yang saya gunakan. Disebabkan saya masih lagi belajar,
tiada kad kredit, saya menggunakan kad debit. Jika anda sudah mempunyai kad
kredit, anda boleh abaikan langkah ini. Kad debit yang saya gunakan ialah Kad
Debit Public Bank ataupun dikenali sebagai PB Visa Electron.
1. Layari http://www.pbebank.com.my
2. Klik pada bahagian “Cards” di sebelah kiri website tersebut.
Page 8 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
3. Klik pada button “Online Debit Card Application Form” untuk PB Visa
Electron.
Page 9 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
6. Dalam masa 2 minggu, anda akan menerima surat dari Public Bank untuk
memasukkan RM25.00 ke dalam “bakal” kad debit anda. Anda akan
diberikan nombor kad anda dalam surat yang pertama ini.
7. Selepas transaksi diterima, dalam masa seminggu ke dua minggu anda
akan menerima surat dari Public Bank untuk mengambil kad debit anda
mengikut cawangan yang anda nyatakan semasa mengisi dokumen
permohonan.
8. Untuk urusan online, semasa anda mengambil kad debit anda, anda minta
sekali kepada pegawai tersebut untuk membuka akaun online anda.
Mereka akan memberikan login ID dan password sementara anda. Akaun
online anda akan aktif pada keesokan harinya. Anda juga perlu
menambah sekurang-kurangnya RM20 ke dalam kad debit anda
untuk mengesahkan akaun PayPal anda.
Alternatif kepada Debit Kad Public Bank ialah Ambank NextG Prepaid
MasterCard. Cara ini telah diterangkan oleh sahabat Internet saya iaitu Matt Ng.
Anda boleh layari website beliau di http://www.internetmoneyblog.com
Page 10 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
Tips MalaysiaPal
Memandangkan NextG hanya boleh diperoleh di sekitar Lembah Klang
sahaja, saya sarankan anda pergi ke http://www.lelong.com.my dan search
“NextG”. Juga boleh membeli secara online!
Page 11 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
Di sini saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk membuka akaun
PayPal. Jika anda sudah mempunyai akaun PayPal, anda boleh abaikan
langkah ini.
Page 12 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
2) Klik pada “Sign Up Today!” seperti yang anda lihat di atas. Anda akan
dibawa ke laman untuk memilih sama ada untuk memilih akaun persendirian,
primier ataupun bisnes.
Page 13 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
Page 14 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
3. Anda akan dibawa ke satu laman untuk meletakkan segala butiran tentang
diri anda. Saya menyarankan anda meletakkan butiran yang betul kerana
butiran yang tidak lengkap akan menyebabkan akaun PayPal anda tidak
dapat disahkan. Butiran tersebut hendaklah SAMA dengan butiran di kad
debit anda.
Sekali lagi saranan saya, kad debit anda MESTILAH mempunyai RM20
melebihi dari nilai minimum. Jangan risau, selepas kad anda disahkan, akaun
PayPal anda telah “verified”, $1.95 tersebut akan dipulangkan kembali ke
dalam akaun PayPal anda ☺
Page 15 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
Anda akan menerima emel daripada PayPal mengenai verification yang telah
anda buat. PayPal akan menghantar “Expanded Use Number” pada penyata
bank anda. Mereka akan menyuruh anda memasukkan 4 digit yang boleh
dilihat pada penyata bank dan selepas itu, barulah akaun kita diaktifkan
sepenuhnya. Maka, segala urusan jual beli menjadi lebih mudah.
Page 16 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
6. USD1.00 Pertama!!
Saya sering ditanya bagaimana untuk mendapatkan wang di PayPal? Hmm bagi
saya soalan itu begitu subjektif. It can be anything! Seperti saya, saya
menjalankan servis membuat designs dan kebanyakan pelanggan-pelanggan
saya datangnya dari US dan UK. Maka, PayPal lah cara termudah bagi mereka
untuk membayar servis saya.
Baiklah, di sini saya akan menyediakan sedikit tips bagaimana anda boleh
mendapatkan USD1.00 yang pertama. Nampak sedikit sahaja USD1.00
(RM3.50) tetapi percayalah, selepas anda berjaya mendapatkan USD1.00 yang
pertama, laluan untuk anda lihat USD2, USD3, USD10, USD1,000 akan semakin
cerah ☺
Tips yang saya berikan hanyalah kurang dari 1% daripada sumber perniagaan
Internet. Jadi, lakukan research sebanyak mungkin dan lakukan trial and error. Di
sinilah anda akan sedar apa yang boleh dan apa yang tidak.
Forum yang saya maksudkan ialah MyLot. Anda hanya perlu menyertai
komuniti forum tersebut dan bincangkan mengenai apa sahaja topik yang anda!
Topik yang dibincangkan terlalu banyak . Maka saya sarankan anda sertai
komuniti mengenai minat anda. Sebabnya, di samping anda membuat duit
dengan forum, anda juga tidak akan bosan dengan topik-topik yang anda sertai
kerana minat anda.
Page 17 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
Daftarkan diri anda di sini untuk menyertai MyLot dan peroleh pendapatan
PayPal yang pertama.
http://www.malaysiapal.com/recommends/MyLot
Tips kali ini agak advance sikit iaitu anda menjual produk orang lain. Maka
saya tunjukkan step-by-step bagaimana untuk menjual “hot products” dalam
masa yang segera.
Page 18 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
Page 19 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
Page 20 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
Teknik ini bukanlah teknik saya tetapi saya telah membuat joint venture
bersama penulis ini dan beliau menunjukkan cara-cara bagaimana beliau (19
tahun Amirul ni ☺) berjaya membuat jualan sekurang-kurangnya RM2,000
sebulan tanpa sebarang kos dan kesemua pelanggan beliau dari luar negara
yang sememangnya menggunakan PayPal!
Layari http://www.sistemrahsia.com
Page 21 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
www.YouChanDoIt.com/year07/gifts.html
Page 22 of 23
Alternatif PayPal di Malaysia Copyright © 2007
http://www.malaysiapal.com Versi 2.0
Saya akan tunjukkan bagaimana anda dapat mengeluarkan wang PayPal anda
dengan selamat di Malaysia. Jika terdahulu saya hanya letakkan satu sahaja
cara bagaimana untuk mengeluarkan duit dari PayPal, kali ini saya tunjukkan
sekurang-kurangnya 3 cara bagaimana anda boleh mengeluarkan duit dari
PayPal!
Yang benar,
Hafiz Latib
Muhammad Hafiz Abdul Latib
Anak didik kepada 2 orang usahawan Internet terkenal,
Dr Irfan Khairi dan Team Saifulsham
http://irfan.malaysiapal.com
http://saifulsham.malaysiapal.com
Page 23 of 23