Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER/2012

HBML2103

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

710108085074001 710108085074 0197679751 rohana_badri@yahoo.com OUM SHAH ALAM

HBML 2103

PENDAHULUAN Mata pelajaran Bahasa Melayu kini telah disebut sebagai Bahasa Malaysia berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan serta menjadi alat komunikasi utama bagi kaum-kaum di Malaysia. Bahasa Malaysia menjadi salah satu alat bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara kita, Malaysia. Di peringkat sekolah rendah, setiap orang murid mesti berkemahiran dan berilmu pengetahuan serta berpengalaman dalam pengetahuan sedia ada diaplikasi untuk setiap pengajaran dan pembelajaran yang diterima dalam bilik darjah. Semua murid dimestikan mempelajari morfologi-sintaksis. Namun ramai murid tidak menguasai morfologi kerana pelbagai faktor antaranya murid menggunakan bahasa ibunda sebelum melafazkan dalam Bahasa Malaysia yang betul. Kesilapan dalam struktur ayat menjadi semakin serius dalam kalangan murid yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua mereka. Ilmu morfologi harus diserap seawal kemahiran-kemahiran lain untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran morfologi seperti struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata di samping membaca dan menulis. Guru-guru khususnya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia haruslah menekankan kemahiran ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaan. Kemahiran ini boleh dibina dan murid dapat menulis dengan tepat, gramatis, dan berstuktur. Kemahiran ini menjadi teras untuk mempelajari pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih kompleks dan mendalam. Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji stuktur, bentuk, dan penggolongan kata. Dengan sturktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

HBML 2103

Kata Tugas

a.

Definisi

Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Para sarjana bahasa mempunyai pandangan yang agak sama mengenai penggunaan kata tugas dalam pembentukan ayat. Buku Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar menyatakan bahawa kata partikel (kata tugas) tidak mempunyai makna atau berdiri sendiri tetapi mempunyai fungsi yang amat penting dalam sesuatu ayat. Abdullah Hasan dalam bukunya Tatabahasa Melayu, menyatakan bahawa kata tugas tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas tertentu mengikut keperluan sesuatu ayat. Ini nyata dibincangkan dalam bukunya dan membahagikan kata tugas kepada 14 kata lain mengikut penggunaannya dalam sesuatu ayat. Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim membahagikan 17 kata tugas yang berfungsi mengikut keperluan ayat tersebut.

b.

Jenis Kata Tugas

Terdapat 17 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya daam binaan ayat, iaitu: Kata hubung Kata seru Kata tanya Kata Perintah Kata pangkal ayat Kata bantu Kata penguat Kata penegas 2

HBML 2103

Kata nafi Kata pemeri Kata sendi nama Kata pembenar Kata arah Kata bilangan Kata adverba Kata penekan Kata pembenda

Untuk memudahkan penguraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empat kelompok: 1) Kata penyambung ayat 2) Kata praklausa 3) Kata prafrasa dan pascafrasa 4) Kata pascakata

1. Kata Penyambung Ayat Terdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung. Adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gabungan dihubungkan oleh kata hubung gabungan Ayat majmuk pancangan dihubungkan dengan kata hubung pancangan.

1.1.Kata hubung gabungan Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan: dan, atau, tetapi serta, lalu, malahan, sambil, kemudian. 3

HBML 2103

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Siti mengemas rumah dan ibunya memasak nasi. Ayah mengambil tuala lalu ke bilik air. Mereka mungkin pergi ke Giant atau Carefour. Bukan Era sahaja yang cantik malahan adiknya juga jelita. Hanis lulus dalam temuduga itu tetapi adiknya gagal. Kakak berbual dengan ayah sambil memintal-mintal hujung kain tudungnya vii. viii. Air itu ditadahnya kemudian dimasukkan ke dalam botol. Ibu meriba adik sambil membelai-belainya rambutnya.

1.2

Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa tak setaraatau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: (a) Kata hubung pancangan relatif (b) Kata hubung pancangan komplemen (c) Kata hubung pancangan keterangan

(a) Kata hubung pancangan relatif Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Lelaki yang berdiri itu ayah saya. Baju yang dipakai oleh Amira itu baju kebaya. Pemimpin kejam itu digulingkan rakyat yang tidak mahu terus ditindas. Sarimah merupakan seniwati yang sangat jelita semasa mudanya. Siti Nurhaliza penyanyi yang diminati ramai. Saya memakai baju yang paling cantik. 4

HBML 2103

vii. viii

Yang dikendong berciciran Yang kemudian ketinggalan.

(b) Kata hubung pancangan komplemen Kata hubung pancangan komplemen, ringkasnya kata komplemen. Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. Pelakon itu menafikan bahawa beliau akan bersara. Kerajaan mengumumkan bahawa projek mega itu akan ditangguhkan. Bapa saya memberitahu bahawa perbuatan mencuri itu salah. Penduduk kampung mengetahui bahawa Pak Hadi tidak bersalah. Kerajaan membina lebih banyak kemudahan asas untuk menampung keperluan penduduk. vi. vii. viii. Untuk menghapuskan kemiskinan, rakyat perlu bekerja keras. Untuk meminta duit tambahan daripada ibu adalah tidak patut. Bapa membeli zink yang baharu untuk menggantikannya dengan yang lama.

(c) Kata hubung pancangan keterangan Kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Beberapa contoh kata keterangan adalah seperti kerana, sekiranya/kalau/jika/andai kata , hingga, sementara, ketika/tatkala/semasa, walaupun, supaya dan selagi. Contoh penggunaannya dalam ayat: i. ii. Pemandu itu disaman kerana melanggar undang-undang. Sekiranya kita berusaha dengan gigih, engkau pasti akan berjaya dalam hidup. iii. Dia makan terlalu banyak hingga berat badannya bertambah secara mendadak. iv. Sementara menunggu bas datang, dia membaca buku. 5

HBML 2103

v. vi.

Kemalangan itu berlaku ketika hujan turun dengan lebat. Pemain itu meneruskan permainannya walaupun dia mengalami kecederaan yang serius.

vii. viii.

Rakyat perlu bekerja keras supaya negara makmur. Selagi penjenayah itu belum ditangkap, pihak polis tidak akan menghentikan operasi tersebut.

2. Kata Praklausa Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada: kata seru: berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi, ah, eh. wah, wahai. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Aduh, sakitnya kepalaku! Cis, nyah kau dari sini! Aduhai, beginilah nasibku yang malang! Amboi, sombongnya! Ah, aku tidak harus campur tangan! Eh, Gopal rupa-rupanya yang datang! Wah, tingginya bangunan itu! Wahai saudara-saudara, ingatlah akan perintah Allah.

kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa, berapa, bila, bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel kah. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Mengapakah dia ditahan polis? Berapakah bilangan peserta yang mengambil bahagian? Bilakah gol itu dijaringkan? Bagaimanakah graf itu dilukis? Umur budak itu berapa? Rupanya bagaimana? 6

HBML 2103

Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa, dan mana, contohnya: i. ii. iii. Yang berbaju merah itu siapa? Yang bergerak-gerak dalam kotak itu apa? Kasut baharu saya mana?

kata perintah : Perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Jangan datang lagi ke sini. Usah lagi bersedih hati. Sila duduk di sana. Jemputlah masuk. Minta tuan-tuan bertenang dahulu. Tolong perlahankan bunyi radio itu. Harap datanglah ke rumah saya esok. Jangan memancing di sini.

kata pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar, dan betul. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi . vii. viii. Benar, lelaki itulah yang nampak semalam. Ya, di sinilah tempatnya. Betul, inilah alamat rumahnya Ya, sayalah ibu Siti Aminah. Benar, dialah yang meragut beg saya. Betul, saya yang selalu beri dia makanan. Benar, perempuan itu ialah ibu saya. Ya, dialah pembunuh yang sebenar.

kata pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh kata pangkal ayat adalah seperti

HBML 2103

hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, arakian, sebermula dan kalakian. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

i. ii. iii. iv. v.

Hatta istana itupun siaplah seperti yang dikehendaki sultan Melaka. Maka berangkatlah Hang Tuah ke Majapahit. Syahadan Sultan Melaka pun berangkat meninggalkan negara China. Adapun dayang itu merupakan gundik Hang Jebat. Alkisah tidak berapa lama kemudian kembalilah Laksamana Hang Tuah dari medan perang.

vi.

Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu

vii. Sebermula berburulah putera mahkota di negara matahari terbit itu. viii. Arakian tersebutlah kisah seorang putera raja yang tinggal di dalam hutan.

3. Kata Prafrasa Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang. Terdapat 9 jenis kata prafrasa, iaitu:

kata bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu kata kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. (i) (ii) Kata bantu aspek Kata bantu ragam

kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, sudah, baru,

HBML 2103

pernah, sedang, masih, akan mula dan belum yang masing-masingnya digunakan seperti yang terdapat dalam ayat berikut: i. ii . iii. iv. v. vi. vii. Petani itu telah pulang. Murid-murid baru tiba. Saya pernah melancong ke luar negara. Ubi yang direbus itu belum empuk lagi. Bapa sedang membasuh kereta . Saya akan ke Sabah minggu hadapan. Bas itu mula bergerak meninggalkan stesen.

kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut dan mungkin. Contoh penggunaannya dalam ayat adala seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Murid-murid itu hendak pergi ke kantin. Pemuda dan pemudi sekarang mahu memilih jodoh sendiri Awak harus pujuk dia supaya dia tidak meninggalkan rumah. Kita mesti laporkan kepada polis dengan segera. Saya dapat berjumpa dengan ibu sebelum dia berangkat ke Mekah. Bayi itu enggan menghisap susu. Dia patut datang minggu lepas. Siti mungkin sudah tidur waktu ini.

kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikut frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat (i) (ii) (iii) Kata penguat hadapan Kata penguat belakang Kata penguat bebas

HBML 2103

Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif. Contohnya, terlalu, paling, agak, cukup, makin dan kurang. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Lelaki itu terlalu baik untuk digandingkan dengan diriku. Murid itu paling tinggi di kelasnya. Tasik itu agak dalam. Pemandangan alam dari atas gunung itu cukup indah. Perangainya makin berubah semenjak dia berhijrah ke Kuala lumpur. Warna tudung itu kurang sesuai dengan kulitnya. Pokok di belakang rumah itu terlalu tinggi untuk dipanjat. Markah Siti paling tinggi daripada rakan-rakannya.

Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya atau kedudukannya di belakang kata adjektif. Contohnya sekali, benar, betul, dan nian, seperti yang terdapat dalam ayat berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Indah nian istana bunian. Bodoh benar Pak Kaduk. Perangai ibu tirinya buruk betul. Indah nian wajah tuan puteri. Luka di perut terasa perit sekali. Lokek benar Haji Bakhil tu.

Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya amat, sangat, dan sungguh, sebagaimana yang terdapat dalam ayat berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Kenangan itu amat sukar untuk dilupakan. Kenangan itu sukar amat untuk dilupakan. Pemandangan di tepi tasik itu sungguh indah. Pemandangan di tepi tasik itu indah sungguh. Dia terbeli baju yang sangat ketat. Dia terbeli baju yang ketat sangat. 10

HBML 2103

vii. viii.

Cerita itu sungguh kelakar. Cerita itu kelakar sungguh.

Kata penegas juga disebut partikel atau kata penyerta. Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: Menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contohnya seperti kah, -tah, -lah. Menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contohnya juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang. Contoh kata penegas jenis yang pertama dalam penggunaan ayat boleh dilihat seperti di bawah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Bilakah mereka datang? Pintarkah anaknya? Siapakah gerangan gadis itu? Itulah komputer baharuku. Manatah kunciku? Manatah sumpahmu? Sia-sialah usaha kita.

Manakala kata penegas jenis yang kedua pula boleh dilihat dalam contoh ayat di bawah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Adik juga ingin pergi ke Sabah. Walau apa pun jua, dia tetap bapa saya. Dia meninggalkan semua kerja itu begitu sahaja. Saya tidak akan mengaku kalah biarpun keletihan. Selepas itu, pasukan polis pun bertindak. Orang yang saya tunggu belum tiba lagi. Memang lelaki itu calon suami saya.

11

HBML 2103

. Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa prredikat iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi iaitu bukan dan tidak. Kata nafi bukan digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa nama. Contoh: i. ii. Itu bukan kad pintar. Gadis itu bukan pelakon popular.

Kata nafi bukan digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa sendi nama. Contoh: i. ii. Hadiah itu bukan untuknya. Nasihat itu bukan daripada ibu.

Kata nafi tidak digunakan sebagai unsur nafi bagi kata kerja. Contoh: i. ii. Sai Yung tidak pergi ke pejabat. Kami tidak melawat Kampung Budaya.

Kata nafi tidak digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa adjektif. Contoh: i. ii. Anjing itu tidak liar. Dakwaan pekerja itu tidak benar langsung.

Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika frasa berkenaan membawa maksud pertentangan maklumat.

12

HBML 2103

Contoh: i. ii. iii. Pekerja itu bukan mahu dipuji, tetapi dia mahu gaji yang lebih tinggi. Pelajar itu bukan pintar sangat, cuma dia rajin belajar. Emak bukannya marah, dia kecewa sahaja.

Kata pemeri merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contohnya, adalah, merupakan, ialah. Kata pemeri ialah boleh hadir di hadapan frasa nama. Contoh: i. ii. Itu ialah kereta nasional. Hobinya ialah memasak dan berenang.

Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa sendi nama. Contoh: i. ii. Wang yang terkumpul itu adalah untuk rakyat Bosnia. Tarikh tutup permohonan itu adalah pada akhir bulan Disember ini.

Kata pemeri adalah boleh hadir di depan frasa adjektif. Contoh: i. ii. Jawapannya adalah tepat. Hujahnya adalah terlalu umum.

Kata pemeri tidak boleh digunakan di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Contoh: i. ii. iii. Tindakannya menyalahi undang-undang. (betul) Tindakannya adalah menyalahi undang-undang. (salah) Perbuatannya dimaafkan. (betul) 13

HBML 2103

iv. v.

Perbuatannya adalah dimaafkan. (salah) Dengan ini diistyiharkan bahawa kawasan tersebut sudah bebas daripada wabak taun. (betul)

vi.

Adalah diistyiharkan bahawa kawasan tersebut sudah bebas daripada wabak taun.(salah)

Kata sendi nama ialah kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, sejak, akan, hingga, oleh, antara.

Kata sendi nama di dan ke Digunakan sebagai kata depan untuk kata nama atau frasa nama. Contoh: i. ii. iii. iv. Dimasukkan ke dalam almari. Berada di dalam gua. Pergi ke selatan Membelok ke kiri atau ke kanan.

Kata sendi nama kepada Gunakan kata sendi nama kepada di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia, haiwan, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh: i. ii. iii. iv. Kepada siapa harus saya mengadu? Padi itu diberikan kepada ayam. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Perubahan suhu kepada paras yang semakin panas itu perlu dikawal. 14

HBML 2103

Kata sendi nama dari Gunakan kata sendi nama dari di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan tempat, arah, masa, dari segi.

Contoh: i. ii. iii. iv. Saya berasal dari Ipoh, Perak. Bola itu ditendang dari penjuru kiri. Kursus itu bermula dari pukul lapan pagi. Perkara itu patut dikaji dari sudut sosial.

Kata sendi nama daripada Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. Contoh: i. ii. iii. iv. Senyuman manis daripada gadis itu. Mentega ini dihasilkan daripada susu lembu. Meja itu diperbuat daripada kayu jati. Perangai Najib berbeza daripada perangai abangnya.

Kata sendi nama pada Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada+ pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut: i. ii. Pada era sains dan teknologi. Gol itu telah dijaringkan pada minit yang ke-38.

15

HBML 2103

Sendi nama pada yang digunakan di hadapan kata nama yang merujuk kepada manusia dan haiwan harus didahului dengan kata ada. Contohnya: i. ii. Kunci itu ada pada ketua kelas. Perasaan belas kasihan pun ada pada haiwan.

Kata sendi nama dalam Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti contoh yang berikut: i. ii. iii. Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat agung. Abang saya memiliki ijazah dalam bidang linguistik. Termasuk dalam kalangan rakyat termiskin.

Kata sendi nama antara Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai maksud lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang. Dalam bentuk sebegini, kata sendi nama di tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata antara. Contohnya: i. ii. Perbezaan antara fakta dengan pendapat Perbandingan antara bidang sains dengan bidang sastera.

Kata sendi nama untuk dan bagi a) Digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau bahagian yang diperuntukkan. Contohnya: i. Cincin itu untuknya.

b) Digunakan untuk menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Contohnya: i. Kereta bagi kegunaan pejabat sahaja.

16

HBML 2103

Kata sendi nama demi Perkataan demi bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: i. Rakyat Malaysia mesti bersatu pada demi kestabilan negara.

Kata arah merupakan sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contohnya seperti atas, tengah, sisi, antara. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. Buah epal itu ada di atas meja. Mereka menuju ke tengah sawah. Fatimah duduk di sisi suaminya yang sakit. Rumahnya terletak di antara sekolah dan pejabat pos.

Kata bilangan merupakan sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Contohnya dua puluh, beberapa, semua, kedua, setengah, masing-masing. Contoh dalam ayat boleh dilihat seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Lima darab empat sama dengan dua puluh. Beberapa acara diadakan di pesta itu. Semua peserta perlu mendaftarkan diri. Saya diberi setengah markah untuk jawapan itu. Masing-masing tidak mahu mengalah. Murali mendapat tempat kedua dalam perlumbaan itu.

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat contohnya perkataan selalu, sentiasa, dan sering kali.

17

HBML 2103

Contohnya: i. ii. iii. iv. Kami selalu bermain di situ. Pengawas itu sentiasa berpakaian kemas. Datuk Azlan sering kali ke Australia melawat anaknya di sana.

4. Kata Pasca Merupakan satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah -nya, yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh: i. ii. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contohnya: i. ii. Lajunya ialah 120 km sejam Bukan kepalang sakitnya.

18

HBML 2103

PENUTUP Setiap Konsep dan bahagian dalam kata tugas ini haruslah difahami agar kita dapat menguasai bidang ini dengan sepenuhnya. Kefahaman terhadap konsep-konsep yang telah diketengahkan. Amat penting untuk kita mengkaji pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Walaupun terdapat sedikit perbezaan pandangan dan hujah daripada beberapa pihak mengenai kata tugas, tetapi sebenarnya perbezaan pendapat ini amat membantu kita untuk lebih memahami dan menguasai setiap bahagian yang terdapat dalamnya yang termasuk dalam bidang morfologi. Bidang morfologi ini amat penting kerana menjadi asas dalam bidang sintaksis dalam ilmu linguistik. Setiap konsep yang terdapat dalam bidang ini seharusnya diteliti dan difahami oleh setiap orang, bukan hanya dikuasai oleh ahli bahasa atau ahli linguistik. Setiap daripada kita mempunyai bahasa. Justeru, amatlah perlu bagi kita memahami setiap perkara yang melambangkan bahasa kita. Salah satunya ialah ilmu morfologi.

19

HBML 2103

Bibliografi

1. Abdullah Hassan (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. 2. Ali Mahmood, Seman Salleh dan Zainal Abidin Kasim (2007). HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. 3. Asmah Haji Omar. (1988). Susun galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Asraf Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. 5. Lee Lai Foon, Raja Masittah Raja Ariffin (2005). Petunjuk Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

20

HBML 2103

21