Anda di halaman 1dari 12

DISEDIAKAN OLEH: MAZLINA BT OMAR ROSLINA BT BASHARUDIN

Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi

TEMA TAJUK FOKUS

PATRIOTISME Jalur Gemilang Standard Kandungan Standard Pembelajaran 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan pelbagai ayat dalam pelbagai situasi secara bertatasusila.

1.4.1

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat: Bertutur tentang Jalur Gemilang menggunakan pelbagai jenis ayat dengan betul dalam situasi formal secara bertatasusila. Bertutur untuk menyatakan perbezaan dan persamaan bendera Jalur Gemilang dengan bendera negeri yang dipilih. Ilmu : Cinta Negara Nilai Murni : Keyakinan, Menghormati, Kerjasama, Patriotisme Kerativiti dan Inovasi

PENGISIAN KURIKULUM/ ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

SISTEM BAHASA
BAHAN BANTU MENGAJAR

Tatabahasa : Jenis ayat ( ayat seru, ayat tanya, ayat penyata ) Kosa kata : Diselang-selikan, bucu
Radio, Kostum Bendera Malaysia, gambar bendera, pita rakaman dialog dan carta petikan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


1. Berbual menggunakan ayat yang betul.

a. Murid meneliti gambar bendera Malaysia. b. Murid berbual secara bertatasusila dengan guru dan rakan-rakan tentang warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia. c. Murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera.

2. Mengemukakan pendapat
a. Murid berada dalam kumpulan sambil

diperdengarkan dialog melalui rakaman suara dan diminta mencatatkan isi-isi penting. b. Murid dalam kumpulan diminta berbincang secara bertatasusila tentang isi-isi yang telah dicatatkan. c. Wakil kumpulan menyatakan hasil perbincangan berkaitan isi-isi penting yang telah dicatat.

3. Menuturkan isi bahan bacaan


a. Murid secara bergilir-gilir membaca petikan

dialog dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas dan murid lain mendengar dengan teliti. b. Murid menutur salah satu isi dan dialog yang telah dibaca.

4. Menulis ayat dengan tanda baca


a. Murid menyalin dan membaca semula ayat

yang dilengkapi tanda baca yang tepat dengan sebutan dan intonasi yang betul. b. Murid menuturkan salah satu dialog salah satu dialog yang telah dilengkapi tanda baca.

5. Bertutur dan mendengar


a. Murid menjawab soalan pemahaman secara

lisan berdasarkan petikan dialog yang telah diperdengarkan sebelumnya. b. Murid menuturkan jawapan yang telah dibina untuk dinilai oleh rakan.

6. Didik Hibur a. Murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang.

7. Penilaian
a. Murid berbual tentang Jalur Gemilang dan

membuat banding beza dengan bendera Melaka. b. Murid menerangkan kepada rakan atau kelas mengenai perbezaan dan persamaan antara bendera Melaka dengan bendera Malaysia.

8. Pemulihan
a. Murid berbual tentang warna-warna pada

Jalur Gemilang. b. Murid menulis perkataan yang sesuai dengan gambar.

9. Pengayaan
a. Murid bertutur dengan rakan tentang

lambang-lambang yang terdapat dalam Jalur Gemilang. b. Murid menomborkan pernyataan mengikut urutan berdasarkan isi-isi petikan dialog yang telah dibaca.