Anda di halaman 1dari 8

PERINGKAT-PERINGKAT MEMBACA PERINGKAT PERSEDIAAN MEMBACA Peringkat persediaan membaca adalah satu peringkat apabila faktor-faktor persekitaran, keadaan

mental dan tubuh badan telah menyediakan murid-murid untuk menerima pengajaran bacaan. Peringkat ini juga dapat dianggap peringkat teachable moment bagi pengajaran bacaan. Terdapat beberapa prinsip berhubung dengan kesediaan

membaca. Di antara prinsip-prinsip itu ialah: 1. Kesediaan kanak-kanak untuk menerima pelajaran adalah pada umur yang berbeza-beza. 2. Kanak-kanak bersedia untuk menguasai sesuatu kemahiran sekiranya dia dibina atas dasar perkembangan kematangan yang semula jadi. Mereka akan berminat untuk mempelajari dan membuat sesuatu jika tugas yang diberikan kepada mereka sesuai dengan kematangan mereka. 3. Kanak-kanak tidak sepatutnya dipaksa bersedia sebelum perkembangan kematangan mencukupi kerana akan membunuh keghairahan kanak-kanak tersebut seterusnya boleh menyebabkan mereka membenci pelajaran bacaan yang diajukan kepadanya. 4. Semakin matang seseorang kanak-kanak itu, semakin kurang latihan pengajaran yang perlu diberikan untuk memperkembangkan kemahirannya. 5. Guru boleh menyuburkan perkembangan kesediaan membaca di kalangan murid-murid sekiranya mereka diberikan pengalamanpengalaman yang berkaitan dengannya.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kanak-kanak dalam kesediaan membacanya iaitu: 1. Keadaan jasmani / fizikal Aspek yang pertama ialah dari segi penglihatan samada daya penglihatan kanak-kanak tersebut baik ataupun lemah. Jika kanakkanak itu tidak dapat melihat dengan baik, maka dia akan menghadapi kesulitan dalam membaca. Dari segi aspek pendengaran, jika pendengaran kanak-kanak itu adalah lemah, ia boleh menyebabkan kanak-kanak itu akan menerima tanggapan atau arahan yang berbeza daripada apa yang sebenarnya diajarkan guru. Dari segi pertuturan, samada kanak-kanak itu mengalami pelat, gagap atau menghadapi kekurangan dalam sistem artikulasinya. Murid yang mengalami masalah ini tidak akan boleh menyebut atau membaca dengan betul. Jantina dan umur. Biasanyan kanak-kanak peringkat umur 6-8 tahun sudah boleh membaca sekiranya diberikan bimbingan, galakan dan pengajaran yang sewajarnya. Kemampuan urat saraf dan perkembangan fizikalnya.

2. Pengalaman dan Persekitaran Samada murid sudah diberi pendedahan kepada bahan-bahan bacaan di rumahnya, iaitu sebelum dia masuk ke sekolah. Kanakkanak yang sudah terdedah kepada bahan bacaan, melihat gambar-gambar, dibacakan cerita yang menarik dari buku-buku akan lebih mudah menerima dan menyesuaikan diri dalam pelajaran bacaan.

3. Emosi, motivasi, dan sahsiah Samada kanak-kanak itu mengalami masalah emosi dalam keluarga, bersikap negatif terhadap buku, bermasalah sosial, mempunyai minat tertentu yang boleh dijadikan asas untuk menggalakkannya membaca, dan sebagainya. 4. Kecerdasan dan Perkembangan kognitifnya. Dari segi aras dan daya kecerdasan kanak-kanak melalui aktiviti prabacaan yang dijalankan, kebolehan mental, dapat melihat perbezaan di antara perkataan dan gambar, mengetahui konsepkonsep am dalam bacaan da sebagainya. 5. Daya diskriminasi Diskriminasi pendengaran samada kanak-kanak itu dapat membezakan antara perkataan yang mempunyai bunyi awal yang sama, membezakan antara perkataan-perkataan yang mempunyai suku kata akhir yang sama, membezakan di antara nama dan bunyi huruf-huruf yang berlainan yang ada dalam abjad sistem bahasa melayu Malaysia dan sebagainya,. Diskriminasi penglihatan samaa kanak-kanak itu dapat membezakan di antara saiz, bentuk dan jarak yang berbeza-beza, mata boleh membuat koordinasi pergerakan dari kiri ke kanan dan dapatkah diskriminasinya itu dapat dikekalkan dan secara berterusan dan sebagainya. 6. Penguasaan Bahasanya. samada kanak-kanak itu menguasai bahasa baku, mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan sebagainya.

Kesediaan membaca adalah amat penting kerana peringkat ini adalah peringkat apabila kanak-kanak itu boleh belajar membaca tanpa kesulitan dan peringkat ini perlu dikenal pasti oleh guru atas kepentingan kepentingan seperti supaya murid dapat didedahkan kepada pengajaran bacaan secara formal pada masa dan ketika yang amat sesuai dengan mereka. Selain itu, dapat disemai dan disuburkan kegemaran murid-murid itu terhadap minat membaca seterusnya dapat mencapai penguasaan kemahiran membaca dengan kadar kecepatan yang maksimum. Muridmurid tidak tidak anggap sama, oleh itu peringkat kesediaan penting untuk memberikan tumpuan yang berbeza-beza oleh guru mengikut kesediaan mereka agar semua murid dapat mengikuti bacaan dengan penuh yakin. PERINGKAT PRABACAAN (mendirikan asas) Peringkat pra bacaan adalah satu peringkat yang penting dalam pengajaran bacaan. Setelah murid-murid mempunyai kesedaran untuk membaca, mereka akan diperkenalkan pula dengan bentuk, huruf, bunyi, dan sebutan huruf-huruf, suku kata, perkataan, dan seterusnya ayat-ayat. Peringkat ini perlu dibina dengan kukuh supaya kemahiran membaca dapat diasaskan dengan sebaik-baiknya. Dengan terdirinya asas yang kukuh ini, seseorang itu akan dapat menguasai kemahiran bacaan dengan cepat dan memuaskan. Beberapa kaedah pengajaran boleh dipraktikkan untuk tujuan ini tetapi guru seharusnya mengetahui bahawa kemahiran bacaan tidak boleh disemai dengan hanya menggunakan satu kaedah yang paling baik sahaja tetapi perlu menggunakan semua kaedah yang ada. Berikut adalah kaedah yang boleh dijalankan oleh guru-guru yang mengajar pengajaran bacaan. dan menerima pelajaran

1. Kaedah Abjad Disebut juga kaedah mengeja. Murid-murid akan mengenali huruf dari A Z termasuk huruf besar dan huruf kecil beserta huruf vokal. Daripada suku kata yang ada, dibentuk pula perkataan-perkataan mudah seperti baca, buku, bola dan sebagainya. Murid-murid akan mengeja dan kemudian disebut perkataannya. 2. Kaedah Seluruh Perkataan Juga disebut kaedah pandang dan sebut. Murid-murid akan terus mengenali seluruh perkataan beserta gambar contonya dilabelkan. disediakan Murid-murid gambar-gambar akan yang telah menyebut perkataan

dengan mengenali gambarnya sekali. 3. Kaedah fonik Murid-murid akanmengenali bunyi huruf dan bukannya nama huruf. Murid-murid akan membunyikan bunyi-bunyi huruf mula-mulanya secara terasing dan kemudiannya menggabungkannya dengan bunyi huruf-huruf yang lain untuk membentuk suku kata dan perkataan.

PERINGKAT BACAAN INTENSIF Pada peringkat bacaan ini murid-murid akan memperkembangkan kebolehannya dalam meneliti, memahami, dan mentafsirkan apa yang dibaca dengan tepat di samping mengkaji ciri-ciri tatabahasa seperti struktur ayat, frasa atau klausa, juga meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta maksud atau pengertiannya dalam kontekskonteks yang berlainan. Pada peringkat, ini murid-murid akan dapat mengatasi segala masalah jika mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari guru. Pada peringkat ini, pelajar dapat memperolehi dan

memperkembangkan kemahiran-kemahiran seperti barikut: o Mengecam dan mengenal pasti maksud perkataan mengikut konteks yang berlawanan dengan tepat. o Memahami dengan tepat yang dibaca. o Memahami unsur-unsur tatabahasa yang terkandung di dalam petikan yang dibaca dan dapat menghuraikannya. o Menilai atau mengulas isi-isi yang diperoleh daripada bahan yang dibaca. o Mengesan dan memahami apa yang tersirat pada bahan yang dibaca. o Meneka atau mengagak maksud keseluruhan konteks secara seimbas lalu. o Mengesan susunan ataupun urutan buah fikiran dalam petikan yang dibaca. maksud ataupun idea yang terkandung di dalam sesuatu petikan atau bahan bacaan

PERINGKAT BACAAN EKSTENSIF Pada peringkat bacaan ekstensif, murid-murid mula membaca di luar dari bilik darja dan bahan bacaannya seperti buku cerita, majalah, jurnal dan sebagainya tanpa bimbingan daripad guru. Bacaan ini. Murid-murid barasa lebih puas, seronok disamping menimba ilmu pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai