Anda di halaman 1dari 4

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN Nama pengkaji : Muslimah binti Mispan Tajuk Kajian : Aktiviti Untuk Membantu Pelajar Menguasai

Sebutan yang Betul Dalam Bahasa Inggeris

MEREFLEK
Saya mengajar di kelas 2C bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Masalah utama bagi pelajar saya ialah tidak dapat menyebut sebutan yang betul apabila di minta untuk membaca ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian di dalam kelas semasa saya mengajar, saya dapati pelajar sukar untuk menyebut dengan sebutan yang betul. Analisis yang didapati daripada soalan /jawapan murid seperti berikut : Berikut analisis antara kesilapan yang dapat dikesan semasa pelajar menduduki ujian lisan.
Kesalahan sebutan Kesukaran menyebut dengan betul FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menguasai kemahiran (a) Bertutur (b) mendengar Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka kurang mendengar bahan-bahan Bahasa Inggeris dan tidak menggunakan Bahasa Inggeris untuk penuturan. Jika perkara ini tidak ditangani, murid akan sukar untuk menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan sebutan yang betul. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba beberapa kaedah untuk mengatasi masalah tersebut.

Tujuan kajian adalah untuk mencari penyelesaian bagi membantu pelajar menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan betul.
Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar daripada kelas 2C.

MERANCANG
Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut : i. Aktiviti 1 : Tiru Seperti Saya Langkah 1 : Guru akan menyebut setiap perkataan satu persatu. Langkah 2 : Pelajar akan menyebut setiap perkataan berdasarkan sebutan yang telah di sebut oleh guru. Langkah 3 : Guru meminta pelajar menyebut perkataan yang sukar berulang kali sehingga mendapat sebutan yang betul. ii. Aktiviti 2 : Dengar dan Ikut Langkah 1 : Pelajar di kehendaki menaip sebutan yang sukar di search engine . Langkah 2 : Klik pada ikon pembesar suara. Sistem akan menyebutkan perkataan tersebut. Langkah 3 : pelajar akan menyebut perkataan tersebut sambil mendengar sebutan yang betul. Langkah 4 : pelajar di kehendaki menyebut semula tanpa memasang audio. iii. Aktiviti 3 : Muzik Langkah 1 : guru akan memainkan lagu yang bersesuaian dengan pelajar seperti lagu-lagu yang tidak mempunyai unsur-unsur negatif, tidak terlalu laju dan lagu yang menarik. Langkah 2 : pelajar perlu mendengar lagu tersebut sambil mengikutnya perlahan-lahan. Langkah 3 : selepas itu, guru meminta pelajar untuk menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai dengan suara yang lebih kuat dan jelas.

BERTINDAK
Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut : Aktiviti 1 : Tiru Seperti Saya Langkah 1 : Guru akan menyebut setiap perkataan satu persatu. Langkah 2 : Pelajar akan menyebut setiap perkataan berdasarkan sebutan yang telah di sebut oleh guru. Langkah 3 : Guru meminta pelajar menyebut perkataan yang sukar berulang kali sehingga mendapat sebutan yang betul. Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini dapat membantu pelajar menyebut perkataan-perkataan tersebut. Tetapi kaedah ini terdapat beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang paling ketara adalah kaedah ini tidak sesuai di laksanakan jika bilangan pelajar di dalam kelas terlalu ramai. Kekangan gangguan daripada luaran juga menjadi kelemahan bagi kaedah ini. Contoh gangguan yang boleh berlaku adalah bunyi bising. Pelajar tidak akan dapat mendengar suara cikgu dengan jelas. Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan pelajar dapat menyebut perkataan dengan betul tetapi perlu bimbingan daripada guru sepanjang masa. Aktiviti 2 : Dengar dan Ikut Langkah 1 : Pelajar di kehendaki menaip sebutan yang sukar di enjin carian seperti google, msn, yahoo dan sebagainya. Kemudian akan di paprkan perkataan tersebut dan di sebelahnya terdapat ikon pembesar suara. Langkah 2 : Klik pada ikon pembesar suara. Sistem akan menyebutkan perkataan tersebut. Langkah 3 : pelajar akan menyebut perkataan tersebut sambil mendengar sebutan yang betul. Langkah 4 : pelajar di kehendaki menyebut semula tanpa memasang audio. Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini sangat menarik perhatian pelajar. Mereka dapat meneroka perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dengan sendiri. Guru hanya perlu memantau setiap tindakan yang mereka lakukan. Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan aktiviti ini sangat menarik perhatian pelajar kerana penggunaan ICT. Pelajar akan berasa seronok untuk meneroka. Aktiviti 3 : Muzik Langkah 1 : guru akan memainkan lagu yang bersesuaian dengan pelajar seperti lagu-lagu yang tidak mempunyai unsur-unsur negatif, tidak terlalu laju dan lagu yang menarik. Langkah 2 : pelajar perlu mendengar lagu tersebut sambil mengikutnya perlahan-lahan. Langkah 3 : selepas itu, guru meminta pelajar untuk menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai dengan suara yang lebih kuat dan jelas. Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini juga sangat menarik untuk para pelajar. Tetapi, kelemahan kaedah ini adalah pemilihan lagu-lagu yang bersesuaian dengan tajuk terlalu terhad. Kebanyakan lagu-lagu terkini terlalu banyak unsur-unsur negatif. Contohnya, lagu Justin Bieber lebih kepada pergaulan bebas yang tidak sesuai di amalkan di negara kita. Hal ini dapat di buktikan dalam lirik-lirik lagu tersebut (kiss me, kiss me). Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa pelajar akan berasa teruja setiap kali sesi pembelajaran.

MEMERHATI
Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, teknik Dengar dan ikut yang diperkenalkan kepada pelajar 2C merupakan kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sedikit sebanyak kaedah tersebut juga telah menarik minta pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang positif. Pelajar memberikan respon positif semasa aktiviti di jalankan. Hasil kajian juga menunjukkan para pelajar perlu didedahkan kepada sebutan Bahasa Inggeris yang betul secara berterusan bagi membantu mereka menguasai pertuturan dalam Bahasa Inggeris. Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan dengan masalah pertuturan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Pelapor ___________________ (Muslimah Bt. Mispan)

Penilai ____________________ ( )