Anda di halaman 1dari 3

Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang jemurkan pala, Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa ekor

di kepala? gajah Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang sukatkan padi, Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa bertanduk di kaki. ayam jantan Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang sukatkan pulut, Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa tanduk di mulut. nyamuk Belayar perahu dari Berandan, Menuju arah Selat Melaka, Lebar kepala dari badan, Apakah itu cubalah teka. ikan pari Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan, Cubalah cari wahai saudara, makin diisi makin ringan. belon Hari-hari ke rumah Cik Hitam, Melihat orang memotong tebu, Apa binatang darahnya hitam, Janggut delapan tulangnya satu. sotong Bukan kerang atau siput, berkaki bertangan bukannya kompot, Terkelip-kelip duduk terseliput, Merayap sepanjang di paya di rumput. ? Berdengung bukannya kumbang,

Berbelalai bukannya gajah, Kelam kabut saja terbang, Hampir kepada kaum bernyawa. lebah/penyengat/lalat Diukur dijangka-jangka, Burung merak burung angkasa, Dengar tuan saya meneka, Layang-layang gagah perkasa. kapal terbang Pak Pong Pak Mustafa, Encik Dollah di rumahnya, diadun tepung dengan kelapa, Gula Jawa di tengahnya. kuih melaka/ lompang Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga sipucuk rebung, Kalau tuan bijak bestari, Apa binatang tanduk di hidung. badak sumbu Kalau tuan muda teruna, Pakai seluar dengan gayanya, Kalau tuan bijak laksana, Biji di luar apa buahnya. buah gajus Kalau tuan pergi ke kedai, Belikan saya si gula batu, Kalau tuan orang yang pandai, Apa binatang tulangnya satu. sotong Walau dibungkus bukan kiriman, Sudah takdir tuhan yang satu, Meski ditanam bukan tanaman, Cubalah teka apakah itu? mayat/jenazah

Ambil betik potongkan pisau, Buah masak pokoknya rendah, Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah. cili api/lada besar Ada sebiji roda pedati Bentuknya bulat daripada besi Bila bermain diikat sekuat hati Dilempar hidup dipegang mati? gasing Buah budi bedara mengkal Masak sebiji di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai? buah melaka, buah hati Kelip-kelip kusangka api Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib disangkakan mati Kalau mati mana kuburnya? kilat di langit Budak-budak bermain batu Batu dikira satu persatu Badannya lurus bermata satu Ekornya tajam apakah itu? jarum Jika tuan membeli tikar Tikar anyaman dari mengkuang Kalau tuan bijak pintar Ular apa membelit pinggang? tali pinggang Pokoknya bulat dan juga rendang Masam dan hijau ketika muda Buahnya berbentuk seperti bintang Sudah masak, kuninglah ia. belimbing

Mak Minah menanak minyak Kemenyan dibakar dengan setanggi Dua peha beranak banyak Untuk mendaki tempat yang tinggi? tangga Orang bekerja diberikan upah Hidangan disaji dalam talam Gajah putih ditengah rumah Layar terkembang di waktu malam? kelambu Gigi berduri tatah bersigai Pembelah kayu ia berguna Jika tuan orang yang pandai Benda apakah makannya dua cara? gergaji Jika ke kedai pergi berbelanja Belikan saya sudu dan senduk Jika pandai katakan ia Semakin berisi semakin menunduk? padi Kalau tuan pakai lencana Pakailah songkok di atas kepala Kalau Tuan bijak laksana Binatang apakah tiada kepala? ketam Pisau lipat dimainnya kera Tangannya luka lalu terjun Makan kuat tidak terkira Kenyangnya tidak tahi bertimbun? api Minah ketawa terjerit-jerit Melihat koyak pada seluar Orang putih duduk sederet Pagar di dalam tebing di luar? gigi

Tuan puteri belajar menari Tari diajar oleh Pak Harun Kalau Tuan bijak bestari Apa yang naik tak pernah turun? umur Buah cermai di dalam lubang, tepung digaul minyak sapi, Anaknya ramai ibunya seorang, Bila digesel berapi-api? mancis Mulut manis hati nak baik, Itulah amalan turun-temurun, Benda apa yang akan naik, Apabila saja hujan turun? payung
Terbang tinggi si burung helang Hinggap di atas pohon meranti Anak ramai ibunya seorang, Bila bergesel berapi-rapi? Jawapan: Mancis Ada tubuh ada tangan, Tiada kepala tiada kaki; Sangat berguna waktu hujan, Apakah dia yang dimaksudkan ini. Jawapan: Baju Hujan Buah budi bidara mengkal Masak sebiji di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai? Jawapan: Buah Hati

Budak-budak ramai di pekan Hari raya membakar petas Kalau adik pandai kiasan Apakah buah gugur ke atas? Jawapan: Buah Melaka Tinggi duduk di atas sekali, Bukan bulan bukan matahari; Bila malam ia berseri, Bila siang ia berganti. Jawapan: Bintang Tarik pukat dari pangkalan, Gula Melaka dibuat inti; Bila diikat ia berjalan, Bila dibuka ia berhenti? Jawapan: Kasut Bertali Cik Limah bersama anak lelaki Duduk makan keropok lekor Yang mengejar tidak berkaki, Yang dikejar tiada berekor? Jawapan: Ular Dan Katak Pergi umrah setiap tahun, Moga sentiasa murah rezeki Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi? Jawapan: Lemang

Bila kecil boleh ditiup, Sudah besar janganlah lagi, Kalau tercucuk ia meletup, Kalau terlepas terbangnya tinggi. Jawapan: Belon Mulut manis hati nak baik, Itulah amalan turun temurun; Benda apa yang akan naik, Apabila saja hujan turun. Jawapan : Payung Walau dibungkus bukan kiriman, Sudah takdir tuhan yang satu, Meski ditanam bukan tanaman, Cubalah teka apakah itu? Jawapan: Mayat Hidup aman di dalam kota, Ada pemimpin bernama raja; Buruh-buruh rajin bekerja, Askar bertugas setiap masa. Jawapan: Anai-anai/Semut