Anda di halaman 1dari 17

Malaysia ialah sebuah Negara berbilang kaum.

Kaum-kaum yang ada di Malaysia telah hidup bersama secara aman dan tenteram dan dapat menikmati kekayaan Negara secara bersama kerana adanya sifat tolak ansur yang tinggi di kalangan rakyat. 1. Huraikan tentang pengertian `tolak ansur antara kaum serta berikan beberapa contoh. 2. Huraikan peranan yang ada boleh dimainkan sebagai seorang guru Pendidikan Moral dalam memupuk perpaduan kaum.

1.0

PENDAHULUAN

Tolak ansur adalah satu sifat yang sinonim dengan bangsa Melayu. Dari dahulu lagi sifat tolak ansur ini berkait rapat dengan hidup masyarakat orang Melayu sehingga boleh dikatakan ia sudah menjadi sebahagian budaya orang Melayu. Memang orang Melayu suka bertolak ansur. Dan sebenarnya ia adalah satu sifat yang sangat mulia kerana ia menunjukkan bangsa Melayu penyabar dan sanggup beralah demi menjaga hubungan baik dan mengekalkan perpaduan supaya wujud keharmonian di antara kaum.

1.1

Pengertian Tolak Ansur

Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefiniskan tolak ansur sebagai bersikap toleran yang merujuk kepada sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian atau pendapat sendiri. Manakala menurut Longman Dictionary

Comtemporary English (2003), perkataan toleration (tolak ansur) bermaksud: Willingness to allow people to believe what they want without being criticized or punishment.

Ertinya kemampuan untuk membenar dan menerima apa yang dipercayai oleh individu tertentu tanpa mengkritik atau menghukum. Tolak ansur menjurus kepada sikap keterbukaan untuk menerima sesuatu perkara atau agenda dengan baik untuk seseorang individu atau kumpulan tanpa ada syak wasangka buruk. Dalam bahasa Arab ia bermaksud tasamuh. Dalam Kamus Dwibahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada memberi erti kesabaran; tasamuh.

Menurut pendapat Dr. Abd Monir Yaacob, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (2003), Tolak ansur sebagai satu sikap pegangan kehidupan dalam masyarakat memberi erti tidak idealisme, tidak fanatik, tidak selfish (mementingkan diri sendiri), mempunyai sikap keterbukaan, realistik, muafakat, sabar dan menghormati hak orang lain. Orang yang mengamalkan sikap tolak ansur berupaya menanggung sesuatu tekanan atau berupaya 1

menerima kesusahan dan kritikan, boleh berkorban untuk orang lain dan bersikap terbuka dan lapang dada. Ciri-ciri tersebut adalah penting dihayati dalam masyarakat majmuk supaya keharmonian dapat dicapai.

1.2

Pengertian Kaum

Kaum bermaksud etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, kaum merujuk kepada sesuatu etnik atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.

1.3

Tolak Ansur Antara Kaum

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, masyarakat yang perlu dibina mestilah bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh serta bersikap tolak ansur. Justeru, sukatan Pendidikan Moral KBSM (2000) memasukkan nilai tolak ansur dalam Bidang Pembelajaran 1: Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri. Menurut buku sukatan ini, Tolak ansur didefinsikan sebagai kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Kenyataan di atas juga berkaitan dengan nilai hormat, keadilan, kebebasan, dan semangat bermasyarakat seperti yang tertera dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Dalam KBSM, pemupukan nilai ke 16, iaitu semangat bermasyarakat bertujuan menggariskan kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan demi kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam bermasyarakat. Untuk mempastikan kejayaan nilai ini disemai dalam kalangan pelajar, nilai tolak ansur perlulah diperkukuhkan.

Pada tahun 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengemukakan Wawasan 2020 yang menggariskan sembilan cabaran. Cabaran kelima menjurus kepada pentingnya tolak ansur iaitu mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan kepada negara.

Wan Zahid (1988) dalam Dr. Tajul Ariffin dan Dr. Nor Aini (1992) menegaskan sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara. Pendidikan yang mampu menghadapi cabaran dan tuntutan harus mempunyai paksi atau teras yang kukuh.

Justeru, Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1961 serta berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang mengutamakan perpaduan sebagai matlamat utama pendidikan telah mengalami beberapa kali kajian semula untuk mempastikan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, hidup berharmoni, dan berdisiplin tercapai. Dan, untuk mencapainya, nilai Tolak ansur perlu diperkukuhkan kerana ia melibatkan gabungan budaya serta agama masyarakat majmuk Malaysia.

Sehubungan itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mensasarkan agar dapat melahir dan memperkembang potensi individu secara menyeluruh serta bersepadu berharap agar rakyat Malaysia kelak dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sinonim dengan Islam Hadhari telah menggariskan sepuluh prinsip utama Islam Hadhari. Pembangunan ekonomi yang seimbang (prinsip kelima), kehidupan berkualiti (prinsip keenam) dan kekuatan pertahanan serta perpaduan (prinsip kesepuluh) memerlukan Tolak ansur antara kaum untuk mencapainya. Tanpa Tolak ansur, kuasa ekonomi tidak akan dapat dibahagi sama rata. Kepincangan keseimbangan ekonomi akan menggugat kehidupan yang berkualiti dan ini boleh menghancurkan kekuatan pertahanan serta perpaduan.

Akibat ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum maka wujudlah pelbagai spekulasi, iri hati, dan kurang senang yang berterusan di kalangan masyarakat dan akhirnya berlakulah peristiwa hitam 13 Mei. - Dewan Siswa, September 2005

Jelasnya, nilai tolak ansur berkaitan dengan sikap liberal individu dalam masyarakat bagi menjamin keharmonian dan kemakmuran negara. Merujuk kepada kupasan umum di atas, dapatlah dikatakan bahawa tanpa nilai tolak ansur yang kukuh matlamat KBSM, KBSM, Wawasan 2020, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan mungkin tidak akan tercapai.

2.0

TOLAK ANSUR ANTARA KAUM DENGAN BEBERAPA CONTOH

2.1

Tolak Ansur Antara Kaum di Malaysia Sebelum Merdeka

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang bermula pada 8 Disember 1941 sehingga 1943 mendatangkan kesan besar terhadap hubungan antara kaum di Tanah Melayu selepas perang terutamanya hubungan antara orang Melayu dan Cina. Faktor utama yang mewujudkan masalah ini ialah Jepun memberi layanan yang berbeza terhadap kedua dua bangsa iaitu bersikap baik terhadap orang orang Melayu sebaliknya menzalimi orang - orang Cina rentetan permusuhan yang wujud antara Jepun dengan negara China dalam Perang China Jepun ekoran penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Dalam masa yang sama pihak Jepun menggunakan orang orang Melayu sebagai polis Jepun (Kempetei) bagi menangkap orang orang Cina telah menimbulkan rasa dendam yang mendalam di kalangan orang Cina.

Polemik perkauman ini meruncing selepas pengunduran Jepun dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 apabila Jepun diisytiharkan kalah oleh British dan kelompongan kuasa selama tiga minggu di Tanah Melayu sebelum ketibaan semula kuasa British memberi kesempatan kepada Parti Komunis Malaya ( PKM ) yang sebahagian keahliannya terdiri daripada bangsa Cina keluar dari hutan dan melakukan pembunuhan serta huru hara sebagai membalas dendam ke atas orang orang Melayu. PKM menubuhkan mahkamah rakyat bagi membicarakan orang orang yang dituduh bersubahat dengan Jepun dan dijatuhi hukuman mati. Ketakutan kepada Bintang Tiga ini telah menjadi ketakutan kepada bangsa Cina di kalangan orang orang Melayu.

Masyarakat Melayu hilang kepercayaan terhadap orang orang Cina apabila tentera tentera Bintang Tiga mula menggangu upacara keagamaan di surau dan masjid. Selain untuk menjaga maruah bangsa dan agama, orang orang Melayu bimbang kemungkinan Tanah Melayu akan jatuh ke tangan komunis. Keadaan ini disokong oleh Ahmat Adam, iaitu : Seperti disentak, orang Melayu tiba tiba merasakan bahawa kemungkinan Tanah Melayu jatuh ketangan bangsa Cina sudah menjadi kenyataan. Maka berlakulah, dalam tahun tahun akhir 1945 dan awal 1946, pergaduhan dalam beberapa tempat dan daerah paling teruk di landa pergaduhan antara Melayu dan Cina iaitu di Batu Pahat Muar dan Sungai Manik, dekat Teluk Intan. - Rohani Ab. Ghani dan Zulhimi Paidi (2002). Kenegaraan Malaysia Isu Isu Pembangunan Berdasarkan sorotan sejarah di atas, jelas membuktikan perkataan perkauman sering sinonim dengan bibit bibit perpecahan, cauvanis, prasangka dan prejudis serta sensitiviti. Pergelutan antara orang Melayu dan Cina membawa keretakan hubungan akibat kesan penjajahan. Jelasnya, tidak ada unsur Tolak ansur antara kaum ketika itu kerana kehidupan sering diselaputi dengan perasaan dendam dan benci yang membawa kepada pergaduhan dan pembunuhan. Secara umumnya tempoh pengosongan kuasa selama 14 hari itu menampakkan kepada kita tentang betapa seriusnya masalah perhubungan kaum ketika itu.

Ringkasan kata Wan Zahid (1988), pendidikan adalah punca segalanya. Pergelutan yang berlaku juga berpunca dari dasar pendidikan British kepada sekolah Cina. Dalam pembinaan sekolah Cina, British mengamalkan sikap tidak campur tangan, malah menentang keras pembiayaan pembinaan sekolah Cina. Justeru, sekolah Cina dibuka atas usaha individu atau persatuan Cina yang mendapat pembiayaan dari Republik Rakyat China. Ideologi kuomintang sinonim dengan sekolah Cina ketika ini yang mahu menyebarkan fahaman komunis.

Adalah menjadi matlamat British untuk tidak memaju dan menyatupadukan masyarakat Tanah Melayu ketika itu melalui sistem pendidikan. Akibatnya wujudlah lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing antara satu sama lain. Setiap sekolah menggunakan sukatan (kurikulum),sistem pendidikan serta bahasa idunda sendiri yang lebih mirip kepada kesetiaan kepada negara asal kaum tersebut. Inilah dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British.

Ringkasnya, dapatlah dikatakan ketika sebelum merdeka, nilai Tolak ansur antara kaum di Malaysia tidak berkembang dengan baik. Setiap kaum memperjuangkan nasib kaum sendiri tanpa menghiraukan nasib kaum yang lain. Jelasnya, tiada intergasi nosional ketika itu kesan dari dasar pecah dan perintah British. Ketika itu wujud pelbagai masalah sosioekonomi kerana 5

jurang pendidikan yang ketara di antara tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India.

2.2

Tolak Ansur Antara Kaum di Malaysia Semasa Menuntut Kemerdekaan

Bagi memulihkan Tanah Melayu , British Military Administration ( BMA ) membubarkan PKM yang mendapat sokongan British bagi mengusir Jepun semasa perang. BMA memberi ganjaran $360 kepada setiap gerila dan berjanji menolong mereka mencari pekerjaan bagi memulakan hidup baru. Lain pula bagi orang orang Melayu. BMA digunakan sebagai pemacu kepada niat British untuk mewujudkan perubahan Perlembagaan Tanah Melayu, iaitu Malayan Union. BMA bertindak membicarakan penduduk Malaya yang tidak setia dan bersubahat dengan Jepun dengan mengemukakan Perintah Darurat.

Berdasarkan itu, British mengemukakan cadangan Malayan Union sebagai satu hukuman kepada orang Melayu yang pro-Jepun dan sebagai ganjaran kepada orang Cina yang proBritish. Malayan Union diisytiharkan pada Januari 1946 yang dikenali sebagai Kertas Putih. Malayan Union merupakan satu muslihat British bagi menukar bentuk pemerintahannya ke atas Tanah Melayu dari bentuk naungan kepada bentuk jajahan dan dasar Pecah - Perintah

Pengenalan Malayan Union menjadi titik tolak yang sangat penting dalam menyatukan minda dan semangat perjuangan kebangsaan orang orang Melayu dalam menentang penjajah. Penentangan ini berpunca dengan ketidakpuasan hati orang orang Melayu dengan cara tandatangan Raja raja Melayu diambil oleh MacMicheal yang menggunakan ugutan menurunkan takhta mereka kerana mempunyai bukti yang cukup menyatakan Raja raja Melayu menyokong Jepun. Tambahan pula, orang orang Melayu juga berpandangan bahawa prinsip kerakyatan yang berbentuk Jus Soli akan menyebabkan mereka kehilangan kedudukan sebagai rakyat pribumi Tanah Melayu.

Maka tidaklah menghairankan apabila kerajaan British cuba menubuhkan gagasan Malayan Union dalam tahun 1946, yang menentangnya ialah orang Melayu seluruhnya, tidak kaum Cina dan India. Mengapa ? Kerana Malayan Union bertujuan sebagai koloni British ( atau sebagai kawasan yang disebut British Malaya ) yang akan menguntungkan kaum pendatang. Kaum pendatang atau kaum bukan Melayu yang datang dari negeri negeri dari luar kawasan Melayu Islam tidak dianggap sebagai rakyat raja Melayu, dan sudah tentu orang bukan Melayu tidak 6

menganggap raja Melayu sebagai raja mereka juga, jadi tidak perlu mereka taat kepada raja Melayu. Jelasnya, kaum pendatang umpama menunggu rezeki datang bergolek untuk diiktiraf sebagai penduduk Tanah Melayu sedangkan penduduk Tanah Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu terpaksa bergadai kerakyatan akibat dasar penjajahan British.

Apa yang sangat ketara sepanjang tempoh kegelisahan orang Melayu menentang Malayan Union ialah tidak ada reaksi dari masyarakat bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina yang pada masa itu mempunyai pengaruh politik dan kewangan yang jauh lebih besar berbanding dengan bangsa bangsa lain di Tanah Melayu terhadap perjuangan masyarakat Melayu. Sikap seperti menangkuk di air keruh ini, membuktikan bahawa kemelut perjuangan itu hanyalah berkisar pada orang Melayu dan orang bukan Melayu hanya memerhati dan melihat apa saja yang akan berlaku.

Tepatlah kata Wan Zahid (1988), pendidikan adalah punca segalanya. Berpunca dari pelaksanaan Sekolah Vernakular British yang mempunyai empat aliran. Keadaan ini sesuai dengan dasar British Devide and Rule yang bertujuan memecahkan perpaduan kaum dan juga menebalkan semangat kedaerahan dalam kalangan rakyat. British bimbang penyediaan pendidikan untuk kaum pribumi akan menimbulkan kesedaran untuk menentang British. Namun, atas desakan sultan dan para pembesar Melayu, British akhirnya bersetuju menyediakan pendidikan untuk orang Melayu, itu pun sekadar pendidikan rendah sahaja. Jadi tidak hairanlah, mengapa orang Melayu sahaja yang menentang Malayan Union.

Malahan, kedudukan selesa yang diberikan oleh British dalam pendidikan kepada kaum Cina turut mempengaruhi keadaan. Bermula pada tahun 1924, British memberi bantuan kewangan kepada sebahagian besar sekolah sekolah Cina di Tanah Melayu bertujuan menyekat kemasukan fahaman politik kuomintang. Menjelang 1938, terdapat 305 buah sekolah Cina bantuan penuh. Perkembangan pada dekad tersebut memperlihatkan bahawa sekolah sekolah Cina telah dapat meneruskan pendidikan sehingga peringkat menengah atas sedangkan pendidikan sekolah sekolah Melayu hanya sekadar pendidikan rendah sahaja.

Persekutuan Tanah Melayu dirasmikan pada 1 Februari 1948 yang mengiktiraf kedaulatan tiap tiap pemerintah ( raja ) di negerinya sendiri serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama berusaha menjaga kepentingan kaum kaum lain. Malah diwujudkan satu kewarganegaraan bersama untuk semua orang yang menganggap Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanah air mereka dan sanggup memberikan kesetiaan 7

kepada Tanah Melayu. Dari sini Tolak ansur antara kaum di Tanah Melayu mula berputik. Orang Melayu berpuas hati apabila Persekutuan Tanah Melayu mengiktiraf kedaulatan Sultan sultan Melayu dan hak negeri serta dalam masa yang sama kaum pendatang atau bangsa lain yang berada di Tanah Melayu boleh menjadi warganegara Tanah Melayu dengan syarat dan peraturan tertentu.

Gerakan komunis di Tanah Melayu dimonopoli oleh penduduk keturunan Cina, dan ramai menganggap bahawa gerakan itu merupakan gerakan orang Cina. Sebaliknya pula, kebanyakan daripada anggota pasukan keselamatan kerajaan terdiri dari orang Melayu sama ada dalam Pasukan Polis atau pun Askar Melayu. Namun demikian, parti parti politik berhaluan kiri seperti PUTERA ( Pusat Tenaga Rakyat ) dan AMCJA tidak berpuas hati kerana British menolak cadangan Perlembagaan Rakyat ( The Peoples Constitutional Proposal ) yang dikemukakan mereka membawa kepada tercetusnya Darurat pada tahun 1948. Darurat yang berlangsung selama 12 tahun mendatangkan kesan yang besar dalam aspek sosio-ekonomi dan politik di negara ini. Salah satu kesan yang paling ketara ialah ketegangan yang wujud dalam hubungan kaum di negara ini. Faktor utama kepada perkembangan ini ialah kerana gerakan komunis di Tanah Melayu didominasikan oleh orang orang Cina manakala satu pihak lagi iaitu di pihak pasukan keselamatan terdiri dari orang orang Melayu. Zainal Abidin bin Abdul Wahid dalam Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002) mengulas :

Semasa darurat, anak anak muda Melayu berjuang berputih tulang mempertahankan tanahair mereka demi menyahut seruan pemimpin Melayu (UMNO) supaya tampil memikul senjata melawan PKM sedangkan pemuda pemuda Cina dan India bertindak melarikan diri ke India dan China apabila kerajaan mewajibkan penduduk lingkungan 20 30 an menjadi pasukan keselamatan pada tahun 1950. Antara 1949 hingga 1951, hanya kira kira 200 belia Cina yang menganggotai pasukan keselamatan. Sambutan dingin ini jelas menunjukkan sikap sebenar mereka terhadap Tanah Melayu, malah ia turut mendapat kritikan hebat dari Pesuruhjaya Tinggi British pasa masa itu iaitu Sir Henry Gurney yang mendakwa bahawa : ..mereka hanya hidup bersenang lenang dan menumpukan tenaga semata mata untuk mencari kekayaan.

"pada waktu itu tidak ada satu institusi pun yang boleh menjadi badan yang menyatukan rakyat Tanah Melayu kerana orang Cina dengan kecinaannya, orang India dengan keindiaannya dan orang Melayu pula setia hanya kepada rajanya.?Ungku Aziz

Berdasarkan kenyataan itu, Tolak ansur antara kaum ketika itu amat rapuh dan dipengaruhi oleh keadaan semasa. Darurat kemudiannya ditamatkan pada tahun 1960 iaitu selepas Tanah 8

Melayu mencapai kemerdekaan dengan sekali lagi mempertaruhkan Tolak ansur antara kaum semasa proses awal menuntut kemerdekaan .

2.3

Tolak ansur Antara Kaum Selepas Merdeka

Dalam perundingan antara kaum untuk mencapai kemerdekaan dari kerajaan British, dua jenis persetujuan tolak ansur dicapai antara bangsa Melayu dengan kaum bukan Melayu. Pertama, orang bukan Melayu hendaklah menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah waris Tanah Melayu, maka warisan Melayu serta kedaulatan Raja raja Melayu dikekalkan, dijamin dan dipelihara selepas kemerdekaan. Keduanya, orang Melayu bersetuju :

2.3.1

Bahawa tiap tiap penduduk Tanah Melayu yang lahir di Tanah Melayu sebelum Hari

Merdeka hendaklah diterima sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu melalui proses undang undang; ini bererti bahawa semua kaum pendatang dan penduduk Tanah Melayu yang sebelum itu bertaraf bukan rakyat Tanah Melayu yang lahir di Tanah Melayu sebelum Hari Merdeka secara automatik ( melalui proses undang undang ) menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

2.3.2

Hak budaya kaum lain, termasuk bahasa dan agama mereka, dipelihara, yakni tidak

dihapuskan, dan

2.3.3

Orang Melayu bersetuju berkongsi dengan kaum kaum bukan Melayu dalam

pemerintahan negeri ini.

Dalam pada itu dua ( 2 ) persetujuan tolak ansur yang dicapai antara orang Melayu dengan kaum bukan Melayu dalam perundingan antara kaum untuk mendapatkan kemerdekaan dari British. Inilah kontrak sosial yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu selepas kemerdekaan. Antara isi kontrak sosial yang tercetus dari tolak ansur antara kaum di Tanah Melayu ialah : a. Agama Islam ialah agama (rasmi) Persekutuan, tetapi agama agama lain boleh diamalkan dengan aman dan selamat.

b. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa urusan rasmi kerajaan, tetapi bahasa bahasa kaum lain boleh digunakan, dipelajari, diajarkan dan dipelihara. 9

Menurut

Artikel

153

Perlembagaan

Seri

Paduka

Baginda

Yang

di-Pertuan

Agong

bertanggungjwab menjaga dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu ( termasuk penduduk peribumi Sabah dan Sarawak ) dalam bidang pendidikan, perkhidmatan awam, ekonomi dan perniagaan, serta hak Melayu terhadap tanah rizab mereka.

Itulah kontrak sosial yang telah dipersetujui dalam perundingan antara orang Melayu dengan kaum bukan Melayu untuk mencapai kemerdekaan yang didasari unsur tolak ansur. Jika hari ini ada pihak atau kaum tertentu yang membuat tuntutan baru yang dianggap oleh kaum lain sebagai tuntutan untuk mengubah atau mencabar kontrak sosial ini, perpaduan kaum dan kestabilan politik di negara ini pasti akan terancam.

Kita tidak mahu peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang lagi, cukuplah sekali yang akan menjadi pengajaran betapa pentingnya perpaduan. Tragedi tersebut telah memberikan keinsafan dan pengajaran bertapa pentingnya negara mempunyai pengarahan yang lebih jelas dan tersusun dalam rangka perpaduan antara kaum. Fenomena itu telah mencetuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara. Kedua dua dasar ini secara umumnya bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum dan saling bertolak ansur. Malah salah satu prinsip Rukun Negara ialah menjaga kesopanan dan kesusilaan yang menjurus kepada kehidupan berkualiti.

Bagi memperkasakan tolak ansur antara kaum di Malaysia, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal. Kepentingan perpaduan melalui pendidikan wujud lebih awal sebelum kemerdekaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan secara keseluruhannya berusaha mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia sejak dari bangku sekolah dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk menyemai nilai nilai murni, kurikulum dan peperiksaan yang sama serta bercorak kebangsaan. Motif yang sama juga diperluaskan melalui Wawasan 2020 yang menggariskan sembilan cabaran. Antarannya ialah membentuk masyarakat bersatu padu dan mewujudkan masyarakat yang toleran yang bertolak ansur serta liberal sekaligus meletakkan kesetiaan kepada satu negara sahaja iaitu Malaysia.

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) jelas memfokuskan kepada memperkukuhkan sistem pendidikan bagi menggalakkan integrasi nasional dan mempertingkatkan mutu pendidikan bagi membina masyarakat progresif berasaskan sains dan teknologi. Laporan Jawatankuasa Kebinet Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) dan dalam Rancangan Malaysia 10

Keempat (1981-1985), terdapat kenyataan bahawa matlamat utama Pendidikan Moral ialah membina suatu asas yang kuat untuk mengembangkan satu masyarakat yang berdisiplin. Begitu jugalah Rancangan Malaysia Kelima (19861990) yang memfokuskan pendidikan adalah matlamat untuk memupuk perpaduan negara.

Justeru, pendemokrasian pendidikan merupakan satu satunya jalan bagi mengatasi masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan British dan mencapai matlamat membentuk sebuah negara yang berdaulat. Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1961) merupakan dasar kerajaan yang menjurus kepada pendemokrasian pendidikan. Satu sistem pendidikan yang bertunjangkan kepada kurikulum dan sistem pendidikan yang sama untuk semua kaum berteraskan kepada kesetiaan kepada negara Malaysia. Jelasnya, dengan pelaksanaan dasar kerajaan yang berkesan, Tolak ansur antara kaum selepas merdeka di Malaysia semakin kukuh dan mampan .

2.4

Tolak Ansur Antara Kaum Masa Kini

Berdasarkan beberapa dasar kerajaan yang disebutkan di atas dapatlah disimpulkan nilai tolak ansur yang menjadi pemangkin perpaduan dipahat sejak awal usia warganegara Malaysia. Dewasa ini, kita boleh berkongsi raya, berkahwin campur, menghantar anak anak ke sekolah kaum lain dan seumpamanya yang menggambarkan keterbukaan dan keutuhan perpaduan masyarakat Malaysia menuju era pembangunan mahupun globalisasi.

Menurut Prof. Dato Dr. Khoo Kay Kim dalam Dewan Budaya ( Mac 2004 ), menyatakan sejumlah 60 000 pelajar Melayu bersekolah di sekolah Cina. Malah gabungan MIC, MCA dan UMNO dalam Barisan Nasional yang mewakili tiga kaum utama Malaysia memberi impak kepada Tolak ansur dalam perkongsian pentadbiran negara dan kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2004 lalu membuktikan Tolak ansur antara kaum telah kukuh wujud. Tanpa mengira siapa calon dan agamanya, pengundi di Malaysia tetap mengundi calon yang dinaungi oleh Barisan Nasional. Malah filem Mahligai Gading yang menyaksikan gabungan tiga kaum utama di Malaysia memberi impak kepada perpaduan negara yang memerlukan tolak ansur antara kaum.

11

2.5

Masa Depan Tolak Ansur Antara Kaum di Malaysia

Berdasarkan huraian di atas, tolak ansur antara kaum di Malaysia begitu padu kerana berupaya mengekalkan perpaduan dan kestabilan politik negara sehingga ke hari ini. Namun jika dilihat kajian Identiti Nasional dan Etos Bangsa oleh Nor Hashimah et al., (2004) menampakkan satu isu yang perlu dikawal agar sikap tolak ansur yang telah dan sedang disemai sentiasa tersemat dalam jati diri masyarakat Malaysia.

Building a nation out of diverse people with differing historical, ethnic, linguistic, religious, cultural and geographical backgrounds is something more than just fostering consensus on the basic character of a state or nation. It involves the fostering of shared historical experiences, shared values, a feeling of common identity and shared destiny that transcends ethnic bounds without undermining ethnic identity, loyalty, commitment and an emotional attachment to the nation, and the flowering of distinctly national ethos. The emergence of all these factors in turn involves other prerequisites ( 31 January 1992).

Secara ringkasnya, kajian identiti nasional dikaitkan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, manakala etos bangsa berasaskan kenyataan Tun. Dr. Mahathir Mohamad, merumuskan bahawa dari jawapan kepada 500 orang responden, menunjukkan aspek umum yang tidak mengganggu kepentingan kehidupan mana mana bangsa mendapat sokongan yang padu. Contohnya sikap bangga raja, kibar bendera dan kerajaan berjaya menjaga kestabilan negara. Walau bagaimanapun, bagi aspek yang menyentuh kepentingan kaum, peratus sokongannya berbelah bagi. Contohnya dalam kes bahasa Inggeris di papan tanda. Orang Melayu menunjukkan skor yang rendah pada bahasa Inggeris sedangkan bukan Melayu selesa dan menyokong bahasa Inggeris. Contohnya penurunan peratus bagi kumpulan Bumiputera Melayu menunjukkan mereka rasa kerugian etnik dalam perkongsian kuasa politik dengan kumpulan etnik yang lain. Peratus penerimaan agama Islam dan bahasa Melayu sebagai agama rasmi dan bahasa rasmi negara di kalangan bukan bumiputera agak rendah dan 74 peratus dapatan ini menandakan kesangsian mereka terhadap pandangan Tun Dr. Mahathir yang telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Mereka juga menolak Program Khidmat Negara malah kewujudan orang Melayu dan bahasanya tidak dianggap sebagai faktor dominan dan penting kerana mereka boleh hidup tanpa bangsa Melayu, bahasa Melayu dan budaya Melayu.

12

Jangan kita lupa akan serangan globalisai yang menghakis jati diri warganegara Malaysia. Satu bentuk penjajahan baru. Berdasarkan kajian Identiti Nasional dan Etos Bangsa dalam Dewan Budaya ( Ogos 2004 ) menampakkan unsur unsur sebelum kemerdekaan ( perkauman ) mungkin berputik kembali jika percaturan pandangan dan pendapat tentang hak hak tertentu tidak diteliti dan diambil tindakan segera agar kesatuan dan kesepakatan sebagai bangsa Malaysia tetap wujud walau di mana warganya berada.

3.0

PERANAN

YANG

BOLEH

DIMAINKAN

OLEH

GURU

DALAM

MEMUPUK

PERPADUAN KAUM

3.1

Melalui Pengajaran Pendidikan Moral

Pengajaran Pendidikan Moral di sekolah perlulah dipandang serius di mana terdapat para guru yang mengajar matapelajaran tersebut mengajar sambil lewa sahaja. Arfah Aziz (1979) dalam Abdul Rahman Arof (1986) berpendapat bahawa mata pelajaran Sivik yang diajar sekali seminggu tidak dapat meninggalkan kesan yang besar dan positif terhadap kehidupan pelajar pelajar. Keadaan ini terus berlangsung sehinggalah kerajaan memperkenalkan Program Pensiswazahan Khas Guru dalam Pendidikan Moral yang memfokuskan kepentingan Pendidikan Moral di sekolah menengah pada 2005.

3.2

Melalui Aktiviti Gotong-Royong

Aktiviti gotong royong didalam sekolah akan membawa kepada perpaduan dan intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dan guru-guru akan menolong bersama-sama membersihkan kawasan sekolah. Pada masa yang sama mereka akan berinteraksi di antara satu sama lain serta mengenali rakan yang tidak dikenali. Keadaan ini secara tidak langsung telah mewujudkan perpaduan kaum dan intergrasi nasional dikalangan guru-guru dan pelajar-pelajar disekolah.

3.3

Penghayatan Kepada Rukun Negara

Sebagai seorang guru Pendidikan Moral adalah menjadi tanggungjawab untuk menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke atas pelajar-pelajar di sekolah. Buku latihan sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supaya pelajar dapat membacanya dengan senang. Pihak sekolah 13

perlu memastikan pelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara. Contohnya, pelajar dikehendaki melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam perhimpunan mingguan sekolah. Dengan ini, mereka akan mengetahui prinsip-prinsip yang terkandung didalam Rukun Negara. Ini akan menjadikan pelajar-pelajar saling hormat-menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain dan hidup secara yang muhibah. Keadaan ini secara langsung telah menanam unsure perpaduan dan intergrasi nasional didalam diri pelajar melalui Rukun Negara yang dihafal dan diamalkan oleh mereka.

3.4

Mengadakan Kempen Memupuk Perpaduan Kaum

Guru-guru dapat merancang aktiviti yang boleh menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar dengan megadakan kempen, ceramah, seminar dan kem-kem motivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national. Melalui pelancaran ini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Contohnya,pelajar digalakkan menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan supaya mereka dapat mempelajari dan memahami konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah. Melalui kem-kem motivasi ini, pelajar akan tahu bertapa kepentingannya perpaduan antara kaum dan akan mengamalkannya.

3.5

Sambutan Perayaan Pelbagai Kaum Di Sekolah

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan lain-lain di sekolah. Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari adat resam serta kepercayaan kaum-kaum didalam Malaysia. Ini akan menimbulkan rasa hormat di kalangan pelajar terhadap kaum yang lain selain dapat mengeratkan persefahaman diantara pelajar-pelajar yang berlainan kaum. Salah faham dan perbezaan pendapat antara kaum akan dapat dielakkan kerana pelajar-pelajar telah memahami budaya kaum lain. Keadaan ini telah menunjukkan wujudnya perpaduan kaum didalam diri pelajar dimana mereka telah mengetahui budaya kaumkaum lain yang ada di Malaysia.

14

4.0

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa corak hubungan tolak ansur rakyat Malaysia banyak bergantung kepada sejauhmanakah situasi dan keadaan semasa di negara kita memerlukan kerjasama dan menguntungkan kaum kaum yang terlibat. Ini jelas sekali apabila para pemimpin Tanah Melayu berjaya bergabung tenaga dan menubuhkan Parti Perikatan dan akhirnya memenangi pilihanraya 1955. Kejayaan ini memberi keyakinan kepada British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, keyakinan tersebut bukan merupakan jaminan kepada hubungan kaum yang ampuh apabila meletusnya Peristiwa 13 Mei 1969 kira kira selepas 12 tahun Tanah Melayu merdeka. Peristiwa ini menunjukkan bahawa hubungan antara kaum di Malaysia rapuh, mudah pecah dan sangat sensitif kepada sebarang perkembangan dan kepentingan terutamanya kepentingan politik perkauman.

Sikap dan tindakan yang tidak mendatangkan mudarat dan berbahaya kepada orang lain boleh membawa kepada suasana yang harmoni dalam masyarakat. Jika warna-warni itu sesuai dan elok kombinasinya atau muzik itu antara irama dan lagu selaras maka akan lahirlah keharmonian pada warna dan lagu. Apabila masyarakat hidup ramah mesra, bertolong bantu, belas kasihan, bertegur sapa, prihatin terhadap jiran, nasihat menasihati serta menjaga kepentingan dan hak orang lain sudah pasti masyarakat itu akan hidup dalam suasana harmoni.

Dapatlah disimpulkan bahawa tolak ansur antara kaum di Malaysia masih ampuh dan kukuh hingga ke hari ini. Dengannya kemajuan negara dapat dinikmati dengan lebih baik oleh semua masyarakat. Masyarakat Malaysia dapat hidup aman dan damai serta hak hak asasi setiap warga negara Malaysia terjamin untuk dikecapi. Namun keperkasaan tolak ansur masyarakat Malaysia perlulah sentiasa dikawal selia agar anasir anasir yang cuba menghancurkan keutuhannya dapat disekat dengan lebih awal supaya pada setiap kali 31 Ogos menjelang.

15

RUJUKAN

Abdul Rahman Aroff (1986), Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya : Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Dr. Tajul Ariffin bin Nordin dan Dr. NorAin bte Dan (1992), Pendidikan Dan Wawasan 2020 Falsafah, Perguruan dan Persekolahan. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Moral (Elektif) Edisi Kedua. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Joginder Singh Jessy (1979), Sejarah Tanah Melayu (1400 1959). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ranjit Singh Malhi (1985), Panduan Peperiksaan Am Kerajaan. Petaling Jaya : PKS Sdn. Bhd.

Rohani Ab. Ghani dan Zulhaimi Paidi (2002), Kenegaraan Malaysia Isu Isi dan Perkembangan. Pahang : PTS Publication & Distributors

Shahril @ Chairil Marzuki dan Habib Mat Som (1999), Isu Pendidikan Di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tam Yeow Kwai (1996), Pendidikan Moral 1 Konsep dan Pengajaran Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Tang Chee Yee (1993), Negara Kita Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Budaya Mac, April dan Ogos 2004

16

Dewan Masyarakat Oktober 2005

Dewan Siswa September 2005

Internet 8&fl=0&meta=0&0&0=&b=101&u=www.islamhadhari.net/v2/seminar/seminar_detail.php%3Fnki d%3D9&w=identiti+nasional+bangsa+malaysia&d=KnwCl21aMJ1N&icp=1&.intl=mye

17