Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG REPOH, 34500 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN POST MORTEM PEPERIKSAAN PERCUBAAN (JULAI)

2012 SUBJEK BAHASA INGGERIS TAHUN 6B

Pendahuluan Pada keseluruhannya pencapaian matapelajaran Bahasa Inggeris SK Kampong Repoh untuk Peperiksaan Percubaan UPSR ( Julai ) 2012 meningkat berbanding Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Peratus lulus bagi Peperiksaan Percubaan ini ialah 61.8 % (34 orang). Terdapat peningkatan dari segi kuantiti manakala dari segi kualiti masih di tahap setara.

KELEMAHAN Kertas 1 ( Soalan Objektif 40 soalan )


Berdasar postmortem menggunakan program PEDIA ,didapati soalan no.1 iaitu soalan aras tinggi menunjukkan penurunan pada graf kerana murid yang lemah tidak memahami kosa kata yang digunakan dalam soalan. Soalan no. 2, soalan yang mudah tetapi murid cuai dalam memilih jawapan yang tepat. Seterusnya bagi soalan no. 3 iaitu soalan aras sederhana dan agak mudah tetapi kebanyakan murid lupa terutamanya murid sederhana dan lemah. Soalan no.4 menunjukkan penurunan graf yang agak rendah kerana ia adalah soalan aras tinggi. Murid lupa maksud perkataan luggage, maka mereka tidak dapat mengaitkan perkataan luggage dengan jenis pekerjaan yang bersesuaian dengannya. Seterusnya bagi soalan no. 6 ( soalan dalam bentuk petikan ) iaitu soalan aras tinggi, murid yang sederhana dan lemah tidak dapat mengaitkan gambar yang diberikan dengan penjodoh bilangan yang sesuai dengannya. Manakala soalan no.7 adalah soalan yang agak mengelirukan murid dan ianya adalah soalan aras tinggi. Bagi soalan no.8, murid yang sederhana dan lemah cuai dalam pemilihan jawapan menyebabkan penurunan graf. Seterusnya bagi soalan no.9, murid tidak dapat mentafsir gambar yang diberikan. Ini menunjukan kecuaian murid dalam pemilihan jawapan yang tepat berdasarkan gambar yang diberikan. Bagi soalan no. 10 iaitu soalan aras sederhana, murid lemah agak keliru dengan gambar dan pilihan jawapan yang diberikan. Seterusnya soalan no. 12,14 dan 15 adalah soalan aras sederhana tetapi murid cuai dalam pemilihan jawapan kerana mereka tidak mentafsir situasi dalam gambar yang diberikan. Soalan no. 16 adalah soalan aras tinggi dan menunjukkan penurunan graf yang ketara. Ini adalah kerana ia adalah soalan tatabahasa. Murid perlu baca soalan dan pilih jawapan yang mempunyai tenses yang sesuai dengan ayat yang diberikan.

Seterusnya soalan no. 18,19 dan 20 adalah soalan aras tinggi. Soalan konstruk aras tinggi memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi. Murid yang sederhana dan lemah tidak dapat membuat pemilihan jawapan yang tepat bagi soalan yang sebegini. Soalan no. 21 adalah soalan berkaitan dengan pemilihan perkataan yang berlawan erti. Murid lupa maksud perkataan yang diberikan dalam soalan. Ini menyebabkan murid tidak dapat memilih jawapan yang tepat dan seterusnya menyebabkan penurunan graf. Soalan no.22 adalah soalan aras tinggi dan bergambar. Murid perlu memilih jawapan yang mempunyai ejaan yang betul . Murid yang sederhana dan lemah tidak mengingati ejaan yang betul bagi burung unta iaitu ostrich. Soalan no.25 adalah soalan aras tinggi yang berkaitan dengan tanda bacaan. Murid cuai dalam pemilihan jawapan dan menyebabkan penurunan graf. Soalan no. 28, 29 dan 30 adalah soalan aras tinggi tetapi agak mudah kerana pilihan jawapan adalah berdasarkan gambar dan teks yang diberikan. Murid sederhana dan lemah tidak memahami kehendak soalan. Soalan no.31 dan 32 adalah soalan aras tinggi dimana murid dikehendaki membaca puisi dan kaitkan dengan soalan yang diberikan. Puisi yang diberikan agak sukar untuk difahami bagi murid sederhana dan lemah. Ini menyebabkan murid tidak dapat memahami kehendak soalan walaupun puisi tersebut dibaca berulang kali. Soalan no. 33 adalah soalan aras sederhana tetapi seramai 13 orang murid tidak dapat menjawab soalan ini kerana mereka tidak faham maksud perkataan line. Manakala soalan no. 34 adalah soalan aras sederhana dan agak mudah tetapi murid tidak dapat mengaitkan perkataan skin diver dengan puisi yang telah dibaca oleh mereka. Soalan no. 35 adalah soalan aras tinggi dan hanya seorang murid sahaja yang dapat menjawabnya dengan betul. Ini adalah kerana murid tidak dapat membuat rumusan bagi puisi yang diberikan dan ini menyebabkan mereka tidak dapat memilih pernyataan yang betul dan menyebabkan penurunan graf yang sangat ketara. Soalan ini memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi. Seterusnya soalan no.37 adalah soalan aras sederhana tetapi murid yang sederhana dan lemah cuai dalam pemilihan jawapan. Soalan no. 39 adalah soalan aras tinggi dimana murid perlu menggantikan perkataan yang diberikan dengan perkataan yang sesuai dengannya. Soalan sebegini sesuai untuk murid yang bijak kerana murid perlu mengingati kosa kata dan maksudnya. Seterusnya soalan no. 40 adalah soalan aras sederhana tetapi murid tidak dapat mengaitkan soalan dengan petikan yang diberikan. Ini menyebabkan murid cuai dalam pemilihan jawapan dan menyebabkan penurunan graf. .

CARA MENGATASI
1. Memperbanyakkan latihan tubi menjawab soalan dari no.16 no.40. 2. Memperkayakan kosa kata murid melalui program Learn-A-Word-A-Day ( Program Panitia Bahasa Inggeris bagi Tahap 1 & 2 ), Program NILAM dan penekaan kepada pemahaman dan penghafalan maksud perkataan semasa perbincangan di dalam kelas. 3. Memberi pendedahan kepada soalan berfokus dari negeri-negeri lain semasa kelas tambahan. 4. Memperbanyakkan aktiviti dictation dan ejaan secara lisan dan bertulis. 5. Menjalankan kuiz / Spelling Bee / Spell-It-Right untuk 15 minit sebanyak dua kali dalam seminggu.

STRATEGI DAN CADANGAN MENINGKATKAN PRESTASI MATAPELAJARAN BAHASA INGGERIS


1. Guru matapelajaran berjumpa dengan murid bermasalah secara individu dengan mengambil maklumat daripada PEDIA. 2. Semua murid diwajibkan mempunyai kamus dwibahasa ( OXFORD ) yang akan dibawa hingga tahun 6 untuk menguatkan penguasaan kosa kata ( WORDBANK ) 3. Kemahiran 4m (membaca,menulis,mengira dan menaakul) murid kelas bawah hendaklah dipertingkatkan. 4. Membanyakkan latihan dan pendedahan format peperiksaan UPSR.

5. Memberi soalan yang benar-benar tidak dikuasai yang boleh dikesan melalui postmortem menggunakan program PEDIA. 6. Meneruskan sistem bawa murid dari bawah hingga tahun 6 agar dapat mengenali prestasi dan keupayaan murid.

Disediakan oleh : ( RUPADEVI A/P CHET SINGH ) Guru Bahasa Inggeris Tahun 6B, SK. Kampong Repoh, Batu Kurau, Perak.