Anda di halaman 1dari 5

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Islam merupakan agama yang amat cintakan ilmu, lebih-lebih lagi jika ilmu tersebut dapat membawa keadilan dan kebenaran. Ayat pertama yang diturunkan jelas menggambarkan betapa ilmu mendapat tempat yang istemewa. Di zaman serba canggih pelbagai alat telah dicipta dan penemuan-penemuan baru telah ditemui yang banyak membantu memudahkan urusan kehidupan manusia. Terdapat di antara penemuanpenemuan tersebut telah dapat dijadikan qarinah dalam menyelesaikan pelbagai masalah termasuklah kes-kes jenayah. Di antara kaedah yang digunakan oleh jabatan forensik untuk dijadikan qarinah bagi menyelesaikan kes-kes jenayah termasuk jenayah bunuh, rogol dan kesalahan di jalan raya seperti cap jari, kesan tapak kasut atau kaki dan ujian DNA. Kehujahan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di tempat bukti yang menunjukkan kehadiran suspek, ada kalanya sukar untuk memberi jawapan sebenar bahawa suspek yang melakukan jenayah, tetapi bagi makmal forensik bahan bukti yang baik akan membawa kepada keputusan kes yang baik. Siasatan yang dilakukan di tempat kejadian adalah mustahak kerana ia menjadi lokasi utama untuk mendapatkan bahan bukti yang banyak. Manakala pasukan forensik di Jepun menegaskan penyiasat perlu sampai awal di

tempat kejadian kerana lokasi itu adalah dinamik kerana berkemungkinan bahan bukti terhapus akibat hujan, angin atau laluan binatang. Ada kalanya bahan bukti yang dirasakan tidak mustahak boleh menjadi penting dalam sesetengah situasi, tetapi pengalaman, pengetahuan dan sikap boleh dijadikan asas utama bagi membantu siasatan agar lebih berkesan lagi berjaya. Integriti juga adalah perkara penting kerana setiap bahan kes yang dikutip perlu dihantar ke jabatan kimia dan mahkamah, sekali gus pasukan forensik perlu telus dalam merekodkan setiap bahan bukti yang dijumpai bagi mengelak sebarang masalah lain timbul. Fungsi pasukan forensik di tempat kejadian adalah mengenal pasti dan membuat dokumen serta tatacara bagi mengutip bahan bukti yang ada manakala cara pembungkusan yang sistematik juga perlu dilakukan kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku walaupun hanya sedikit kecuaian.

Lantaran itu, pengkaji cenderung untuk menjalankan kajian mengenai sejauhmana aplikasi DNA diterima sebagai suatu jenis pembuktian di dalam kes-kes jenayah secara perbandingan di antara undang-undang ciptaan dengan undang-undang Islam. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Dewasa ini pembuktian di mahkamah berkaitan kes-kes jenayah banyak menggunakan aplikasi DNA untuk mengenal pasti penjenayah. Hakikatnya diakui bahawa kemampuan DNA dalam mengenalpasti penjenayah melalui ujian DNA yang diperoleh hanya daripada tisu dan cecair tubuh yang sedikit dan berupaya menghasilkan ciri penentuannya yang tepat. Namun kehebatan teknologi sains ini juga tidak mampu untuk menjamin bahawa semua ujian DNA yang dilakukan adalah tepat kerana ahli-ahli sains telah memperakui bahawa ada kebarangkalian pemalsuan terhadap bukti DNA. Kemungkinan pemalsuan bahan bukti adalah seperti sampel darah atau air liur yang diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas. Oleh itu Pengkaji berminat untuk mengkaji pembuktian yang utama dalam membuktikan sesuatu kes berdasarkan autoritinya dan adakah Aplikasi DNA semata-mata cukup untuk menjadi bukti yang kukuh dalam suatu pengadilan. Selain daripada itu penyelidik juga berminat untuk

melihat sama ada mahkamah ada menetapkan syarat-syarat tertentu atau tidak untuk menerima pembuktian dari jenis sains indentiti iaitu DNA. Pengkaji merasakan amat perlu kajian ini dibuat untuk mengetahui kedudukan pembuktian yang utama di mahkamah dan memberi pengetahuan di minda umum terhadap kredibiliti DNA dalam sesuatu pembuktian jenayah.

1.3

OBJEKTIF

Kajian ini akan memfokuskan kepada beberapa objektif. Objektif-objektif tersebut adalah:

1.3.1

Untuk menjelaskan tentang pengaplikasian DNA dan gerak kerja pasukan forensik di dalam pembuktian kes-kes jenayah.

1.3.2

Untuk mengenalpasti jenis-jenis pembuktian berdasarkan autoritinya di bawah undang-undang ciptaan dan undang-undang Islam.

1.3.3

Untuk mengkaji keberkesanan pembuktian berdasarkan ujian DNA dari aspek keadilan di bawah undang-undang ciptaan dan undang-undang Islam.

1.4

KEPENTINGAN KAJIAN aplikasi DNA di dalam

Kajian ini dibuat adalah untuk membincangkan berkenaan

pembuktian kes-kes jenayah secara perbandingan di antara undang-undang ciptaan dan undang-undang Islam. Perkembangan sains dan teknologi pada hari ini telah melahirkan satu lagi hasil kajian sains yang digunakan di mahkamah iaitu aplikasi DNA sebagai bahan bukti. Kajian demi kajian yang dilakukan melalui proses pemprofilan DNA ini telah banyak membantu pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah yang berhubungkait dengan kes-kes jenayah. Kes-kes tersebut tentunya memerlukan kepakaran tertentu untuk memastikan suspek yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kejadian

tersebut. Selain daripada itu proses pemprofilan DNA juga adalah untuk mengenalpasti jantina dan identiti mangsa sekiranya mangsa tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau mangsa sukar untuk dikenalpasti, mungkin telah dibakar atau mengalami kecederaan yang teruk di muka dan badan. Selain itu, kajian ini penting bagi pihak umum mengetahui sejauh mana DNA juga dapat membuktikan hubungan kekeluargaan yang sahih antara anak dengan ibu bapa kandung dan adik-beradik serta keluarga yang mungkin telah lama terpisah. Oleh hal yang demikian, kajian ini juga penting untuk menggalakkan pihak umum untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang ini dan perkara ini amat diharapkan kerana kaedah sains identiti, pemprofilan DNA ini amat berguna dan penting bagi menyelesaikan sesuatu kes. Kajian ini juga penting untuk memandu masyarakat atau badan-badan perundangan tertentu supaya mereka dapat melihat proses pemprofilan DNA yang telah banyak digunakan di mahkamah-mahkamah di seluruh dunia sebagai bukti sama ada untuk mensabitkan atau melepaskan seseorang dari suatu dakwaan. Oleh itu kajian ini berkepentingan secara keseluruhan untuk mengupas untuk memberi kefahaman kepada umum mengenai penggunaan DNA tersebut berdasarkan autoritinya di bawah undang-undang ciptaan dan undang-undang Islam secara perbandingan seterusnya terpulang kepada umum untuk menilai sejauh manakah aplikasi DNA dapat memberi keadilan kepada tertuduh.

1.5

SKOP KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah satu kajian ilmiah yang berbentuk kajian perpustakaan. Skop penyelidikan ini hanya memberi fokus tentang kelebihan, kekurangan, tujuan dan kesan daripada pembuktian jenayah melalui aplikasi DNA. Kajian ini juga berbentuk perbandingan di antara undang-undang ciptaan dengan undang-undang Islam.

1.6

KESIMPULAN Aplikasi DNA merupakan suatu yang amat penting untuk memastikan keadilan

dapat dicapai pada masa sekarang. Ini adalah kerana keadilan semakin sukar diperoleh disebabkan ditelan kemajuan teknologi. Kemajuan teknologi pada masa kini menyebabkan ramai pihak mengambil kesempatan untuk memanipulasikan sesuatu mengikut kehendak diri semata-mata. Dengan aplikasi DNA yang setara dengan kemajuan teknologi maka kes-kes jenayah dapat diatasi. Di dalam Islam, tidak menolak kemajuan cuma ada segelintir manusia yang susah untuk menerima pembaharuan termasuk menggunakan teknologi moden sebagai qarinah dalam memberi keterangan.