Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun, menjelang tahun 2020 negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Pendidikan dapat melahirkankan modal insan yang berpengetahuan tinggi, inovatif dan kreatif untuk merealisasikan Wawasan 2020. Lantaran, bidang pendidikan amat dititikberatkan di Malaysia. Namun dunia pendidikan memang tidak dikecualikan dengan pelbaga cabaran sama ada membabitkan murid atau guru. Kebelakangan ini gangguan emosi di kalangan murid menjadi isu dan cabaran yang hangat dibincangkan. Gangguan emosi boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Ia juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Masalah ini sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali.

TUGASAN 1:

Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan yang kian berubah, guru-guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Antara cabaran yang akan dihadapi oleh guru ialah cabaran gangguan emosi di kalangan murid. Mengikut rencana Utusan Online, beberapa kejadian bunuh diri berlaku dalam kalangan murid sekolah. Punca kejadian ini berkaitan dengan masalah emosi . Hal ini menunjukkan terdapat keperluan mendesak kerajaan dan lain-lain pihak berkaitan untuk meningkatkan usaha dalam menyelesaikan masalah gangguan emosi ini. (rujuk lampiran 1)

GANGUAN EMOSI Gangguan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan

menunjukkan cirri menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yang berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

PUNCA GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.

Persekitaran Sekolah Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka. Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Peristiwa Keluarga Peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa

hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.

Pengaruh Keluarga keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanakkanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Pengaruh Rakan Sebaya Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakanrakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.

Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.

KESAN GANGGUAN EMOSI DI KALANGAN MURID

Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah individu kerana ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah. Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif. Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak sihat untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara sedemikian mendatangkan kesan negatif kepada diri rnereka sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan atau menahan lapar, Tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar yang mengalaminya dan menjadi gangguan emosi dalam kehidupan. Justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan boleh membantu remaja berkenaan. Antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang mengalami gangguan emosi ialah mengalami gangguan tidur. Pelajar tersebut tidak dapat tidur dengan baik dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur. Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadiankejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan .Contohnya marah dan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di tangga. Kesan yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan menghargainya pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya tanpa makna. Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan
6

perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan dan hilang sifat kelucuan. Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan. Pelajar yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan ibu bapa mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari bahawa mereka menunjukkan simptomsimptom tersebut boleh mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti berikut:

Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik Sebagaimana yang kita ketahui, kepimpinan guru yang bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan rapat suasana yang tegang dan menggalakkan untuk murid-murid atau

berdamping

dengan

guru,

tidak

merasa

segan

bertanya

mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan Aktiviti kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk

berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri ke hadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menunjukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

Menggunakan Percakapan Yang Sesuai Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adalah diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian.

Guru membantu murid yang bermasalah Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima muridmurid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.

Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal

tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid. Langkah-langkah di atas adalah langkah-langkah yang berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi mereka dengan berkesannya.

CADANGAN STRATEGI MENANGANI GANGGUAN EMOSI DI KALANGAN MURID Murid yang mengalami masalah gangguan emosi berkemungkinan akan mempamerkan pemikiran yang celaru, perasaan bimbang yang keterlaluan serta perlakuan-perlakuan yang pelik. Oleh yang demikian, adalah penting guru untuk membantu mereka untuk mengatasi masalah ini. Jika tidak diatasi, masalah ini akan memberikan kesan kepada prestasi akademik dan hubungan murid dengan orang lain. Strategi 1: Mengadakan Program Pendidikan atau Khidmat Kaunseling Guru-guru boleh mengadakan program-program pendidikan sebagai sokongan dalam pembentukkan tingkah laku. Program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri. Murid yang mengalami masalah gangguan emosi juga perlu mendapat khidmat sokongan daripada kaunseling. Melalui khidmat kaunseling, murid dapat meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif. Strategi 2: Menggunakan Modifikasi Tingkah Laku dan Perasaan Empati Guru juga boleh menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Peneguhan positif diberikan kepada tingkah laku yang baik, manakala dendaan diberikan kepada tingkah laku negatif. Selain itu, guru harus tunjukkan bahawa perasaan empati , mengambil berat dan cuba memahami perasaan murid dengan mendengar apa yang akan diceritakannya dengan penuh minat sabar, terbuka dan penuh rasa kasih sayang. Guru perlu elakkan daripada mencelah , mengkritik atau menyalahkan dan memarahinya semasa murid tersebut bercerita. Tujuan ini adalah supaya dia dapat meluahkan perasaannya.

10

RUMUSAN Profesion keguruan cukup mencabar. Hal ini demikian kerana merekalah yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dicapai dengan jayanya. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Dalam zaman serba moden guru, serta perlu mencabar, kerjaya jiwa guru juga

semakin mencabar.

Sebagai

kita

memahami

murid-murid.

Tanggungjawab guru bukan sekadar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, tetapi guru turut bertanggungjawab dalam memperkembangkan emosi seseorang kanak-kanak. Hal ini telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Tingkah laku murid-murid yang mengalami gangguan emosi akan menjadi masalah dan memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka. Hal ini disebabkan masalah tersebut akan menjelaskan keupayaan belajar serta hubungan dengan orang lain. Oleh itu, tanggungjawab guru adalah mengenal pasti gangguan emosi muridnya dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasinya. Masalah gangguan emosi ini harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

11

TUGASAN 2 Tugasan Kerja Kursus Pendek EDU 3109 Guru dan Cabaran Semasa adalah tugasan yang telah wajib bagi semua guru pelatih Semester 8. Bagi melaksanakan tugasan ini saya membuat bacaan daripada pelbagai sumber seperti internet dan buku. Bacaan dibuat untuk pencarian maklumat tentang cabaran semasa dalam bidang pendidikan. Sewaktu menjalankan proses pencarian maklumat saya berhadapan dengan pelbagai masalah yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah kesukaran untuk mencari maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan soalan tugasan yang diberikan serta sumber maklumat yang terhad terutamanya buku. Saya telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mencari maklumat di laman web dan bertukartukar maklumat dengan rakan-rakan saya. Selain itu, masalah untuk membahagikan masa untuk tugasan ini dan komitmen terhadap perkara yang lain juga menggusarkan saya terutamanya ketika tarikh untuk menghantar tugasan semakin hampir. Situasi ini telah mengajar saya bagaimana untuk menguruskan masa dengan betul dan menyedarkan saya untuk menggunakan peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin. Berdasarkan tugasan ini saya telah mempelajari kaedah untuk membuat analisis terhadap maklumat. Melalui maklumat yang diperolehi, saya cuba menganalisis secara kritis dan kreatif. Seterusnya saya membincangkan cabaran yang dipilih secara kritikal lalu mencadangkan jalan penyelesaian kepada cabaran tersebut. Ini amat berguna apabila saya menjadi guru kelak kerana jika saya menghadapi isu yang serupa, saya mengetahui kaedah penyelesaian bagi menangani sesuatu cabaran. Melalui tugasan ini, saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru, saya bakal menghadapai pelbagai cabaran dalam bidang pendidikan. Salah satu daripada cabaran ini ialah tekanan emosi dalam kalangan murid. Guru perlu mampu mengesan tandatanda awal gangguan emosi dan langkah-langkah menangani gangguan emosi tersebut. Hal ini bagi memastikan pertolongan dapat diberikan kepada murid yang berdepan dengan masalah ini dalam kadar yang segera sebelum keadaan menjadi teruk.

12