Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Pendidikan muzik merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah pada hari ini. Muzik adalah salah satu cabang seni dalam pendidikan selain seni visual dan seni pergerakan. Ia diwujudkan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang dari aspek tersebut.Pendidikan muzik juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni muzik dalamproses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni muzik melibatkan interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka maka muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseoranguntuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Oleh sebab itu, kehadiran muzik dalam proses pembelajaran adalah sangat sesuaibergantung kepada topik yang diajar. Penggunaan muzik dalam proses pengajaran danpembelajaran mempunyai banyak faedah dan kepentingan yang tersendiri. Daripadafaedah dan kepentingan ini, beberapa kesan positif akan dihasilkan Tugasan ini merupakan tugasan pertama saya perlu melaksanakan tugasan dalam pendidikan Muzik dengan mencari sumber yang begitu banyak dan mendalam. Langkah pertama saya setelah mendapat soalan tugasan ini adalah saya mencari maklumat kehendak soalan tugasan yang berkaitan dengan pendekatan atau kaedah Kodaly, Orff dan Dalcroze. Pendekatan tersebut yang merupakan pendekatan yang sangat penting kepada guru kerana ia digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Maklumat yang saya perolehi daripada laman web berkaitan dengan Pendekatan Kodaly merupakan pendekatan yang menggunakan isyarat tangan, teknik tepukan mengikut kiraan ataupun mengikut corak irama. Kodaly juga

menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Dalam kaedah

Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan

antara pic-pic.

Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak melihat pic

samada ianya menaik atau menurun. Pendekatan Orff dalam pendidikan muzik pula melalui empat peringkat iaitu tiruan, penerokaan, penambahbaikan dan komposisi. Melalui tiruan, guru, ketua kumpulan, atau bahkan pelajar membuat persembahan bagi kelas dan kelas seterusnya di mengulangi apa yang bermain untuk mereka. Penerokaan

membolehkan murid untuk mencari aspek muzik yang menawarkan instrumen Orff dan meneroka kemahiran aural atau lisan dan usul dan ungkapan bahawa badan itu berupaya. Penambahbaikan adalah perbuatan mencipta sesuatu, terutamanya

muzik, tanpa persediaan terlebih dahulu. Manakala kaedah Dalcroze melibatkan pengajaran konsep muzik melalui pergerakan. Apa yang terfikir di fikiran saya ialah mengapa perlu belajar muzik atau menyanyi? Dengan bantuan guru muzik di sekolah saya, saya telah merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid Tahun 2 iaitu P&P selama 30 minit di dalam kelas, di mana peruntukkan 20 minit untuk aktiviti muzikal yang memerlukan saya mengabungkan sekurang-kurangnya dua pendekatan di atas. Apabila selesai melaksanakan P&P ini, barulah saya faham sebab-sebab penting dalam mempelajari nyanyian. Selain daripada dapat mempertingkatkan

daya pemikian serta memperkayakan imaginasi, ia juga memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada murid-murid dalam usaha menuntut ilmu. Ia juga dapat memperbaiki kesihatan melalui latihan pernafasan yang betul. Selain turut

meningkatkan kemahiran kinestetik, nyanyian dan muzik juga meningkatkan kemahiran dalam sebutan. Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Sebutan yang jelas bergantung kepada koordinasi antara organ-organ tersebut. Dengan mempelajari muzik juga, murid dapat memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi, membina keyakinan diri serta memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain. Setelah saya melaksanakan tugasan ini, saya rasa peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan caramempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengunakan lagu-lagu rakyat untuk menyampaikankandungan matapelajaran yang diajar. Melalui pendekatan seperti ini, murid lebihberminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih mendalam. Pelajar akanmerasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut muzik.Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarikapabila wujudnya

tindakbalas

kanak-kanak

tersebut

dengan

muzik

atau

irama

yangmereka

dengar..Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedahyang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahamidan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran. Kanak-kanak di sekolahrendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahlipiskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatuilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif.Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.Pembelajaran melalui musik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang aktif danbersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.Kesimpulannya, muzik memainkan peranan penting dalam menjadikan prosespengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.