Anda di halaman 1dari 2

Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai

aspek organisasi pendidikan di semua perigkat persekolahan.Ini termasuklah membaiki aspek kualiti pengajaran guru dan pensyarah , kualiti perkhidmatan , kurikulum, penilaian dan persijilan, perkembangan dan kebajikan pelajar, persekitaran budaya pelajar dan organisasi, pengurusan dan pentadbiran universiti dan kualiti penyeliaan serta perkembangan staf atau tenaga pengajar. Perubahan Sistematik Menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa.Dalam konteks Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020.Hal ini kerana, wawasan 2020 ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kauntitif dan kualitif.Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentrasformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai. Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang disifatkan sebgai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama.Pembaharuan yang dilakukan mestilah bersifat sitematik, iaitu tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content, educational tool dan infrastuktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif.Dalam masa yang sama, perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan alam konteks yang lebih luas. Pertama, ialah dari aspek perundangan melalui Pembentangan Rang undang-undang Pendidikan 1995 yang membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan.Rang undang-undang tersebut mnggariskan bberapa aspek iaitu pendidika dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.Selain itu, dalam rang undang-undang ini juga Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan.Sementara itu, tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun dan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem kebangsaan.Dalam dasar tersebut

juga terkandung bahawa pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan serta peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta. Bermula dengan akta ada ini, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi andungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastuktur.Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum seolah, faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian profesionalisme dan lain-lain hendaklah diambilkira.Begiu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institusi Penguruan Sultan Idris yang telah dinaikkan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris.Sejjar dengan peningkatan taraf ini,adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang serta dapat melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa. Sehubungan dengan matlamat pndidikan bertaraf dunia, profesion perguruan perlu dikaji semula.Profesion penguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang radikal dan drastik bagi mengatsi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan agendaagenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21.Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera.Penawaran kursus-kursusu perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status profesion perguruan