Anda di halaman 1dari 2

3 Langkah Mudah Menjual Di Facebook

Amalan melakukan SPAM ini boleh dielak apabila kita ada sistem jualan yang betul. Sistem dimana kita tidak memaksa prospek untuk membeli tetapi prospek bersedia menerima mesej jualan kita.

Salah satu caranya adalah dengan melakukan 3 langkah jualan dan semuanya ini boleh dilakukan dengan hanya menggunakan post wall sahaja.

1. Tuliskan satu iklan pendek seperti yang dinyatakan di atas contohnya memberikan tip percuma dan letakkan satu link untuk bawa pembaca membaca tip percuma tersebut di satu post yang lain. 2. Di post tersebut di hujung perkongsian tip maka perkenalkan produk kita dan berikan link lain untuk bawa pembaca yang ingin memiliki produk kita. 3. Di post seterusnya maka kita tuliskan skrip jualan dimana di sinilah kita betul-betul menjual.

Tarik Perhatian dan arahkan pembaca 3-langkah-jualan untuk klik ke post perkongsian tip

Tarik minat dan arahkan pembaca untuk klik ke post surat jualan

Jana kehendak dan tindakan pembaca untuk membeli. Berikan panduan kepada prospek bagaimana mereka boleh membeli.

Dengan melakukan 3 langkah mudah di atas, anda bukan sahaja bakal mendapatkan keyakinan daripada orang ramai serta meningkatkan kredibiliti anda dan perniagaan anda, anda juga dapat mengaut untung yang lumayan dengan mudah dan disenangi setiap pengguna Facebook yang lain. Katakan TIDAK pada SPAM!