Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK MUDAH MENGAJAR KOMSAS : NOVEL DAN CERPEN. OLEH : PN. SHERIZAI BT.

ISMAIL GC BAHASA MELAYU SMK JELAPANG JAYA, IPOH.


1. TEKNIK TIGA DALAM SATU (NOVEL KEMBARA AMIRA) Langkah 1 a. Guru menyatakan topik-topik yang akan dibincangkan kepada murid iaitu nilai, latar masyarakat dan pengajaran. b. Guru bersoal jawab dengan murid tentang konsep nilai, latar masyarakat dan pengajaran. Langkah 2 : a. Bahagikan murid kepada tiga kumpulan untuk membincangkan nilai, latar masyarakat dan pengajaran. b. Berdasarkan jawapan murid guru memaparkan jadual untuk menjelaskan ketiga-tiga aspek tersebut bole dibuktikan melalui satu hurian / contoh sahaja. BIL 1. NILAI Keberanian LATAR PENGAJARAN HURAIAN/CONTOH MASYARAKAT Masyarakat yang Kita hendaklah Tau berani melawan dan membunuh berani berani menyahut seekor beruang yang hendak cabaran. menyerang isterinya Ipah dan anaknya, Sabi. Masyarakat yang Kita hendaklah Jidin membesarkan Samantha atau penyayang saling menyayangi. Ipah dengan penu kasih sayang walaupun kaumnya tidak dapat menerima Ipah yang bermata biru dan berambut perang. Masyarakat yang Kita hendaklah Profesor Zaidah tetap meneruskan cekal cekal dalam usaha-usaha cari gali arkeologi melakukan sesuatu walaupun pergelangan tangannya pekerjaan. terseliuh akibat terlibat dalam suatu kemalangan. Masyarakat yang Kita hendaklah Amira, Jacinta dan Itai bekerjasama bantu membantu membantu rakan membantu mencari dan mengesan yang dalam Malique yang hilang di dalam hutan. kesusahan.

2.

Kasih sayang

3.

Kecekalan

4.

Bantumembantu

Langkah 3 : a. Murid-murid diminta menjelaskan perbezaan antara teknik menjawab nilai, latar masyarakat dan pengajaran berdasarkan jadual. b. Seterusnya, murid-murid dikehendaki membuat latihan lanjutan untuk menguji pemahaman mereka terhadap PdP yang berlangsung.

Kesimpulan Teknik Tiga Dalam Satu dapat membantu murid menguasai topik yang dipelajari dengan lebih cepat dan berkesan. Proses PdP lebih menyeronokkan. Seterusnya, mampu mencapai objektif PdP.

2. TEKNIK PADANAN WATAK. Membantu masalah murid yang sukar mengingat peristiwa dalam bahan komsas yang dibaca oleh mereka. Di samping itu dapat memangkinkan murid menguasai perwatakan dengan cepat pada setiap watak sama ada dalam cerpen ataupun novel. Cara tersebut juga membolehkan murid mengenal pasti peristiwa-peristiwa penting dalam bahan komsas dengan cepat dan tepat. Lazimnya padanan watak dilakukan antara watak utama dengan watak sampingan. Pelaksanaan Teknik Padanan Watak (Novel Azfa Hanani / Kembara Amira / Cerpen) Langkah a. Murid-murid diminta menyenaraikan nama watak. b. Murid-murid dikehendaki memadankan watak utama dengan watak sampingan. c. Seterusnya murid-murid diminta mengenal pasti peristiwa peristiwa penting yang terdapat dalam setiap padanan watak. Padanan 1 (novel Kembara Amira)

Amira Peristiwa :

Jacinta

a. Amira mengajak rakan sebiliknya Jacinta ke lokasi ibunya membuat kajian arkeologi di tengah belantara Banjaran Titiwangsa. b. Bapa Jacinta seoran ahli perniagaan dan berkahwin baru setelah kematian ibunya empat tahun lalu. c. Amira menunggu Malique di kawasan Air Terjun Angin. d. Amira terjumpa mobile disk di lantai gua. e. Jacinta ditemui pengsan di celahan banir pokok oleh Tau yaqng mencarinya. Padanan 2:

Amira Peristiwa.

Malique

a. Amira pertama kali terpandang Malique ketika di dalam kereta api. b. Amira, Jacinta berkenalan dengan Malique di Air Terjun Angin. c. Malique menceritakan hal dirinya, iaitu dia didesak oleh ibunya untuk mengikut orang putih itu. d. Malique dan OHara menunggu Roslan di Stesen Dahan Hijau. e. Roslan memberitahu Amira bahawa Malique hilang dan meminta bantuan amira, Itai dan Tau untuk mengesan Malique. f. Malique dikurung dalam sebuah bilik yang sempit oleh makhluk berbulu. 3. Teknik Praktis Wacana Kaedah ini sesuai digunakan dalam proses PdP novel dan cerpen untuk kumpulan murid dalam kategori berpotensi / lemah. Melalui Praktis wacana murid-murid dibimbing untuk mengenal pasti aspek tertentu seperti persoalan, latar masyarakat, nilai, pengajaran dan sebagainya yang boleh didapati dalam wacana pengajaran guru. Langkah-langkah: a. Guru hendaklah memastikan wacana yang akan digunakan selaras dengan fokus pengajaran dan pembelajaran. b. Guru akan menyatakan fokus/tajuk perbincangan kepada murid-murid di samping mengedarkan kertas edaran atau menayangkan melalui skrin. c. Berdasarkan wacana tersebut, guru akan meneruskan pengajaran melalui aktiviti-aktiviti tertentu ke arah pembelajaran yang berkesan. d. Kebanyakan aktiviti yang diadakan berdasarkan isi-isi tersurat dalam wacana selaras dengan objektif pembelajaran murid. e. Pelaksanaan aktiviti berdasarkan kreativiti guru supaya murid-murid mampu menguasai fokus pengajaran secara cepat dan berkesan. Wacana 1 :Cerpen Memori Seorang Tua. Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan di mana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah. Pungguk itu ialah dirinya, rindu si pungguk ialah rindunya, derita si pungguk ialah penderitaan dirinya. Ingatannya kepada Izwan, kepada Nuryani Iman, kepada Siti Nurhidayah tidak pernah luak, tidak pernah bertukar seperti rambutnya yang sudah memutih, tidak pernah bertukar seperti kulitnya dengan seribu kedutan. Angin malam terus bertiup, terlalu dingin, membawa bersama-sama bau cempaka dan melur di halaman. Pak Itam terasa segar. Terasa semakin syahdu, kesepian malam ini kian mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Terasa dirinya kian mengecil, rumput-rampai, daun-daunan, walaupun ditiup angin, tetapi tetap menunduk, sujud kepada Tuhan, berzikir dan bertasbih. Bukankah Tuhan jadikan manusia, para malaikat, jin dan makhluk seisi alam ini supaya sujud kepada- Nya? Pak Itam terasa dirinya kian mengecil seperti sebiji debu!

Aktiviti: a. Jelaskan watak dan perwatakan Pak Itam dalam wacana di atas. Seorang tua rambut beruban dan kulit berkedut. Masih kuat ingatannya masih ingatkan anaknya iaitu Nuryani Iman dan Izwan dan isterinya Siti Nurhidayah walaupun dan berpisah berpuluh-puluh tahun. Rajin beribadat. b. Jelaskan nilai-nilai murni dalam wacana di atas. Kasih sayang Pak Itam menyayangi anak dan isterinya. Taat kepada perintah Tuhan Pak Itam menunaikan solat dan berdoa pada waktu malam demi cintanya kepada Tuhan. Wacana 2 : Novel Azfa Hanani Tiba-tiba, bebola mataku tertumpu di muka pintu. Seorang anak muda sedang bersandar di situ. Agaknya inilah Tengku Muzzafar abang Murni yang hampir sebaya dengannya. Dia pelajar tahun akhir Kursus Undang-undang di Universiti Malaya dan bakal menjadi peguam. Mula-mula tu memanglah berlakon jadi anak orang kaya. Lepas tu betul-betul jadi anak orang kaya, kan? Ah, kata-kata itu terlalu pedas dan memedihkan! Aku terasa isi jantungku direntap dan semangat yang kugagahi sejak beberapa hari yang lalu meluruh. Tidak. Aku tidak sehina itu. Aku dipinta menolong, bukannya pandai-pandai menawarkan diri. Namun lafaz protes itu tidak terucap dan kepalaku tertunduk. Jaga mulut kau sikit Muz. Abang bawa dia ke mari untuk tolong kita. Kau tak kasihan pada mama? cepat-cepat abang Mazran membalas. Muz tak kisah, bang. Muz Cuma ingatkan saja. Manalah tahu.... takut kalau-kalau dia akan beraja di mata bersultan di hati nanti kata Tengku Muzaffar lagi. Dia membuka depaan tangan dengan mimik muka bersahaja, berlagak meunjukkan sikap terbuka. Muz dah selalu sangat berperang dengan Murni dulu. Cukuplah. Janganlah cari pasal dengan Hanani pula. Kak Finaz merayu. Sebelum ini, aku secara samar-samar sudah diberitahu perihal sikap anak bujang Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah ini.

Aktiviti : a. Senaraikan watak-watak yang terdapat dalam wacana di atas. Tengku Muzaffar, Tengku Murni, Mazran, Kak Finaz, Azfa Hanani, Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. b. Berdasarkan wacana, jelaskan perwatakan setiap watak di atas dan kaitkan dengan peritiwa dalam novel. Tengku Muzaffar Mazran Azfa Hanani Tengku Murni Kak Syafinaz Datuk Makmur Datin Maziah 4

c. Berdasarkan wacana guru boleh menerapkan kemahiran tatabahasa kepada pelajar. Senaraikan jenis-jenis kata seperti kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama, kata sendi nama, kata ubung dan sebagainya. Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah. Senaraikan peribahasa dan berikan maksud. Cari maksud perkataan. Kesimpulannya, Hakikatnya teknik Praktis Wacana ini membantu murid-murid mengenal pasti isi berdasarkan tugasan. Bagi kumpulan murid lemah mereka tidak mampu menyatakan isi/huraian tanpa melihat yang tersurat. Dengan adanya wacana yang menarik dapat menggerakkan kumpulan tersebut dalam melaksanakan tugasan dengan lebih aktif dan menyeronokkan. Secara analoginya wacana tersebut merupakan hidangan lengkap kepada murid dalam fokus pengajaran dan pembelajaran.

4. Program I-Think menerusi Teknik Peta Pemikiran. Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik Terdapat 8 jenis Peta Pemikiran : ( Rujuk lampiran ) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Peta Bulatan. Peta Buih Peta Buih Berganda Peta Pokok Peta Dakap Peta Alir Peta Pelbagai Alir Peta Titi.

Guru-guru boleh pilih peta mana yang sesuai untuk digunakan dalam prose PdP supaya PdP kita akan lebih menyeronokkan dan pelajar mudah menerima apa yang diajar.

5. Permainan Bahasa. Guru-guru boleh menggunakan permainan bahasa dalam proses PdP. GcContohnya, teka silang kata. ( Rujuk Lampiran ). nnnnggnnnnnnnn rrrr uuuuubbbbbbbuuuu