Anda di halaman 1dari 3

UNDANG-UNDANG PERATURAN DAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA KERANJANG ( B18 TAHUN ) MSSD KINTA UTARA

Peraturan 1: Undang-undang Permainan Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa 2008 Oktober ( FIBA / MABA ) dan Peraturan-peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia ( MSSM ). Antara undang-undang yang perlu diambil perhatian ialah: Jam masa 24 saat. Apabila foul atau kesalahan dilakukan oleh pasukan lawan: 1) pihak yang mengawal bola di hadapan gelanggang- jam masa 24 saat bakinya kurang daripada 14 saat maka jam akan reset kepada 14 saat; tetapi jika bakinya lebih 14 saat maka jam masa kekal sama tidak berubah. 2) Pihak yang mengawal bola di belakang gelanggang- jam masa 24 saat akan reset kepada 24 saat. 2 Time-out di separuh masa pertama dan 3 time out di separuh masa kedua. Jump-ball hanya dilaksanakan pada kuarter pertama dan diteruskan dengan mengaplikasikan undang-undang Alternate Possession pada kuarter kedua, ketiga dan keempat atau kuarter tambahan ( Sekiranya berkenaan ). Boleh bertukar pemain apabila bola mati. Apabila hon 24 saat berbunyi, sekiranya bola itu menyentuh ring ataupun disambut oleh pihak lawan, maka perlawanan diteruskan dengan tidak menghiraukan bunyi tersebut. Pemain mesti sampai ke gelanggang depan dalam masa 8 saat ( masa kiraan 8 saat disambung sekiranya berlakunya situasi throw-in di gelanggang belakang). Penalti Foul Teknikal: 2 free throw dan 1 possesion Hanya jurulatih dibenarkan berdiri apabila perlawanan dijalankan.

Peraturan 2: Masa Pertandingan Peringkat Awal, Kedua, Separuh Akhir dan Pertandingan Akhir Masa Pertandingan Peringkat Awal: Setiap Kuarter ___ minit. ___ minit masa rehat & Pusingan Kedua antara Kuarter 1 dan 2 & Kuarter 3 dan 4. ____minit masa rehat selepas separuh masa pertama. Masa Pertandingan Separuh Akhir: Setiap Kuarter 10 minit. 1 minit masa rehat & Pertandingan Akhir antara Kuarter 1 dan 2 & Kuarter 3 dan 4.

5 minit masa rehat selepas separuh masa pertama. Peraturan 3: Penyertaan 3.1 Had umur pemain-pemain Bola Keranjang: 18 tahun dan ke bawah. Bawah 18 Tahun terdiri daripada pemain yang lahir pada atau selepas 01.01.1995 3.2 Pelajar Tingkatan 6 atas yang sekolahnya walaupun ada membayar yuran MSSD/MSSPK tidak dibenarkan mengambil bahagian MSSD dan MSSPK. 3.3 Pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM/SPVM/STPM tidak layak menyertai semua pertandingan MSSD dan MSSPK. Peraturan 4: Pakaian 5.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai 2 set jersi di mana satu set berwarna putih atau berwarna cerah dan satu set lagi berwarna gelap. 5.2 Untuk pertandingan, mana-mana pasukan yang disebut dahulu ( Pasukan A) di dalam Jadual Pertandingan dikehendaki memakai jersi yang berwarna cerah dan pihak lawannya( Pasukan B ) warna gelap. Peraturan 5: Cara Bertanding 5.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan dan ke atas pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan kepada beberapa kumpulan secara Liga. 5.2 Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti yang berikut: Kumpulan A- Johan tahun lalu Kumpulan C- Tempat Ketiga Kumpulan B-Naib johan tahun lalu Kumpulan D-Tempat Keempat

*Pasukan lain akan ditempatkan dalam kumpulan masing-masing melalui undian. 5.3 Sekiranya pasukan seeded tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 5.4 Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. 5.5 Mata terkumpul bagi pasukan yang menang ialah___ mata, ___ mata bagi pasukan yang kalah dan ___ mata bagi kedua-dua pasukan yang seri dalam pertandingan. Peraturan 6: Menarik diri dan menyerah kalah 6.1Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja, semua keputusan yang diperolehi oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak akan dibenarkan bermain dalam permainan seterusnya. Mata perlawanan 20-0 dan mata terkumpul 2 mata akan diberi kepada pasukan yang menang tanpa bertanding.

Peraturan 7: Kelewatan 7.1 Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan mata perlawanan 20-0 dan mata terkumpul 2 mata. Peraturan 8: Bantahan 8.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan dan ketua pasukan pemain hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada setengah jam selepas tamat perlawanan. Peraturan 9:Juri Rayuan 9.1 Ahli-ahli Juri Rayuan adalah terdiri daripada Pengerusi Pengelola, Setiausaha Pengelola, PTPS Bola Keranjang , 2 orang Pengurus Pasukan yang berkecuali. Peraturan 10: Tindakan Tatatertib 10.1 Pasukan yang dikenakan tindakan tatatertib akan dilaporkan kepada PPD. Peraturan 11:Peraturan Am 11.1Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang berkenaan & PTPS Bola Keranjang dan keputusan adalah muktamad.