Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 2 Menganalisis kepenteingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

Kepentingan perpaduan boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam usaha memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. Antaranya ialah ekonomi, budaya dan keselamatan. Perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di negara ini berpeluang untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi. Keadaan ekonomi yang stabil hanya boleh diperolehi dengan adanya kewujudan perpaduan antara kaum. Hal ini denikian kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh dicetus dan seterusnya menggugat ekonomi negara kita. Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan besar negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini. Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan perpaduan di dalam negara kita. Aspek budaya mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan haruslah dipelihara dalam hubungan etnik agar kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk dapat dijamin. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang kepelbagaian dalam masyarakat kita. Seperti yang kita ketahui, Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di negara ini mempunyai budaya, adat yang unik dan agama yang berbagai-bagai. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama etnik di negara kita. Selain itu, dengan adanya perpaduan yang cukup mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakat yang mampu hidup bersama dalam keadaan yang aman dan harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap individualistik. Perbuatan ini

sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat Malaysia telah sedar akan kepentingannya menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan seterusnya hidup secara aman dan harmoni. Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya masyarakat Negara. Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan demi menjamin keselamatan Negara kita. Tujuannya adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini di dalam negara kita pada masa yang akan datang. Contohnya seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita. Kesan daripada rusuhan ini dapat kita lihat bahawa betapa ramai masyarakat Negara kita yang telah terkorban dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di negara kita untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum tidak berlaku lagi di negara kita. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cinta akan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam sanubari setiap rakyat Malaysia bagi memastikan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan negara kita terjamin. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada luar dan dalam negara. Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah. Konklusinya, dengan adanya usaha yang telah dilakukan oleh segenap lapisan masyarakat, maka saya yakin bahawa perpaduan negara kita akan terus dikekalkan dan ia juga akan memberikan manfaat kepada negara kita untuk terus membangun dan mencapai kecemerlangan sehinggalah mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai