Anda di halaman 1dari 5

Tutorial 3 Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu Masyarakat Pluralistik Alam Melayu Konsep plurality dan masyarakat

at pluralistik Pembentukan masyarakat pluralistic di Alam Melayu Zaman pluraliti - Kesultanan Melayu Melaka - Penjajahan - Selepas merdeka: politik, ekonomi, dan pendidikan Alam Melayu sebelum kedatangan Barat 1. Alam Melayu merupakan satu wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai budaya dan tamadun dari seluruh dunia. Suasana ini muncul secara semula jadi kerana aktiviti alam seperti tiupan angin monsoon dan arus latu yang telah mendorong pedagang-pedagang dari seluruh dunia untuk menetap sementara di kawasan-kawasan perdagangan seperti pelabuhan Melaka, Srivijaya, Majapahit, Acheh dan pelabuhan Lembah Bujang. 2. Golongan pedagang datang secara proses semula jadi iaitu berdagang secara sukarela mencari kehidupan dan kekayaan bersama keluarga. Kelompok ini datang secara sukarela tanpa paksaan menjamin ketenangan dan penerimaan masyarakat setempat adalah baik. Keadaan ini menggalakan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Proses akomodasi telah berlaku. 3. Ada kalangan pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan contohnya masyarakat Cina Baba yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Mereka telah mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu. 4. Ada budaya mereka yang diterima oleh masyarakat tempatan seperti adat bersanding, bunga manggar,berinai dan sebagainya yang ditiru daripada budaya India. Proses asimilasi penduduk tempatan dari budaya India. 5. Golongan raja dan bangswan dalam alam Melayu telah menerima pengaruh dari kebudayaan India. Penerimaan ini telah dinamakan pengindiaan bagi melambangkan perluasaan pengaruh agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara. 6. Bagaimanapun menurut Syed Muhammad Naquib Al Attas, kebudayaan India tidaklah begitu memberi kesan besar dalam kepercayaan dan falfasah ketuhanan orang Melayu. Ini kerana tidak ada kitab dalam membincangkan Hinduisme dan Buddhisme dalam masyarakat Melayu berbanding agama Islam.

7. Kebudayaan Hindu bertapak kuat dalam seni budaya dan adapt orang Melayu rakyat biasa seperti dalam Wayang Kulit yang memakai nama Sri Rama, Sitha Dewi, Ramayana, Hanuman. Dalam adat budaya pula ada perkahwinan, peralatan perkahwinan seperti bersanding, bunga telur dan sebagainya. 8. Konsep raja dan kerajaan adalah istilah Hindu dan konsep negeri atau negara dari bahasa Sanskrit. 9. Perlantikan pegawai seperti Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan dll adalah mengikut astrologi Hindu. 10. Mengikut agama Hindu, raja adalah anak tuhan yang diutus ke bumi bagi menunjukkan rakyat bahawa mereka mesti mentaati segala peraturan dari raja. 11. Kebesaran raja ditunjukkan dengan pembinaan candi besar seperti candi Borobodur (Indonesia), Angkor Wat di Kemboja. 12. Kesannya raja berkuasa mutlak dan menjadi ketua kerajaan atau ketua negeri. 13. Apabila British tiba, mereka telah mengubah sistem pentadbiran dan agama dipisahkan kepada sistem politik kerajaan. Agama diurus oleh Sultan dan pentadbiran negara diurus oleh kerajaan. 14. Pandangan masyarakat melayu juga diubah terutama dari sudut cara berfikir dan cara melihat sesuatu iaitu epistemology. Perubahan epistemoligikal ialah perubhan cara berfikir dan cara melihat sesuatu. 15. Contoh perubahan epistemological ialah terhadap ilmu metafizik orang Melayu yang selama ini mempercayaan alam ghaib sehingga amalan perdukunan boleh mengubati penyakit. British telah mengubah epistemology metafizik bersifat bukan material kepada epistemology metafizik bersifat fizikal. Pembuktian adalah berunsurkan pancaindera, alat saintifik seperti mikroskop dll. Metafizik bersifat fizikal dibantu pula dengan alat seperti peta, muzium, banci dan sebagainya yang memperkenalkan ilmu, penambahan perbendaharan kata dalam masyarakat Melayu. Semua ini dikenali sebagai ilmu colonial.

16. Hubungan masyarakat Cina dan Alam Melayu telah berlaku sejak abad ke 7 masihi lagi malah Alam Melayu terkenal sebagai tempat pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan contohnya menurut catatan I-Tsing seorang sami Buddha dari China telah singgah di Palembang, Sumatera pada 671 Masihi ketika dalam pelayaran ke India mengatakan terdapat lebih 1000 sami Buddha di Srivijaya. 17. Pluraliti dalam Alam Melayu terjadi melalui pertembungan pedagang ke Alam Melayu dan ia berlaku tanpa paksaan. 18. Keadaan ini berubah apabila kuasa Eropah datang dan menguasai Alam Melayu. Mereka telah menggunakan sistem pemerintahan sehingga mengubah sistem pemerintahan tempatan, menggalakan kedatangan kaum lain ke Alam Melayu untuk kepentingan diri sendiri. Secara tidak langsung masyarakat pluralistic telah diwujudkan oleh penjajah dari Eropah tanpa kerelaan penduduk tempatan.

Alam Melayu selepas kedatangan Barat 1. Kemunculan masyarakat pluralistic selepas kedatangan orang Eropah adalah berbeza. Kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu digalakkan untuk kepentingan ekonomi dan politik British. 2. Kaum cina datang bekerja untuk membuka lombong bijih timah dan emas. Kedatangan mereka tanpa diikuti oleh keluarga. 3. Fokus kemasukan masyarakat Cina hanyalah untuk memenuhi kepentingan ekonomi dan politik British. Kesannya walaupun ada masyarakat pluralistic tetapi asimilasi tidak berlaku. Namun masyarakat pluralistic ini berlaku dalam bentuk akomodasi sosial iaitu menghormati budaya lain dan meneruskan budaya sendiri secara harmonis.

Kesan idea dan pengaruh seperti Kekayaan, Kemegahan dan agama (Gold, Gospel dan Glory) telah membawa masuk budaya luar ke Alam Melayu. Contoh: Kerajaan Jawa yang beragama Hindu telah menggunakan nama Arab ketika melayani pedagang Eropah. Kerajaan Champa, raja Melayu dan rakyatnya yang beragama Hindu telah menjalankan urusan perniagaan dengan China, India dan Kepulauan Melayu

Zaman pluraliti Zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM) 1. KMM adalah zaman keagungan dan keemasan kerajaan Melayu. 2. KMM diperintah oleh sultan dan pembesar yang sentiasa mempunyai pandangan jauh sehingga Berjaya menarik perhatian pedagang dari seluruh dunia berdagang di Melaka. Melaka akhirnya dikenali sebagai The Venice of the East. 3. Faktor menarik KMM menjadi terkenal ialah: - Pemimpin bersikap diplomasi dan sentiasa berfikiran terbuka - Para pegawai istana terdiri dari kaum Melayu tempatan dan India. Ada orang India yang menjadi pegawai dalam istana sultan Melaka. - Perkahwinan campur antara anak perempuan pemerintah Cina dan sultan Melaka - Pemerintah mementingkan keharmonian kaum di Melaka - Melaksanakan sistem terbuka iaitu menerima sesiapa saja untuk berdagang - Pentadbiran pelabuhan yang cekap - Keselamatan laut terjamin daripada ancaman lanun kerana adanya peranan laksamana Melaka yang cekap - Adanya Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan agama Islam 4. Zaman pluraliti KMM iaitu proses penghijarahan berlaku secara semulajadi tanpa paksaan. Pada masa ini bukan zaman negara bangsa seperti yang dikemukakan oleh British sehingga memerlukan visa dan passport untuk berhijrah. 5. Keadaan di KMM menyebabkan ramai pedagang China dan India berdagang secara sukarela, berakomodasi dengan penduduk tempatan sehingga melahirkan keturunan masyarakat Baba di Melaka.

Zaman penjajahan 1. Di Eropah berlaku perubahan epistemology iaitu pemisahan antara agama dan negara. Gagasan seterusnya ialah memisahkan antara agama dan sains moden 2. Stephen Jay Gould (2002) dalam rock of Ages: Science and Religion in the Fullness of Life menyatakan masyarakat umumnya terpisah kepada dua iaitu penyokong kepada agama dan penyokong sains moden. Namun penyokong sains moden lebih ramai berbanding penyokong agama 3. Di Eropah, masyarakat menganggap agama menjadi penyebab kepada masyarakat berselisih pendapat. 4. Ketika British di Tanah Melayu, dasar mengasingkan agama dan sains diteruskan. Oleh itu pentadbiran negara diasingkan dengan sultan mengurus agama dan adatresam, British menguruskan negara. Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan sebelum ini yang mana raja berkuasa mutlak. 5. British memperkenalkan sistem pentadbiran kehakiman, eksekutif dan perundangan. pengagihan kuasa iaitu

6. Bernard Cohn (sarjana India British) menyatakan bahawa kolonialisme British melibatkan penaklukan ruang fizikal dan sistem pemikiran penduduk pribumi.

Anda mungkin juga menyukai