Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN JAWATANKUASA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEMBELAJARAN BERKHIDMAT (PSK 3104)

Jawatankuasa Laporan

: :

Aktiviti dan Pengacaraan

Spesifikasi tugasan bagi ahli jawatankuasa aktiviti dan pengacaraan adalah merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai sepanjang program dijalankan serta memantau setiap aktiviti yang dirangka agar tidak timbul sebarang masalah.

Sebelum program khidmat masyarakat ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah dirancang seperti melukis mural, gotong-royong, sesi permainan bahasa dengan murid tabika orang asli, program silang budaya serta aktiviti rekreasi atau riadah yang sesuai dijalankan pada waktu senggang.

Namun, disebabkan pelbagai masalah yang timbul, maka kami merancang untuk melakukan aktiviti lain yang lebih ringkas dan mengambil masa yang singkat untuk dilaksanakan. Salah satu aktiviti yang akan dilaksanakan adalah pertandingan mewarna dan juga aktiviti didik hibur. Pertandingan mewarna dan aktiviti didik hibur ini dijalankan pada hari kedua di Tadika Islam Ar-Rahman.

Seterusnya, kami juga turut mengendalikan bahagian pengacaraan majlis dalam setiap aktiviti atau program yang akan dijalankan. Saudari Nor Fitri telah mengacara majlis sewaktu akhir sesi taklimat bersama PPPAT dan juga di ttersebut. Program berjalan lancar dan guru pelatih telah mendapat input yang berguna hasil projek lawatan dan khidmat masyarakat ini.

Anda mungkin juga menyukai