Anda di halaman 1dari 4

SJK (T) MAHATHMA GANDHI KALASALAI, 31100 SUNGAI SIPUT (U) PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 BAHASA MELAYU

(PENULISAN)-TAHUN 4 MASA: 1 JAM 15 MINIT NAMA: ________________________ TAHUN:____________

BAHAGIAN A (10 MARKAH) (Masa dicadangkan : 15 minit) Gambar di bawah menunjukkan persiapan Hari Guru di sebuah sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang persiapan tersebut.

BAHAGIAN B (30 Markah) (Masa dicadangkan : 40 minit) Pilih satu daripada tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Peti Sejuk

ATAU

2. Amalan membaca perlu disemai sejak kecil. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Faedah Membaca. ATAU 3. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu tentang ketidakhadiran kamu ke sekolah kerana menghidap demam selesema.

2 Bahagian C ( Masa yang dicadangkan : 20 Minit ) ( 20 Markah ) Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan tamat. Trisha dan rakan-rakannya pun bergegas pulang ke rumah. Semasa Trisha menunggu bas di perhentian bas, dia membaca buku cerita kegemarannya. Kemudian, bas sekolahnya pun sampai, kawan-kawan Trisha berebut-rebut tetapi Trisha hanya memerhati dan tidak menyertai kawan-kawannya itu. Trisha bersabar dan menunggu gilirannya. Setelah dia menaiki bas itu, Trisha pun menasihati rakan-rakannya supaya sentiasa mematuhi peraturan. Rakan-rakannya mohon maaf dan berjanji akan beratur sebelum menaiki bas. Kemudian, Trisha pun menekan loceng kerana sudah hampir dengan rumahnya. Trisha pun meminta diri lalu turun dari bas sekolah itu. Trisha menunggu sehingga bas itu beredar kerana dia teringat akan pesanan ibunya supaya jangan melintas dengan terburu-buru kerana banyak kenderaan yang lalu-lalang di situ. Trisha memandang ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan raya itu untuk pulang ke rumahnya.

Disediakan oleh, ______________ (En.S. Devandran) Guru BM Tahun 4

Disemak oleh, ____________ Ketua Panitia

Anda mungkin juga menyukai