Anda di halaman 1dari 24

NOR AMALIENA BINTI MOHD FAUZI HIDAYATUL ISMA BINTI SUMADIN FATIN NAJIA BINTI ZAHARRUDIN

PENGENALAN

Telesidang adalah sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung.

Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjuk cara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.

Menurut J.Maki (2001) penggunaan telesidang video ini menyelesaikan banyak masalah pembelajaran di kalangan pelajar menerusi guru-guru ICT. Walau bagaimanapun, pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.

Berdasarkan kajian, didapati telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti yang berlaku di Findland(J.Maki, 2001) dan Singapura (Hu. Chun, 2001)

Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran yang membantu P&P Bahasa Melayu selain menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan sidang video ini iaitu:

PENGENALAN

PENGGUNAAN SIDANG VIDEO

JENIS SIDANG VIDEO

KEBAIKAN

PERISIAN

KELEMAHAN

Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak. Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan. Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.

JENIS PERSIDANGAN VIDEO

BANYAK KE BANYAK

SATU KE BANYAK

SATU KE SATU

CONTOH PENGGUNAAN SIDANG VIDEO

PENDIDIKAN

PEMBENTANGAN

BERKOMUNIKASI

MESYUARAT

KONFERENSI SECARA ATAS TALIAN


Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, terutamanya dalam kalangan pihak-pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.

TRANSMISI SIDANG VIDEO


Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu: (i) Cekup (capture) - Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio - Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yang kemudiannya dimampatkan.

(ii) Mampat - Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital. - Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem
(iii) Siar - Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa. - Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik

CONTOH PERISIAN SIDANG VIDEO :

MENGADAKAN SIDANG VIDEO UNTUK MENGAJARKAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Sidang video menggunakan perisian skype: Antara langkah yang perlu dilakukan ialah

Langkah pertama :
Memilih perisian sidang video yang diingini. pemilihan ini boleh dilakukan dengan menekan klik pada simbol-simbol perisian yang terdapat dalam komputer anda. Sebagai contoh disini pemilihan sidang video ialah skype.

Langkah kedua :
Setelah itu akan terpapar keluar skrin yang menunjukkan Selamat Datang. Kemudian, anda harus menekan klik di sebelah kanan yang menunjukkan ayat close this window skrin and start using skype.

Langkah ketiga :
Selepas itu paparan skype anda akan muncul. Klik pada tetikus kiri pada create a group.

Langkah keempat :
Penambahan rakan boleh dibuat bagi kumpulan perbincangan. Sebagai contoh, sekiranya jenis persidangan video itu dari satu ke banyak. Anda harus klik pada perkataan Add people untuk menambah rakan anda.

Langkah kelima :

Hasil daripada menubuhkan kumpulan skype ini akan menghasilkan gambar. Orang-orang yang dikehendaki akan dijemput untuk menyertai kumpulan skype ini bagi memudahkan proses p&p berlaku. Namun untuk keluar daripada perbincangan yang ditubuhkan itu perlu melalui beberapa cara dengan klik pada tetikus kanan pada perbincangan dan pilih leave conversation. Anda akan lihat ada perkataan leave the conversations. Hal ini menunjukkan anda telah meningggalkan perbincangan.

2. Sidang video Menggunakan Yahoo Messenger

Sidang video menggunakan YM ini mempunyai sedikit kelainan dengan skype. Langkah-langkah untuk melakukan sidang video YM ini adalah seperti di bawah

Langkah pertama :

Anda harus mendaftarkan diri pada Yahoo Massenger. Setelah mendaftarkan diri paparan senarai contact akan dipaparkan pada skrin YM.

Langkah kedua :

Tekan pada salah satu contact. Ia akan memaparkan detail contact tersebut. Kemudian pilih gambar video untuk membuka video anda dan berinteraksi dengan rakan anda.

Langkah ketiga :

Conversation bersama rakan anda akan keluar dan anda boleh menaip mesej sambil membuka video dan bercakap.

Langkah keempat :
Tekan video call dan YM anda akan diaktifkan. Video anda dan rakan anda akan dapat dilihat.

Langkah kelima :
Anda harus menekan contact. Kemudian paparan manage group akan keluar dan anda harus tekan manage group dan create new group . Selepas itu, anda masukkan nama group dan tekan ok dan setelah kembali ke paparan luar, klik mouse kanan.

Langkah keenam :

Masukkan alamat email rakan anda dan tekan next.

Langkah ketujuh :

Pilih senarai nama group dan tekan butang next dan finish.

Langkah kelapan :

Anda menekan invite this group to conference dan masukkan nama-nama group.

Langkah kesembilan :

Video anda dan rakan-rakan anda akan dipaparkan.

RUJUKAN
http://bmm3105wanie.blogspot.com/201 1/04/minggu-11.html http://bmm3105seberiismail.blogspot.co m/2011/09/tajuk-11-pengajaran-bahasamelayu.html http://www.scribd.com/doc/62486369/Mo dul-BMM3105

Anda mungkin juga menyukai