Anda di halaman 1dari 5

Oleh: Kumpulan 2

Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir secara kritis merupakan satu daripada komponen utama kemahiran berfikir yang memberi tumpuan kepada kebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea iaitu menimbang secara menyeluruh kebaikan dan keburukan dengan memberi alasan dan hujah yang sah, jelas dan bernas. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan membangunkan minda untuk meneroka berbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gugusan.

Kemahiran Berfikir
Tujuan Kemahiran Berfikir secara Breatif dan Britis digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah untuk membolehkan pelajar:

(i) Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif semasa membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. (ii) Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. (iii) Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.

Kemahiran Berfikir
(iv) Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.
(v) Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dalam perkembangan intelek mereka. (vi) Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat serta membina keyakinan diri untuk memberi hujah. (vii) Membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Konstruktivisme
Konstruktif adalah satu cara pembelajaran di mana murid membina sendiri pengetahuannya atau konsep secara aktif. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada secara langsung akan membantu murid membina pengetahuannya sendiri. Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan baru . Pembelajaran berlaku apabila pengetahuan telah berubah dalam satu cara yang membolehkan kita menterjemahkan pengalaman dengan cara lebih sempurna, kompleks atau dimurnikan. Proses pembelajaran bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang sebenarnya.