Anda di halaman 1dari 11

Ada yang pernah mengatakan padaku, seorang manusia tidak akan mengenali dirinya sendiri, sehinggalah kebebasan dirampas

darinya. Aku terfikir sendiri, sejauh manakah manusia mengenali dirinya sendiri? PROLOG Lelaki itu berjalan mundar mandir di ruang menunggu itu. Walaupun dia seorang panglima yang gagah berani dan telah banyak berjasa kepada kerajaannya, hatinya tetap begitu resah dan gelisah. Arzedan, itulah namanya, tidak mengendahkan langsung pengikut-pengikutnya yang ada di sekitar ruang itu. Beberapa orang pengikutnya yang juga pengawal peribadinya, sentiasa mengekalkan kedudukan mereka di dalam jarak yang telah di persetujui. Mereka sedar, pada saat seperti ini, tumpuan ketua mereka itu hanya tertumpu kepada satu perkara saja, menunggu kelahiran putera sulungnya. Maka, mereka begitu berhati-hati di dalam soal menjaga keselamatan ketua mereka itu. Suasana di ruang menunggu yang agak tegang itu akhirnya dipecahkan dengan tangisan nyaring seorang bayi. Arzedan tersentak mendengar suara itu dan air mukanya yang runsing dan gelisah sedari tadi kini berubah gembira. Raut wajahnya yang keras dan garang dengan kumis dan jambang yang tebal tetapi dipotong nipis, kini ditawarkan dengan senyuman kegembiraan yang meledak kepada satu ketawa dengan nada yang begitu dalam. Perasaan gembiranya itu berjangkit pula kepada para pengikutnya lalu mereka juga turut tersenyum dan merasa sedikit lega dengan penghujung suasana yang penuh ketegangan. Dia berpaling apabila orang kanannya, Ithar, menepuk bahunya lalu mengucapkan tahniah kepadanya. Arzedan memeluk orang kanannya itu, yang sedikit terkesima dengan perbuatan lelaki itu tetapi membiarkannya saja dengan senyuman nipis di bibirnya.

Tiba-tiba, suasana riang ria di ruang itu dipecahkan lagi dengan tangisan nyaring seorang lagi bayi. Kali ini, suara bayi itu lebih tajam nadanya, menandakan bayi yang pertama adalah putera dan bayi yang kedua adalah puteri. Arzedan berteriak kegembiraan dan ianya disambut meriah oleh kesemua pengikutnya. Keadaan di ruang menunggu itu agak hingar-bingar dengan suara kesemua pengikut-pengikutnya, dan buat seketika, mereka semua adalah sama, hanya mengucapkan tahniah kepada seorang sahabat yang baru saja bergelar bapa. Baru saja Arzedan hendak melangkah ke bilik di mana Syazary, isterinya yang baru saja melahirkan sepasang bayi kembar, tiba-tiba saja bunyi letupan kedengaran dari dalam bilik itu dan mengejutkan kesemua yang ada, lebih-lebih lagi Arzedan. Dia berkejar menuju ke pintu bilik dan menendangnya dengan kuat sehingga pintu itu tumbang. Asap dan debu menghalang penglihatannya untuk melihat keadaan anak-anaknya dan juga isterinya. Namun, bunyi tangisan bayi yang kian menjauh, menjadikan refleksnya bertambah sensitif dan dia berusaha mencari punca tangisan itu kerana dia yakin, itu adalah satu daripada anaknya. Dia melangkah ke hadapan sebelum jatuh tersadung. Dia melihat mayat bidan yang telah membantu kelahirannya anak-anaknya itu beberapa ketika sebelum itu, kini penuh dengan darah. Berderau rasa hatinya apabila melihat sebuah lubang besar hasil dari letupan itu terletak bersebelahan saja dengan katil di mana isterinya ditempatkan. Dia dapat melihat ada seorang wanita muda, yang dirasakannya pembantu bidan itu, sedang bergelut dengan seseorang yang berpakaian kelubung serba putih yang sedang memangku seorang bayi di tangan kanannya. Seorang lagi yang berpakaian serba hitam sudah pun berada di depan lubang itu dengan memangku seorang bayi di tangan kirinya.

Arzedan bingkas bangun dan bergegas dengan garang untuk menyelamatkan keduadua bayinya tetapi penjahat yang berpakaian putih itu berjaya menikam pembantu bidan itu dengan sebilah pisau pendek yang terukir halus, lalu berlari mengikuti temannya yang berpakaian hitam yang sudah menghilang ke dalam lubang itu. Sebelum penjahat putih itu masuk ke dalam lubang, dia melemparkan suatu objek bulat kecil yang meletup apabila terkena lantai bilik itu. Arzedan yang berada terlalu dekat dengan objek itu, tercampak ke belakang kerana impak letupan itu dan perkara terakhir yang dilihatnya sebelum pengsan adalah penjahat yang berpakaian putih itu memasuki lubang itu dan menghilang ke dalamnya. * * *

1 Bisikan Kegelapan Dia duduk di dalam dunia kegelapan itu dengan perasaan yang sungguh tenang. Sebuah dunia ciptaannya yang terasing dari realiti, diselubungi oleh kabus gundah-gulana; satu dunia di mana dia tidak perlu takut kepada sesuatu yang tidak pasti: peluang dan harapan. Dia telah menunggu lima ratus tahun untuk mendapat peluang dan harapan dan kini, ianya telah ada di dalam genggaman. Namun, masih ada peluang untuk dan harapan untuk dia terlepas semuanya, dan dia tidak rela ianya berlaku sekali lagi. Dia akan melakukan apa saja, untuk mengekalkan dirinya dengan kekuasaan yang telah dicapainya. Peluang dan harapan datang di dalam bentuk seorang raja yang gilakan kuasa, yang sanggup melakukan apa saja untuk kekal berkuasa sehingga sanggup menjerat diri dengan memanggil makhluk dari dunia ghaib. Dia, Luqarris, seorang pemerintah dunia ghaib yang digulingkan oleh anaknya sendiri, menyahut panggilan raja itu dengan menjanjikan segala kekuasaan yang diminta, asalkan raja itu sudi menjadikan dirinya sebagai tempat dia 'menumpang'. Raja yang sudah mabuk kuasa itu, bersetuju saja tanpa memikirkan akibatnya. Luqarris memberikan Raja Taranel, seorang raja bagi kerajaan Amar Zoul, segala kemewahan yang diminta raja itu, dia melindungi raja itu daripada segala macam ancaman sewaktu perang saudara meletus di antara Amar Zoul dan kerajaan yang bersempadan dengannya, Amar Houf. Selama sepuluh tahun dia melayan segala kerenah raja itu, di samping itu, dia juga membisikkan cadangan-cadangan yang kononnya membuatkan raja itu lebih berkuasa. Walhal, ianya adalah untuk menjamin kedudukannya sendiri apabila dia berjaya di dalam rancangannya untuk berkuasa.

Suatu hari, Raja Taranel telah memanggilnya untuk bersemuka dengannya. Luqarris dapat mengagak apakah permintaan terbaru raja itu, kerana dialah yang menyemai benih pemikiran itu ke dalam minda raja selama ini. Dia tersenyum sendirian mengenangkan rancangannya berjalan dengan sempurna sekali. Mengapakah tuanku memanggil daku ke mari? Adakah tuanku inginkan harta dari lautan yang paling dalam? Ataupun keselamatan diri tuanku sebagai persediaan sebelum perang? tanyanya sebaik saja ritual pemanggilannya berakhir. Suaranya bergema-gema di ruangan itu. Raja Taranel hanya memandang kepada Luqarris yang terapung-apung di tengah bulatan itu yang penuh terlukis dengan segala macam simbol-simbol yang membantu memanggil makhluk itu ke dunia manusia. Baginda tidak tahu bahawa sebenarnya, semua ahli sihir yang ditugaskan memanggil makhluk itu, telah lama jiwa mereka di telan oleh Luqarris dan digantikan dengan pengikut-pengikutnya yang masih setia kepadanya. Baginda juga tidak tahu bahawa bulatan sihir yang kononnya dapat mengawal makhluk itu dari bermaharajalela, hanyalah mainan semata-mata kerana Luqarris boleh datang dan pergi bilabila masa saja yang diingininya kerana dia telah mendapat tapak di dalam jiwa raja itu. Selagi tapak itu terjaga, tiada kuasa yang boleh menghalangnya berbuat apa-apa pun. Beta mahu satukan kesemua tujuh kerajaan yang ada untuk menjadi satu negara yang lebih hebat lagi daripada Araifas. Beta mahu menjadi pemerintah terunggul di zaman ini... bolehkah kau lakukannya Luqarris? Dengan cara apa ianya boleh dilaksanakan? soal Raja Taranel setelah berdiam diri beberapa ketika. Luqarris ketawa terkekeh-kekeh, seolah-olah geli-hati mendengarkan permintaan terbaru raja itu. Raja Taranel menjadi panas hati dan mendengus dengan kuat seraya mengeluarkan pedang hikmat yang dapat membunuh Luqarris.

Berani kau mentertawakan Beta? Adakah kau sedar bahawa di tangan Beta ini, ialah Pedang Kirisin, yang berupaya menghapuskan makhluk alam kegelapan seperti kau? bentak Raja Taranel dengan suara yang garang. Buat seketika, Luqarris terdiam tanpa bicara. Air mukanya yang garang tidak mencerminkan perasaan hatinya di ketika itu. Dia ingin sekali mengangkat raja itu dengan kekuatannya dan menggoncangkan raja itu dan seraya berkata bahawa pedang itu hanya akan berfungsi di tangan seseorang yang hatinya penuh dengan kesucian dan tidak menyokong alam kegelapan. Mana mungkin pedang itu dapat digunakan oleh seseorang yang hatinya sudah hitam dengan kegilaan terhadap kuasa dan sanggup pula berdamping dengan makhluk alam kegelapan. Namun, Luqarris sedar, bahawa kini, peluangnya sudah terbuka luas untuk menyeru panglimanya yang paling gagah dan paling setia kepadanya untuk kembali ke sisinya. Sabar tuanku, ketawa ini bukanlah untuk menghina, kerana ianya boleh dilakukan... tetapi, ianya tidak begitu mudah, kerana memerlukan korban darah, bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar... kata Luqarris apabila melihat raja itu sudah bersedia dengan pedangnya untuk membunuhnya. Dia mendengus perlahan di dalam hatinya memikirkan kebodohan raja itu. Korban darah? Korban yang bagaimana kau maksudkan? Jelaskan! balas baginda sambil menyarung kembali pedangnya. Jika Tuanku benar-benar berhajat untuk menjadi pemerintah unggul, Tuanku perlu mempunyai seorang panglima yang gagah berani bagi membantu Tuanku mengepalai angkatan ketenteraan Tuanku, sahut Luqarris.

Lelaki itu secara tiba-tiba tersedar. Dia bingkas bangkit dari baring lalu berdiri dengan niat hendak mengejar kedua-dua penjahat yang telah melarikan bayi kembarnya. Tetapi dia mendapati dia berada di suatu tempat yang asing, bukan di bilik di mana dia sepatutnya berada. Kekosongan mengisi ruang itu dengan suasana yang amat menyuramkan, seolah-olah berkongsi rasa duka yang dirasainya ketika itu. Dia melangkah ke hadapan tanpa ada apa-apa

tanda yang mengarahnya untuk ke mana-mana. Namun, sebuah pintu tiba-tiba kelihatan di hadapannya. Sihir apakah ini? bisik hatinya apabila melihat pintu yang menjelma secara tiba-tiba itu. Walaupun agak samar-samar, lelaki itu pasti bahawa itu adalah sebuah pintu. Namun, adakah pintu itu akan membawa jawapan kepadanya ataupun menambahkan lagi persoalan di hatinya, dia tidak pasti. Dia melangkah dengan berhati-hati menuju ke pintu itu. Apabila tiba di hadapan pintu itu, lelaki itu melihat kepada tombol pintu yang berwarna keperakan. Dia memulas tombol pintu itu, ternyata ianya tidak berkunci dan menolaknya perlahan-lahan lalu dia mendapati dia berada di dalam sebuah rumah yang sudah agak usang. Dia melihat ke sekelilingnya tetapi dia tidak dapat mengesan apa-apa tanda bahawa rumah usang itu berpenghuni. Apa yang dilihatnya hanyalah rak-rak buku yang sudah patah dengan buku berselerakan ke lantai. Meja panjang yang sudah buruk dengan sisa makanan yang sudah reput dan busuk. Labah-labah menjadi raja di segenap sudut rumah dengan sarangnya yang berselirat. Debu tebal melapisi permukaan seluruh ruang di dalam rumah, menguatkan lagi tanda-tanda rumah itu tidak di masuki sesiapa buat suatu masa yang agak lama. Namun, hatinya kuat mengatakan apa yang dilihatnya bukanlah keadaan yang sebenar. Ilusi semata-mata, satu permainan sihir oleh entah siapa. Tiba-tiba, telinganya menangkap bisikan-bisikan halus yang dibawa angin yang memasuki rumah usang itu. Hatinya kian curiga kerana dia tidak merasa sedikit angin pun yang masuk ke dalam rumah itu, seolah-olah angin itu berasal dari dalam rumah itu sendiri. Di saat itu juga, secara tiba-tiba saja, pusaran angin terjadi di tengah-tengah rumah itu. Daun-

daun kering yang datang entah dari mana, berterbangan mengelilingi pusaran angin itu. Pusaran itu kian lama kian hebat sehingga lelaki itu terpaksa melutut untuk mengelakkan dirinya diterbangkan angin. Kilat sabung-menyabung dari dalam angin itu dan bunyi dentuman yang memekakkan telinga mulai kedengaran. Dentuman yang bersambung-sambung itu membuatkan lelaki itu berasa pening lalu dia berusaha menutup telinganya dari mendengar bunyi dentuman itu. Lelaki itu akhirnya berada di posisi sujud menahan dirinya dari menjadi pekak dengan bunyi dentuman itu dan juga menghalang dirinya dari diterbangkan angin. Secara tiba-tiba saja, lelaki itu dapat merasakan belaian lembut di kepalanya seolaholah dipupuk bayu dan serentak dengan itu juga, pusaran angin, kilat yang menyabung dan bunyi dentuman itu berhenti. Lelaki itu mendongakkan kepalanya dan dia mendapati dirinya sudah berada di dalam sebuah taman yang cukup indah dan mempesonakan, bukan lagi rumah usang berdebu yang menanti rebah. Dia melihat ada seorang lelaki tua yang sedang duduk di atas kerusi batu di pinggir sebuah kolam yang jernih. Lelaki tua itu sedang memerhatikannya dengan teliti dengan senyuman di bibirnya. Kemarahan tiba-tiba saja melanda hatinya dan dengan rasa marah itu, dia bingkas bangun dari posisinya. Niatnya adalah untuk menyerang lelaki tua itu yang dirasakannya menjadi angkara kepada kesemua kejadian tak terduga yang menimpanya. Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila dia tidak bangun dari posisinya malah kekal seperti sedia kala. Dia ingin berteriak melaungkan rasa marahnya namun, bibirnya juga terkunci. Dia sedar yang dirinya berada di bawah pengaruh sihir yang amat kuat dan dia tidak berkeupayaan untuk berbuat apa-apa. Hanya matanya saja yang dapat bergerak bebas, dan lelaki tua itu sudah pastinya dapat melihat sinar kemarahan di mata lelaki itu.

Lelaki tua itu masih lagi tersenyum, lalu berdiri dan bergerak menuju ke arah lelaki itu. Usahlah menyimpan kemarahanmu kepadaku, bukan aku yang melakukan semua itu kepadamu... tiba-tiba saja lelaki tua itu bersuara di hadapannya lalu menghulurkan tangannya ke arahnya. Tangannya tiba-tiba saja menyambut huluran lelaki tua itu dan dirinya dapat bingkas seperti biasa. Namun, entah bila masanya, lelaki itu mendapati dia sudah berjalan seiringan dengan lelaki tua itu, menuju ke kerusi batu yang di dudukinya sebentar tadi. Aku tahu kau mempunyai seribu satu persoalan wahai Arzedan, dan aku akan berusaha menjawab segala soalan-soalanmu, selagi jawapan itu terkandung di dalam pengetahuanku... lelaki tua itu memulakan bicara setelah mereka duduk. Arzedan mendiamkan dirinya sejenak sebelum memulakan bicara. Dia menghela nafas seketika lalu berkata, Ceritakan kepadaku, siapa dirimu itu, dan segalanya yang terkandung di dalam pengetahuanmu mengenai apa yang telah terjadi kepada diriku dan keluargaku... Lelaki tua itu memulakan bicaranya dengan perlahan dan teratur. Aku mempunyai pelbagai nama dan gelaran. Ada yang menganggapku sebagai sahabat, yang menjadi panduan di dalam hidup mereka dan ada juga yang menganggapku sebagai musuh, di mana mereka sentiasa berusah dan memikirkan cara untuk memusnahkan diriku. Bagi para sahabat, aku di gelar Yami, yang membawa makna yang berpengetahuan luas, dan bagi para musuh pula aku di gelar Tzinn, iaitu yang memusnahkan. Namun itu hanyalah gelaran, namaku yang sebenar ada di dalam lipatan masa, tersembunyi, bukan saja dari para sahabat dan musuh, juga daripada diriku sendiri. Aku hanya akan mendapat namaku

semula apabila tujuan kejadian diriku telah terlunas, dan aku akan kembali semula ke tempat asalku. Lebih mudah jika kau memanggilku dengan Muimzir, yang bermakna sahabat di dalam bahasa lama masyarakat peribumi. Aku bukanlah manusia seperti dirimu, tetapi aku adalah tenaga yang diciptakan olehNya sebagai penjaga keseimbangan alam. Harus aku jelaskan, aku tidak memihak kepada mereka yang baik ataupun jahat mengikut definisimu sebagai manusia. Tugasku hanya satu, memastikan keseimbangan alam kekal di dalam neraca abadi kehidupan. Jika terlalu ramai manusia yang melakukan kebaikan, satu dunia utopia fanatik akan terhasil maka aku bertanggungjawab untuk menghadirkan sedikit kejahatan yang mampu mengimbangi segala kebaikan kerana tiada cahaya tanpa kegelapan dan begitu jugalah sebaliknya. Kitaran ini akan sentiasa terjadi selagi manusia wujud di alam ini. Selagi manusia wujud, selagi itulah, aku juga akan wujud. Namun, terdapat kuasa luar yang cuba menceroboh alam manusia dengan menyamar menjadi dewa-dewa palsu yang menyerongkan manusia ke arah jalan kesesatan. Aku dapat mengimbangkan semula manusia-manusia itu tetapi nampaknya, kuasa itu berjaya mempengaruhi beberapa pemerintah yang menjadi fanatik dengan kekuasaan mereka.

Anda mungkin juga menyukai