Maybank Trustees Berhad (5004-P) CIMB Commerce Trustee Berhad (313031-A) Prospektus Induk ini adalah terjemahan daripada Prospektus Induk Dana Siri PB versi Bahasa Inggeris yang bertarikh 30 April 2013 dan tamat tempoh pada 29 April 2014. PELABUR DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA DAN MEMAHAMI ISI KANDUNGAN PROSPEKTUS INDUK INI. JIKA BERASA RAGU-RAGU, SILA DAPATKAN NASIHAT DARIPADA PENASIHAT PROFESIONAL. UNTUK MAKLUMAT MENGENAI FAKTOR-FAKTOR RISIKO TERTENTU YANG HARUS DIPERTIMBANGKAN OLEH BAKAL PELABUR, SILA RUJUK FAKTOR RISIKO YANG BERMULA PADA HALAMAN 36. PROSPEKTUS INDUK Dana Siri PB Prospektus Induk ini bertarikh 1 Jun 2013 dan tamat tempoh pada 29 April 2014. Prospektus Induk ini merangkumi dua puluh tujuh (27) dana amanah saham yang berikut: Dana Ekuiti Tarikh Penubuhan PB Dana Growth 3 Oktober 2002 PB Dana Asia Equity 27 Jun 2006 PB Dana ASEAN Dividend 8 Mei 2007 PB Dana Euro Pacific Equity 8 Jun 2007 PB Dana China Pacific Equity 23 Oktober 2007 PB Dana China ASEAN Equity 5 Mac 2008 PB Dana China Australia Equity 2 Mac 2010 PB Dana Singapore Advantage-30 Equity 11 Mei 2010 PB Dana Asia Pacific Enterprises 8 Mac 2011 PB Dana Asia Emerging Growth 6 September 2011 PB Dana Growth Sequel 15 November 2011 PB Dana Islamic Equity 5 September 2005 PB Dana Islamic Asia Equity 8 Januari 2007 PB Dana Islamic Asia Strategic Sector 6 September 2007 Dana Aset Campuran PB Dana Dynamic Allocation 19 Jun 2012 PB Dana Mixed Asset Conservative 15 Januari 2013 Dana Seimbang PB Dana Balanced 5 Mei 1998 PB Dana Asia Real Estate Income 18 Disember 2007 PB Dana Australia Dynamic Balanced 12 Mei 2009 PB Dana Indonesia Balanced 12 Oktober 2010 Dana Bon PB Dana Fixed Income 3 Oktober 2002 PB Dana Infrastructure Bond 11 Mei 2010 PB Dana Bond 6 September 2011 PB Dana Islamic Bond 16 Mac 2006 PB Dana Sukuk 6 September 2011 Dana Pasaran Wang PB Dana Cash Management 8 Januari 2007 PB Dana Islamic Cash Management 8 Mei 2007 PENGURUS: PENGEDAR: Unit dana-dana amanah saham tersebut tidak akan diterbitkan atau dijual berdasarkan Prospektus Induk ini selepas satu tahun dari tarikh Prospektus Induk ini. Prospektus Induk ini adalah terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus Induk versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad. Kenyataan Tanggungjawab Prospektus Induk ini telah diteliti dan diluluskan oleh para pengarah Public Mutual Berhad dan mereka secara bersama dan secara individu bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan semua maklumat. Setelah membuat semua pertanyaan yang munasabah, mereka mengesahkan bahawa berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan mereka, tidak terdapat kenyataan palsu atau mengelirukan, atau peninggalan fakta lain yang akan menjadikan sebarang kenyataan dalam Prospektus Induk ini palsu atau mengelirukan. Kenyataan Penaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memberikan kebenaran kepada dana-dana amanah saham ini dan satu salinan Prospektus Induk ini telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kebenaran dan pendaftaran Prospektus Induk ini tidak harus dianggap sebagai menandakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengesyorkan dana-dana amanah saham tersebut atau bertanggungjawab di atas ketepatan kenyataan atau pendapat atau laporan yang dinyatakan dalam Prospektus Induk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak bertanggungan terhadap sebarang ketakdedahan di pihak syarikat pengurusan yang bertanggungjawab terhadap dana-dana amanah saham tersebut dan tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungan dalam Prospektus Induk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak membuat sebarang pernyataan mengenai ketepatan atau kesempurnaan Prospektus Induk ini, dan secara nyata menakan apa-apa pun liabiliti yang berbangkit daripada, atau dengan bergantung pada, keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada isi kandungannya. PELABUR HENDAKLAH BERGANTUNG PADA PENILAIAN MEREKA SENDIRI UNTUK MENAKSIR MERIT DAN RISIKO PELABURAN. DALAM MEMPERTIMBANGKAN PELABURAN, PELABUR YANG BERASA RAGU-RAGU TENTANG TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL HENDAKLAH SEGERA MENDAPATKAN NASIHAT DARIPADA PENASIHAT PROFESIONAL MEREKA. Kenyataan Tambahan Pelabur dinasihatkan supaya mengambil perhatian bahawa hak tuntut bagi kenyataan yang palsu atau mengelirukan atau tindakan yang dibuat berkaitan dengan Prospektus Induk boleh didapati terus melalui seksyen 248, 249 dan 357 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. PB Dana Islamic Equity, PB Dana Islamic Asia Equity, PB Dana Islamic Asia Strategic Sector, PB Dana Islamic Bond, PB Dana Sukuk dan PB Dana Islamic Cash Management telah diperakui sebagai dana patuh Syariah oleh penasihat Syariah yang dilantik untuk dana-dana amanah saham tersebut. PRAKATA Prospektus Induk ini merangkumi dua puluh tujuh (27) dana unit amanah yang berikut: 1. PB Dana Growth 2. PB Dana Asia Equity 3. PB Dana ASEAN Dividend 4. PB Dana Euro Pacic Equity 5. PB Dana China Pacic Equity 6. PB Dana China ASEAN Equity 7. PB Dana China Australia Equity 8. PB Dana Singapore Advantage-30 Equity 9. PB Dana Asia Pacic Enterprises 10. PB Dana Asia Emerging Growth 11. PB Dana Growth Sequel 12. PB Dana Islamic Equity 13. PB Dana Islamic Asia Equity 14. PB Dana Islamic Asia Strategic Sector 15. PB Dana Dynamic Allocation 16. PB Dana Mixed Asset Conservative 17. PB Dana Balanced 18. PB Dana Asia Real Estate Income 19. PB Dana Australia Dynamic Balanced 20. PB Dana Indonesia Balanced 21. PB Dana Fixed Income 22. PB Dana Infrastructure Bond 23. PB Dana Bond 24. PB Dana Islamic Bond 25. PB Dana Sukuk 26. PB Dana Cash Management 27. PB Dana Islamic Cash Management Anda boleh merujuk halaman 12 hingga 35 Bab 1: Ciri-ciri Penting Dana untuk lebih memahami tentang objektif dan strategi utama setiap dana, risiko melabur dalam dana, prol pelabur yang sesuai untuk melabur dalam dana serta yuran dan caj yang perlu dibayar apabila melabur dalam dana, serta menolong anda membuat keputusan mengenai dana yang paling secocok dengan pembawaan pelaburan peribadi dan matlamat kewangan. Unit dana boleh dibeli atau dijual di cawangan kami yang dinyatakan pada halaman 219 hingga 221 Prospektus Induk ini dan cawangan IUTA kami yang dilantik yang dinyatakan pada halaman 222 Prospektus Induk ini. Yeoh Kim Hong Ketua Pegawai Eksekutif 1 KANDUNGAN GLOSARI ISTILAH/SINGKATAN 3 - 7 PENGEDAR, PENGURUS, PEMEGANG AMANAH DAN PENASIHAT 8 - 11 1. CIRI-CIRI PENTING DANA 12 - 35 1.1 Ringkasan Data Penting Dana 12 1.2 Yuran dan Caj 30 1.3 Maklumat Tentang Urus Niaga Unit 32 1.4 Dasar Agihan 33 1.5 Wang Tidak Dituntut 34 1.6 Mengemukakan Aduan 34 2. TENTANG DANA AMANAH SAHAM 36 - 38 2.1 Dana Amanah Saham 36 2.2 Manfaat Melabur dalam Dana Amanah Saham 36 2.3 Faktor-Faktor Risiko 36 3. MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA 39 - 127 3.1 Kategori Dana 39 3.2 Prol Dana 40 3.3 Risiko Pelaburan 118 3.4 Pelaburan Dibenarkan 119 3.5 Batasan Pelaburan 121 3.6 Penilaian Pelaburan Dibenarkan 125 3.7 Dasar Penggearan 127 3.8 Zakat bagi Dana patuh Syariah 127 3.9 Proses Pembersihan bagi Dana patuh Syariah 127 4. PRESTASI DANA 128 - 154 5. SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS 155 - 171 5.1 Petikan Penyata Kewangan Dana 155 5.2 Perbelanjaan yang Ditanggung oleh Dana 169 6. MEMULAKAN PELABURAN DENGAN PUBLIC MUTUAL 172 - 177 6.1 Melabur dengan Public Mutual 172 6.2 Bagaimana Hendak Membeli, Menebus atau Tukar Ganti Unit Dana 172 6.3 Penyata dan Laporan 176 6.4 Mengikuti Perkembangan Harga Unit Harian 177 7. MAKLUMAT URUS NIAGA 178 - 180 7.1 Penentuan Harga 178 7.2 Pengiraan Harga 179 8. YURAN, CAJ DAN PERBELANJAAN 181 - 182 8.1 Caj yang Dikenakan ke atas Belian dan Penebusan Unit 181 8.2 Yuran dan Perbelanjaan Dana 182 8.3 Dasar Berhubung Rebat Pembrokeran Saham dan Komisen Ringan 182 2 KANDUNGAN (SAMB) 9. PENGURUS 183 - 197 9.1 Prol Korporat Public Mutual 183 9.2 Organisasi Public Mutual 183 9.3 Fungsi, Tugas dan Tanggungjawab Pengurus 183 9.4 Prestasi Kewangan Public Mutual 184 9.5 Lembaga Pengarah 184 9.6 Prol Kakitangan Utama Pengurusan 188 9.7 Prol Kakitangan Utama Pelaburan 189 9.8 Ahli Jawatankuasa Pelaburan 195 9.9 Urus Niaga Pihak Berkaitan/Konik Kepentingan 196 9.10 Dasar dan Prosedur Mengenai Aktiviti Pengubahan Wang Haram 196 9.11 Dokumen yang Ada untuk Pemeriksaan 197 10. PEMEGANG AMANAH 198 - 204 10.1 Kesediaan Pemegang Amanah untuk Melaksanakan Tugas 198 10.2 Tugas dan Tanggungjawab Pemegang Amanah 198 10.3 Prol AmanahRaya Trustees Berhad 198 10.4 Prol Maybank Trustees Berhad 200 10.5 Prol CIMB Commerce Trustee Berhad 203 11. PENASIHAT SYARIAH 205 - 207 11.1 Peranan Penasihat Syariah 205 11.2 Tanggungjawab Penasihat Syariah 205 11.3 Maklumat Am Mengenai ZI Shariah 205 11.4 Prol Pegawai Lantikan yang Bertanggungjawab Terhadap Perkara-perkara Syariah Berkaitan dengan Dana 206 12. SYARAT PENTING SURAT IKATAN 208 - 215 12.1 Hak dan Liabiliti Pemegang Unit 208 12.2 Pemegang Bersama 208 12.3 Yuran dan Caj Maksimum yang Dibenarkan oleh Surat Ikatan 209 12.4 Perbelanjan Dibenarkan yang Akan Dibayar daripada Dana 213 12.5 Persaraan, Pemecatan dan Penggantian Pengurus 214 12.6 Persaraan, Pemecatan dan Penggantian Pemegang Amanah 214 12.7 Penamatan Dana 215 12.8 Mesyuarat Pemegang Unit 215 12.9 Surat Ikatan 215 CUKAI DANA DAN PEMEGANG UNIT 216 - 218 RANGKAIAN PEJABAT CAWANGAN PUBLIC MUTUAL 219 - 221 SALURAN PENGEDARAN DANA 222 3 GLOSARI ISTILAH/SINGKATAN ART AmanahRaya Trustees Berhad (766894-T) saham mewah Saham berkualiti tinggi dalam syarikat-syarikat yang mempunyai rekod prestasi perolehan dan dividen yang stabil selama sekurang-kurangnya 10 tahun. Bursa Malaysia Bursa Malaysia Berhad Bursa Securities Bursa Malaysia Securities Berhad Hari Perniagaan Setiap hari di mana Bursa Securities dibuka untuk urus niaga. Nota: Pengurus boleh mengisytiharkan Hari Perniagaan tertentu sebagai bukan Hari Perniagaan walaupun Bursa Securities dibuka untuk urus niaga, jika satu atau lebih pasaran asing di mana dana melabur ditutup untuk urus niaga. Ini adalah untuk memastikan pelabur diberi penilaian dana yang berpatutan pada setiap masa, sama ada semasa membeli atau menebus unit dana. CCTB CIMB Commerce Trustee Berhad (313031-A) CMSA 2007 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 hak bertenang Hak pemegang unit yang melabur dengan Public Mutual buat pertama kali, untuk menukar kirannya dan membatalkan pelaburan dalam masa 6 Hari Perniagaan dari tarikh penerimaan borang permohonan dan penerimaan bayaran oleh Public Mutual, dan akan mendapat bayaran balik penuh pelaburan tersebut dalam masa 10 hari dari penerimaan notis hak bertenang oleh Public Mutual. Bagi pemegang unit KWSP, tempoh bertenang akan bermula dari tarikh penerimaan borang permohonan oleh Public Mutual. Hak tempoh bertenang ini, bagaimanapun, tidak diberikan kepada perbadanan atau institusi, kakitangan Public Mutual, dan orang yang didaftarkan untuk berurusan dalam dana amanah saham. Pasaran Layak Pasaran yang:- (a) dikawal selia oleh pihak berkuasa kawal selia; (b) beroperasi secara tetap; (c) terbuka kepada orang ramai; dan (d) mempunyai kecairan yang mencukupi bagi tujuan dana yang berkenaan. KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Resolusi Luar Biasa Resolusi yang diluluskan pada mesyuarat pemegang unit yang diadakan sewajarnya menurut peruntukan Surat Ikatan dan dijalankan oleh majoriti yang merangkumi tidak kurang daripada tiga suku daripada pemegang unit yang mengundi pada mesyuarat itu dengan cara mengangkat tangan atau jika pembuangan undi dituntut sewajarnya dan diambil oleh majoriti yang merangkumi tidak kurang daripada tiga suku dalam bilangan undi yang diberikan pada pembuangan undi itu. Bagi tujuan penamatan atau pembubaran dana, resolusi luar biasa diluluskan oleh majoriti dalam bilangan yang mewakili sekurang-kurang tiga perempat daripada nilai unit yang dipegang oleh pemegang unit pada mesyuarat yang diadakan sewajarnya menurut peruntukan Surat Ikatan. 4 GLOSARI ISTILAH/SINGKATAN (SAMB) FIMM Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia harga hadapan Belian atau penebusan unit berdasarkan NAB seunit dana yang ditentukan berikutnya atau dikira selepas permohonan/permintaan penebusan daripada pemegang unit diterima oleh Pengurus dalam bentuk yang sepatutnya. Pengurus Dana Pengurus Dana Lantikan/Pengurus Dana bersama bagi dana masing-masing saham pertumbuhan Saham syarikat yang mempunyai potensi kenaikan harga di mana pertumbuhan perolehan syarikat diunjurkan melebihi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. agihan sampingan Agihan sampingan bermaksud bahawa tumpuan utama dana ialah untuk mendapatkan pertumbuhan modal. saham indeks Saham komponen indeks dalam indeks pasaran penanda aras terpilih. deposit pasaran wang Islam Deposit pasaran wang Islam merujuk kepada penempatan dengan institusi kewangan berlesen yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia. IUTA Ejen Amanah Saham Institusi IUTA adalah institusi, perbadanan atau organisasi yang berdaftar dengan FIMM untuk memasarkan dan mengedarkan dana amanah saham. jangka panjang Merujuk kepada tempoh lebih daripada 5 tahun. Prospektus Induk Prospektus Induk Dana Siri PB bertarikh 30 April 2013 dan tamat tempoh pada 29 April 2014 jangka sederhana Merujuk kepada tempoh 3 hingga 5 tahun. jangka sederhana hingga panjang Merujuk kepada tempoh 3 tahun atau lebih. NPP Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) adalah nisbah jumlah yuran dan perbelanjaan dana amanah saham yang diperoleh kembali kepada nilai purata dana amanah saham yang dikira secara harian, iaitu: (Yuran + Perbelanjaan diperoleh kembali) dana amanah saham x 100 Nilai purata dana amanah saham yang dikira secara harian Di mana: Yuran = Semua yuran berterusan yang ditolak/boleh ditolak terus daripada dana amanah saham bagi tahun/ tempoh yang diliputi oleh nisbah perbelanjaan pengurusan, dinyatakan sebagai amaun tetap yang dikira secara harian. Ini termasuk yuran pengurusan tahunan, yuran pemegang amanah tahunan dan sebarang yuran lain yang ditolak/boleh ditolak terus daripada dana amanah saham. Perbelanjaan diperoleh kembali = Semua perbelanjaan yang diperoleh kembali daripada/dicajkan kepada dana amanah saham akibat perbelanjaan yang ditanggung oleh operasi dana amanah saham, dinyatakan sebagai amaun tetap. 5 GLOSARI ISTILAH/SINGKATAN (SAMB) Nilai purata dana amanah saham = NAB dana amanah saham, termasuk nilai pendapatan bersih dana, tolak perbelanjaan secara terakru, bagi tahun/tempoh yang diliputi oleh nisbah perbelanjaan pengurusan yang dikira secara harian. Nisbah perbelanjaan ini dapat dibandingkan terus dengan nisbah perbelanjaan dana lain (di bawah kategori dana yang sama) dalam menentukan dana yang lebih kos efektif, dengan semua perkara lain adalah setara atau kekal malar. Lebih rendah nisbah perbelanjaan dana maka lebih baik, dalam perbandingan universal perbelanjaan dana. MTB Maybank Trustees Berhad (5004-P) NAB Nilai Aset Bersih (NAB) dana ditentukan dengan menolak nilai semua liabiliti dana (termasuk semua amaun yang perlu dibayar oleh dana, perbelanjaan terakru dan cukai, serta sebarang peruntukan yang sesuai untuk hal luar jangkaan) daripada nilai aset dana pada titik penilaian. Bagi tujuan mengira yuran pengurusan tahunan dan yuran pemegang amanah tahunan, NAB dana hendaklah termasuk yuran pengurusan dan yuran pemegang amanah bagi hari yang berkaitan. NAB seunit NAB seunit ialah NAB dana dibahagi dengan bilangan unit dalam edaran pada titik penilaian. Ia menjadi asas pengiraan harga unit dana. Dana Siri PB Dana siri ini terdiri daripada dua puluh tujuh (27) dana amanah saham yang diliputi di bawah Prospektus Induk ini. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (Jumlah perolehan dana bagi sesuatu tahun + jumlah pelupusan oleh dana (PTR) bagi tahun) / 2 Nilai purata dana bagi tahun yang dikira secara harian Nisbah pusing ganti portfolio tahunan akan menunjukkan sama ada dana membeli dan menjual sekuriti dengan kerap atau sama ada ia mengambil pendekatan yang bertempoh lebih panjang kepada pengurusan pelaburan. Nisbah pusing ganti portfolio sebanyak 1 kali bermakna bahawa dana telah dipusing ganti sekali bagi tahun/ tempoh itu. Prospek yang cerah Merujuk kepada potensi untuk mencapai pulangan yang positif. Public Bank Public Bank Berhad (6463-H) Public Mutual atau Pengurus Public Mutual Berhad (23419-A) RM Ringgit Malaysia SC Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Garis Panduan SC Garis Panduan Dana Amanah Saham yang dikeluarkan oleh SC pada 3 Mac 2008, dan termasuk mana-mana nota panduan, surat pekeliling, jadual, lampiran dan garis panduan yang terkandung di dalamnya atau dibuat menurutnya. Syariah Undang-undang Islam yang terdiri daripada seluruh peraturan yang berkaitan dengan kelakuan manusia yang diperoleh daripada sumber Syariah utama dan sekunder. Sumber utama ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas, manakala sumber sekunder ialah sumber mantap seperti Maslahah, Istihsan, Istishab, Uruf dan Sadd Zaraie. 6 GLOSARI ISTILAH/SINGKATAN (SAMB) keperluan Syariah Frasa atau ungkapan yang pada umumnya bermakna memastikan bahawa mana-mana kelakuan manusia mestilah tidak melibatkan sebarang larangan dan dalam melaksanakan kelakuan itu semua unsur penting yang membentuk kelakuan itu mestilah wujud dan setiap unsur penting mestilah mematuhi semua syarat yang perlu yang dikehendaki oleh Syariah bagi unsur itu. jangka pendek Merujuk kepada tempoh yang kurang daripada 3 tahun. saham yang diniagakan pada penilaian yang menarik Saham yang mempunyai kemungkinan dikadarkan semula secara positif dari segi penilaian seperti nisbah harga perolehan memandangkan potensi pertumbuhan perolehan saham itu. sukuk Dokumen atau sijil yang mendokumentasikan pemilikan prorata aset pendasar yang tidak dibahagikan. Sak (mufrad sukuk) diniagakan secara bebas pada tara, premium atau diskaun. Di Malaysia, istilah sukuk digunakan untuk sekuriti pendapatan tetap yang mematuhi keperluan Syariah. Walau bagaimanapun, ia biasanya digunakan bersama kontrak Syariah yang dipakai dalam struktur, seperti bai bithaman ajil, murabahah dan istisna untuk urus niaga pendasar berdasarkan keterhutangan, atau musyarakah dan mudharabah untuk urus niaga pendasar berdasarkan perkongsian. Surat Ikatan Surat Ikatan bermaksud surat ikatan induk bertarikh 9 Ogos 2002 dan semua surat ikatan tambahan yang dimeterai antara pemegang amanah dan Pengurus untuk pemegang dana yang berdaftar. dana-dana/dana Dua puluh tujuh (27) dana berikut yang diliputi di bawah Prospektus Induk ini secara kolektif disebut dana-dana dan secara individu disebut dana. PB Dana Growth PBGF PB Dana Asia Equity PBAEF PB Dana ASEAN Dividend PBADF PB Dana Euro Pacic Equity PBEPEF PB Dana China Pacic Equity PBCPEF PB Dana China ASEAN Equity PBCAEF PB Dana China Australia Equity PBCAUEF PB Dana Singapore Advantage-30 Equity PBSGA30EF PB Dana Asia Pacic Enterprises PBAPENTF PB Dana Asia Emerging Growth PBAEGF PB Dana Growth Sequel PBGSQF PB Dana Islamic Equity PBIEF PB Dana Islamic Asia Equity PBIAEF PB Dana Islamic Asia Strategic Sector PBIASSF PB Dana Dynamic Allocation PBDYNAF PB Dana Mixed Asset Conservative PBMAC PB Dana Balanced PBBF PB Dana Asia Real Estate Income PBAREIF PB Dana Australia Dynamic Balanced PBADBF PB Dana Indonesia Balanced PBINDOBF PB Dana Fixed Income PBFI PB Dana Infrastructure Bond PBINFBF PB Dana Bond PBBOND PB Dana Islamic Bond PBIBF PB Dana Sukuk PBSKF PB Dana Cash Management PBCMF PB Dana Islamic Cash Management PBICMF 7 GLOSARI ISTILAH/SINGKATAN (SAMB) UDE Unit dalam edaran (UDE) merujuk kepada jumlah bilangan unit dalam terbitan pada sesuatu masa. titik penilaian Titik penilaian merujuk kepada masa tertentu pada Hari Perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus di mana Nilai Aset Bersih (NAB) dana dikira. Dalam keadaan biasa, hanya satu penilaian dibuat pada setiap Hari Perniagaan. Bagi dana tanpa pelaburan asing, penilaian NAB dana dijalankan pada setiap Hari Perniagaan pada penutup Bursa Securities. Bagi dana dengan pelaburan asing, penilaian dana akan dijalankan selepas urus niaga Bursa Securities ditutup bagi hari yang berkaitan. Oleh sebab pasaran asing tertentu di mana dana itu mungkin melabur belum lagi ditutup disebabkan perbezaan zon waktu di negara-negara ini, maka titik penilaian mungkin dilanjutkan ke jam 9:00 pagi (atau mana-mana waktu lain sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dari semasa ke semasa) keesokan harinya di mana Pengurus dibuka untuk urus niaga. ZI Shariah atau Penasihat Syariah ZI Shariah Advisory Services Sdn. Bhd. (769433-D) 8 PENGEDAR, PENGURUS, PEMEGANG AMANAH DAN PENASIHAT PENGEDAR DANA SIRI PB Public Bank Berhad (6463-H) Menara Public Bank 146, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur Tel: 03-2176 6000 / 2176 6666 Faks: 03-2163 9917 Hotline Khidmat Pelanggan: 1800-22-9999 Web: www.publicbank.com.my PENGURUS Public Mutual Berhad (23419-A) Alamat berdaftar dan perniagaan: Block B, Sri Damansara Business Park Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur Tel: 03-6279 6800 Faks: 03-6277 9800 Hotline: 03-6207 5000 Emel: customer@publicmutual.com.my Web: http://www.publicmutual.com.my Lembaga Pengarah Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow (Pengarah Bukan Eksekutif/Pengerusi) Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif/Pengerusi Bersama) Tan Sri Dato Sri Tay Ah Lek (Pengarah Bukan Eksekutif) Dato Sri Lee Kong Lam (Pengarah Bukan Eksekutif) Dato (Dr) Haji Mohamed Ishak Bin Haji Mohamed Ariff (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Dato Haji Abdul Aziz Bin Dato Dr. Omar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) En. Quah Poh Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Cik Yeoh Kim Hong (Ketua Pegawai Eksekutif /Pengarah Eksekutif) Ahli Jawatankuasa Pelaburan Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong (Bebas) Tan Sri Dato Sri Tay Ah Lek Dato Sri Lee Kong Lam Dato (Dr) Haji Mohamed Ishak Bin Haji Mohamed Ariff (Bebas) Dato Haji Abdul Aziz Bin Dato Dr. Omar (Bebas) En. Quah Poh Keat (Bebas) Cik Yeoh Kim Hong Ahli Jawatankuasa Audit dan Pematuhan Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong Tan Sri Dato Sri Tay Ah Lek Dato Sri Lee Kong Lam Dato (Dr) Haji Mohamed Ishak Bin Haji Mohamed Ariff Dato Haji Abdul Aziz Bin Dato Dr. Omar En. Quah Poh Keat Setiausaha Syarikat Cik Tang Pueh Fong (MIA 8078) d/a Public Mutual Berhad Tingkat 2, Blok B, Sri Damansara Business Park Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur Cik Pang Siew Han (MIA 6968) d/a Public Mutual Berhad Tingkat 2 Blok B, Sri Damansara Business Park Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur 9 PEMEGANG AMANAH AmanahRaya Trustees Berhad (766894-T) Alamat berdaftar: Alamat perniagaan: Tingkat 11, Wisma AmanahRaya Tingkat 2, Wisma TAS No. 2, Jalan Ampang No. 21, Jalan Melaka 50508 Kuala Lumpur 50100 Kuala Lumpur Tel: 03-2055 7388 Tel: 03-2036 5000/5129 Faks: 03-2072 0322 Web: http://www.artrustees.com.my Web: http://www.artrustees.com.my Wakil Pemegang Amanah Citibank, NA, Cawangan Singapura Alamat berdaftar dan alamat perniagaan: 8 Marina View # 16-00 Asia Square Tower 1 Singapore 018960 Tel: 65-6657 5440 Web: http://www.citibank.com Maybank Trustees Berhad (5004-P) Alamat berdaftar dan perniagaan: Tingkat 34, Menara Maybank 100, Jalan Tun Perak 50050 Kuala Lumpur Tel: 03-2078 8363/03-2070 8833 Emel: mtb@maybank.com.my Wakil Pemegang Amanah Malayan Banking Berhad (3813-K) Khidmat Penjagaan Alamat berdaftar: Alamat perniagaan: Tingkat 14, Menara Maybank Tingkat 4, Menara Maybank 100, Jalan Tun Perak 100, Jalan Tun Perak 50050 Kuala Lumpur 50050 Kuala Lumpur Tel: 03-2074 8158 Citibank, NA, Cawangan Singapura Alamat berdaftar dan alamat perniagaan: 8 Marina View #16-00 Asia Square Tower 1 Singapore 018960 Tel: 65-6657 5440 Web: http://www.citibank.com CIMB Commerce Trustee Berhad (313031-A) Alamat berdaftar: Alamat perniagaan: Tingkat 5, Bangunan CIMB Tingkat 7, Wisma Amanah Raya Berhad Jalan Semantan Jalan Semantan Damansara Heights Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur 50490 Kuala Lumpur Tel: 03-2084 8888 Tel: 03-2084 8888 Web: http://www.cimb.com PENGEDAR, PENGURUS, PEMEGANG AMANAH DAN PENASIHAT (SAMB) 10 Wakil Pemegang Amanah CIMB Group Nominees (Tempatan) Sdn Bhd (274740-T) Alamat berdaftar: Alamat perniagaan: Tingkat 5, Bangunan CIMB Tingkat 7, Wisma Amanah Raya Berhad Jalan Semantan Jalan Semantan Damansara Heights Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur 50490 Kuala Lumpur Tel : 03-2084 8888 Tel : 03-2084 8888 Web: http://www.cimb.com Citibank, NA, Cawangan Singapura Alamat berdaftar dan alamat perniagaan: 8 Marina View #16-00 Asia Square Tower 1 Singapore 018960 Tel: 65-6657 5440 Web: http://www.citibank.com PENASIHAT SYARIAH ZI Shariah Advisory Services Sdn. Bhd. (769433-D) Suite 2-4, Tingkat 2 Tower Block, Menara Milenium Jalan Damanlela Pusat Bandar Damansara 50490 Kuala Lumpur Tel: 03-2087 9999 Faks: 03-2094 4888 Laman Web: www.zishariah.com.my JURUAUDIT Ernst & Young Tingkat 23A, Menara Milenium Jalan Damanlela Pusat Bandar Damansara Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur EJEN CUKAI KPMG Tax Services Sdn Bhd Tingkat 10, KPMG Tower 8, First Avenue Bandar Utama 47800 Petaling Jaya Selangor, Malaysia PENASIHAT UNDANG-UNDANG Soon Gan Dion & Partners Tingkat 1, No.73 Jalan SS21/1A Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan PENGEDAR, PENGURUS, PEMEGANG AMANAH DAN PENASIHAT (SAMB) 11 JURUBANK UTAMA Public Bank Berhad Menara Public Bank No. 146, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur PERSEKUTUAN PENGURUS-PENGURUS PELABURAN MALAYSIA 19-07-3, Tingkat 7 PNB Damansara No. 19, Lorong Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Pengedar, Pemegang Amanah dan Wakilnya, Penasihat Syariah, Juruaudit, Ejen Cukai, Penasihat Undang- undang dan Jurubank Utama telah memberi dan belum menarik balik kebenaran mereka untuk memasukkan nama dan kenyataan mereka dalam Prospektus Induk ini dengan cara dan konteks sepertimana nama dan kenyataan itu tertera. PENGEDAR, PENGURUS, PEMEGANG AMANAH DAN PENASIHAT (SAMB) 12 CIRI-CIRI PENTING DANA 1 Bahagian ini hanyalah ringkasan maklumat penting tentang dana-dana ini dan pelabur hendaklah membaca dan memahami keseluruhan Prospektus Induk sebelum membuat keputusan pelaburan. 1.1 RINGKASAN DATA PENTING DANA Pengurus Public Mutual Berhad (23419-A) Nama dana Tarikh pelancaran Kategori dana Jenis dana Penasihat Syariah Pemegang Amanah PB Dana Growth 3.10.2002 Ekuiti Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana Asia Equity 27.6.2006 Ekuiti Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana ASEAN Dividend 8.5.2007 Ekuiti Pendapatan Tiada MTB PB Dana Euro Pacic Equity 8.6.2007 Ekuiti Pertumbuhan Modal Tiada CCTB PB Dana China Pacic Equity 23.10.2007 Ekuiti Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana China ASEAN Equity 5.3.2008 Ekuiti Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana China Australia Equity 2.3.2010 Ekuiti Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana Singapore Advantage-30 Equity 11.5.2010 Ekuiti Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana Asia Pacic Enterprises 8.3.2011 Ekuiti Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana Asia Emerging Growth 6.9.2011 Ekuiti Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana Growth Sequel 15.11.2011 Ekuiti Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana Islamic Equity 5.9.2005 Ekuiti (patuh Syariah) Pertumbuhan Modal ZI Shariah ART PB Dana Islamic Asia Equity 8.1.2007 Ekuiti (patuh Syariah) Pertumbuhan Modal ZI Shariah ART PB Dana Islamic Asia Strategic Sector 6.9.2007 Ekuiti (patuh Syariah) Pertumbuhan Modal ZI Shariah ART PB Dana Dynamic Allocation 19.6.2012 Aset Campuran Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana Mixed Asset Conservative 15.1.2013 Aset Campuran (Konservatif) Pendapatan dan Pertumbuhan Modal Tiada ART 13 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Tarikh pelancaran Kategori dana Jenis dana Penasihat Syariah Pemegang Amanah PB Dana Balanced* 5.5.1998 Seimbang Pendapatan dan Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana Asia Real Estate Income* 18.12.2007 Seimbang Pendapatan dan Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana Australia Dynamic Balanced 12.5.2009 Seimbang Pendapatan dan Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana Indonesia Balanced 12.10.2010 Seimbang Pendapatan dan Pertumbuhan Modal Tiada ART PB Dana Fixed Income 3.10.2002 Bon Pendapatan Tiada ART PB Dana Infrastructure Bond 11.5.2010 Bon Pendapatan Tiada ART PB Dana Bond 6.9.2011 Bon Pendapatan Tiada ART PB Dana Islamic Bond 16.3.2006 Sukuk Pendapatan ZI Shariah ART PB Dana Sukuk 6.9.2011 Sukuk Pendapatan ZI Shariah ART PB Dana Cash Management 8.1.2007 Pasaran Wang Pendapatan Tiada ART PB Dana Islamic Cash Management 8.5.2007 Pasaran Wang Islam Pendapatan ZI Shariah MTB Nota: * Insuran percuma diberikan kepada pemegang unit bagi dana-dana ini, tertakluk kepada terma dan syarat. Sila rujuk brosur mengenai insuran percuma untuk maklumat lanjut. Objektif, strategi, risiko utama dana dan prol pelabur setiap dana diberikan di bawah. Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Growth Untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan dalam portfolio saham pertumbuhan yang terpelbagai. PBGF bertujuan untuk memenuhi objektifnya dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi ekuiti tersenarai domestik dan asing dan sekuriti pendapatan tetap. Kandungan ekuitinya dari segi NAB biasanya dalam lingkungan 70% hingga 98% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu dan risiko kecairan. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun yang pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. IKKL FTSE Bursa Malaysia 14 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Asia Equity Untuk mencapai kenaikan nilai modal dalam jangka panjang dengan melabur dalam saham mewah dan saham pertumbuhan dalam pasaran domestik dan serantau. PBAEF bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran serantau terpilih. Dana ini juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap untuk menjanakan pulangan tambahan. Kandungan ekuiti minimumnya ialah 80% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. 20% IKKL FTSE Bursa Malaysia, 20% Indeks TOPIX Core 30, 20% Indeks KOSPI 50 dan 40% Indeks MSCI Golden Dragon. PB Dana ASEAN Dividend Untuk menyediakan pendapatan* dengan melabur dalam portfolio saham di pasaran domestik dan serantau yang menawarkan atau berpotensi menawarkan kadar hasil dividen yang menarik. PBADF bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu menyediakan pendapatan dengan melabur dalam portfolio saham yang terpelbagai di pasaran domestik dan serantau yang menawarkan atau berpotensi menawarkan kadar hasil dividen yang menarik. Dana ini juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap untuk menjanakan pulangan tambahan. Kandungan ekuitinya dari segi NAB adalah dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NAB dana. Baki NAB dana dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pendapatan* tahunan dan pertumbuhan modal. 90% Indeks FTSE/ ASEAN 40 dan 10% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan. 15 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Euro Pacic Equity Untuk mencapai kenaikan nilai modal dalam jangka panjang dengan melabur dalam ekuiti dan skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik dan asing. PBEPEF diuruskan secara aktif untuk mencapai matlamatnya, iaitu mencapai pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities, pasaran Eropah dan pasaran saham serantau terpilih. Dana ini juga akan melabur dalam skim pelaburan kolektif yang menumpukan kepada portfolio terpelbagai merangkumi saham mewah, saham indeks dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tersenarai di pasaran Eropah. Dana ini pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. 50% Indeks MSCI AC Far East Kecuali Jepun, 40% Indeks STOXX Europe 50 dan 10% Indeks Harga Saham Tokyo. 16 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana China Pacic Equity Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur terutamanya dalam saham China dan bakinya dalam pasaran Asia Utara. PBCPEF bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio saham China yang terpelbagai yang merangkumi saham indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan. Apabila penilaian dan prospek pertumbuhan saham China menarik, peruntukan dana kepada saham China akan dipertingkatkan sewajarnya. Sebaliknya, apabila penilaian saham China tidak menarik, peruntukan dana kepada saham China akan dikurangkan dan pendedahannya kepada pasaran Asia Utara lain seperti Jepun, Korea dan Taiwan akan dipertingkatkan sewajarnya. Dana ini pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Indeks MSCI Zhong Hua. 17 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana China ASEAN Equity Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio saham China yang terpelbagai dan bakinya dalam saham yang tersenarai di pasaran ASEAN. PBCAEF bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio saham China yang terpelbagai yang merangkumi saham indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan. Apabila penilaian dan prospek pertumbuhan saham China menarik, peruntukan dana kepada saham China akan dipertingkatkan sewajarnya. Sebaliknya, apabila penilaian saham China tidak menarik, peruntukan dana kepada saham China akan dikurangkan dan pendedahannya kepada pasaran ASEAN seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam akan dipertingkatkan sewajarnya. Dana ini pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. 50% Indeks MSCI China Free dan 50% Indeks FTSE/ ASEAN 40. 18 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana China Australia Equity Bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio saham China dan Australia yang terpelbagai. PBCAUEF bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan. PBCAUEF akan melabur dalam saham China dan Australia yang tersenarai di pasaran China, Hong Kong, Australia dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana ini pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana juga mungkin dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing, instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. 50% Indeks MSCI China Free dan 50% Indeks S&P/ASX 200. PB Dana Singapore Advantage- 30 Equity Bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur sehingga maksimum 30 saham dalam pasaran Singapura termasuk saham Singapura yang tersenarai di pasaran lain. PBSGA30EF bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur sehingga 30 saham di pasaran Singapura termasuk saham Singapura yang tersenarai di pasaran lain yang dibenarkan. Dana ini pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana juga mungkin dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing, instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Indeks Straits Times (FSSTI). 19 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Asia Pacic Enterprises Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur terutamanya dalam saham syarikat yang mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$1 bilion ke atas dalam pasaran domestik dan serantau. Nota: PBAPENTF mungkin terus melabur dalam kaunter tersebut sekiranya permodalan pasaran saham turun di bawah AS$1 bilion disebabkan pergerakan dalam harga pasaran dan jika prospek pertumbuhan dan penilaian saham terus menarik. PBAPENTF bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam saham syarikat yang mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$1 bilion ke atas dalam pasaran domestik dan Asia Pasik pada masa belian. Dana ini pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana juga mungkin dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing, instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. 55% Indeks S&P Asia 50, 30% Indeks S&P Southeast Asia 40 dan 15% Indeks S&P/ASX 20. 20 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Asia Emerging Growth Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur terutamanya dalam sekuriti syarikat sedang muncul bersaiz kecil hingga sederhana dalam pasaran domestik dan serantau. Nota: Dana ini akan melabur dalam syarikat sedang muncul bersaiz kecil dan sederhana pada masa belian. Dana ini mungkin kekal melabur dalam kaunter tersebut sekiranya permodalan pasaran saham bergerak melebihi julat yang dinyatakan dalam dasar pelaburan disebabkan oleh pergerakan dalam harga pasaran dan jika prospek pertumbuhan dan penilaian saham terus menarik. PBAEGF bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi syarikat sedang muncul bersaiz kecil hingga sederhana yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran serantau terpilih. Dana ini pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 70% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana mungkin dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing, instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Penanda aras dana ini ialah indeks khusus oleh S&P Opco, LLC berdasarkan juzuk-juzuk dalam saham Permodalan Kecil dan Sederhana Indeks S&P BMI Asia Kecuali Jepun yang terdiri daripada Malaysia, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Saham Permodalan Kecil dan Sederhana disesuaikan kepada wajaran berikut, iaitu 50% saham Permodalan Kecil Top 100 dan 50% Saham Permodalan Sederhana Top 100. 21 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Growth Sequel Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio saham yang terpelbagai. PBGSQF bertujuan untuk memenuhi objektifnya dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi ekuiti tersenarai domestik dan asing. Kandungan ekuitinya dari segi NAB biasanya dalam lingkungan 70% hingga 98% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu dan risiko kecairan. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. IKKL FTSE Bursa Malaysia. PB Dana Islamic Equity Untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pemilihan saham pertumbuhan yang pelbagai yang mematuhi keperluan Syariah. PBIEF bertujuan untuk mencapai objektifnya dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi ekuiti patuh Syariah tersenarai domestik dan asing dan sukuk. Kandungan ekuiti minimumnya ialah 80% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan dan risiko ketakpatuhan keperluan Syariah. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Indeks Syariah EMAS FTSE Bursa Malaysia. PB Dana Islamic Asia Equity Untuk mencapai kenaikan nilai modal dalam jangka panjang dengan melabur dalam saham mewah dan saham pertumbuhan yang mematuhi keperluan Syariah di pasaran domestik dan serantau. PBIAEF bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan patuh Syariah yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran serantau terpilih. Dana ini juga mungkin melabur dalam sukuk untuk menjanakan pulangan tambahan. Kandungan ekuiti minimumnya ialah 80% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang, risiko negara dan risiko ketakpatuhan keperluan Syariah. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. 20% Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia dan 80% Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun. 22 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Islamic Asia Strategic Sector Untuk mencapai kenaikan nilai modal dalam jangka panjang dengan melabur dalam portfolio sekuriti, terutamanya ekuiti, yang mematuhi keperluan Syariah daripada sektor pasaran terpilih di pasaran domestik dan serantau. PBIASSF diuruskan secara aktif untuk mencapai matlamat pertumbuhan modal dalam jangka panjang dengan mengenal pasti sektor pasaran dalam pasaran domestik dan serantau yang menawarkan pulangan pelaburan yang paling berpotensi. Dana akan melabur dalam maksimum 6 sektor yang paling berpotensi yang ditentukan oleh Pengurus Dana. Bagi memastikan pempelbagaian yang secukupnya, dana akan mengekalkan pelaburannya dalam minimum 3 sektor pada setiap masa. Dana ini biasanya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang, risiko negara, risiko industri/ sektor dan risiko ketakpatuhan keperluan Syariah. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. 90% Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun dan 10% kadar Pasaran Wang Antara Bank Islam 3 Bulan. PB Dana Dynamic Allocation Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap dalam pasaran domestik dan asing. PBDYNAF bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu menyediakan pertumbuhan modal dengan menerima pakai strategi peruntukan aset taktikal dengan melabur dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap di pasaran domestik dan asing. Kandungan ekuitinya mungkin dalam lingkungan 30% hingga 98% daripada NAB dana. Baki NAB dana mungkin dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kadar faedah, risiko kredit, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal melalui strategi peruntukan aset taktikal. 70% Indeks MSCI AC Far- East Kecuali Jepun dan 30% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan. 23 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Mixed Asset Conservative Untuk menyediakan pendapatan* dan mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang melalui portfolio terpelbagai sekuriti pendapatan tetap dan ekuiti. PBMAC melabur dalam sekuriti pendapatan tetap, ekuiti dan instrumen pasaran wang bagi memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang unitnya. Dana ini akan melabur 60% hingga 75% daripada NABnya dalam sekuriti pendapatan tetap. Dana ini mungkin melabur sehingga 35% daripada NABnya dalam ekuiti. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Bagi mencapai peningkatan pempelbagaian, dana ini mungkin melabur dalam pasaran ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap asing. Risiko sekuriti tertentu, risiko kadar faedah, risiko kredit, risiko pasaran dan risiko kecairan. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mahukan pendapatan* tahunan dan pertumbuhan modal melalui strategi peruntukan aset campuran yang konservatif. 65% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan dan 35% IKKL FTSE Bursa Malaysia. PB Dana Balanced Untuk menyediakan pendapatan* yang stabil dan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang. PBBF bertujuan untuk mencapai objektifnya dengan mematuhi pendekatan peruntukan aset yang seimbang dengan melabur 40% hingga 60% daripada NAB dalam ekuiti tersenarai terutamanya di Bursa Securities. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana ini mungkin melabur dalam pasaran asing. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kadar faedah, risiko kredit dan risiko kecairan. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal dan sebahagian kecilnya pendapatan*. Indeks Public Balanced Equity (PBEIX) yang merupakan indeks komposit yang nilainya tertakluk kepada perubahan harian dalam IKKL FTSE Bursa Malaysia dan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan berasaskan 60:40. 24 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Asia Real Estate Income Bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dan pendapatan* dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam syarikat yang terlibat terutamanya dalam pelaburan dan pembangunan harta, pembangunan dan pelaburan hotel dan peranginan, dana amanah pelaburan harta tanah (REIT), syarikat yang mempunyai aset harta atau harta tanah yang signikan dan sekuriti pendapatan tetap di pasaran domestik dan serantau. PBAREIF melabur 40% hingga 60% daripada NABnya dalam syarikat yang terlibat terutamanya dalam pelaburan dan pembangunan harta, pembangunan dan pelaburan hotel dan peranginan, syarikat yang mempunyai aset harta atau harta tanah yang signikan dan dana pelaburan harta tanah (REIT) dalam pasaran domestik dan serantau. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kadar faedah, risiko kredit, risiko kecairan, risiko mata wang, risiko industri/ sektor dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal dan sebahagian kecilnya pendapatan*. 60% berasaskan juzuk-juzuk dalam sektor harta tanah Indeks Standard & Poors BMI Asia Pacic yang disesuaikan oleh S&P Opco, LLC kepada wajaran berikut, iaitu 20% Jepun, 20% Australia, 20% Malaysia dan baki 40% lagi untuk negara-negara lain dalam rangkuman indeks itu pada masa ini termasuk Saham H China, Hong Kong, Indonesia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Korea dan Thailand. Sektor harta tanah adalah seperti yang ditakrifkan oleh Piawaian Klasikasi Industri Global (GICS) ketika itu dan sekarang; dan 40% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan. 25 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Australia Dynamic Balanced Untuk mencapai pendapatan* dan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang. Dana ini akan melabur dalam ekuiti terutamanya dalam pasaran Australia dan bakinya dalam pasaran New Zealand. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair. PBADBF bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu pendapatan dan pertumbuhan modal dengan melabur 40% hingga 60% daripada NABnya dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan yang tersenarai terutamanya di pasaran Australia dan bakinya di pasaran New Zealand. Sehingga 10% daripada pelaburan ekuiti dana boleh dilaburkan di pasaran New Zealand. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kadar faedah, risiko kredit, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal dan sebahagian kecilnya pendapatan*. 60% Indeks S&P/ASX 200 dan 40% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan. PB Dana Indonesia Balanced Untuk mencapai pendapatan* dan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio pelaburan terutamanya dalam pasaran Indonesia. PBINDOBF bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu pendapatan dan pertumbuhan modal dengan melabur 40% hingga 60% daripada NABnya dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan yang tersenarai terutamanya di pasaran Indonesia dan termasuk perniagaan/ syarikat Indonesia yang tersenarai di pasaran lain yang dibenarkan. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing serta aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Dana akan melabur minimum 60% daripada NABnya di Indonesia. Risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko kecairan, risiko mata wang dan risiko negara. Pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal dan sebahagian kecilnya pendapatan*. 60% Indeks Jakarta LQ-45, 20% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan dan 20% Kadar Tawaran Antara Bank Jakarta (JIBOR) 3 Bulan. 26 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Fixed Income Untuk menyediakan aliran pendapatan* tahunan yang stabil melalui pelaburannya dalam sekuriti hutang swasta (bon) dan instrumen pasaran wang. PBFI bertujuan untuk mencapai objektifnya, iaitu menghasilkan pendapatan tahunan yang stabil dan berulang dengan melabur dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana ini mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap asing. Pelaburan sekuriti pendapatan tetapnya terdiri daripada bon kerajaan dan tajaan kerajaan, dan sekuriti hutang swasta (tersenarai dan tidak tersenarai). Saham pinjaman boleh tebus dengan ciri boleh tukar untuk meningkatkan pulangan dana disertakan dalam portfolio dana. Dana ini pada umumnya mengekalkan pendedahan sekuriti pendapatan tetap dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana ini akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko kadar faedah, risiko kredit dan risiko kecairan Pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. Kadar deposit tetap (FDR) 12 bulan yang disebut oleh Malayan Banking Berhad. PB Dana Infrastructure Bond Untuk menyediakan pendapatan* tahunan kepada pelabur melalui pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap syarikat- syarikat dalam sektor infrastruktur. PBINFBF bertujuan untuk memenuhi objektifnya dengan melabur minimum 70% daripada NABnya dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap dalam sektor infrastruktur dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana ini mungkin melabur sehingga 25% daripada NABnya dalam sekuriti pendapatan tetap asing. Risiko kadar faedah, risiko kredit, risiko industri/ sektor dan risiko kecairan. Pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. Kadar deposit tetap (FDR) 12 bulan yang disebut oleh Public Bank Berhad. 27 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Bond Untuk menyediakan pendapatan* tahunan melalui pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang. PBBOND bertujuan untuk memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan tahunan dengan melabur sekurang-kurangnya 75% daripada NABnya dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana ini mungkin melabur sehingga 30% daripada NABnya dalam sekuriti pendapatan tetap asing. Pelaburan sekuriti pendapatan tetapnya terdiri daripada bon berdaulat dan korporat (tersenarai dan tidak tersenarai). Saham pinjaman boleh tebus dengan ciri boleh tukar untuk meningkatkan pulangan dana juga disertakan dalam portfolio dana ini. Risiko kadar faedah, risiko kredit dan risiko kecairan. Pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. Kadar deposit tetap (FDR) 12 bulan yang disebut oleh Public Bank Berhad. PB Dana Islamic Bond Untuk menyediakan pendapatan* tahunan kepada pelabur melalui pelaburan dalam sekuriti hutang Islam. PBIBF bertujuan untuk memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan tahunan kepada pemegang unit dengan melabur dalam portfolio sukuk dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Dana ini pada umumnya mengekalkan pendedahan sukuk dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana ini akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Risiko kadar faedah, risiko kredit, risiko kecairan dan risiko ketakpatuhan keperluan Syariah. Pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. Kadar Akaun Pelaburan Am (GIA) 12 bulan yang disebut oleh Bank Negara Malaysia. 28 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Sukuk Untuk menyediakan pendapatan* tahunan melalui pelaburan dalam sukuk dan instrumen pasaran wang Islam. PBSKF bertujuan untuk memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan tahunan dengan melabur sekurang-kurangnya 75% daripada NABnya dalam portfolio sukuk dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana ini mungkin melabur sehingga 30% daripada NABnya dalam sukuk asing. Pelaburan sukuknya terdiri daripada sukuk berdaulat dan sukuk korporat (tersenarai dan tidak tersenarai). Risiko kadar faedah, risiko kredit, risiko kecairan dan risiko ketakpatuhan keperluan Syariah. Pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. Kadar Akaun Pelaburan Am (GIA) 12 bulan yang disebut oleh Bank Negara Malaysia. PB Dana Cash Management Untuk menyediakan kecairan dan pendapatan* semasa di samping mengekalkan kestabilan modal. PBCMF melabur dalam instrumen pasaran wang jangka pendek yang terdiri daripada penerimaan jurubank dan instrumen deposit boleh niaga (NID). Pelaburan PBCMF sebahagian besarnya terbatas kepada instrumen pasaran wang jangka pendek yang amat cair yang matang dalam tempoh 365 hari atau 1 tahun dan penempatan deposit. Dana ini pada umumnya melabur sehingga 100% daripada NABnya dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Risiko kadar faedah, risiko kredit dan risiko kecairan. Pelabur jangka pendek yang mahukan pengekalan modal. Nota: Ini bukannya dana jaminan modal mahupun dana perlindungan modal. 90% kadar deposit tetap 1 bulan Public Bank, dan 10% Kadar Simpanan Public Bank - Akaun ACE. 29 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama dana Objektif dana Strategi pelaburan Risiko utama Prol pelabur Penanda aras** PB Dana Islamic Cash Management Untuk menyediakan kecairan dan pendapatan* semasa di samping mengekalkan kestabilan modal dengan melabur dalam instrumen yang mematuhi keperluan Syariah. PBICMF melabur dalam instrumen pasaran wang Islam cair jangka pendek yang matang dalam tempoh 365 hari atau 1 tahun dan akaun pelaburan Islam. Instrumen pasaran wang Islam yang ia melabur ialah bil setuju Islam dan sijil hutang Islam boleh niaga (NIDC). Dana ini pada umumnya melabur sehingga 100% daripada NABnya dalam instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Risiko kadar faedah, risiko kredit dan risiko kecairan. Pelabur jangka pendek yang mahukan pengekalan modal. Nota: Ini bukannya dana jaminan modal mahupun dana perlindungan modal. 90% Akaun Pelaburan Am-i Mudharabah 1 bulan Public Islamic Bank, dan 10% Akaun Simpanan-i Wadiah Public Islamic Bank. Nota: * Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 dan 34 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. ** Risiko prol dana-dana ini tidak sama dengan risiko prol penanda arasnya. Anda boleh merujuk Bab 3: Maklumat Terperinci Tentang Dana untuk lebih memahami ciri dan objektif setiap dana, serta menolong anda membuat keputusan tentang dana yang paling sesuai dengan pembawaan pelaburan peribadi dan matlamat kewangan anda. Nama Pengurus Dana lantikan dibentangkan dalam Bab 3: Maklumat Terperinci Tentang Dana. Untuk prol Pengurus Dana lantikan, sila rujuk Bab 9: Pengurus. Anda boleh merujuk halaman 127 Bab 3: Maklumat Terperinci Tentang Dana untuk maklumat lanjut mengenai zakat bagi dana patuh Syariah. Untuk maklumat lanjut mengenai pemegang amanah, sila rujuk Bab 10: Pemegang Amanah. Pelaburan dalam dana-dana ini melibatkan risiko. Risiko am melabur dengan dana amanah saham dihuraikan dalam Bab 2: Tentang Dana Amanah Saham, manakala maklumat mengenai risiko dana tertentu diberikan dalam Bab 3: Maklumat Terperinci Tentang Dana. Dana-dana ini ditadbir oleh surat ikatan induk bertarikh 9 Ogos 2002, surat ikatan induk tambahan pertama bertarikh 8 Ogos 2005, surat ikatan induk tambahan kedua bertarikh 16 Februari 2006, surat ikatan induk tambahan ketiga bertarikh 26 April 2006, surat ikatan induk tambahan keempat bertarikh 23 November 2006, surat ikatan induk tambahan kelima bertarikh 28 Mac 2007, surat ikatan induk tambahan keenam bertarikh 18 April 2007, surat ikatan induk tambahan ketujuh bertarikh 27 Jun 2007, surat ikatan induk tambahan kelapan bertarikh 6 Julai 2007, surat ikatan induk tambahan kesembilan bertarikh 20 Julai 2007, surat ikatan induk tambahan kesepuluh bertarikh 20 Julai 2007, surat ikatan induk tambahan kesebelas bertarikh 6 Disember 2007, surat ikatan induk tambahan kedua belas bertarikh 17 Mac 2008, surat ikatan induk tambahan ketiga belas bertarikh 11 April 2008, surat ikatan induk tambahan keempat belas bertarikh 11 Jun 2008, surat ikatan induk tambahan kelima belas bertarikh 18 November 2009, surat ikatan induk tambahan keenam belas bertarikh 24 Mac 2010, surat ikatan induk tambahan ketujuh belas bertarikh 3 Mei 2010, surat ikatan induk tambahan kelapan belas bertarikh 7 Oktober 2010, surat ikatan induk tambahan kesembilan belas bertarikh 14 Jun 2011, surat ikatan induk tambahan kedua puluh bertarikh 22 September 2011, surat ikatan induk tambahan kedua puluh satu bertarikh 15 November 2011 dan surat ikatan induk tambahan kedua puluh tiga bertarikh 27 Julai 2012. 30 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) 1.2 YURAN DAN CAJ Jadual berikut menerangkan caj yang mungkin anda tanggung secara langsung apabila anda membeli atau menebus unit dana. Caj yang Dikenakan ke atas Belian atau Penebusan Unit Caj % / RM Dana Ekuiti, Aset Campuran dan Seimbang Dan Bon Dana Pasaran Wang Caj jualan seunit Belian unit melalui IUTA dan Pengurus: Sehingga 5.5% daripada NAB seunit. Pelaburan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP akan dikenakan caj jualan sehingga 3% daripada NAB seunit, sebagaimana yang dikawal selia oleh KWSP. Pengurus boleh, mengikut budi bicaranya, mengenakan caj jualan yang lebih rendah berdasarkan saiz pelaburan dan/atau kriteria lain sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa. Belian unit melalui IUTA dan Pengurus: Sebelum 1 Oktober 2013 Sehingga 0.25% daripada NAB seunit. Dari 1 Oktober 2013 Sehingga 1.0% daripada NAB seunit. Pengurus boleh, mengikut budi bicaranya, mengenakan caj jualan yang lebih rendah berdasarkan saiz pelaburan dan/atau kriteria lain sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa. Belian unit melalui IUTA dan Pengurus: Sehingga 0.25% daripada NAB seunit. Pengurus boleh, mengikut budi bicaranya, mengenakan caj jualan yang lebih rendah berdasarkan saiz pelaburan dan/atau kriteria lain sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa. Caj penebusan seunit Tiada Caj tukar ganti Sila rujuk halaman 174 hingga 175 untuk caj urus niaga tukar ganti. Caj pemindahan Yuran pentadbiran sebanyak RM25 akan dikenakan untuk setiap urus niaga pemindahan. Caj bank, caj kurier dan apa-apa caj tidak langsung lain mungkin dikenakan disebabkan oleh urus niaga pembelian/ penebusan. 31 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Yuran yang Terlibat apabila Melabur dalam Dana Jadual ini menerangkan yuran yang anda mungkin tanggung secara tidak langsung apabila anda melabur dalam dana-dana ini. Yuran %/RM Dana Ekuiti, Aset Campuran dan Seimbang Dana Bon Dana Pasaran Wang Yuran pengurusan PBGF, PBGSQF, PBIEF dan PBBF: 1.5% setahun daripada NAB. PBAEF, PBADF, PBCPEF, PBCAEF, PBCAUEF dan PBSGA30EF: 1.60% setahun daripada NAB. PBAPENTF, PBIAEF, PBIASSF, PBADBF dan PBDYNAF: 1.65% setahun daripada NAB. PBAEGF, PBAREIF dan PBINDOBF: 1.70% setahun daripada NAB. PBEPEF: 1.80% setahun daripada NAB. PBMAC: 1.25% setahun daripada NAB. PBFI, PBINFBF, PBBOND, PBIBF dan PBSKF: 0.75% setahun daripada NAB. PBCMF dan PBICMF: 0.375% setahun daripada NAB. Yuran pemegang amanah 0.06% setahun daripada NAB, tertakluk kepada yuran minimum RM18,000 dan yuran maksimum RM600,000 setahun. 0.035% setahun daripada NAB, tertakluk kepada yuran minimum RM18,000 dan yuran maksimum RM300,000 setahun. 0.02% setahun daripada NAB, tertakluk kepada yuran minimum RM18,000 dan yuran maksimum RM300,000 setahun. Yuran lain yang dibayar oleh pelabur Tiada Untuk maklumat lanjut mengenai yuran, caj dan perbelanjaan dana-dana ini, anda boleh merujuk Bab 7: Maklumat Urus Niaga dan Bab 8: Yuran, Caj dan Perbelanjaan. Terdapat yuran dan caj yang terlibat dan pelabur dinasihatkan supaya mempertimbangkan yuran dan caj ini sebelum melabur dalam dana. 32 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) 1.3 MAKLUMAT TENTANG URUS NIAGA UNIT Pembelian dan penebusan unit Unit boleh dibeli atau ditebus setiap hari pada mana-mana Hari Perniagaan*. Tiada had kekerapan bagi pembelian dan penebusan unit. Terdapat harga tunggal untuk membeli dan menebus unit dana, iaitu pada NAB seunit dana masing-masing. Harga unit dana disiarkan setiap hari dalam Ruangan Amanah Saham dalam akhbar-akhbar utama** dan di laman web kami di www.publicmutual.co.my. (Sila rujuk halaman 172 hingga 173 dan halaman 179 hingga 180 untuk maklumat lanjut mengenai pembelian dan penebusan unit). Nota: Pengurus boleh mengisytiharkan Hari Perniagaan tertentu sebagai bukan Hari Perniagaan walaupun Bursa Securities dibuka untuk urus niaga, jika satu atau lebih pasaran asing di mana dana melabur ditutup untuk urus niaga. Ini untuk memastikan anda diberi penilaian dana yang berpatutan pada setiap masa, sama ada semasa membeli atau menebus unit dana. Notis mengenai hari yang bukan Hari Perniagaan akan disiarkan di laman web Public Mutual. (Sila rujuk halaman 125 dan 126 untuk maklumat lanjut mengenai penilaian pelaburan dalam keadaan tersebut). Pelaburan permulaan RM1,000 minimum Pelaburan tambahan minimum RM100 Hak bertenang Jika anda melabur dengan Public Mutual buat pertama kali, anda boleh menggunakan hak bertenang anda dalam tempoh 6 Hari Perniagaan dari tarikh penerimaan borang permohonan dan penerimaan bayaran oleh Public Mutual. Bayaran balik bagi setiap unit yang dipegang ialah jumlah harga unit pada hari unit itu dibeli dan caj jualan yang dikenakan pada hari unit itu dibeli. Bagi pemegang unit KWSP, tempoh bertenang akan bermula dari tarikh penerimaan borang permohonan oleh Public Mutual. (Sila rujuk halaman 173 untuk maklumat lanjut mengenai hak bertenang). Tukar ganti di antara dana Tukar ganti unit dianggap sebagai pengeluaran/penebusan pelaburan dari dana amanah saham dan permohonan untuk membeli unit dari dana amanah saham lain. Anda boleh tukar ganti pelaburan anda antara dana-dana di bawah Dana Siri PB pada mana-mana Hari Perniagaan tertakluk kepada terma dan syarat. Tukar ganti unit mungkin akan dikenakan yuran tukar ganti atau caj jualan yang akan ditolak daripada perolehan penebusan. (Sila rujuk halaman 174 hingga 175 untuk maklumat lanjut mengenai tukar ganti). Nota: * Sekiranya permintaan belian dan penebusan diterima oleh Pengurus pada hari yang bukan Hari Perniagaan, maka permintaan itu secara automatik akan dibawa ke depan ke Hari Perniagaan berikutnya. Penghuraian ini amat penting berhubung isu kelayakan ke atas agihan yang akan dibayar oleh dana pada penutup tahun/tempoh kewangannya. ** Walaupun Pengurus boleh memastikan bahawa harga yang diberikan kepada pihak akhbar untuk penerbitan adalah tepat, tetapi ia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan dalam harga yang akhirnya disiarkan dalam akhbar kerana itu adalah di luar bidang kawalannya. Pelabur boleh menghubungi Khidmat Pelanggan atau cawangan untuk mengesahkan lagi harga unit jika anda ingin berbuat demikian. 33 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Pemindahan unit Anda boleh memindah milik unit anda dalam dana sepenuhnya atau sebahagiannya kepada pemegang unit lain, tertakluk kepada terma dan syarat. Yuran pentadbiran akan dikenakan bagi setiap urus niaga. (Sila rujuk halaman 175 untuk maklumat lanjut mengenai pemindahan unit). Unit minimum untuk 1,000 unit penebusan/penukaran/ pemindahan Baki akaun minimum 1,000 unit Dalam kes penebusan separa, Pegurus boleh memilih untuk menebus seluruh akaun jika penebusan separa menyebabkan kurang daripada 1,000 unit dipegang di dalam akaun anda dengan dana. 1.4 DASAR AGIHAN Nama Dana Dasar Agihan Dana Ekuiti PB Dana Growth Sampingan PB Dana Asia Equity Sampingan PB Dana ASEAN Dividend Tahunan PB Dana Euro Pacic Equity Sampingan PB Dana China Pacic Equity Sampingan PB Dana China ASEAN Equity Sampingan PB Dana China Australia Equity Sampingan PB Dana Singapore Advantage-30 Equity Sampingan PB Dana Asia Pacic Enterprises Sampingan PB Dana Asia Emerging Growth Sampingan PB Dana Growth Sequel Sampingan PB Dana Islamic Equity Sampingan PB Dana Islamic Asia Equity Sampingan PB Dana Islamic Asia Strategic Sector Sampingan Dana Aset Campuran PB Dana Dynamic Allocation Sampingan PB Dana Mixed Asset Conservative Tahunan Dana Seimbang PB Dana Balanced Sampingan PB Dana Asia Real Estate Income Tahunan PB Dana Australia Dynamic Balanced Sampingan PB Dana Indonesia Balanced Sampingan Dana Bon PB Dana Fixed Income Tahunan PB Dana Infrastructure Bond Tahunan PB Dana Bond Tahunan PB Dana Islamic Bond Tahunan PB Dana Sukuk Tahunan Dana Bon PB Dana Fixed Income Tahunan PB Dana Infrastructure Bond Tahunan PB Dana Bond Tahunan PB Dana Islamic Bond Tahunan PB Dana Sukuk Tahunan Dana Pasaran Wang PB Dana Cash Management Tahunan PB Dana Islamic Cash Management Tahunan 34 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Nama Dana (samb) Dasar Agihan Dana Pasaran Wang PB Dana Cash Management Tahunan PB Dana Islamic Cash Management Tahunan Agihan, jika ada, diisytiharkan pada akhir setiap tahun kewangan, atau bagi mana-mana tempoh yang dinyatakan sebagaimana yang diluluskan oleh pemegang amanah. Sebarang agihan yang dibayar itu akan tertakluk kepada adanya pendapatan yang direalisasikan atau keuntungan yang direalisasikan serta peruntukan Garis Panduan SC. Sila rujuk Bab 4: Prestasi Dana untuk agihan lepas bagi dana masing-masing. Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan anda memilih supaya agihan itu dibayar melalui e-agihan dengan memilih pilihan yang sesuai dalam Borang Permohonan. Jika anda memilih bayaran melalui e-agihan, anda dikehendaki memberikan butir-butir akaun bank anda kepada Pengurus. Pelaburan semula agihan akan dilaburkan semula pada NAB seunit, dikira pada penutup Hari Perniagaan pertama selepas tarikh pengisytiharan agihan. Caj jualan tidak akan dikenakan bagi pelaburan semula agihan. Anda mestilah memaklumkan kepada Pengurus dalam masa 14 Hari Perniagaan sebelum setiap tarikh yang ditetapkan untuk agihan mengenai sebarang perubahan dalam arahan agihan anda. Pelaburan Semula Automatik bagi Amaun Agihan yang Kurang Daripada RM100 Bayaran agihan, jika ada, yang amaunnya kurang daripada RM100 setiap akaun secara automatik akan dilaburkan semula (kerana dianggap tidak menjimatkan untuk membayarnya) pada NAB seunit yang dikira pada penutup Hari Perniagaan pertama selepas tarikh pengisytiharan agihan. 1.5 WANG TIDAK DITUNTUT Mana-mana wang yang perlu dibayar kepada anda yang masih belum dituntut selepas tempoh tertentu (1 tahun pada masa ini) akan dibayar kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut oleh Pengurus menurut peruntukan Akta Wang Tidak Dituntut 1965 dan (Pindaan) 2002. 1.6 MENGEMUKAKAN ADUAN Anda boleh menghubungi Hotline Khidmat Pelanggan Public Bank di 1-800-22-9999 atau Hotline Khidmat Pelanggan kami di 03-6207 5000 untuk penyelesaian pertikaian dalaman. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan proses penyelesaian pertikaian dalaman, anda boleh merujukkan pertikaian anda kepada Securities Industries Dispute Resolution Corporation (SIDREC): (a) melalui telefon : 03-2282 2280 (b) melalui faks : 03-2282 3855 (c) melalui emel : info@sidrec.com.my (d) melalui surat : Securities Industries Dispute Resolution Corporation (SIDREC) Unit A-9-1, Level 9, Tower A Menara UOA Bangsar No. 5, Jalan Bangsar Utama 1 59000 Kuala Lumpur 35 CIRI-CIRI PENTING DANA (SAMB) Anda juga boleh mengemukakan aduan anda kepada SC walaupun anda telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC. Untuk membuat aduan, sila hubungi Investors Affairs & Complaints Department, SC: (a) melalui telefon kepada Hotline Aduan : 03-6204 8999 (b) melalui faks : 03-6204 8991 (c) melalui emel : aduan@seccom.com.my (d) melalui borang aduan dalam talian yang boleh didapati di www.sc.com.my (e) melalui surat : Investors Affairs & Complaints Department Securities Commission Malaysia No. 3, Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur Bakal pemegang unit hendaklah membaca dan memahami kandungan Prospektus Induk ini dan, jika perlu, mendapatkan nasihat daripada penasihat anda. Harga unit dan agihan yang akan dibayar, jika ada, mungkin turun dan juga naik. Untuk maklumat mengenai faktor risiko tertentu yang harus dipertimbangkan oleh bakal pelabur, lihat faktor risiko mulai halaman 36. Prestasi masa lepas dana tidak membayangkan prestasi masa depannya. 36 TENTANG DANA AMANAH SAHAM 2 2.1 DANA AMANAH SAHAM Dana amanah saham adalah dana skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara profesional dengan mengumpulkan wang pemegang unit dan melaburkannya untuk mencapai matlamat tertentu sebagaimana yang diisytiharkan oleh objektif pelaburan skim itu. Skim seperti ini biasanya bertujuan untuk memberikan pulangan dalam bentuk pengagihan dan/atau pertumbuhan modal dengan risiko yang munasabah kepada pelabur melalui pelaburan dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham, sekuriti pendapatan tetap/sukuk atau instrumen lain. Skim amanah saham boleh digambarkan sebagai hubungan tiga pihak di antara Pengurus, pemegang amanah dan pemegang unit yang ditadbir oleh surat ikatan yang mengikat di sisi undang-undang dan didaftarkan dengan SC. SC mengawal selia industri ini dan juga operasi serta pentadbiran skim amanah saham melalui CMSA 2007 dan Garis Panduan Tabung Amanah Saham. 2.2 MANFAAT MELABUR DALAM DANA AMANAH SAHAM Manfaat melabur dalam dana amanah saham ialah: 1. Pempelbagaian: Pempelbagaian melibatkan proses menyebarkan risiko merentasi portfolio kelas aset yang luas yang termasuk tetapi tidak terhad kepada saham dan/atau sekuriti pendapatan tetap/sukuk. Pempelbagaian lanjut juga boleh dicapai dengan melabur dalam saham dan/atau sekuriti pendapatan tetap/sukuk dalam syarikat, sektor, negara atau rantau yang berbeza. Amanah saham memudahkan proses pempelbagaian dengan menyediakan anda saluran untuk mengumpulkan wang bagi membeli portfolio saham dan/atau sekuriti pendapatan tetap/sukuk yang terpelbagai yang akan memberikan pulangan pada risiko yang lebih rendah berbanding dengan melabur secara langsung dalam pasaran saham dan/atau sekuriti pendapatan tetap/sukuk. 2. Pengurusan profesional: Amanah saham diuruskan oleh pengurus dana profesional yang mempunyai kepakaran dan sumber bagi menguruskan aset dana. Oleh itu, anda boleh mendapat manfaat daripada pengurusan dana profesional ini bagi pelaburan melalui dana pada kos yang dikongsi (berpatutan). 3. Kecairan: Anda boleh menebus kesemua atau sebahagian unit milik anda pada mana-mana Hari Perniagaan dan perolehannya akan diposkan kepada anda dalam tempoh 10 hari. 4. Urus niaga yang mudah: Amanah saham tidak memerlukan anda melakukan kerja pentadbiran, kertas kerja atau penyimpanan rekod oleh anda untuk menguruskan pelaburan anda. 5. Keuntungan modal: Dana amanah saham yang bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka panjang memberikan peluang kepada anda untuk mencapai keuntungan modal. 2.3 FAKTOR - FAKTOR RISIKO Semua pelaburan mempunyai unsur risiko. Menyimpan wang anda dalam deposit tetap/akaun pelaburan Islam mungkin merupakan cara paling selamat dalam persambungan risiko-pulangan pelaburan, namun ia tetap mempunyai risiko pulangan negatif apabila kadar inasi lebih tinggi daripada kadar pulangan faedah/keuntungan yang diterima daripada deposit tetap/akaun pelaburan Islam, lantas menyebabkan penyimpan kehilangan kuasa beli bagi setiap Ringgit; ataupun dikenali sebagai inasi atau risiko kuasa beli. Dana amanah saham terdedah kepada pelbagai risiko disebabkan sifat dan ciri pelaburan yang diceburinya. Oleh yang demikian, wujud risiko bahawa anda boleh mengalami kerugian modal menerusi pelaburan dalam dana amanah saham. Apabila amanah saham menyertai pelaburan yang berkaitan dengan pasaran saham, risiko-risiko berikut menjadi pertimbangan utama: 1. Risiko pasaran: Pembelian ekuiti merupakan satu risiko kerana harga saham turun naik sebagai tindak balas kepada pelbagai faktor. Harga saham turun naik sebagai tindak balas kepada keadaan yang mempengaruhi sesebuah syarikat serta keadaan pasaran am atau ekonomi. Pergerakan sedemikian dalam harga saham yang mendasari portfolio pelaburan akan menyebabkan NAB dana, dan seterusnya harga unit, turun dan juga naik. 2. Risiko sekuriti tertentu: Pergerakan harga menurun dalam sesuatu sekuriti tertentu yang dilaburkan oleh dana boleh memberi kesan buruk kepada NAB dana dan harga unit. Walau bagaimanapun, kesan ini boleh dikurangkan melalui proses pempelbagaian portfolio oleh pengurus dana. 3. Risiko kecairan: Risiko kecairan ditakrifkan sebagai mudahnya sekuriti itu boleh dilupuskan pada atau hampir pada nilai berpatutannya bergantung pada jumlah yang didagangkan di pasaran. Sekiranya dana mengalami penebusan yang besar dan jika dana mempunyai portfolio sekuriti kurang cair yang banyak atau sukar untuk dilupuskan, pengurus dana mungkin perlu mencairkan pegangan sekuriti dana pada harga yang lebih rendah daripada nilai berpatutan bagi memenuhi keperluan penebusan, lantas boleh mendatangkan kesan buruk kepada NAB dana dan harga unit. Kesan ini, bagaimanapun, boleh dikurangkan melalui proses pemilihan sekuriti dan pempelbagaian portfolio oleh pengurus dana. 4. Risiko sekuriti tidak tersenarai: Risiko ini berkaitan dengan pelaburan dalam sekuriti yang tidak tersenarai di bursa sekuriti, misalnya saham syarikat-syarikat yang tidak tersenarai. Pelaburan dalam sekuriti tidak tersenarai boleh menyebabkan dana tertakluk kepada risiko kecairan apabila sekuriti ini dilupuskan yang boleh menjejaskan nilai dana. Pelaburan dana dalam waran dan penggunaan opsyen, niaga hadapan dan opsyen di kaunter (OTC) (jika ada) boleh mengakibatkan risiko berikut: 1. Risiko derivatif: Derivatif membolehkan penggunaan keumpilan yang boleh meningkatkan kemeruapan NAB dana dalam tempoh pergerakan pasaran yang menurun. Penggunaan derivatif yang didagangkan tanpa melalui bursa atau derivatif di kaunter (OTC) melibatkan risiko rakan urus niaga yang timbul daripada keingkaran rakan urus niaga atau penurunan dalam penarafan kredit rakan urus niaga. Dalam keadaan sedemikian, usaha akan diambil untuk mencairkan kedudukan derivatif. Penggunaan derivatif juga mempunyai risiko kecairan, di mana pasaran tidak cair boleh menjejaskan penentuan harga yang esien bagi produk derivatif atau menghalang dana daripada menutup kedudukan derivatifnya. Pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap atau sukuk pula mempunyai risiko pelaburan tertentu yang berikut: 1. Risiko kadar faedah: Pergerakan kadar faedah memberi kesan kepada penilaian sekuriti pendapatan tetap/sukuk dengan harga sekuriti pendapatan tetap/sukuk pada umumnya bergerak dalam arah yang bertentangan dengan kadar faedah. Apabila kadar faedah naik, harga sekuriti pendapatan tetap/sukuk pada umumnya turun dan ini akan menurunkan nilai pasaran pelaburan dana sekuriti pendapatan tetap/ sukuk. Yang sebaliknya pula berlaku apabila kadar faedah turun. Walaupun sukuk bukanlah instrumen yang membayar faedah, namun penilaiannya dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah. 2. Risiko kredit: Risiko kredit timbul apabila penerbit tidak dapat membuat bayaran faedah/keuntungan dan/ atau pokok tepat pada masanya. Sekiranya penerbit sekuriti/sukuk gagal membayar faedah/keuntungan dan/atau pokok, nilai dana boleh terjejas. Risiko kredit boleh diuruskan dengan memegang portfolio sekuriti pendapatan tetap/sukuk yang terpelbagai dan memantau asas penerbit secara berterusan. Selain risiko di atas, risiko berikut juga perlu dipertimbangkan: 1. Risiko Pengurus Dana: Walaupun pendekatan pelaburan asas dilaksanakan oleh pengurus dana, terdapat risiko bahawa keputusan pelaburan yang dilaksanakan berkaitan dengan peruntukan aset dan pemilihan saham mungkin tidak sejajar dengan pergerakan pasaran. Ini boleh memberi kesan buruk kepada prestasi dana. 2. Risiko pinjaman/pembiayaan margin: Anda tidak digalakkan membiayai/membeli unit dana melalui peminjaman/pembiayaan margin. Harga/nilai unit akan turun naik mengikut portfolio dana pendasar dan anda mungkin mendapati diri anda berhadapan dengan senario terpaksa menyediakan dana tambahan untuk menambah margin pinjaman/margin pembiayaan anda sendiri (di mana unit digunakan sebagai cagaran) apabila pasaran turun, atau menanggung kos pembiayaan yang lebih tinggi apabila kadar faedah/ pembiayaan naik. Pelaburan di dalam amanah saham melibatkan risiko pasaran dan adalah tidak bijak untuk anda membuat pinjaman bagi membeli unit kerana ia mungkin memburukkan sebarang kehilangan modal yang ditanggung oleh anda. Pengurus tidak menggalakkan amalan pinjaman/pembiayaan margin dalam pembelian dana. 37 TENTANG DANA AMANAH SAHAM (SAMB) 3. Risiko ketakpatuhan: Risiko yang timbul daripada ketakpatuhan terhadap peraturan serta dasar dan prosedur dalaman oleh Pengurus disebabkan situasi seperti kegagalan sistem yang menjejaskan pelaburan pemegang unit. Walau bagaimanapun, risiko ini boleh dikurangkan melalui kawalan dalaman yang dilaksanakan oleh Pengurus. 4. Risiko ketakpatuhan keperluan Syariah: Bagi dana patuh Syariah, terdapat risiko bahawa dana mungkin memegang sekuriti yang tidak patuh Syariah disebabkan kemungkinan sekuriti tersebut yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah SC dan/atau Penasihat Syariah sebagai patuh Syariah pada masa pembelian kemudiannya dikelaskan semula sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. Jika ini berlaku, pengurus dana akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melupuskan sekuriti tersebut sewajarnya mengikut keperluan Syariah. 4. Risiko mata wang: Jika dana melabur dalam mata wang asing atau aset yang didenominasikan dalam mata wang asing, dana mungkin terdedah kepada risiko turun naik mata wang. Turun naik dalam kadar pertukaran asing akan mempengaruhi nilai pelaburan asing dana apabila ditukar kepada mata wang tempatan, dan seterusnya memberi kesan kepada nilai pelaburan anda. 6. Risiko negara: Pelaburan dana di luar negara boleh dipengaruhi oleh perubahan keadaan politik dan ekonomi negara di mana pelaburan itu dibuat. Faktor-faktor politik dan ekonomi tersebut boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan perusahaan perniagaan serta memberi kesan kepada pasaran kewangan. Sila rujuk Bab 3: Maklumat Terperinci Tentang Dana untuk maklumat tentang risiko tertentu dana dan pengurusan risiko. 38 TENTANG DANA AMANAH SAHAM (SAMB) 39 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA 3 3.1 KATEGORI DANA Public Mutual kini mempromosikan pelbagai kategori dana, iaitu dana ekuiti, dana aset campuran, dana seimbang, dana bon/dana pendapatan tetap dan dana pasaran wang. Dari segi kategori dana ini, perbezaan antara dana ini terletak pada peruntukan (aset) antara pelbagai kelas aset, di antaranya adalah ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang, oleh yang demikian menyebabkan penekanan yang berbeza diberikan kepada pertumbuhan modal dan pendapatan. Pada umumnya, untuk dikategorikan sebagai dana ekuiti menunjukkan bahawa perkadaran aset dana yang lebih tinggi akan dilaburkan dalam saham/syer bagi mendapatkan pertumbuhan modal untuk pemegang unit, dengan pendapatan dianggap sampingan. Dana aset campuran menerima pakai strategi peruntukan aset campuran/ bertaktik di mana pelaburan diperuntukkan dalam kelas aset yang berbeza berdasarkan mandat pelaburannya. Dana seimbang pula memberi tumpuan kepada mencapai keseimbangan antara pertumbuhan modal dan pendapatan dengan melabur sebahagiannya dalam saham/syer (walaupun tidaklah sebanyak dana ekuiti), dan sebahagiannya dalam sekuriti pendapatan tetap (tetapi kurang daripada dana bon). Dana bon/pendapatan tetap menumpukan terutamanya kepada melabur dalam sekuriti pendapatan tetap bagi memperoleh dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang unit, dengan pertumbuhan modal dianggap sampingan kepada proses pelaburan. Dana pasaran wang pula melabur terutamanya dalam debentur jangka pendek dan instrumen pasaran wang untuk memperoleh dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang unit. Bagi dana ekuiti yang diuruskan oleh Public Mutual, adalah penting untuk diambil perhatian bahawa walaupun strategi pelaburan am berkaitan dengan dana masing-masing adalah hampir serupa, namun perbezaan utama antara dana ini terletak pada pemilihan julat ekuiti dana masing-masing dan strategi pelaburan khusus dananya seperti yang dinyatakan dalam Prospektus Induk ini. Perenggan seterusnya dalam Bab ini memberikan maklumat lanjut tentang prol dana (perenggan 3.2), risiko pelaburan (perenggan 3.3), pelaburan dibenarkan (perenggan 3.4), batasan pelaburan (perenggan 3.5), penilaian pelaburan dibenarkan (perenggan 3.6), dasar penggearan (perenggan 3.7), zakat bagi dana patuh Syariah (perenggan 3.8) dan proses pembersihan bagi dana patuh Syariah (perenggan 3.9). 3.2 PROFIL DANA Bahagian berikut mengemukakan objektif pelaburan, dasar, strategi dan ciri-ciri utama lain bagi setiap dana untuk membantu anda membuat pertimbangan yang bermaklumat tentang ciri-ciri tersendiri setiap dana. Anda diminta membaca prol dana dengan teliti sebelum membuat keputusan pelaburan. Dana Ekuiti Singkatan PB Dana Growth PBGF Halaman 41 - 42 PB Dana Asia Equity PBAEF Halaman 43 - 45 PB Dana ASEAN Dividend PBADF Halaman 46 - 48 PB Dana Euro Pacic Equity PBEPEF Halaman 49 - 51 PB Dana China Pacic Equity PBCPEF Halaman 52 - 54 PB Dana China ASEAN Equity PBCAEF Halaman 55 - 57 PB Dana China Australia Equity PBCAUEF Halaman 58 - 60 PB Dana Singapore Advantage-30 Equity PBSGA30EF Halaman 61 - 62 PB Dana Asia Pacic Enterprises PBAPENTF Halaman 63 - 65 PB Dana Asia Emerging Growth PBAEGF Halaman 66 - 68 PB Dana Growth Sequel PBGSQF Halaman 69 - 71 PB Dana Islamic Equity PBIEF Halaman 72 - 74 PB Dana Islamic Asia Equity PBIAEF Halaman 75 - 78 PB Dana Islamic Asia Strategic Sector PBIASSF Halaman 79 - 82 Dana Aset Campuran PB Dana Dynamic Allocation PBDYNAF Halaman 83 - 86 PB Dana Mixed Asset Conservative PBMAC Halaman 87 - 90 Dana Seimbang PB Dana Balanced PBBF Halaman 91 - 93 PB Dana Asia Real Estate Income PBAREIF Halaman 94 - 97 PB Dana Australia Dynamic Balanced PBADBF Halaman 98 - 100 PB Dana Indonesia Balanced PBINDOBF Halaman 101 - 103 Dana Bon PB Dana Fixed Income PBFI Halaman 104 - 105 PB Dana Infrastructure PBINFBF Halaman 106 - 107 PB Dana Bond PBBOND Halaman 108 - 109 PB Dana Islamic Bond PBIBF Halaman 110 - 111 PB Dana Sukuk PBSKF Halaman 112 - 113 Dana Pasaran Wang PB Dana Cash Management PBCMF Halaman 114 - 115 PB Dana Islamic Cash Management PBICMF Halaman 116 - 117 40 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA GROWTH (PBGF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 70% to 98% Prol Pemilihan Saham Dana Saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Chiang Kang Pey dan Ng Joo Tsong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan dalam portfolio saham pertumbuhan yang terpelbagai. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan PBGF melabur dalam portfolio yang terpelbagai terutamanya ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap Malaysia bagi memenuhi objektif dana. Kandungan ekuitinya dari segi NAB biasanya dalam lingkungan 70% hingga 98% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBGF diuruskan secara aktif dan bertujuan untuk mencapai matlamat jangka panjang, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio terpelbagai yang merangkumi syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan,yang tersenarai di Bursa Securities. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana mungkin melabur dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap dalam pasaran asing terpilih yang termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, China, Thailand, Indonesia, Filipina dan pasaran lain yang dibenarkan. Pelaburan dana dalam pasaran asing adalah sampingan kepada tumpuan utamanya, iaitu melabur dalam pasaran domestik. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. 41 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Dana mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam Tawaran Awam Awal (IPO) syarikat-syarikat yang cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran asing lain yang dibenarkan. Dana juga mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran tempatan dan asing dan juga waran tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang pasaran ekuiti melalui pelaburan dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan. Walau bagaimanapun, lebih penekanan diberikan kepada pertumbuhan modal dengan penekanan yang kurang kepada pendapatan dan oleh yang demikian pendedahan ekuitinya ialah dalam lingkungan di antara 70% hingga 98%. Jadi, ia berpotensi meraih prestasi yang lebih kukuh dalam pasaran menaik daripada dana ekuiti yang berorientasikan simpanan. Sehubungan itu, pulangannya juga mungkin lebih meruap. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan dan strategi pempelbagaian yang digunakan adalah penting kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Berkenaan dengan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Oleh sebab pelaburan dalam waran tersenarai kemungkinan boleh meningkatkan kemeruapan pulangan dana, pelaburan dana dalam waran tersenarai akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBGF Oleh sebab PBGF akan menumpukan pelaburannya dalam pasaran domestik, penanda aras bagi PBGF ialah IKKL FTSE Bursa Malaysia (IKKL FBM) iaitu indeks permodalan pasaran berwajaran terlaras apungan bebas yang terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Pasaran Utama Bursa Malaysia mengikut permodalan pasaran penuh. Oleh sebab ia juga diikuti secara meluas dan merupakan wakilan Bursa Securities yang mudah difahami, ia dianggap sebagai penanda aras yang paling sesuai bagi dana ini. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang IKKL FBM, pelabur boleh merujuk laman web Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com di bawah Bahagian Maklumat Pasaran) untuk senarai saham komponen IKKL FBM dan maklumat urus niaga seperti harga dagangan terakhir, harga penutup sebelumnya, jumlah dagangan, paras tertinggi dan terendah untuk hari itu dan maklumat lain. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. FTSE, FT-SE dan Footsie adalah tanda dagangan syarikat-syarikat London Stock Exchange Group dan digunakan oleh FTSE International Limited (FTSE) di bawah lesen. BURSA MALAYSIA adalah tanda dagangan Bursa Malaysia Berhad (BURSA MALAYSIA). IKKL FTSE BURSA MALAYSIA dikira oleh FTSE. Semua hak harta intelek dalam nilai indeks dan juzuk adalah kepunyaan FTSE dan BURSA MALAYSIA. FTSE mahupun BURSA MALAYSIA tidak menaja, mengendors atau mempromosikan produk ini dan tidak dalam apa-apa segi berkaitan dengannya dan tidak mengambil sebarang tanggungjawab terhadapnya. Public Mutual Berhad telah mendapat lesen penuh daripada FTSE untuk menggunakan hak harta intelek tersebut dalam terbitan produk ini. 42 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA ASIA EQUITY (PBAEF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana Minimum 80% daripada NAB Prol Pemilihan Saham Dana Saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan. Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Lum Ming Jang dan Loo See Seong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai kenaikan nilai modal dalam jangka panjang dengan melabur dalam saham mewah dan saham pertumbuhan dalam pasaran domestik dan serantau. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan PBAEF melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran saham serantau terpilih bagi memenuhi objektif pelaburannya. Kandungan ekuiti minimumnya ialah 80% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBAEF diuruskan secara aktif untuk mencapai matlamat jangka panjang, iaitu pertumbuhan modal dengan mengekalkan tahap pendedahan yang tinggi kepada ekuiti, iaitu 80% pada setiap masa. Pelaburan ekuiti dana memberi tumpuan terutamanya kepada portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran saham serantau terpilih. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, Pengurus Dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Sehingga 98% daripada NAB dana boleh dilaburkan dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap dalam pasaran asing terpilih yang termasuk Korea Selatan, China, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan pasaran lain yang dibenarkan. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. 43 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat- syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran serantau terpilih dalam jangka masa dua tahun. Dana mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik atau pasaran serantau terpilih dan juga waran tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Pendedahan ekuiti dana mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran saham asing terpilih. Walau bagaimanapun, dana memberi kurang penekanan kepada peruntukan aset dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah dana kepada pasaran ekuiti pada setiap masa. Oleh yang demikian, dana berkemungkinan mendapat manfaat yang besar daripada pasaran ekuiti yang menaik. Dari segi kemerosotan, ia mungkin mempunyai peluang yang sedikit dalam mengelakkan kesan sepenuhnya daripada pasaran menurun. Oleh itu, ia berpotensi meraih prestasi yang lebih kukuh dalam pasaran menaik daripada dana ekuiti yang berorientasikan simpanan. Sehubungan itu, pulangannya juga mungkin nyata lebih meruap. Pengurusan Risiko Khusus Dana Pengurusan kecairan, strategi pempelbagaian dan lindung nilai yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke paras minimum yang dinyatakan. Berkenaan dengan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBAEF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 20% IKKL FTSE Bursa Malaysia (IKKL FBM), 20% Indeks TOPIX Core 30, 20% Indeks KOSPI 50, dan 40% Indeks MSCI Golden Dragon 44 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Penanda aras yang dipilih bagi PBAEF ialah indeks penanda aras komposit yang merangkumi pelaburan hipotetik dalam IKKL FBM, Indeks TOPIX Core 30, Indeks KOSPI 50 dan Indeks MSCI Golden Dragon dalam nisbah 20:20:20:40. Oleh itu, pulangan bagi indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 20% daripada pulangan IKKL FBM, 20% daripada Indeks TOPIX Core 30, 20% daripada Indeks KOSPI 50 dan 40% daripada Indeks MSCI Golden Dragon. Saham komponen IKKL FBM, Indeks TOPIX Core 30 dan Indeks KOSPI 50 merangkumi saham utama dari pasarannya masing-masing, iaitu Malaysia, Jepun dan Korea Selatan, manakala saham komponen Indeks MSCI Golden Dragon merangkumi saham utama dalam pasaran China, Taiwan dan Hong Kong. Indeks penanda aras komposit ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBAEF kerana dana ini melabur terutamanya dalam portfolio saham terpelbagai yang tersenarai di pasaran domestik, Jepun, Korea Selatan, China, Hong Kong dan Taiwan. Nisbah yang dinyatakan dalam indeks penanda aras komposit mewakili pasaran di mana dana ini dibenarkan melabur dalam jangka sederhana hingga panjang. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang IKKL FBM, pelabur boleh merujuk laman web Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com di bawah Bahagian Maklumat Pasaran) untuk senarai saham komponen IKKL FBM dan maklumat urus niaga seperti harga dagangan terakhir, harga penutup sebelumnya, jumlah dagangan, paras tertinggi dan terendah untuk hari itu dan maklumat lain. Indeks penutup harian bagi Indeks TOPIX Core 30, Indeks MSCI Golden Dragon dan Indeks KOSPI 50 boleh didapati daripada Bloomberg L.P. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. FTSE, FT-SE dan Footsie adalah tanda dagangan syarikat-syarikat London Stock Exchange Group dan digunakan oleh FTSE International Limited (FTSE) di bawah lesen. BURSA MALAYSIA adalah tanda dagangan Bursa Malaysia Berhad (BURSA MALAYSIA). IKKL FTSE BURSA MALAYSIA dikira oleh FTSE. Semua hak harta intelek dalam nilai indeks dan juzuk adalah kepunyaan FTSE dan BURSA MALAYSIA. FTSE mahupun BURSA MALAYSIA tidak menaja, mengendors atau mempromosikan produk ini dan tidak dalam apa-apa segi berkaitan dengannya dan tidak mengambil sebarang tanggungjawab terhadapnya. Public Mutual Berhad telah mendapat lesen penuh daripada FTSE untuk menggunakan hak harta intelek tersebut dalam terbitan produk ini. 45 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA ASEAN DIVIDEND (PBADF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti Jenis Dana Pendapatan Julat Ekuiti Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Saham Dana Saham yang menawarkan atau berpotensi menawarkan kadar hasil dividen yang menarik. Dasar Agihan Tahunan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Lum Peck Woon dan Lee Chun Hong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk menyediakan pendapatan* dengan melabur dalam portfolio saham di pasaran domestik dan serantau yang menawarkan atau berpotensi menawarkan kadar hasil dividen yang menarik. Nota: Saham yang menawarkan kadar hasil dividen yang menarik merujuk kepada saham yang mempunyai kekonsistenan dalam mengganjari pemegang saham melalui pembayaran dividen. Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pendapatan* tahunan dan pertumbuhan modal. * Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Dasar Pelaburan PBADF melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap bagi memenuhi objektif pelaburannya. Kandungan ekuitinya dari segi NAB adalah dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NAB dana. Baki NAB dana dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. 46 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Strategi Pelaburan Dana diuruskan secara aktif untuk mencapai matlamatnya bagi menyediakan pendapatan dengan melabur dalam portfolio saham yang terpelbagai yang menawarkan atau berpotensi menawarkan kadar hasil dividen yang menarik. Dari segi pemiihan saham, dana pada dasarnya memberi tumpuan kepada melabur dalam syarikat yang telah menunjukkan kekonsistenan dalam memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya melalui pembayaran dividen. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Namun begitu, dana juga mungkin melabur dalam saham pertumbuhan atau saham pemulihan yang berpotensi untuk akhirnya menerima pakai dasar pembayaran dividen. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana bergantung kepada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Sehingga 98% daripada NAB dana boleh dilaburkan dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap dalam pasaran serantau terpilih yang termasuk Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan pasaran lain yang dibenarkan. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran ASEAN terpilih dalam jangka masa dua tahun. Dana mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik atau pasaran ASEAN terpilih serta waran tersenarai. Dana mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Pendedahan ekuiti dana mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio saham terpelbagai yang mengagihkan atau berpotensi mengagihkan kadar hasil dividen yang menarik yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran saham ASEAN terpilih. Pendedahan ekuiti dana diuruskan secara aktif dengan pendedahan dalam lingkungan 75% hingga 98% bergantung pada taksiran pasaran dan persekitaran ekonomi oleh Pengurus Dana. Walau bagaimanapun, julat ekuiti dana mungkin lebih tinggi atau lebih rendah bergantung pada taksiran prospek pasaran saham oleh Pengurus Dana. Ia juga mengekalkan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap untuk menolong menjanakan pendapatan faedah bagi dana. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan, strategi pempelbagaian dan lindung nilai yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Berkenaan dengan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. 47 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBADF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 90% Indeks FTSE/ASEAN 40, dan 10% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan Oleh sebab PBADF pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam linkungan 75% hingga 98% daripada NABnya, maka penanda aras yang dipilih bagi PBADF ialah indeks penanda aras komposit yang merangkumi pelaburan hipotetik dalam Indeks FTSE/ASEAN 40 dan KLIBOR 3 Bulan dalam nisbah 90:10. Oleh itu, pulangan bagi indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 90% daripada pulangan Indeks FTSE/ASEAN 40 dan 10% daripada faedah KLIBOR 3 Bulan yang diperoleh bagi tempoh masa yang sama. Saham komponen Indeks FTSE/ASEAN 40 merangkumi 40 saham utama dari pasaran ASEAN terpilih termasuk Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia. Indeks penanda aras komposit ini, iaitu 90% dalam Indeks FTSE/ASEAN 40 dan 10% dalam KLIBOR 3 Bulan mewakili penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBADF kerana dana ini merupakan dana ekuiti yang pada amnya mempunyai wajaran ekuiti sebanyak 90% daripada NABnya dalam jangka sederhana hingga panjang. Maklumat tentang KLIBOR 3 Bulan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia disiarkan dalam bahagian perniagaan akhbar harian. Indeks penutup harian bagi Indek FTSE/ASEAN 40 boleh didapati daripada Bloomberg L.P. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. PBADF tidak dalam apa-apa segi ditaja, diendors, dijual atau dipromosikan oleh FTSE International Limited (FTSE) atau oleh syarikat-syarikat London Stock Exchange Group (LSEG) dan FTSE mahupun LSEG tidak membuat apa pun jaminan atau pernyataan, secara tersurat atau tersirat, sama ada berkenaan dengan keputusan yang akan diperoleh daripada penggunaan Indeks FTSE/ASEAN 40 (Indeks) dan/atau angka yang dicatatkan oleh Indeks tersebut pada mana-mana masa tertentu pada mana-mana hari tertentu atau sebaliknya. Indeks ini disusun dan dikira oleh FTSE bersama dengan Bursa Saham Indonesia, Bursa Malaysia Berhad, The Philippine Stock Exchange, Inc., Singapore Exchange Securities Trading Limited dan Bursa Saham Thailand (Bursa). Walau bagaimanapun, FTSE mahupun LSEG mahupun Bursa tidak akan bertanggungjawab (sama ada dalam kecuaian atau selainnya) terhadap mana-mana orang atas sebarang kesilapan dalam Indeks ini dan FTSE mahupun LSEG mahupun Bursa tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk memaklumkan kepada mana-mana orang mengenai sebarang kesilapan di dalamnya. FTSE, FT-SE dan Footsie adalah tanda dagangan LSEG dan digunakan oleh FTSE International Limited di bawah lesen. 48 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA EURO PACIFIC EQUITY (PBEPEF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Saham Dana Saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Chiang Kang Pey dan Tan Kok Keong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai kenaikan nilai modal dalam jangka panjang dengan melabur dalam ekuiti dan skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik dan asing. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan PBEPEF akan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities, pasaran Eropah dan pasaran saham serantau terpilih bagi memenuhi objektif pelaburannya. Dana juga akan melabur dalam skim pelaburan kolektif yang memberi tumpuan kepada portfolio terpelbagai merangkumi saham mewah, saham indeks dan saham pertumbuhan yang tersenarai di pasaran Eropah. Dana pada amnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Namun begitu, julat ekuiti dana mungkin lebih rendah bergantung pada taksiran pasaran ekuiti oleh Pengurus Dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBEPEF diuruskan secara aktif untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam portio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities, pasaran Eropah dan pasaran saham serantau terpilih. Dana juga akan melabur dalam skim pelaburan kolektif yang memberi tumpuan kepada portfolio terpelbagai merangkumi saham mewah, saham indeks dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tersenarai di pasaran Eropah. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. 49 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Sehingga 98% daripada NAB dana akan dilaburkan dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap pasaran asing terpilih yang termasuk Eropah, Jepun, Korea, Taiwan, China, Hong Kong, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan pasaran lain yang dibenarkan yang selaras dengan objektif dan dasar pelaburan dana. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di pasaran dalam jangka masa dua tahun. Dana juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Pendedahan ekuiti dana mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana juga mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen tersenarai bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan dalam pasaran domestik, Eropah dan serantau. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan, strategi pempelbagaian dan lindung nilai yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Pelaburan dana dalam skim pelaburan kolektif akan dipantau secara berterusan untuk memastikan skim pelaburan kolektif adalah selaras dengan objektif dana dan potensi pulangan sepadan dengan risiko yang terlibat dalam melabur dalam pelaburan ini. Berkenaan dengan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBEPEF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 50% Indeks MSCI AC Far-East Kecuali Jepun, 40% Indeks STOXX Europe 50, dan 10% Indeks Harga Saham Tokyo (TOPIX) 50 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Penanda aras yang dipilih bagi PBEPEF ialah indeks penanda aras komposit yang merangkumi pelaburan hipotetik dalam Indeks MSCI AC Far-East Kecuali Jepun, Indeks STOXX Europe 50 dan TOPIX dalam nisbah 50:40:10. Oleh itu, pulangan bagi indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 50% daripada pulangan Indeks MSCI AC Far-East Kecuali Jepun, 40% daripada Indeks STOXX Europe 50 dan 10% daripada TOPIX. Saham komponen Indeks MSCI AC Far-East Kecuali Jepun merangkumi saham utama dari pasaran utama serantau termasuk China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand, manakala saham komponen Indeks STOXX Europe 50 dan TOPIX merangkumi saham utama dari pasarannya masing-masing, iaitu Eropah dan Jepun. Indeks penanda aras komposit ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBEPEF kerana ia mewakili pasaran yang dana ini dibenarkan melabur dalam jangka panjang. Maklumat tentang Indeks MSCI AC Far-East Kecuali Jepun, Indeks STOXX Europe 50 dan Indeks Harga Saham Tokyo boleh didapati daripada Bloomberg L.P. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. Sumber: MSCI. MSCI mahupun mana-mana pihak lain yang terlibat dalam atau berkaitan dengan penyusunan, pengiraan atau pembuatan data MSCI tidak membuat apa-apa jaminan atau pernyataan yang tersurat atau tersirat berkaitan dengan data tersebut (atau keputusan yang akan diperoleh daripada penggunaannya), dan semua pihak tersebut dengan ini secara nyata menolak semua jaminan keaslian, ketepatan, kesempurnaan, kebolehdagangan atau kesesuaian bagi tujuan tertentu berkaitan dengan mana-mana data tersebut. Tanpa mengehadkan mana-mana yang di atas, MSCI, mana-mana syarikat gabungannya atau mana-mana pihak ketiga yang terlibat dalam atau berkaitan dengan penyusunan, pengiraan atau pembuatan data sama sekali tidak akan mempunyai apa-apa tanggungan terhadap apa-apa ganti rugi langsung, tidak langsung, khas, punitif, turutan atau apa-apa ganti rugi lain (termasuk kehilangan keuntungan) walaupun diberitahu mengenai kemungkinan ganti rugi tersebut. Edaran atau penyebaran lanjut data MSCI tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis nyata daripada MSCI. 51 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA CHINA PACIFIC EQUITY (PBCPEF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Saham Dana Saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Lum Ming Jang dan Chiang Kang Pey Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur terutamanya dalam saham China dan bakinya dalam pasaran Asia Utara. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan Minimum 50% dan sehingga maksimum 98% daripada NAB PBCPEF akan dilaburkan dalam saham China yang tersenarai di pasaran China, Hong Kong, Amerika Syarikat, Singapura dan pasaran lain yang dibenarkan. Apabila penilaian saham China kurang memberangsangkan, dana mungkin melabur dalam pasaran Asia Utara lain yang termasuk Jepun, Korea dan Taiwan. Dana pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Walau bagaimanapun, julat ekuiti dana mungkin lebih rendah bergantung pada taksiran pasaran ekuiti oleh Pengurus Dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBCPEF diuruskan secara aktif untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan. Apabila penilaian dan prospek pertumbuhan bagi saham China adalah menarik, peruntukan dana kepada saham China akan dipertingkatkan sewajarnya. Sebaliknya, apabila penilaian bagi saham China kurang memberangsangkan, peruntukan dana kepada saham China akan dikurangkan dan pendedahannya kepada pasaran Asia Utara lain seperti Jepun, Korea dan Taiwan akan dipertingkatkan sewajarnya. NAB PBCPEF akan dilaburkan dalam saham China yang tersenarai di pasaran China, Hong Kong, Amerika Syarikat, Singapura dan pasaran lain yang dibenarkan. Baki NAB dana boleh dilaburkan dalam pasaran Asia Utara terpilih yang termasuk Jepun, Korea dan Taiwan. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, Pengurus Dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. 52 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Minimum 50% daripada NAB dana dan sehingga 98% daripada NAB dana boleh dilaburkan dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap pasaran asing terpilih yang termasuk China, Hong Kong, Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Korea, Taiwan dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana juga mungkin melabur dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti bagi saham serantau terpilih yang tersenarai di Bursa Saham Luxembourg. Nota penyertaan berkaitan ekuiti adalah instrumen yang direka untuk menjejaki sekuriti bertanda. Pergerakan nota ini adalah serupa dengan saham pendasar yang tersenarai di pasarannya masing-masing. Nota ini diterbitkan oleh syarikat pembrokeran asing antarabangsa untuk pelaburan oleh pelabur yang tidak dapat melabur secara langsung dalam saham pendasar asing. Nota ini dibeli dan dijual oleh pelabur dengan cara yang sama seperti dagangan saham. Pelaburan dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti melibatkan risiko rakan urus niaga di mana penerbit nota mungkin tidak dapat menunaikan obligasinya. Ia juga mempunyai risiko pasaran kerana nota ini mungkin tidak menjejaki pergerakan saham pendasarnya dengan rapat. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di pasaran dalam jangka masa dua tahun. Dana juga mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik dan asing dan juga waran tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Pendedahan ekuiti dana mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan dalam pasaran China dan Asia Utara. Apabila penilaian dan prospek pertumbuhan bagi saham China adalah menarik, peruntukan dana kepada saham China akan dipertingkatkan sewajarnya. Sebaliknya, apabila penilaian bagi saham China kurang memberangsangkan, peruntukan dana kepada saham China akan dikurangkan dan pendedahannya kepada pasaran Asia Utara lain seperti Jepun, Korea dan Taiwan akan dipertingkatkan sewajarnya. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan, strategi pempelbagaian dan lindung nilai yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan, sebagai strategi defensif sementara. Berkenaan dengan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. 53 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBCPEF Penanda aras bagi PBCPEF ialah Indeks MSCI Zhong Hua, iaitu indeks permodalan pasaran berwajaran yang bertujuan untuk mewakili prestasi pasaran ekuiti China dan Hong Kong. Harga penutup harian bagi Indeks MSCI Zhong Hua boleh didapati daripada Bloomberg L.P. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. 54 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA CHINA ASEAN EQUITY (PBCAEF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Saham Dana Saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Chen Yuet Fong dan Lum Peck Woon Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio saham China yang terpelbagai dan bakinya dalam saham yang tersenarai di pasaran ASEAN. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan Minimum 50% daripada NAB PBCAEF akan dilaburkan dalam saham China yang tersenarai di pasaran China, Hong Kong, Amerika Syarikat dan pasaran lain yang dibenarkan. Apabila penilaian saham China kurang memberangsangkan, dana mungkin melabur dalam pasaran ASEAN yang termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana pada amnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Walau bagaimanapun, julat ekuiti dana mungkin lebih rendah bergantung kepada taksiran pasaran ekuiti oleh Pengurus Dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan deposit. 55 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Strategi Pelaburan PBCAEF diuruskan secara aktif untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan. Minimum 50% daripada NAB PBCAEF akan dilaburkan dalam saham China yang tersenarai di pasaran China, Hong Kong, Amerika Syarikat dan pasaran lain yang dibenarkan. Baki NAB dana boleh dilaburkan dalam pasaran ASEAN terpilih yang termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan pasaran lain yang dibenarkan. Apabila penilaian dan prospek pertumbuhan bagi saham China adalah menarik, peruntukan dana kepada saham China akan dipertingkatkan sewajarnya. Sebaliknya, apabila penilaian bagi saham China kurang memberangsangkan, peruntukan dana kepada saham China akan dikurangkan dan pendedahannya kepada pasaran ASEAN yang termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan pasaran lain yang dibenarkan akan dipertingkatkan sewajarnya. Dalam mengenal pasti syarikat untuk melabur, Pengurus Dana bergantung kepada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Sehingga 98% daripada NAB dana boleh dilaburkan dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap pasaran asing terpilih yang termasuk China, Hong Kong, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Fillipina, Thailand, Vietnam dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana juga mungkin melabur dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti bagi saham serantau terpilih yang tersenarai di Bursa Saham Luxembourg. Nota penyertaan berkaitan ekuiti adalah instrumen yang direka untuk menjejaki sekuriti bertanda. Pergerakan nota ini adalah serupa dengan saham pendasar yang tersenarai di pasarannya masing-masing. Nota ini diterbitkan oleh syarikat pembrokeran asing antarabangsa untuk pelaburan oleh pelabur yang tidak dapat melabur secara langsung dalam saham pendasar asing. Nota ini dibeli dan dijual oleh pelabur dengan cara yang sama seperti dagangan saham. Pelaburan dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti melibatkan risiko rakan urus niaga di mana penerbit nota mungkin tidak dapat menunaikan obligasinya. Ia juga mempunyai risiko pasaran kerana nota ini mungkin tidak menjejaki pergerakan saham pendasarnya dengan rapat. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di pasaran dalam jangka masa dua tahun. Dana juga mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik dan asing dan juga waran tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Pendedahan ekuiti dana mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan dalam pasaran China dan ASEAN. Apabila penilaian dan prospek pertumbuhan bagi saham China adalah menarik, peruntukan dana kepada saham China akan dipertingkatkan sewajarnya. Sebaliknya, apabila penilaian bagi saham China kurang memberangsangkan, peruntukan dana kepada saham China akan dikurangkan dan pendedahannya kepada pasaran ASEAN lain seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan pasaran lain yang dibenarkan akan dipertingkatkan sewajarnya. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan, strategi pempelbagaian dan lindung nilai yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan, sebagai strategi defensif sementara. Berkenaan dengan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam 56 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBCAEF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 50% Indeks MSCI China Free, dan 50% Indeks FTSE/ASEAN 40 Penanda aras yang dipilih bagi PBCAEF ialah indeks penanda aras komposit yang merangkumi pelaburan hipotetik dalam Indeks MSCI China Free dan Indeks FTSE/ASEAN 40 dalam nisbah 50:50. Oleh itu, pulangan bagi indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 50% daripada pulangan Indeks MSCI China Free dan 50% daripada Indeks FTSE/ASEAN 40. Saham komponen 2 indeks ini merangkumi saham utama dari pasaran China dan ASEAN. Oleh yang demikian, indeks penanda aras komposit ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBCAEF kerana dana melabur minimum 50% daripada NABnya dalam portfolio saham China yang terpelbagai dan bakinya dalam saham yang tersenarai di pasaran ASEAN. Indeks penutup harian bagi Indeks MSCI China Free dan Indeks FTSE/ASEAN 40 boleh didapati daripada Bloomberg L.P. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. PBCAEF tidak dalam apa-apa segi ditaja, diendors, dijual atau dipromosikan oleh FTSE International Limited (FTSE) atau oleh syarikat-syarikat London Stock Exchange Group (LSEG) dan FTSE mahupun LSEG tidak membuat apa pun jaminan atau pernyataan, secara tersurat atau tersirat, sama ada berkenaan dengan keputusan yang akan diperoleh daripada penggunaan Indeks FTSE/ASEAN 40 (Indeks) dan/atau angka yang dicatatkan oleh Indeks tersebut pada mana-mana masa tertentu pada mana-mana hari tertentu atau sebaliknya. Indeks ini disusun dan dikira oleh FTSE bersama dengan Bursa Saham Indonesia, Bursa Malaysia Berhad, The Philippine Stock Exchange, Inc., Singapore Exchange Securities Trading Limited dan Bursa Saham Thailand (Bursa). Walau bagaimanapun, FTSE mahupun LSEG mahupun Bursa tidak akan bertanggungjawab (sama ada dalam kecuaian atau selainnya) terhadap mana-mana orang atas sebarang kesilapan dalam Indeks ini dan FTSE mahupun LSEG mahupun Bursa tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk memaklumkan kepada mana-mana orang mengenai sebarang kesilapan di dalamnya. FTSE, FT-SE dan Footsie adalah tanda dagangan LSEG dan digunakan oleh FTSE International Limited di bawah lesen. 57 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA CHINA AUSTRALIA EQUITY (PBCAUEF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Saham Dana Saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Lum Ming Jang dan Chen Yuet Fong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio saham China dan Australia yang terpelbagai. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan Dana akan melabur dalam saham China dan Australia yang tersenarai di pasaran China, Hong Kong, Australia dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Walau bagaimanapun, julat ekuiti dana mungkin lebih rendah bergantung kepada taksiran pasaran ekuiti oleh Pengurus Dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing, instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBCAUEF diuruskan secara aktif untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan. PBCAUEF akan melabur dalam saham China dan Australia yang tersenarai di pasaran China, Hong Kong, Australia dan pasaran lain yang dibenarkan. Apabila penilaian dan prospek pertumbuhan bagi saham China adalah menarik, peruntukan dana kepada saham China akan dipertingkatkan sewajarnya. Sebaliknya, apabila penilaian bagi saham China kurang memberangsangkan, peruntukan dana kepada saham China akan dikurangkan dan pendedahannya kepada saham Australia akan dipertingkatkan sewajarnya. Dalam mengenal pasti syarikat untuk melabur, Pengurus Dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. 58 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Sehingga 98% daripada NAB dana boleh dilaburkan dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap pasaran asing terpilih yang termasuk China, Hong Kong, Australia dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana juga mungkin melabur dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti bagi saham serantau terpilih yang tersenarai di Bursa Saham Luxembourg. Nota penyertaan berkaitan ekuiti adalah instrumen yang direka untuk menjejaki sekuriti bertanda. Pergerakan nota ini adalah serupa dengan saham pendasar yang tersenarai di pasarannya masing-masing. Nota ini diterbitkan oleh syarikat pembrokeran asing antarabangsa untuk pelaburan oleh pelabur yang tidak dapat melabur secara langsung dalam saham pendasar asing. Nota ini dibeli dan dijual oleh pelabur dengan cara yang sama seperti dagangan saham. Pelaburan dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti melibatkan risiko rakan urus niaga di mana penerbit nota mungkin tidak dapat menunaikan obligasinya. Ia juga mempunyai risiko pasaran kerana nota ini mungkin tidak menjejaki pergerakan saham pendasarnya dengan rapat. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di pasaran dalam jangka masa dua tahun. Dana juga mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik dan asing dan juga waran tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Pendedahan ekuiti dana mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan dalam pasaran China dan Australia. Apabila penilaian dan prospek pertumbuhan bagi saham China adalah menarik, peruntukan dana kepada saham China akan dipertingkatkan sewajarnya. Sebaliknya, apabila penilaian bagi saham China kurang memberangsangkan, peruntukan dana kepada saham China akan dikurangkan dan pendedahannya kepada saham Australia akan dipertingkatkan sewajarnya. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan, strategi pempelbagaian dan lindung nilai yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan, sebagai strategi defensif sementara. Berkenaan dengan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. 59 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBCAUEF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 50% Indeks MSCI China Free, dan 50% Indeks S&P/ASX 200 Penanda aras yang dipilih bagi PBCAUEF ialah indeks penanda aras komposit yang merangkumi pelaburan hipotetik dalam Indeks MSCI China Free dan Indeks S&P/ASX 200 dalam nisbah 50:50. Oleh itu, pulangan bagi indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 50% daripada pulangan Indeks MSCI China Free dan 50% daripada Indeks S&P/ASX 200. Saham komponen 2 indeks ini merangkumi saham utama dari pasaran China dan Australia. Oleh yang demikian, indeks penanda aras komposit ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBCAUEF kerana dana melabur dalam portfolio saham China dan Australia yang terpelbagai. Indeks penutup harian bagi Indeks MSCI China Free dan Indeks S&P/ASX 200 boleh didapati daripada Bloomberg L.P. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. 60 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY (PBSGA30EF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Saham Dana Saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Tan Chee Chin dan Lum Meng Seng Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur sehingga maksimum 30 saham dalam pasaran Singapura termasuk saham Singapura yang tersenarai di pasaran lain. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan PBSGA30EF akan melabur dalam maksimum sehingga 30 saham dalam pasaran Singapura termasuk saham Singapura yang tersenarai di pasaran lain yang dibenarkan. Dana pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana boleh dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing, instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBSGA30EF diuruskan secara aktif untuk mencapai matlamatnya, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam maksimum sehingga 30 saham dalam pasaran Singapura termasuk saham Singapura yang tersenarai di pasaran lain yang dibenarkan seperti Amerika Syarikat, Hong Kong dan pasaran lain yang dibenarkan sebagaimana yang dilaporkan dalam laporan interim/tahunan. Pelaburan ekuiti dana tertumpu terutamanya kepada portfolio terpelbagai merangkumi syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan. Dalam mengenal pasti syarikat untuk melabur, Pengurus Dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. 61 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di pasaran Singapura dalam jangka masa dua tahun. Dana juga mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik dan Singapura dan juga waran tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Pendedahan ekuiti dana mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio yang merangkumi sehingga 30 saham yang tersenarai di pasaran Singapura termasuk saham Singapura yang tersenarai di pasaran lain yang dibenarkan. Ia juga mengekalkan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap untuk menolong menjanakan pulangan bagi dana. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan dan strategi pempelbagaian yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan, sebagai strategi defensif sementara. Berkenaan dengan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan yang berkaitan dengan pelaburan dana dalam pasaran Singapura akan dipantau secara berterusan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Pelaburan dana di luar negara yang lain juga akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risikonya. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBSGA30EF Penanda aras dana ialah Indeks Straits Times (FSSTI). Indeks penutup harian bagi FSSTI boleh didapati daripada Bloomberg L.P. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. 62 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA ASIA PACIFIC ENTERPRISES (PBAPENTF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Saham Dana Saham syarikat-syarikat yang mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$1 bilion ke atas Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Chen Yuet Fong dan Tan Kok Keong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur terutamanya dalam saham syarikat yang mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$1 bilion ke atas dalam pasaran domestik dan serantau. Nota: PBAPENTF mungkin terus melabur dalam kaunter tersebut sekiranya permodalan pasaran saham turun di bawah AS$1 bilion disebabkan pergerakan dalam harga pasaran dan jika prospek pertumbuhan dan penilaian saham terus menarik. Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan PBAPENTF akan melabur dalam portfolio ekuiti yang terpelbagai bagi memenuhi objektif pelaburannya. Dana akan melabur dalam saham syarikat yang mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$1 bilion ke atas dalam pasaran domestik dan Asia Pasik pada masa belian. PBAPENTF mungkin kekal melabur dalam kaunter tersebut sekiranya permodalan pasaran turun di bawah AS$1 bilion disebabkan pergerakan dalam harga pasaran jika prospek pertumbuhan dan penilaian saham terus menarik. Dana pada amnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana mungkin dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing, instrumen pasaran wang dan deposit. 63 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Strategi Pelaburan PBAPENTF diuruskan secara aktif dan memberi tumpuan kepada melabur dalam saham syarikat yang mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$1 bilion ke atas dalam pasaran domestik dan Asia Pasik, pada masa belian dengan tujuan mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang. PBAPENTF mungkin kekal melabur dalam kaunter tersebut sekiranya permodalan pasaran turun di bawah AS$1 bilion disebabkan pergerakan dalam harga pasaran jika prospek pertumbuhan dan penilaian saham terus menarik. Dalam mengenal pasti syarikat untuk melabur, Pengurus Dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Dana mungkin melabur sehingga 98% daripada NABnya dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap dalam pasaran Asia Pasik terpilih yang termasuk Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, India, Australia dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana juga mungkin melabur dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti bagi saham Asia Pasik terpilih yang tersenarai di Bursa Saham Luxembourg. Nota penyertaan berkaitan ekuiti adalah instrumen yang direka untuk menjejaki sekuriti bertanda. Pergerakan nota ini adalah serupa dengan saham pendasar yang tersenarai di pasarannya masing-masing. Nota ini diterbitkan oleh syarikat pembrokeran asing antarabangsa untuk pelaburan oleh pelabur yang tidak dapat melabur secara langsung dalam saham pendasar asing. Nota ini dibeli dan dijual oleh pelabur dengan cara yang sama seperti dagangan saham. Pelaburan dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti melibatkan risiko rakan urus niaga di mana penerbit nota mungkin tidak dapat menunaikan obligasinya. Ia juga mempunyai risiko pasaran kerana nota ini mungkin tidak menjejaki pergerakan saham pendasarnya dengan rapat. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran serantau terpilih dalam jangka masa dua tahun. Dana mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik atau pasaran serantau terpilih serta waran tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Pendedahan ekuiti tinggi yang dikekalkan pada setiap masa, terutamanya, boleh menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana juga mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen tersenarai bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana ini memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai syarikat yang mempunyai permodalan pasaran AS$1 bilion ke atas dalam pasaran domestik dan serantau. Tumpuan dana ialah mengenal pasti saham syarikat-syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan perolehan yang baik dan didagangkan pada penilaian yang menarik. Ia juga mengekalkan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap untuk menolong menjanakan pulangan bagi dana. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan dan strategi pempelbagaian yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Oleh yang demikian, pendedahan dana kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. 64 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBAPENTF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 55% Indeks S&P Asia 50, 30% Indeks S&P Southeast Asia 40, dan 15% Indeks S&P/ASX 20 Penanda aras yang dipilih bagi PBAPENTF ialah indeks penanda aras komposit yang merangkumi pelaburan hipotetik dalam Indeks S&P Asia 50, Indeks S&P Southeast Asia 40 dan Indeks S&P/ASX 20 dalam nisbah 55:30:15. Oleh itu, pulangan bagi indeks bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 55% daripada pulangan Indeks S&P Asia 50, 30% daripada Indeks S&P Southeast Asia 40 dan 15% daripada Indeks S&P/ASX 20. Saham komponen 3 indeks ini terdiri daripada saham utama dari pasaran utama serantau termasuk Hong Kong, Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Australia. Indeks penanda aras komposit ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBAPENTF kerana dana melabur dalam portfolio saham yang mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$1 bilion ke atas dalam pasaran domestik dan serantau dan ia mewakili pasaran yang dana ini dibenarkan melabur dalam jangka sederhana hingga panjang. Maklumat tentang indeks khusus diperoleh daripada S&P Opco, LLC. Indeks penutup harian bagi Indeks S&P Asia 50, Indeks S&P Southeast Asia 40 dan Indeks S&P/ASX 20 boleh didapati daripada Bloomberg L.P. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. Indeks S&P Asia 50, Indeks S&P Southeast Asia 40 dan Indeks S&P/ASX 20 (Indeks) adalah harta eksklusif S&P Opco, LLC, iaitu anak syarikat Indeks S&P Dow Jones LLC (Indeks S&P Dow Jones) dan/atau syarikat-syarikat gabungannya. Public Mutual Berhad telah mengikat kontrak dengan Indeks S&P Dow Jones untuk mengira dan menyelenggarakan Indeks ini. Indeks S&P Dow Jones mahupun syarikat-syarikat gabungannya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau peninggalan dalam pengiraan Indeks ini. 65 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA ASIA EMERGING GROWTH (PBAEGF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 70% hingga 98% Prol Pemilihan Saham Dana Saham syarikat sedang muncul bersaiz kecil hingga sederhana pada masa belian. Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Andrew Seah Saik Weng dan Pitta Sham bin Ahmad Morshidi Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur terutamanya dalam sekuriti syarikat sedang muncul bersaiz kecil hingga sederhana dalam pasaran domestik dan serantau. Nota: Dana ini akan melabur dalam syarikat sedang muncul bersaiz kecil dan sederhana pada masa belian. Dana ini mungkin kekal melabur dalam kaunter tersebut sekiranya permodalan pasaran saham bergerak melebihi julat yang dinyatakan dalam dasar pelaburan disebabkan oleh pergerakan dalam harga pasaran dan jika prospek pertumbuhan dan penilaian saham terus menarik. Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan Dana melabur dalam saham syarikat sedang muncul bersaiz kecil hingga sederhana yang, pada masa belian, tergolong dalam 30% paling bawah daripada permodalan pasaran terkumpul bagi pasaran di mana saham itu disenaraikan. Seluruh saham bagi setiap pasaran di mana saham itu disenaraikan diasing-asingkan mengikut permodalan pasaran dan disusun dalam tertib menurun. Bermula dengan saham yang mempunyai permodalan pasaran terkecil, permodalan pasaran saham diagregatkan sehingga permodalan pasaran terkumpul saham ini mencecah 30%. Sehingga 30% daripada NAB dana boleh dilaburkan dalam syarikat yang, pada masa belian, membentuk 20% berikutnya daripada permodalan pasaran terkumpul bagi pasaran yang saham itu disenaraikan. Dana pada amnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 70% hingga 98% daripada NABnya. Walau bagaimanapun, julat ekuiti dana mungkin lebih rendah bergantung pada taksiran pasaran saham oleh Pengurus Dana. Baki NAB dana boleh dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing, instrumen pasaran wang dan deposit. 66 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Strategi Pelaburan PBAEGF diuruskan secara aktif dan memberi tumpuan terutamanya kepada pelaburan dalam saham syarikat sedang muncul bersaiz kecil hingga sederhana yang mempunyai prospek yang cerah untuk pertumbuhan dalam tempoh sederhana hingga panjang. Dana berhasrat untuk mencapai matlamat ini dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi syarikat sedang muncul bersaiz kecil hingga sederhana yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran serantau terpilih. Dana mungkin kekal melabur dalam kaunter tersebut sekiranya permodalan pasaran saham bergerak melebihi julat yang dinyatakan dalam dasar pelaburan disebabkan pergerakan dalam harga pasaran dan jika prospek pertumbuhan dan penilaian saham terus menarik. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Dana mungkin melabur sehingga 98% daripada NABnya dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap pasaran asing terpilih yang termasuk Korea Selatan, China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Filipina, Thailand, Indonesia, India, Luxembourg dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana mungkin melabur dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti bagi saham Asia terpilih yang tersenarai di Bursa Saham Luxembourg. Nota penyertaan berkaitan ekuiti adalah instrumen yang direka untuk menjejaki sekuriti bertanda. Pergerakan nota ini adalah serupa dengan saham pendasar yang tersenarai di pasarannya masing-masing. Nota ini diterbitkan oleh syarikat pembrokeran asing antarabangsa untuk pelaburan oleh pelabur yang tidak dapat melabur secara langsung dalam saham pendasar asing. Nota ini dibeli dan dijual oleh pelabur dengan cara yang sama seperti dagangan saham. Pelaburan dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti melibatkan risiko rakan urus niaga di mana penerbit nota mungkin tidak dapat menunaikan obligasinya. Ia juga mempunyai risiko pasaran kerana nota ini mungkin tidak menjejaki pergerakan saham pendasarnya dengan rapat. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran asing lain yang dibenarkan dalam jangka masa dua tahun. Dana mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik atau pasaran asing terpilih serta waran tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap tempatan dan asing (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Pendedahan ekuiti tinggi yang dikekalkan pada setiap masa, terutamanya, boleh menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana juga mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen tersenarai bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana ini memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai yang merangkumi syarikat sedang muncul bersaiz kecil dan sederhana yang mempunyai prospek yang cerah dalam pasaran domestik dan serantau. Tumpuan dana ialah mengenal pasti saham syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan perolehan yang baik dan didagangkan pada penilaian yang menarik. Ia juga mengekalkan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap untuk menolong menjanakan pulangan bagi dana. Pengurusan Risiko Khusus Dana Kekurangan kecairan dalam saham bermodal kecil dalam portfolio ekuiti dana boleh menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa keadaan pasaran yang buruk. Peruntukan aset, pengurusan kecairan dan strategi pempelbagaian yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dana dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Dana juga mungkin menggunakan dalam kontrak hadapan dan opsyen untuk melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Oleh yang demikian, pendedahan dana kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. 67 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBAEGF Penanda aras dana ialah indeks khusus oleh S&P Opco, LLC berdasarkan juzuk-juzuk dalam saham Permodalan Kecil dan Sederhana Indeks S&P BMI Asia Kecuali Jepun yang terdiri daripada Malaysia, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Saham Permodalan Kecil dan Sederhana diubahsuai kepada wajaran berikut, iaitu 50% saham Permodalan Kecil Top 100 dan 50% saham Permodalan Sederhana Top 100. Oleh itu, pulangan bagi indeks khusus bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada pulangan daripada saham Top 100 setiap satu bagi saham Permodalan Kecil dan Permodalan Sederhana Indeks S&P BMI Asia Kecuali Jepun dalam nisbah 50:50. Oleh yang demikian, indeks khusus ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBAEGF kerana dana melabur terutamanya dalam portfolio sekuriti syarikat sedang muncul bersaiz kecil hingga sederhana dalam pasaran domestik dan serantau. Maklumat tentang penanda aras dana diperoleh daripada S&P Opco, LLC. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. Penanda aras PBAEGF (Indeks) adalah harta eksklusif S&P Opco, LLC, iaitu anak syarikat Indeks S&P Dow Jones LLC (Indeks S&P Dow Jones) dan/atau syarikat-syarikat gabungannya. Public Mutual Berhad telah mengikat kontrak dengan Indeks S&P Dow Jones untuk mengira dan menyelenggarakan Indeks ini. Indeks S&P Dow Jones mahupun syarikat-syarikat gabungannya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau peninggalan dalam pengiraan Indeks ini. 68 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA GROWTH SEQUEL (PBGSQF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 70% hingga 98% Prol Pemilihan Saham Dana Saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Chiang Kang Pey dan Ng Joo Tsong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio saham yang terpelbagai. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan PBGSQF melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi terutamanya ekuiti Malaysia bagi memenuhi objektif dana. Kandungan ekuitinya dari segi NAB biasanya ialah dalam lingkungan 70% hingga 98% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBGSQF diuruskan secara aktif dan bertujuan untuk mencapai matlamat pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio terpelbagai yang merangkumi syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana mungkin melabur sehingga 30% daripada NABnya dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap pasaran asing terpilih yang termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, China, Thailand, Indonesia, Filipina, Luxembourg dan pasaran lain yang dibenarkan. Pelaburan dana dalam pasaran asing adalah sampingan kepada tumpuan utamanya, iaitu melabur dalam pasaran domestik. Dana juga mungkin melabur dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti bagi saham serantau terpilih yang tersenarai di Bursa Saham Luxembourg. Nota penyertaan berkaitan ekuiti adalah instrumen yang direka untuk menjejaki sekuriti bertanda. Pergerakan nota ini adalah serupa dengan saham pendasar yang tersenarai di pasarannya masing-masing. Nota ini diterbitkan oleh syarikat pembrokeran asing antarabangsa untuk pelaburan oleh pelabur 69 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) yang tidak dapat melabur secara langsung dalam saham pendasar asing. Nota ini dibeli dan dijual oleh pelabur dengan cara yang sama seperti dagangan saham. Pelaburan dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti melibatkan risiko rakan urus niaga di mana penerbit nota mungkin tidak dapat menunaikan obligasinya. Ia juga mempunyai risiko pasaran kerana nota ini mungkin tidak menjejaki pergerakan saham pendasarnya dengan rapat. Kelulusan yang perlu dari pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran serantau terpilih dalam jangka masa dua tahun. Dana mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik atau pasaran serantau terpilih serta waran tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Pendedahan ekuiti tinggi yang dikekalkan pada setiap masa, terutamanya, boleh menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana juga mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen tersenarai bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan pasaran ekuiti dalam jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan. Walau bagaimanapun, lebih penekanan diberikan kepada pertumbuhan modal dengan penekanan yang kurang kepada pendapatan dan oleh yang demikian pendedahan ekuitinya ialah dalam lingkungan di antara 70% hingga 98%. Jadi, ia berpotensi meraih prestasi yang lebih kukuh dalam pasaran menaik daripada dana ekuiti yang berorientasikan simpanan. Sehubungan itu, pulangannya juga mungkin lebih meruap. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan dan strategi pempelbagaian yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Dana juga mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen untuk melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Oleh yang demikian, pendedahan dana kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. 70 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBGSQF Oleh sebab PBGSQF akan menumpukan pelaburannya dalam pasaran domestik, maka penanda aras bagi PBGSQF ialah IKKL FTSE Bursa Malaysia (IKKL FBM), iaitu indeks permodalan pasaran berwajaran terlaras apungan bebas yang terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Pasaran Utama Bursa Malaysia mengikut permodalan pasaran penuh. Oleh sebab ia juga diikuti secara meluas dan merupakan wakilan Bursa Securities yang mudah difahami, ia dianggap sebagai penanda aras yang paling sesuai bagi dana ini. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang IKKL FBM, pelabur boleh merujuk laman web Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com di bawah Bahagian Maklumat Pasaran) untuk senarai saham komponen IKKL FBM dan maklumat urus niaga seperti harga dagangan terakhir, harga penutup sebelumnya, jumlah dagangan, paras tertinggi dan terendah untuk hari itu dan maklumat lain. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. FTSE, FT-SE dan Footsie adalah tanda dagangan syarikat-syarikat London Stock Exchange Group dan digunakan oleh FTSE International Limited (FTSE) di bawah lesen. BURSA MALAYSIA adalah tanda dagangan Bursa Malaysia Berhad (BURSA MALAYSIA). IKKL FTSE BURSA MALAYSIA dikira oleh FTSE. Semua hak harta intelek dalam nilai indeks dan juzuk adalah kepunyaan FTSE dan BURSA MALAYSIA. FTSE mahupun BURSA MALAYSIA tidak menaja, mengendors atau mempromosikan produk ini dan tidak dalam apa-apa segi berkaitan dengannya dan tidak mengambil sebarang tanggungjawab terhadapnya. Public Mutual Berhad telah mendapat lesen penuh daripada FTSE untuk menggunakan hak harta intelek tersebut dalam terbitan produk ini. 71 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA ISLAMIC EQUITY (PBIEF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti (patuh Syariah) Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana Minimum 80% daripada NAB Prol Pemilihan Saham Dana Saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Chiang Kang Pey dan Shahnaz bin Saiful Mulok Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuiti patuh Syariahnya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pemilihan saham pertumbuhan yang pelbagai yang mematuhi keperluan Syariah. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan PBIEF melabur dalam portfolio terpelbagai terutamanya ekuiti patuh Syariah dan sukuk Malaysia bagi memenuhi objektif pelaburannya. Kandungan ekuiti minimumnya ialah 80% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Strategi Pelaburan Skop pelaburan dalam dana terbatas kepada aset yang mematuhi keperluan Syariah. Bagi sekuriti yang tersenarai di Bursa Securities, pematuhan kepada keperluan Syariah ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah SC. Dana ini diuruskan secara aktif dan bertujuan untuk mencapai matlamat jangka panjang, iaitu pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang patuh Syariah yang tersenarai di Bursa Securities. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. 72 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana mungkin melabur dalam ekuiti dan sukuk dalam pasaran asing terpilih yang termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Filipina dan pasaran lain yang dibenarkan. Pelaburan dana dalam pasaran asing adalah sampingan kepada tumpuan utamanya, iaitu melabur dalam pasaran domestik. Pengurus akan melabur dalam sekuriti patuh Syariah asing yang diluluskan/disahkan oleh Penasihat Syariah. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana mungkin menyertai Tawaran Awam Awal (IPO) syarikat-syarikat yang cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran asing lain yang dibenarkan yang dikategorikan sebagai patuh Syariah. Di samping itu, dana mungkin mendapatkan nasihat daripada Penasihat Syariah bagi memastikan taraf Syariah IPO. Dana mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif patuh Syariah dalam pasaran domestik dan asing dan juga waran patuh Syariah tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sukuk (berdaulat dan korporat) dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Bagi sekuriti yang tersenarai di Bursa Securities, rujukan dibuat kepada senarai sekuriti patuh Syariah yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah SC setiap setengah tahun. Pelaburan dana dalam sekuriti asing akan dipilih menurut sekuriti yang dikategorikan sebagi patuh Syariah oleh Penasihat Syariah. Untuk sekuriti dikaji oleh Penasihat Syariah, Pengurus Dana mula-mula akan mengenal pasti dahulu sekuriti yang memenuhi kriteria pelaburannya di pasaran asing terpilih yang dibenarkan oleh SC. Semua dokumen berkaitan, dengan maklumat terkini mengenai aktiviti perniagaan, penyata kewangan dan maklumat lain yang berkaitan akan diserahkan kepada Penasihat Syariah untuk Proses Penyaringan Saham Syariah yang melibatkan analisis kuantitatif dan juga kualitatif. Untuk proses analisis kuantitatif, Penasihat Syariah akan menentukan sama ada nisbah kewangan (pendapatan faedah, nisbah hutang pinjaman berfaedah dan sebagainya) untuk sekuriti itu mematuhi ambang kewangan dalaman Penasihat Syariah. Sekiranya mana-mana pengiraan gagal memenuhi ambang kewangan itu, Penasihat Syariah tidak akan memberi taraf patuh Syariah untuk sekuriti itu. Analisis kualitatif melibatkan penelitian sekuriti itu secara keseluruhan. Sekuriti itu mestilah tidak terlibat dalam aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Syariah seperti arak, khinzir dan keluaran berkaitan khinzir, perjudian, tembakau, pornogra, perkhidmatan kewangan konvensional dan sebagainya. Penasihat Syariah akan meneliti aspek tanggapan orang ramai tentang imej syarikat, perniagaan teras yang dianggap penting dan maslahah (bermanfaat) kepada umat Islam dan negara, unsur yang tidak dibenarkan adalah sangat kecil dan melibatkan hal-hal seperti umum balwa (sesuatu yang sudah menjadi umum dan biasa berlaku dan sukar dielakkan), uruf (adat) dan hak masyarakat bukan Islam yang diterima oleh Islam. Bagi memastikan keperluan Syariah dipatuhi dengan ketat, senarai sekuriti patuh Syariah ini akan dikemaskinikan oleh Penasihat Syariah dua kali setahun untuk memasukkan/mengeluarkan sekuriti dari senarai tersebut. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang pasaran ekuiti melalui pelaburan patuh Syariah dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan. Walau bagaimanapun, dana memberi kurang penekanan kepada peruntukan aset dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah dana kepada pasaran ekuiti pada setiap masa. Oleh yang demikian, dana berkemungkinan mendapat manfaat yang besar daripada pasaran ekuiti yang menaik. Dari segi kemerosotan, ia mungkin mempunyai peluang yang sedikit dalam mengelakkan kesan sepenuhnya daripada pasaran menurun. Oleh itu, ia berpotensi meraih prestasi yang lebih kukuh dalam pasaran menaik daripada dana ekuiti yang berorientasikan simpanan. Sehubungan itu, pulangannya juga mungkin nyata lebih meruap. Pengurusan Risiko Khusus Dana Strategi pempelbagaian yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke paras minimum yang dinyatakan. Berkenaan dengan pelaburan dalam sukuk, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sukuk mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sukuk juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sukuk dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. 73 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Oleh sebab pelaburan dalam waran tersenarai patuh Syariah berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka pelaburan dana dalam waran patuh Syariah tersenarai akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBIEF Oleh sebab PBIEF akan menumpukan pelaburannya dalam pasaran domestik, maka penanda aras bagi PBIEF ialah Indeks Syariah EMAS FTSE Bursa Malaysia, iaitu indeks permodalan-berwajaran terlaras apungan bebas yang terdiri daripada juzuk-juzuk Indeks EMAS FTSE Bursa Malaysia yang telah direka sebagai sekuriti patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah SC. Maklumat tentang Indeks Syariah EMAS FTSE Bursa Malaysia diperoleh daripada FTSE International Limited. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. FTSE, FT-SE dan Footsie adalah tanda dagangan syarikat-syarikat London Stock Exchange Group dan digunakan oleh FTSE International Limited (FTSE) di bawah lesen. BURSA MALAYSIA adalah tanda dagangan Bursa Malaysia Berhad (BURSA MALAYSIA). INDEKS SYARIAH EMAS FTSE BURSA MALAYSIA dikira oleh FTSE. Semua hak harta intelek dalam nilai indeks dan juzuk adalah kepunyaan FTSE dan BURSA MALAYSIA. FTSE mahupun BURSA MALAYSIA tidak menaja, mengendors atau mempromosikan produk ini dan tidak dalam apa-apa segi berkaitan dengannya dan tidak mengambil sebarang tanggungjawab terhadapnya. Public Mutual Berhad telah mendapat lesen penuh daripada FTSE untuk menggunakan hak harta intelek tersebut dalam terbitan produk ini. 74 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA ISLAMIC ASIA EQUITY (PBIAEF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti (patuh Syariah) Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana Minimum 80% daripada NAB Prol Pemilihan Saham Dana Saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Mat Radzuan bin Abd Razak dan Pitta Sham bin Ahmad Morshidi Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuiti patuh Syariahnya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai kenaikan nilai modal dalam jangka panjang dengan melabur dalam saham mewah dan saham pertumbuhan yang mematuhi keperluan Syariah di pasaran domestik dan serantau. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan PBIAEF melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham mewah dan saham pertumbuhan patuh Syariah yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran saham serantau terpilih untuk memenuhi objektif pelaburannya. Kandungan ekuiti minimumnya ialah 80% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Strategi Pelaburan PBIAEF diuruskan secara aktif untuk mencapai matlamat jangka panjang, iaitu pertumbuhan modal dengan mengekalkan tahap pendedahan yang tinggi kepada ekuiti patuh Syariah sebanyak 80% pada setiap masa. Pelaburan ekuiti patuh Syariah dana memberi tumpuan terutamanya kepada portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah, dan syarikat patuh Syariah yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran saham serantau terpilih. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, Pengurus Dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Sehingga 98% daripada NAB dana boleh dilaburkan dalam ekuiti dan sukuk pasaran asing terpilih yang termasuk Korea Selatan, China, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana boleh melabur sehingga 20% daripada NABnya dalam pasaran Australia dan New Zealand. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran yang tersebut di atas. 75 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti patuh Syariah yang tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran serantau terpilih dalam jangka masa dua tahun. Dana juga mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif patuh Syariah dalam pasaran domestik atau pasaran serantau terpilih dan juga waran patuh Syariah tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sukuk (berdaulat dan korporat) dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Pendedahan ekuiti yang tinggi yang dikekalkan pada setiap masa, terutamanya, mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana juga mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen tersenarai (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana), bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Bagi sekuriti yang tersenarai di Bursa Securities, rujukan dibuat kepada senarai sekuriti patuh Syariah yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah SC setiap setengah tahun. Pelaburan dana dalam sekuriti asing akan dipilih menurut saham yang termasuk dalam Indeks S&P Syariah dan/atau sekuriti yang dikategorikan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah. Saham yang termasuk dalam Indeks S&P Syariah dianggap sebagai sekuriti patuh Syariah oleh Penasihat Syariah. Untuk sekuriti dikaji oleh Penasihat Syariah, Pengurus Dana mula-mula akan mengenal pasti dahulu sekuriti yang memenuhi kriteria pelaburannya di pasaran asing terpilih yang dibenarkan oleh SC. Semua dokumen berkaitan, dengan maklumat terkini mengenai aktiviti perniagaan, penyata kewangan dan maklumat lain yang berkaitan akan diserahkan kepada Penasihat Syariah untuk Proses Penyaringan Saham Syariah yang melibatkan analisis kuantitatif dan juga kualitatif. Untuk proses analisis kuantitatif, Penasihat Syariah akan menentukan sama ada nisbah kewangan (pendapatan faedah, nisbah hutang pinjaman berfaedah dan sebagainya) untuk sekuriti itu mematuhi ambang kewangan dalaman Penasihat Syariah. Sekiranya mana-mana pengiraan gagal memenuhi ambang kewangan itu, Penasihat Syariah tidak akan memberi taraf patuh Syariah untuk sekuriti itu. Analisis kualitatif melibatkan penelitian sekuriti itu secara keseluruhan. Sekuriti itu mestilah tidak terlibat dalam aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Syariah seperti arak, khinzir dan keluaran berkaitan khinzir, perjudian, tembakau, pornogra, perkhidmatan kewangan konvensional dan sebagainya. Penasihat Syariah akan meneliti aspek tanggapan orang ramai tentang imej syarikat, perniagaan teras yang dianggap penting dan maslahah (bermanfaat) kepada umat Islam dan negara, unsur yang tidak dibenarkan adalah sangat kecil dan melibatkan hal-hal seperti umum balwa (sesuatu yang sudah menjadi umum dan biasa berlaku dan sukar dielakkan), uruf (adat) dan hak masyarakat bukan Islam yang diterima oleh Islam. Bagi memastikan keperluan Syariah dipatuhi dengan ketat, senarai sekuriti patuh Syariah ini akan dikemaskinikan oleh Penasihat Syariah dua kali setahun untuk memasukkan/mengeluarkan sekuriti dari senarai tersebut. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan patuh Syariah yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran saham asing terpilih. Walau bagaimanapun, dana memberi kurang penekanan kepada peruntukan aset dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah dana kepada pasaran ekuiti pada setiap masa. Oleh yang demikian, dana berkemungkinan mendapat manfaat yang besar daripada pasaran ekuiti yang menaik. Dari segi kemerosotan, ia mungkin mempunyai peluang yang sedikit dalam mengelakkan kesan sepenuhnya daripada pasaran menurun. Oleh itu, ia berpotensi meraih prestasi yang lebih kukuh dalam pasaran menaik daripada dana ekuiti yang berorientasikan simpanan. Sehubungan itu, pulangannya juga mungkin nyata lebih meruap. 76 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pengurusan Risiko Khusus Dana Pengurusan kecairan, strategi pempelbagaian dan lindung nilai yang digunakan adalah penting kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke paras minimum yang dinyatakan. Berkenaan dengan pelaburan dalam sukuk, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sukuk mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sukuk juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sukuk dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana) bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran patuh Syariah yang tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBIAEF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 20% Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia, dan 80% Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun* Penanda aras yang dipilih bagi PBIAEF ialah indeks penanda aras komposit yang merangkumi pelaburan hipotetik dalam Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia dan Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun dalam nisbah 20:80. Oleh itu, pulangan bagi indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 20% daripada pulangan Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia dan 80% daripada Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun. Saham komponen Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia terdiri daripada 30 saham utama patuh Syariah yang tersenarai di Bursa Securities, manakala saham komponen Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun terdiri daripada saham utama dari pasaran utama serantau termasuk Korea Selatan, China, Hong Kong, Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia. Oleh yang demikian, indeks penanda aras komposit ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBIAEF kerana dana melabur dalam portfolio saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan yang mematuhi keperluan Syariah di pasaran domestik dan serantau. * Oleh sebab indeks yang memberi tumpuan kepada pasaran Asia mempunyai wajaran indeks yang agak tinggi bagi saham Jepun, maka indeks yang tidak memasukkan pasaran Jepun digunakan sebagai penanda aras ekuiti dana kerana ia lebih mewakili strategi pelaburan dana. Maklumat tentang Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia diperoleh daripada FTSE International Limited dan maklumat tentang Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun diperoleh daripada S&P Opco, LLC. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. FTSE, FT-SE dan Footsie adalah tanda dagangan syarikat-syarikat London Stock Exchange Group dan digunakan oleh FTSE International Limited (FTSE) di bawah lesen. BURSA MALAYSIA adalah tanda dagangan Bursa Malaysia Berhad (BURSA MALAYSIA). 77 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) INDEKS SYARIAH HIJRAH FTSE BURSA MALAYSIA dikira oleh FTSE. Semua hak harta intelek dalam nilai indeks dan juzuk adalah kepunyaan FTSE dan BURSA MALAYSIA. FTSE mahupun BURSA MALAYSIA tidak menaja, mengendors atau mempromosikan produk ini dan tidak dalam apa-apa segi berkaitan dengannya dan tidak mengambil sebarang tanggungjawab terhadapnya. Public Mutual Berhad telah mendapat lesen penuh daripada FTSE untuk menggunakan hak harta intelek tersebut dalam terbitan produk ini. Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun (Indeks) adalah harta eksklusif S&P Opco, LLC, iaitu anak syarikat Indeks S&P Dow Jones LLC (Indeks S&P Dow Jones) dan/atau syarikat-syarikat gabungannya. Public Mutual Berhad telah mengikat kontrak dengan Indeks S&P Dow Jones untuk mengira dan menyelenggarakan Indeks ini. Indeks S&P Dow Jones mahupun syarikat- syarikat gabungannya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau peninggalan dalam pengiraan Indeks ini. 78 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA ISLAMIC ASIA STRATEGIC SECTOR (PBIASSF) Prol Dana Kategori Dana Dana ekuiti (patuh Syariah) Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Saham Dana Saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Mat Radzuan bin Abd Razak dan Andrew Seah Saik Weng Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuiti patuh Syariah di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai kenaikan nilai modal dalam jangka panjang dengan melabur dalam portfolio sekuriti, terutamanya ekuiti, yang mematuhi keperluan Syariah daripada sektor pasaran terpilih di pasaran domestik dan serantau. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal. Dasar Pelaburan PBIASSF melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi ekuiti patuh Syariah dalam pasaran domestik dan serantau bagi memenuhi objektif pelaburannya. Dana akan melabur dalam maksimum 6 sektor tetapi akan mengekalkan pelaburannya dalam minimum 3 sektor pada setiap masa. Dana pada amnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Walau bagaimanapun, julat ekuiti dana mungkin lebih rendah bergantung pada taksiran pasaran ekuiti oleh Pengurus Dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Strategi Pelaburan PBIASSF diuruskan secara aktif untuk mencapai matlamat jangka panjang, iaitu pertumbuhan modal dengan mengenal pasti sektor pasaran dalam pasaran domestik dan serantau yang menawarkan pulangan pelaburan yang paling berpotensi. Dana akan melabur dalam maksimum 6 daripada sektor yang paling berpotensi yang ditentukan oleh Pengurus Dana. Bagi memudahkan peralihan daripada satu sektor kepada sektor yang lain, dana mungkin melabur sementara dalam lebih daripada 6 sektor apabila ia melaksanakan langkah pengimbangan semula portfolio di atas. Untuk memastikan pempelbagaian yang mencukupi, dana akan mengekalkan pelaburannya dalam minimum 3 sektor pada setiap masa. 79 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pemilihan sektor pasaran yang hendak dilabur oleh dana adalah berdasarkan terutamanya pada prospek pertumbuhan sektor tersebut. Analisis ini akan termasuk pertimbangan faktor makro utama seperti kitaran perniagaan sektor yang dipilih serta tingkat pendapatan dan trend demogra yang mempunyai kesan kepada prospek pertumbuhan pelbagai industri. Setelah sektor tersebut dikenal pasti, Pengurus Dana akan mengkaji semula saham yang ada dalam pelbagai pasaran serantau untuk sektor terpilih dan membina portfolio pelaburan dana sewajarnya. Saham akan dipilih dengan menaksir potensi pertumbuhan perolehan dan pelbagai nisbah penilaian seperti nisbah harga perolehan (PER), nisbah harga kepada aset ketara bersih (Harga/NTA) dan kadar hasil dividen. Peruntukan sektor bagi PBIASSF akan dipantau secara berterusan dan pendedahan sektor dana akan diimbangkan semula secara dinamik untuk memastikan peruntukan sektor dana diatur kedudukannya untuk mengoptimumkan pulangan dana. Pelaburan ekuiti patuh Syariah dana memberi tumpuan terutamanya kepada portfolio terpelbagai merangkumi syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang patuh Syariah. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Minimum 50% daripada NAB dana dan sehingga 98% daripada NAB dana boleh dilaburkan dalam ekuiti dan sukuk pasaran serantau terpilih yang termasuk Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, India, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Australia, New Zealand dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana boleh melabur sehingga 20% daripada NABnya dalam pasaran Australia dan New Zealand. Dana juga mungkin melabur dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti bagi saham serantau terpilih yang tersenarai di Bursa Saham Luxembourg. Nota penyertaan berkaitan ekuiti adalah instrumen yang direka untuk menjejaki sekuriti bertanda. Pergerakan nota ini adalah serupa dengan saham pendasar yang tersenarai di pasarannya masing-masing. Nota ini diterbitkan oleh syarikat pembrokeran asing antarabangsa untuk pelaburan oleh pelabur yang tidak dapat melabur secara langsung dalam saham pendasar asing. Nota ini dibeli dan dijual oleh pelabur dengan cara yang sama seperti dagangan saham. Pelaburan dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti melibatkan risiko rakan urus niaga di mana penerbit nota mungkin tidak dapat menunaikan obligasinya. Ia juga mempunyai risiko pasaran kerana nota ini mungkin tidak menjejaki pergerakan saham pendasarnya dengan rapat. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti patuh Syariah yang tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran asing lain yang dibenarkan dalam jangka masa dua tahun. Dana juga mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif patuh Syariah dalam pasaran domestik dan asing dan juga waran patuh Syariah tersenarai. Dana juga mungkin melabur dalam sukuk (berdaulat dan korporat) dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Kehadiran saham pertumbuhan dalam portfolio ekuiti, terutamanya, boleh menyebabkan dana mengalami kemeruapan yang ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana) bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Bagi sekuriti yang tersenarai di Bursa Securities, rujukan dibuat kepada senarai sekuriti patuh Syariah yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah SC setiap setengah tahun. Pelaburan dana dalam sekuriti asing akan dipilih menurut saham yang termasuk dalam Indeks S&P Syariah dan/atau sekuriti yang dikategorikan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah. Saham yang termasuk dalam Indeks S&P Syariah dianggap sebagai sekuriti patuh Syariah oleh Penasihat Syariah. Untuk sekuriti dikaji oleh Penasihat Syariah, Pengurus Dana mula-mula akan mengenal pasti dahulu sekuriti yang memenuhi kriteria pelaburannya di pasaran asing terpilih yang dibenarkan oleh SC. Semua dokumen berkaitan, dengan maklumat terkini mengenai aktiviti perniagaan, penyata kewangan dan maklumat lain yang berkaitan akan diserahkan kepada Penasihat Syariah untuk Proses Penyaringan Saham Syariah yang melibatkan analisis kuantitatif dan juga kualitatif. Untuk proses analisis kuantitatif, Penasihat Syariah akan menentukan sama ada nisbah kewangan (pendapatan faedah, nisbah hutang pinjaman berfaedah dan sebagainya) untuk sekuriti itu 80 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) mematuhi ambang kewangan dalaman Penasihat Syariah. Sekiranya mana-mana pengiraan gagal memenuhi ambang kewangan itu, Penasihat Syariah tidak akan memberi taraf patuh Syariah untuk sekuriti itu. Analisis kualitatif melibatkan penelitian sekuriti itu secara keseluruhan. Sekuriti itu mestilah tidak terlibat dalam aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Syariah seperti arak, khinzir dan keluaran berkaitan khinzir, perjudian, tembakau, pornogra, perkhidmatan kewangan konvensional dan sebagainya. Penasihat Syariah akan meneliti aspek tanggapan orang ramai tentang imej syarikat, perniagaan teras yang dianggap penting dan maslahah (bermanfaat) kepada umat Islam dan negara, unsur yang tidak dibenarkan adalah sangat kecil dan melibatkan hal-hal seperti umum balwa (sesuatu yang sudah menjadi umum dan biasa berlaku dan sukar dielakkan), uruf (adat) dan hak masyarakat bukan Islam yang diterima oleh Islam. Bagi memastikan keperluan Syariah dipatuhi dengan ketat, senarai sekuriti patuh Syariah ini akan dikemaskinikan oleh Penasihat Syariah dua kali setahun untuk memasukkan/mengeluarkan sekuriti dari senarai tersebut. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan patuh Syariah dalam sektor pasaran yang meraih prestasi yang memberangsangkan. Pengurusan Risiko Khusus Dana Pengurusan kecairan, strategi pempelbagaian dan lindung nilai yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke paras minimum yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Berkenaan dengan pelaburan dalam sukuk, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sukuk mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sukuk juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sukuk dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana) bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran patuh Syariah yang tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBIASSF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 90% Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun*, dan 10% Kadar Pasaran Wang Antara Bank Islam (IIMMR) 3 Bulan 81 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Oleh sebab PBIASSF pada umumnya mengekalkan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya, maka penanda aras yang dipilih bagi PBIASSF ialah indeks penanda aras komposit yang merangkumi pelaburan hipotetik dalam Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun dan IIMMR 3 Bulan dalam nisbah 90:10. Oleh itu, pulangan bagi indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 90% daripada pulangan Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun dan 10% daripada faedah IIMMR 3 Bulan yang diperoleh bagi tempoh masa yang sama. Saham komponen Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun terdiri daripada saham utama patuh Syariah dalam beberapa sektor dari pasaran utama serantau termasuk Malaysia, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia. Indeks penanda aras komposit ini, iaitu 90% dalam Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun dan 10% dalam IIMMR 3 Bulan merupakan penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBIASSF kerana dana ini adalah dana ekuiti patuh Syariah yang pada umumnya mempunyai wajaran ekuiti sebanyak 90% daripada NABnya dalam jangka panjang. * Oleh sebab indeks yang memberi tumpuan kepada pasaran Asia mempunyai wajaran indeks yang agak tinggi bagi saham Jepun, maka indeks yang tidak memasukkan pasaran Jepun digunakan sebagai penanda aras ekuiti dana kerana ia lebih mewakili strategi pelaburan dana. Maklumat tentang Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun diperoleh daripada S&P Opco LLC. Maklumat tentang IIMMR 3 Bulan disediakan oleh Bank Negara Malaysia dan disiarkan dalam bahagian perniagaan akhbar harian. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun (Indeks) adalah harta eksklusif S&P Opco, LLC, iaitu anak syarikat Indeks S&P Dow Jones LLC (Indeks S&P Dow Jones) dan/atau syarikat-syarikat gabungannya. Public Mutual Berhad telah mengikat kontrak dengan Indeks S&P Dow Jones untuk mengira dan menyelenggarakan Indeks ini. Indeks S&P Dow Jones mahupun syarikat- syarikat gabungannya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau peninggalan dalam pengiraan Indeks ini. 82 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA DYNAMIC ALLOCATION (PBDYNAF) Prol Dana Kategori Dana Dana aset campuran Jenis Dana Pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 30% hingga 98% Prol Pemilihan Pelaburan Aset Dana Saham mewah, saham indeks, dan saham pertumbuhan, sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan deposit Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Tan Chee Chin dan Liew Mun Hon Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Jika prospek bagi sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang adalah menggalakkan, dana akan memindahkan pelaburannya ke dalam deposit. Objektif Dana Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap dalam pasaran domestik dan asing. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal melalui strategi peruntukan aset taktikal. Dasar Pelaburan PBDYNAF akan menerima pakai strategi peruntukan aset taktikal dan mempunyai keeksibelan untuk mengimbangkan semula peruntukan asetnya antara kelas aset berlainan yang merangkumi ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang dengan sewajarnya, bergantung pada prospek pasaran. Kandungan ekuitinya mungkin dalam lingkungan 30% hingga 98% daripada NAB dana. Baki NAB dana mungkin dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBDYNAF diuruskan secara aktif dan bertujuan untuk mencapai matlamatnya, iaitu menyediakan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan menerima pakai strategi peruntukan aset taktikal, iaitu dengan melabur sebanyak 30% hingga 98% daripada NAB dana dalam ekuiti. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit bagi menolong menjanakan pulangan. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. 83 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Dana menggunakan pendekatan atas ke bawah dan juga bawah ke atas untuk menilai pelaburannya dalam ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang. Dari perspektif atas ke bawah, dana menguruskan pendedahannya kepada setiap kelas aset ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang secara aktif dengan mengambil kira prol risiko-ganjaran kelas aset masing-masing. Bergantung pada prospek pasaran, dana mempunyai keeksibelan untuk mengimbangkan semula peruntukan asetnya antara kelas aset yang berlainan dengan sewajarnya. Dana mungkin melabur sehingga 98% daripada NABnya dalam portfolio ekuiti apabila prospek pasaran adalah positif. Walau bagaimanapun, dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Jika prospek bagi sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang adalah menggalakkan, dana akan memindahkan pelaburannya ke dalam deposit. Bagi pelaburan ekuitinya, dana akan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi saham mewah, saham indeks dan saham pertumbuhan yang tersenarai di pasaran saham domestik dan asing terpilih. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana menerima pakai pendekatan bawah ke atas yang bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Dana juga mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif yang melabur dalam saham yang tersenarai di pasaran domestik dan asing serta waran tersenarai. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai, terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran asing terpilih dalam jangka masa dua tahun. Pendedahan ekuiti dana mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen tersenarai bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Bahagian bukan ekuiti dana dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Sekiranya iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan pasaran ekuiti dijangka lemah, dana akan meningkatkan pemegangannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang. Dana akan melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dengan pelbagai tempoh yang akan membolehkannya mengimbangkan semula peruntukan asetnya dan memanfaatkan peluang-peluang pelaburan antara kelas aset yang berlainan tepat pada masanya. Peruntukan aset antara bon bertempoh panjang, bon bertempoh pendek dan instruman pasaran wang boleh diubah-ubah dengan mengambil kira pertumbuhan ekonomi, arah aliran kadar faedah dan keadaan kecairan pasaran. Dana juga mungkin melabur dalam saham pinjaman boleh tebus dengan ciri boleh tukar untuk meningkatkan pulangan dana. Bagi menguruskan risiko kredit pelaburan sekuriti pendapatan tetapnya, dana akan bergantung pada analisis kredit dan memberi tumpuan kepada sekuriti yang diterbitkan oleh syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang teguh, iaitu nisbah penggearan dan nisbah liputan faedah penerbit adalah dalam paras yang dapat diterima bagi industri di mana syarikat penerbit itu beroperasi. Instrumen pasaran wang yang dilabur oleh dana diterbitkan oleh institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Sehingga 98% daripada NAB dana boleh dilaburkan dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap pasaran asing terpilih yang termasuk Korea Selatan, Hong Kong, Jepun, China, Taiwan, Singapura, India, Thailand, Indonesia, Filipina, Australia, New Zealand, Luxembourg dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana mungkin melabur dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti bagi saham asing terpilih yang tersenarai di Bursa Saham Luxembourg. Nota penyertaan berkaitan ekuiti adalah instrumen yang direka untuk menjejaki sekuriti bertanda. Pergerakan nota ini adalah serupa dengan saham pendasar yang tersenarai di pasarannya masing-masing. Nota ini diterbitkan oleh bank pelaburan asing untuk pelaburan oleh pelabur yang tidak dapat melabur secara langsung dalam saham pendasar asing. Nota ini dibeli dan dijual oleh pelabur dengan cara yang sama seperti dagangan saham. Pelaburan dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti melibatkan risiko rakan urus niaga di mana penerbit nota mungkin tidak dapat menunaikan obligasinya. Ia juga mempunyai risiko pasaran kerana nota ini mungkin tidak menjejaki pergerakan saham pendasarnya dengan rapat. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. 84 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai strategi peruntukan aset taktikal di mana pelaburan diperuntukkan antara kelas aset berlainan merangkumi ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang berdasarkan mandat pelaburan yang eksibel. Dana boleh memanfaatkan peluang-peluang pelaburan yang berpotensi jika prospek pasaran adalah positif sambil mengurangkan pendedahan ekuitinya apabila pasaran ekuiti dijangka lemah. Pengurusan Risiko Khusus Dana Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Peruntukan aset, pengurusan kecairan, strategi pempelbagaian dan lindung nilai yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke paras minimum yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Namun begitu, strategi taktikal tersebut mendedahkan dana kepada kerugian melepas sekiranya pasaran melonjak. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka pelaburan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Berkenaan dengan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh dipengaruhi oleh turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBDYNAF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 70% Indeks MSCI AC Far-East Kecuali Jepun*, dan 30% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan Oleh sebab PBDYNAF menerima pakai strategi peruntukan aset taktikal dengan pendedahan ekuiti dalam lingkungan 30% hingga 98% daripada NAB dana, maka penanda aras yang dipilih bagi PBDYNAF ialah indeks penanda aras komposit yang merangkumi pelaburan hipotetik dalam Indeks MSCI AC Far-East Kecuali Jepun dan KLIBOR 3 Bulan dalam nisbah 70:30. Oleh itu, pulangan bagi indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 70% daripada pulangan Indeks MSCI AC Far-East Kecuali Jepun dan 30% daripada faedah KLIBOR 3 Bulan yang diperoleh bagi tempoh masa yang sama. Indeks MSCI AC Far-East Kecuali Jepun dipilih sebagai penanda aras ekuiti dana kerana ia lebih mewakili pasaran asing di mana dana ini melabur yang termasuk China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Indeks penanda aras komposit ini, iaitu 70% dalam Indeks MSCI AC Far-East Kecuali Jepun dan 30% dalam KLIBOR 3 Bulan merupakan penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBDYNAF kerana ia mencerminkan peruntukan aset dana yang lazimnya adalah 70% daripada NAB dalam ekuiti dalam jangka sederhana hingga panjang. * Oleh sebab indeks yang memberi tumpuan kepada pasaran Asia Pasik mempunyai wajaran indeks yang agak tinggi bagi saham Jepun dan Australia, maka indeks yang tidak memasukkan pasaran Jepun dan Australia digunakan sebagai penanda aras ekuiti dana kerana ia lebih mewakili strategi pelaburan dana. 85 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Maklumat tentang KLIBOR 3 Bulan disediakan oleh Bank Negara Malaysia dan disiarkan dalam bahagian perniagaan akhbar harian. Indeks penutup harian bagi Indeks MSCI AC Far-East Kecuali Jpeun boleh didapati di Bloomberg L.P. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. Sumber: MSCI. MSCI mahupun mana-mana pihak lain yang terlibat dalam atau berkaitan dengan penyusunan, pengiraan atau pembuatan data MSCI tidak membuat apa-apa jaminan atau pernyataan yang tersurat atau tersirat berkaitan dengan data tersebut (atau keputusan yang akan diperoleh daripada penggunaannya), dan semua pihak tersebut dengan ini secara nyata menolak semua jaminan keaslian, ketepatan, kesempurnaan, kebolehdagangan atau kesesuaian bagi tujuan tertentu berkaitan dengan mana-mana data tersebut. Tanpa mengehadkan mana-mana yang di atas, MSCI, mana-mana syarikat gabungannya atau mana-mana pihak ketiga yang terlibat dalam atau berkaitan dengan penyusunan, pengiraan atau pembuatan data sama sekali tidak akan mempunyai apa-apa tanggungan terhadap apa-apa ganti rugi langsung, tidak langsung, khas, punitif, turutan atau apa-apa ganti rugi lain (termasuk kehilangan keuntungan) walaupun diberitahu mengenai kemungkinan ganti rugi tersebut. Edaran atau penyebaran lanjut data MSCI tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis nyata daripada MSCI. 86 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA MIXED ASSET CONSERVATIVE (PBMAC) Prol Dana Kategori Dana Dana aset campuran (konservatif) Jenis Dana Pendapatan dan pertumbuhan modal Julat Sekuriti Pendapatan Tetap Dana 60% hingga 75% Julat Ekuiti Dana Hingga 35% Prol Pemilihan Sekuriti Dana Sekuriti pendapatan tetap dan ekuiti Dasar Agihan Tahunan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Zaharudin bin Ghazali dan Andrew Seah Saik Weng Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan sekuriti pendapatan tetap dan ekuitinya di bawah julat dan had yang dinyatakan di atas sambil meningkatkan pelaburannya dalam aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran sekuriti pendapatan tetap dan ekuiti. Objektif Dana Untuk menyediakan pendapatan* dan mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang melalui portfolio terpelbagai sekuriti pendapatan tetap dan ekuiti. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mahukan pendapatan* tahunan dan pertumbuhan modal melalui strategi peruntukan aset campuran yang konservatif. * Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut mengenai dasar agihan. Dasar Pelaburan PBMAC melabur dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap, ekuiti dan instrumen pasaran wang bagi memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang unitnya. Dana biasanya mengekalkan pendedahan sekuriti pendapatan tetap dalam lingkungan 60% hingga 75% daripada NABnya. Dana mungkin melabur sehingga 35% daripada NABnya dalam ekuiti. Baki NAB dana mungkin dilaburkan dalam aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. 87 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Strategi Pelaburan PBMAC diuruskan secara aktif dan bertujuan untuk mencapai objektifnya dengan melabur dalam sekuriti pendapatan tetap, ekuiti dan instrumen pasaran wang. Untuk menyediakan pendapatan, dana akan melabur sebahagian besar, iaitu di antara 60% hingga 75% daripada NABnya dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat). Pelaburan dana dalam sekuriti pendapatan tetap pelbagai tempoh akan bergantung pada pertumbuhan ekonomi, arah aliran kadar faedah dan keadaan kecairan pasaran. Saham pinjaman boleh tebus dengan ciri boleh tukar juga mungkin dipertimbangkan. Bagi menguruskan risiko kredit pelaburan sekuriti pendapatan tetapnya, dana akan bergantung pada analisis kredit dan memberi tumpuan kepada sekuriti pendapatan tetap yang diterbitkan oleh syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang teguh. Pelaburan dana dalam sekuriti pendapatan tetap mestilah mempunyai penafaran kredit minimum sekurang-kurangnya A- / P2 oleh RAM Holdings Berhad (RAM) atau penarafan setarafnya oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) pada masa belian. Sekiranya penarafan kredit sekuriti pendapatan tetap diturunkan di bawah gred pelaburan minimum yang ditetapkan, Pengurus akan mengambil kira faktor- faktor yang termasuk kecairan dagangan dan ketersediaan bida pasaran pada penilaian pasaran semasa sebelum membuat keputusan tentang cara dan jangka masa pemberhentian pelaburan. Untuk mencapai pertumbuhan modal, dana boleh melabur sehingga 35% daripada NABnya dalam ekuiti. Pelaburan ekuiti dana memberi tumpuan kepada portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai, terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran asing terpilih dalam jangka masa dua tahun. Dana mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif yang melabur dalam pasaran domestik atau pasaran asing terpilih serta waran tersenarai. Pendedahan ekuiti dana boleh menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Instrumen pasaran wang yang dilaburkan oleh dana diterbitkan oleh institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana mungkin melabur sehingga 25% daripada NABnya dalam pasaran ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap asing yang termasuk China, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan pasaran lain yang dibenarkan. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menerima pendapatan dan pertumbuhan modal melalui penyertaan dalam portfolio pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan ekuiti. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan dan strategi pempelbagaian yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. 88 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Berkenaan dengan portfolio sekuriti pendapatan tetap dana, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi portfolio mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Bagi portfolio ekuiti dana pula, kemerosotan teruk dalam pasaran ekuiti boleh menjejaskan nilai pelaburan dana. Apabila penilaian pasaran ekuiti dianggap tidak memberangsangkan, pendedahan ekuiti dana akan dikurangkan sewajarnya. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka pelaburan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBMAC Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 65% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan; dan 35% IKKL FTSE Bursa Malaysia (IKKL FBM). Oleh sebab PBMAC pada umumnya mengekalkan pendedahan sekuriti pendapatan tetap dalam lingkungan 60% hingga 75% daripada NABnya, maka penanda aras yang dipilih bagi PBMAC ialah indeks penanda aras komposit yang merangkumi pelaburan hipotetik dalam KLIBOR 3 Bulan dan IKKL FBM dalam nisbah 65:35. Oleh itu, pulangan bagi indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 65% daripada faedah KLIBOR 3 Bulan yang diperoleh dan 35% daripada pulangan IKKL FBM bagi tempoh masa yang sama. IKKL FBM dipilih sebagai penanda aras ekuiti dana kerana dana akan menumpukan pelaburannya dalam pasaran domestik. IKKL FBM adalah indeks permodalan pasaran berwajaran terlaras apungan bebas yang terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Pasaran Utama Bursa Malaysia mengikut permodalan pasaran penuh. Indeks penanda aras komposit ini yang merangkumi 65% dalam kadar KLIBOR 3 Bulan dan 35% dalam IKKL FBM merupakan penanda aras prestasi yang sesuai untuk PBMAC kerana ia mencerminkan peruntukan aset dana dalam sekuriti pendapatan tetap dan ekuiti dalam jangka sederhana hingga panjang. Maklumat tentang KLIBOR 3 Bulan disediakan oleh Bank Negara Malaysia dan disiarkan dalam bahagian perniagaan akhbar harian. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang IKKL FBM, pelabur boleh merujuk laman web Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com di bawah Bahagian Maklumat Pasaran) untuk senarai saham komponen IKKL FBM dan maklumat urus niaga seperti harga dagangan terakhir, harga penutup sebelumnya, jumlah didagangkan, paras tertinggi dan terendah untuk hari itu dan maklumat lain. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. 89 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. FTSE, FT-SE dan Footsie adalah tanda dagangan syarikat-syarikat London Stock Exchange Group dan digunakan oleh FTSE International Limited (FTSE) di bawah lesen. BURSA MALAYSIA adalah tanda dagangan Bursa Malaysia Berhad (BURSA MALAYSIA). IKKL FTSE BURSA MALAYSIA dikira oleh FTSE. Semua hak harta intelek dalam nilai indeks dan juzuk adalah kepunyaan FTSE dan BURSA MALAYSIA. FTSE mahupun BURSA MALAYSIA tidak menaja, mengendors atau mempromosikan produk ini dan tidak dalam apa-apa segi berkaitan dengannya dan tidak mengambil sebarang tanggungjawab terhadapnya. Public Mutual Berhad telah mendapat lesen penuh daripada FTSE untuk menggunakan hak harta intelek tersebut dalam terbitan produk ini. 90 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA BALANCED (PBBF) Prol Dana Kategori Dana Dana seimbang Jenis Dana Pendapatan dan pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 40% hingga 60% Julat Sekuriti Pendapatan Tetap Dana 40% hingga 60% Prol Pemilihan Saham Dana Saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Chiang Kang Pey dan Ng Joo Tsong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk menyediakan pendapatan* yang stabil dan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal dan sebahagian kecilnya pendapatan*. *Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Dasar Pelaburan Untuk mewujudkan campuran berhemat yang merangkumi terutamanya ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap Malaysia dalam nisbah 60:40 yang selaras dengan objektif dana. Kandungan ekuitinya adalah di antara 40% hingga 60% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBBF diuruskan secara aktif dan bertujuan untuk mencapai objektifnya, iaitu menghasilkan pendapatan yang stabil dan berulang di samping mendapatkan pertumbuhan modal dalam jangka panjang dengan mematuhi pendekatan peruntukan aset yang seimbang, iaitu dengan melabur 40% hingga 60% daripada NAB dalam ekuiti. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Pelaburan ekuiti dana memberi tumpuan terutamanya kepada portfolio terpelbagai merangkumi syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tersenarai di Bursa Securities. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. 91 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Bahagian bukan ekuiti dana dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Untuk menjanakan pendapatan berulang yang dikehendaki, dana pada umumnya akan mengekalkan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap sebanyak 40% hingga 60% daripada NABnya. Dana akan melabur dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap dengan pelbagai tempoh bergantung pada pertumbuhan ekonomi, arah aliran kadar faedah dan keadaan kecairan pasaran. Bagi menguruskan risiko kredit pelaburan sekuriti pendapatan tetapnya, dana akan bergantung pada analisis kredit dan memberi tumpuan kepada sekuriti pendapatan tetap yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang teguh, iaitu nisbah penggearan dan nisbah liputan faedah penerbit adalah dalam paras yang dapat diterima bagi industri tertentu di mana syarikat penerbit beroperasi. Sekiranya kadar hasil menarik dan arah aliran kadar faedah menggalakkan, pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap akan dipertingkatkan. Walaupun perlu mendapatkan aliran pendapatan yang stabil dan berulang, pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair seringkali dipertingkatkan dan peruntukan ekuiti dikurangkan apabila kemerosotan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Sebaliknya, apabila pasaran ekuiti dijangka meraih prestasi yang baik, dana diperuntukkan semula daripada aset pendapatan tetap kepada ekuiti. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana mungkin melabur dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap asing yang termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, China, Thailand, Indonesia, Filipina dan pasaran lain yang dibenarkan. Pelaburan dana dalam pasaran asing adalah sampingan kepada tumpuan utamanya, iaitu melabur dalam pasaran domestik. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam Tawaran Awam Awal (IPO) syarikat-syarikat yang cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran asing lain yang dibenarkan. Dana juga mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik dan pasaran asing serta waran tersenarai. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk melabur dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap melalui pendekatan seimbang untuk mengagihkan risiko. Pulangan yang kemungkinannya tinggi tetapi amat meruap daripada pelaburan ekuiti disederhanakan oleh prestasi yang agak stabil daripada sekuriti pendapatan tetap. Ekoran itu, pulangan dana seharusnya nyata sekali kurang meruap daripada pasaran ekuiti. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan dan strategi pempelbagaian yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Berkenaan dengan sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Oleh sebab pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka pelaburan dana dalam waran tersenarai akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. 92 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBBF Untuk menggambarkan skop dan parameter dana dengan lebih jelas terutamanya berkaitan dengan kekangan ekuiti 60%, Indeks Public Balanced Equity (PBEIX) telah diwujudkan. PBEIX adalah indeks komposit yang nilainya tertakluk kepada perubahan harian dalam IKKL FTSE Bursa Malaysia (IKKL FBM) dan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 bulan dalam nisbah 60:40. Indeks ini diandaikan akan diimbangkan semula kepada pendedahan ekuiti 60% pada akhir setiap hari dagangan. Indeks Public Balanced Equity (PBEIX) adalah indeks penanda aras komposit empunya yang terdiri daripada pelaburan hipotetik dalam IKKL FBM dan KLIBOR 3 Bulan dalam nisbah 60:40. Oleh itu, pulangan bagi PBEIX bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 60% daripada pulangan IKKL FBM dan 40% daripada faedah KLIBOR 3 Bulan yang diperoleh bagi tempoh masa yang sama. IKKL FBM adalah indeks permodalan pasaran berwajaran terlaras apungan bebas yang terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Pasaran Utama Bursa Malaysia mengikut permodalan pasaran penuh. Oleh sebab ia juga diikuti secara meluas dan merupakan perwakilan Bursa Securities yang mudah difahami, maka dianggap bahawa penanda aras ekuiti yang paling sesuai bagi dana ini ialah IKKL FBM. Bagi tujuan indeks ini, pulangan bagi KLIBOR 3 Bulan dikira dengan mengakrukan faedah yang diperoleh secara harian daripada kadar penutup harian KLIBOR 3 Bulan yang disebut. PBEIX merupakan penanda aras prestasi yang sesuai untuk mengukur prestasi PBBF memandangkan komposisi portfolio ekuiti dana sebanyak 60%. Prestasi dana ini dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. FTSE, FT-SE dan Footsie adalah tanda dagangan syarikat-syarikat London Stock Exchange Group dan digunakan oleh FTSE International Limited (FTSE) di bawah lesen. BURSA MALAYSIA adalah tanda dagangan Bursa Malaysia Berhad (BURSA MALAYSIA). IKKL FTSE BURSA MALAYSIA dikira oleh FTSE. Semua hak harta intelek dalam nilai indeks dan juzuk adalah kepunyaan FTSE dan BURSA MALAYSIA. FTSE mahupun BURSA MALAYSIA tidak menaja, mengendors atau mempromosikan produk ini dan tidak dalam apa-apa segi berkaitan dengannya dan tidak mengambil sebarang tanggungjawab terhadapnya. Public Mutual Berhad telah mendapat lesen penuh daripada FTSE untuk menggunakan hak harta intelek tersebut dalam terbitan produk ini. 93 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA ASIA REAL ESTATE INCOME (PBAREIF) Prol Dana Kategori Dana Dana seimbang Jenis Dana Pendapatan dan pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 40% hingga 60% Julat Sekuriti Pendapatan Tetap Dana 40% hingga 60% Prol Pemilihan Saham Dana Saham harta, hotel dan peranginan dan dana pelaburan harta tanah Dasar Agihan Tahunan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Lum Peck Woon dan Loo See Seong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dan pendapatan* dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam syarikat yang terlibat terutamanya dalam pelaburan dan pembangunan harta, pembangunan dan pelaburan hotel dan peranginan, dana amanah pelaburan harta tanah (REIT), syarikat yang mempunyai aset harta atau harta tanah yang signikan dan sekuriti pendapatan tetap di pasaran domestik dan serantau. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal dan sebahagian kecilnya pendapatan*. *Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Dasar Pelaburan Untuk mewujudkan campuran berhemat yang merangkumi ekuiti dan REIT, dan sekuriti pendapatan tetap dalam nisbah 60:40 yang selaras dengan objektif dana. Pelaburan ekuitinya dan kandungan REIT dari segi NAB ialah dalam lingkungan di antara 40% hingga 60% daripada NAB dana. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBAREIF diuruskan secara aktif dan bertujuan untuk mencapai objektifnya, iaitu mencapai pertumbuhan modal dan pendapatan dalam jangka sederhana hingga panjang dengan mematuhi pendekatan peruntukan aset yang seimbang, iaitu melabur 40% hingga 60% daripada NABnya dalam ekuiti dan REIT. Dana memberi tumpuan kepada melabur dalam syarikat yang terlibat terutamanya dalam pelaburan dan pembangunan harta, pembangunan dan pelaburan hotel dan peranginan, dan dana pelaburan harta tanah (REIT) di pasaran domestik dan serantau untuk menyediakan pertumbuhan modal dana. Dana juga mungkin melabur dalam syarikat 94 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) yang mempunyai aset harta atau harta tanah yang besar, iaitu syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 70% daripada asetnya terdiri daripada aset harta atau harta tanah. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Proses pelaburan dana juga termasuk menaksir pelbagai nisbah penilaian seperti Nisbah Harga Perolehan (PER) dan nisbah Harga kepada Aset Ketara Bersih (Harga/NTA) saham/REIT. Kadar hasil dividen saham harta dan REIT juga dipertimbangkan. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap untuk menjanakan pendapatan berulang yang dikehendaki. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Dana juga mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Untuk menjanakan pendapatan berulang yang dikehendaki, dana pada umumnya akan mengekalkan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap sebanyak 40% hingga 60% daripada NABnya. Dana akan melabur dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap dengan pelbagai tempoh bergantung pada pertumbuhan ekonomi, arah aliran kadar faedah dan keadaan kecairan pasaran. Bagi menguruskan risiko kredit pelaburan sekuriti pendapatan tetapnya, dana akan bergantung pada analisis kredit yang memberi tumpuan kepada sekuriti pendapatan tetap yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang teguh, iaitu nisbah penggearan dan nisbah liputan faedah penerbit adalah dalam paras yang dapat diterima bagi industri di mana syarikat penerbit beroperasi. Sekiranya kadar hasil menarik dan arah aliran kadar faedah menggalakkan, pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap akan dipertingkatkan. Walau bagaimanapun, pada umumnya, pelaburan dalam sekuriti pendapatan pendapatan tetap dan aset cair dipertingkatkan dan peruntukan ekuiti dikurangkan apabila kemerosotan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Sebaliknya, apabila pasaran ekuiti dijangka meraih prestasi yang baik, dana diperuntukkan semula daripada aset pendapatan tetap kepada ekuiti. Sehingga 60% daripada NAB dana boleh dilaburkan dalam ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap pasaran serantau terpilih yang termasuk Jepun, Australia, Korea Selatan, Taiwan, China, Hong Kong, New Zealand, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan pasaran lain yang dibenarkan. Dana boleh melabur sehingga 20% daripada NABnya dalam pasaran Australia dan New Zealand. Dana juga mungkin melabur dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti bagi saham serantau terpilih yang tersenarai di Bursa Saham Luxembourg. Nota penyertaan berkaitan ekuiti adalah instrumen yang direka untuk menjejaki sekuriti bertanda. Pergerakan nota ini adalah serupa dengan saham pendasar yang tersenarai di pasarannya masing-masing. Nota ini diterbitkan oleh syarikat pembrokeran asing antarabangsa untuk pelaburan oleh pelabur yang tidak dapat melabur secara langsung dalam saham pendasar asing. Nota ini dibeli dan dijual oleh pelabur dengan cara yang sama seperti dagangan saham. Pelaburan dalam nota penyertaan berkaitan ekuiti melibatkan risiko rakan urus niaga di mana penerbit nota mungkin tidak dapat menunaikan obligasinya. Ia juga mempunyai risiko pasaran kerana nota ini mungkin tidak menjejaki pergerakan saham pendasarnya dengan rapat. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di Bursa Securities atau pasaran serantau terpilih dalam jangka masa dua tahun. Dana mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran domestik atau pasaran serantau terpilih dan juga waran tersenarai. Pendedahan ekuiti dana mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai merangkumi saham syarikat yang terlibat terutamanya dalam pelaburan dan pembangunan harta, pembangunan dan pelaburan hotel dan peranginan dan dana pelaburan harta tanah (REIT) di pasaran domestik dan serantau. 95 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan, strategi pempelbagaian dan lindung nilai yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Berkenaan dengan sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor seperti pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBAREIF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 60% berdasarkan juzuk-juzuk dalam sektor harta tanah Indeks Standard & Poors BMI Asia Pasifk yang diubahsuai oleh S&P Opco, LLC kepada wajaran berikut, iaitu 20% Jepun, 20% Australia, 20% Malaysia dan baki 40% lagi untuk negara-negara selebihnya dalam rangkuman indeks pada masa ini termasuk Saham H China, Hong Kong, Indonesia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Korea dan Thailand. Sektor harta tanah ditakrifkan oleh Piawaian Klasikasi Industri Global (GICS) ketika itu dan sekarang, dan 40% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan Penanda aras yang dipilih bagi PBAREIF ialah indeks penanda aras komposit yang terdiri daripada pelaburan hipotetik dalam sektor harta tanah Indeks S&P BMI Asia Pasik dan KLIBOR 3 Bulan dalam nisbah 60:40. Oleh itu, pulangan bagi indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 60% daripada pulangan sector harta tanah Indeks S&P BMI Asia Pasik dan 40% daripada faedah KLIBOR 3 Bulan yang diperoleh bagi tempoh yang sama. Indeks penanda aras komposit ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai untuk PBAREIF kerana dana mungkin hanya melabur sehingga 60% daripada NABnya dalam portfolio saham yang terlibat terutamanya dalam pelaburan dan pembangunan harta, pembangunan dan pelaburan hotel dan peranginan, dana pelaburan harta tanah (REIT), syarikat yang mempunyai aset harta atau harta tanah yang besar dalam pasaran domestik dan serantau, manakala baki NAB dana dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang. Maklumat tentang KLIBOR 3 Bulan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia disiarkan dalam bahagian perniagaan akhbar harian. Maklumat tentang indeks khusus diperoleh daripada S&P Opco, LLC. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. 96 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. Indeks khusus dalam sektor harta tanah Indeks Standard & Poors BMI Asia Pasik (Indeks) adalah harta eksklusif S&P Opco, LLC, iaitu anak syarikat Indeks S&P Dow Jones LLC (Indeks S&P Dow Jones) dan/atau syarikat-syarikat gabungannya. Public Mutual Berhad telah mengikat kontrak dengan Indeks S&P Dow Jones untuk mengira dan menyelenggarakan Indeks ini. Indeks S&P Dow Jones mahupun syarikat-syarikat gabungannya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau peninggalan dalam pengiraan Indeks ini. 97 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA AUSTRALIA DYNAMIC BALANCED (PBADBF) Prol Dana Kategori Dana Dana seimbang Jenis Dana Pendapatan dan pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 40% hingga 60% Julat Sekuriti Pendapatan Tetap Dana 40% hingga 60% Prol Pemilihan Saham Dana Saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Lum Ming Jang dan Chen Yuet Fong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai pendapatan* dan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang. Dana ini akan melabur dalam ekuiti terutamanya dalam pasaran Australia dan bakinya dalam pasaran New Zealand. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal dan sebahagian kecilnya pendapatan*. *Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Dasar Pelaburan Untuk mewujudkan campuran berhemat yang merangkumi ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap dalam nisbah 60:40 yang selaras dengan objektif dana. Kandungan ekuiti PBADBF ialah dalam lingkungan di antara 40% hingga 60% daripada NABnya. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBADBF diuruskan secara aktif dan bertujuan untuk mencapai objektifnya, iaitu menghasilkan pendapatan di samping mendapatkan pertumbuhan modal dalam jangka panjang dengan mematuhi pendekatan peruntukan aset yang seimbang, iaitu melabur 40% hingga 60% daripada NABnya dalam ekuiti. Dana akan melabur terutamanya dalam ekuiti di pasaran Australia dan bakinya di pasaran New Zealand. Sehingga 10% daripada pelaburan ekuiti dana boleh dilaburkan dalam pasaran New Zealand. Pelaburan ekuiti dana diuruskan secara dinamik di mana Pengurus Dana akan mengkaji semula, mengimbang semula dan mengatur semula kedudukan dana secara berkala menurut perubahan dalam keadaan ekonomi dan pasaran kewangan, sentimen dan prospek masa depan. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan deposit untuk menjanakan pendapatan berulang yang dikehendaki. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. 98 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pelaburan ekuiti dana memberi tumpuan terutamanya kepada portfolio terpelbagai merangkumi syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tersenarai di pasaran saham Australia dan New Zealand. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Bahagian bukan ekuiti dana dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Untuk menjanakan pendapatan berulang yang dikehendaki, dana pada umumnya akan mengekalkan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap sebanyak 40% hingga 60% daripada NABnya. Dana akan melabur dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap dengan pelbagai tempoh bergantung kepada pertumbuhan ekonomi, arah aliran kadar faedah dan keadaan kecairan pasaran. Bagi menguruskan risiko kredit pelaburan sekuriti pendapatan tetapnya, dana akan bergantung pada analisis kredit dan memberi tumpuan kepada sekuriti pendapatan tetap yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang teguh, iaitu nisbah penggearan dan nisbah liputan faedah penerbit adalah dalam paras yang dapat diterima bagi industri di mana syarikat penerbit beroperasi. Sekiranya kadar hasil menarik dan arah aliran kadar faedah menggalakkan, pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap akan dipertingkatkan. Walaupun perlu mendapatkan aliran pendapatan yang stabil dan berulang, pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair seringkali dipertingkatkan dan peruntukan ekuiti dikurangkan apabila kemerosotan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Sebaliknya, apabila pasaran ekuiti dijangka meraih prestasi yang baik, dana diperuntukkan semula daripada sekuriti pendapatan tetap kepada ekuiti. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di pasaran Australia dan New Zealand dalam jangka masa dua tahun. Dana juga mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dengan objektif pelaburan yang serupa dalam pasaran Australia dan New Zealand serta waran tersenarai. Pendedahan ekuiti dana mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan dalam pasaran Australia dan New Zealand. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan dan strategi pempelbagaian yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Berkenaan dengan sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan yang berkaitan dengan pelaburan dana dalam pasaran Australia akan dipantau secara berterusan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran tersenarai berpotensi meningkatkan kemeruapan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. 99 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBADBF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 60% Indeks S&P/ASX 200, dan 40% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan Penanda aras yang dipilih bagi PBADBF ialah indeks penanda aras komposit yang terdiri daripada pelaburan hipotetik dalam Indeks S&P/ASX 200 dan KLIBOR 3 Bulan dalam nisbah 60:40. Oleh itu, pulangan bagi indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 60% daripada pulangan Indeks S&P/ASX 200 dan 40% daripada faedah KLIBOR 3 Bulan yang diperoleh bagi tempoh yang sama. Saham komponen Indeks S&P/ASX 200 terdiri daripada saham utama dari pasaran Australia. Indeks penanda aras komposit ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai untuk PBADBF kerana dana mungkin hanya melabur sehingga 60% daripada NABnya dalam portfolio saham terutamanya dalam pasaran Australia dan bakinya dalam pasaran New Zealand, manakala baki NAB dana dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair. Indeks penutup harian bagi Indeks S&P/ASX 200 boleh didapati daripada Bloomberg L.P. Maklumat tentang KLIBOR 3 Bulan disediakan oleh Bank Negara Malaysia yang disiarkan dalam bahagian perniagaan akhbar harian. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. 100 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA INDONESIA BALANCED (PBINDOBF) Prol Dana Kategori Dana Dana seimbang Jenis Dana Pendapatan dan pertumbuhan modal Julat Ekuiti Dana 40% hingga 60% Julat Sekuriti Pendapatan Tetap Dana 40% hingga 60% Prol Pemilihan Saham Dana Saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan Dasar Agihan Sampingan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Lum Peck Woon dan Lee Chun Hong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan ekuitinya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Objektif Dana Untuk mencapai pendapatan* dan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio pelaburan terutamanya dalam pasaran Indonesia. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang mampu menahan naik turun pasaran saham dalam mengejar pertumbuhan modal dan sebahagian kecilnya pendapatan*. *Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Dasar Pelaburan Untuk mewujudkan campuran berhemat yang merangkumi ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap dalam nisbah 60:40 yang selaras dengan objektif dana. Kandungan ekuiti PBINDOBF ialah dalam lingkungan di antara 40% hingga 60% daripada NABnya. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap domestik dan asing serta aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBINDOBF diuruskan secara aktif dan bertujuan untuk mencapai objektifnya, iaitu menghasilkan pendapatan di samping mendapatkan pertumbuhan modal dalam jangka panjang dengan mematuhi pendekatan peruntukan aset yang seimbang, iaitu melabur 40% hingga 60% daripada NABnya dalam ekuiti di pasaran Indonesia dan termasuk perniagaan/syarikat Indonesia yang tersenarai di pasaran lain yang dibenarkan. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap lain untuk menjanakan pendapatan berulang yang dikehendaki. Dana akan melabur minimum 60% daripada NAB dana di Indonesia. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. 101 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pelaburan ekuiti oleh dana sehingga 60% daripada NABnya memberi tumpuan terutamanya kepada portfolio terpelbagai merangkumi syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang tersenarai terutamanya di pasaran Indonesia dan termasuk perniagaan/syarikat Indonesia yang tersenarai di pasaran lain yang dibenarkan. Dalam mengenal pasti syarikat sedemikian, dana bergantung pada penyelidikan asas di mana keteguhan kedudukan kewangan, prospek industri, kualiti pengurusan dan rekod prestasi lepas syarikat dinilai. Bahagian bukan ekuiti dana dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) domestik dan asing dan aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit. Untuk menjanakan pendapatan berulang yang dikehendaki, dana pada umumnya akan mengekalkan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap sebanyak 40% hingga 60% daripada NABnya. Dana akan melabur dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap dengan pelbagai tempoh bergantung kepada pertumbuhan ekonomi, arah aliran kadar faedah dan keadaan kecairan pasaran. Bagi menguruskan risiko kredit pelaburan sekuriti pendapatan tetapnya, dana akan bergantung pada analisis kredit dan memberi tumpuan kepada sekuriti pendapatan tetap yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang teguh, iaitu nisbah penggearan dan nisbah liputan faedah penerbit adalah dalam paras yang dapat diterima bagi industri di mana syarikat penerbit beroperasi. Sekiranya kadar hasil menarik dan arah aliran kadar faedah menggalakkan, pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap akan dipertingkatkan. Walaupun perlu mendapatkan aliran pendapatan yang stabil dan berulang, pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair seringkali dipertingkatkan dan peruntukan ekuiti dikurangkan apabila kemerosotan dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti. Sebaliknya, apabila pasaran ekuiti dijangka meraih prestasi yang baik, dana diperuntukkan semula daripada aset pendapatan tetap kepada ekuiti. Dana juga mungkin mempertimbangkan pelaburan dalam ekuiti tidak tersenarai terutamanya dalam syarikat yang dijangka cuba mendapatkan penyenaraian di pasaran Indonesia dan termasuk perniagaan/syarikat Indonesia yang akan disenaraikan di pasaran lain yang dibenarkan dalam jangka masa dua tahun. Dana juga mungkin melabur dalam skim pelaburan kolektif dalam pasaran Indonesia dan pasaran lain yang dibenarkan serta waran tersenarai. Pendedahan ekuiti dana mungkin menyebabkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa pergerakan pasaran yang buruk. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin menggunakan kontrak hadapan dan opsyen bagi melindung nilai daripada kemeruapan pasaran. Manfaat Khusus Dana Dana memberi anda peluang untuk menyertai potensi pertumbuhan jangka panjang portfolio terpelbagai merangkumi saham indeks, saham mewah dan saham pertumbuhan dalam pasaran Indonesia dan termasuk perniagaan/syarikat Indonesia yang tersenarai di pasaran lain yang dibenarkan. Pengurusan Risiko Khusus Dana Peruntukan aset, pengurusan kecairan, strategi pempelbagaian dan lindung nilai yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Mungkin terdapat situasi, seperti apabila kemerosotan teruk dijangka berlaku dalam pasaran ekuiti dan risiko kecairan adalah tinggi, maka pendedahan ekuiti dikurangkan ke bawah paras yang dinyatakan sebagai strategi defensif sementara. Berkenaan dengan sekuriti pendapatan tetap, haruslah diambil perhatian bahawa prestasi sekuriti pendapatan tetap mungkin terjejas sekiranya kadar faedah naik mendadak. Nilai sekuriti pendapatan tetap juga mungkin turun naik berdasarkan kualiti kredit penerbit. Oleh yang demikian, pendedahan kepada sekuriti pendapatan tetap dalam portfolio diuruskan untuk memastikan tahap risiko sepadan dengan potensi pulangan. Prestasi instrumen pasaran wang dan deposit juga boleh menerima kesan daripada turun naik dalam kadar faedah dan risiko kredit institusi kewangan. Bagi menguruskan risiko kredit instrumen ini, penarafan kredit institusi kewangan dipantau secara berterusan. Risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan yang berkaitan dengan pelaburan dana dalam pasaran Indonesia akan dipantau secara berterusan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor yang termasuk pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Pelaburan dana di luar negara yang lain juga akan dipantau untuk menumpukan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risikonya. 102 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Oleh sebab penyertaan dalam kontrak hadapan dan opsyen bagi tujuan lindung nilai berpotensi meningkatkan pulangan dana, maka penyertaan dana dalam instrumen ini akan dinilai secara berterusan dan diuruskan sewajarnya. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBINDOBF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 60% Indeks Jakarta LQ-45 (LQ 45) dalam nilai Ringgit, 20% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan, dan 20% Kadar Tawaran Antara Bank Jakarta 3 Bulan (JIBOR) Penanda aras yang dipilih bagi PBINDOBF ialah indeks penanda aras komposit empunya yang terdiri daripada pelaburan hipotetik dalam LQ 45, KLIBOR 3 Bulan dan JIBOR 3 Bulan dalam nisbah 60:20:20. Oleh itu, pulangan bagi indeks bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 60% daripada pulangan LQ 45, 20% daripada faedah KLIBOR 3 Bulan dan 20% daripada faedah JIBOR 3 Bulan yang diperoleh bagi tempoh yang sama. Indeks ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai untuk PBINDOBF kerana dana mungkin hanya melabur sehingga 60% daripada NABnya dalam ekuiti. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang Malaysia dan Indonesia dan oleh yang demikian, maka dianggap wajar penanda aras ini menggabungkan pulangan daripada pelaburan dalam pasaran-pasaran ini. Indeks penutup harian bagi LQ 45 dan JIBOR boleh didapati daripada Bloomberg L.P. Maklumat tentang KLIBOR 3 Bulan disediakan oleh Bank Negara Malaysia yang disiarkan dalam bahagian perniagaan akhbar harian. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. 103 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA FIXED INCOME (PBFI) Prol Dana Kategori Dana Dana bon Jenis Dana Pendapatan Julat Sekuriti Pendapatan Tetap Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Pelaburan Aset Dana Sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang Dasar Agihan Tahunan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Zaharudin bin Ghazali dan Evelyn Cheong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan sekuriti pendapatan tetapnya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam aset cair yang termasuk instrument pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran sekuriti pendapatan tetap. Objektif Dana Untuk menyediakan aliran pendapatan* tahunan yang stabil melalui pelaburannya dalam sekuriti hutang swasta (bon) dan instrumen pasaran wang. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. * Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Dasar Pelaburan PBFI diuruskan secara aktif dan melabur dalam sekuriti pendapatan tetap yang termasuk sekuriti hutang swasta (bon) dan instrumen pasaran wang untuk memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan tahunan kepada pemegang unit. Pelaburan sekuriti pendapatan tetapnya merangkumi bon kerajaan dan tajaan kerajaan, serta sekuriti hutang swasta (tersenarai dan tidak tersenarai). Saham pinjaman boleh tebus dengan ciri boleh tukar untuk meningkatkan pulangan dana juga dimasukkan dalam portfolio dana. Dana pada umumnya mengekalkan pendedahan sekuriti pendapatan tetapnya dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBFI bertujuan untuk memenuhi objektifnya, iaitu menghasilkan aliran pendapatan tahunan yang stabil dan berulang dengan melabur dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Pelaburan dalam saham pinjaman boleh tebus dengan ciri boleh tukar untuk meningkatkan pulangan dana juga turut dipertimbangkan. Saham pinjaman ini tidak akan ditukar tetapi akan dilupuskan sebelum matang atau dipegang sehingga matang. Saham pinjaman yang dipegang sehingga matang tidak akan ditukar kepada ekuiti dan akan ditebus untuk tunai. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. 104 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Dana akan berusaha untuk memaksimumkan potensi pulangannya dengan melabur dalam sekuriti pendapatan tetap yang mampu meraih kadar hasil yang lebih tinggi daripada instrumen pasaran wang. Dengan berbuat demikian, dana akan terdedah kepada risiko pergerakan kadar faedah yang tidak menggalakkan dan penurunan penarafan kredit. Sebaliknya, sekiranya kadar faedah berubah kepada menggalakkan, iaitu turun, atau penarafan kredit sekuriti pendapatan tetap bertambah baik, maka dana akan mendapat manfaat daripada kenaikan harga yang berlaku itu. Bagaimanapun, risiko kredit yang dihadapi adalah dihadkan ke tahap di mana sebarang sekuriti pendapatan tetap yang dana ini melabur mestilah mempunyai penarafan kredit yang tidak rendah daripada BBB pada masa belian. Namun begitu, pendedahan dana kepada potensi risiko dan pulangan perlu diuruskan secara aktif untuk mencapai tukar ganti risiko-ganjaran yang berpatutan kepada dana. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana mungkin melabur dalam sekuriti pendapatan tetap asing. Pasaran asing yang dana mungkin melabur ialah Singapura, Jepun, Hong Kong, Australia, United Kingdom dan pasaran lain yang dibenarkan. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran yang dibenarkan yang tersebut di atas. Manfaat Khusus Dana Dana ini memberi anda akses kepada pasaran sekuriti pendapatan tetap yang biasanya tidak dapat diakses oleh pelabur biasa kerana ia adalah pasaran untuk institusi di mana blok standard urus niaganya berjumlah RM5 juta. Dana melabur dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap yang terpelbagai yang mempunyai prol yang berbeza dari segi kematangan, penarafan kredit dan sektor untuk menghasilkan pulangan yang pada umumnya lebih tinggi daripada deposit tetap. Pengurusan Risiko Khusus Dana Pada dasarnya, proses pengurusan risiko dalam PBFI tertumpu kepada menguruskan kesan perubahan dalam arah aliran kadar faedah dan prol risiko kredit setiap penerbit sekuriti pendapatan tetap. Pengurus Dana akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan potensi risiko di atas diuruskan dengan menerima pakai pelbagai strategi pelaburan seperti mengubah peruntukan aset dan sebagainya untuk menyesuaikan ciri risiko dan pulangan dana. Walau bagaimanapun, sekiranya Pengurus Dana silap menilai keadaan pasaran atau menggunakan strategi pelaburan yang tidak sesuai, prestasi dana mungkin menerima kesan buruk. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor seperti pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBFI Penanda aras bagi PBFI adalah berdasarkan kadar deposit tetap, berlawanan dengan indeks bon korporat yang lebih konvensional kerana dana ini pada dasarnya diuruskan dengan cara yang agak konservatif dengan tujuan utama untuk mengatasi prestasi pulangan deposit tetap. Oleh itu, adalah wajar untuk menggunakan indeks pengumpulan sebagai penanda aras dana berdasarkan kadar deposit tetap (FDR) 12 bulan yang disebut oleh Malayan Banking Berhad. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. 105 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA INFRASTRUCTURE BOND (PBINFBF) Prol Dana Kategori Dana Dana bon Jenis Dana Pendapatan Julat Sekuriti Pendapatan Tetap Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Pelaburan Aset Dana Sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang Dasar Agihan Tahunan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Zaharudin bin Ghazali dan Evelyn Cheong Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan sekuriti pendapatan tetapnya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran sekuriti pendapatan tetap. Objektif Dana Untuk menyediakan pendapatan* tahunan kepada pelabur melalui pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap syarikat-syarikat dalam sektor infrastruktur. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. * Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Dasar Pelaburan Dana akan melabur dalam sekuriti pendapatan tetap yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat dalam sektor infrastruktur. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBINFBF diuruskan secara aktif dan akan melabur minimum 70% daripada NABnya dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat dalam sektor infrastruktur (misalnya, penjana kuasa, pemegang konsesi lebuh raya, kemudahan awam, pelabuhan, perniagaan berkaitan pengangkutan awam dan syarikat telekomunikasi). Baki NAB dana boleh dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Dana diuruskan secara aktif dan akan melabur dalam sekuriti pendapatan tetap yang mampu meraih kadar hasil yang lebih tinggi daripada instrumen pasaran wang. Dengan berbuat demikian, dana akan terdedah kepada risiko pergerakan kadar faedah yang tidak menggalakkan dan perubahan penarafan kredit. Sebaliknya, sekiranya kadar faedah turun atau penarafan kredit sekuriti pendapatan tetap bertambah baik, maka dana akan mendapat manfaat daripada kenaikan harga yang berlaku itu. Namun begitu, pendedahan dana kepada potensi risiko dan pulangan perlu diuruskan secara aktif untuk mencapai tukar ganti risiko-ganjaran yang berpatutan kepada dana. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. 106 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Untuk meningkatkan pempelbagaian, dana mungkin melabur sehingga 25% daripada NABnya dalam sekuriti pendapatan tetap asing. Pasaran asing yang dana mungkin melabur ialah Singapura, United Kingdom, Jepun, Australia, Hong Kong dan pasaran lain yang dibenarkan. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Manfaat Khusus Dana Dana ini memberi anda akses kepada pasaran sekuriti pendapatan tetap yang biasanya tidak dapat diakses oleh pelabur biasa kerana ia adalah pasaran untuk institusi di mana blok standard urus niaganya berjumlah RM5 juta. Dana melabur dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap yang terpelbagai dalam sektor infrastruktur yang terdiri daripada sekuriti pendapatan tetap yang mempunyai prol yang berbeza dari segi kematangan, penarafan kredit dan sektor, untuk menghasilkan pulangan yang pada umumnya lebih tinggi daripada deposit tetap. Pengurusan Risiko Khusus Dana Pada dasarnya, proses pengurusan risiko dalam PBINFBF tertumpu kepada menguruskan kesan perubahan dalam arah aliran kadar faedah am dan prol risiko kredit setiap penerbit sekuriti pendapatan tetap. Pengurus Dana akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan potensi risiko di atas diuruskan dengan menerima pakai pelbagai strategi pelaburan seperti mengubah peruntukan aset dan sebagainya untuk menyesuaikan ciri risiko dan pulangan dana. Walau bagaimanapun, sekiranya Pengurus Dana silap menilai keadaan pasaran atau menggunakan strategi pelaburan yang tidak sesuai, prestasi dana mungkin menerima kesan buruk. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBINFBF Penanda aras bagi PBINFBF adalah berdasarkan kadar deposit tetap, berlawanan dengan indeks bon korporat yang lebih konvensional kerana dana ini pada dasarnya diuruskan dengan cara yang agak konservatif dengan tujuan utama untuk mengatasi prestasi pulangan deposit tetap. Oleh itu, adalah wajar untuk menggunakan indeks pengumpulan sebagai penanda aras dana berdasarkan kadar deposit tetap (FDR) 12 bulan yang disebut oleh Public Bank Berhad. Indeks pengumpulan diperoleh daripada mengkompaunkan kadar purata FDR secara harian dan kadar ini pula merupakan kadar FDR yang dinyatakan berasaskan setahun dibahagi dengan 365 hari. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. 107 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA BOND (PBBOND) Prol Dana Kategori Dana Dana bon Jenis Dana Pendapatan Julat Sekuriti Pendapatan Tetap Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Pelaburan Aset Dana Sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang Dasar Agihan Tahunan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Evelyn Cheong dan Vivian Looi Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan sekuriti pendapatan tetapnya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam aset cair yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran sekuriti pendapatan tetap. Objektif Dana Untuk menyediakan pendapatan* tahunan melalui pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. * Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Dasar Pelaburan PBBOND diuruskan secara aktif dan melabur dalam portfolio terpelbagai merangkumi sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang untuk memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan tahunan kepada pemegang unit. Pelaburan sekuriti pendapatan tetapnya merangkumi bon korporat dan berdaulat (tersenarai dan tidak tersenarai). Saham pinjaman boleh tebus dengan ciri boleh tukar untuk meningkatkan pulangan dana juga dimasukkan dalam portfolio dana. Dana pada umumnya mengekalkan pendedahan sekuriti pendapatan tetapnya dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Strategi Pelaburan PBBOND bertujuan untuk memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan tahunan dengan melabur sekurang-kurangnya 75% daripada NABnya dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap (berdaulat dan korporat) dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Pelaburan dalam saham pinjaman boleh tebus dengan ciri boleh tukar untuk meningkatkan pulangan dana juga turut dipertimbangkan. Saham pinjaman ini tidak akan ditukar tetapi akan dilupuskan sebelum matang atau dipegang sehingga matang. Saham pinjaman yang dipegang sehingga matang tidak akan ditukar kepada ekuiti dan boleh ditebus untuk tunai. 108 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana mungkin melabur sehingga 30% daripada NABnya dalam sekuriti pendapatan tetap asing. Pasaran asing yang dana mungkin melabur ialah Singapura, Jepun, Hong Kong, Australia, United Kingdom, Indonesia, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan pasaran lain yang dibenarkan. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung kepada peluang pasaran. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Manfaat Khusus Dana Dana ini memberi anda akses kepada pasaran sekuriti pendapatan tetap yang biasanya tidak dapat diakses oleh pelabur biasa kerana ia adalah pasaran untuk institusi di mana blok standard urus niaganya berjumlah RM5 juta. Dana melabur dalam portfolio sekuriti pendapatan tetap yang terpelbagai yang mempunyai prol yang berbeza dari segi kematangan, penarafan kredit dan sektor untuk menghasilkan pulangan yang pada umumnya lebih tinggi daripada deposit tetap. Pengurusan Risiko Khusus Dana Pada dasarnya, proses pengurusan risiko dalam PBBOND tertumpu kepada menguruskan kesan perubahan dalam arah aliran kadar faedah am dan prol risiko kredit setiap penerbit sekuriti pendapatan tetap. Pengurus Dana akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan potensi risiko di atas diuruskan dengan menerima pakai pelbagai strategi pelaburan yang termasuk pempelbagaian portfolio dan mengubah peruntukan aset antara sekuriti pendapatan tetap bertempoh panjang, sekuriti pendapatan tetap bertempoh pendek dan instrumen pasaran wang untuk menyesuaikan ciri risiko dan pulangan dana. Walau bagaimanapun, sekiranya Pengurus Dana silap menilai keadaan pasaran atau menggunakan strategi pelaburan yang tidak sesuai, prestasi dana mungkin menerima kesan buruk. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor seperti pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBBOND Penanda aras bagi PBBOND adalah berdasarkan kadar deposit tetap, berlawanan dengan indeks bon korporat yang lebih konvensional kerana dana ini pada dasarnya diuruskan dengan cara yang agak konservatif dengan tujuan utama untuk mengatasi prestasi pulangan deposit tetap. Oleh itu, adalah wajar untuk menggunakan indeks pengumpulan sebagai penanda aras dana berdasarkan kadar deposit tetap (FDR) 12 bulan yang disebut oleh Public Bank Berhad. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. 109 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA ISLAMIC BOND (PBIBF) Prol Dana Kategori Dana Sukuk Jenis Dana Pendapatan Julat Sukuk Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Pelaburan Aset Dana Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam Dasar Agihan Tahunan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Zaharudin bin Ghazali dan Haniza binti Yang Razali Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan sukuknya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran sukuk. Objektif Dana Untuk menyediakan pendapatan* tahunan kepada pelabur melalui pelaburan dalam sekuriti hutang Islam. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. *Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Dasar Pelaburan PBIBF melabur dalam portfolio sukuk dan instrumen pasaran wang Islam yang terpelbagai untuk memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan tahunan kepada pemegang unit. Dana pada umumnya mengekalkan pendedahan sukuknya dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Strategi Pelaburan PBIBF bertujuan untuk memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan tahunan dengan melabur dalam portfolio sukuk seperti sukuk berdaulat dan sukuk korporat dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Dana diuruskan secara aktif dan akan melabur dalam sukuk yang mampu meraih kadar hasil yang lebih tinggi daripada instrumen pasaran wang Islam. Dengan berbuat demikian, dana boleh terdedah kepada risiko pergerakan kadar faedah yang tidak menggalakkan dan penurunan penarafan kredit. Sebaliknya, sekiranya kadar faedah turun atau penarafan kredit sukuk bertambah baik, maka dana akan mendapat manfaat akibat daripada kenaikan harga yang berlaku itu. Namun begitu, pendedahan dana kepada potensi risiko dan pulangan perlu diuruskan secara aktif untuk mencapai tukar ganti risiko-ganjaran yang berpatutan kepada dana. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. 110 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana mungkin melabur dalam sukuk asing. Pasaran asing yang dana mungkin melabur ialah Singapura, Jepun, Hong Kong, Australia, United Kingdom dan pasaran lain yang dibenarkan. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. Pelaburan dana dalam sukuk domestik akan dipilih daripada senarai sukuk yang sudah sedia ada di laman web SC. Pelaburan dana dalam sukuk asing akan dipilih setelah berunding dengan Penasihat Syariah. Untuk memastikan pematuhan ketat kepada keperluan Syariah, Penasihat Syariah akan mengkaji semula memorandum maklumat atau prospektus sukuk asing untuk mendapatkan butir-butir mengenai kelulusan Syariah dan fatwa yang mengesahkan sukuk tersebut. Penasihat Syariah akan mengkaji semula struktur, kontrak, aset dan terma- terma terbitan sukuk asing bagi memastikan ia mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Manfaat Khusus Dana Dana ini memberi anda akses kepada pasaran sukuk yang biasanya tidak dapat diakses oleh pelabur biasa kerana ia adalah pasaran untuk institusi di mana blok standard urus niaganya berjumlah RM5 juta. Dana melabur dalam portfolio sukuk yang terpelbagai yang terdiri daripada sukuk yang mempunyai prol yang berbeza dari segi kematangan, penarafan kredit dan sektor untuk menghasilkan pulangan yang pada umumnya lebih tinggi daripada deposit pasaran wang Islam. Pengurusan Risiko Khusus Dana Pada dasarnya, proses pengurusan risiko dalam PBIBF tertumpu kepada menguruskan kesan perubahan dalam arah aliran kadar faedah am dan prol risiko kredit setiap penebit sukuk. Pengurus Dana akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan potensi risiko di atas diuruskan dengan menerima pakai pelbagai strategi pelaburan seperti mengubah peruntukan aset dan sebagainya untuk menyesuaikan ciri risiko dan pulangan dana. Walau bagaimanapun, sekiranya Pengurus Dana silap menilai keadaan pasaran atau menggunakan strategi pelaburan yang tidak sesuai, prestasi dana mungkin menerima kesan buruk. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBIBF Penanda aras bagi PBIBF adalah berdasarkan purata kadar Akaun Pelaburan Am (GIA) 12 bulan, berlawanan dengan indeks bon korporat yang lebih konvensional kerana dana pada dasarnya diuruskan dengan cara yang agak konservatif dengan tujuan utama untuk mengatasi prestasi pulangan akaun pelaburan. Oleh itu, adalah wajar untuk menggunakan indeks pengumpulan sebagai penanda aras dana berdasarkan kadar GIA 12 bulan yang disebut oleh Bank Negara Malaysia. Indeks pengumpulan diperoleh daripada mengkompaunkan kadar purata GIA secara harian, dan kadar GIA ini pula dinyatakan berasaskan setahun dibahagi dengan 365 hari. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. 111 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA SUKUK (PBSKF) Prol Dana Kategori Dana Sukuk Jenis Dana Pendapatan Julat Sukuk Dana 75% hingga 98% Prol Pemilihan Pelaburan Aset Dana Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam Dasar Agihan Tahunan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum 3 tahun Pengurus Dana Lantikan Evelyn Cheong dan Haniza binti Yang Razali Dana mungkin menerima pakai strategi defensif sementara dengan mengurangkan pendedahan sukuknya di bawah julat yang dinyatakan di atas dan meningkatkan pelaburannya dalam aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam jika iklim pelaburan dianggap tidak memberangsangkan dan kelemahan dijangka berlaku dalam pasaran sukuk. Objektif Dana Untuk menyediakan pendapatan* tahunan melalui pelaburan dalam sukuk dan instrumen pasaran wang Islam. Nota: Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka sederhana yang mahukan pendapatan* tahunan. *Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Dasar Pelaburan PBSKF diuruskan secara aktif dan melabur dalam portfolio sukuk dan instrumen pasaran wang Islam yang terpelbagai untuk memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan tahunan kepada pemegang unit. Pelaburan sukuknya merangkumi sukuk berdaulat dan sukuk korporat (tersenarai dan tidak tersenarai). Dana pada umumnya mengekalkan pendedahan sukuknya dalam lingkungan 75% hingga 98% daripada NABnya. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Strategi Pelaburan PBSKF bertujuan untuk memenuhi objektifnya, iaitu menyediakan pendapatan tahunan dengan melabur sekurang- kurangnya 75% daripada NABnya dalam portfolio sukuk seperti sukuk berdaulat dan sukuk korporat (tersenarai dan tidak tersenarai) dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana mungkin melabur sehingga 30% daripada NABnya dalam sukuk asing. Pasaran asing yang dana mungkin melabur ialah Singapura, Jepun, Hong Kong, Australia, United Kingdom, Indonesia, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan pasaran lain yang dibenarkan. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung kepada peluang pasaran. Kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa kawal selia asing yang berkaitan, di mana perlu, akan didapatkan sebelum melabur dalam pasaran dibenarkan yang tersebut di atas. 112 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pelaburan dana dalam sukuk domestik akan dipilih daripada senarai sukuk yang sudah sedia ada di laman web SC. Pelaburan dana dalam sukuk asing akan dipilih setelah berunding dengan Penasihat Syariah. Untuk memastikan pematuhan ketat kepada keperluan Syariah, Penasihat Syariah akan mengkaji semula memorandum maklumat atau prospektus sukuk asing untuk mendapatkan butir-butir mengenai kelulusan Syariah dan fatwa yang mengesahkan sukuk tersebut. Penasihat Syariah akan mengkaji semula struktur, kontrak, aset dan terma- terma terbitan sukuk asing bagi memastikan ia mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Manfaat Khusus Dana Dana ini memberi anda akses kepada pasaran sukuk yang biasanya tidak dapat diakses oleh pelabur biasa kerana ia adalah pasaran untuk institusi di mana blok standard urus niaganya berjumlah RM5 juta. Dana melabur dalam portfolio sukuk terpelbagai yang terdiri daripada sukuk yang mempunyai prol yang berbeza dari segi kematangan, penarafan kredit dan sektor untuk menghasilkan pulangan yang pada umumnya lebih tinggi daripada deposit pasaran wang Islam. Pengurusan Risiko Khusus Dana Pada dasarnya, proses pengurusan risiko dalam PBSKF tertumpu kepada menguruskan kesan perubahan dalam arah aliran kadar faedah am dan prol risiko kredit setiap penerbit sukuk. Pengurus Dana akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan potensi risiko di atas diuruskan dengan menerima pakai pelbagai strategi pelaburan yang termasuk pempelbagaian portfolio dan mengubah peruntukan aset antara sukuk bertempoh panjang, sukuk bertempoh pendek dan instrumen pasaran wang Islam untuk menyesuaikan ciri risiko dan pulangan dana. Walau bagaimanapun, sekiranya Pengurus Dana silap menilai keadaan pasaran atau menggunakan strategi pelaburan yang tidak sesuai, prestasi dana mungkin menerima kesan buruk. Pelaburan dana di luar negara akan dipantau untuk memberi tumpuan kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk mencapai pulangan positif yang sepadan dengan risiko negara, risiko mata wang dan risiko kecairan. Bagi mengurangkan risiko yang timbul daripada faktor-faktor seperti pendedahan mata wang asing dan pergerakan kadar faedah asing, dana mungkin menggunakan strategi lindung nilai untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana. Selain itu, pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat di bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBSKF Penanda aras bagi PBSKF adalah berdasarkan purata kadar Akaun Pelaburan Am (GIA) 12 bulan, berlawanan dengan indeks bon korporat yang lebih konvensional kerana dana pada dasarnya diuruskan dengan cara yang agak konservatif dengan tujuan utama untuk mengatasi prestasi pulangan akaun pelaburan. Oleh itu, adalah wajar untuk menggunakan indeks pengumpulan sebagai penanda aras dana berdasarkan GIA 12 bulan yang disebut oleh Bank Negara Malaysia. Indeks pengumpulan diperoleh daripada mengkompaunkan purata kadar GIA secara harian, dan kadar GIA ini pula dinyatakan berasaskan setahun dibahagi dengan 365 hari. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. 113 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA CASH MANAGEMENT (PBCMF) Prol Dana Kategori Dana Dana pasaran wang Jenis Dana Pendapatan Julat Pasaran Wang Dana Sehingga 100% Prol Pemilihan Pelaburan Aset Dana Instrumen pasaran wang Dasar Agihan Tahunan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum Jangka pendek Pengurus Dana Lantikan Zaharudin bin Ghazali dan Haniza Binti Yang Razali Objektif Dana Untuk menyediakan kecairan dan pendapatan* semasa di samping mengekalkan kestabilan modal. Nota: * Pendapatan semasa merujuk kepada pendapatan boleh agih. Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka pendek yang mahukan pengekalan modal. Nota: Ini bukannya dana jaminan modal mahupun dana perlindungan modal. Dasar Pelaburan PBCMF adalah dana pasaran wang yang diuruskan secara aktif untuk menyediakan kecairan bagi memenuhi keperluan aliran tunai jangka pendek pemegang unitnya di samping menyediakan tahap pendapatan semasa yang berpatutan. Dana pada umumnya melabur sehingga 100% daripada NABnya dalam instrumen pasaran wang dan deposit. Oleh itu, pelaburan PBCMF sebahagian besarnya terbatas kepada instrumen pasaran wang jangka pendek yang amat cair yang matang dalam tempoh 365 hari atau 1 tahun, dan penempatan deposit. Instrumen pasaran wang yang dana melabur termasuklah penerimaan jurubank dan instrumen deposit boleh niaga (NID). Strategi Pelaburan Tumpuan pelaburan dana ialah kepada instrumen pasaran wang jangka pendek yang cair. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Manfaat Khusus Dana PBCMF menyediakan pilihan yang selamat untuk anda meletakkan wang anda bagi tempoh jangka pendek. Pengurusan Risiko Khusus Dana Dana akan melabur dalam instrumen pasaran wang yang matang dalam tempoh 365 hari. Instrumen pasaran wang yang dana melabur bukannya instrumen yang ditarafkan. Instrumen ini diterbitkan oleh institusi kewangan yang berlesen dan ditarafkan. Sekiranya penarafan kredit institusi kewangan diturunkan di bawah penarafan yang telah ditentukan terlebih dahulu, dana akan mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahannya kepada institusi tersebut sewajarnya. 114 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Pada dasarnya, dana telah distrukturkan sehinggakan ia terbatas kepada instrumen perbankan yang mempunyai tempoh yang pendek untuk matang demi meminimumkan kesan turun naik kadar faedah kepada prestasi dana dalam jangka pendek. Risiko yang dana mungkin hadapi terutamanya ialah risiko kredit institusi kewangan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBCMF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 90% kadar deposit tetap (FDR) 1 bulan Public Bank, dan 10% Kadar Simpanan Public Bank Akaun ACE Penanda aras yang dipilih bagi PBCMF ialah indeks penanda aras komposit yang terdiri daripada pelaburan hipotetik dalam FDR 1 bulan Public Bank dan Kadar Simpanan Public Bank Akaun ACE dalam nisbah 90:10. Oleh itu, pulangan indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 90% daripada pulangan FDR 1 bulan Public Bank dan 10% Kadar Simpanan Public Bank Akaun ACE bagi tempoh masa yang sama. Penanda aras komposit ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBCMF kerana ia menggambarkan pelaburan dana dalam instrumen jangka pendek. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. Pelaburan dalam dana tidak sama seperti penempatan dalam deposit dengan institusi kewangan. Terdapat risiko yang terlibat dan pelabur hendaklah bergantung pada penilaian mereka sendiri untuk menaksir merit dan risiko apabila melabur dalam dana. 115 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) PB DANA ISLAMIC CASH MANAGEMENT (PBICMF) Prol Dana Kategori Dana Pasaran wang Islam Jenis Dana Pendapatan Julat Pasaran Wang Islam Dana Sehingga 100% Prol Pemilihan Pelaburan Aset Dana Instrumen pasaran wang Islam Dasar Agihan Tahunan Cadangan Tempoh Pelaburan Minimum Jangka pendek Pengurus Dana Lantikan Zaharudin bin Ghazali dan Haniza Binti Yang Razali Objektif Dana Untuk menyediakan kecairan dan pendapatan* semasa di samping mengekalkan kestabilan modal dengan melabur dalam instrumen yang mematuhi keperluan Syariah. Nota: * Pendapatan semasa merujuk kepada pendapatan boleh agih. Agihan (jika ada) akan dilaburkan semula melainkan pemegang unit memilih supaya agihan dibayar. Sila rujuk halaman 33 untuk maklumat lanjut tentang dasar agihan. Sebarang perubahan besar pada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan pemegang unit. Prol Pelabur Dana ini sesuai untuk pelabur jangka pendek yang mahukan pengekalan modal. Nota: Ini bukannya dana jaminan modal mahupun dana perlindungan modal. Dasar Pelaburan PBICMF adalah dana pasaran wang Islam yang diuruskan secara aktif untuk menyediakan kecairan bagi memenuhi keperluan aliran tunai jangka pendek pemegang unitnya di samping menyediakan tahap pendapatan semasa yang berpatutan. Dana pada umumnya melabur sehingga 100% daripada NABnya dalam instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam. Oleh itu, pelaburan PBICMF sebahagian besarnya terbatas kepada instrumen pasaran wang Islam jangka pendek yang amat cair yang matang dalam tempoh 365 hari atau 1 tahun dan akaun pelaburan Islam. Instrumen pasaran wang Islam yang dana melabur termasuklah bil setuju Islam dan sijil hutang Islam boleh niaga (NIDC). Strategi Pelaburan Tumpuan pelaburan dana ialah kepada instrumen pasaran wang Islam jangka pendek yang cair dan patuh Syariah yang diterbitkan oleh institusi kewangan berlesen. Walaupun dana diuruskan secara aktif, kekerapan strategi dagangannya amat bergantung pada peluang pasaran. Manfaat Khusus Dana PBICMF menyediakan pilihan yang selamat untuk anda meletakkan wang anda bagi tempoh jangka pendek. 116 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pengurusan Risiko Khusus Dana Dana akan melabur dalam instrumen pasaran wang Islam yang matang dalam tempoh 365 hari. Instrumen pasaran wang Islam yang dana melabur bukanlah instrumen yang ditarafkan. Instrumen ini diterbitkan oleh institusi kewangan yang berlesen dan ditarafkan. Sekiranya penarafan kredit institusi kewangan diturunkan di bawah penarafan yang telah ditentukan terlebih dahulu, dana akan mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahannya kepada institusi tersebut sewajarnya. Pelaburan di atas adalah tertakluk kepada had dan batasan yang dijelaskan dengan tepat dalam bahagian bertajuk Pelaburan Dibenarkan dan Batasan Pelaburan. Pada dasarnya, dana telah distrukturkan sehinggakan ia terbatas kepada instrumen perbankan Islam yang mempunyai tempoh yang pendek untuk matang demi meminimumkan kesan turun naik kadar faedah kepada prestasi dana dalam jangka pendek. Risiko yang dana mungkin hadapi terutamanya ialah risiko kredit institusi kewangan. Penanda Aras Prestasi yang Dipilih bagi PBICMF Penanda aras dana dan peratusan masing-masing adalah seperti berikut: 90% Akaun Pelaburan Am-i Mudharabah 1 bulan Public Islamic Bank, dan 10% Akaun Simpanan-i Wadiah Public Islamic Bank Penanda aras yang dipilih bagi PBICMF ialah indeks penanda aras komposit yang terdiri daripada pelaburan hipotetik dalam Akaun Pelaburan Am-i Mudharabah 1 bulan Public Islamic Bank dan Akaun Simpanan-i Wadiah Public Islamic Bank dalam nisbah 90:10. Oleh itu, pulangan indeks penanda aras bagi mana-mana sahaja tempoh masa akan terdiri daripada 90% daripada pulangan Akaun Pelaburan Am-i Mudharabah 1 bulan Public Islamic Bank dan 10% Akaun Simpanan-i Wadiah Public Islamic Bank bagi tempoh masa yang sama. Penanda aras komposit ini merupakan penanda aras prestasi yang sesuai bagi PBICMF kerana ia menggambarkan pelaburan dana dalam instrumen jangka pendek. Prestasi dana dan penanda arasnya boleh didapati di laman web Public Mutual di www.publicmutual.com.my. Prol risiko dana tidak sama dengan prol risiko penanda aras. Pelaburan dalam dana tidak sama seperti penempatan dalam akaun pelaburan dengan institusi kewangan. Terdapat risiko yang terlibat dan pelabur hendaklah bergantung pada penilaian mereka sendiri untuk menaksir merit dan risiko apabila melabur dalam dana. 117 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) 3.3 RISIKO PELABURAN Risiko Tertentu Dana Dana Ekuiti, Aset Campuran dan Seimbang Risiko kecairan Risiko kecairan ditakrifkan sebagai mudahnya sesuatu sekuriti itu boleh dilupuskan pada atau hampir pada nilai berpatutannya bergantung pada jumlah yang didagangkan di pasaran. Bagi PBAEGF, kurangnya kecairan dalam saham bermodal kecil dalam portfolio ekuiti dana boleh mengakibatkan dana mengalami kemeruapan ketara semasa keadaan pasaran menurun. Sekiranya dana mengalami penebusan yang besar dan jika dana mempunyai portfolio sekuriti kurang cair yang banyak atau sukar untuk dilupuskan, pengurus dana mungkin perlu mencairkan pegangan sekuriti dana pada harga yang lebih rendah daripada nilai berpatutan bagi memenuhi keperluan penebusan, lantas boleh mendatangkan kesan buruk kepada NAB dana dan harga unit. Kesan ini, bagaimanapun, boleh dikurangkan melalui proses pemilihan sekuriti dan pempelbagaian portfolio oleh Pengurus Dana. Risiko negara Dana dengan pelaburan asing mungkin dipengaruhi oleh perubahan dalam keadaan politik dan ekonomi negara di mana pelaburan itu dibuat. Faktor politik dan ekonomi tersebut boleh mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan usaha niaga dan memberi kesan kepada pasaran kewangan. Dana serantau/negara yang mungkin melaburkan sebahagian besar NABnya dalam pasaran asing mungkin lebih dipengaruhi oleh perubahan dalam keadaan politik dan ekonomi rantau/negara di mana pelaburan itu dibuat adalah seperti berikut: PBAEF, PBIAEF, PBIASSF, PBAREIF, PBAPENTF, PBAEGF dan PBDYNAF mungkin dipengaruhi oleh perubahan keadaan politik dan ekonomi pasaran Asia. PBADF mungkin dipengaruhi oleh perubahan dalam keadaan politik dan ekonomi pasaran ASEAN. PBEPEF mungkin dipengaruhi oleh perubahan dalam keadaan politik dan ekonomi pasaran Eropah dan serantau. PBCPEF mungkin dipengaruhi oleh perubahan dalam keadaan politik dan ekonomi pasaran China dan Asia Utara. PBCAEF mungkin dipengaruhi oleh perubahan dalam keadaan politik dan ekonomi pasaran China dan ASEAN. PBCAUEF mungkin dipengaruhi oleh perubahan dalam keadaan politik dan ekonomi China dan Australia. PBADBF mungkin dipengaruhi oleh perubahan dalam keadaan politik dan ekonomi Australia. PBSGA30EF mungkin dipengaruhi oleh perubahan dalam keadaan politik dan ekonomi Singapura. PBINDOBF mungkin dipengaruhi oleh perubahan dalam keadaan politik dan ekonomi Indonesia. Risiko Industri/Sektor Risiko industri/sektor timbul apabila dana melabur sebahagian besarnya dalam industri atau sektor tertentu. Disebabkan tahap pempelbagaian yang berkurangan oleh industri/sektor, dana mungkin lebih mudah terdedah kepada faktor-faktor yang berkaitan dengan industri/sektor yang ia melabur. Bagi PBAREIF, sebarang perubahan penting yang berkaitan dengan sektor pelaburan dan pembangunan harta dan dana pelaburan harta tanah (REIT) boleh mendatangkan kesan buruk kepada NAB dana ini. Bagi PBIASSF, sebarang perubahan penting yang berkaitan dengan sektor di mana dana ini telah melabur boleh mendatangkan kesan buruk kepada NAB dana ini. Bagi PBINFBF, sebarang perubahan penting yang berkaitan dengan sektor infrastruktur boleh mendatangkan kesan buruk kepada NAB dana ini. Risiko lain melabur dalam dana ekuiti, aset campuran dan seimbang ialah risiko pasaran, risiko sekuriti tertentu, risiko derivatif, risiko mata wang dan risiko ketakpatuhan keperluan Syariah yang telah diperihalkan pada halaman 36 hingga 38 Prospektus Induk ini. 118 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Dana Bon dan Pasaran Wang Risiko melabur dalam dana bon dan pasaran wang termasuklah risiko kadar faedah, risiko kredit, risiko kecairan, risiko negara dan risiko ketakpatuhan keperluan Syariah yang telah diperihalkan pada halaman 37 dan 38 Prospektus Induk ini. 3.4 PELABURAN DIBENARKAN Pengurus mempunyai budi bicara mutlak, tertakluk kepada Surat Ikatan, dasar pelaburan bagi setiap dana dan keperluan SC dan badan kawal selia lain mengenai bagaimana aset dana akan dilaburkan. Pelaburan dana patuh Syariah tertakluk pula kepada keperluan Syariah, senarai sekuriti patuh Syariah ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah SC dan objektif dana sebagaimana yang diluluskan oleh Penasihat Syariah. Dana Ekuiti, Aset Campuran dan Seimbang Tidak Patuh Syariah (a) Dana ini boleh melabur seperti berikut: i. Sekuriti ekuiti syarikat yang tersenarai di Pasaran Layak masing-masing; ii. Tawaran Awam Awal (IPO) syarikat-syarikat yang cuba mendapatkan penyenaraian di Pasaran Layak masing-masing; iii. Sekuriti pendapatan tetap tersenarai yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; iv. Sekuriti pendapatan tetap tidak tersenarai yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; v. Sekuriti pendapatan tetap berdaulat yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; vi. Sekuriti Kerajaan Malaysia, Bil Perbendaharaan, Nota Monetari Bank Negara, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan sekuriti lain yang diluluskan/dijamin Kerajaan; vii. Deposit dan instrumen pasaran wang dengan institusi kewangan berlesen domestik dan asing; viii. Unit skim pelaburan kolektif lain dan/atau dana dagangan bursa; dan ix. Sebarang jenis pelaburan lain yang selaras dengan objektif dana sebagaimana yang dipersetujui oleh Pengurus dan pemegang amanah dari semasa ke semasa. (b) PBAEF, PBADF, PBEPEF, PBCPEF, PBCAEF, PBCAUEF, PBSGA30EF, PBAPENTF, PBAEGF, PBGSQF, PBDYNAF, PBMAC, PBAREIF, PBADBF dan PBINDOBF juga boleh melabur dalam yang berikut: i. Waran syarikat yang tersenarai di Pasaran Layak masing-masing; ii. Sekuriti ekuiti tidak tersenarai sama ada diluluskan atau tidak untuk penyenaraian dan sebut harga di Pasaran Layak masing-masing yang ditawarkan terus oleh syarikat kepada dana-dana; dan iii. Kontrak hadapan dan opsyen yang didagangkan di pasaran hadapan dan opsyen syarikat bursa yang diluluskan, atau pasaran hadapan dan opsyen dikecualikan yang diisytiharkan, oleh Menteri di bawah CMSA 2007. (c) PBCPEF, PBCAEF, PBCAUEF, PBAPENTF, PBAEGF, PBGSQF, PBDYNAF, PBMAC dan PBRAEIF mungkin melabur dalam nota penyertaan sekuriti ekuiti syarikat yang tersenarai di Pasaran Layak. (d) PBGF dan PBBF juga boleh melabur dalam waran yang diterbitkan oleh saham pendasar induk yang ditawarkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Securities semasa tindakan korporat. Dana-dana ini boleh menyertai pemberian pinjaman sekuriti mengikut pengertian Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti mengenai Peminjaman dan Pemberian Pinjaman Sekuriti apabila dibenarkan oleh SC dan pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan. 119 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Dana Ekuiti dan Seimbang Patuh Syariah (a) Dana ini boleh melabur seperti berikut: i. Sekuriti ekuiti patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Pasaran Layak masing-masing. Pengurus akan melabur dalam sekuriti yang diluluskan/disahkan oleh Penasihat Syariah; ii. Tawaran Awam Awal (IPO) syarikat patuh Syariah yang cuba mendapatkan penyenaraian di Pasaran Layak masing-masing; iii. Sukuk tersenarai yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; iv. Sukuk tidak tersenarai yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; v. Sukuk berdaulat yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; vi. Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII), Bil Setuju Islam, Nota Monetari Bank Negara dan mana-mana terbitan Islam yang diluluskan/dijamin Kerajaan; vii. Akaun pelaburan Islam dan instrumen pasaran wang Islam dengan institusi kewangan Islam berlesen domestik dan asing; viii. Unit skim pelaburan kolektif lain patuh Syariah dan/atau dana dagangan bursa; dan ix. Sebarang jenis pelaburan patuh Syariah lain yang selaras dengan objektif dana sebagaimana yang dipersetujui oleh Pengurus dan pemegang amanah dari semasa ke semasa. (b) PBIAEF dan PBIASSF juga boleh melabur seperti berikut: i. Waran patuh Syariah syarikat yang tersenarai di Pasaran Layak masing-masing; ii. Sekuriti ekuiti patuh Syariah tidak tersenarai sama ada diluluskan atau tidak untuk penyenaraian dan sebut harga di Pasaran Layak masing-masing yang ditawarkan terus oleh syarikat kepada dana-dana; dan iii. Kontrak hadapan dan opsyen (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana masing- masing) yang didagangkan di pasaran hadapan dan opsyen syarikat bursa yang diluluskan, atau pasaran hadapan dan opsyen dikecualikan yang diisytiharkan, oleh Menteri di bawah CMSA 2007. (c) PBIASSF juga boleh melabur dalam nota penyertaan sekuriti ekuiti syarikat yang tersenarai di Pasaran Layak. (d) PBIEF juga boleh melabur dalam waran patuh Syariah yang diterbitkan oleh saham pendasar induk yang ditawarkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Securities semasa tindakan korporat. Dana-dana ini boleh menyertai pemberian pinjaman sekuriti patuh Syariah mengikut pengertian Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti mengenai Peminjaman dan Pemberian Pinjaman Sekuriti apabila dibenarkan oleh SC dan pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan. Dana Bon (a) PBFI, PBINFBF dan PBBOND boleh melabur seperti berikut: i. Sekuriti pendapatan tetap tersenarai yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; ii. Sekuriti pendapatan tetap tidak tersenarai yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; iii. Bon berdaulat yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; iv. Sekuriti Kerajaan Malaysia, Bil Perbendaharaan, Nota Monetari Bank Negara, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan sekuriti lain yang diluluskan/dijamin Kerajaan; 120 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) v. Deposit dan instrumen pasaran wang dengan institusi kewangan berlesen domestik dan asing; vi. Unit skim pelaburan kolektif lain dan/atau dana dagangan bursa; dan vii. Sebarang jenis pelaburan lain yang selaras dengan objektif dana sebagaimana yang dipersetujui oleh Pengurus dan pemegang amanah dari semasa ke semasa. (b) PBFI dan PBBOND juga boleh melabur dalam kontrak hadapan dan opsyen yang didagangkan di pasaran hadapan dan opsyen syarikat bursa yang diluluskan, atau pasaran hadapan dan opsyen dikecualikan yang diisytiharkan, oleh Menteri di bawah CMSA 2007. (c) PBIBF dan PBSKF boleh melabur seperti berikut: i. Sukuk tersenarai yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; ii. Sukuk tidak tersenarai yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; iii. Sukuk berdaulat yang didagangkan di Pasaran Layak masing-masing; iv. Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII), Bil Setuju Islam, Nota Monetari Bank Negara dan mana-mana terbitan Islam lain yang diluluskan/dijamin Kerajaan; v. Akaun pelaburan Islam dan instrumen pasaran wang Islam dengan institusi kewangan Islam berlesen domestik dan asing; vi. Unit skim pelaburan kolektif lain patuh Syariah dan/atau dana dagangan bursa; dan vii. Sebarang jenis pelaburan patuh Syariah lain yang selaras dengan objektif dana sebagaimana yang dipersetujui oleh Pengurus dan pemegang amanah dari semasa ke semasa. (d) PBSKF juga boleh melabur dalam kontrak hadapan dan opsyen (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana) yang didagangkan di pasaran hadapan dan opsyen syarikat bursa yang diluluskan, atau pasaran hadapan dan opsyen dikecualikan yang diisytiharkan, oleh Menteri di bawah CMSA 2007. Dana Pasaran Wang (a) PBCMF boleh melabur seperti berikut: i. Instrumen pasaran wang dan deposit dengan institusi kewangan berlesen. (b) PBICMF boleh melabur seperti berikut: i. Instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam dengan institusi kewangan Islam berlesen. 3.5 BATASAN PELABURAN Dana-dana ini tertakluk kepada batasan pelaburan berikut dalam proses pelaksanaan dasar dan strategi pelaburannya: Dana Ekuiti, Aset Campuran dan Seimbang Had Tebaran Pelaburan (a) Nilai pelaburan setiap dana dalam saham biasa yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal tidak boleh melebihi 10% daripada NAB dana masing-masing. (b) Nilai pelaburan setiap dana dalam sekuriti boleh pindah milik dan instrumen pasaran wang yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal tidak boleh melebihi 15% daripada NAB dana masing-masing. 121 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) (c) Nilai penempatan setiap dana dalam deposit dengan mana-mana institusi tunggal tidak boleh melebihi 20% daripada NAB dana masing-masing. (d) Bagi pelaburan dalam derivatif, pendedahan kepada aset pendasar tidak boleh melebihi had tebaran pelaburan yang ditetapkan dalam bahagian ini; dan nilai setiap urus niaga derivatif dana di kaunter (OTC) dengan mana-mana rakan urus niaga tunggal tidak boleh melebihi 10% daripada NAB dana masing- masing. (e) Nilai pelaburan setiap dana dalam produk berstruktur yang diterbitkan oleh rakan urus niaga tunggal tidak boleh melebihi 15% daripada NAB dana masing-masing. (f) Nilai agregat pelaburan setiap dana dalam sekuriti boleh pindah milik, instrumen pasaran wang, deposit, derivatif OTC dan produk berstruktur yang diterbitkan oleh atau disimpan dengan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mana-mana penerbit/institusi tunggal tidak boleh melebihi 25% daripada NAB dana masing-masing. (g) Nilai pelaburan setiap dana dalam unit mana-mana skim pelaburan kolektif tidak boleh melebihi 20% daripada NAB dana masing-masing. (h) Nilai setiap pelaburan dana dalam sekuriti boleh pindah milik dan instrumen pasaran wang yang diterbitkan oleh mana-mana kumpulan syarikat tidak boleh melebihi 20% daripada NAB dana masing-masing. Had Tumpuan Pelaburan (a) Pelaburan setiap dana dalam sekuriti boleh pindah milik (selain daripada debentur) tidak boleh melebihi 10% daripada sekuriti yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal. (b) Pelaburan setiap dana dalam debentur tidak boleh melebihi 20% daripada debentur yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal. (c) Pelaburan setiap dana dalam instrumen pasaran wang tidak boleh melebihi 10% daripada instrumen yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal. Nota: Had dalam (c) tidak terpakai untuk instrumen pasaran wang yang tidak mempunyai saiz terbitan yang telah ditentukan terlebih dahulu. (d) Pelaburan setiap dana dalam skim pelaburan kolektif tidak boleh melebihi 25% daripada unit dalam mana- mana satu skim pelaburan kolektif. Nota: Sekuriti boleh pindah milik merujuk kepada ekuiti, debentur dan waran. Am (a) Nilai pelaburan setiap dana dalam sekuriti tidak tersenarai tidak boleh melebihi 10% daripada NAB dana masing-masing. Had pendedahan ini tidak terpakai untuk:- i. ekuiti yang tidak disenaraikan atau disebut harga di bursa saham tetapi telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkaitan untuk penyenaraian dan sebut harga tersebut, dan ditawarkan terus kepada dana oleh penerbit; ii. debentur yang didagangkan di pasaran teratur di kaunter (OTC); dan iii. produk berstruktur. (b) Bagi PBBF, sekuriti pendapatan tetap tersenarai, saham pinjaman tidak tersenarai dan hutang korporat yang dilaburkan oleh dana mestilah sama ada dijamin oleh bank atau ditarafkan BBB oleh RAM dan/atau agensi penarafan lain yang diiktiraf; (c) PBGF, PBIEF, PBGSQF dan PBBF boleh melabur sehingga 30% daripada NAB dana masing-masing dalam pasaran asing. 122 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pemegangan dalam pelaburan asing PBAEF, PBIAEF, PBADF, PBEPEF, PBCPEF, PBCAEF, PBIASSF, PBCAUEF, PBSGA30EF, PBAPENTF, PBAEGF, PBDYNAF dan PBINDOBF tidak boleh melebihi 98% daripada NAB dana masing-masing. Pemegangan dalam pelaburan asing PBAREIF dan PBADBF tidak boleh melebihi 60% daripada NAB dana masing-masing. Pemegangan dalam pelaburan asing PBMAC hendaklah tidak boleh melebihi 25% daripada NAB dana. (d) Setiap pendedahan dana daripada kedudukan derivatif tidak boleh melebihi NAB dana masing-masing pada setiap masa. Had dan batasan di atas hendaklah dipatuhi pada setiap masa berdasarkan nilai terkini dana masing- masing, serta nilai pelaburan dan instrumennya. Walau bagaimanapun, kelonggaran 5 peratus melebihi mana-mana had atau batasan boleh dibenarkan di mana had atau batasan itu dilanggar melalui peningkatan atau penyusutan nilai setiap pelaburan atau instrumen dana, atau akibat penebusan unit atau bayaran yang dibuat daripada dana. Pengurus hendaklah, dalam tempoh munasabah tidak melebihi 3 bulan dari tarikh pelanggaran itu, mengambil segala langkah dan tindakan yang perlu untuk membetulkan pelanggaran itu. Walau bagaimanapun, had dan batasan tersebut tidak terpakai untuk sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh Kerajaan atau Bank Negara Malaysia. Dana patuh Syariah akan hanya melabur dalam sekuriti dan/atau instrumen yang mematuhi keperluan Syariah. Dana Bon Had Tebaran Pelaburan (a) Nilai pelaburan setiap dana dalam debentur yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal tidak boleh melebihi 20% daripada NAB dana masing-masing. Had penerbit tunggal ini boleh dinaikkan kepada 30% jika debentur ditarafkan oleh mana-mana agensi penarafan domestik atau global sebagai berkualiti terbaik dan menawarkan keselamatan paling tinggi bagi bayaran faedah dan pokok yang tepat pada masanya. (b) Nilai penempatan setiap dana dalam deposit dengan mana-mana institusi tunggal tidak boleh melebihi 20% daripada NAB dana masing-masing. (c) Bagi pelaburan dalam derivatif, pendedahan kepada aset pendasar tidak boleh melebihi had tebaran pelaburan yang ditetapkan dalam bahagian ini; dan nilai setiap urus niaga derivatif dana di kaunter (OTC) dengan mana-mana rakan urus niaga tunggal tidak boleh melebihi 10% daripada NAB dana masing- masing. (d) Nilai pelaburan setiap dana dalam produk berstruktur yang diterbitkan oleh rakan urus niaga tunggal tidak boleh melebihi 15% daripada NAB dana masing-masing. (e) Nilai agregat pelaburan setiap dana dalam debentur, instrumen pasaran wang, deposit, derivatif OTC dan produk berstruktur yang diterbitkan oleh atau disimpan dengan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mana-mana penerbit/institusi tunggal tidak boleh melebihi 25% daripada NAB dana masing-masing. Walau bagaimanapun, had ini boleh dinaikkan kepada 30% daripada NAB dana masing-masing jika had penerbit tunggal dinaikkan kepada 30% menurut perkara (a). (f) Nilai pelaburan setiap dana dalam unit mana-mana skim pelaburan kolektif tidak boleh melebihi 20% daripada NAB dana masing-masing. (g) Nilai pelaburan setiap dana dalam debentur yang diterbitkan oleh mana-mana kumpulan syarikat tidak boleh melebihi 30% daripada NAB dana masing-masing. 123 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Had Tumpuan Pelaburan (a) Pelaburan setiap dana dalam debentur tidak boleh melebihi 20% daripada debentur yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal. (b) Pelaburan setiap dana dalam instrumen pasaran wang tidak boleh melebihi 10% daripada instrumen yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal. Nota: Had dalam (b) tidak terpakai untuk instrumen pasaran wang yang tidak mempunyai saiz terbitan yang telah ditentukan terlebih dahulu. (c) Pelaburan setiap dana dalam skim pelaburan kolektif tidak boleh melebihi 25% daripada unit dalam mana- mana satu skim pelaburan kolektif. Am (a) Nilai pelaburan setiap dana dalam sekuriti tidak tersenarai tidak boleh melebihi 10% daripada NAB dana masing-masing. Had pendedahan ini tidak dipakai untuk:- i. debentur yang didagangkan di pasaran teratur di kaunter (OTC); dan ii. produk berstruktur. (b) Pemegangan dalam pelaburan asing PBFI, PBBOND, PBIBF dan PBSKF tidak boleh melebihi 30% daripada NAB dana masing-masing. Pemegangan dalam pelaburan asing PBINFBF tidak boleh melebihi 25% daripada NAB dana. (c) Pendedahan setiap dana daripada kedudukan derivatif tidak boleh melebihi NAB dana masing-masing pada setiap masa. Had dan batasan di atas hendaklah dipatuhi pada setiap masa berdasarkan nilai terkini dana masing- masing, serta nilai pelaburan dan instrumennya. Walau bagaimanapun, kelonggaran 5 peratus melebihi mana-mana had atau batasan boleh dibenarkan di mana had atau batasan itu dilanggar melalui peningkatan atau penyusutan nilai setiap pelaburan atau instrumen dana, atau akibat penebusan unit atau bayaran yang dibuat daripada dana. Pengurus hendaklah, dalam tempoh munasabah tidak melebihi 3 bulan dari tarikh pelanggaran itu, mengambil segala langkah dan tindakan yang perlu untuk membetulkan pelanggaran itu. Walau bagaimanapun, had dan batasan tersebut tidak terpakai untuk sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh Kerajaan atau Bank Negara Malaysia. Dana patuh Syariah akan hanya melabur dalam sekuriti dan/atau instrumen yang mematuhi keperluan Syariah. Dana Pasaran Wang Had Tebaran Pelaburan (a) Nilai pelaburan setiap dana dalam instrumen pasaran wang yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal tidak boleh melebihi 20% daripada NAB dana masing-masing. (b) Nilai penempatan setiap dana dalam deposit dengan mana-mana institusi kewangan tunggal tidak boleh melebihi 20% daripada NAB dana masing-masing. (c) Nilai pelaburan setiap dana dalam instrumen pasaran wang yang diterbitkan oleh mana-mana kumpulan syarikat tidak boleh melebihi 30% daripada NAB dana masing-masing. 124 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Had Tumpuan Pelaburan (a) Setiap pelaburan dana dalam instrumen pasaran wang tidak boleh melebihi 20% daripada instrumen yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal. Am (a) Nilai pelaburan setiap dana dalam pelaburan dibenarkan tidak boleh kurang daripada 90% daripada NAB dana masing-masing. (b) Dana-dana ini akan hanya melabur dalam pelaburan dibenarkan yang mempunyai baki tempoh matang tidak lebih daripada 365 hari. Nota: Pelaburan dibenarkan PBCMF merujuk kepada instrumen pasaran wang dan penempatan deposit dengan institusi kewangan. Pelaburan dibenarkan PBICMF merujuk kepada instrumen pasaran wang Islam dan akaun pelaburan Islam dengan institusi kewangan. Had dan batasan di atas hendaklah dipatuhi pada setiap masa berdasarkan nilai terkini dana masing- masing, serta nilai pelaburan dan instrumennya. Walau bagaimanapun, kelonggaran 5 peratus melebihi mana-mana had atau batasan boleh dibenarkan di mana had atau batasan itu dilanggar melalui peningkatan atau penyusutan nilai setiap pelaburan atau instrumen dana, atau akibat penebusan unit atau bayaran yang dibuat daripada dana. Pengurus hendaklah, dalam tempoh munasabah tidak melebihi 3 bulan dari tarikh pelanggaran itu, mengambil segala langkah dan tindakan yang perlu untuk membetulkan pelanggaran itu. Walau bagaimanapun, had dan batasan tersebut tidak terpakai untuk sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh Kerajaan atau Bank Negara Malaysia. Dana patuh Syariah akan hanya melabur dalam sekuriti dan/atau instrumen yang mematuhi keperluan Syariah. 3.6 PENILAIAN PELABURAN DIBENARKAN Ekuiti, waran dan opsyen/Ekuiti, waran dan opsyen patuh Syariah tersenarai penilaian adalah berdasarkan harga pasaran bursa masing-masing. Jika tiada harga pasaran atau penilaian berdasarkan harga pasaran tidak mewakili nilai berpatutan pelaburan, sekuriti akan dinilai pada nilai berpatutan sebagaimana yang ditentukan secara niat baik oleh Pengurus berdasarkan kaedah atau asas yang diluluskan oleh pemegang amanah selepas perundingan teknikal yang sewajarnya. Ekuiti/Ekuiti patuh Syariah tidak tersenarai penilaian adalah berdasarkan kaedah yang dianggap berpatutan dan munasabah yang diterima oleh Pengurus, disahkan oleh juruaudit dan diluluskan oleh pemegang amanah. Sekuriti pendapatan tetap/Sukuk tersenarai dan tidak tersenarai bagi sekuriti pendapatan tetap/sukuk tersenarai, harga dagangan terakhir yang disebut di bursa yang diiktiraf akan digunakan. Jika tiada harga pasaran atau penilaian berdasarkan harga pasaran tidak mewakili nilai berpatutan sekuriti pendapatan tetap, sekuriti pendapatan tetap akan dinilai pada nilai berpatutan sebagaimana yang ditentukan secara niat baik oleh Pengurus berdasarkan kaedah atau asas yang diluluskan oleh pemegang amanah selepas perundingan teknikal yang sewajarnya. 125 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Dalam hal sekuriti pendapatan tetap/sukuk tidak tersenarai, penilaian dijalankan secara harian menggunakan harga nilai berpatutan yang disebut oleh Agensi Penghargaan Bon (BPA) yang berdaftar dengan SC. Jika Pengurus berpandangan bahawa harga yang disebut oleh BPA bagi sekuriti pendapatan tetap/sukuk tertentu berbeza daripada harga pasaran sebanyak lebih daripada 20 mata asas, Pengurus boleh menggunakan harga pasaran asalkan Pengurus mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh SC. Harga pasaran bagi sekuriti pendapatan tetap/ sukuk diperoleh daripada sebut harga pasaran yang diperoleh daripada panel yang terdiri daripada sekurang- kurangnya tiga institusi kewangan aktif yang dikawal oleh Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA). Sekuriti pendapatan tetap/sukuk asing tidak tersenarai dinilai berdasarkan nilai berpatutan dengan merujuk kepada kadar hasil indikatif purata yang disebut oleh sekurang-kurangnya tiga institusi bebas dan kukuh. Surat perdagangan dan instrumen pasaran wang/surat perdagangan Islam dan instrumen pasaran wang Islam Surat perdagangan/surat perdagangan Islam dinilai pada kadar hasil belian asal. Instrumen pasaran wang/instrumen pasaran wang Islam yang termasuk instrumen deposit boleh niaga/sijil hutang Islam boleh niaga dinilai pada kadar hasil pasaran berdasarkan baki hari hingga tempoh matang. Deposit/Akaun pelaburan Islam nilai pelaburan tersebut, iaitu deposit/akaun pelaburan Islam dengan bank dan institusi kewangan lain akan ditentukan setiap hari dengan merujuk kepada nilai nominalnya dan faedah/ keuntungan terakrunya bagi tempoh yang berkaitan. Unit dalam skim pelaburan kolektif lain/skim pelaburan kolektif patuh Syariah harga belian balik seunit yang terakhir disiarkan atau jika tiada, unit akan dinilai pada nilai berpatutan sebagaimana yang ditentukan secara niat baik oleh Pengurus, berdasarkan kaedah atau asas yang diluluskan oleh pemegang amanah selepas perundingan teknikal yang sewajarnya. Niaga hadapan/niaga hadapan yang diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana semua kontrak hadapan/kontrak hadapan yang diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana adalah mengikut larasan pasaran (marked-to-market) pada akhir setiap hari dagangan. Sebarang keuntungan atau kerugian tergambar serta-merta pada larasan pasaran. Sekuriti/Sekuriti patuh Syariah tergantung akan dinilai pada harga tergantungnya melainkan terdapat bukti muktamad yang menunjukkan bahawa nilai saham tersebut telah turun di bawah harga tergantung, maka dengan itu nilainya akan dipastikan dengan cara seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan pemegang amanah. Terjemahan sekuriti dan aset asing Semua sekuriti dan aset asing diterjemahkan kepada Ringgit berdasarkan kadar pertukaran bida yang disebut oleh Bloomberg pada jam 4.00 petang waktu United Kingdom pada hari yang sama. Nota: Bagi dana tanpa pelaburan asing, penilaian NAB dana dijalankan pada setiap Hari Perniagaan pada penutup Bursa Securities. Bagi dana dengan pelaburan asing, penilaian dana akan dijalankan selepas urus niaga Bursa Securities ditutup bagi hari yang berkaitan. Oleh sebab pasaran asing tertentu di mana dana itu mungkin melabur belum lagi ditutup disebabkan perbezaan zon waktu di negara-negara ini, maka titik penilaian ialah selepas Bursa Securities ditutup tetapi tidak lewat daripada jam 9:00 pagi (atau mana-mana waktu lain sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dari semasa ke semasa) keesokan harinya di mana Pengurus dibuka untuk urus niaga. Oleh sebab titik penilaian ialah selepas jam 5:00 petang, harga harian dana tidak akan disiarkan pada Hari Perniagaan keesokannya tetapi sebaliknya akan disiarkan pada Hari Perniagaan lusanya (iaitu harga lewat 2 hari). Ilustrasi: Bagi pasaran yang ditutup pada 4 September 2013, tarikh penilaian ialah pada keesokan harinya di mana Pengurus dibuka untuk urus niaga, iaitu 5 September 2013. Oleh itu, tarikh siaran akhbar bagi harga pada 4 September 2013 ialah pada 6 September 2013. Pelabur boleh mendapatkan harga terkini unit dana dengan menghubungi terus Pengurus. 126 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) Pengurus boleh mengisytiharkan Hari Perniagaan tertentu sebagai bukan Hari Perniagaan walaupun Bursa Securities dibuka untuk urus niaga, jika satu atau lebih pasaran asing di mana dana melabur ditutup untuk urus niaga. Ini untuk memastikan pelabur diberi penilaian dana yang berpatutan pada setiap masa, sama ada semasa membeli atau menebus unit dana. Notis mengenai hari yang bukan Hari Perniagaan akan disiarkan di laman web Public Mutual. 3.7 DASAR PENGGEARAN Melainkan dan kecuali di mana yang dibenarkan atau diluluskan oleh SC, dana dilarang daripada menggear atau meminjam wang tunai atau aset lain (termasuk meminjam sekuriti) untuk membiayai belian pelaburan. 3.8 ZAKAT BAGI DANA PATUH SYARIAH Dana patuh Syariah tidak membayar zakat bagi pihak individu beragama Islam dan entiti sah Islam yang merupakan pelabur dana kerana berbuat demikian tidak akan memenuhi sepenuhnya kewajipan zakat mereka. Pelabur tersebut dikehendaki membayar zakat mereka sendiri. 3.9 PROSES PEMBERSIHAN BAGI DANA PATUH SYARIAH Sekuriti patuh Syariah yang diklasikasikan semula sebagai tidak patuh Syariah setelah sekuriti itu dikaji oleh Majlis Penasihat Syariah SC atau Penasihat Syariah akan mengakibatkan sekuriti itu dilupuskan sekiranya nilai pasarannya melebihi kos pelaburan asal pada hari pengumuman. Bagi tujuan pembersihan dana, sebarang keuntungan modal yang diperoleh daripada pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah yang dibuat pada hari pengumuman boleh disimpan. Akan tetapi, keuntungan yang diperoleh daripada pelupusan saham selepas hari pengumuman pada harga pasaran yang melebihi harga penutup pada hari pengumuman hendaklah disalurkan kepada badan-badan amal. 127 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG DANA (SAMB) 128 PRESTASI DANA 4 Bahagian ini meliputi dana-dana berikut yang telah beroperasi selama satu (1) tahun kewangan atau lebih: PB Dana Growth (PBGF) Halaman 129 PB Dana Asia Equity (PBAEF) Halaman 130 PB Dana ASEAN Dividend (PBADF) Halaman 131 PB Dana Euro Pacic Equity (PBEPEF) Halaman 132 PB Dana China Pacic Equity (PBCPEF) Halaman 133 PB Dana China ASEAN Equity (PBCAEF) Halaman 134 PB Dana China Australia Equity (PBCAUEF) Halaman 135 PB Dana Singapore Advantage-30 Equity (PBSGA30EF) Halaman 136 PB Dana Asia Pacic Enterprises (PBAPENTF) Halaman 137 PB Dana Asia Emerging Growth (PBAEGF) Halaman 138 PB Dana Growth Sequel (PBGSQF) Halaman 139 PB Dana Islamic Equity (PBIEF) Halaman 140 PB Dana Islamic Asia Equity (PBIAEF) Halaman 141 PB Dana Islamic Asia Strategic Sector (PBIASSF) Halaman 142 PB Dana Balanced (PBBF) Halaman 143 PB Dana Asia Real Estate Income (PBAREIF) Halaman 144 PB Dana Australia Dynamic Balanced (PBADBF) Halaman 146 PB Dana Indonesia Balanced (PBINDOBF) Halaman 147 PB Dana Fixed Income (PBFI) Halaman 148 PB Dana Infrastructure Bond (PBINFBF) Halaman 149 PB Dana Bond (PBBOND) Halaman 150 PB Dana Islamic Bond (PBIBF) Halaman 151 PB Dana Sukuk (PBSKF) Halaman 152 PB Dana Cash Management (PBCMF) Halaman 153 PB Dana Islamic Cash Management (PBICMF) Halaman 154 Nota: Jumlah pulangan dan pulangan tahunan purata dana-dana yang dibentangkan pada halaman 129 hingga 154 dikira berasaskan NAB kepada NAB dan sumbernya diperoleh daripada Lipper. Pulangan tahunan purata dana-dana ini diperoleh dengan membahagikan jumlah pulangan dana dengan bilangan tahun bawah kajian. Tarikh permulaan ialah hari terakhir tempoh tawaran awal. Sila layari laman web kami untuk maklumat terkini mengenai prestasi dana. Prestasi PBDYNAF dan PBMAC tidak dijadualkan kerana dana-dana ini akan mempunyai tempoh kewangannya yang pertama berakhir masing-masing pada 30 April 2013 dan 31 Disember 2013. Prestasi masa lepas dana tidak membayangkan prestasi masa depannya. 129 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA GROWTH (PBGF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Dimulakan* PBGF (%) -2.79 14.33 6.99 29.20 Indeks penanda aras (%) ** 1.27 16.24 3.61 14.96 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2003* 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 PBGF (%) 11.16 23.78 15.36 11.97 59.59 1.89 -7.32 18.45 24.17 -2.79 Indeks penanda aras (%)** 6.00 18.48 8.35 2.97 48.07 -12.39 -9.38 22.21 20.17 1.27 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (23 Oktober 2002). ** Sebelum 6 Julai 2009, penanda aras dana ialah Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL). Bermula pada 6 Julai 2009, Bursa Malaysia telah menggantikan IKKL dengan IKKL FTSE Bursa Malaysia (IKKL FBM). Oleh yang demikian, IKKL FBM telah diterima pakai sebagai penanda aras baru bagi dana ini. IKKL FBM terdiri daripada 30 syarikat terbesar mengikut permodalan pasaran yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBGF mencatatkan jumlah pulangan -2.79% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +1.27% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti 90.8% 90.7% 96.9% Instrumen pasaran wang & lain-lain 9.2% 9.3% 3.1% Perwajaran ekuiti dana berkurangan daripada 90.8% (82.0% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2010 kepada 90.7% (82.4% selepas pelaburan semula agihan) pada akhir tahun kewangan berakhir 2011 kerana dana mengekalkan pendedahan ekuiti yang agak tinggi pada tahun itu. Perwajaran ekuiti dana ditingkatkan lagi kepada 96.9% (89.6% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran ekuiti. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 1.87 1.62 1.02 PTR dana merosot daripada 1.87 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 1.62 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 dan merosot lagi kepada 1.02 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 8.00 8.50 6.00 Agihan bersih seunit (sen) 7.87 8.28 5.99 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 130 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA ASIA EQUITY (PBAEF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Dimulakan* PBAEF (%) -27.10 -4.12 -3.05 3.58 Indeks penanda aras (%) ** -7.62 4.67 -2.67 2.43 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2007* 2008 2009 2010 2011 2012 PBAEF (%) 43.12 -5.83 2.71 3.00 16.71 -27.10 Indeks penanda aras (%) ** 32.18 -13.02 -12.65 6.82 15.53 -7.62 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (17 Julai 2006). ** Penanda aras dana ialah indeks komposit 40% Indeks MSCI Golden Dragon, 20% IKKL FTSE Bursa Malaysia (penggantian Indeks Komposit Kuala Lumpur oleh Bursa Malaysia berkuat kuasa pada 6 Julai 2009) dan 20% setiap satu daripada Indeks Harga Saham Tokyo dan Indeks Harga Saham Komposit. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBAEF mencatatkan pulangan sebanyak -27.10% bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak -7.62% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti & derivatif 102.1% 111.2% 97.5% Instrumen pasaran wang & lain-lain -2.1% -11.2% 2.5% Perwajaran ekuiti dana ditingkatkan daripada 102.1% (94.8% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2010 kepada 111.2% (98.2% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2011 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran ekuiti domestik dan serantau. Perwajaran ekuiti dana kemudiannya dikurangkan kepada 97.5% bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk mengharungi fasa pembetulan dalam pasaran ekuiti domestik dan serantau. Peningkatan dalam pendedahan ekuiti ini sebahagiannya juga disebabkan oleh agihan yang diisytiharkan bagi tahun kewangan berakhir 2010 dan 2011. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 1.24 1.44 0.76 PTR dana meningkat daripada 1.24 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 1.44 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi. PTR dana kemudiannya berkurangan kepada 0.76 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 2.00 3.50 - Agihan bersih seunit (sen) 1.93 3.40 - Agihan adalah dalam bentuk tunai. 131 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA ASEAN DIVIDEND (PBADF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Mei 2012 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Dimulakan* PBADF (%) 1.49 19.82 8.48 8.47 Indeks penanda aras (%)** -3.92 14.75 2.59 2.65 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mei 2008* 2009 2010 2011 2012 PBADF (%) 14.61 -22.13 25.49 25.34 1.49 Indeks penanda aras (%)** 0.63 -22.04 26.14 19.12 -3.92 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (28 Mei 2007). ** Sebelum 30 April 2010, penanda aras dana ialah indeks komposit 35% Indeks Straits Times (STI), 30% Indeks IKKL FTSE Bursa Malaysia (IKKL FBM) (penggantian Indeks Komposit Kuala Lumpur oleh Bursa Malaysia berkuat kuasa pada 6 Julai 2009), 15% Indeks Komposit Jakarta (JCI), 15% Indeks Bursa Saham Thailand (SET) dan 5% Indeks Bursa Saham Filipina (PSEi). Berkuat kuasa pada 30 April 2010, penanda aras dana telah digantikan dengan indeks komposit 90% Indeks FTSE/ASEAN 40 dan 10% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 bulan kerana indeks penanda aras komposit ini mewakili pelaburan dana dengan lebih baik. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBADF mencatatkan jumlah pulangan +1.49% bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak -3.92% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti & derivatif 84.6% 91.0% 89.2% Sekuriti pendapatan tetap 0.0% 3.8% 3.9% Instrumen pasaran wang & lain-lain 15.4% 5.2% 6.9% Perwajaran ekuiti dana ditingkatkan daripada 84.6% (79.8% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2010 kepada 91.0% (86.4% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2011 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran Asia Tenggara. Perwajaran ekuiti dana kemudiannya dikurangkan kepada 89.2% (84.4% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk mengharungi fasa pembetulan dalam pasaran domestik dan Asia Tenggara. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 1.02 0.91 0.55 PTR dana berkurangan daripada 1.02 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 0.91 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 dan berkurangan lagi kepada 0.55 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 1.50 1.50 1.50 Agihan bersih seunit (sen) 1.37 1.43 1.47 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 132 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA EURO PACIFIC EQUITY (PBEPEF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Dimulakan* PBEPEF (%) -22.89 -0.49 -6.21 -6.21 Indeks penanda aras (%) ** -10.10 1.87 -5.50 -5.50 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2008* 2009 2010 2011 2012 PBEPEF (%) -16.92 -15.85 1.77 25.57 -22.89 Indeks penanda aras (%) ** -14.23 -20.02 0.27 17.17 -10.10 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (28 Jun 2007). ** Penanda aras dana ialah indeks komposit 50% Indeks MSCI AC Far East Kecuali Jepun, 40% Indeks STOXX Europe 50 dan 10% Indeks Harga Saham Tokyo Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBEPEF mencatatkan jumlah pulangan -22.89% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak -10.10% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti & derivatif 91.8% 95.7% 90.2% Instrumen pasaran wang & lain-lain 8.2% 4.3% 9.8% Perwajaran ekuiti dana ditingkatkan daripada 91.8% bagi tahun kewangan berakhir 2010 kepada 95.7% pada tahun kewangan berakhir 2011 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran ekuiti. Perwajaran ekuiti dana kemudiannya dikurangkan kepada 90.2% bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk mengharungi fasa pembetulan dalam pasaran serantau. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 1.53 2.29 1.50 PTR dana meningkat daripada 1.53 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 2.29 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi. PTR dana kemudiannya berkurangan kepada 1.50 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana bagi tahun bawah kajian. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) - - - Agihan bersih seunit (sen) - - - 133 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA CHINA PACIFIC EQUITY (PBCPEF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Oktober 2012 1 Tahun 3 Tahun Sejak Dimulakan* PBCPEF (%) -3.61 -6.02 -8.29 Indeks penanda aras (%) ** 6.38 -3.47 -6.11 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Oktober 2008* 2009 2010 2011 2012 PBCPEF (%) -54.60 57.97 -1.39 -13.80 -3.61 Indeks penanda aras (%) ** -54.21 69.73 0.80 -16.95 6.38 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (12 November 2007). ** Sebelum 1 Januari 2009, penanda aras dana ialah indeks komposit 70% Indeks Perusahaan Hang Seng China (HSCEI) dan 30% Indeks Hang Seng (HSI). Berkuat kuasa pada 1 Januari 2009, penanda aras dana telah digantikan dengan Indeks MSCI Zhong Hua kerana indeks ini mewakili prestasi pasaran China dengan lebih baik. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBCPEF mencatatkan pulangan sebanyak -3.61% berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +6.38% bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2012. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti & derivatif 92.8% 91.1% 96.3% Instrumen pasaran wang & lain-lain 7.2% 8.9% 3.7% Perwajaran ekuiti dana dikurangkan daripada 92.8% bagi tahun kewangan berakhir 2010 kepada 91.1% pada tahun kewangan berakhir 2011 untuk mengharungi fasa pembetulan dalam pasaran ekuiti. Perwajaran ekuiti dana ditingkatkan kepada 96.3% bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran ekuiti serantau. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 1.34 1.77 1.03 PTR dana meningkat daripada 1.34 kali bagi tahun kewangan berakhir 2010 kepada 1.77 kali bagi tahun kewangan berakhir 2011 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi. PTR dana kemudiannya berkurangan kepada 1.03 kali bagi tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) - - - Agihan bersih seunit (sen) - - - 134 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA CHINA ASEAN EQUITY (PBCAEF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun 3 Tahun Sejak Dimulakan* PBCAEF (%) -28.97 -2.05 2.86 Indeks penanda aras (%) ** -7.82 4.58 1.77 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2008* 2009 2010 2011 2012 PBCAEF (%) 4.36 14.57 14.59 15.31 -28.97 Indeks penanda aras (%) ** 0.63 -6.03 12.33 9.83 -7.82 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (25 Mac 2008). ** Sebelum 30 April 2010, penanda aras dana ialah indeks komposit 50% Indeks MSCI China Free (MXCNX) (menggantikan Indeks Perusahaan Hang Seng China berkuat kuasa pada 1 Januari 2009 kerana MXCNX lebih mewakili prestasi pasaran China), 20% IKKL FTSE Bursa Malaysia (penggantian Indeks Komposit Kuala Lumpur oleh Bursa Malaysia berkuat kuasa pada 6 Julai 2009), 15% Indeks Straits Times, 7.5% Indeks Komposit Jakarta, 5% Indeks Bursa Saham Thailand dan 2.5% Indeks Bursa Saham Filipina. Berkuat kuasa pada 30 April 2010, penanda aras dana ASEAN telah digantikan dengan 50% Indeks FTSE/ ASEAN 40 kerana indeks ini lebih mewakili prestasi pasaran ASEAN. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBCAEF mencatatkan pulangan sebanyak -28.97% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak -7.82% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti & derivatif 104.8% 106.0% 96.4% Sekuriti pendapatan tetap 0.0% 1.4% 0.4% Instrumen pasaran wang & lain-lain -4.8% -7.4% 3.2% Perwajaran ekuiti dana ditingkatkan daripada 104.8% (94.2% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2010 kepada 106.0% (88.1% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2011 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran ekuiti domestik dan serantau. Perwajaran ekuiti dana kemudiannya dikurangkan kepada 96.4% bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk mengharungi fasa pembetulan pasaran dalam pasaran ekuiti domestik dan serantau. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 1.43 1.60 1.08 PTR dana meningkat daripada 1.43 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 1.60 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi. PTR dana menurun kepada 1.08 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 3.50 6.00 - Agihan bersih seunit (sen) 3.48 5.99 - Agihan adalah dalam bentuk tunai. 135 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA CHINA AUSTRALIA EQUITY (PBCAUEF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Ogos 2012 1 Tahun Sejak Dimulakan* PBCAUEF (%) -17.04 -10.99 Indeks penanda aras (%) ** 0.46 -5.06 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Ogos 2011* 2012 PBCAUEF (%) -11.84 -17.04 Indeks penanda aras (%) ** -12.76 0.46 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (22 Mac 2010). ** Penanda aras dana ialah indeks komposit 50% Indeks MSCI China Free dan 50% Indeks S&P/ASX 200. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBCAUEF mencatatkan jumlah pulangan -17.04% dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +0.46% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2011 2012 Ekuiti & derivatif 95.4% 92.5% Instrumen pasaran wang & lain-lain 4.6% 7.5% Pendedahan ekuiti dana berkurangan daripada 95.4% (84.9% selepas pelaburan semula agihan) bagi tempoh kewangan berakhir 2011 kepada 92.5% bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk mengharungi fasa pembetulan pasaran dalam pasaran China dan Australia. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2011 2012 PTR (kali) 2.59 0.86 PTR dana berkurangan daripada 2.59 kali bagi tempoh kewangan berakhir 2011 kepada 0.86 bagi tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 2.50 - Agihan bersih seunit (sen) 2.50 - Agihan adalah dalam bentuk tunai. 136 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY (PBSGA30EF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun Sejak Dimulakan* PBSGA30EF (%) -8.01 1.28 Indeks Straits Times (%) -5.99 6.01 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2011* 2012 PBSGA30EF (%) 11.60 -8.01 Indeks Straits Times (%) 19.68 -5.99 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (31 Mei 2010). Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBSGA30EF mencatatkan jumlah pulangan -8.01% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak -5.99% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2011 2012 Ekuiti & derivatif 90.2% 93.8% Instrumen pasaran wang & lain-lain 9.8% 6.2% Perwajaran ekuiti dana ditingkatkan daripada 90.2% (88.1% selepas pelaburan semula agihan) bagi tempoh kewangan berakhir 2011 kepada 93.8% bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk memanfaatkan peluang- peluang pelaburan dalam pasaran Singapura. Nisbah Pusingan Ganti Portfolio (PTR) 2011 2012 PTR (kali) 0.90 0.53 PTR dana berkurangan daripada 0.90 kali bagi tempoh kewangan berakhir 2011 kepada 0.53 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 0.65 - Agihan bersih seunit (sen) 0.65 - Agihan adalah dalam bentuk tunai. 137 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA ASIA PACIFIC ENTERPRISES (PBAPENTF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Disember 2012 1 Tahun Sejak Dimulakan* PBAPENTF (%) 11.92 -3.90 Indeks penanda aras (%) ** 14.26 4.19 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2011* 2012 PBAPENTF (%) -16.80 11.92 Indeks penanda aras (%) ** -6.01 14.26 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (28 Mac 2011). ** Penanda aras dana ialah komposit 55% Indeks S&P Asia 50, 30% Indeks S&P Southeast Asia 40 dan 15% Indeks S&P/ASX 20. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBAPENTF mencatatkan jumlah pulangan +11.92% bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +14.26% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2011 2012 Ekuiti & derivatif 77.4% 83.6% Instrumen pasaran wang & lain-lain 22.6% 16.4% Perwajaran ekuiti dana beransur-ansur ditingkatkan daripada 77.4% bagi tempoh kewangan berakhir 2011 kepada 83.6% bagi tempoh kewangan berakhir 2012 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran domestik dan serantau. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2011 2012 PTR (kali) 1.26 0.71 PTR dana merosot daripada 1.26 kali bagi tempoh kewangan berakhir 2011 kepada 0.71 bagi tempoh kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana bagi tahun bawah kajian. Agihan 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) - - Agihan bersih seunit (sen) - - 138 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA ASIA EMERGING GROWTH (PBAEGF) Jumlah Pulangan bagi tempoh berikut berakhir 31 Ogos 2012 Sejak Dimulakan* PBAEGF (%) 1.60 Indeks penanda aras (%) ** 17.74 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tempoh Kewangan Berakhir 31 Ogos 2012* PBAEGF (%) 1.60 Indeks penanda aras (%) ** 17.74 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (26 September 2011). ** Penanda aras dana merangkumi 50% saham Top 100 Small Cap S&P BMI Asia Kecuali Jepun dan 50% saham Top 100 Mid Cap S&P BMI Asia Kecuali Jepun. Ulasan Prestasi Dana PBAEGF mencatatkan jumlah pulangan sebanyak +1.60% bagi tempoh kewangan berakhir 31 Ogos 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +17.74% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2012 Ekuiti & derivatif 75.3% Instrumen pasaran wang & lain-lain 24.7% Selepas dimulakan, pendedahan ekuiti dana kemudiannya beransur-ansur ditingkatkan kepada 75.3% bagi tempoh kewangan berakhir 2012 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran serantau. Tiada angka perbandingan kerana tarikh permulaan dana ialah 26 September 2011. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2012 PTR (kali) 2.15 Dana mencatatkan PTR sebanyak 2.15 kali bagi tempoh kewangan berakhir 31 Ogos 2012. Tiada angka perbandingan kerana tarikh permulaan dana ialah 26 September 2011. Agihan 2012 Agihan kasar seunit (sen) - Agihan bersih seunit (sen) - 139 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA GROWTH SEQUEL (PBGSQF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Disember 2012 1 Tahun Sejak Dimulakan* PBGSQF (%) 11.69 11.51 IKKL FBM (%) 10.34 12.44 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tempoh Kewangan Berakhir 31 Disember 2012* PBGSQF (%) 12.36 IKKL FBM (%) 13.36 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (5 Disember 2011). Ulasan Prestasi Dana PBGSQF mencatatkan jumlah pulangan sebanyak +11.69% bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +10.34% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2012 Ekuiti & derivatif 88.2% Instrumen pasaran wang & lain-lain 11.8% Selepas pelancarannya, perwajaran ekuiti dana beransur-ansur ditingkatkan kepada 88.2% bagi tempoh kewangan berakhir 2012 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran domestik dan serantau. Tiada angka perbandingan kerana tarikh permulaan dana ialah 5 Disember 2011. Nisbah Pusingan Ganti Portfolio (PTR) 2012 PTR (kali) 1.08 Dana mencatatkan PTR sebanyak 1.08 kali bagi tempoh kewangan berakhir 2012. Tiada angka perbandingan kerana tarikh permulaan dana ialah 5 Disember 2011. Agihan 2012 Agihan kasar seunit (sen) - Agihan bersih seunit (sen) - 140 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA ISLAMIC EQUITY (PBIEF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Ogos 2012 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Dimulakan* PBIEF (%) 13.32 13.70 5.25 13.34 Indeks penanda aras (%) ** 18.47 12.89 5.32 12.42 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Ogos 2006* 2007 2008 2009 2010 2011 2012 PBIEF (%) 7.20 42.17 -16.02 6.49 19.99 3.86 13.32 Indeks penanda aras (%) ** 5.14 39.78 -15.49 7.98 12.83 3.82 18.47 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (25 September 2005). ** Sebelum 1 November 2007, penanda aras dana ialah Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI). Berkuat kuasa pada 1 November 2007, Bursa Malaysia telah menggantikan KLSI dengan Indeks Syariah EMAS FTSE Bursa Malaysia (FBMS). Oleh yang demikian, FBMS telah diterima pakai sebagai penanda aras yang baru bagi dana. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBIEF mencatatkan pulangan sebanyak +13.32% bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +18.47% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti patuh Syariah 98.7% 90.6% 99.7% Instrumen pasaran wang Islam & lain-lain 1.3% 9.4% 0.3% Perwajaran ekuiti dana dikurangkan daripada 98.7% (93.1% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2010 kepada 90.6% (83.7% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2011 untuk mengharungi fasa pembetulan pasaran serta mengunci keuntungan. Perwajaran ekuiti dana kemudiannya ditingkatkan kepada 99.7% (94.2% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan patuh Syariah dalam pasaran ekuiti. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 0.73 1.08 0.93 PTR dana meningkat daripada 0.73 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 1.08 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi. PTR dana kemudiannya berkurangan kepada 0.93 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana bagi tahun bawah kajian. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 1.50 2.00 1.50 Agihan bersih seunit (sen) 1.46 1.96 1.46 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 141 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA ISLAMIC ASIA EQUITY (PBIAEF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Dimulakan* PBIAEF (%) -4.35 5.62 -0.94 1.96 Indeks penanda aras (%)** -3.84 9.21 -1.50 1.32 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2007* 2008 2009 2010 2011 2012 PBIAEF (%) 16.11 -14.13 -5.02 6.59 14.61 -4.35 Indeks penanda aras (%)** 15.85 -11.71 -17.92 11.81 18.70 -3.84 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (28 Januari 2007). ** Sebelum 1 Januari 2009, penanda aras dana ialah indeks komposit 80% Indeks Dow Jones Pasaran Islam Asia Kecuali Jepun SM dan 20% Indeks Syariah EMAS FTSE Bursa Malaysia (penggantian Indeks Syariah Kuala Lumpur oleh Bursa Malaysia berkuat kuasa pada 1 November 2007). Berkuat kuasa pada 1 Januari 2009, penanda aras ekuiti asing dana telah digantikan dengan Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun kerana indeks ini mempunyai liputan saham yang lebih luas dalam pasaran serantau. Berkuat kuasa pada 30 April 2011, penanda aras ekuiti domestik dana telah digantikan dengan Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBIAEF mencatatkan jumlah pulangan -4.35% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak -3.84% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti patuh Syariah & derivatif Islam 84.6% 95.0% 94.0% Instrumen pasaran wang Islam & lain-lain 15.4% 5.0% 6.0% Perwajaran ekuiti dana ditingkatkan daripada 84.6% (78.9% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2010 kepada 95.0% (91.9% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2011 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran ekuiti domestik dan serantau. Perwajaran ekuiti dana kemudiannya dikurangkan kepada 94.0% (90.7% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk mengharungi fasa pembetulan dalam pasaran domestik dan serantau. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 0.58 0.90 0.63 PTR dana meningkat daripada 0.58 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 0.90 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi yang dilaksanakan oleh dana. Bagi tahun kewangan berakhir 2012, PTR dana berkurangan kepada 0.63 kali disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 1.50 0.75 0.75 Agihan bersih seunit (sen) 1.46 0.75 0.75 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 142 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA ISLAMIC ASIA STRATEGIC SECTOR (PBIASSF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Ogos 2012 1 Tahun 3 Tahun Sejak Dimulakan* PBIASSF (%) 13.11 1.64 -4.92 Indeks penanda aras (%)** 6.92 3.21 -3.64 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Ogos 2008* 2009 2010 2011 2012 PBIASSF (%) -27.52 -0.44 -1.66 -5.66 13.11 Indeks penanda aras (%)** -24.81 -0.47 1.57 0.97 6.92 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (26 September 2007). ** Sebelum 1 Januari 2009, penanda aras dana ialah indeks komposit 90% Indeks Dow Jones Pasaran Islam Asia Kecuali Jepun SM dan 10% Kadar Pasaran Wang Antara Bank Islam (IIMMR) 3 Bulan. Berkuat kuasa pada 1 Januari 2009, penanda aras ekuiti dana telah digantikan dengan Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun kerana indeks ini mempunyai liputan saham yang lebih luas dalam pasaran serantau. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBIASSF mencatatkan jumlah pulangan +13.11% bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +6.92% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti patuh Syariah & derivatif Islam 90.0% 77.3% 86.4% Instrumen pasaran wang Islam & lain-lain 10.0% 22.7% 13.6% Perwajaran ekuiti dana dikurangkan daripada 90.0% (86.1% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2010 kepada 77.3% bagi tahun kewangan berakhir 2011 untuk mengharungi fasa pembetulan dalam pasaran domestik dan serantau. Perwajaran ekuiti dana kemudiannya ditingkatkan kepada 86.4% bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan patuh Syariah dalam pasaran ekuiti domestik dan serantau. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 0.34 0.75 0.54 PTR dana meningkat daripada 0.34 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 0.75 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi. PTR dana kemudiannya berkurangan kepada 0.54 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 0.75 - - Agihan bersih seunit (sen) 0.75 - - Agihan adalah dalam bentuk tunai. 143 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA BALANCED (PBBF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun 10 Tahun Sejak Dimulakan* PBBF (%) -4.85 7.92 3.66 14.21 20.57 PBEIX (%) ** 2.20 10.56 3.74 8.52 10.85 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 PBBF (%) 0.38 16.91 14.92 7.70 40.99 0.38 -4.76 10.29 17.92 -4.85 PBEIX (%) ** -1.39 12.27 6.21 3.14 28.68 -5.85 -4.23 13.94 13.08 2.20 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (3 Jun 1998). ** Indeks Public Balanced Equity (PBEIX) adalah indeks yang dikira berdasarkan pulangan terkumpul harian daripada IKKL FTSE Bursa Malaysia (penggantian Indeks Komposit Kuala Lumpur oleh Bursa Malaysia berkuat kuasa pada 6 Julai 2009) dan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur 3 Bulan dalam nisbah 60:40.Oleh itu, ia adalah penanda aras yang sesuai untuk dana seimbang yang perrwajaran ekuitinya dihadkan pada maksimum 60% daripada NAB dana. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBBF mencatatkan pulangan sebanyak -4.85% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +2.20% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti & derivatif 62.8% 64.3% 57.8% Sekuriti pendapatan tetap 16.8% 22.1% 17.7% Instrumen pasaran wang & lain-lain 20.4% 13.6% 24.5% Perwajaran ekuiti dana ditingkatkan daripada 62.8% (57.6% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2010 kepada 64.3% (59.0% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2011 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran domestik dan serantau. Perwajaran ekuiti dana dikurangkan kepada 57.8% (55.6% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk mengharungi fasa pembetulan dalam pasaran ekuiti domestik dan serantau. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 1.35 1.30 0.77 PTR dana merosot daripada 1.35 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 1.30 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 dan merosot lagi kepada 0.77 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 7.00 7.50 3.00 Agihan bersih seunit (sen) 6.83 7.42 2.94 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 144 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA ASIA REAL ESTATE INCOME (PBAREIF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Oktober 2012 1 Tahun 3 Tahun Sejak Dimulakan* PBAREIF (%) 21.03 11.28 6.68 Indeks penanda aras (%) ** 12.38 4.41 -1.03 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Berakhir 31 Oktober 2008* 2009 2010 2011 2012 PBAREIF (%) -37.60 58.21 8.03 2.41 21.03 Indeks penanda aras (%) ** -33.61 26.40 3.97 -3.07 12.38 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (7 Januari 2008). ** Sebelum 1 Januari 2009, penanda aras dana ialah indeks komposit 60% Indeks Asia Pacic Real Estate Sector oleh Indeks Dow Jones SM yang diubah suai kepada wajaran berikut, iaitu 20% Jepun, 20% Australia, 20% Malaysia dan baki 40% untuk negara-negara selebihnya dalam rangkuman indeks tersebut pada masa ini termasuk Hong Kong, Indonesia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Korea dan Thailand, dan 40% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur 3 Bulan. Berkuat kuasa pada 1 Januari 2009, penanda aras ekuiti dana telah digantikan dengan indeks khusus berdasarkan juzuk-juzuk dalam sektor harta tanah Indeks Standard & Poors BMI Asia Pasik yang diubah suai kepada wajaran berikut, iaitu. 20% Jepun, 20% Australia, 20% Malaysia dan baki 40% untuk negara selebihnya dalam rangkuman indeks tersebut pada masa ini termasuk Saham H China, Hong Kong, Indonesia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Korea dan Thailand. Sektor harta tanah adalah seperti yang ditakrifkan oleh Piawaian Pengelasan Industri Global (GICS) pada masa itu dan sekarang. Indeks penanda aras ekuiti yang baru ini lebih mewakili prestasi pasaran saham. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBAREIF mencatatkan pulangan yang mengatasi penanda aras bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2012 kerana dana ini mencatatkan jumlah pulangan +21.03% berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +12.38% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti & derivatif 57.4% 63.4% 48.3% Sekuriti pendapatan tetap 33.1% 22.1% 14.2% Instrumen pasaran wang & lain-lain 9.5% 14.5% 37.5% Perwajaran ekuiti dana ditingkatkan daripada 57.4% (55.8% selepas pelaburan semula agihan) pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 63.4% (58.5% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2011 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran domestik dan serantau. Perwajaran ekuiti dana dikurangkan kepada 48.3% (47.4% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk mengharungi fasa pembetulan pasaran. 145 PRESTASI DANA (SAMB) Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 0.46 0.36 0.60 PTR dana mencatatkan pengurangan dari 0.46 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 0.36 kali bagi tahun kewangan berakhir 2011 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah. Bagi tahun kewangan berakhir 2012, PTR dana meningkat kepada 0.60 kali disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih tinggi yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 0.75 2.00 0.50 Agihan bersih seunit (sen) 0.73 2.00 0.50 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 146 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA AUSTRALIA DYNAMIC BALANCED (PBADBF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Oktober 2012 1 Tahun 3 Tahun Sejak Dimulakan* PBADBF (%) 3.21 6.72 12.67 Indeks penanda aras (%)** 2.82 1.70 7.14 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Oktober 2010* 2011 2012 PBADBF (%) 31.20 5.85 3.21 Indeks penanda aras (%)** 19.78 1.01 2.82 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (1 Jun 2009). ** Penanda aras dana ialah indeks komposit 60% Indeks S&P/ASX200 dan 40% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBADBF mencatatkan jumlah pulangan +3.21% bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +2.82% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Ekuiti & derivatif 65.3% 65.7% 57.0% Sekuriti pendapatan tetap 36.3% 39.1% 20.1% Instrumen pasaran wang & lain-lain -1.6% -4.8% 22.9% Perwajaran ekuiti dana ditingkatkan secara marginal dari 65.3% (59.4% selepas pelaburan semula agihan) bagi tempoh kewangan berakhir 2010 kepada 65.7% (59.5% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2011 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran Australia. Perwajaran ekuiti dana kemudiannya dikurangkan kepada 57.0% (54.2% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk mengharungi fasa pembetulan dalam pasaran Australia. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 1.45 0.70 0.52 PTR dana merosot daripada 1.45 kali bagi tempoh kewangan berakhir 2010 kepada 0.70 kali bagi tahun kewangan berakhir 2011 dan merosot lagi kepada 0.52 kali bagi tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 3.00 3.00 1.50 Agihan bersih seunit (sen) 3.00 3.00 1.50 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 147 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA INDONESIA BALANCED (PBINDOBF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 31 Ogos 2012 1 Tahun Sejak Dimulakan* PBINDOBF (%) 6.44 8.27 Indeks penanda aras (%) ** -1.76 1.85 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tempoh Kewangan Berakhir 31 Ogos 2011* 2012 PBINDOBF (%) 8.16 6.44 Indeks penanda aras (%) ** 5.31 -1.76 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (1 November 2010). ** Sebelum 30 April 2011, penanda aras dana ialah indeks komposit 60% Indeks Komposit Jakarta, 20% Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 3 Bulan dan 20% Kadar Tawaran Antara Bank Jakarta (JIBOR) 3 Bulan. Berkuat kuasa pada 30 April 2011, penanda aras ekuiti dana telah digantikan dengan Indeks Jakarta LQ-45 (LQ45) kerana indeks ini mewakili prestasi pasaran Indonesia dengan lebih baik. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBINDOBF mencatatkan jumlah pulangan +6.44% dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak -1.76% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2011 2012 Ekuiti & derivatif 57.0% 52.7% Sekuriti pendapatan tetap 34.7% 26.0% Instrumen pasaran wang & lain-lain 8.3% 21.3% Perwajaran ekuiti dana dikurangkan daripada 57.0% (53.8% selepas pelaburan semula agihan) bagi tempoh kewangan berakhir 2011 kepada 52.7% (49.8% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2012 untuk mengharungi fasa pembetulan dalam pasaran Indonesia. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2011 2012 PTR (kali) 0.77 0.47 PTR dana berkurangan daripada 0.77 kali bagi tempoh kewangan berakhir 2011 kepada 0.47 kali bagi tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 1.50 1.50 Agihan bersih seunit (sen) 1.50 1.50 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 148 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA FIXED INCOME (PBFI) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Dimulakan* PBFI (%) 5.79 8.10 5.93 8.37 Kadar deposit tetap 12 bulan (%) ** 3.15 2.96 3.30 3.97 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2003* 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 PBFI (%) 7.14 2.73 8.66 3.50 12.84 -1.52 5.93 9.58 7.24 5.79 Kadar deposit tetap 12 bulan (%) ** 2.69 3.71 3.70 3.73 3.76 3.72 3.19 2.50 2.89 3.15 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (23 Oktober 2002). ** Penanda aras kadar deposit tetap 12 bulan (12-MFD) dikira berdasarkan pulangan harian daripada 12-MFD yang disebut oleh Malayan Banking Berhad. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBFI mencatatkan pulangan sebanyak +5.79% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 yang mengatasi pulangan penanda aras kadar deposit tetap 12 bulan (12-MFD) sebanyak +3.15% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Sekuriti pendapatan tetap 89.9% 90.5% 104.6% Instrumen pasaran wang & lain-lain 10.1% 9.5% -4.6% Perwajaran bon dana ditingkatkan daripada 89.9% (85.7% selepas pelaburan semula agihan) pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 90.5% (86.3% selepas pelaburan semula agihan) pada tahun kewangan 2011 dan ditingkatkan lagi kepada 104.6% (99.1% selepas pelaburan semula agihan) pada tahun kewangan berakhir 2012 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran bon. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 1.04 0.75 0.61 PTR dana merosot daripada 1.04 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 0.75 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 dan merosot lagi kepada 0.61 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 5.00 5.25 5.75 Agihan bersih seunit (sen) 4.98 5.25 5.75 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 149 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA INFRASTRUCTURE BOND (PBINFBF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun Sejak Dimulakan* PBINFBF (%) 5.33 6.02 Kadar deposit tetap 12 bulan (%) ** 3.15 3.06 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2011* 2012 PBINFBF (%) 6.85 5.33 Kadar deposit tetap 12 bulan (%) ** 3.12 3.15 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (31 Mei 2010). ** Penanda aras kadar deposit tetap 12 bulan disebut oleh Public Bank Berhad. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBINFBF mencatatkan jumlah pulangan +5.33% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +3.15% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2011 2012 Sekuriti pendapatan tetap 89.2% 67.6% Instrumen pasaran wang & lain-lain 10.8% 32.4% Perwajaran bon dana berkurangan daripada 89.2% (86.5% selepas pelaburan semula agihan) bagi tempoh kewangan berakhir 2011 kepada 67.6% (65.2% selepas pelaburan semula agihan) bagi tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan aliran masuk wang baru. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2011 2012 PTR (kali) 0.84 0.57 PTR dana merosot daripada 0.84 kali bagi tempoh kewangan berakhir 2011 kepada 0.57 kali bagi tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 3.25 4.00 Agihan bersih seunit (sen) 3.25 4.00 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 150 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA BOND (PBBOND) Jumlah Pulangan bagi tempoh berikut berakhir 31 Ogos 2012 Sejak Dimulakan* PBBOND (%) 4.00 Kadar deposit tetap 12 bulan (%) ** 2.92 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tempoh Kewangan Berakhir 31 Ogos 2012* PBBOND (%) 4.00 Kadar deposit tetap 12 bulan (%) ** 2.92 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (26 September 2011). ** Penanda aras kadar Deposit Tetap 12 bulan (12-MFD), dikira berdasarkan pulangan harian purata 12-MFD yang disebut oleh Public Bank Berhad. Ulasan Prestasi Dana PBBOND mencatatkan pulangan +4.00% dalam tempoh kewangan berakhir 31 Ogos 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +2.92% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2012 Sekuriti pendapatan tetap 97.9% Instrumen pasaran wang & lain-lain 2.1% Selepas dimulakan, pendedahan dana sekuriti pendapatan tetap beransur-ansur ditingkatkan kepada 97.9% (96.5% selepas pelaburan semula agihan) bagi tempoh kewangan berakhir 2012 untuk memanfaatkan peluang- peluang pelaburan dalam pasaran sekuriti pendapatan tetap. Tiada angka perbandingan kerana tarikh permulaan dana ialah 26 September 2011. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2012 PTR (kali) 0.89 Dana mencatatkan PTR sebanyak 0.89 kali bagi tempoh kewangan berakhir 31 Ogos 2012. Tiada angka perbandingan kerana tarikh permulaan dana ialah 26 September 2011. Agihan 2012 Agihan kasar seunit (sen) 1.50 Agihan bersih seunit (sen) 1.50 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 151 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA ISLAMIC BOND (PBIBF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Dimulakan* PBIBF (%) 8.14 10.58 8.40 8.22 GIA 12 bulan (%) ** 3.33 3.19 3.45 3.61 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2007* 2008 2009 2010 2011 2012 PBIBF (%) 6.50 0.58 7.23 10.17 10.57 8.14 GIA 12 bulan (%) ** 4.50 3.70 3.21 2.84 3.10 3.33 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (5 April 2006). ** Penanda aras kadar Akaun Pelaburan Am 12 bulan (GIA) dikira daripada purata kadar akaun pelaburan 12 bulan yang disebut oleh Bank Negara Malaysia. Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBIBF mencatatkan pulangan sebanyak +8.14% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras kadar Akaun Pelaburan Am 12 bulan (GIA) sebanyak +3.33% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Sukuk 89.3% 98.4% 88.0% Instrumen pasaran wang Islam & lain-lain 10.7% 1.6% 12.0% Perwajaran sukuk dana ditingkatkan daripada 89.3% (85.3% selepas pelaburan semula agihan) pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 98.4% (93.6% selepas pelaburan semula agihan) pada tahun kewangan berakhir 2011 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran sukuk. Pewajaran sukuk dana kemudiannya berkurangan kepada 88.0% (83.9% selepas pelaburan semula agihan) pada tahun kewangan berakhir 2012 kerana dana mengunci keuntungan ke atas pelaburan sukuk terpilih. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 2.00 1.13 0.56 PTR dana merosot daripada 2.00 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 1.13 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 dan merosot lagi kepada 0.56 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 5.00 5.75 5.75 Agihan bersih seunit (sen) 5.00 5.75 5.75 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 152 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA SUKUK FUND (PBSKF) Jumlah Pulangan bagi tempoh berikut berakhir 31 Ogos 2012 Sejak Dimulakan* PBSKF (%) 4.19 GIA 12 bulan (%)** 3.10 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tempoh Kewangan Berakhir 31 Ogos 2012* PBSKF (%) 4.19 GIA 12 bulan (%)** 3.10 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (26 September 2011). ** Penanda aras kadar Akaun Pelaburan Am 12 bulan (GIA) dikira daripada purata kadar akaun pelaburan 12 bulan yang disebut oleh Bank Negara Malaysia. Ulasan Prestasi Dana PBSKF mencatatkan pulangan +4.19% bagi tempoh kewangan berakhir 31 Ogos 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak +3.10% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2012 Sukuk 69.9% Instrumen pasaran wang Islam & lain-lain 30.1% Selepas dimulakan, pendedahan sukuk dana beransur-ansur ditingkatkan kepada 69.9% (68.7% selepas pelaburan semula agihan) bagi tempoh kewangan berakhir 2012 untuk memanfaatkan peluang-peluang pelaburan dalam pasaran sukuk. Tiada angka perbandingan kerana tarikh permulaan dana ialah 26 September 2011. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2012 PTR (kali) 0.72 Dana mencatatkan PTR sebanyak 0.72 kali bagi tempoh kewangan berakhir 31 Ogos 2012. Tiada angka perbandingan kerana tarikh permulaan dana ialah 26 September 2011. Agihan 2012 Agihan kasar seunit (sen) 1.75 Agihan bersih seunit (sen) 1.75 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 153 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA CASH MANAGEMENT (PBCMF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Dimulakan* PBCMF (%) 2.88 2.47 2.71 2.76 KLIBOR 1 bulan (%) 3.09 2.81 3.12 3.21 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2007* 2008 2009 2010 2011 2012 PBCMF (%) 1.35 3.12 2.55 1.80 2.54 2.88 KLIBOR 1 bulan (%) 1.68 3.59 2.94 2.23 2.89 3.09 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (8 Januari 2007). Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBCMF mencatatkan pulangan sebanyak +2.88% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) 1 bulan sebanyak +3.09% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Instrumen pasaran wang & lain-lain 100.0% 100.0% 100.0% Dana menumpukan pelaburannya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek yang amat cair dan penempatan deposit dengan institusi kewangan. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 1.50 0.90 0.54 PTR dana berkurangan daripada 1.50 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 0.90 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 dan berkurangan lagi kepada 0.54 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 2.00 2.50 2.50 Agihan bersih seunit (sen) 2.00 2.50 2.50 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 154 PRESTASI DANA (SAMB) PRESTASI PB DANA ISLAMIC CASH MANAGEMENT (PBICMF) Pulangan Tahunan Purata bagi tempoh berikut berakhir 30 Jun 2012 1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun Sejak Dimulakan* PBICMF (%) 2.86 2.40 2.59 2.58 Kadar IIMM 1 bulan (%) 3.24 2.81 3.12 3.15 Jumlah Pulangan Tahunan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2008* 2009 2010 2011 2012 PBICMF (%) 3.20 2.41 1.70 2.48 2.86 Kadar IIMM 1 bulan (%) 4.12 2.92 2.22 2.75 3.24 * Angka yang ditunjukkan ialah bagi tempoh sejak dana dimulakan (8 Mei 2007). Ulasan Prestasi Dana 1 Tahun PBICMF mencatatkan pulangan sebanyak +2.86% bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding dengan pulangan penanda aras Kadar Pasaran Wang Antara Bank Islam (IIMMR) 1 bulan sebanyak +3.24% dalam tempoh yang sama. Peruntukan Aset 2010 2011 2012 Instrumen pasaran wang Islam & lain-lain 100.0% 100.0% 100.0% Dana menumpukan pelaburannya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek yang amat cair dan akaun pelaburan Islam dengan institusi kewangan. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (PTR) 2010 2011 2012 PTR (kali) 1.19 0.92 0.32 PTR dana berkurangan daripada 1.19 kali pada tahun kewangan berakhir 2010 kepada 0.92 kali pada tahun kewangan berakhir 2011 dan berkurangan lagi kepada 0.32 kali pada tahun kewangan berakhir 2012 disebabkan tahap aktiviti pengimbangan semula yang lebih rendah yang dilaksanakan oleh dana. Agihan 2010 2011 2012 Agihan kasar seunit (sen) 1.90 2.25 2.25 Agihan bersih seunit (sen) 1.90 2.25 2.25 Agihan adalah dalam bentuk tunai. 155 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS 5 5.1 PETIKAN PENYATA KEWANGAN DANA Bahagian ini meliputi petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan dan Penyata Aset dan Liabiliti yang telah diaudit untuk dana-dana berikut bagi tiga (3) tahun kewangan lepas sebelum tarikh Prospektus Induk ini: PB Dana Growth (PBGF) Halaman 156 PB Dana Asia Equity (PBAEF) Halaman 156 PB Dana ASEAN Dividend (PBADF) Halaman 157 PB Dana Euro Pacic Equity (PBEPEF) Halaman 157 PB Dana China Pacic Equity (PBCPEF) Halaman 158 PB Dana China ASEAN Equity (PBCAEF) Halaman 158 PB Dana China Australia Equity (PBCAUEF) Halaman 159 PB Dana Singapore Advantage-30 Equity (PBSGA30EF) Halaman 159 PB Dana Asia Pacic Enterprises (PBAPENTF) Halaman 160 PB Dana Asia Emerging Growth (PBAEGF) Halaman 160 PB Dana Growth Sequel (PBGSQF) Halaman 161 PB Dana Islamic Equity (PBIEF) Halaman 161 PB Dana Islamic Asia Equity (PBIAEF) Halaman 162 PB Dana Islamic Asia Strategic Sector (PBIASSF) Halaman 162 PB Dana Balanced (PBBF) Halaman 163 PB Dana Asia Real Estate Income (PBAREIF) Halaman 163 PB Dana Australia Dynamic Balanced (PBADBF) Halaman 164 PB Dana Indonesia Balanced (PBINDOBF) Halaman 164 PB Dana Fixed Income (PBFI) Halaman 165 PB Dana Infrastructure Bond (PBINFBF) Halaman 165 PB Dana Bond (PBBOND) Halaman 166 PB Dana Islamic Bond (PBIBF) Halaman 166 PB Dana Sukuk (PBSKF) Halaman 167 PB Dana Cash Management (PBCMF) Halaman 167 PB Dana Islamic Cash Management (PBICMF) Halaman 168 Nota: Tiada petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan dan Penyata Aset dan Liabiliti bagi PBDYNAF dan PBMAC kerana dana-dana ini akan mempunyai tempoh kewangannya yang pertama berakhir masing-masing pada 30 April 2013 dan 31 Disember 2013. Prestasi masa lepas dana tidak membayangkan prestasi masa depannya. Penyata kewangan dana yang telah diaudit dibentangkan dalam laporan tahunan dana masing- masing. Laporan tahunan dana boleh didapati atas permintaan. PB DANA GROWTH (PBGF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Pendapatan pelaburan 43,214 52,144 18,174 Jumlah perbelanjaan (16,047) (7,896) (3,857) Pendapatan pelaburan bersih 27,167 44,248 14,317 Pendapatan bersih sebelum cukai 27,167 44,248 14,317 Pendapatan bersih selepas cukai 25,831 43,018 13,721 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 779,918 633,823 300,086 Jumlah aset lain 30,478 33,882 32,321 Jumlah aset 810,396 667,705 332,407 Jumlah liabiliti (63,311) (64,648) (32,368) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 747,085 603,057 300,039 PB DANA ASIA EQUITY (PBAEF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 (Kerugian)/pendapatan pelaburan (28,395) 13,164 19,688 Jumlah perbelanjaan (2,386) (2,632) (2,819) (Kerugian)/pendapatan pelaburan bersih (30,781) 10,532 16,869 (Kerugian)/pendapatan bersih sebelum cukai (30,781) 10,532 16,869 (Kerugian)/pendapatan bersih selepas cukai (30,905) 10,300 16,487 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 114,989 138,170 149,115 Jumlah aset lain 2,253 1,703 3,510 Jumlah aset 117,242 139,873 152,625 Jumlah liabiliti (757) (16,740) (12,705) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 116,485 123,133 139,920 Nota: Modal pemegang unit merujuk kepada NAB yang berpunca daripada pemegang unit. 156 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA ASEAN DIVIDEND (PBADF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Pendapatan pelaburan 18,052 39,137 42,109 Jumlah perbelanjaan (4,740) (5,196) (5,532) Pendapatan pelaburan bersih 13,312 33,941 36,577 Pendapatan bersih sebelum cukai 13,312 33,941 36,577 Pendapatan bersih selepas cukai 12,912 33,116 35,372 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Mei 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 222,304 260,857 258,460 Jumlah aset lain 10,857 22,664 60,591 Jumlah aset 233,161 283,521 319,051 Jumlah liabiliti (12,724) (19,222) (34,538) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 220,437 264,299 284,513 PB DANA EURO PACIFIC EQUITY (PBEPEF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 (Kerugian)/pendapatan pelaburan (14,475) 9,137 679 Jumlah perbelanjaan (2,930) (3,280) (3,815) (Kerugian)/pendapatan pelaburan bersih (17,405) 5,857 (3,136) (Kerugian)/pendapatan bersih sebelum cukai (17,405) 5,857 (3,136) (Kerugian)/pendapatan bersih selepas cukai (17,735) 5,597 (3,409) Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 87,401 149,514 154,191 Jumlah aset lain 4,629 10,484 11,877 Jumlah aset 92,030 159,998 166,068 Jumlah liabiliti (1,786) (4,982) (1,083) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 90,244 155,016 164,985 157 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA CHINA PACIFIC EQUITY (PBCPEF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Kerugian pelaburan (7,588) (48,869) (14,209) Jumlah perbelanjaan (5,737) (8,252) (9,457) Kerugian pelaburan bersih (13,325) (57,121) (23,666) Kerugian bersih sebelum cukai (13,325) (57,121) (23,666) Kerugian bersih selepas cukai (13,858) (57,798) (24,485) Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Oktober 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 215,479 267,650 476,414 Jumlah aset lain 4,670 26,562 43,843 Jumlah aset 220,149 294,212 520,257 Jumlah liabiliti (1,374) (7,792) (13,189) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 218,775 286,420 507,068 PB DANA CHINA ASEAN EQUITY (PBCAEF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 (Kerugian)/pendapatan pelaburan (53,774) 6,064 15,467 Jumlah perbelanjaan (4,295) (1,911) (1,641) (Kerugian)/pendapatan pelaburan bersih (58,069) 4,153 13,826 (Kerugian)/pendapatan bersih sebelum cukai (58,069) 4,153 13,826 (Kerugian)/pendapatan bersih selepas cukai (58,356) 4,061 13,721 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 177,394 145,880 100,697 Jumlah aset lain 5,102 17,499 4,888 Jumlah aset 182,496 163,379 105,585 Jumlah liabiliti (815) (34,108) (11,555) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 181,681 129,271 94,030 158 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA CHINA AUSTRALIA EQUITY (PBCAUEF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun/tempoh kewangan berakhir 31 Ogos 2012 RM000 Dari 2.3.10 hingga 31.8.11 RM000 Kerugian pelaburan (19,196) (2,452) Jumlah perbelanjaan (2,802) (4,252) Kerugian pelaburan bersih (21,998) (6,704) Kerugian bersih sebelum cukai (21,998) (6,704) Kerugian bersih selepas cukai (22,142) (6,839) Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Ogos 2012 RM000 2011 RM000 Jumlah pelaburan 124,125 100,435 Jumlah aset lain 8,103 10,838 Jumlah aset 132,228 111,273 Jumlah liabiliti (915) (12,301) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 131,313 98,972 PB DANA SINGAPORE ADVANTAGE-30 EQUITY (PBSGA30EF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun/tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 Dari 11.5.10 hingga 30.6.11 RM000 (Kerugian)/pendapatan pelaburan (7,136) 4,265 Jumlah perbelanjaan (2,254) (2,024) (Kerugian)/pendapatan pelaburan bersih (9,390) 2,241 (Kerugian)/pendapatan bersih sebelum cukai (9,390) 2,241 (Kerugian)/pendapatan bersih selepas cukai (9,429) 2,216 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 Jumlah pelaburan 111,741 127,551 Jumlah aset lain 6,624 13,648 Jumlah aset 118,365 141,199 Jumlah liabiliti (483) (3,342) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 117,882 137,857 159 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA ASIA PACIFIC ENTERPRISES (PBAPENTF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun/tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2012 RM000 Dari 8.3.11 hingga 31.12.11 RM000 Pendapatan/(kerugian) pelaburan 7,264 (10,860) Jumlah perbelanjaan (1,263) (1,339) Pendapatan/(kerugian) pelaburan bersih 6,001 (12,199) Pendapatan/(kerugian) bersih sebelum cukai 6,001 (12,199) Pendapatan/(kerugian) bersih selepas cukai 5,915 (12,280) Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Disember 2012 RM000 2011 RM000 Jumlah pelaburan 45,549 45,330 Jumlah aset lain 7,073 11,593 Jumlah aset 52,622 56,923 Jumlah liabiliti (399) (788) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 52,223 56,135 PB DANA ASIA EMERGING GROWTH (PBAEGF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Ogos Dari 6.9.11 hingga 31.8.12 RM000 Pendapatan pelaburan 769 Jumlah perbelanjaan (645) Pendapatan pelaburan bersih 124 Pendapatan bersih sebelum cukai 124 Pendapatan bersih selepas cukai 92 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Ogos 2012 RM000 Jumlah pelaburan 16,359 Jumlah aset lain 3,837 Jumlah aset 20,196 Jumlah liabiliti (317) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 19,879 160 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA GROWTH SEQUEL (PBGSQF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember Dari 15.11.11 hingga 31.12.12 RM000 Pendapatan pelaburan 13,417 Jumlah perbelanjaan (2,131) Pendapatan pelaburan bersih 11,286 Pendapatan bersih sebelum cukai 11,286 Pendapatan bersih selepas cukai 11,145 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Disember 2012 RM000 Jumlah pelaburan 107,989 Jumlah aset lain 1,018 Jumlah aset 109,007 Jumlah liabiliti (356) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 108,651 PB DANA ISLAMIC EQUITY (PBIEF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Pendapatan pelaburan 30,586 10,049 9,790 Jumlah perbelanjaan (3,617) (3,140) (1,979) Pendapatan pelaburan bersih 26,969 6,909 7,811 Pendapatan bersih sebelum cukai 26,969 6,909 7,811 Pendapatan bersih selepas cukai 26,753 6,522 7,529 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Ogos 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 184,060 162,119 153,709 Jumlah aset lain 4,067 8,421 3,732 Jumlah aset 188,127 170,540 157,441 Jumlah liabiliti (10,774) (13,183) (11,027) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 177,353 157,357 146,414 161 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA ISLAMIC ASIA EQUITY (PBIAEF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 (Kerugian)/pendapatan pelaburan (116) (55) 7,011 Jumlah perbelanjaan (2,516) (3,290) (4,077) (Kerugian)/pendapatan pelaburan bersih (2,632) (3,345) 2,934 (Kerugian)/pendapatan bersih sebelum cukai (2,632) (3,345) 2,934 (Kerugian)/pendapatan bersih selepas cukai (2,836) (3,738) 2,457 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 106,873 145,043 179,989 Jumlah aset lain 8,370 11,580 12,238 Jumlah aset 115,243 156,623 192,227 Jumlah liabiliti (4,651) (6,867) (13,747) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 110,592 149,756 178,480 PB DANA ISLAMIC ASIA STRATEGIC SECTOR (PBIASSF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Pendapatan/(kerugian) pelaburan 6,550 (15,671) (719) Jumlah perbelanjaan (1,037) (1,434) (1,614) Pendapatan/(kerugian) pelaburan bersih 5,513 (17,105) (2,333) Pendapatan/(kerugian) bersih sebelum cukai 5,513 (17,105) (2,333) Pendapatan/(kerugian) bersih selepas cukai 5,417 (17,258) (2,565) Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Ogos 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 42,646 41,087 69,903 Jumlah aset lain 3,691 10,523 7,548 Jumlah aset 46,337 51,610 77,451 Jumlah liabiliti (270) (184) (5,283) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 46,067 51,426 72,168 162 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA BALANCED (PBBF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Pendapatan/(kerugian) pelaburan 6,438 39,567 12,017 Jumlah perbelanjaan (8,962) (5,494) (4,141) (Kerugian)/pendapatan pelaburan bersih (2,524) 34,073 7,876 (Kerugian)/pendapatan bersih sebelum cukai (2,524) 34,073 7,876 (Kerugian)/pendapatan bersih selepas cukai (2,778) 33,572 7,543 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 610,523 372,104 268,227 Jumlah aset lain 26,368 17,613 30,394 Jumlah aset 636,891 389,717 298,621 Jumlah liabiliti (24,163) (34,689) (24,553) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 612,728 355,028 274,068 PB DANA ASIA REAL ESTATE INCOME (PBAREIF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Pendapatan pelaburan 8,781 2,995 3,068 Jumlah perbelanjaan (815) (745) (1,014) Pendapatan pelaburan bersih 7,966 2,250 2,054 Pendapatan bersih sebelum cukai 7,966 2,250 2,054 Pendapatan bersih selepas cukai 7,914 2,193 1,988 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Oktober 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 66,917 27,430 47,179 Jumlah aset lain 8,019 3,242 5,950 Jumlah aset 74,936 30,672 53,129 Jumlah liabiliti (3,048) (2,611) (3,164) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 71,888 28,061 49,965 163 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA AUSTRALIA DYNAMIC BALANCED (PBADBF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun/tempoh kewangan berakhir 31 Oktober 2012 RM000 2011 RM000 Dari 12.5.09 hingga 31.10.10 RM000 Pendapatan pelaburan 7,118 7,862 23,716 Jumlah perbelanjaan (2,480) (1,709) (2,417) Pendapatan pelaburan bersih 4,638 6,153 21,299 Pendapatan bersih sebelum cukai 4,638 6,153 21,299 Pendapatan bersih selepas cukai 4,617 6,120 21,244 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Oktober 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 160,245 88,786 81,351 Jumlah aset lain 5,159 2,593 4,428 Jumlah aset 165,404 91,379 85,779 Jumlah liabiliti (8,513) (9,339) (9,635) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 156,891 82,040 76,144 PB DANA INDONESIA BALANCED (PBINDOBF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun/tempoh kewangan berakhir 31 Ogos 2012 RM000 Dari 12.10.10 hingga 31.8.11 RM000 Pendapatan pelaburan 9,279 12,079 Jumlah perbelanjaan (2,680) (2,249) Pendapatan pelaburan bersih 6,599 9,830 Pendapatan bersih sebelum cukai 6,599 9,830 Pendapatan bersih selepas cukai 6,081 9,496 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Ogos 2012 RM000 2011 RM000 Jumlah pelaburan 150,829 107,823 Jumlah aset lain 7,311 9,831 Jumlah aset 158,140 117,654 Jumlah liabiliti (8,761) (6,882) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 149,379 110,772 164 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA FIXED INCOME (PBFI) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Pendapatan pelaburan 61,965 35,942 15,823 Jumlah perbelanjaan (7,829) (4,679) (2,321) Pendapatan pelaburan bersih 54,136 31,263 13,502 Pendapatan bersih sebelum cukai 54,136 31,263 13,502 Pendapatan bersih selepas cukai 53,739 31,188 13,447 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 963,684 794,369 393,747 Jumlah aset lain 542 4,629 3,188 Jumlah aset 964,226 798,998 396,935 Jumlah liabiliti (59,545) (47,813) (18,532) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 904,681 751,185 378,403 PB DANA INFRASTRUCTURE BOND (PBINFBF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun/tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 Dari 11.5.10 hingga 30.6.11 RM000 Pendapatan pelaburan 10,826 3,358 Jumlah perbelanjaan (1,676) (636) Pendapatan pelaburan bersih 9,150 2,722 Pendapatan bersih sebelum cukai 9,150 2,722 Pendapatan bersih selepas cukai 9,150 2,722 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 Jumlah pelaburan 387,426 100,552 Jumlah aset lain 7,746 2,697 Jumlah aset 395,172 103,249 Jumlah liabiliti (14,528) (8,028) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 380,664 95,221 165 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA BOND (PBBOND) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Ogos Dari 6.9.11 hingga 31.8.12 RM000 Pendapatan pelaburan 10,292 Jumlah perbelanjaan (1,631) Pendapatan pelaburan bersih 8,661 Pendapatan bersih sebelum cukai 8,661 Pendapatan bersih selepas cukai 8,630 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Ogos 2012 RM000 Jumlah pelaburan 302,533 Jumlah aset lain 1,612 Jumlah aset 304,145 Jumlah liabiliti (4,429) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 299,716 PB DANA ISLAMIC BOND (PBIBF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Pendapatan pelaburan 31,998 15,342 5,615 Jumlah perbelanjaan (3,288) (1,904) (585) Pendapatan pelaburan bersih 28,710 13,438 5,030 Pendapatan bersih sebelum cukai 28,710 13,438 5,030 Pendapatan bersih selepas cukai 28,710 13,438 5,030 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 406,120 442,482 82,421 Jumlah aset lain 62 54 1,311 Jumlah aset 406,182 442,536 83,732 Jumlah liabiliti (19,955) (33,135) (3,732) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 386,227 409,401 80,000 166 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA SUKUK (PBSKF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Ogos Dari 6.9.11 hingga 31.8.12 RM000 Pendapatan pelaburan 23,502 Jumlah perbelanjaan (3,556) Pendapatan pelaburan bersih 19,946 Pendapatan bersih sebelum cukai 19,946 Pendapatan bersih selepas cukai 19,946 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 31 Ogos 2012 RM000 Jumlah pelaburan 835,362 Jumlah aset lain 6,103 Jumlah aset 841,465 Jumlah liabiliti (23,916) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 817,549 PB DANA CASH MANAGEMENT (PBCMF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Pendapatan pelaburan 3,887 3,907 4,350 Jumlah perbelanjaan (500) (620) (874) Pendapatan pelaburan bersih 3,387 3,287 3,476 Pendapatan bersih sebelum cukai 3,387 3,287 3,476 Pendapatan bersih selepas cukai 3,387 3,287 3,476 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 110,305 109,739 192,041 Jumlah aset lain 748 306 938 Jumlah aset 111,053 110,045 192,979 Jumlah liabiliti (2,979) (2,795) (3,804) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 108,074 107,250 189,175 167 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) PB DANA ISLAMIC CASH MANAGEMENT (PBICMF) Petikan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Pendapatan pelaburan 1,609 1,269 1,025 Jumlah perbelanjaan (227) (235) (240) Pendapatan pelaburan bersih 1,382 1,034 785 Pendapatan bersih sebelum cukai 1,382 1,034 785 Pendapatan bersih selepas cukai 1,382 1,034 785 Petikan Penyata Aset dan Liabiliti pada 30 Jun 2012 RM000 2011 RM000 2010 RM000 Jumlah pelaburan 45,965 45,486 45,323 Jumlah aset lain 368 126 98 Jumlah aset 46,333 45,612 45,421 Jumlah liabiliti (1,363) (1,100) (935) Nilai Aset Bersih/Modal pemegang unit 44,970 44,512 44,486 168 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) 5.2 PERBELANJAAN YANG DITANGGUNG OLEH DANA Jadual berikut menunjukkan jumlah perbelanjaan tahunan yang ditanggung oleh dana-dana ini pada tahun kewangan sebelumnya. Nama dana Yuran pengurusan Yuran pemegang amanah Perbelanjaan lain Jumlah perbelanjaan tahunan RM000 % # RM000 % # RM000 % # RM000 % # PBGF 11,609 1.49 450 0.06 231 0.03 12,290 1.58 PBAEF 1,867 1.60 70 0.06 76 0.06 2,013 1.72 PBADF 3,933 1.60 193 0.08 160 0.06 4,286 1.74 PBEPEF 2,014 1.80 86 0.08 117 0.10 2,217 1.98 PBCPEF 3,887 1.60 172 0.07 121 0.05 4,180 1.72 PBCAEF 2,917 1.57 143 0.08 64 0.03 3,124 1.68 PBCAUEF 2,030 1.57 94 0.07 65 0.05 2,189 1.69 PBSGA30EF 1,887 1.59 91 0.08 62 0.05 2,040 1.72 PBAPENTF 877 1.64 36 0.07 68 0.13 981 1.84 PBAEGF 291 1.65 18 0.10 51 0.39 360 2.04 PBGSQF 1,488 1.49 66 0.07 50 0.05 1,604 1.61 PBIEF 2,591 1.50 104 0.06 93 0.05 2,788 1.61 PBIAEF 2,073 1.64 97 0.08 94 0.07 2,264 1.79 PBIASSF 809 1.65 36 0.07 71 0.15 916 1.87 PBBF 6,832 1.50 274 0.06 154 0.03 7,260 1.59 PBAREIF 628 1.70 25 0.07 57 0.15 710 1.92 PBADBF 2,034 1.64 84 0.07 74 0.06 2,192 1.77 PBINDOBF 2,111 1.70 90 0.07 111 0.08 2,312 1.85 PBFI 7,377 0.75 300 0.03 117 0.01 7,794 0.79 PBINFBF 1,523 0.74 137 0.07 16 0.01 1,676 0.82 PBBOND 1,497 0.74 117 0.06 17 0.01 1,631 0.81 PBIBF 3,090 0.75 144 0.04 54 0.01 3,288 0.80 PBSKF 3,294 0.75 241 0.05 21 0.01 3,556 0.81 PBCMF 419 0.37 71 0.06 10 0.01 500 0.44 PBICMF 172 0.37 32 0.07 23 0.05 227 0.49 # Digambarkan sebagai peratusan daripada purata NAB. Nota : Perbelanjaan lain tidak termasuk yuran pembrokeran dan bayaran kepada badan amal (jika ada). Dana berikut akan mempunyai tahun/tempoh kewangannya yang pertama seperti berikut: Nama Dana Tahun/Tempoh Kewangan berakhir PBDYNAF 30 April 2013 PBMAC 31 Disember 2013 169 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) Nisbah perbelanjaan pengurusan (NPP) dana-dana ini bagi tiga (3) tahun kewangan lepas adalah seperti berikut Nama dana NPP (%) Nama dana NPP (%) PBGF PBIASSF 30 Jun 2012 1.58 31 Ogos 2012 1.87 30 Jun 2011 1.60 31 Ogos 2011 1.85 30 Jun 2010 1.62 31 Ogos 2010 1.79 PBAEF PBBF 30 Jun 2012 1.72 30 Jun 2012 1.59 30 Jun 2011 1.74 30 Jun 2011 1.60 30 Jun 2010 1.69 30 Jun 2010 1.61 PBADF PBAREIF 31 Mei 2012 1.74 31 Oktober 2012 1.92 31 Mei 2011 1.75 31 Oktober 2011 1.90 31 Mei 2010 1.71 31 Oktober 2010 1.87 PBEPEF PBADBF 30 Jun 2012 1.98 31 Oktober 2012 1.77 30 Jun 2011 1.97 31 Oktober 2011 1.79 30 Jun 2010 1.94 31 Oktober 2010 1.80 PBCPEF PBFI 31 Oktober 2012 1.72 30 Jun 2012 0.79 31 Oktober 2011 1.70 30 Jun 2011 0.80 31 Oktober 2010 1.66 30 Jun 2010 0.80 PBCAEF PBIBF 30 Jun 2012 1.68 30 Jun 2012 0.80 30 Jun 2011 1.72 30 Jun 2011 0.81 30 Jun 2010 1.69 30 Jun 2010 0.83 PBIEF PBCMF 31 Ogos 2012 1.61 30 Jun 2012 0.44 31 Ogos 2011 1.62 30 Jun 2011 0.45 31 Ogos 2010 1.61 30 Jun 2010 0.45 PBIAEF PBICMF 30 Jun 2012 1.79 30 Jun 2012 0.49 30 Jun 2011 1.80 30 Jun 2011 0.52 30 Jun 2010 1.75 30 Jun 2010 0.52 PBCAUEF* PBINDOBF* 31 Ogos 2012 1.69 31 Ogos 2012 1.85 31 Ogos 2011 1.71 31 Ogos 2011 1.87 PBSGA30EF* PBINFBF* 30 Jun 2012 1.72 30 Jun 2012 0.82 30 Jun 2011 1.74 30 Jun 2011 0.85 PBAPENTF* 31 Disember 2012 1.84 31 Disember 2011 1.89 170 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) Nama dana NPP (%) PBAEGF* 31 Ogos 2012 2.04 PBGSQF* 31 Disember 2012 1.61 PBBOND* 31 Ogos 2012 0.81 PBSKF* 31 Ogos 2012 0.81 * Dana-dana ini dilancarkan kurang daripada 3 tahun kewangan. 171 SOROTAN KEWANGAN DANA YANG LEPAS (SAMB) 172 MEMULAKAN PELABURAN DENGAN PUBLIC MUTUAL 6 6.1 MELABUR DENGAN PUBLIC MUTUAL Unit dana ada dijual di cawangan-cawangan IUTA yang dilantik di seluruh negara. Anda bolehlah membuat pertanyaan tentang dana di kaunter maklumat cawangan. Anda akan dimaklumkan mengenai ciri-ciri penting dana, risiko dan semua prosedur urus niaga oleh wakil korporat sebelum anda mula melabur dalam dana. Wakil korporat merupakan kakitangan IUTA yang telah dilantik dan terlatih untuk berurus niaga dalam dana amanah saham dan berdaftar dengan FIMM. Sila rujuk halaman 222 Prospektus Induk ini untuk senarai IUTA yang dilantik. Pejabat cawangan Public Mutual terletak di seluruh ibu negeri dan bandar-bandar utama di Malaysia untuk memberi perkhidmatan kepada para pemegang unit yang perlu membuat pertanyaan atau urus niaga dengan kami. Sila rujuk Direktori Pejabat Cawangan Public Mutual pada halaman 219 hingga 221 Prospektus Induk ini untuk butir-butir mengenai alamat dan nombor telefon mereka. 6.2 BAGAIMANA HENDAK MEMBELI, MENEBUS ATAU TUKAR GANTI UNIT DANA Baca dan Fahami Prospektus Dana Adalah penting bagi anda memahami sepenuhnya tentang pelaburan amanah saham, dan makna melabur dalam dana bagi anda dari segi potensi manfaat dan risikonya. Mula-mula minta wakil korporat yang bertugas memberikan maklumat mengenai dana, dan pastikan anda meminta satu salinan prospektus. Adalah penting bagi anda membaca prospektus ini dengan teliti dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai apa-apa perkara yang meragukan anda. Apabila membaca prospektus, pastikan bahawa anda benar-benar memahami: sifat dan ciri skim pelaburan kolektif; kategori dana, objektif dan dasar pengagihannya; jenis urus niaga dana yang ada; hak anda sebagai pemegang unit; jenis dan amaun yuran serta perbelanjaan dana yang perlu anda tanggung; laporan yang akan anda terima sebagai pemegang unit yang memberikan anda maklumat lengkap mengenai prestasi dana. Panduan Membuka Akaun Bagi bakal pelabur dana, anda perlu melengkapkan Borang Permohonan dana yang disertakan bersama prospektus yang boleh didapati secara percuma atas permintaan. Borang permohonan anda, berserta amaun pelaburan yang dibayar dengan cek atas nama Public Mutual Berhad diikuti dengan nombor Kad Pengenalan baru pemegang pertama (contohnya: Public Mutual Berhad (No. Kad Pengenalan Baru)), bolehlah diserahkan kepada mana-mana cawangan Public Bank. Anda dinasihatkan supaya menulis nama anda, nombor Kad Pengenalan baru/pasport dan nombor telefon di belakang cek tersebut. Sila simpan slip simpanan bank yang dkeluarkan oleh bank sebagai rekod dan rujukan anda pada masa akan datang. Jika anda adalah pelabur pertama kali Public Mutual, anda juga dikehendaki melengkapkan Borang Pelabur Baru. Bagi pelabur yang melabur di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (yang mana permohonan untuk melabur akan tertakluk kepada kelulusan oleh KWSP), anda dikehendaki melengkapkan Borang Permohonan bagi Skim Pelaburan Ahli KWSP dan Borang KWSP 9N (AHL) dan menyerahkannya bersama dengan satu salinan Kad Pengenalan anda kepada wakil korporat yang bertugas. Bagi pemohon bukan individu atau pemohon korporat, permohonan mestilah diserahkan bersama dengan dokumen berkanun yang diperlukan. Sila rujuk Borang Pelabur Baru untuk butir-butir dokumen yang diperlukan oleh jenis pelanggan yang berlainan, sebagai contohnya syarikat Malaysia, perkongsian, empunya tunggal atau lain-lain. Sila hubungi meja jualan korporat di 03-6279 6829 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut. Pelaburan permulaan minimum bagi setiap dana: RM1,000 Menambahkan Pelaburan Secara Berkala Ke Dalam Akaun Anda Anda boleh melabur secara tetap ke dalam akaun pelaburan anda. Ini boleh dilakukan dengan memberikan arahan debit terus kepada Public Bank. Sila bertanya kepada wakil korporat anda mengenai pelaburan secara tetap dan dapatkan manfaat daripada pemurataan kos dolar yang diperoleh daripada pembelian unit secara berkala. Ataupun, anda boleh menambah ke dalam akaun pelaburan bila-bila masa anda ingin melakukannya dengan mendepositkan wang tunai/cek yang dibayar kepada Public Mutual Berhad diikuti dengan nombor akaun dana anda, ke dalam akaun kutipan yang terdapat dengan Public Bank. Pelaburan tambahan minimum bagi setiap dana: RM100 Di bawah Surat Ikatan, Pengurus diberi hak eksklusif untuk melaksanakan terbitan unit bagi akaun dana dan mempunyai budi bicara mutlak untuk menerima atau menolak keseluruhan atau sebahagian daripada mana- mana permohonan unit. Kaedah Pembayaran Apabila membeli unit dalam dana-dana ini, anda dinasihatkan supaya mengeluarkan cek atas nama Public Mutual Berhad diikuti dengan Nombor Kad Pengenalan Baru pemegang pertama (untuk pelaburan permulaan) atau Public Mutual Berhad diikuti oleh No. Akaun dana sasaran (untuk pelaburan tambahan). Pelabur yang ingin membayar secara tunai dinasihatkan supaya pergi sendiri ke mana-mana cawangan Public Bank. Melaksanakan Hak Bertenang Jika anda melabur dengan Public Mutual buat pertama kali, permintaan untuk melaksanakan hak bertenang anda mestilah dikemukakan kepada cawangan Public Bank di mana anda membeli unit anda dalam masa 6 Hari Perniagaan dari tarikh penerimaan borang permohonan dan bayaran oleh Public Mutual. Anda akan dibayar balik wang pelaburan anda sepenuhnya dalam tempoh 10 hari dari tarikh melaksanakan hak bertenang ini. Bayaran balik bagi setiap unit yang dipegang ialah jumlah harga unit pada hari unit itu dibeli dan caj jualan yang dikenakan pada hari unit itu dibeli. Bagi pemegang unit KWSP, tempoh bertenang akan bermula dari tarikh penerimaan borang permohonan oleh Public Mutual. Korporat atau institusi, kakitangan Pengurus dan orang yang berdaftar untuk berurus niaga dalam dana amanah saham tidak layak menerima hak bertenang. Melaksanakan Penebusan, Tukar Ganti dan Pemindahan Unit Penebusan Unit dana boleh ditebus pada mana-mana Hari Perniagaan. Tiada had kekerapan penebusan. Sekiranya anda perlu menebus unit anda sebahagian atau sepenuhnya, anda perlu melengkapkan dan menyerahkan Borang Belian Balik kepada pejabat cawangan Public Mutual atau Public Bank yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual. Anda akan dibayar perolehan penebusan dalam masa 10 hari dari kami menerima permintaan penebusan anda. Bagi pemegang unit KWSP, perolehan penebusan bersih akan dikirimkan kepada KWSP untuk dikreditkan ke dalam akaun wang simpanan ahli. 173 MEMULAKAN PELABURAN DENGAN PUBLIC MUTUAL (SAMB) Tukar Ganti Anda boleh memindahkan pelaburan anda di antara pelbagai dana di bawah Siri Dana PB pada mana-mana Hari Perniagaan, tertakluk kepada yuran dan syarat-syarat tukar ganti yang dinyatakan di halaman 174 dan 175. Anda perlu melengkapkan dan mengembalikan Borang Tukar Ganti kepada pejabat cawangan Public Mutual atau Public Bank yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual. (A) Bagi tukar ganti yang dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh belian unit/tukar ganti ke dalam dana itu: Ke Dana Penerima Tukar Ganti Keluar/(Keluar) Dari Dana Ekuiti / Aset Campuran / Seimbang Dana Bon Dana Pasaran Wang Dana Ekuiti/Aset Campuran/Seimbang Yuran tukar ganti sebanyak 0.75%* Yuran tukar ganti sebanyak 0.75%* Yuran tukar ganti sebanyak 0.75%* Dana Bon - Unit beban # - Unit beban-1% ## - Unit beban rendah ### sebelum 1 Oktober 2013 dari 1 Oktober 2013 Yuran tukar ganti sebanyak 0.25%* Caj jualan sehingga 4.5% Caj jualan sehingga 5.5% Caj jualan sehingga 5.25% Yuran tukar ganti sebanyak 0.25%* Yuran tukar ganti sebanyak 0.25%* Yuran tukar ganti sebanyak 0.25%* Caj jualan sehingga 0.75% Yuran tukar ganti sebanyak 0.25%* Yuran tukar ganti sebanyak 0.25%* Yuran tukar ganti sebanyak 0.25%* Yuran tukar ganti sebanyak 0.25%* Dana Pasaran Wang - Unit beban # - Unit beban-1% ## - Unit beban rendah ### sebelum 1 Oktober 2013 dari 1 Oktober 2013 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Caj jualan sehingga 4.5% Caj jualan sehingga 5.5% Caj jualan sehingga 5.25% Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Caj jualan sehingga 0.75% Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Nota: * Tertakluk kepada minimum RM50, mana-mana yang lebih tinggi. Yuran tukar ganti yang melebihi kos pentadbiran boleh disimpan oleh dana tukar ganti keluar. 174 MEMULAKAN PELABURAN DENGAN PUBLIC MUTUAL (SAMB) (B) Bagi tukar ganti yang dibuat selepas 90 hari dari tarikh belian unit/tukar ganti ke dalam dana itu: Ke Dana Penerima Tukar Ganti Keluar/(Keluar) Dari Dana Ekuiti / Aset Campuran / Seimbang Dana Bon Dana Pasaran Wang Dana Ekuiti/Aset Campuran/Seimbang Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Tiada yuran tukar ganti Dana Bon - Unit beban # - Unit beban-1% ## - Unit beban rendah ### sebelum 1 Oktober 2013 dari 1 Oktober 2013 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Caj jualan sehingga 4.5% Caj jualan sehingga 5.5% Caj jualan sehingga 5.25% Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Caj jualan sehingga 0.75% Tiada yuran tukar ganti Tiada yuran tukar ganti Tiada yuran tukar ganti Tiada yuran tukar ganti Dana Pasaran Wang - Unit beban # - Unit beban-1% ## - Unit beban rendah ### sebelum 1 Oktober 2013 dari 1 Oktober 2013 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Caj jualan sehingga 4.5% Caj jualan sehingga 5.5% Caj jualan sehingga 5.25% Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Yuran tukar ganti sebanyak RM25 Caj jualan sehingga 0.75% Tiada yuran tukar ganti Tiada yuran tukar ganti Tiada yuran tukar ganti Tiada yuran tukar ganti Nota: # Unit beban ialah unit yang telah dikenakan caj jualan sebanyak 3% atau lebih. ## Unit beban-1% ialah unit yang telah dikenakan caj jualan sebanyak 1.0%. ### Unit beban rendah ialah unit yang telah dikenakan caj jualan sebanyak 0.25% atau kurang. Pengurus berhak menolak mana-mana permintaan tukar ganti daripada pemegang unit dana jika ia menganggap permintaan tukar ganti itu sebagai mengganggu kecekapan pengurusan portfolio dana sasaran; atau jika dianggap oleh Pengurus sebagai bertentangan dengan kepentingan dana sasaran. Permintaan tukar ganti yang ditolak oleh Pengurus akan dianggap sebagai penebusan unit. Tukar ganti daripada dana patuh Syariah kepada dana konvensional adalah tidak digalakkan terutamanya bagi pemegang unit yang beragama Islam. Pemindahan Anda boleh memindahkan unit anda dalam dana sepenuhnya atau sebahagiannya kepada pemegang unit lain, tertakluk kepada terma dan syarat. Yuran pentadbiran sebanyak RM25 dikenakan bagi setiap urus niaga pemindahan. Bagi pemindahan unit, anda perlu melengkapkan dan menyerahkan Borang Pindahan. Anda juga boleh membuat penebusan dan permintaan tukar ganti menggunakan perkhidmatan e-dagang kami, Public Mutual Online. 175 MEMULAKAN PELABURAN DENGAN PUBLIC MUTUAL (SAMB) Amaun Urus Niaga Minimum bagi Penebusan, Tukar Ganti dan Pemindahan Urus niaga minimum bagi setiap penebusan, tukar ganti atau pemindahan ialah 1,000 unit. Baki Akaun Minimum Apa saja yang anda lakukan dengan cara penebusan, pemindahan atau tukar ganti dana, anda mesti sentiasa memastikan bahawa anda meninggalkan baki minimum 1,000 unit dalam akaun anda pada setiap masa untuk terus melabur dengan dana. Dalam kes penebusan separa, Pegurus boleh memilih untuk menebus seluruh akaun jika penebusan separa menyebabkan kurang daripada 1,000 unit dipegang di dalam akaun anda dengan dana. Menyandarkan Unit sebagai Cagaran Unit yang dipegang oleh anda boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan dengan Public Bank di bawah Pelan Unit Trust Flexi-Loan Express (UNIFLEX). Pelan UNIFLEX mempunyai banyak kelebihan. Untuk butir-butir lanjut mengenai Pelan UNIFLEX, anda boleh menghubungi Hotline Public Bank: 1800-22- 9999. Anda haruslah mengetahui tentang risiko pembiayaan pinjaman seperti yang dinyatakan pada halaman 37 Prospektus Induk ini dan anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami Penyata Pendedahan Risiko Pembiayaan Pinjaman yang menjadi sebahagian daripada Borang Permohonan dana. Peminjaman/Pembiayaan untuk Membeli Unit Amanah saham dianggap sebagai instrumen simpanan jangka panjang yang secara umumnya memberikan pulangan yang lebih baik berbanding dengan deposit bank melalui pelaburannya dalam ekuiti atau instrumen yang lain. Melabur dalam amanah saham melibatkan risiko pasaran dan dianggap kurang bijak bagi anda membuat pinjaman untuk membeli unit, kerana ia boleh memburukkan lagi sebarang kerugian modal yang ditanggung oleh anda. Oleh yang demikian, melabur dalam dana amanah saham dengan wang yang dipinjam adalah lebih berisiko daripada melabur dengan wang simpanan anda sendiri. Sila rujuk risiko pinjaman/margin pembiayaan di halaman 37 di dalam Prospektus Induk ini. Anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami sepenuhnya Penyata Pendedahan Risiko Pembiayaan Pinjaman yang menjadi sebahagian daripada Borang Permohonan dana sebelum menandatangani borang. Adalah menjadi dasar syarikat kami untuk tidak menggalakkan penggunaan pembiayaan pinjaman dalam membeli unit. 6.3 PENYATA DAN LAPORAN Penyata untuk Mengesahkan dan Merekodkan Urus Niaga Penyata janaan komputer akan dikeluarkan untuk memberikan anda rekod mengenai setiap urus niaga yang dibuat dalam akaun anda supaya anda boleh mengesahkan kedudukan dan ketepatan urus niaga anda serta mengemaskinikan rekod akaun pelaburan anda dengan kami. Penyata Pelaburan Tahunan/Interim Selain itu, anda juga akan menerima Penyata Pelaburan tahunan dan interim yang dihantar bersama dengan laporan interim/tahunan dana yang akan memberikan anda kedudukan terkini akaun pelaburan anda. Bagi Ahli Mutual Gold Elite dan Mutual Gold, Penyata Akaun Bulanan dan Penyata Akaun Suku Tahunan masing- masing akan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada Khidmat Pelanggan Keutamaan yang dilaksanakan oleh Pengurus. 176 MEMULAKAN PELABURAN DENGAN PUBLIC MUTUAL (SAMB) Laporan Tahunan dan Interim Strategi pelaburan, prestasi dan pemegangan portfolio dan akaun-akaun dana diperincikan dua kali setahun dalam laporan tahunan dan interim yang dihantar kepada semua pemegang unit dalam masa 2 bulan dari penutup setiap tahun kewangan atau tempoh interim. Penyata Agihan Pulangan Jika agihan pulangan diisytiharkan oleh dana, anda akan menerima Penyata Agihan Pulangan yang memperincikan jenis dan amaun pulangan yang diagihkan oleh dana. Anda boleh merujuk halaman 33 hingga 34 untuk maklumat lanjut mengenai cara agihan serta dasar dan prosedur mengenai wang/agihan yang tidak dituntut. 6.4 MENGIKUTI PERKEMBANGAN HARGA UNIT HARIAN Unit dinilai pada NAB seunitnya pada setiap Hari Perniagaan. Anda boleh menyemak NAB/harga semasa dana-dana ini dengan merujuk Ruangan Amanah Saham yang disiarkan setiap hari dalam akhbar-akhbar utama atau dengan melayari laman web kami di www.publicmutual.com.my. (Sila rujuk halaman 178 untuk Penentuan Harga). Sila hubungi Hotline Public Bank: 1800-22-9999 atau Hotline Public Mutual: 03-6207 5000 untuk pertanyaan am atau bantuan khusus berhubung pelaburan anda dengan kami. Anda juga boleh mengakses Public Mutual Online, laman web e-dagang kami untuk urus niaga dalam talian, pertanyaan akaun serta e-penyata dan e-laporan. 177 MEMULAKAN PELABURAN DENGAN PUBLIC MUTUAL (SAMB) 178 MAKLUMAT URUS NIAGA 7 7.1 PENENTUAN HARGA Titik Penilaian Titik penilaian merujuk kepada masa tertentu pada Hari Perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus di mana Nilai Aset Bersih (NAB) dana dikira. Bagi dana tanpa pelaburan asing, penilaian NAB dana dibuat pada setiap Hari Perniagaan pada penutup Bursa Securities. Bagi dana dengan pelaburan asing, penilaian dana akan dibuat selepas penutup perniagaan Bursa Securities bagi hari yang berkaitan. Oleh sebab pasaran asing tertentu di mana dana mungkin melabur belum lagi ditutup disebabkan perbezaan zon waktu di negara-negara ini, titik penilaian boleh dilanjutkan sehingga jam 9:00 pagi (atau mana-mana waktu lain sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dari semasa ke semasa) keesokan harinya di mana Pengurus dibuka untuk perniagaan. NAB Seunit NAB seunit diperoleh dengan membahagikan NAB dana dengan bilangan unit dalam terbitan. Contoh 1: Pengiraan NAB seunit Berikut ialah contoh penilaian berdasarkan andaian yang dijalankan untuk PBIEF bagi Hari Perniagaan 19 Julai 2013: Jumlah NAB (RM) 492,750,000 UDE (unit) 985,500,000 NAB seunit (RM) (Jumlah NAB/UDE) 0.50000000 Harga Hadapan bagi Urus Niaga Belian dan Penebusan Urus niaga belian dan juga urus niaga penebusan diniagakan pada harga yang ditentukan berikutnya. Permintaan anda pada hari ini untuk membeli unit dana akan dilaksanakan pada harga yang ditentukan berikutnya, di mana urus niaga akan dikira pada titik penilaian berikutnya selepas permohonan untuk membeli unit diterima dan dipersetujui oleh Pengurus. Begitu juga, permintaan untuk menebus unit oleh anda akan dilakukan pada harga yang ditentukan berikutnya, di mana urus niaga akan dilaksanakan pada titik penilaian berikutnya selepas permintaan penebusan diterima oleh Pengurus. Pelaburan yang dimasukkan di kaunter bank melalui cawangan Public Bank pada mana-mana Hari Perniagaan akan diproses berdasarkan harga yang ditentukan untuk Hari Perniagaan yang sama. Pelaburan yang diurusniagakan melalui saluran elektronik sebelum atau pada jam 4:00 petang pada mana-mana Hari Perniagaan akan diproses berdasarkan harga yang ditentukan pada Hari Perniagaan yang sama; manakala pelaburan yang diurusniagakan selepas jam 4:00 petang melalui saluran ini akan diproses berdasarkan harga yang ditentukan untuk Hari Perniagaan berikutnya. Sebarang pelaburan yang dibuat pada hari yang bukan Hari Perniagaan akan dianggap sebagai pelaburan yang dibuat pada Hari Perniagaan berikutnya. Sekiranya berlaku sebarang harga unit dana yang salah, Pengurus akan mengambil langkah pembetulan segera di mana harga yang salah tersebut (i) sama dengan atau lebih daripada kosong perpuluhan lima peratus (0.5%) daripada NAB seunit; dan (ii) menyebabkan jumlah sebanyak Sepuluh Ringgit Malaysia (RM10.00) atau lebih perlu dibayar ganti kepada pemegang unit yang terbabit bagi setiap urus niaga belian atau penebusan. Tertakluk kepada mana-mana keperluan kawal selia, Pengurus berhak meminda, mengubah atau menyemak had atau ambang yang tersebut di atas dari semasa ke semasa. 179 MAKLUMAT URUS NIAGA (SAMB) 7.2 PENGIRAAN HARGA Belian dan penebusan unit adalah disebut harga dan diurusniagakan pada harga tunggal, iaitu pada NAB seunit dana. Caj jualan dan caj penebusan (jika ada) yang akan dikenakan ke atas belian dan penebusan unit tidak akan dimasukkan ke dalam harga sebutan dana. Caj ini akan dikira dan dikenakan berasingan. Membuat Pelaburan Belian unit diurusniagakan pada NAB seunit dana. Apabila membeli unit dana, caj jualan sehingga 5.5% daripada NAB seunit dikenakan untuk dana ekuiti, dana aset campuran dan dana seimbang, sehingga 1.0% daripada NAB seunit dikenakan untuk dana bon dan sehingga 0.25% daripada NAB seunit dikenakan untuk dana pasaran wang. Bagi pelaburan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP, caj jualan sehingga 3% daripada NAB seunit dikenakan untuk dana ekuiti, dana aset campuran dan dana seimbang (seperti yang dikawal selia oleh KWSP). Contoh 2: Belian Unit oleh Pelabur Andaikan bahawa pada 19 Julai 2013, Pelabur A membuat keputusan untuk melabur sebanyak RM10,000 dalam PBIEF. Berdasarkan contoh 1, NAB seunit PBIEF ialah RM0.50000000. Caj jualan yang dikenakan ke atas belian unit dalam dana ialah 5.5%. Berdasarkan yang di atas, Pelabur A akan mempunyai 20,000 unit dikreditkan ke dalam akaun pelaburannya seperti yang ditunjukkan di bawah: Unit dikreditkan ke dalam akaun pelabur Amaun dilaburkan = RM10,000 NAB seunit RM0.50000000 20,000 unit Caj jualan seunit = NAB seunit x Caj jualan (%) = RM0.50000000 x 5.5% = RM0.02750000 Jumlah caj jualan yang = Caj jualan seunit x Unit yang dikreditkan kepada pelabur ditanggung oleh Pelabur A = RM0.02750000 x 20,000 unit = RM550 Berdasarkan yang di atas, jumlah amaun yang perlu dibayar oleh Pelabur A: = Amaun dilaburkan dalam PBIEF + Caj jualan yang ditanggung = RM10,000 + RM550 = RM10,550 Pelabur yang ingin membayar secara tunai dinasihatkan supaya pergi sendiri ke mana-mana cawangan Public Bank. 180 Menebus Pelaburan Penebusan unit diurusniagakan pada NAB seunit dana. Pengurus tidak mengenakan caj penebusan ke atas penebusan unit dana. Contoh 3: Penebusan Unit oleh Pelabur Andaikan bahawa Pelabur B membuat keputusan untuk menebus 20,000 unit PBIEF. Beliau menyerahkan Borang Belian Balik ke pejabat cawangan Public Mutual. Tiada caj penebusan dikenakan ke atas penebusan unit dana. Berdasarkan yang di atas, amaun yang ditebus daripada PBIEF = Unit ditebus x NAB seunit = 20,000 unit x RM0.50000000 = RM10,000 Caj penebusan seunit = NAB seunit x Caj penebusan (%) = RM0.50000000 x 0% = Tiada Jumlah caj penebusan yang ditanggung oleh Pelabur B = Caj penebusan seunit x Unit ditebus = RM0 x 20,000 unit = Tiada Berdasarkan yang di atas, perolehan penebusan yang diterima oleh Pelabur B: = Amaun ditebus daripada PBIEF Caj penebusan yang ditanggung = RM10,000 RM0 = RM10,000 MAKLUMAT URUS NIAGA (SAMB) 181 YURAN, CAJ DAN PERBELANJAAN 8 8.1 CAJ YANG DIKENAKAN KE ATAS BELIAN DAN PENEBUSAN Belian dan penebusan unit disebut harga dan diurusniagakan pada harga tunggal, iaitu pada NAB seunit dana. Caj jualan dan caj penebusan (jika ada) yang akan dikenakan ke atas belian dan penebusan unit tidak akan dimasukkan ke dalam harga sebutan dana. Caj ini akan dikira dan dikenakan secara berasingan. Bagi tujuan mengira caj jualan dan caj penebusan, pengiraan adalah berdasarkan NAB seunit dana yang tidak dibundarkan. Caj yang Dikenakan Ke Atas Belian atau Penebusan Unit. Caj % / RM Dana Ekuiti, Aset Campuran dan Seimbang Dana Bon Dana Pasaran Wang Caj jualan seunit Belian unit melalui IUTA dan Pengurus: Sehingga 5.5% daripada NAB seunit. Pelaburan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP akan dikenakan caj jualan sehingga 3% daripada NAB seunit, sebagaimana yang dikawal selia oleh KWSP. Pengurus boleh, mengikut budi bicaranya, mengenakan caj jualan yang lebih rendah berdasarkan saiz pelaburan dan/atau kriteria lain sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa. Belian unit melalui IUTA dan Pengurus: Sebelum 1 Oktober 2013 Sehingga 0.25% daripada NAB seunit. Dari 1 Oktober 2013 Sehingga 1.0% daripada NAB seunit. Pengurus boleh, mengikut budi bicaranya, mengenakan caj jualan yang lebih rendah berdasarkan saiz pelaburan dan/ atau kriteria lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Belian unit melalui IUTA dan Pengurus: Sehingga 0.25% daripada NAB seunit. Pengurus boleh, mengikut budi bicaranya, mengenakan caj jualan yang lebih rendah berdasarkan saiz pelaburan dan/ atau kriteria lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Contoh: Andaikan NAB seunit PBIEF ialah RM0.50000000 dan caj jualan ialah 5.5%. Caj jualan seunit = NAB seunit x caj jualan = RM0.50000000 x 5.5% = RM0.02750000 Caj penebusan seunit Tiada Caj tukar ganti Sila rujuk halaman 174 hingga 175 untuk caj urus niaga tukar ganti. Caj pemindahan Yuran pentadbiran sebanyak RM25 akan dikenakan untuk setiap urus niaga pemindahan. 8.2 YURAN DAN PERBELANJAAN DANA Mengendalikan dana melibatkan pelbagai perbelanjaan untuk pengurusan portfolio, yuran pengurus, yuran untuk pemegang amanah, penjaga asing, juruaudit, ejen cukai, Penasihat Syariah, caj pentadbiran seperti mencetak laporan interim dan laporan tahunan, cek agihan, bayaran pos dan perkhidmatan lain yang terlibat dalam pentadbiran dana. Kos ini dibayar daripada aset dana. Yuran Pengurus dan Yuran Pemegang Amanah Yuran % / RM Dana Ekuiti, Aset Campuran dan Seimbang Dana Bon Dana Pasaran Wang Yuran pengurusan PBGF, PBGSQF, PBIEF dan PBBF: 1.5% setahun daripada NAB. PBAEF, PBADF, PBCPEF, PBCAEF, PBCAUEF dan PBSGA30EF: 1.60% setahun daripada NAB. PBAPENTF, PBIAEF, PBIASSF, PBADBF dan PBDYNAF: 1.65% setahun daripada NAB. PBAEGF, PBAREIF dan PBINDOBF: 1.70% setahun daripada NAB. PBEPEF: 1.80% setahun daripada NAB. PBMAC: 1.25% setahun daripada NAB. PBFI, PBINFBF, PBBOND, PBIBF dan PBSKF: 0.75% setahun daripada NAB. PBCMF dan PBICMF: 0.375% setahun daripada NAB. Yuran pemegang amanah 0.06% setahun daripada NAB, tertakluk kepada yuran minimum RM18,000 dan yuran maksimum RM600,000 setahun. 0.035% setahun daripada NAB, tertakluk kepada yuran minimum RM18,000 dan yuran maksimum RM300,000 setahun. 0.02% setahun daripada NAB, tertakluk kepada yuran minimum RM18,000 dan yuran maksimum RM300,000 setahun. Yuran pengurusan dikira dan terakru setiap hari, dan akan dibayar setiap bulan kepada Pengurus.Yuran pemegang amanah dikira dan terakru setiap hari, dan akan dibayar setiap bulan kepada pemegang amanah. 8.3 DASAR BERHUBUNG REBAT PEMBROKERAN SAHAM DAN KOMISEN RINGAN Syarikat pengurusan tidak menerima sebarang bentuk rebat daripada mana-mana broker/peniaga. Syarikat pengurusan mungkin menerima barangan atau perkhidmatan yang termasuk bahan penyelidikan, perkhidmatan data dan sebut harga serta penerbitan berkaitan pelaburan secara komisen ringan sekiranya ia ternyata memberi faedah kepada dana dan pemegang unit. Terdapat yuran dan caj yang terlibat dan pelabur dinasihatkan supaya mempertimbangkan yuran dan caj ini sebelum melabur dalam dana. 182 YURAN, CAJ DAN PERBELANJAAN (SAMB) 183 PENGURUS 9 1 Sumber: The Edge, Lipper Fund Table, 31 Januari 2013 9.1 PROFIL KORPORAT PUBLIC MUTUAL Dana yang disenaraikan dalam Prospektus Induk ini diuruskan oleh Public Mutual, iaitu anak syarikat milik penuh Public Bank Berhad. Public Mutual merupakan pengurus dana berlesen dan Penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) dan pengurus amanah saham swasta yang terbesar dari segi NAB. Diperbadankan pada 21 Julai 1975 di bawah nama lamanya, iaitu Kuala Lumpur Mutual Fund Berhad, Public Mutual memulakan operasinya pada 2 Julai 1980 dan merupakan antara perintis terawal dalam industri ini. Public Mutual telah menguruskan dana amanah saham di Malaysia selama lebih dua dekad. Public Mutual kini menguruskan sembilan puluh lima (95) dana amanah saham dan enam (6) dana PRS dengan jumlah NAB melebihi RM54.5 bilion (pada 15 Februari 2013) daripada lebih 2,837,000 pemegang akaun. Dari segi NAB dan kedudukan pasaran dalam industri amanah saham swasta di Malaysia, Public Mutual mempunyai bahagian pasaran yang terbesar untuk aset di bawah pengurusan 1 . 9.2 ORGANISASI PUBLIC MUTUAL Bilangan Kakitangan Public Mutual mempunyai bilangan kakitangan seramai kira-kira 780 orang pada 15 Februari 2013 untuk menguruskan dan mentadbir skim amanah sahamnya. Rangkaian Jualan Jualan Dana Siri Public dan Dana Siri Public Berasaskan Syariah dikendalikan melalui pasukan agensi jualan langsung khas Public Mutual yang terdiri daripada perunding amanah saham individu yang berdaftar dengan FIMM. Dana Siri PB diedarkan oleh IUTA yang dilantik oleh Public Mutual. Public Mutual mempunyai rangkaian cawangan yang luas yang terletak di ibu-ibu negeri dan bandar-bandar utama untuk memberi perkhidmatan kepada pemegang unit dan pasarannya. Ia juga disokong oleh jaringan sokongan nasional yang terdiri daripada cawangan Public Bank yang bertindak sebagai pusat pungutan untuk perbankan masuk pelaburan oleh pemegang unit. Khidmat Pelanggan, Mutual Gold dan Public Mutual Online Khidmat Pelanggan Public Mutual melayani pertanyaan pemegang unit mengenai status urus niaga pelaburan mereka, penyata, agihan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan pelaburan mereka dalam dana. Pemegang unit juga boleh membuat urus niaga dan melihat butir-butir akaun mereka menerusi Public Mutual Online. Pelanggan utama boleh mengakses Mutual Gold Service yang eksklusif untuk perkhidmatan nilai ditambah yang menjimatkan masa. Hubungi Hotline kami: 03-6207 5000 untuk akses terus kepada Khidmat Pelanggan dan Mutual Gold. 9.3 FUNGSI, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS Pengurus skim amanah saham mengumpulkan pelaburan kolektif pemegang unit dan melaburkan wang itu secara profesional mengikut had, batasan dan garis panduan yang ditetapkan bagi memenuhi objektif skim amanah saham. Pengurus mempunyai kewajipan dusiari untuk bertindak dengan niat baik dan mengelakkan daripada mendahulukan kepentingan yang bercanggah serta mengamalkan ketelitian dan usaha wajar apabila menguruskan wang pemegang unit dan apabila membuat sebarang pelaburan bagi skim amanah saham. Fungsi pengurusan dana bagi dana di bawah pengurusan Public Mutual dijalankan secara dalaman oleh Public Mutual. Fungsi, tugas dan tanggungjawab am Pengurus termasuklah, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:- memastikan bahawa skim amanah saham diuruskan menurut Surat Ikatan, CMSA 2007, undang-undang sekuriti dan garis panduan yang berkaitan pada setiap masa; sebarang permohonan kepada SC, misalnya untuk pembaharuan Prospektus Induk dan sebagainya; kejayaan pelancaran dan jualan mana-mana skim amanah saham, serta menyediakan sokongan pelanggan dan rangkaian agensi pengedaran bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pemegang unit skim; memaklumkan kepada pemegang unit mengenai pengurusan dan prestasi skim amanah saham melalui laporan interim dan tahunan; memastikan kepentingan pemegang unit dipenuhi dan dilindungi sebaik-baiknya pada setiap masa. 9.4 PRESTASI KEWANGAN PUBLIC MUTUAL Berikut ialah ringkasan prestasi lepas Public Mutual berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tiga (3) tahun kewangan lepas berakhir 31 Disember: 2010 RM000 2011 RM000 2012 RM000 Modal berbayar 6,000 6,000 6,000 Dana pemegang saham 99,388 117,218 125,301 Perolehan 736,621 869,570 875,999 Keuntungan sebelum cukai 273,838 321,850 372,161 Keuntungan selepas cukai 235,445 277,830 318,083 Pada 15 Februari 2013, Pengurus tidak terlibat dalam sebarang litigasi dan timbangtara penting sama ada sebagai plaintif atau defendan, dan tidak mengetahui tentang sebarang prosiding, yang belum selesai atau diancam untuk diambil terhadapnya atau sebarang fakta yang berkemungkinan menimbulkan sebarang prosiding yang mungkin memberi kesan yang besar dan buruk kepada perniagaan atau kedudukan kewangannya. 9.5 LEMBAGA PENGARAH Tanggungjawab Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah bermesyuarat setiap bulan dan terlibat dalam menentukan dasar korporat dan hala tuju Syarikat. Pengendalian harian terperinci Syarikat sebahagian besarnya diserahkan kepada pihak pengurusan Public Mutual. Lembaga Pengarah terdiri daripada lapan orang ahli yang empat daripadanya merupakan Pengarah Bebas. Prol para Pengarah tersebut diberikan di bawah. Ahli Lembaga Pengarah Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow Pengarah Bukan Bebas (Pengerusi) Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong Pengarah Bebas (Pengerusi Bersama) Tan Sri Dato Sri Tay Ah Lek Pengarah Bukan Bebas Dato Sri Lee Kong Lam Pengarah Bukan Bebas Dato (Dr) Haji Mohamed Ishak Bin Haji Mohamed Ariff Pengarah Bebas Dato Haji Abdul Aziz Bin Dato Dr. Omar Pengarah Bebas En. Quah Poh Keat Pengarah Bebas Cik Yeoh Kim Hong Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Eksekutif Pengarah (Pengerusi) Bukan Bebas Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow adalah Pengarah Public Mutual sejak September 2006. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang perbankan pada tahun 1950 dan mempunyai pengalaman selama 63 tahun dalam industri perbankan dan kewangan. Beliau mengasaskan Public Bank pada tahun 1965 pada usia 35 tahun. Beliau 184 PENGURUS (SAMB) telah dilantik sebagai Pengarah Public Bank pada 30 Disember 1965 dan telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank sejak ia memulakan operasi perniagaannya pada Ogos 1966. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Public Bank dan Pengerusi Kumpulan Public Bank mulai 1 Julai 2002. Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow telah memenangi anugerah tempatan dan antarabangsa bagi pencapaian cemerlangnya sebagai tokoh perbankan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan perkhidmatan kewangan yang terkemuka. Anugerah dan penghormatan yang telah beliau terima ialah: Asias Commercial Banker of the Year 1991 The ASEAN Businessman of the Year 1994 Malaysias Business Achiever of the Year 1997 Malaysias CEO of the Year 1998 Best CEO in Malaysia 2004 The Most PR Savvy CEO 2004 The Asian Banker Leadership Achievement Award 2005 for Malaysia Award for Outstanding Contribution to the Development of Financial Services in Asia 2006 Lifetime Achievement Award 2006 Award for Lifetime Achievement in Corporate Excellence, Dedication and Industry 2006 Asias Banker of High Distinction Award 2006 The BrandLaureate Brand Personality Award 2007 ASEAN Most Astute Banker Award 2007 Lifetime Entrepreneurship Achievement Award 2007 The Pila Recognition Award 2007 Asian Banker Par Excellence Award 2008 Best CEO in Malaysia 2009 Asias Banking Grandmaster 2010 Asian Corporate Director Recognition Award 2010 for Malaysia Value Creator: Malaysias Outstanding CEO 2010 The BrandLaureate Tun Dr. Mahathir Mohamad Man of the Year Award 2010-2011 Best CEO (Investor Relations) 2011 for Malaysia Asian Corporate Director Recognition Award 2011 for Malaysia The BrandLaureate Premier Brand Icon Leadership Award 2011 Best CEO (Investor Relations) 2012 for Malaysia Asian Corporate Director Recognition Award 2012 for Malaysia Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow telah dianugerahkan Pingat For the Course of Vietnamese Banking oleh Bank Negara Vietnam pada tahun 2002 atas sumbangannya kepada industri perbankan Vietnam selama ini. Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow telah dikurniakan Anugerah Pengiktirafan 2007 oleh Bank Negara Kemboja sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang dan sumbangan besarnya kepada industri perbankan di Kemboja. Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada masyarakat dan ekonomi, beliau telah dikurniakan Ijazah Doktor Undang-undang (Kehormat) oleh Universiti Malaya pada tahun 1989. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam badan perkhidmatan awam di Malaysia; beliau adalah ahli Majlis Perniagaan Malaysia dari tahun 1991 hingga 1993; ahli Kumpulan Wang Amanah Negara dari tahun 1988 hingga 2001; ahli pengasas Majlis Penasihat Perniagaan sejak tahun 2003; dan merupakan ahli Majlis Privi Akreditasi IPRM. Beliau adalah Fellow Emeritus pada Institut Pengurusan Malaysia dan Fellow kepada Institut Jurubank Malaysia; Institut Jurubank Berkanun, United Kingdom; Institut Pengurusan Pentadbiran, United Kingdom; Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun, Australia. 185 PENGURUS (SAMB) Pengarah Bebas (Pengerusi Bersama) Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong adalah Pengarah Public Mutual sejak September 2006. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Public Bank pada 23 Jun 1986 dan telah dilantik sebagai Pengerusinya pada Oktober 1986. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Bersama Public Bank mulai 1 Julai 2002. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard. Beliau menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School. Pada Jun 1998, beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia sehingga beliau bersara pada akhir Jun 2006. Pada September 2006, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Ekonomi (Kehormat) dari Universiti Putra Malaysia. Beliau mempunyai kerjaya yang cemerlang dengan Kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang perancangan pembangunan sosioekonomi dan kewangan. Beliau telah berkhidmat dengan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri sejak tahun 1957 dan menjadi Ketua Pengarahnya dari tahun 1971 hingga 1978 dan berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan dari tahun 1979 sehingga persaraannya pada tahun 1986. Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong juga berkhidmat sebagai ahli, antara lainnya, Lembaga Pemegang Amanah Program Pertukaran Fellowship Perdana Menteri Malaysia dan Yayasan Tun Razak di kalangan lainya. Beliau merupakan ahli Majlis Ekonomi Negara dan juga Ahli Kanan Kumpulan Kerja Jawatankuasa Eksekutif Majlis Ekonomi Negara. Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong adalah Fellow Kehormat Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) Malaysia dan juga Fellow Institut Jurubank Malaysia. Pengarah Bukan Bebas Tan Sri Dato Sri Tay Ah Lek adalah Pengarah Public Mutual sejak Ogos 1995. Beliau memiliki pengalaman selama 52 tahun dalam industri perbankan dan kewangan. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Public Bank pada 18 Jun 1997 dan telah dilantik sebagai Pengarah Urusan mulai 1 Julai 2002. Beliau menyertai Kumpulan Public Bank sebagai kakitangan perintis pada tahun 1966. Beliau adalah Naib Presiden Eksekutif Public Bank dari tahun 1995 hingga 1997 dan sebelum pelantikan ini, beliau adalah Naib Presiden Eksekutif Public Finance Bhd. Tan Sri Dato Sri Tay Ah Lek memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Henley, United Kingdom dan menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School. Beliau adalah Fellow Emeritus kepada Institut Pengurusan Malaysia dan Fellow kepada CPA Australia, Institut Perkhidmatan Kewangan Australasia dan Institut Jurubank Malaysia. Beliau kini merupakan Pengerusi Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia dan Ahli Majlis Penasihat Pembayaran Kebangsaan. Pengarah Bukan Bebas Dato Sri Lee Kong Lam adalah Pengarah Public Mutual sejak Julai 1999. Beliau memiliki pengalaman selama 45 tahun dalam industri perbankan dan kewangan. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Public Bank pada 28 November 2001. Beliau menyertai Public Bank pada November 1996 sebagai Pengurus Besar dan kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan pada tahun 1997 dan Naib Presiden Eksekutif pada tahun 1998. Sebelum menyertai Public Bank, beliau bertugas dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan terlibat terutamanya dalam penyeliaan dan pemeriksaan institusi perbankan. Beliau bersara pada Ogos 1996 sebagai Ketua Jabatan Pemeriksaan BNM dan sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan BNM. Beliau adalah Fellow CPA Australia dan Institut Jurubank Berkanun, United Kingdom dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia. Pengarah Bebas Dato (Dr) Haji Mohamed Ishak Bin Haji Mohamed Ariff adalah Pengarah Public Mutual sejak Disember 1993. Beliau adalah Perancang Bandar Berkanun Profesional yang berkelayakan dan Arkitek Landskap Profesional dari University of Newcastle-upon-Tyne, England. Beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang Sivil oleh University of Newcastle-upon-Tyne, England pada Mei 1993. Beliau adalah Fellow Institut Perancangan Bandar Diraja London; Fellow Institut Perancang Malaysia; dan Fellow Institut Arkitek Landskap Malaysia. 186 PENGURUS (SAMB) Beliau telah berkhidmat dengan beberapa Kerajaan Negeri dan Persekutuan sebelum bersara pada tahun 1993. Beliau adalah ahli Lembaga Penasihat Bandar Raya Kuala Lumpur (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) sehingga Disember 2004. Selama ini, melalui penglibatannya sebagai Pengarah beberapa syarikat senaraian awam, beliau telah menimba pengalaman luas dalam pelbagai sektor, iaitu harta dan pembangunan perumahan, pengurusan hotel, pembuatan makanan dan pengurusan lebuh raya ekspres. Dato Mohamed Ishak adalah Pengerusi Yee Lee Corporation Berhad. Beliau juga merupakan Pemegang Amanah Yayasan Seni Selangor (Galeri Shah Alam) dan Pengarah MIMA Holdings Enterprise Sdn Bhd. Pengarah Bebas Dato Haji Abdul Aziz Bin Dato Dr. Omar adalah Pengarah Public Mutual sejak Disember 1993. Beliau memperoleh kelayakan sebagai Akauntan Bertauliah dari Institut Akauntan Berkanun di England & Wales, dan juga merupakan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia. Semasa berkecimpung dalam bidang perbankan sebelumnya, beliau menjadi Fellow Institut Jurubank Malaysia. Pengalaman beliau selama 44 tahun sehingga kini juga termasuk bidang audit dan perakaunan, pencukaian, harta, perladangan, perhotelan, perdagangan dan pembuatan, di dalam dan di luar negara. Dato Haji Abdul Aziz menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah Public Bank, Public Investment Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd (Pengarah Bersama), PB Trustee Services Berhad, LPI Capital Bhd, Lonpac Insurance Bhd dan ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad. Selain itu, beliau adalah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kredit dan ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Imbuhan Public Bank. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Audit Public Islamic Bank Bhd dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Audit Public Investment Bank Bhd. Pengarah Bebas En. Quah Poh Keat, adalah Pengarah Public Mutual sejak 1 September 2009. Beliau adalah Fellow Institut Pencukaian Malaysia dan Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah; dan Ahli Institut Akauntan Malaysia, Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan Institut Akauntan Pengurusan Berkanun. Beliau merupakan rakan kongsi KPMG sejak Oktober 1982 dan dilantik sebagai Rakan Kongsi Kanan (juga dikenali sebagai Rakan Kongsi Urusan dalam profesion lain) pada Oktober 2000 hingga 30 September 2007. Beliau bersara dari rma tersebut pada 31 Disember 2007. Beliau berpengalaman dalam amalan pengauditan, cukai dan ketaksolvenan dan telah bekerja di Malaysia dan United Kingdom. Pengalaman beliau termasuklah dalam penyusunan semula, nyahgabungan dan penswastaan. En. Quah juga merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dalam Lembaga Pengarah Public Bank, Public Investment Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, Public Financial Holdings Ltd, Public Bank (Hong Kong) Ltd, Cambodian Public Bank Plc, Campu Lonpac Insurance Plc, LPI Capital Bhd, Lonpac Insurance Bhd, IOI Corporation Bhd dan Telekom Malaysia Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Eksekutif Bukan Bebas Cik Yeoh Kim Hong, CA(M), CPA, CFP, adalah Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Public Mutual sejak September 2004. Cik Yeoh mempunyai pengalaman selama lebih 16 tahun dalam industri amanah saham. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 1996 dan telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar - Kewangan & Operasi pada tahun 1999. Pada tahun 2004, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar Kanan dan terlibat dalam perancangan strategik pemasaran dan jualan amanah saham, pentadbiran dan perkhidmatan pelanggan, teknologi maklumat, kewangan, penyelidikan dan pembangunan produk dan bidang operasi lain syarikat. Cik Yeoh memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual pada Julai 2007. Sebelum menyertai Public Mutual, Cik Yeoh bertugas dengan sebuah rma perakaunan awam antarabangsa selama lebih 12 tahun. Dalam tempoh tersebut, beliau telah menimba pengalaman dalam pengauditan serta perundingan dan penasihat pengurusan, di dalam negeri dan juga di Amerika Syarikat. Beliau kini merupakan ahli majlis FIMM. 187 PENGURUS (SAMB) 9.6 PROFIL KAKITANGAN UTAMA PENGURUSAN Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Eksekutif Cik Yeoh Kim Hong Sila rujuk profl beliau seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 9.5 (halaman 187) Bab ini. Pengurus Besar Kanan - Pelaburan En. Lum Ming Jang, berkelulusan ijazah kepujian dalam Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Singapura dan merupakan seorang Juruanalisis Kewangan Berkanun. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2001 sebagai Pengurus Kanan Penyelidikan Pelaburan dan memegang jawatan Pengurus Kanan Pengurusan Dana dan pengurus dana lantikan bersama bagi pelbagai dana pada tahun 2003. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar Pelaburan pada tahun 2004 dan kemudiannya Pengurus Besar Kanan Pelaburan pada tahun 2007. En. Lum mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam penyelidikan pelaburan dan pembrokeran saham. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Lum telah memegang jawatan pengurusan di pelbagai syarikat pembrokeran saham tempatan dan asing yang mantap, menyelia fungsi penyelidikan pelaburan dan jualan institusi mereka. Pengalaman En. Lum dalam penyelidikan pelaburan termasuklah menaksir prospek pertumbuhan perolehan korporat, menilai rekod prestasi pengurusan, pengiraan penilaian saham dan analisis kewangan syarikat yang tersenarai di Bursa Securities. Beliau juga berpengetahuan dalam analisis arah aliran kewangan dan ekonomi yang mempengaruhi pergerakan pasaran saham. Dari segi pengurusan dana, En. Lum telah berkhidmat sebagai pengurus dana bersama untuk dana amanah saham terpilih yang diuruskan oleh Public Mutual sejak tahun 2003 sebelum memegang jawatan Pengurus Besar Pelaburan pada tahun 2004 dan kemudiannya Pengurus Besar Kanan Pelaburan pada tahun 2007. Pengurus Besar Teknologi Maklumat En. Richard Tan Koon Eam, memiliki diploma dalam Sains Komputer dan mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam sektor teknologi maklumat. En. Tan memiliki asas pengetahuan yang luas yang termasuk reka bentuk & pembangunan perisian, pengurusan projek, perundingan dan pembangunan aplikasi berasaskan web. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2000. Sebelum menyertai Public Mutual, beliau adalah Ketua Pegawai Teknikal di sebuah syarikat bertaraf MSC yang mengkhusus dalam penyelesaian e-dagang. Beliau bertanggungjawab terhadap strategi dan operasi teknologi maklumat Public Mutual. Pengurus Besar Operasi Agensi En. Lee Kean Gie, CFP, ChFC, berkelulusan Ijazah Kepujian dalam Ekonomi dan Pengajian Cina dari Universiti Malaya. Beliau menyertai Public Mutual sebagai Pengurus Jualan pada tahun 1994. Sebelum menyertai Public Mutual, beliau bertugas dengan sebuah syarikat insurans terkemuka dalam bidang pemasaran produk insurans dan pembangunan agensi. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengurus Kanan pada tahun 1996 dan kemudiannya Pengurus Kanan Jualan dan Latihan pada tahun 1999. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar Jualan & Latihan pada tahun 2004 dan dilantik sebagai Pengurus Besar Operasi Agensi pada tahun 2006. Beliau kini menyelia bidang yang berkaitan dengan pembangunan agensi di seluruh negara dan memantau prestasi rangkaian cawangan. Pengurus Besar - Pemasaran & Perancangan Kewangan En. Alex Sito Kok Chau, ChFC, CFP, M.MKTG, telah menimba pengalaman selama 20 tahun dalam industri amanah saham. Beliau merupakan Perunding Kewangan Berkanun dari The American College, Amerika Syarikat, pemegang lesen Perancang Kewangan Bertauliah Financial Planning Standards Board Ltd., Amerika Syarikat dan memiliki Ijazah Sarjana dalam Pemasaran dari University of Newcastle, Australia. Alex mempunyai pengalaman selama 8 tahun mengedar amanah saham dan produk insurans di Amerika Syarikat di mana beliau menolong membangunkan saluran pengedaran yang berjaya untuk sebuah bank perdagangan yang besar. Alex menyertai Public Mutual pada tahun 1996. Beliau bertanggungjawab terhadap pemasaran & acara, pengiklanan & promosi, penyelidikan pasaran, pemasaran laman web serta produk dan perkhidmatan perancangan kewangan Public Mutual. Alex merupakan ahli Lembaga Gabenor FPAM (Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia) dan ahli AMA (Persatuan Pemasaran Amerika). 188 PENGURUS (SAMB) Pengurus Besar Pentadbiran & Perkhidmatan Pelanggan Cik Hang Siew Eng, merupakan ahli Institut Pengurusan Pentadbiran. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 1980 dan telah dilantik sebagai Pengurus Besar, Pentadbiran dan Perkhidmatan Pelanggan pada tahun 2007. Cik Hang bertanggungjawab terhadap pentadbiran pemegang dana keseluruhan serta pengurusan urus niaga dan rekod pelanggan. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab terhadap Perkhidmatan Pelanggan dan Mutual Gold untuk Public Mutual. Beliau memiliki pengalaman selama lebih 20 tahun dalam pelbagai aspek pengurusan amanah saham. Pengurus Besar Kewangan & Operasi Cik Tang Pueh Fong, CA(M), CPA, adalah ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia. Cik Tang menyertai Public Mutual pada 1 Julai 2007 dan menjawat jawatannya sebagai Pengurus Besar Kewangan & Operasi pada Januari 2010. Cik Tang bertanggungjawab terhadap operasi harian kewangan, akaun dana, sekuriti, pembangunan produk, penjuruteraan semula proses perniagaan, pentadbiran dan pengurusan harta. Sebelum menyertai Public Mutual, Cik Tang merupakan pengarah dengan sebuah rma perakaunan awam antarabangsa selama lebih 15 tahun di mana beliau memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam pengauditan dan khidmat nasihat proses perniagaan dengan pengkhususan dalam operasi pengurusan dana. Pengurus Besar Pembangunan & Latihan Agensi Cik Evelyn Chu Swee Yin, CFP, berkelulusan Ijazah Kepujian dalam Sains Makanan & Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan pemegang lesen Perancang Kewangan Bertauliah, Ahli MAPS (Persatuan Penceramah Profesional Malaysia), MAFa (Persatuan Fasilitator Malaysia) dan pengamal Pengaturcaraan Neurolinguistik (NLP). Cik Evelyn mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam latihan dan pembangunan agensi dalam industri insurans dan juga amanah saham. Sebelum menyertai Public Mutual, beliau bertugas dengan sebuah syarikat insurans multinasional dan terlibat dalam latihan, pembangunan agensi dan perancangan kewangan. Beliau kemudiannya mengetuai operasi latihan dan perancangan kewangan sebuah syarikat pengurusan amanah saham berasaskan agensi. Cik Evelyn menyertai Public Mutual sebagai Timbalan Pengurus Kanan Pembangunan & Latihan Agensi pada tahun 2006. Beliau telah memegang jawatannya yang terkini pada tahun 2013, dimana beliau bertanggungjawab terhadap operasi pembangunan agensi dan latihan Public Mutual. Penolong Pengurus Besar - Pematuhan En. Abdul Samad B. Jaafar, adalah orang yang telah dipertanggungjawabkan dengan tugas dalam hal-hal pematuhan. Beliau adalah Juruaudit Dalaman Bertauliah dan ahli berkanun Institut Juruaudit Dalaman Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Perakaunan dan Kawalan Pengurusan dari Shefeld Hallam University, UK dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 1998. Beliau mempunyai pengalaman kerja selama lebih lima belas tahun dalam operasi audit, pematuhan, kewangan dan perbendaharaan. Beliau mula-mula menyertai Public Mutual sebagai Pengurus Audit Dalaman dan memegang jawatannya sekarang pada tahun 2010. 9.7 PROFIL KAKITANGAN UTAMA PELABURAN Pengurusan pelaburan dana amanah saham di bawah Public Mutual dijalankan oleh Jabatan Pelaburan Public Mutual yang diketuai oleh En. Lum Ming Jang, Pengurus Besar Kanan Pelaburan. Beliau melaporkan mengenai pengurusan dana terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif. En. Lum dibantu oleh En. Chiang Kang Pey, Penolong Pengurus Besar Pelaburan, Bahagian Ekuiti dan En. Chan Kam Khoon, Penolong Pengurus Besar Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap. Pasukan ini juga termasuk Pengurus Kanan Portfolio dan Pengurus Portfolio yang terlibat dalam pengurusan portfolio dana yang diuruskan oleh Public Mutual. Ahli pasukan tambahan yang terdiri daripada Pengurus Kanan, Pengurus, Timbalan Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif Kanan dan Eksekutif memberikan sokongan lagi dalam memantau pembolehubah dan perkembangan makroekonomi dan analisis kewangan pelbagai syarikat tersenarai. Prol kakitangan utama pelaburan adalah seperti berikut: Pengurus Besar Kanan - Pelaburan En. Lum Ming Jang Pengurus Dana Lantikan untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Lum memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 31 Disember 2004. Prol En. Lum diberikan dalam Bahagian 9.6 (halaman 188) Bab ini. 189 PENGURUS (SAMB) Penolong Pengurus Besar Pelaburan, Bahagian Ekuiti En. Chiang Kang Pey Pengurus Dana Lantikan dan Pengurus Dana bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Chiang memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 8 Februari 2005. En. Chiang memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan Kewangan (Senarai Kepujian Dekan) dari Rotterdam School of Management, Erasmus University di Netherlands dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam Perakaunan dari Monash University di Australia. Beliau adalah pemegang piagam CFA dan mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun dalam analisis pelaburan dan pengurusan portfolio. En. Chiang menyertai Public Mutual pada tahun 2004 sebagai Pengurus Penyelidikan Pelaburan dan kemudiannya dilantik semula sebagai Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti di mana beliau terlibat dalam menguruskan dana ekuiti terpilih. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kanan Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2005 dan memegang jawatan sebagai pengurus dana bersama untuk pelbagai dana ekuiti. Dari tahun 2006, En. Chiang telah dilantik sebagai pengurus dana lantikan untuk dana ekuiti terpilih. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Besar pada tahun 2008. Dalam jawatan ini, beliau secara aktif membina, memantau dan mengimbangkan semula portfolio ekuiti untuk mencapai objektif yang dinyatakan bagi dana masing-masing. En. Chiang memulakan kerjaya pelaburannya pada tahun 1995 sebagai juruanalisis ekuiti di sebuah rma pembrokeran saham dan kemudiannya menyertai jabatan pelaburan di sebuah syarikat insurans hayat. Sebelum menyertai Public Mutual, beliau bertugas dengan sebuah syarikat pengurusan aset, bermula sebagai Penolong Pengurus Dana yang bertanggungjawab untuk menganalisis dan menilai syarikat tersenarai. Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengurus dana, bersama menguruskan portfolio Asia Pasik (kecuali Jepun) di mana beliau mengkhusus dalam ekuiti Malaysia dan Thailand. Penolong Pengurus Besar Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap En. Chan Kam Khoon En. Chan memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 8 Februari 2005. En. Chan menyertai Public Bank pada tahun 1974 dan mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam perbankan. Beliau terlibat terutamanya dalam pelbagai aspek aktiviti Perbendaharaan yang melibatkan dagangan mata wang asing, swap dan produk derivatif lain. Pada tahun 1985, beliau menjadi Ketua Swap Desk dan juga menguruskan bahagian Unit Mata Wang Asia bank tersebut. Pada tahun 1990, beliau telah dipindahkan ke Public Finance Bhd dan menjawat jawatan Ketua Jabatan Pasaran Wang. Tugas beliau termasuklah penggunaan optimum dana yang ada dan beliau juga mengetuai satu pasukan menjalankan aktiviti dagangan bon yang aktif dalam sekuriti hutang swasta dan juga sekuriti kerajaan Malaysia. Selain itu, beliau juga merupakan ahli aktif pasukan Pengurusan Public Finance di mana beliau membantu dalam merumuskan pelbagai dasar pembiayaan syarikat. Pada tahun 2002, En. Chan telah dipindahkan semula ke Public Bank untuk mengetuai Bahagian Pembiayaan dan Pendapatan Tetap di Bahagian Perbendaharaan. Pada tahun 2004, En. Chan memegang jawatan Pengurus Kanan Pelaburan dalam Public Mutual, menyelia Bahagian Pendapatan Tetap Jabatan Pelaburan. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Besar pada tahun 2005. Penolong Pengurus Besar Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap En. Zaharudin bin Ghazali Pengurus Dana Lantikan dan Pengurus Dana bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Zaharudin memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 12 September 2005. En. Zaharudin, memiliki CFP Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan dari Universiti Teknologi MARA. Beliau menyertai Public Mutual pada awal tahun 1991 sebagai Eksekutif di Jabatan Pelaburan. Pada penghujung tahun 1992, beliau telah ditugaskan untuk membantu pengurus-pengurus dana dalam operasi pengurusan tunai dana. En. Zaharudin telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Pelaburan pada tahun 1997 dan kemudian sebagai Pengurus Pengurusan Pendapatan Tetap pada tahun 2001. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap pada tahun 2004 dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kanan Portfolio Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap pada tahun 2006. Beliau telah dilantik sebagai Penolong Pengurus Besar pada tahun 2013. Encik Zaharudin telah terlibat di dalam memantau dan merumuskan strategi Pelaburan bagi portfolio pengurusan pendapatan tetap, beliau telah menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan operasi dan keupayaan sistem di bahagian Pendapatan Tetap. 190 PENGURUS (SAMB) Pengurus Kanan Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti Cik Tan Chee Chin Pengurus Dana Lantikan dan Pengurus Dana bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. Cik Tan memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 8 Februari 2005. Cik Tan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian) dalam Perakaunan dan Kewangan dari University of Western Australia dan merupakan pemegang piagam CFA. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2003 sebagai Penolong Pengurus, Penyelidikan Pelaburan. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti dan pengurus dana lantikan bersama untuk dana terpilih yang diuruskan oleh Public Mutual pada tahun 2005. Cik Tan menjawat jawatan sebagai Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2006 dan Pengurus Kanan Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2008. En. Tan dahulunya bekerja di sebuah institusi kewangan asing dengan kehadiran global sebelum menceburi kerjaya dalam pasaran kewangan. Beliau merupakan juruanalisis pelaburan untuk sebuah syarikat pembrokeran saham tempatan yang mantap buat beberapa lama sebelum beralih kepada industri pengurusan aset. Cik Tan mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam pasaran ekuiti Malaysia. Pengurus Kanan Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti En. Mat Radzuan bin Abd Razak Pengurus Dana Lantikan dan Pengurus Dana bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Mat Radzuan memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 8 Februari 2005. En. Mat Radzuan memiliki Ijazah Muda Sarjana Sains dalam Sains Aktuarial dan Kewangan dari Roosevelt University, Amerika Syarikat. Beliau adalah pemegang piagam CFA dan ahli Institut CFA dan CFA Malaysia. Beliau menyertai Public Mutual Berhad pada tahun 2004 sebagai Penolong Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti dan kemudiannya dilantik sebagai pengurus dana bersama untuk dana terpilih yang diuruskan oleh Public Mutual pada tahun 2005. En. Mat Radzuan menjawat jawatannya sebagai Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2006 dan Pengurus Kanan Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2008. En. Mat Radzuan mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun dalam pasaran ekuiti Malaysia. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Mat Radzuan telah bekerja dengan pelbagai syarikat termasuk syarikat pengurusan aset, insurans, pembrokeran saham dan pembrokeran hadapan. Penolong Kanan Portfolio Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap Cik Evelyn Cheong Sun Ngean Pengurus Dana Lantikan dan Pengurus Dana bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. Cik Evelyn Cheong memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 7 Mac 2013. Cik Evelyn Cheong memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan mengkhusus dalam Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan merupakan Ahli Sekutu Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun, United Kingdom. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2009 sebagai Pengurus Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap dan memegang jawatannya sebagai Penguru Kanan Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap pada tahun 2013. Tanggungjawab beliau dalam Bahagian Pendapatan Tetap termasuklah berurusniaga dalam sekuriti pendapatan tetap dan operasi pertukaran asing. Cik Evelyn Cheong mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri perbankan. Sebelum menyertai Public Mutual, beliau bertugas dengan pelbagai bank perdagangan domestik dan terlibat dalam urusan dan operasi Perbendaharaan, pasaran kewangan dan aktiviti pengurusan risiko. Pengurus Kanan Portfolio Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap Cik Chen Yuet Fong Pengurus Dana Lantikan dan Pengurus Dana bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. Cik Chen memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 19 Oktober 2005. Cik Chen berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau adalah pemegang piagam CFA. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2005 sebagai Penolong Pengurus, Pelaburan dan menjawat jawatan sebagai Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2006. Beliau kemudiannya dinaikan pangkat sebagai Pengurus Kanan Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2012. Sebelum menyertai Public Mutual, Cik Chen bertugas dengan sebuah syarikat pengurusan aset tempatan sebagai pengurus dana. 191 PENGURUS (SAMB) Pengalaman beliau dalam pengurusan dana termasuklah menetapkan strategi pelaburan untuk aset di bawah pengurusan dan pengurusan portfolio ekuiti dan pendapatan tetap. Dahulunya, Cik Chen juga merupakan seorang juruanalisis pelaburan untuk sebuah syarikat pembrokeran saham tempatan dan pengalaman penyelidikan pelaburannya termasuklah menaksir prospek pertumbuhan perolehan korporat, pengiraan penilaian saham dan analisis kewangan syarikat tersenarai. Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap Cik Haniza binti Yang Razali Pengurus Dana Lantikan bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. Cik Haniza memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 8 Februari 2005. Cik Haniza memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Perakaunan & Kewangan dari London South Bank University. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2004 sebagai Penolong Pengurus Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap dan menjawat jawatannya sekarang sebagai pengurus dana bersama pada tahun 2005. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap pada tahun 2006. Sebelum menyertai Public Mutual, Cik Haniza bertugas dengan sebuah syarikat penasihat pelaburan dan terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan portfolio dan pelaburan. Dahulunya beliau juga bertugas dengan sebuah syarikat pengurusan amanah saham tempatan sebagai pengurus dana lantikan dan bertanggungjawab terhadap pengurusan portfolio dan keputusan peruntukan aset untuk dana bon dan ekuiti Islam. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam membangunkan prosedur dan garis panduan dalaman serta memantau aktiviti dagangan bagi memastikan pematuhan kepada prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti Cik Lum Peck Woon Pengurus Dana Lantikan dan Pengurus Dana bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. Cik Lum memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 15 Januari 2007. Cik Lum memiliki Ijazah Kepujian dalam Perakaunan dan Pengurusan Kewangan dan Ekonomi dari University of Shefeld, England. Beliau adalah pemegang piagam CFA. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2005 sebagai Juruanalisis Kanan, Pelaburan. Cik Lum telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2007. Cik Lum menjawat jawatannya sekarang sebagai Timbalan Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2008 dan kemudiannya sebagai Pengurus - Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2011. Sebelum menyertai Public Mutual, Cik Lum bertugas di sebuah syarikat pengurusan aset tempatan sebagai Penolong Pengurus dalam pelaburan ekuiti dan bertanggungjawab membantu dalam pengurusan portfolio dan penyelidikan ekuiti. Sebelum ini, Cik Lum juga bertugas sebagai juruanalisis pelaburan untuk sebuah syarikat modal usaha niaga tempatan dan pengalaman beliau dalam penyelidikan pelaburan termasuklah menaksir prospek pertumbuhan perolehan korporat dan analisis kewangan syarikat tersenarai dan tidak tersenarai. Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti En. Shahnaz bin Saiful Mulok Pengurus Dana Lantikan bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Shahnaz memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 5 Oktober 2006. En. Shahnaz memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA dan merupakan ahli gabungan Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA), United Kingdom. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2006 sebagai Penolong Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti dan telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2008. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Shahnaz bertugas di sebuah syarikat pengurusan aset tempatan. Beliau bermula dengan syarikat pengurusan aset sebagai juruanalisis pelaburan. Pengalaman beliau dalam penyelidikan pelaburan termasuklah menaksir prospek pertumbuhan perolehan korporat, menilai rekod prestasi pengurusan, pengiraan penilaian saham dan analisis kewangan syarikat yang tersenarai di Bursa Securities. Pengalaman beliau dalam pengurusan dana termasuklah merumuskan strategi pelaburan dan pengurusan portfolio ekuiti dan pendapatan tetap. 192 PENGURUS (SAMB) Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti En. Loo See Seong Pengurus Dana Lantikan bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Loo memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 20 Januari 2008. En. Loo berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Putra. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2001 sebagai Eksekutif di Jabatan Pelaburan. Beliau ditugaskan untuk menyelia penjanaan laporan statistik mengenai penilaian saham, pulangan dana dan penanda aras dan analisis penyebab dana. Pada tahun 2004, tanggungjawabnya diperluaskan merangkumi analisis saham telekomunikasi domestik dan serantau. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Pelaburan pada tahun 2005 dan liputan sahamnya diperluaskan. Pada tahun 2008, bidang kerjanya diperluaskan lagi merangkumi pengurusan portfolio dan beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengurus Pelaburan pada tahun 2011. Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti En. Lum Meng Seng Pengurus Dana Lantikan bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Lum memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 25 Oktober 2008. En. Lum memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2007 sebagai Penolong Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti dan memegang jawatannya sebagai Timbalan Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2012. En. Lum mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam pasaran ekuiti dan pendapatan tetap di Malaysia. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Lum bertugas dengan sebuah syarikat pengurusan pelaburan tempatan sebagai Penolong Pengurus dalam Pelaburan, bertanggungjawab membantu dalam pengurusan portfolio ekuiti dan pendapatan tetap. Beliau memulakan kerjayanya sebagai juruanalisis pelaburan di sebuah syarikat pengurusan aset pada tahun 2000, bertanggungjawab terhadap penyelidikan ekuiti dalam pasaran modal Malaysia. Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti En. Liew Mun Hon Pengurus Dana Lantikan bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Liew memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 7 November 2008. En. Liew memiliki ijazah kepujian dalam Perniagaan dari Universiti Teknologi Nanyang Singapura dan merupakan Juruanalisis Kewangan Berkanun. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2008 sebagai Timbalan Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti. En. Liew menjawat jawatannya sebagai Pengurus Portfolio Pelaburan; Bahagian Ekuiti pada tahun 2008. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Liew bertugas dengan sebuah syarikat insurans asing sebagai pengurus dana. Pengalaman beliau dalam pengurusan dana termasuklah menetapkan strategi pelaburan, membina dan mengimbangkan semula pelbagai mandat pelaburan untuk mencapai objektifnya yang telah dinyatakan. Dahulunya, En. Liew juga bertugas sebagai juruanalisis pelaburan/pengurus dana di sebuah syarikat amanah saham dan pengurusan aset tempatan di mana beliau terlibat secara aktif dalam bidang pengurusan portfolio dan penyelidikan ekuiti. En. Liew mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam pasaran ekuiti Malaysia. Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti En. Andrew Seah Saik Weng Pengurus Dana Lantikan dan Pengurus Dana bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Seah memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 25 Oktober 2008. En. Seah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan pengkhususan dalam Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2008 sebagai Timbalan Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti dan menjawat jawatannya sekarang sebagai Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2008. En. Seah telah bekerja dengan pelbagai syarikat pembrokeran saham tempatan dan syarikat penyelidikan serantau sebagai juruanalisis ekuiti sebelum beralih kepada industri pengurusan dana. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Seah berkhidmat dengan sebuah syarikat insurans milik asing sebagai pengurus dana di mana beliau mengkhusus dalam ekuiti Malaysia dan Singapura. En. Seah mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam pasaran ekuiti Malaysia. 193 PENGURUS (SAMB) Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti En. Tan Kok Keong Pengurus Dana Lantikan bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Tan memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 23 Disember 2010. En. Tan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari Charles Sturt University, Australia. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2007 sebagai Juruanalisis Kanan di Jabatan Pelaburan. En. Tan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2011. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Tan bertugas di sebuah syarikat pembrokeran saham tempatan dan syarikat pengurusan aset sebagai juruanalisis pelaburan yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan ekuiti dalam pasaran modal Malaysia. Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti En. Mohd Hazh bin Shamsul Arifn Pengurus Dana Lantikan bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Mohd Hazh memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 5 Mac 2012. En. Mohd Hazh adalah ahli gabungan Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA) United Kingdom. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2012 sebagai Timbalan Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti dan memegang jawatannya sebagai Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2012. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Mohd Hazh bertugas dengan sebuah institusi kewangan tempatan dan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan pelaburan dan analisis kewangan ke atas syarikat tersenarai. Beliau memulakan kerjaya sebagai juruanalisis pelaburan di sebuah syarikat pengurusan aset, bertanggungjawab menaksir prospek pertumbuhan perolehan korporat, pengiraan penilaian saham dan analisis kewangan syarikat yang tersenarai di Bursa Securities dan pasaran ekuiti Asia kecuali Jepun. Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti En. Lee Chun Hong Pengurus Dana Lantikan bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Lee memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 5 Mac 2013. En. Lee memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari Monash University, Clayton Campus, Australia. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2006 sebagai Juruanalisis Pelaburan, Bahagian Ekuiti dan telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2010. Tanggungjawab beliau dalam Penyelidikan Pelaburan termasuklah analisis saham dan sektor terpilih domestik dan serantau. Beliau menjawat jawatannya sebagai Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada tahun 2013. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Lee bertugas dengan sebuah rma perakaunan awam antarabangsa. Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti Cik Ng Joo Tsong Pengurusan Dana Lantikan bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. Cik Ng memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 5 Februari 2013. Cik Ng berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan dari University of New South Wales, Australia. Beliau adalah Pemegang Piagam CFA dan juga merupakan Certied Practicing Accountant, Australia. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2013 sebagai Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti. Sebelum menyertai Public Mutual, beliau bekerja sebagai pengurus dana di sebuah syarikat pengurusan aset tempatan. Beliau mempunyai pengalaman 15 tahun dalam penyelidikan pelaburan dan pengurusan dana, termasuk analisis kewangan syarikat tersenarai dan tidak tersenarai. Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Ekuiti En. Pitta Sham bin Ahmad Morshidi Pengurus Dana Lantikan bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. En. Pitta Sham memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 13 Februari 2013. En. Pitta Sham memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dalam jurusan Kewangan dengan Multimedia dari Universiti Multimedia, Cyberjaya dan Diploma Siswazah dalam Pelaburan dan Kewangan Gunaan dari Institut Sekuriti Australasia/Institut PNB, Kuala Lumpur. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2012 sebagai Pengurus Pelaburan, Bahagian Ekuiti. 194 PENGURUS (SAMB) En. Pitta Sham mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam pasaran ekuiti Malaysia. Sebelum menyertai Public Mutual, En Pitta Sham bekerja sebagai Pengurus Portfolio di sebuah syarikat pengurusan aset kumpulan perbankan. Beliau memulakan kerjayanya sebagai juruanalisis ekuiti di sebuah syarikat pengurusan aset dan kemudiannya menyertai syarikat pembrokeran saham asing sebagai juruanalisis penyelidikan. Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap Cik Vivian Looi Voon Ai Pengurus Dana Lantikan bersama untuk dana di bawah pengurusan Public Mutual. Cik Vivian memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 5 Mac 2013. Cik Vivian berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2004 sebagai Eksekutif di Jabatan Pelaburan. Tanggungjawab beliau di Bahagian Pendapatan Tetap merangkumi operasi pasaran wang, penilaian bon dan penyelidikan kredit pendapatan tetap. Beliau menjawat jawatannya sebagai Timbalan Pengurus Penyelidikan, Bahagian Pendapatan Tetap pada tahun 2012 dan sebagai Pengurus Portfolio Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap pada tahun 2013. Sebelum menyertai Public Mutual, Cik Vivian bekerja dengan sebuah syarikat pembrokeran wang tempatan dan terlibat dalam jualan institusi dalam instrumen pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan pertukaran asing. Pengurus Kanan Pelaburan, Bahagian Penyelidikan Ekonomi & Komunikasi En. Long Shih Rome - En. Long memperoleh lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modalnya pada 26 September 2007. En. Long memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dengan pengkhususan dalam Perdagangan Antarabangsa & Pembangunan Ekonomi dari London School of Economics, London. Beliau menyertai Public Mutual pada tahun 2003 sebagai Pengurus di Jabatan Pelaburan dan menjawat jawatannya sekarang sebagai Pengurus Kanan pada tahun 2007. En. Long menyelia pasukan ekonomi yang telah membangunkan model statistik dan pangkalan data untuk penyelidikan ekonomi yang meliputi pelbagai ekonomi serantau. Dalam bidang komunikasi, En. Long bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat kemas kini kepada ejen dan pemegang unit syarikat dengan memberi ceramah pelaburan dan penerbitan berkala tentang pasaran dan prospek ekonomi untuk pasaran tempatan dan asing. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Long merupakan pengarang urusan sebuah majalah pelaburan yang mantap dan telah menulis rencana mengenai pelaburan pasaran saham, amanah saham, perancangan kewangan dan ekonomi. Dahulunya, En. Long juga merupakan juruanalisis pelaburan kanan dengan pengalaman kerja lebih daripada 10 tahun meliputi pelbagai sektor pasaran ekuiti Malaysia dan Singapura. 9.8 JAWATANKUASA PELABURAN Pasukan pelaburan Public Mutual terdiri daripada sekumpulan pengurus portfolio dan juruanalisis penyelidikan pelaburan yang memiliki kepakaran dan pengalaman yang perlu untuk melaksanakan pengurusan dana bagi dana amanah sahamnya. Metodologi pelaburan yang digunakan berasaskan terutamanya pada analisis asas. Tanggungjawab keseluruhan untuk menyelia dan mengkaji semula strategi portfolio yang disyorkan oleh pengurus dana terpikul di bahu Jawatankuasa Pelaburan. Jawatankuasa Pelaburan Jawatankuasa Pelaburan menyelia proses pelaburan dana, terutamanya berkaitan dengan mengkaji semula peruntukan aset dan strategi pelaburan yang dicadangkan oleh pengurus dana dan pasukannya. Ahli Jawatankuasa Pelaburan Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong (Bebas) Tan Sri Dato Sri Tay Ah Lek Dato Sri Lee Kong Lam Dato (Dr) Haji Mohamed Ishak Bin Haji Mohamed Ariff (Bebas) Dato Haji Abdul Aziz Bin Dato Dr. Omar (Bebas) 195 PENGURUS (SAMB) En. Quah Poh Keat (Bebas) Cik Yeoh Kim Hong Untuk prol ahli-ahli Jawatankuasa Pelaburan, sila rujuk halaman 186 hingga 187. Jawatankuasa Pelaburan bermesyuarat dua kali sebulan dan memantau pencapaian objektif pelaburan jangka panjang dana. Fungsi terperinci Jawatankuasa Pelaburan adalah seperti berikut: Mengkaji semula prestasi dan portfolio dana. Mengkaji semula prestasi pasaran dan prospeknya masing-masing. Mengkaji semula dan meluluskan strategi portfolio yang disyorkan oleh Jabatan Pelaburan. Mengkaji semula strategi portfolio asing dana. Mengkaji semula laporan mengenai jualan dan belian mingguan pelaburan. 9.9 URUS NIAGA PIHAK BERKAITAN/KONFLIK KEPENTINGAN Semua urus niaga yang dijalankan untuk atau bagi pihak dana dilaksanakan menurut syarat-syarat terbaik yang boleh didapati oleh dana dan yang tidak kurang menguntungkan daripada urus niaga tulus antara pihak-pihak bebas. Urus niaga pihak berkaitan dana mungkin termasuk: urus niaga jualan dan belian sekuriti pelaburan dan instrumen oleh dana. deposit dan penempatan pasaran wang oleh dana. pemegangan unit dalam dana oleh pihak berkaitan. Semua urus niaga pihak berkaitan dana diurusniagakan pada urus niaga tulus dan dijalankan menurut terma dan syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan bursa saham yang terpakai masing-masing dan/atau undang- undang lain yang terpakai dan konvensyen pasaran. Di mana konik kepentingan timbul disebabkan ahli Jawatankuasa Pelaburan atau pengarah mempunyai pemegangan saham yang besar atau menjadi pengarah dalam syarikat awam, dan dana melabur dalam syer atau saham kepunyaan syarikat senaraian awam itu, maka ahli jawatankuasa atau pengarah tersebut hendaklah tidak melibatkan diri dalam sebarang pembuatan keputusan yang berkaitan dengan syer atau saham tersebut dalam dana. Pekerja Pengurus yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pelaburan dana atau yang mempunyai akses terus dan tepat pada masanya kepada dagangan harian yang dijalankan oleh pengurus dana dikehendaki mengisytiharkan urus niaga mereka dalam sekuriti. 9.10 DASAR DAN PROSEDUR BERKENAAN AKTIVITI PENGUBAHAN WANG HARAM Pengurus telah menetapkan dasar dan prosedur untuk bertindak balas terhadap risiko yang melibatkan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan sebagai mematuhi peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan, 2001 (AMLATFA). Dasar dan prosedur tersebut merangkumi inisiatif utama yang berikut: Penyediaan latihan dan pendidikan mengenai perkara tersebut kepada semua pekerja dengan penekanan kepada kakitangan barisan hadapan dan ahli pasukan agensi; Mengadakan langkah dan kawalan tertentu berkenaan dengan pengenalan dan penerimaan pelanggan yang termasuk pengesahbetulan identiti pelanggan melalui dokumen pengenalan yang berkaitan; Memastikan urus niaga yang menimbulkan kesangsian dilaporkan dengan segera kepada Unit Perisikan Kewangan Bank Negara Malaysia. 196 PENGURUS (SAMB) 9.11 DOKUMEN YANG ADA UNTUK PEMERIKSAAN Bagi tempoh tidak kurang daripada 12 bulan dari tarikh Prospektus Induk ini, dokumen berikut atau salinannya atau dokumen lain sebagaimana yang diperlukan oleh SC (di mana yang berkenaan) boleh diperiksa di pejabat berdaftar Pengurus atau tempat lain sebagaimana yang ditentukan oleh SC: (a) Surat ikatan induk dan surat ikatan tambahan; (b) Setiap kontrak atau dokumen penting yang dirujuk dalam Prospektus Induk ini (jika ada); (c) Laporan tahunan dan interim terbaru dana; (d) Penyata kewangan dana dan Pengurus yang telah diaudit bagi tahun kewangan semasa (di mana yang berkenaan) dan 3 tahun kewangan lepas atau dari tarikh penubuhan/pemerbadanan, jika kurang daripada 3 tahun, sebelum tarikh Prospektus Induk ini; (e) Semua laporan, surat atau dokumen lain, penilaian dan penyata oleh mana-mana pakar yang dirujuk dalam Prospektus Induk ini (jika ada); (f) Writ dan surat sebab untuk semua litigasi dan timbangtara penting semasa yang dinyatakan dalam Prospektus Induk ini (jika ada); dan (g) Semua keizinan yang diberikan oleh pakar yang dinyatakan dalam Prospektus Induk ini. 197 PENGURUS (SAMB) 198 PEMEGANG AMANAH 10 10.1 KESANGGUPAN PEMEGANG AMANAH UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS AmanahRaya Trustees Berhad (ART), Maybank Trustees Berhad (MTB) dan CIMB Commerce Trustee Berhad (CCTB) telah menyatakan kesanggupan mereka untuk memegang tugas sebagai pemegang amanah kepada dana dan menjalankan semua kewajipan yang dikenakan di bawah Surat Ikatan, semua undang-undang bertulis yang berkaitan dan kedaulatan undang-undang. 10.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMEGANG AMANAH Pemegang amanah dana akan melaksanakan, antara lainnya, tugas dan tanggungjawab berikut: 1. Bertindak sebagai penjaga dana dan melindungi kepentingan pemegang unit; 2. Melaksanakan fungsi dan tugasnya dengan penuh tekun dan berhati-hati menurut Surat Ikatan, Garis Panduan SC, CMSA 2007 dan undang-undang sekuriti; 3. Memastikan Pengurus mengurus dan mentadbir dana menurut Surat Ikatan, Garis Panduan SC, CMSA 2007 dan undang-undang sekuriti; 4. Memastikan rekod yang sewajarnya disimpan untuk semua urus niaga, dividen, faedah dan pendapatan yang diterima dan diagihkan, yang berkaitan dengan dana; 5. Memastikan Pengurus sentiasa memaklumkan sepenuhnya kepada pemegang amanah mengenai butir- butir dasar Pengurus dalam pelaburan dan apa-apa perubahannya; 6. Memastikan akaun diaudit pada akhir setiap tempoh akruan oleh juruaudit, dan Pengurus, bagi pihak pemegang amanah, menghantarkan satu salinan akaun tahunan yang telah diaudit kepada pemegang unit (di alamat berdaftar terakhirnya yang diketahui) dalam tempoh dua bulan selepas akhir tahun kewangan. 10.3 PROFIL AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD (ART) ART telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 23 Mac 2007 dan didaftarkan sebagai syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. ART adalah anak syarikat Amanah Raya Berhad (ARB) yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). ART mengambil alih fungsi peramanahan korporat ARB dan memperoleh pengalaman ARB selama lebih 46 tahun dalam perniagaan pemegang amanah. ART telah didaftarkan dan diluluskan oleh SC untuk bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana amanah saham dan mempunyai 180 dana amanah saham di bawah peramanahan ART. Pada 15 Februari 2013, ART mempunyai 79 kakitangan (58 Eksekutif dan 21 Bukan Eksekutif). ART mempunyai modal dibenarkan sebanyak RM5,000,000. Modal saham diterbitkan dan berbayarnya masing- masing ialah RM2,000,000 dan RM1,000,000. Pemegang saham ART ialah: % ekuiti Amanah Raya Berhad (344986-V) 20 Amanah Raya Nominees (Tempatan) Sdn Bhd (434217-U) 20 Amanah Raya Capital Sdn Bhd (549057-K) 20 AmanahRaya Capital Group Sdn Bhd (760289-U) 20 AmanahRaya Modal Sdn Bhd (760322-X) 10 Amanah Raya Nominees (Asing) Sdn Bhd (684546-P) 10 Prestasi Kewangan Berikut ialah ringkasan prestasi ART berdasarkan penyata kewangannya yang telah diaudit bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember: 2010 RM000 2011 RM000 2012 (Tidak diaudit) RM000 Modal saham berbayar 1,000 1,000 1,000 Dana pemegang saham 3,214 5,263 7,365 Perolehan 24,847 26,908 28,307 Keuntungan sebelum cukai 18,265 20,246 21,481 Keuntungan selepas cukai 13,590 14,549 16,102 Pada 15 Februari 2013, pemegang amanah dan wakilnya tidak terlibat dalam sebarang litigasi dan timbangtara penting, sama ada sebagai plaintif atau defendan, dan pemegang amanah dan wakilnya tidak mengetahui tentang sebarang prosiding yang belum selesai atau diancam untuk diambil terhadapnya atau sebarang fakta yang berkemungkinan menimbulkan sebarang prosiding yang mungkin memberi kesan yang besar dan buruk kepada kedudukan kewangan atau perniagaannya. Lembaga Pengarah Datuk Idrus Bin Harun Pengerusi Dato Rahim Bin Abu Bakar Pengarah Dato Ismail Bin Ibrahim Pengarah Dato Che Pee Bin Samsudin - Pengarah Tuan Haji Ab. Gani Bin Haron Pengarah Tuan Haji Mansor Bin Salleh Pengarah Ketua Pegawai Eksekutif Puan Hajjah Habsah Binti Bakar Perwakilan Fungsi Penjaga ART telah mewakilkan fungsi penjaga bagi pelaburan asing dana kepada Citibank N.A, cawangan Singapura. Citibank N.A di Singapura mula menyediakan khidmat sekuriti pada pertengahan 1970-an dan produk penjagaan global yang beroperasi sepenuhnya telah dilancarkan pada awal 1990-an. Kini, perniagaan khidmat sekuritinya mempunyai asas pelanggan global yang terdiri daripada bank utama, pengurus dana, peniaga broker dan syarikat insurans. Peranan dan tugas wakil pemegang amanah, iaitu Citibank N.A, Singapura, adalah seperti berikut: Bertindak sebagai subpenjaga bagi pelaburan rentas sempadan terpilih yang dibuat oleh dana termasuk pembukaan akaun tunai dan akaun penjagaan serta menyimpan dengan selamat aset dana seperti ekuiti, bon dan aset lain. Bertindak sebagai ejen pembayar untuk pelaburan rentas sempadan terpilih yang termasuk penyelesaian perdagangan dan khidmat pindahan dana. Menyediakan maklumat tindakan korporat atau kelayakan yang timbul daripada aset sandaran di atas dan menyediakan laporan berkala tentang aktiviti portfolio yang dilaburkan. 199 PEMEGANG AMANAH (SAMB) 10.4 PROFIL MAYBANK TRUSTEES BERHAD (MTB) MTB diperbadankan di bawah nama Mayban Trustees Berhad pada 12 April 1963 dan didaftarkan sebagai syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 pada 11 November 1963. Ia merupakan salah sebuah syarikat amanah tempatan pertama yang menyediakan khidmat pemegang amanah dengan tujuan untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan individu dan juga pelanggan korporat. Nama syarikat telah ditukar kepada Maybank Trustees Berhad mulai 19 Mac 2012. MTB telah didaftarkan dan diluluskan oleh SC untuk bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana amanah saham. Dengan pengalaman lebih 21 tahun sebagai pemegang amanah kepada dana amanah saham, MTB mempunyai sebanyak 52 dana amanah saham dan 3 dana amanah pelaburan harta tanah/dana amanah harta di bawah pengawasannya. Pada 15 Februari 2013, MTB mempunyai seramai 38 kakitangan yang terdiri daripada 28 Eksekutif dan 10 bukan Eksekutif. Prestasi Kewangan Berikut ialah ringkasan prestasi lepas MTB berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit bagi 3 tahun kewangan yang lepas berakhir: Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2010 RM000 30 Jun 2011 RM000 31 Disember 2011* RM000 31 Disember 2012 (Tidak diaudit) RM000 Modal saham berbayar 500 500 500 500 Dana pemegang saham 3,901 6,239 8,679 12,107 Perolehan 9,115 9,784 6,506 14,048 Keuntungan sebelum cukai 3,053 3,168 3,242 4,571 Keuntungan selepas cukai 2,278 2,338 2,439 3,429 * Perubahan tahun kewangan kepada 31 Disember oleh Kumpulan Maybank. Litigasi dan Timbangtara Penting Pada 15 Februari 2013, kecuali saman yang disebutkan di bawah, pemegang amanah tidak terlibat dalam sebarang litigasi penting sebagai plaintif atau defendan dan pemegang amanah tidak mengetahui tentang sebarang prosiding yang belum selesai atau diancam untuk diambil terhadapnya atau sebarang fakta yang berkemungkinan menimbulkan sebarang prosiding yang mungkin memberi kesan yang besar dan buruk kepada kedudukan kewangan atau perniagaannya. Pemegang Bon Al-Bai Bithaman Ajil [ABBA] [Pemegang Bon] yang diterbitkan oleh Pesaka Astana (M) Sdn Bhd [PASB] telah menyaman PASB kerana kegagalannya menunaikan obligasi bayaran bonnya di bawah Saman Sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No. D5(D6)-22-1810-2005 [Saman ABBA] dan menamakan pemegang amanah sebagai salah seorang daripada 12 defendan bersama dalam Saman ABBA. Tuntutan dalam Saman ABBA ialah sebanyak RM149,315,000.00 atau sebarang jumlah lain yang Mahkamah anggap wajar. Defendan lain dalam Saman ABBA termasuk, antara lainnya, ialah Ejen Kemudahan, Ketua Pegawai Eksekutif PASB, salah seorang pengarah PASB dan syarikat bersekutu Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah tersebut. Pemegang amanah telah membuat pembelaan dalam Saman ABBA dan perbicaraannya telah selesai. 200 PEMEGANG AMANAH (SAMB) Pemegang amanah telah membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada 30 Jun 2010 berkaitan dengan Saman ABBA dalam memberikan keputusan penghakiman terhadapnya dan seorang lagi Defendan. Rayuan tersebut dijalankan pada 22, 23, 26, 27, 28, 29 dan 30 September 2011 dan 3 Oktober 2011. Pada 8 November 2011, Mahkamah Rayuan telah memberikan tanggung rugi terhad kepada pemegang amanah dan Ejen Kemudahan terhadap PASB, Ketua Pegawai Eksekutif PASB, salah seorang pengarah PASB dan syarikat bersekutu Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah tersebut tetapi mendapati bahawa pemegang amanah dan Ejen Kemudahan sama-sama bertanggungan kepada pemegang bon. Pada 5 April 2012, Mahkamah Persekutuan telah memberikan kebenaran kepada pemegang amanah untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap bahagian-bahagian tertentu keputusan Mahkamah Rayuan [Mahkamah Rayuan Persekutuan]. Rayuan Mahkamah Persekutuan telah didengar pada 6, 7, 8, 20, 21 dan 23 November 2012 dan pada 2, 3 dan 4 Januari 2013. Tarikh perbicaraan pada 17 hingga 19 Oktober 2012 dan 19 November 2012 telah dikosongkan. Keputusan ditetapkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu oleh Mahkamah Persekutuan. . Berkaitan dengan Saman ABBA, Amanah Short Deposits Berhad [kini MIDF Amanah Investment Bank Berhad (MIDF)], Pemegang Nota Surat Perdagangan Digabungkan dan/atau Nota Jangka Sederhana/Surat Kredit/ Kemudahan Jaminan Kewangan [CP/MTN] berjumlah RM13 juta dan diterbitkan oleh PASB, juga telah menyaman PASB untuk bayaran penuh di bawah CP/MTN yang timbul daripada keingkaran silang oleh PASB di bawah Bon ABBA di bawah Saman Sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No. D2-22-1085-2006 [Saman CP/MTN]. Pemegang amanah disebut sebagai salah seorang daripada 5 defendan bersama dalam Saman CP/MTN. Tuntutan dalam Saman CP/MTN ialah sebanyak RM13 juta atau sebarang jumlah lain yang Mahkamah anggap wajar dan ganti rugi. Defendan lain dalam Saman CP/MTN ialah Ejen Kemudahan, Ketua Pegawai Eksekutif PASB dan salah seorang pengarah PASB. Pemegang amanah membuat pembelaan dalam Saman CP/MTN. Perbicaraan Saman CP/MTN digantung sehingga penyelesaian Rayuan Mahkamah Persekutuan. Pemegang amanah telah mendapatkan kebenaran mahkamah untuk meneruskan tindakan terhadap PASB memandangkan lanjutan kepada suatu saman yang tidak berkaitan, penyelesai sementara telah dilantik terhadap PASB. Dalam apa jua keadaan, mana-mana tuntutan yang berjaya dibuktikan terhadap pemegang amanah akan dilindungi oleh penanggung insurans pemegang amanah dan/atau Malayan Banking Berhad selaku syarikat pemegangan utama pemegang amanah. Oleh yang demikian, Saman ABBA dan Saman CP/MTN tidak akan menjejaskan perniagaan atau kedudukan kewangan pemegang amanah. Berkaitan dengan Saman CP/MTN, MIDF telah, di bawah Saman Pemula Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No. 24A-30-2011 terhadap pemegang amanah dan Defendan lain, memohon deklarasi bahawa pemegang amanah memegang sebagai amanah untuk MIDF wang berjumlah RM3,453,000.00, yang mana jumlah tersebut adalah dalam milikan pemegang amanah, dan bahawa jumlah tersebut hendaklah dibayar kepada MIDF apabila diperintah oleh Mahkamah [OS]. OS ini telah ditetapkan pada 22 Jun 2011 di mana Mahkamah telah memberikan perintah seperti dikehendaki. Pemegang amanah telah mematuhi perintah Mahkamah ini pada 28 Julai 2011. Saman Pemula tidak akan memberi kesan yang besar kepada perniagaan atau kedudukan kewangan pemegang amanah. Pemegang tunggal Nota Rendah [Pemegang Nota Rendah] yang diterbitkan oleh Aldwich Berhad [Aldwich] telah menyaman pemegang amanah dan Ejen Sekuriti Nota Rendah untuk jumlah tuntutan RM556,500,000.00 berserta faedah dan kos di bawah Saman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No : D-22NCC-2339-2010 [Saman JN]. Saman JN berbangkit dalam perjalanan urusan biasa pemegang amanah dan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawabnya terhadap Pemegang Bon Kanan berkaitan dengan Bon Kanan yang juga diterbitkan oleh Aldwich dan dalam bertindak dengan penuh tanggungjawab terhadap arahan Pemegang Bon Kanan melalui resolusi khas dalam mengisytiharkan Peristiwa Keingkaran bagi Bon Kanan (EOD Bagi Bon). Kemudiannya, EOD Bagi Bon telah menyebabkan keingkaran silang ke atas Nota Rendah yang mengakibatkan pemegang amanah bertindak dengan penuh tanggungjawab dalam mengisytiharkan Peristiwa Keingkaran bagi Nota Rendah demi mengelakkan kepentingan Pemegang Nota Rendah daripada terancam. Pemegang amanah tidak mengakui sebarang liabiliti kepada dan telah membuat pembelaan dalam Saman JN. Saman JN tidak akan memberi kesan yang besar kepada perniagaan atau kedudukan kewangan pemegang amanah. Peguam pemegang amanah berpandangan bahawa Saman JN tidak mempunyai merit. 201 PEMEGANG AMANAH (SAMB) Perbicaraan Saman JN Suit telah dijalankan pada 15, 19, 20 dan 28 Julai 2011 dan 15 Ogos 2011. Pada 30 September 2011, Mahkamah Tinggi telah membuang kes Saman JN terhadap pemegang amanah dan juga Ejen Sekuriti. Pemegang Nota Rendah telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi [Rayuan]. Mahkamah Rayuan telah menolak Rayuan ini pada 7 Mac 2012. Pemegang Nota Rendah telah memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan kebenaran bagi membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada pemegang amanah [Permohonan]. Permohonan ini ditetapkan untuk perbicaraan pada 29 April 2013. Beberapa pemegang bon [pemegang bon] yang diterbitkan oleh Aldwich Berhad [Dalam Kuasa Penerima] [Aldwich] telah menyaman Aldwich kerana kegagalannya menyelesaikan keterhutangannya kepada pemegang bon ekoran keingkaran Bon Aldwich pada tahun 2010 dan menyebut pemegang amanah sebagai salah satu daripada enam defendan bersama di bawah Saman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No. D-22NCC-1622-11/2012 [Saman Pemegang Bon]. Tuntutan terhadap pemegang amanah ialah untuk jumlah RM156,251,210.67 atau apa-apa jumlah lain yang Mahkamah anggap wajar. Defendan lain ialah Maybank Investment Bank Berhad, Aldwich Enviro- Management Sdn Bhd, Kamalul Arin Yusof dan Ernst & Young. MTB tidak mengakui sebarang liabiliti kepada Saman Pemegang Bon dan akan membuat pembelaan. Saman Pemegang Bon belum ditetapkan perbicaraannya lagi. Saman Pemegang Bon tidak akan memberi kesan yang besar kepada perniagaan atau kedudukan kewangan pemegang amanah. Pemegang amanah menegaskan bahawa ia mempunyai pasukan profesional yang mantap dengan keutamaan diberikan kepada melindungi kepentingan semua pihak yang berkepentingan serta mendukung standard perkhidmatan dan amalan pengurusan yang terbaik. Lembaga Pengarah En. Zainal Abidin Jamal Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas & Pengerusi En. Mohd. Hanif Bin Suadi Pengarah Eksekutif Bukan Bebas Dato Dr Tan Tat Wai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Cik Ong Sau Yin Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Ketua Pegawai Eksekutif Cik Eunice Chan Perwakilan Fungsi Penjaga MTB telah melantik Malayan Banking Berhad sebagai penjaga aset tempatan dana. Fungsi penjaga dikendalikan di bawah Maybank Custody Services (MCS), sebuah unit dalam Malayan Banking Berhad. MCS memulakan operasi pada tahun 1983 dan telah dilantik sebagai penjaga dana amanah saham sejak tahun 1989. MCS menyediakan khidmat penjelasan dan penjagaan untuk ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap di Malaysia kepada pelanggan institusi domestik dan asing. Selain itu, MCS juga menawarkan khidmat penjagaan global kepada institusi/pelanggan domestik yang mempunyai pelaburan asing. Peranan dan tugas wakil pemegang amanah, MCS, adalah seperti berikut: Menyimpan dengan selamat, menyelaraskan dan menyelenggarakan rekod pemegangan aset dana mengikut arahan pemegang amanah; Bertindak sebagai ejen penyelesaian bagi saham dan wang kepada rakan urus niaga (counterparty) mengikut arahan pemegang amanah; Bertindak sebagai ejen untuk penempatan pasaran wang di mana yang berkenaan mengikut arahan pemegang amanah; Menyebarkan pengumuman syarikat-syarikat tersenarai kepada pemegang amanah dan mendapatkan arahan tindakan korporat daripada pemegang amanah; Menyusun, menyediakan dan mengemukakan laporan pemegangan kepada pemegang amanah dan pemilik benesial di mana yang berkaitan; dan Bayaran ad-hoc lain untuk kerja yang telah dibuat untuk dana mengikut arahan pemegang amanah, dan sebagainya. 202 PEMEGANG AMANAH (SAMB) MTB telah mewakilkan fungsi penjaga bagi pelaburan asing dana kepada Citibank N.A, cawangan Singapura. Citibank N.A di Singapura mula menyediakan khidmat sekuriti pada pertengahan 1970-an dan produk penjagaan global yang beroperasi sepenuhnya telah dilancarkan pada awal 1990-an. Kini, perniagaan khidmat sekuritinya mempunyai asas pelanggan global yang terdiri daripada bank utama, pengurus dana, peniaga broker dan syarikat insurans. Peranan dan tugas wakil pemegang amanah, iaitu Citibank N.A, Singapura, adalah seperti berikut: Bertindak sebagai subpenjaga bagi pelaburan rentas sempadan terpilih yang dibuat oleh dana termasuk pembukaan akaun tunai dan penjagaan serta menyimpan dengan selamat aset dana seperti ekuiti, bon dan aset lain. Bertindak sebagai ejen pembayar untuk pelaburan rentas sempadan terpilih yang termasuk penyelesaian perdagangan dan khidmat pindahan dana. Menyediakan maklumat tindakan korporat atau kelayakan yang timbul daripada aset sandaran di atas dan menyediakan laporan berkala tentang aktiviti portfolio yang dilaburkan. 10.5 PROFIL CIMB COMMERCE TRUSTEE BERHAD (CCTB) (CCTB) telah diperbadankan di bawah nama BHLB Trustee Berhad pada 25 Ogos 1994. Ia telah didaftarkan sebagai syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 pada 3 Julai 1995 dan memulakan operasi pada 1 September 1995. Nama syarikat telah ditukar kepada CIMB Commerce Trustee Berhad berkuat kuasa pada 2 Mac 2012. CCTB telah didaftarkan dan diluluskan oleh SC untuk bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana amanah saham. Dengan pengalaman selama 17 tahun sebagai pemegang amanah kepada dana amanah saham, CCTB mempunyai sejumlah 56 dana amanah saham dan 10 dana borong, 1 Dana Pelaburan Harta Tanah dan 1 Skim Persaraan Swasta (4 dana) di bawah pengawasannya dan mempunyai kakitangan seramai 24 orang yang terdiri daripada 22 Eksekutif dan 2 Bukan Eksekutif pada 15 Februari 2013. Prestasi Kewangan Berikut ialah ringkasan prestasi lepas CCTB berdasarkan penyata kewangan bagi tempoh tiga (3) tahun kewangan lepas berakhir 31 Disember: 2010 RM000 2011 RM000 2012 (Tidak diaudit) RM000 Modal saham berbayar 1,750 1,750 1,750 Dana pemegang saham 6,497 6,601 8,517 Perolehan 7,113 6,289 7,917 Keuntungan sebelum cukai 2,588 1,802 2,675 Keuntungan selepas cukai 1,936 1,354 1,916 Pada 15 Februari 2013, pemegang amanah dan wakilnya tidak terlibat dalam sebarang litigasi dan timbangtara penting, sama ada sebagai plaintif atau defendan, dan pemegang amanah dan wakilnya tidak mengetahui tentang sebarang prosiding yang belum selesai atau diancam untuk diambil terhadapnya atau sebarang fakta yang berkemungkinan menimbulkan sebarang prosiding yang mungkin memberi kesan yang besar dan buruk kepada kedudukan kewangan atau perniagaan mereka. Lembaga Pengarah En. Zahardin Omardin Cik Chan Swee Liang Carolina En. Loh Shai Weng Cik Liew Pik Yoong (Pengarah ganti kepada Cik Chan Swee Liang Carolina) 203 PEMEGANG AMANAH (SAMB) Head of Trustee Services Cik Liew Pik Yoong Head of Operations Cik Lee Kooi Yoke Perwakilan Fungsi Penjaga CCTB telah melantik CIMB Group Nominees (Tempatan) Sdn Bhd sebagai wakil pemegang amanah untuk melaksanakan fungsi penjaga. CIMB Group Nominees (Tempatan) Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh CIMB Bank Berhad. Fungsi penjaganya termasuklah menyimpan dengan selamat, penyelesaian dan tindakan korporat yang berkaitan dengan pemprosesan dan pelaporan sekuriti tunai. CCTB telah mewakilkan fungsi penjaganya bagi pelaburan asing dana kepada Citibank N.A, cawangan Singapura. Citibank N.A di Singapura mula menyediakan khidmat sekuriti pada pertengahan 1970-an dan produk penjagaan global yang beroperasi sepenuhnya telah dilancarkan pada awal 1990-an. Kini, perniagaan khidmat sekuritinya mempunyai asas pelanggan global yang terdiri daripada bank utama, pengurus dana, peniaga broker dan syarikat insurans. Semua pelaburan secara automatik didaftarkan atas nama dana. CIMB Group Nominees (Tempatan) Sdn Bhd dan Citibank N.A Singapura bertindak hanya mengikut arahan daripada pemegang amanah. Peranan dan tugas wakil pemegang amanah, iaitu CIMB Group Nominees (Tempatan) Sdn Bhd dan Citibank N.A, Singapura, adalah seperti berikut: Bertindak sebagai subpenjaga bagi pelaburan rentas sempadan terpilih yang dibuat oleh dana termasuk pembukaan akaun tunai dan akaun penjagaan serta menyimpan dengan selamat aset dana seperti ekuiti, bon dan aset lain. Bertindak sebagai ejen pembayar untuk pelaburan rentas sempadan terpilih yang termasuk penyelesaian perdagangan dan khidmat pindahan dana. Menyediakan maklumat tindakan korporat atau kelayakan yang timbul daripada aset sandaran di atas dan menyediakan laporan berkala tentang aktiviti portfolio yang dilaburkan. 204 PEMEGANG AMANAH (SAMB) 205 PENASIHAT SYARIAH 11 11.1 PERANAN PENASIHAT SYARIAH ZI Shariah Advisory Services Sdn. Bhd. (ZI Shariah) adalah Penasihat Syariah kepada dana patuh Syariah yang disenaraikan dalam Prospektus Induk ini. Selaku Penasihat Syariah, peranan ZI Shariah ialah untuk memastikan operasi dan pelaburan dana mematuhi keperluan Syariah. Penasihat Syariah mengkaji semula pelaburan dana setiap bulan bagi memastikan ia sentiasa mematuhi keperluan Syariah dan mengadakan mesyuarat dengan Pengurus setiap suku tahun untuk mengkaji semula dan memberi nasihat tentang pematuhan dana terhadap keperluan Syariah. Bagi pelaburan dana dalam ekuiti patuh Syariah dan sukuk domestik, akaun pelaburan Islam, instrumen pasaran wang Islam dan instrumen boleh niaga Islam, penyaringan pelaburan tersebut adalah berdasarkan pada Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah SC, senarai sukuk yang dikeluarkan oleh SC, senarai instrumen pasaran wang Islam yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia; dan senarai akaun pelaburan Islam/ penempatan yang disediakan oleh Pengurus pada setiap bulan seperti yang dikehendaki oleh Penasihat Syariah bagi memastikan semua penempatan adalah selaras dengan ketetapan Syariah. Bagi pelaburan dana dalam sekuriti asing, rujukan dibuat kepada indeks pasaran yang diiktiraf di mana sekuriti asing tersebut disenaraikan (iaitu indeks Syariah yang disusun oleh penyedia indeks yang mantap yang diluluskan oleh Penasihat Syariah) dan/ atau tertakluk kepada proses kajian semula yang melibatkan analisis kuantitatif dan juga kualititatif oleh Penasihat Syariah. Tanggungjawab akhir untuk memastikan pematuhan Syariah dana dalam semua aspek yang berkaitan terletak pada Pengurus sepenuhnya. 11.2 TANGGUNGJAWAB PENASIHAT SYARIAH Selaras dengan Garis Panduan SC, peranan Penasihat Syariah ialah: 1. Memastikan dana amanah saham patuh Syariah (dana) diuruskan dan ditadbirkan menurut prinsip- prinsip Syariah; 2. Menyediakan nasihat, kepakaran dan bimbingan untuk dana dalam semua perkara dari perspektif prinsip Syariah, termasuk surat ikatan dan prospektus dana, struktur dan proses pelaburannya, serta operasi dan hal-ehwal pentadbiran yang lain; 3. Berunding dengan SC yang boleh mendapatkan nasihat daripada Majlis Penasihat Syariah (SAC) sekiranya terdapat sebarang kekaburan atau ketidakpastian berkenaan dengan pelaburan, instrumen, sistem, prosedur dan/atau proses yang berkaitan dengan dana; 4. Memeriksa dan meneliti laporan pematuhan dana yang disediakan oleh pegawai pematuhan pengurus, laporan urus niaga yang disediakan oleh atau diluluskan sewajarnya oleh pemegang amanah dan mana- mana laporan lain yang dianggap perlu bagi tujuan memastikan bahawa pelaburan dana adalah selaras dengan prinsip Syariah; 5. Menyediakan laporan untuk disertakan dalam laporan interim dan laporan tahunan dana yang mengesahkan sama ada dana telah diuruskan dan ditadbirkan menurut prinsip Syariah; 6. Memastikan dana mematuhi mana-mana garis panduan, peraturan atau keputusan yang dikeluarkan oleh SC dan SAC berhubung dengan perkara-perkara Syariah; 7. Menyemak dan memberi nasihat mengenai bahan promosi dana; 8. Membantu dan menghadiri mana-mana mesyuarat ad-hoc yang diadakan oleh SC dan/atau pihak berkuasa lain yang berkaitan. 11.3 MAKLUMAT AM MENGENAI ZI SHARIAH ZI Shariah Advisory Services Sdn. Bhd. (ZI Shariah) ditubuhkan pada April 2007 untuk menyediakan khidmat nasihat Syariah dalam perbankan Islam, produk pasaran modal Islam, takaful dan pengurusan kekayaan. ZI Shariah adalah Penasihat Syariah yang diluluskan oleh SC untuk memberi nasihat mengenai terbitan Sukuk, dana pelaburan Islam dan semua instrumen pasaran modal Islam lain yang diluluskan. ZI Shariah mempunyai pengalaman yang berkaitan sebagai Penasihat Syariah untuk dana dan pelaburan patuh Syariah: Memberi nasihat kepada syarikat pengurusan aset yang berpangkalan di Hong Kong mengenai penubuhan dana pelaburan patuh Syariahnya. Memberi nasihat kepada entiti yang berpangkalan di Dubai mengenai tawaran produk kewangan Islamnya Memberi nasihat (dalam pelaksanaan) kepada syarikat Jordan mengenai sukuk yang melibatkan aset Jordan. Memberi nasihat (dalam pelaksanaan) kepada institusi kewangan Jepun berkaitan dengan cadangan struktur sukuk Jepun yang melibatkan aset pendasar Malaysia. Memberi nasihat (dalam pelaksanaan) kepada entiti yang berpangkalan di Dubai mengenai penubuhan dana ekuiti persendirian patuh Syariah. Memberi nasihat kepada pihak berkuasa undang-undang antarabangsa mengenai perkhidmatan kewangan Islam. Memberi nasihat mengenai terbitan sukuk berdaulat pertama di negara Asia Tenggara. Menyediakan latihan khusus untuk para pegawainya dan para penggiat industri yang lain mengenai kewangan Islam, terutamanya sukuk. Memberi nasihat kepada bank Islam antarabangsa mengenai peluang pelaburan berkaitan wakaf di Malaysia. Merangka (dalam pelaksanaan) piawaian bagi tadbir urus Syariah dan penyeliaan institusi kewangan Islam untuk AAOIFI. Pada 15 Februari 2013, ZI Shariah mempunyai seramai 14 orang pekerja. ZI Shariah merupakan Penasihat Syariah untuk 36 dana pada 15 Februari 2013. Lembaga Pengarah Dato Dr Nik Norzrul Thani - Pengarah Dr Aida Othman - Pengarah En. Ahmad Ab Hamid - Pengarah 11.4 PROFIL PEGAWAI LANTIKAN YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP HAL-HAL SYARIAH BERKAITAN DENGAN DANA Individu dilantik yang bertanggungjawab terhadap hal-hal Syariah berkaitan dengan dana ialah: Dr Mohamad Akram Laldin (Penasihat Syariah) Dr Mohamad Akram kini merupakan Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA). Pada masa ini, beliau merupakan Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Jawatankuasa Penasihat Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahli Lembaga Penasihat Syariah Yassar Limited, Lembaga Penasihat Syariah EAB (London), Pengerusi Lembaga Penasihat Islam HSBC Insurance Singapura, Penasihat Syariah kepada ZI Shariah Advisory Malaysia, Ahli Majlis Penasihat Syariah Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (IIFM) Bahrain, Penasihat Syariah kepada Dar al-Takaful Dubai, Ahli Jawatankuasa Piawaian Syariah AAOIFI, Bahrain dan Lembaga lain di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sebelum menyertai ISRA, beliau merupakan Penolong Profesor di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (IIUM). Pada tahun 2002-2004, beliau merupakan Penolong Profesor Pelawat di Universiti Sharjah, Sharjah, Emiriah Arab Bersatu. Dr Akram memiliki ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Jurisprudens dan Perundangan Islam dari Universiti Jordan, Amman, Jordan dan Doktor Falsafah dalam Prinsip-prinsip Perundangan Islam (Usul al-Fiqh) dari University of Edinburgh, Scotland, United Kingdom. Beliau juga adalah ahli Lembaga Pengajian Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah Penasihat Syariah untuk sekuriti Islam yang berdaftar dengan SC dan bertindak sebagai Penasihat Syariah dalam terbitan beberapa sukuk. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis yang prolik dalam kerja-kerja akademik khususnya dalam bidang perbankan dan kewangan Islam. Beliau adalah penerima Anugerah Zaki Badawi 2010 untuk Kecemerlangan dalam Khidmat Nasihat Syariah dan Penyelidikan. 206 PENASIHAT SYARIAH (SAMB) Profesor Dr Ashraf bin Md Hashim (Penasihat Syariah) Profesor Dr Ashraf bin Md Hashim adalah penyelidik kanan di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF). Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Consultancy. Profesor Dr Ashraf bin Md Hashim memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Undang-undang Islam) dari University of Birmingham, UK, 1999; ijazah Sarjana (1995) dalam Fiqh dan Usul a-Fiqh dari Universiti Jordan; ijazah Sarjana Muda (1991) dalam Syariah dari Universiti Islam di Madinah. Beliau juga memperoleh Diploma Lepasan Ijazah dalam Undang-undang dan Amalan Islam (2001) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebelum ini, beliau merupakan kakitangan akademik di Jabatah Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga telah dipinjamkan ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah sebagai Timbalan Rektor (Hal-ehwal Akademik) selama dua tahun. Beliau telah menulis dua buah buku dan beberapa artikel yang diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau pernah menjadi Chevening Fellow di Pusat Pengajian Islam Oxford, United Kingdom. Dr Ashraf mempunyai pengalaman yang luas dalam memberikan pandangan Syariah mengenai produk runcit dan perbankan pelaburan, penstrukturan sukuk dan amanah saham. Beliau juga terlibat secara aktif dalam memberi nasihat kepada syarikat Takaful dan Takaful Semula. Kini beliau merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia dan SC. Beliau juga merupakan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia. Beliau juga menjadi Penasihat Syariah kepada beberapa Institusi Kewangan Islam di Malaysia dan luar negara. Profesor Madya Dr Shafaai bin Musa (Penasihat Syariah) Profesor Madya Dr Shafaai Musa kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Kolej Islam Antarabangsa (IIC), yang merupakan anak syarikat milik penuh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan Pengarah di Pusat IIUM untuk Continuing Education Sdn Bhd. Beliau juga merupakan pensyarah di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, IIUM. Beliau merupakan graduan fakulti Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau menerima ijazah Sarjana dalam Undang-undang Perbandingan dari IIUM dan Doktor Falsafah dari Glasgow Caledonian University, United Kingdom. Profesor Madya Dr Shafaai Musa kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Syariah CIMB-Aviva Takaful Berhad, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Reinsurance Group of America, ahli Jawatankuasa Syariah CIMB Islamic Bank Berhad dan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC). Beliau juga berkhidmat dengan Majlis Peguam Malaysia sebagai Ahli Panel Tribunal Penyiasatan menurut S.97(2) Akta Profesion Undang-undang 1976 (pindaan 1993) sejak tahun 2002. Dr Shafaai telah berkhidmat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai Ahli Panel Penyelidikan Shariah sejak tahun 2005 dan juga memberikan khidmat kepakaran Syariahnya kepada beberapa institusi lain terutamanya Amanah Raya Berhad dan Celcom Axiata Berhad. 207 PENASIHAT SYARIAH (SAMB) 208 SYARAT PENTING SURAT IKATAN 12 12.1 HAK DAN LIABILITI PEMEGANG UNIT Pemegang unit ialah orang yang didaftarkan dalam buku daftar sebagai pemegang unit atau pecahan unit dalam dana yang secara automatik memberinya hak dan kepentingan dalam dana. Pemegang unit berhak menerima agihan dana (jika ada), menyertai sebarang peningkatan dalam nilai modal unit, serta hak dan keistimewaan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Surat Ikatan. Pemegang unit diberi kuasa untuk mengadakan mesyuarat pemegang unit, dan mengundi untuk memecat pemegang amanah atau Pengurus melalui Resolusi Luar Biasa. Pelabur yang melabur buat pertama kali dengan Public Mutual berhak menggunakan tempoh bertenang. Walau bagaimanapun, hak bertenang ini tidak diberikan kepada perbadanan atau institusi, kakitangan Public Mutual dan orang yang didaftarkan untuk berurusan dalam dana amanah saham. Selain itu, pemegang unit juga akan menerima laporan tahunan dan laporan interim dana yang dihantar dalam tempoh dua bulan dari penutup setiap tahun/tempoh kewangan. Pemegang unit tidak berhak meminta mana-mana aset yang terkandung dalam dana dipindahkan kepadanya atau campur tangan dalam atau mempersoalkan pelaksanaan oleh pemegang amanah atau Pengurus bagi pihaknya akan hak pemegang amanah sebagai pemilik aset tersebut. Pemegang unit, dengan sebab peruntukan Surat Ikatan dan hubungan yang wujud melaluinya antara pemegang unit, pemegang amanah dan Pengurus, tidak bertanggungan terhadap sebarang amaun yang melebihi harga belian yang dibayar untuk unit, dan tidak berkewajipan untuk menanggung rugi pemegang amanah dan/atau Pengurus sekiranya liabiliti yang ditanggung oleh pemegang amanah dan Pengurus atas nama atau bagi pihak dana menurut dan/atau dalam pelaksanaan peruntukan Surat Ikatan melebihi aset dana, dan sebarang hak tanggung rugi pemegang amanah dan/atau Pengurus akan terhad kepada bantuan kepada dana. 12.2 PEMEGANG BERSAMA Unit boleh didaftarkan atas nama lebih daripada seorang pemegang unit tertakluk kepada bilangan maksimum dua pemegang bersama. Jika unit dipegang oleh pemegang bersama yang mana seorang daripadanya adalah di bawah umur, pemegang unit pertama yang didaftarkan mestilah orang dewasa yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun. Sekiranya seorang pemegang bersama meninggal dunia, Pengurus akan hanya mengiktiraf pemegang bersama yang masih hidup sebagai orang sah yang mempunyai hak milik atau hak kepentingan ke atas unit dalam akaun. Akan tetapi, jika pemegang bersama yang masih hidup itu adalah di bawah umur, unit dalam akaun akan terletak hak kepada harta pusaka pemegang bersama yang telah meninggal dunia apabila Pengurus menerima dokumentasi yang perlu. 209 SYARAT PENTING SURAT IKATAN (SAMB) 12.3 YURAN DAN CAJ MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH SURAT IKATAN Dana Yuran pengurusan Yuran pemegang amanah Caj jualan Caj penebusan PBGF 2% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.15% setahun, dikira secara harian ke atas NAB. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBAEF 1.6% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.06% setahun, yang dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada sebarang yuran minimum (termasuk yuran penjaga) setahun dan/atau yuran maksimum (termasuk yuran penjaga) setahun seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan pemegang amanah. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBADF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga tempatan) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBEPEF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBCPEF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBCAEF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. 210 SYARAT PENTING SURAT IKATAN (SAMB) Dana Yuran pengurusan Yuran pemegang amanah Caj jualan Caj penebusan PBCAUEF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBSGA30EF 2.0% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBAPENTF 2.0% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBAEGF 2.0% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBGSQF 2.0% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBIEF 1.5% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.06% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada sebarang yuran minimum (termasuk yuran penjaga) setahun dan/atau yuran maksimum (termasuk yuran penjaga) setahun seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan pemegang amanah. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. 211 SYARAT PENTING SURAT IKATAN (SAMB) Dana Yuran pengurusan Yuran pemegang amanah Caj jualan Caj penebusan PBIAEF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBIASSF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBDYNAF 2% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum sebanyak RM18,000 setahun (termasuk yuran penjaga). 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBMAC 2% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.06% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada sebarang yuran minimum atau yuran maksimum (termasuk yuran penjaga) setahun sebagaimana yang dipersetujui oleh Pengurus dan pemegang amanah. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBBF 2% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.15% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBAREIF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBADBF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. 212 SYARAT PENTING SURAT IKATAN (SAMB) Dana Yuran pengurusan Yuran pemegang amanah Caj jualan Caj penebusan PBINDOBF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBFI 1% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.10% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB. 3% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBINFBF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBBOND 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBIBF 1.5% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.06% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada sebarang yuran minimum (termasuk yuran penjaga) setahun dan/atau yuran maksimum (termasuk yuran penjaga) setahun seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan pemegang amanah. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. PBSKF 1.8% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 7% daripada NAB seunit. 3% daripada NAB seunit. 213 SYARAT PENTING SURAT IKATAN (SAMB) Dana Yuran pengurusan Yuran pemegang amanah Caj jualan Caj penebusan PBCMF 1% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 1% daripada NAB seunit. 1% daripada NAB seunit. PBICMF 1% setahun daripada NAB. Tidak melebihi 0.08% setahun, dikira setiap hari ke atas NAB, tetapi tertakluk kepada yuran minimum (termasuk yuran penjaga) sebanyak RM18,000.00 setahun. 1% daripada NAB seunit. 1% daripada NAB seunit. Yuran dan/atau caj yang lebih rendah daripada yang dinyatakan dalam Surat Ikatan boleh dikenakan. Semua yuran dan caj semasa dinyatakan dalam Prospektus Induk. Sebarang kenaikan yuran dan/atau caj di atas yang dinyatakan dalam Prospektus Induk semasa boleh dibuat asalkan prospektus tambahan dikeluarkan dan kadar maksimum yang dinyatakan dalam Surat Ikatan tidak dilanggar. Sebarang kenaikan yuran dan/atau caj yang melebihi kadar maksimum yang dinyatakan dalam Surat Ikatan memerlukan kelulusan pemegang unit. 12.4 PERBELANJAAN DIBENARKAN YANG DIBAYAR DARIPADA DANA Hanya perbelanjaan yang berkaitan secara langsung dan perlu dalam mengendalikan dan mentadbir dana sahaja boleh dibayar daripada dana. Perbelanjaan utama yang boleh didapatkan kembali terus daripada dana termasuklah: (i) komisen/yuran yang dibayar kepada broker yang melaksanakan urus niaga dalam pelaburan dana, dinyatakan pada nota kontrak atau nota pengesahan atau akaun perbezaan; (ii) (di mana fungsi penjagaan asing diwakilkan oleh pemegang amanah yang berkaitan untuk pelaburan pasaran asing), caj/yuran yang dibayar kepada subpenjaga; (iii) cukai dan duti lain yang dikenakan ke atas dana oleh Kerajaan dan pihak berkuasa lain; (iv) yuran dan perbelanjaan lain yang ditanggung sewajarnya oleh juruaudit serta semua yuran profesional dan perakaunan dan pembayaran yang diluluskan oleh pemegang amanah yang berkaitan; (v) yuran bagi penilaian mana-mana pelaburan dana oleh jurunilai bebas bagi manfaat dana; (vi) kos yang ditanggung bagi pengubahsuaian Surat Ikatan kecuali pengubahsuaian untuk manfaat Pengurus atau pemegang amanah sendiri; (vii) kos yang ditanggung untuk mana-mana mesyuarat pemegang unit kecuali mesyuarat yang diadakan oleh Pengurus atau pemegang amanah untuk manfaatnya sendiri; (viii) kos mencetak dan menghantar kepada pemegang unit, akaun dana, sijil cukai, waran agihan, notis mesyuarat pemegang unit, iklan surat khabar dan kos lain seumpamanya sebagaimana yang diluluskan oleh pemegang amanah yang berkaitan; dan (ix) sebarang perbelanjaan lain yang ditanggung sewajarnya oleh pemegang amanah yang berkaitan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. 214 SYARAT PENTING SURAT IKATAN (SAMB) 12.5 PERSARAAN, PEMECATAN DAN PENGGANTIAN PENGURUS Pengurus boleh bersara dengan memberikan notis dua belas (12) bulan kepada pemegang amanah menyatakan keinginannya untuk berbuat demikian, atau tempoh lebih pendek sebagaimana yang Pengurus dan pemegang amanah persetujui, untuk digantikan dengan perbadanan lain. Pengurus boleh dipecat dan perbadanan lain dilantik sebagai pengurus melalui Resolusi Luar Biasa pemegang unit pada mesyuarat pemegang unit yang diadakan menurut Surat Ikatan sama ada oleh pemegang amanah atau pemegang unit. Pemegang amanah akan mengambil langkah sewajarnya untuk memecat dan menggantikan Pengurus dengan seberapa cepat yang boleh selepas mengetahui mengenai mana-mana keadaan berikut: (a) Resolusi Luar Biasa mengenai perkara itu telah diluluskan oleh pemegang unit pada mesyuarat yang diadakan bagi tujuan itu; (b) Pengurus memungkiri obligasinya di bawah Surat Ikatan; (c) Pengurus gagal atau cuai menjalankan tugasnya mengikut kehendak pemegang amanah dan pemegang amanah menganggap bahawa adalah demi kepentingan pemegang unit ia perlu bertindak memecat Pengurus, selepas pemegang amanah memberikan notis dan sebab dan telah mempertimbangkan sebarang pernyataan yang dibuat oleh Pengurus berkaitan dengan pendapat itu, dan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan dengan kelulusan pemegang unit; atau (d) Pengurus telah dibubarkan (kecuali pembubaran sukarela bagi tujuan percantuman dan penyusunan semula atau tujuan seumpamanya) atau penerima telah dilantik untuknya atau tidak lagi meneruskan perniagaan, dan Pengurus tidak akan menerima sebarang bayaran tambahan atau manfaat berkaitan dengan pemecatan atau penggantian atau persaraan tersebut. Dalam mana-mana kes yang tersebut di atas, Pengurus buat sementara waktu, apabila menerima notis tersebut daripada pemegang amanah, berhenti menjadi Pengurus, dan pemegang amanah akan secara bertulis di bawah meterainya melantik perbadanan lain untuk menjadi Pengurus dana, tertakluk kepada perbadanan tersebut memeterai Surat Ikatan dengan pemegang amanah dan selepas itu bertindak sebagai Pengurus bagi baki tempoh dana. 12.6 PERSARAAN, PEMECATAN DAN PENGGANTIAN PEMEGANG AMANAH Pemegang amanah boleh bersara dengan memberi notis dua belas (12) bulan kepada Pengurus menyatakan keinginannya untuk berbuat demikian, atau tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang Pengurus dan pemegang amanah persetujui, dan boleh melantik pemegang amanah baru sebagai ganti atau sebagai pemegang amanah tambahan. Pengurus akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memecat dan menggantikan pemegang amanah seberapa cepat yang boleh selepas mengetahui tentang mana-mana keadaan berikut: (a) Pemegang amanah tidak lagi wujud; (b) Pemegang amanah tidak dilantik secara sah; (c) Pemegang amanah tidak layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah Seksyen 290 CMSA 2007; (d) Pemegang amanah telah gagal atau enggan bertindak sebagai pemegang amanah menurut peruntukan atau persetujuan Surat Ikatan atau peruntukan CMSA 2007; (e) Penerima dilantik untuk mengendalikan keseluruhan atau sebahagian besar aset atau daya usaha pemegang amanah yang sedia ada dan tidak berhenti bertindak di bawah pelantikan, atau petisyen dikemukakan untuk membubarkan pemegang amanah yang sedia ada (kecuali bagi tujuan dan diikuti dengan penyusunan semula, melainkan semasa atau selepas penyusunan semula itu pemegang amanah menjadi atau diisytiharkan sebagai tidak mampu bayar); atau (f) Pemegang amanah sedang disiasat untuk kelakuan yang menyalahi Akta Syarikat Amanah 1949, Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Syarikat 1965 atau mana-mana undang-undang sekuriti. 215 SYARAT PENTING SURAT IKATAN (SAMB) Selain yang di atas, pemegang amanah boleh dipecat dan pemegang amanah lain dilantik melalui Resolusi Luar Biasa pemegang unit pada mesyuarat pemegang unit yang diadakan menurut Surat Ikatan sama ada oleh Pengurus atau pemegang unit. 12.7 PENAMATAN DANA Dana boleh ditamatkan atau dibubarkan apabila berlakunya mana-mana peristiwa berikut:- (a) kelulusan SC dibatalkan di bawah Seksyen 212(7)(A) CMSA 2007; (b) Resolusi Luar Biasa diluluskan pada mesyuarat pemegang unit untuk menamatkan atau membubarkan dana itu ekoran berlakunya peristiwa yang termaktub di bawah Seksyen 301(1) CMSA 2007 dan mahkamah telah mengesahkan resolusi tersebut sebagaimana yang diperlukan di bawah Seksyen 301(2) CMSA 2007; (c) Resolusi Luar Biasa diluluskan pada mesyuarat pemegang unit untuk menamatkan atau membubarkan dana; atau (d) tarikh berkuat kuasa skim pindahan yang diluluskan, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Garis Panduan SC, telah menyebabkan dana, yang merupakan subjek skim pindahan, tinggal tanpa sebarang aset/harta. 12.8 MESYUARAT PEMEGANG UNIT Mesyuarat pemegang unit boleh diadakan oleh Pengurus, pemegang amanah dan/atau pemegang unit. Mana- mana mesyuarat tersebut mestilah diadakan menurut Surat Ikatan dan/atau Garis Panduan SC. Setiap persoalan yang berbangkit pada mana-mana mesyuarat mula-mulanya akan diputuskan dengan mengangkat tangan melainkan undian diminta atau jika ia merupakan persoalan yang memerlukan Resolusi Luar Biasa di bawah Surat Ikatan, maka undian akan dijalankan. Secara mengangkat tangan, setiap pemegang unit yang hadir sendiri atau secara proksi akan mempunyai satu undi. Korum bagi mesyuarat pemegang unit dana ialah lima (5) pemegang unit dana itu, sama ada hadir sendiri atau secara proksi, dengan syarat bagi mesyuarat yang memerlukan Resolusi Luar Biasa, korum bagi mesyuarat itu ialah lima (5) pemegang unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi, yang memegang jumlah sekurang- kurangnya dua puluh lima peratus (25%) daripada unit dalam terbitan bagi dana itu pada masa mesyuarat. Jika dana mempunyai lima (5) atau kurang pemegang unit, korum yang diperlukan ialah dua (2) pemegang unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi dan jika mesyuarat memerlukan Resolusi Luar Biasa, korum bagi mesyuarat itu ialah dua (2) pemegang unit, sama ada hadir sendiri atau secara proksi yang memegang jumlah keseluruhan sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus (25%) daripada unit dalam terbitan bagi dana itu pada masa mesyuarat. 12.9 SURAT IKATAN Salinan Surat Ikatan boleh diperoleh daripada Pengurus dengan bayaran RM10 satu salinan atau boleh diperiksa secara percuma pada waktu kerja biasa di pejabat Pengurus. Semua pemegang unit dana berhak ke atas manfaat, terikat oleh dan dianggap telah dimaklumkan tentang peruntukan Surat Ikatan yang salinannya boleh didapati seperti yang tersebut di atas. 216 PERCUKAIAN KE ATAS DANA DAN PEMEGANG UNIT (Disediakan untuk disertakan di dalam Prospektus Induk ini) Lembaga Pengarah Pemegang-pemegang Amanah AmanahRaya Trustees Berhad, Maybank Trustees Berhad dan CIMB Commerce Trustee Berhad d/a Public Mutual Berhad Blok B, Sri Damansara Business Park Persiaran Industri Bandar Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur 29 Mac 2013 Tuan, Per: Percukaian ke atas Dana-dana dan Pemegang-pemegang Unit Surat ini disediakan untuk disertakan di dalam Prospektus Induk ini berhubung dengan tawaran unit PB Dana Growth, PB Dana Asia Equity, PB Dana ASEAN Dividend, PB Dana Euro Pacic Equity, PB Dana China Pacic Equity, PB Dana China ASEAN Equity, PB Dana China Australia Equity, PB Dana Singapore Advantage-30 Equity, PB Dana Asia Pacic Enterprises, PB Dana Asia Emerging Growth, PB Dana Growth Sequel, PB Dana Islamic Equity, PB Dana Islamic Asia Equity, PB Dana Islamic Asia Strategic Sector, PB Dana Dynamic Allocation, PB Dana Mixed Asset Conservative, PB Dana Balanced, PB Dana Asia Real Estate Income, PB Dana Australia Dynamic Balanced, PB Dana Indonesia Balanced, PB Dana Fixed Income, PB Dana Infrastructure Bond, PB Dana Bond, PB Dana Islamic Bond, PB Dana Sukuk, PB Dana Cash Management dan PB Dana Islamic Cash Management (dana-dana). Percukaian ke atas Dana-dana Dana-dana ini dianggap sebagai unit amanah saham bagi tujuan percukaian di Malaysia. Dengan ini, percukaian dana-dana adalah di bawah pentadbiran Seksyen 61 dan 63B Akta Cukai Pendapatan, 1967 (Akta). Tertakluk kepada beberapa pelepasan, pendapatan dana-dana berhubung dengan pendapatan pelaburan yang diperolehi dari atau diakru dalam Malaysia akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar semasa 25%. Di bawah Seksyen 2(7) Akta, apa-apa rujukan berkenaan faedah di dalam Akta hendaklah terpakai, mutatis mutandis, kepada laba atau keuntungan yang diterima dan perbelanjaan yang dilakukan, sebagai ganti bagi faedah, dalam transaksi yang dijalankan mengikut prinsip-prinsip Syariah. Keuntungan modal daripada realisasi pelaburan oleh dana-dana tidak akan dikenakan cukai pendapatan di Malaysia. Pendapatan dividen Malaysia kena cukai yang diterima oleh dana-dana akan mengalami potongan cukai pada kadar semasa 25% bagi Tahun Taksiran (TT) 2011 dan TT yang seterusnya. Potongan cukai tersebut boleh digunakan untuk mengofsetkan liabiliti cukai dana-dana sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya. Sebarang lebihan akan dikembalikan kepada dana-dana. Berdasarkan Akta Kewangan 2007, hanya dividen Malaysia yang dibayar dalam tunai daripada saham biasa (dipegang secara berterusan untuk 90 hari atau lebih syarat 90 hari tidak tertakluk kepada dividen yang diterima daripada saham syarikat awam tersenarai) berhak menuntut kredit cukai. Kredit cukai tersebut boleh digunakan untuk mengofsetkan liabiliti cukai dana-dana. Berikut adalah sumber yang mana pendapatan faedah atau keuntungan yang terhasil akan dikecualikan cukai:- sebarang sijil-sijil simpanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan; atau sekuriti-sekuriti atau bon-bon yang dikeluarkan atau dijamin oleh Kerajaan; atau debentur atau Sekuriti Islam, selain saham pinjaman boleh tukar, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti; atau 217 PERCUKAIAN KE ATAS DANA DAN PEMEGANG UNIT (SAMB) Bon Simpanan Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia; atau bon-bon atau sekuriti-sekuriti yang dikeluarkan oleh Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, atau bank atau institusi kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau Akta Perbankan Islam 1983; atau Sekuriti Islam (termasuk sukuk) berasal daripada Malaysia, selain saham pinjaman boleh tukar, yang dikeluarkan dalam mata wang selain daripada Ringgit dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan; atau Sukuk Wakala, selain saham pinjaman boleh tukar, yang dikeluarkan dalam semua mata wang dan diterbitkan oleh Wakala Global Sukuk Berhad. Dana-dana mungkin menerima pendapatan dividen, faedah dan pendapatan lain daripada pelaburan di luar Malaysia. Pendapatan yang diterbitkan daripada sumber di luar Malaysia dan diterima oleh unit amanah yang bermastautin di Malaysia akan dikecualikan cukai pendapatan Malaysia. Walau bagaimanapun, pendapatan seumpama mungkin tertakluk kepada cukai di negara di mana ia diterbitkan. Sebarang pendapatan yang diterima oleh dana-dana daripada Sukuk Terbitan yang diterbitkan oleh Malaysia Global Sukuk Inc adalah dikecualikan cukai. Sebarang pendapatan yang diterima oleh dana-dana daripada Sukuk Ijarah, selain saham pinjaman boleh tukar, yang dikeluarkan dalam semua mata wang dan diterbitkan oleh 1Malaysia Sukuk Global Berhad juga adalah dikecualikan cukai. Diskaun atau keuntungan yang diterima oleh dana-dana daripada penjualan bon-bon atau sekuriti-sekuriti yang dikeluarkan oleh Pengurusan Danaharta Nasional Berhad atau Danaharta Urus Sendirian Berhad adalah dikecualikan cukai. Diskaun diterima oleh dana-dana dari sumber berikut juga dikecualikan daripada cukai:- sekuriti-sekuriti atau bon-bon yang dikeluarkan atau dijamin oleh Kerajaan; atau debentur atau Sekuriti Islam, selain saham pinjaman boleh tukar, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti; atau Bon Simpanan Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Tertakluk kepada sistem cukai single-tier yang berkuatkuasa dari 1 Januari 2008 (peruntukan-peruntukan kecualian dan peralihan terpakai bagi tempoh dari 1 Januari 2008 hingga 31 Disember 2013), tolakan cukai berkenaan perbelanjaan dana seperti ganjaran pengurus, perbelanjaan penyelenggaraan daftar pemegang- pemegang unit, perbelanjaan pendaftaran saham, yuran kesetiausahaan, yuran audit dan perakaunan, bil telefon, kos pencetakan dan kos alat tulis serta perbelanjaan pos (perbelanjaan dibenarkan) ditentukan mengikut formula yang ditetapkan iaitu potongan amaun minima 10% dan maksima 25% daripada jumlah perbelanjaan dibenarkan. Dividen diterima oleh dana-dana di bawah sistem cukai single-tier adalah dikecualikan cukai dan perbelanjaan yang ditanggung oleh dana-dana berkaitan pendapatan dividen tersebut adalah diabaikan. Percukaian ke atas Pemegang-pemegang Unit Pemegang-pemegang unit akan dikenakan cukai ke atas amaun yang sama jumlah dengan bahagian mereka daripada jumlah pendapatan bercukai dana-dana setakat ianya diagihkan kepada mereka. Pengagihan pendapatan daripada dana-dana tersebut akan mengandungi kredit cukai mengikut pembahagian jumlah pendapatan bercukai berkenaan dengan cukai yang telah dibayar oleh dana-dana bagi setiap pemegang unit. Pemegang-pemegang unit berhak menggunakan kredit cukai tersebut untuk mengurangkan tanggungan cukai masing-masing. Sebarang lebihan terhadap liabiliti cukai akan dikembalikan kepada pemegang unit. Tiada cukai pegangan lain yang akan dikenakan ke atas pengagihan pendapatan dana-dana. 218 PERCUKAIAN KE ATAS DANA DAN PEMEGANG UNIT (SAMB) Pemegang-pemegang unit korporat, sama ada pemastautin atau bukan pemastautin di Malaysia, akan dikenakan kadar semasa cukai korporat 25% ke atas pengagihan pendapatan daripada dana-dana setakat amaun yang sama jumlah dengan bahagian mereka berkenaan dengan jumlah pendapatan bercukai dana-dana. Pemegang- pemegang unit korporat di Malaysia dengan modal berbayar bagi saham biasa sebanyak RM2.5 juta dan kurang daripada RM2.5 juta akan dikenakan cukai pada kadar 20% ke atas pendapatan bercukai bagi RM500,000 yang pertama. Untuk pendapatan bercukai yang melebihi RM500,000, kadar cukai 25% akan dikenakan. Namun, kadar cukai sebanyak 20% ke atas pendapatan bercukai bagi RM500,000 yang pertama tidak akan terpakai sekiranya lebih daripada 50% daripada modal berbayar bagi saham biasa pemegang-pemegang unit korporat tersebut dipegang secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat berkaitan yang mempunyai modal berbayar bagi saham biasa melebihi RM2.5 juta; atau sebaliknya, atau melebihi 50% daripada modal berbayar bagi saham biasa kedua-dua syarikat tersebut dipegang secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat lain. Pemegang-pemegang unit individu dan pemegang-pemegang unit bukan korporat yang lain yang bermastautin di Malaysia akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar bersenggat. Kadar semasa bersenggat berjulat daripada 1% hingga 26%. Pemegang-pemegang unit individu dan pemegang-pemegang unit bukan korporat yang lain yang tidak bermastautin di Malaysia, bagi tujuan percukaian, akan dikenakan cukai pendapatan (kadar semasa ialah 26%). Pemegang-pemegang unit bukan pemastautin kemungkinannya akan dikenakan cukai di bidang kuat kuasa perundangan masing-masing tertakluk kepada peruntukan undang-undang cukai yang berkaitan serta perjanjian cukai dua kali dengan Malaysia, cukai yang dikenakan di Malaysia kemungkinannya diberi sebagai kredit cukai di bidang kuatkuasa perundangan masing-masing. Pengagihan dividen di bawah sistem cukai single-tier dan pendapatan yang dikecualikan cukai tidak akan dikenakan cukai di dalam tangan pemegang-pemegang unit di Malaysia. Pengagihan pendapatan asing juga akan dikecualikan cukai di dalam tangan pemegang-pemegang unit. Pemecahan unit oleh dana-dana akan dikecualikan cukai di Malaysia di dalam tangan pemegang-pemegang unit. Sebarang keuntungan yang diperolehi oleh pemegang-pemegang unit (selain daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan sesiapa yang terlibat dengan perniagaan sekuriti) daripada pemindahan atau penebusan unit dianggap sebagai keuntungan modal yang tidak dikenakan cukai di Malaysia. Kedudukan cukai yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan kepada peruntukan dan undang-undang cukai Malaysia ketika ini. Semua bakal pelabur adalah dinasihatkan supaya tidak menganggap kandungan surat ini sebagai nasihat berhubung dengan urusan percukaian mereka dan juga dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional berhubung dengan pelaburan masing-masing. (Surat ini adalah terjemahan daripada surat versi Bahasa Inggeris yang bertarikh 29 Mac 2013. Jika terdapat sebarang perbezaan, kandungan surat Bahasa Inggeris dianggap muktamad). 219 RANGKAIAN PEJABAT CAWANGAN PUBLIC MUTUAL Ibu Pejabat Blok B, Sri Damansara Business Park, Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. Tel: 03-62796800 Faks: 03-62779800 Hotline: 03-62075000 Laman Web: http://www.publicmutual.com.my Pusat Mutual Gold No.1 & 3, Tingkat 3, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-62075000 Faks: 03-62036682 Cawangan Semenanjung Malaysia Wilayah Utara Alor Star 1888A & 1888B, Jalan Stadium, 05100 Alor Star, Kedah. Tel: 04-3055000 Faks: 04-7310178 Pengurus Kanan Cawangan: Khaw Bee Ruh Ipoh 37 & 39, Persiaran Greentown 4, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak. Tel: 05-2105000 Faks: 05-2559859 Pengurus Kanan Cawangan: Foong Kuan Mun Sungai Petani 9D & 9E, Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. Tel: 04-3055000 Faks: 04-4230663 Pengurus Cawangan: Annie Ong Sok Nee Wilayah Tengah Bangsar 11 & 15, Jalan Bangsar Utama 3, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur. Tel: 03-62075000 Faks: 03-22835739 Pengurus Kanan Cawangan: Chooi Chan Yen Damansara Perdana 1 & 3, Jalan PJU 8/5 I, Perdana Business Centre, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-62075000 Faks: 03-77222475 Pusat Perancangan Kewangan Tingkat 15 , Bangunan PBB, 6 Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Tel: 03-20316300 Faks: 03-22732188 Butterworth 4223, Jalan Bagan Luar, 12000 Butterworth, Penang. Tel: 04-3055000 Faks: 04-3317775 Pengurus Kanan Cawangan: Charmane Chew Hui Hsia Pulau Pinang 16, Lintang Burma, 10250 Pulau Tikus, Penang. Tel: 04-3055000 Faks: 04-2295171 Pengurus Kanan Cawangan: Vincent Seow Weng Sim Bukit Mertajam 2646 2648, Tingkat 2, Jalan Che Bee Noor, 14000 Bukit Mertajam, Seberang Prai Tengah, Penang. Tel: 04-3055000 Faks: 04-5376580 Pengurus Cawangan: Cheryl Oon Lay Pheng Cheras 44-2, 44-3, 44-4 & 42-4, Cheras Commercial Centre, Jalan 5/101C, Off Jalan Kaskas, 56100 Cheras, Kuala Lumpur. Tel: 03-62075000 Faks: 03-91321022 Pengurus Kanan Cawangan: Khoo Peng Seng Klang 28, 30 & 32, Lorong Batu Nilam 3B, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor Tel: 03-62075000 Faks: 03-33235632 Pengurus Cawangan: Bryan Koh Yi Earl 220 RANGKAIAN PEJABAT CAWANGAN PUBLIC MUTUAL (SAMB) Wilayah Tengah (samb) Shah Alam 54 & 56, Jalan Pahat G15/G, Kompleks Otomobil, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-62075000 Faks: 03-55139288 Pengurus Kanan Cawangan: Ong Chen Hung Wilayah Selatan Batu Pahat 119, Jalan Chengal, Taman Makmur, 83000 Batu Pahat, Johor. Tel: 07-4325688 Faks: 07-4326588 Pengurus Cawangan: Rui Lee Chong Siew Kluang 3, Jalan Dato Teoh Siew Khor 86000 Kluang, Johor. Tel: 07-7736193/4 Faks: 07-7736195 Pengurus Cawangan: Tan Kheng Aun Muar 46, Jalan Sayang, 84000 Muar, Johor. Tel: 06-9542323/5323 Faks: 06-9536830 Wilayah Pantai Timur Kota Bahru PT304 and PT305, Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7476021 Faks: 09-7476026 Pengurus Cawangan : Puan Abiesharni Abdul Kadir Kuantan 73, Jalan Haji Abdul Aziz, 25000 Kuantan, Pahang. Tel: 09-5178115 Faks: 09-5161223 Johor Bahru Tingkat 30, Public Bank Tower, 19, Jalan Wong Ah Fook , 80000 Johor Bahru, Johor. Tel: 07-2281098 Faks: 07-2271098 Pengurus Kanan Cawangan: Teng Lee Yen Melaka No. 929 & 930, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka. Tel: 06-2837654 Faks: 06-2837354 Pengurus Kanan Cawangan: Carl Wong Yon Lian Seremban 1A & 1B, Jalan Tuanku Munawir, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Tel: 06-7616663 Faks: 06-7644237 Pengurus Cawangan: Michael Wong Cheong Tee Kuala Terengganu 1-C, Jalan Air Jernih, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6317020 Faks: 09-6317030 Pengurus Cawangan: Wee Suat Hwee Temerloh 10, 11 & 12, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, Bandar Sri Semantan, 28000 Temerloh, Pahang. Tel: 09-2968068 Faks: 09-2968060 Penolong Pengurus Cawangan: Agnes Choong Lee Yoon 221 RANGKAIAN PEJABAT CAWANGAN PUBLIC MUTUAL (SAMB) Malaysia Timur Sabah Kota Kinabalu Lot 1-0-10 Tingkat Bawah & 1, Lorong Api-Api 1, Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-231080/2 Faks: 088-238389 Pengurus Cawangan: Lim Shaw Siang Tawau TB 4437, Lot 28, Block D, Sabindo Square Jalan Dunlop, 91000 Tawau, Sabah. Tel: 089-765325 Faks: 089-765326 Pengurus Cawangan: Janice Chong Mui Lin Sarawak Bintulu 4, Lot 2646 Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak. Tel: 086-334718 Faks: 086-330221 Pengurus Cawangan: Lilian Lo Fui Ping Miri Lot 1380 (Tingkat Bawah & 1) & Lot 1381 (Tingkat 1) Block 10, Center Point Commercial Centre, Phase II, Jalan Kubu, 98000 Miri, Sarawak. Tel: 085-429066 Faks: 085-416195 Pengurus Cawangan: Allan Ngo Say Khiang Sandakan Lot 16, Blok B, Tingkat Bawah, Bandar Maju Commercial Centre, Mile 1.5, North Road, 90000 Sandakan, Sabah. Alamat Pos: Public Mutual Berhad, Cawangan Sandakan P.O. Box No. 3488, 90739 Sandakan, Sabah. Tel: 089-222922 Faks: 089-222889 Pengurus Kanan Cawangan: Jonathan Yong Lok Sang Pejabat Public Mutual dibuka dari Isnin hingga Jumaat, kecuali hari cuti umum, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kuching Lot 205 & 206, Seksyen 49, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak. Tel: 082-239285 Faks: 082-239825 Pengurus Kanan Cawangan: Jones Chen Chung Sze Sibu 10, Lorong 2, Jalan Tuanku Osman, 96000 Sibu, Sarawak. Tel: 084-317463 Faks: 084-330269 222 CAWANGAN PENGEDAR DANA Unit dana boleh dibeli atau dijual di cawangan pengedar berikut: Public Bank Berhad (96463-H) Menara Public Bank 146 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2176 6000 / 2176 6666 Hotline: 1800 22 9999 PENGEDAR DANA Public Bank Berhad (6463-H) ALAMAT I BU PEJABAT Menara Public Bank 146, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur TELEFON 03 2176 6000 / 03 2176 6666 FAKS 03 2163 9917 LAMAN WEB www.pbebank.com.my HOTLI NE KHI DMAT PELANGGAN 1800 22 9999 PENGURUS DANA Public Mutual Berhad (23419-A) (Diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965) ALAMAT I BU PEJABAT Block B, Sri Damansara Business Park Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur TELEFON 03 6279 6800 FAKS 03 6277 9800 LAMAN WEB www.publicmutual.com.my HOTLI NE KHI DMAT PELANGGAN 03 6207 5000