Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE-1/2013

TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN

: 21.02.2013 : 5.30 Petang : PSS Sekolah : 11/22

Agenda Mesyuarat : 1.0 Ucapan Aluan 1.1 Para ibu bapa mengambil tempat. 1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa. 1.3 Setiausaha mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG atas kehadiran dan sokongan yang telah diberikan. 2.0 Ucapan Pengerusi 2.1 Mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada hadirin. 2.2 Mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana sentiasa berganding bahu untuk menjayakan semua program yang dijalankan. 2.3 Beliau berharap agar kerjasama ini akan kekal dan berterusan . 2.4 Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah tahun lepas sangat baik, ianya menunjukkan kerjasama guru-guru dan komitmen guru-guru dalam menjayakan sesuatu aktiviti. 2.5 Pada masa yang sama beliau juga menyatakan bahawa timbalan pengerusi PIBG amat membantu beliau semasa melaksanakan sesuatu program, ini meringankan beban beliau. 2.6 Oleh itu, para ibu bapa harus menjadi penunjuk yang baik kepada anak-anak mereka. 2.7 Beliau juga mengucapkan syabas kepada guru-guru dan murid-murid tahun 6 kerana mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR. 3.0 Ucapan Penasihat 3.1 Guru besar mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir. 3.2 Guru besar amat berbesar hati melihat pengerusi dan naib pengerusi hadir bersama ke mesyuarat PIBG yang pertama bagi tahun 2013. 3.3 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh

jawatankuasa PIBG dalam melaksanakan semua program yang dijalankan sepanjang tahun 2012. 3.4 Beliau menyatakan bahawa sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 30 haribulan Jun 2013. 3.5 Beliau juga menyatakan bahawa perbelanjaan hadiah bagi sukan tahunan akan ditaja oleh En. Veerasingam, Pelakon drama Tamil Malaysia. 3.6 Beliau juga menyatakan bahawa En.Veerasingam akan memberi sebuah beg sekolah dan sebuah beg laptop sebagai cenderamata kepada murid-murid dan guru-guru. 3.7 Walaubagaimanapun, program terdekat sekolah pada masa ini ialah Pertandingan Valartamizh Vizha. Sekolah kita menjadi tuan rumah untuk program ini. Oleh itu, sarapan untuk program ini akan diberi oleh Puan Guru Besar, makanan tengahari akan diberikan oleh Encik Ramachandran manakala perbelanjaan hadiah akan ditanggung oleh ibu bapa. 3.8 Diikuti program-program ini, program-program lain seperti Thirumurai Othum Vizha, hari penyampaian hadiah, Saraswathy Pooja dan perkhemahan PBSM akan menyusul satu demi satu mengikut tarikh yang ditetapkan. 3.9 Beliau juga menyatakan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah mengutamakan transformasi dalam pendidikan dalam menuju kemajuan pendidikan pada tahun 2020. Pelan ini dirancang sepanjang dari tahun 2013 hingga 2025. 3.10 Pelan ini juga mengutamakan Sarana Ibu Bapa dimana ibu bapa perlu memberi sepenuh komitmen dan perhatian dalam perkembangan pendidikan anak-anak mereka. 3.11Beliau juga menyatakan bahawa murid-murid sangat malas untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru. 3.12Murid-murid banyak meluangkan masa bersama ibu bapa dan hanya meluangkan 7 jam daripada 24 jam mereka di sekolah, walhal ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam setiap gerak geri murid. 3.13 Selepas perjumpaan bersama ibu bapa murid-murid tahun 5(2012) mereka ada inisiatif untuk berubah. 3.14 Pada masa yang sama penasihat PIBG membincangkan lawatan sekolah, beliau bersedih hati dengan respon ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka ke lawatan. Ibu bapa perlu berfikir bahawa anak-anak mereka perlu mendapat pendedahan tentang dunia luar malah tidak boleh disimpan di rumah kerana takut. 4.0 Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu : Dicadang oleh : Pn Lavanya a/p Sathasinam Disokong oleh : Pn Jeevalechumi a/p Samya

5.0 Membaca dan mengesahkan penyata kewangan 2012 Dicadang oleh : En. Sathiasilan a/l Sinnasamy Disokong oleh : Pn Sumathy a/p Palaniandi 6.0 Pelantikan AJK baru bagi tahun 2013/2014 telah dijalankan Pengerusi Dicadang oleh Disokong oleh Naib Pengerusi Dicadang oleh Disokong oleh Setiausaha Dicadang oleh Disokong oleh Bendahari Dicadang oleh Disokong oleh AJK : : En Vijaindran a/l Palaniveloo : En Pubalan a/l Siminjalam : Pn Jeevalechumi a/p Samya : En Pubalan a/l Siminjalam : Pn Sumathi a/p Palaniandi : Pn Lavanya a/p Sathasinam : Cik Mangleswary a/p Krishnan : Pn Maheswari a/p Sathasinam : En Balraj a/l Pushparajah : Cik Punitha a/p Muniandy : En Balachandran a/l Jayaram : Cik Prema a/p Genasan

Pn Jeevalechumi a/p Samya Dicadang oleh : Pn Letchumi Disokong oleh : En Pubalan a/l Siminjalam Pn Lavanya a/p Sathasinam Dicadang oleh : Pn Gandhimathi Disokong oleh : En Vijaindran a/l Palaniveloo Pn Thilagavathy a/p Munusamy Dicadang oleh : En Vijaindran a/l Palaniveloo Disokong oleh : Pn Jeevalechumi a/p Samya En J Balachandran a/l Jayaram Dicadang oleh : En Moorthy a/l Marimuthu Disokong oleh : Pn Anjilay

En Balraj a/l Pushparajah Dicadang oleh : Pn Rajeswari a/p Ramaloo Disokong oleh : En Kuganathan a/l Pathmanathan En Kuganathan a/l Pathmanathan Dicadang oleh : En Balraj a/p Pathmanathan Disokong oleh : Pn Thilagavathy a/p Munusamy Juru Audit Pertama : Pn Maheswari a/p Sathasinam Dicadang oleh : Cik Shamani a/p Appalasamy Disokong oleh : Pn Anjilay Juru Audit Kedua : Pn Sumathi a/p Palaniveloo Dicadang oleh : Pn Lavanya a/p Sathasinam Disokong oleh : Cik Shamani a/p Appalasamy 7.0 Sumbangan Tahunan PIBG 7.1 Sumbangan Tahunan PIBG telah dibincang dan dipersetujui sebulat suara untuk bayaran sebanyak RM 20 8.0

5.0 Ucapan Penutupan 5.1 Setiausaha mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan menangguhkan mesyuarat pada pukul 6.35 petang.

Disediakan oleh, ... (MANGLESWARY A/P KRISHNAN) Setiausaha PIBG SJK(T) GERIK

Disahkan oleh, . (PN SELVARANI A/P MUNIANDY) Guru Besar SJK(T) GERIK

Anda mungkin juga menyukai