Anda di halaman 1dari 4

DEFINISI Perkataan Disleksia (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran

dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini.

Seorang Profesor Berlin merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia pada tahun 1887 (Hammond dan Hugges, 1996:3) Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek World Federation Of Neurology, 1968 Selain itu, terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, di antaranya ialah;

Diskalkulia (Dyscalculia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik Disgrafia (Dysgraphia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dispraksia (Dyspraxia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi motor mata tangan

APA ITU DISLEKSIA Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

JENIS-JENIS DISLEKSIA Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu; 1. Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. 2. Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori 3. Disleksia visual auditori Kesukaran membaca yang amat teruk kerana mempunyai kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA Mengikut Mercer (1997); Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford dan Grosser (1996), antara punca-punca disleksia ialah; 1. Keturunan atau genetik Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi, cuma yang membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diwarisi secara turun-temurun. 2. Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum. 3. Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya, kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.

CIRI-CIRI DISLEKSIA Peringkat kanak-kanak Masalah yang dihadapi

Prasekolah

1. Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan 2. Suka mengganti perkataan dan hiperaktif 3. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah 4. Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari 5. Tidak merangkak semasa bayi 6. Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri 7. Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan 1. Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor 2. Menggunakan jari untuk mengira dan membaca 3. Keliru dengan kiri dan kanan 4. Tulisan cermin atau terbalik 1. Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman 2. Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan 3. Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks 4. Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang 5. Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah 6. Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa 1. Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten 2. Kesukaran menulis karangan 3. Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral 4. Kesukaran mempelajari bahasa lain 5. Lemah dalam kefahaman dan tidak

6 hingga 9 tahun

9 hingga 12 tahun

Sekolah Menengah

mempunyai ramai kawan 6. Jenis orang yang suka senyap 7. Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten 8. Kurang kemahiran bersosial