Anda di halaman 1dari 1

Secara umumnya, irama ialah kelainan penekanan bunyi-bunyi atau peristiwaperistiwa lain yang berkait dengan berlangsungnya masa.

Menurut Kamus Oxford Advance Learner Edisi ke-7, irama ialah perulangan corak bunyi yang tetap atau pergerakan bunyi yang kukuh. Irama melibatkan pola-pola jangka masa yang wujud pada tahap yang luar biasa dalam muzik, dengan jangka masa dikesani melalui jarak waktu interonset. Apabila ditentukan oleh peraturan ini, irama dipanggil meter. Irama wujud dalam mana-mana satu perantara bersandar masa, tetapi ia paling berkait dengan muzik, tarian, dan kebanyakan puisi. Kajian irama, tekanan, dan nada dalam pertuturan dipanggil prosodi; irama adalah salah satu topik dalam linguistik. Semua ahli muzik, pemain muzik, dan penyanyi menggunakan irama, tetapi irama sering dianggap sebagai domain utama pemain dram dan pemain genderang. Di dalam muzik Baroque, irama adalah salah satu elemen penting dan merupakan ciriciri muzik Baroque. Irama dalam muzik Baroque dapat dilihat pada perulangan not muzik sepanjang lagu tersebut. Irama sering ditemui dalam muzik Barqoue pada not hemiola pada kertas not. Ia dapat dijelaskan dengan dua not muzik digantikan dengan menjadi tiga not muzik. Contoh, menjadi atau menjadi . Contoh kedua, ia sering dijumpai dan menjadi tidak bertanda iaitu tiada perubahan dalam meter akan ditunjukkan. Rentak dalam muzik Baroque mempunyai kejelasan yang lebih berbanding muzik Renaissance.

Bibliography
Darus, R. (2013). Muzik Zaman Barok. Retrieved from Scribd: http://www.scribd.com/doc/43873407/muzik-zaman-barok Hornby, A. S. (2005). Oxford Advanced Learner's Dictionary, 7th Edition, International Student Edition. United Kingdom: Oxford University Press. Lamb., G. (2009, December 8). The Baroque Period (1600-1750). Retrieved from http://cnx.org/content/m20166/latest/ Oracle Think Quest Education Foundation. (n.d.). Retrieved from http://library.thinkquest.org/27927/Baroque_Characteristics.htm

Anda mungkin juga menyukai