Anda di halaman 1dari 10

SEMINAR KELAB PENCEGAHAN JENAYAH AUDITORIUM TAN SRI ABDUL RAFIE 8 JULAI 2013 PERINGATAN KEPADA PARA HADIRIN

SEBELUM MAJLIS BERMULA:

1. Mohon kerjasama tuan-tuan & puan-puan supaya dapat masuk ke auditorium ini dan memenuhi ruang tempat duduk pada bahagian hadapan kerana seminar kita akan bermula sebentar lagi.

2. Pastikan pada pagi ini tuan-tuan & puan-puan telah melalui meja pendaftaran di luar auditorium ini buat pendaftaran mengikut zon masing-masing.

3. Para hadirin diminta berdiri semasa tetamu kehormat masuk ke dalam dewan dan terus berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Wilayah. 4. Para hadirin dikehendaki memastikan telefon bimbit pada mod senyap semasa seminar sedang berlangsung agar keharmonian auditorium tidak terganggu dengan pelbagai deringan. 5. Para hadirin juga dinasihatkan agar tidak berbual-bual atau keluar dari auditorium semasa tetamu kehormat sedang menyampaikan ucapan. 6. Para hadirin diingatkan agar menepati masa dan peka kepada pengumuman yang disampaikan oleh pihak jawatankuasa.

8.15 am
Tuan-tuan & puan-puan, Dengan sukacitanya sekarang saya menjemput En. Kumara Kuru selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana, Seminar Kelab Pencegahan Jenayah tampil ke hadapan bagi menyampaikan taklimat. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Kumara Kuru.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Dato Sri Alam Diraja W illiam W.T. Lim, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kuala Lumpur. Hadirin diminta berdiri.

Nyanyian lagu Negaraku Nyanyian lagu Wilayah

para hadirin dipersilakan duduk.

Yang berbahagia, Dato Sri Alam Diraja William W.T. Lim, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kuala Lumpur (Sekiranya ada) En. Abdul Rahim bin Mohidin, Penolong Pengarah Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian

Pendidikan Malaysia (Sekiranya ada) Tuan Rofli bin Mohamed, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPWPKL En. Adrian Jerome, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kuala Lumpur Penolong Pengarah Kanan Disiplin, JPWPKL, En. Mohd Fauzan bin Amran En. Mohamad Ghazali bin Abdul Kadir, Pengerusi Jawatankuasa GuruGuru Disiplin Negeri En. Kumara Kuru a/l Bangaro Govindasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Seminar KPJ Pegawai-pegawai dari JPWPKL Pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Bangsar Pudu, Keramat & Sentul Jawatankuasa Pelaksana Seminar Kelab Pencegahan Jenayah Tuan-tuan & puan-puan peserta seminar yang saya hormati.
3

Assalamualaikum w.r.t. salam sejahtera dan salam 1Malaysia.


Agenda Bacaan doa Ucapan Harum semerbak si daun pandan, Ditanam orang di pinggir kali; Tangan ditadah mohon perkenan; Agar majlis lancar dan diberkati. Untuk itu saya dengan sukacitanya mempersilakan

___________________________________________ bagi memimpin bacaan doa.

... amin ya robbal alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada __________________________________________.

Kata

alu-aluan Yg. Bhg. Dato, tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati,

pengacara Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Selamat datang ke Seminar Kelab Pencegahan Jenayah 2013 yang insya-Allah bakal berlangsung dari pagi hingga ke petang di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie ini. Seminar pada hari ini mengumpulkan semua guru penasihat Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) sekolah menengah dan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sesungguhnya komitmen kita selaku guru penasihat KPJ amat dituntut untuk menggerakkan KPJ di sekolah dalam usaha untuk menangani permasalahan disiplin dalam kalangan para pelajar iaitu mencegah dan membendung salah laku berunsur jenayah pelajar-pelajar kita sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Apa yang kita lakukan diharap dapat memberi impak yang lebih besar iaitu ke arah kesejahteraan dan keharmonian hidup dalam masyarakat dan negara.

Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kuala Lumpur iaitu Yg. Bhg. Dato Sri Alam Diraja William W.T. Lim di atas kesudian Yg. Bhg. Dato meluangkan masa menghadiri dan menjadikan majlis kita lebih bermakna pada hari ini.

Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu dato yang baik budi. MCPF atau Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia selaku sebuah badan bukan kerajaan telah sekian lama memainkan peranannya dalam usaha membantu pihak kerajaan memberikan kesedaran kepada masyarakat dalam mencegah jenayah. Untuk makluman tuan-tuan & puan-puan, pada 30 Januari yang lalu MCPFKL telah bekerjasama dengan pihak JPWPKL melancarkan Hari Kelab Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur di Dewan SJK (C) Tsun Jin. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Polis Negara. Pada hari ini, pihak MCPFKL sekali lagi telah memberikan sokongan yang besar kepada pihak JPWPKL dengan mengeluarkan peruntukan menaja program seminar ini. Syabas dan terima kasih kita ucapkan dan marilah kita sama-sama memberikan tepukan gemuruh kepada MCPFKL. Yg. Bhg. Dato, Tuan-tuan & puan-puan, Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah dato beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan daripada Yang

Perasmian seminar

Berbahagia, Dato Sri Alam Diraja William W.T. Lim, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kuala Lumpur dan seterusnya

merasmikan Seminar Kelab Pencegahan Jenayah tahun 2013. Majlis dengan takzimnya mempersilakan Yg. Bhg. Dato.

Selepas perasmian

ucapan Majlis

merakamkan

ucapan

jutaan

terima

kasih

kepada

Yang

Berbahagia, Dato Sri Alam Diraja William W.T. Lim di atas kesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar kita pada hari ini. Sebagai tanda penghargaan daripada pihak jabatan, dipersilakan . untuk menyampaikan cenderahati kepada Yg. Bhg. Dato. Dijemput Yg. Bhg. Dato untuk menerima cenderahati. Terima kasih kepada .. dan juga kepada Yg. Bhg. Dato atas kesudian menerima cenderahati itu tadi.

Pembentangan Kertas Kerja 1

Tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati, Sebentar lagi kita akan mendengar mesej dan pesanan yang bakal disampaikan oleh orang kuat KPJ di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau merupakan Penolong Pengarah Disiplin di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Individu yang dimaksudkan ialah En. Abdul Rahim bin Mohidin. Tanpa berlengah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Abdul Rahim menyampaikan ceramah beliau. Dipersilakan. bin Mohidin bagi

Selepas ceramah Demikianlah tadi ceramah yang di dalamnya terkandung pelbagai 1 amanat buat kita selaku pelaksana yang akan menghidupkan dan mewarnakan aktiviti KPJ di sekolah. Sebagai tanda penghargaan, dijemput .. untuk

menyampaikan cenderahati kepada En. Abdul Rahim bin Mohidin. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

dan terima kasih sekali lagi kepada En. Abdul Rahim bin Mohidin.

10.00 am Minum pagi

Tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati,

Majlis berhenti rehat seketika untuk minum pagi. Tuan-tuan & puanpuan dijemput ke bahagian jamuan di sebelah luar auditorium ini. Sila masuk semula ke dalam auditorium pada jam 10.40 am untuk slot ke-2.

10.45 am Ceramah 2

Tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati,

Seminar kita pada hari diteruskan lagi dengan menjemput En. Adrian Jerome selaku Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah

Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau akan memberikan info kepada kita dari segi Peranan & Tanggungjawab MCPF. Dipersilakan.

Selesai ceramah Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Adrian Jerome di 2 atas perkongsian berkaitan Peranan & Tanggungjawab MCPF.

Perkongsian beliau sebentar tadi sedikit sebanyak telah memberikan gambaran dan kefahaman kepada kita tentang apakah peranan dan sumbangan yang telah diperjuangkan oleh MCPF. Sebagai tanda penghargaan, dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada En. Adrian Jerome.

Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada dan terima kasih sekali lagi kepada En. Adrian Jerome .

Ceramah 3

Tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati,

Dalam kehidupan sekarang yang sering disebut sebagai dunia tanpa sempadan, perlakuan jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Perlakuan jenayah kini boleh berlaku walaupun dalam alam siber.

Justeru, selaku guru penasihat KPJ, kita juga perlu didedahkan dengan bentuk perlakuan jenayah baharu seumpama disebutkan. Pada hari ini, kita juga rasa berbesar hati apabila wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bercakap berkaitan menangani jenayah siber.

Penceramah ke-3 diundang khas dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia, PDRM Bukit Aman.. Untuk itu, dijemput ... bagi menyampaikan ceramah beliau. Dipersilakan.

Selesai ceramah Majlis 3

mengucapkan

ribuan

terima

kasih

kepada

di atas perkongsian berkaitan jenayah siber sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan, dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada . Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada dan terima kasih sekali lagi kepada . .

1.00 pm Makan tengahari

Tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati, Lebat rumbia di Sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara; Hidangan tengahari terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera. Majlis berhenti rehat untuk menikmati makan tengahari dan juga solat Zohor. Para peserta diminta masuk semula ke dalam auditorium pada pukul 1.55 pm bagi meneruskan slot terakhir yang bakal disampaikan oleh En. Kamal Afendi b. Hashim, seorang penganalisis jenayah. Sukacita saya mengingatkan tuan-tuan & puan-puan supaya kita samasama menjaga kebersihan di dalam dan luar auditorium ini. Selamat menjamu selera

Ceramah 4 En. Kamal Afendi

Tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati,

Sukacita saya ingin mengingatkan tuan-tuan & puan-puan agar dapat mengisi borang Soal Selidik yang telah diedarkan dan memulangkan kembali kepada jawatankuasa seminar. Saya bagi pihak jawatankuasa ingin memohon maaf kerana terdapat sedikit kesilapan dalam borang tersebut iaitu nama auditorium dan juga perkataan fasilitator yang sepatutnya digantikan dengan perkataan penceramah. Kesilapan disedari selepas mencetak borang dan kami merasakan akan membazir sekiranya dicetak borang baharu. Untuk itu, kami pohon berbanyak kemaafan.

Alhamdulillah, kita teruskan seminar dengan menjemput En. Kamal Afendi b. Hashim seorang penganalisis jenayah ( beliau terror menganalisis jenayah, tetapi bukan terrorist ) bagi menyampaikan ceramah beliau. Dipersilakan.

Selesai ceramah Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Kamal Afendi b. 4 Hashim di atas ceramah beliau yang cukup menarik sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan, dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada En. Kamal Afendi b. Hashim. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada dan terima kasih sekali lagi kepada En. Kamal Afendi b. Hashim.

Penutup majlis

Tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati, Alhamdulillah selesailah sudah majlis seminar kita pada hari ini. Semoga segala pesanan En. Abdul Rahim b. Mohidin supaya menyuburkan KPJ di sekolah dan info-info lain tidak dilupakan. Harapan

kami dari pihak jawatankuasa semoga segala input yang diterima boleh dikongsikan pula dengan rakan-rakan di sekolah. Kami akhiri seminar ini dengan serangkap pantun: Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Sekian, wassallam.

10

Anda mungkin juga menyukai