2.1 PENDAHULUAN
Sepertimana yang telah diperjelaskan dalam bab yang lalu, pascamodenisme ini
adalah amat sukar sekali untuk ditentukan secara tepat definisinya. Ia merupakan satu
istilah yang telah dipergunakan dalam pelbagai erti dan terlalu rumit untuk
merumuskan satu definisi yang bersifat tepat dan menyeluruh, yang dapat mencakupi
semua demensi erti yang terkandung di dalamnya. Namun penggunaan istilah ini telah
dipergunakan buat pertama kalinya di dalam bidang seni arkitektur. Seandainya zaman
moden telah memperlihatkan ciri-ciri utama arkitektur yang terdiri daripada gedung-
gedung yang besar dan menjulang tinggi tanpa mempunyai banyak variasi yang
dipertontonkannya, era pascamoden pula telah memaparkan satu bentuk ciri arkitektur
yang mencerminkan pelbagai variasi yang telah menggabungkan berbagai-bagai gaya
seni arkitektur yang diperolehi daripada pelbagai sejarah arkitektur dunia. Gabungan-
gabungan ini akhirnya telah memperlihatkan aspek-aspek atau corak seni arkitektur
tradisional yang telah diserap masuk ke dalam seni arkitektur pascamoden (Mana
Sikana 1998:126).
sebaliknya lebih bersikap suka untuk memanfaatkan nilai-nilai yang berasal daripada
berbagai aneka bentuk sumber. Penyebaran aliran pemikiran pascamoden ini bergerak
dengan begitu cepat sekali menerjah pemikiran masyarakat melalui media-media
elektronik seperti radio, television, faksimili serta melalui media-media cetak seperti
surat khabar, majalah, jurnal-jurnal mahupun buku-buku. Akhirnya perbincangan isu
yang dibentuk oleh aliran pemikiran pascamoden ini telah menjadi satu isu penting
dalam perbincangan masyarakat kini (Mana Sikana 1998:127).
a) Seni bina merupakan satu bentuk atau gaya yang terus menerus memberikan kesan
kepada semua masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana jika
ditinjau sesuatu masyarakat dari aspek kehidupan, perjalanan dan perkerjaan
mereka, maka akan dapati bahawa ia memberi kesan yang mendalam terhadap diri
mereka tentang bagaimana mereka memperlihatkan imej mereka, pengalaman-
pengalaman dunia mereka, hubungan antara mereka dan lain-lain lagi.
19
Sekiranya seni bina pascamoden bersifat menentang segala reka bentuk sejagat
yang universal dan bersikap ironik terhadap ciri-ciri universal ini, di mana ia cuba
untuk kembali kepada budaya tempatan dan tradisional, perbezaan pascamodenisme
dan modenisme dalam kesenian adalah bersifat lebih komplek lagi daripada itu. Tiada
bentuk-bentuk yang sejagat dalam kesenian golongan modenis dan berikutan daripada
itu, ia akan dapat lihat di mana golongan artistik pascamodenisme adalah lebih
fragmentari atau bercerai-cerai daripada seni bina (Simon 2005: 17).
2.4 KESUSASTERAAN
21
bahawa realisme ini adalah bersifat mendedahkan segala perkara yang berlaku dalam
kehidupan seharian manusia yang berhubung dengan kemasyarakatan atau sosial. Isi
penulisannya lebih banyak membicarakan tentang ekonomi, pendidikan, status
masyarakat, politik serta perkara-perkara yang berhubung dengan pembentukan sosial
dan kenegaraan (Mana Sikana 2004: 7). Secara keseluruhannya aliran ini lebih
mengetengahkan elemen perjuangan, di mana sastera itu sendiri telah dijadikan alat
bagi mencapai sesuatu matlamat seperti karya tentang kemerdekaan.
2
Penolakan sepenuhnya terhadap sesuatu kepercayaan agong seperti agama.
26
boleh disifatkan sebagai suatu aliran yang juga membongkar dan melakukan
penentangan terhadap modenisme, namun ia dilihat masih boleh untuk
mempertahankan unsur-unsur modenisme yang baik, releven dan penting. Aliran ini
akan cuba untuk mengolah unsur-unsur modenisme supaya dapat melahirkan sesuatu
yang baru, di mana ia sesuai dan sempurna selari dengan hasrat pascamodenisme.
Revionisme pula dalam beberapa keadaan dilihat sama dengan rekonstruktif, tetapi ia
adalah lebih berpijak pada tradisi dan sejarah sendiri dalam pembentukan karya atau
teks (Mana Sikana 2004: 280).
3
Kelahiran angkatan ASAS 50 telah berpusat di Singapura ini sebenarnya disebabkan oleh timbulnya kesedaran di
kalangan penulis atau penyair yang telah sedar dengan tanggungjawab mereka untuk bersama-sama berjuang bagi
mencapai kemerdekaan
27
4
Bermaksud kepelbagaian atau keanekaragaman seperti kepelbagaian budaya, kepelbagaian cara hidup dan lain-
lain lagi.
29
1.6 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, masyarakat dunia kini telah dibentuk semula oleh suatu
kefahaman yang baru terhadap dunia mereka. Masyarakat tidak lagi memiliki identiti
mereka sendiri. Kepercayaan kepada naratif besar seperti agama telah mula di rombak
30
atau di nilai semula dan telah digantikan dengan kepercayaan yang bercirikan kepada
pluralisme. Ia seolah-olah memperlihatkan bahasa semua kepercayaan agama itu
adalah sama sahaja tanpa mengira agama apa sekalipun. Segala bentuk kefahaman
seperti ini akhirnya akan membawa kepada kesan yang lebih buruk, masyarakat akan
mengalami keruntuhan dari segi moral dan nilai-nilai kebaikan mereka. Kebenaran
tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang mutlak bagi sesuatu masyarakat, malahan
segalanya adalah ditentukan oleh diri induvidu sendiri. Proses kepelbagaian dan
keanekaragaman identiti masyarakat akan terus diperjuangkan. Ia termasuklah kepada
pengikhtirafan identiti masyarakat kelas terpinggir. Iaitu kelas masyarakat seperti gay,
lesbian, black matel dan lain-lain lagi.