Anda di halaman 1dari 12

Ujian Personaliti

SENSITIF
REFLEKTIF INTROSPEKSI
Anda lebih memahami diri dan persekitaran anda berbanding dengan kebanyakan orang. Anda tidak menyukai sesuatu yang superfisial (sukar dijelas, dibayangkan). Anda lebih selesa bersendirian daripada berbual-bual kosong. Bagaimanapun, hubungan anda dengan rakan sangat akrab dan ia memberikan ketenangan serta keharmonian rohani yang anda cari untuk berasa gembira. Anda tidak mempunyai masalah jika bersendirian untuk jangka masa yang panjang tanpa berasa bosan.

BERDIKARI TIDAK MENGIKUT KELAZIMAN TIDAK DIBELENGGU


Anda inginkan kehidupan yang bebas dan tidak terikat untuk membolehkan anda menentukan hala tuju kehidupan anda. Anda cenderung menggunakan bakat seni dalam kerjaya atau aktiviti masa lapang. Kadangkala keinginan untuk bebas menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan persepsi terhadap diri anda. Gaya kehidupan anda amat individualistik (unik / tersendiri). Anda tidak suka mengikut sesuatu yang lazim dibuat, sebaliknya anda cenderung untuk melayari kehidupan berdasarkan idea dan citarasa sendiri, biarpun ianya melawan arus.

DINAMIK AKTIF EKSTROVERT


Anda sanggup berhadapan dengan risiko tertentu dan memberi komitmen yang kuat bagi mendapatkan sesuatu yang menarik dan pelbagai. Perkara rutin akan melemahkan semangat anda. Perkara yang paling disukai ialah apabila anda berpeluang bergiat aktif / memainkan peranan penting dalam sesuatu aktiviti. Dengan berbuat sedemikian, inisiatif anda akan menjadi ketara / jelas.

BERSIFAT REALISTIK SEIMBANG HARMONI


Anda menghargai cara semulajadi dan menyukai perkara yang tidak kompleks. Orang menyanjungi anda kerana anda seorang yang realistik dan boleh diharap. Anda memberi perlindungan dan ruang kepada orang yang rapat dengan anda. Anda dilihat sebagai seorang yang mesra dan berperikemanusiaan. Anda tidak menyukai sesuatu yang menunjuk-nunjuk dan lapuk. Anda bersikap skeptikal terhadap trend fesyen kerana menurut anda, pakaian mestilah praktikal dan tidak menonjol tetapi elegan.

PROFESIONAL PRAGMATIK YAKIN


Anda yang menentukan hala tuju hidup anda dengan cara berusaha, bukannya bergantung kepada nasib semata-mata. Anda menyelesaikan masalah secara praktikal dan tidak kompleks. Anda mempunyai pandangan realistik terhadap aspek kehidupan harian anda dan berhadapan dengannya tanpa ragu-ragu. Anda diberi tanggungjawab yang banyak di tempat kerja kerana orang tahu anda boleh diharap. Kekuatan anda akan menunjukkan kepastian kendiri anda kepada orang lain. Anda tidak akan berpuas hati sehingga idea-idea anda tercapai.

TENANG BERHATI-HATI TIDAK AGRESIF


Anda seorang yang mudah mesra tetapi berhatihati. Anda sangat suka berkawan tetapi masih menghargai kebebasan dan suasana tanpa gangguan. Kadangkala anda suka menyendiri untuk meneliti semula makna hidup anda dan berseronok. Apabila anda memerlukan ruang untuk bersendirian, anda akan melancong ke tempat-tempat peranginan yang indah. Bagaimanapun, anda bukan seorang penyendiri. Anda berpuas hati dengan diri dan persekitaran anda dan juga menghargai kehidupan anda sepenuhnya.

BEBAS TANPA KERUNSINGAN SUKA BERGURAU CERIA


Anda sukakan kebebasan dan bertindak secara spontan. Anda bahagia dan gembira dengan hidup selaras dengan motto hidup hanya sekali. Anda suka mengambil tahu dan bersikap terbuka terhadap perkara baru kerana perubahan membuatkan anda gembira. Tiada perkara yang lebih teruk daripada apabila anda berasa terkongkong. Anda seorang yang serba boleh dan suka melakukan kejutan.

ROMANTIK BERKHAYAL EMOSIONAL


Anda seorang yang sangat sensitif. Anda tidak mahu melihat sesuatu hanya daripada sudut rasional dan waras sahaja tetapi perasaan juga memainkan peranan penting. Anda merasakan impian itu penting dalam kehidupan. Anda tidak boleh menerima orang yang hanya mementingkan rasional dan memperkecilkan sikap romantis. Anda tidak akan benarkan apa-apa pun mengongkong kepelbagaian kemahuan dan perasaan anda.

ANALITIKAL BOLEH DIPERCAYAI KEPASTIAN KENDIRI


Anda adalah seorang yang sangat peka dan ciri ini dapat dilihat sepanjang masa dan berkualiti tinggi. Kesannya, anda suka mengambil berat tentang perkara-perkara penting yang terlepas pandang oleh orang lain. Oleh itu, budaya memainkan peranan penting dalam hidup anda. Anda mempunyai gaya yang tersendiri - elegan, eksklusif, dan bebas dari pengaruh fesyen. Impian hidup anda adalah berasaskan keunikan seni. Anda mempunyai tahap kesenian dan keunikan di samping orang yang anda kenali.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai