Anda di halaman 1dari 6

Apa?

- secara umum dan tohor serta cetek, disleksia ialah orang yang mengalami masalah membaca dan bertukar-tukar huruf. Huruf lazim yang biasa golongan ini tertukar ialah 'b' dan 'd', 'w' dan 'm'. Golongan ini juga biasanya menulis huruf-huruf terbalik seperti huruf 's' nombor '4' huruf 'z' dan sebagainya.

Definisi KPM

- murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapimempunyai kesukaran/kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.

Ciri-ciri.

1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

o o o o o

Lambat bertutur Mengalami kesukaran sebutan atau rima Sukar menulis nama sendiri Payah mengenal bentuk atau warna Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira

o o

Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :

o o o o

15 dengan 51 was menjadi saw b dengan d

Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Di manakah hendak ditempatkan anak-anak ini setelah rakan seusia mulai belajar?

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Khas Melalui Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas di setiap Jabatan Pelajaran Negeri ada menyediakan program khusus untuk murid-murid seperti ini dengan syarat:

murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1 sekurangkurangnya 6 bulan

murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas

keputusan saringan menggunakan Senarai Semak Disleksia menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan

Jika tidak silap, setiap negeri mempunyai dua sekolah yang mempunyai program khusus pembelajaran spesifik disleksia, kecuali beberapa negeri yang agak maju seperti KL dan Johor, mungkin mempunyai lebih lagi. Setakat yang dapat penulis kesan, di Terengganu ialah di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran. Sebuah lagi tidak pula saya dapat kenal pasti :(. Walau bagaimana pun, bolehlah merujuk kepada unit pendidikan khas Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk mengetahu senarai sekolah tersebut.

Masalah Sekolah.

Sesetengah ibu bapa tidak mampu untuk menghantar anak ke sekolah yang mempunyai program spesifik pembelajaran disleksia kerana kebanyakkannya program ini hanya terdapat di bandar-bandar. Contohnya mereka di Kuala Berang, tidak sanggup untuk menghantar anak mereka ke Kuala Terengganu, atau mereka yang berada di Gua Musang, tidak akan sanggup menghantar anak mereka ke Kota Bharu. Di sekolah-sekolah integrasi seperti ini pula, asrama tidak disediakan..jadi agak sukar.

Cadangan saya.

-Hantar anak/adik anda ke kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajran (PPKIBP) yang terdekat [sila rujuk pejabat pelajaran daerah masing-masing untuk senarai lengkap sekolah]. -Walaupun tiada pembelajaran spesifik seperti di sekolah-sekolah yang saya maksudkan tadi, namun PPKIBP mampu menerima anak/adik anda. Setiap guru di PPKIBP mempunyai RPI (Rancangan Pengajaran Individu) mengikut tahap dan kategori masalah murid. -Jika sekiranya pemikiran anak/adik anda searas dan mampu untuk belajar di kelas perdana/biasa, guru-guru PPKIBP mungkin akan inklusifkan mereka ke kelas biasa dan memantau perkembangan mereka. Jangan Risau! Berkomunikasilah dengan guru-guru pendidikan khas tersebut,

Peluang Kejayaan.

Individu yang mengalami disleksia yang berjaya adalah seperti, Albert Einstein, Tom Cruise, Sylvester Stallone dan Lee Kuan Yew serta ramai lagi. Tetapi saya nasihatkan janganlah meletakkan ekspetasi yang terlalu tinggi. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. kalau pun tidak berjaya seperti personal yang saya sebutkan di atas, biarlah mereka menjadi anak yang soleh dan yang sekurang-kurangnya boleh menjaga ibu bapa suatu hari kelak :)Terangkan punca-punca disleksia. Disleksia (dyslexia) disebabkan oleh keturunan (genetik),biologi, dan kematangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999).

Disleksia perolehan dikatakan kesan daripada kerosakan pada otak seperti kecederaan pada

otak atau ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak kelahiran. Nyatakan empat jenis symptom yang berlainan pada kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan? (i) Disleksia yang dalam teruk (deep dyslexia) dan dikenali juga (phonemic dyslexia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang menyebabkan berubah makna. (ii) Disleksia phonologi (phonological dyslexia) yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan bukan perkataan. (iii) Disleksia permukaan (surface dyslexia) yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak-kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama. iv) Disleksia huruf (word-form dyslexia) dan dikenali juga sebagai Deterines Syndrom di mana seseorang yang mengalami disleksia ini hanya boleh faham apa yang dibaca secara kuat dengan menyebut setiap huruf dalam sesuatu perkataan.

Kesan Utama Disleksia Terhadap Pembelajaran? Payne dan Turner (1999) telah menggariskan kesan utama dan sampingan disleksia terhadap kebolehan murid untuk belajar. Kesan-kesan utama disleksia terhadap pembelajaran ialah seperti berikut:

(a) Membaca Kebolehan membaca adalah penting bagi membolehkan murid mempelajari apa yang tersenarai di dalam kurikulum sekolah. - menyebabkan murid tidak dapat belajar sendiri. -rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan tentang kebolehan sendiri.

(b) Mengeja -j/ panjang, kebolehan mengeja akan memberi kesan yang lebih negatif daripada kelemahan membaca. - menghadkan kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas. -menyebabkan murid mendapat markah yang rendah dalam ujian dan peperiksaan.

(c) Menulis Masalah utama adalah perbezaan antara kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuannya secara lisan dan bertulis. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid disleksia akan memberi kesan yang negatif terhadap penguasaan kemahiran menulis tersebut.

(d) Tulisan Tiga aspek tulisan perlu diambil kira iaitu boleh dibaca, kepantasaan menulis, dan kematangan tulisan. Kelemahan di mana-mana dalam ketiga-tiga aspek ini boleh memberi kesan negatif kepada kebolehan murid untuk belajar. Murid yang menghadapi masalah ini dipanggil dysgraphia.

(e) Nombor Kesukaran yang dihadapi di dalam numerasi adalah serupa seperti kesan yang dialami di dalam literasi. Murid menghadapi masalah untuk membaca teks, menulis bentuk digit dan menulis digit bagi sesuatu nilai nombor. Mereka sukar mengenali nombor dari segi membaca teks, menulis bentuk digit dan menulis bagi sesuatu nilai nombor. Murid yang menghadapi kesukaran yang amat sangat dengan nombor dikenali sebagai dyscaculia.

Terangkan langkah-langkah pengajaran menggunakan kaedah multi sensori kepada kanakkanak disleksia? Pendekatan Multi Sensory merupakan pendekatan yang sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia.yang mengabungkan beberapa deria seperti dibawah (a) auditori; (b) visual; (c) oral; dan (d) kinestetik.

Bagi menjalankan kaedah pengajaran ini, gabungan kesemua deria dijalankan serentak. Penggunaan huruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana pelajar boleh: (a) Mendengar guru menyebut bunyi daripada huruf-huruf; (b) Melihat huruf-huruf tersebut;

(c) Menyebut kembali huruf-huruf tersebut; dan (d) Menekap huruf-huruf tersebut menggunakan jari.

Selain itu pelajar juga boleh menggunakan pasir ataupun garam dengan menggunakan dulang sebagai wadahnya. Pelajar boleh: (a) Mendengar bunyi huruf yang disebut oleh guru; (b) Melihat huruf yang ditulis oleh guru di atas papan hitam; (c) Mengulang kembali huruf yang di sebut oleh guru; (d) Menulis kembali huruf tersebut di atas pasir