Anda di halaman 1dari 5

Prinsip yang paling penting adalah bahawa guru-guru tidak memberikan pengetahuan kepada murid-murid.

murid-murid akan membina ilmu pengetahuan secara sendiri dalam struktur mental mereka. Ini bermakna, murid-murid harus berusaha sendiri dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut.

Rajah 1.5.1 : Membina makna dan berinteraksi

Pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman dan interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, murid-murid membina maklumat berasaskan pengalaman yang sedia ada; apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini adalah penting.
Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama dan baru; ia melibatkan pengubahsuaian kefahaman konsep-konsep lama dan baru berasaskan kepercayaan individu.

Seterusnya, bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru-guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada murid-murid. Persembahan pengajaran mesti menarik dan pelbagai untuk menarik minat murid-murid agar mereka cepat menguasai ilmu baru. Murid-murid mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berasaskan pemahaman kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran.

Rajah 1.5.2 : Penyediaan bahan bantu mengajar matematik

Selain itu, murid-murid perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumatmaklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini. Akhir sekali, penaakulan dan penggunaan logik di aplikasikan secara aktif. Apabila seorang murid menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak konsisten atau serasi dengan penerangan baru, ia akan bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbangan pada dirinya.
Murid tersebut akan berusaha menerima informasi baru dan menganalisinya sebelum menerima atau menolaknya.

CONTOH VIDEO PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME


http://www.youtube.com/watch?v=aKEUlYgh5Js#t =130

Anda mungkin juga menyukai