Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PERSATUAN SAINS Persatuan Sains merupakan persatuan yang boleh dikatakan wajib dan mesti ada

di semua sekolah baik Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah. Sebagai ahli Persatuan Sains IPG Kampus Tun Hussein Onn, saya ingin mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan terhadap aktiviti yang dijalankan dalam Persatuan Sains di sekolah. Pertamanya, guru perlu merancang dan menyediakan aktiviti menarik untuk Persatuan Sains di sekolah. Kebiasaannya, murid-murid terutamanya murid Sekolah Rendah akan menganggap aktiviti apa sahaja berkenaan dengan persatuan adalah membosankan dan tidak penting bagi mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu merancang dan menyediakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat murid-murid tersebut terutamanya dalam Persatuan Sains ini agar mereka tidak bosan apabila memasuki persatuan ini. antara aktivit yang boleh dijalankan adalah permainan, kuiz, eksperimen dan sebagainya. Aktiviti-aktivit yang menarik ini bukan sahaja untuk menarik minat mereka malah ia juga dapat memotivasikan murid-murid untuk suka mempelajari bidang Sains ini. Oleh itu, sebagai guru penasihat persatuan kita hendaklah merancang dan melaksanakan pelbagai aktivit-aktiviti yang menarik agar ahli persatuan tidak bosan menyertai persatuan ini. Seterusnya adalah guru perlu menyediakan aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Seperti yang kita sedia maklum, kemahiran proses Sains dan kemahiran manipulatif merupakan kemahiran yang kita tidak akan jumpa dalam bidang selain Sains. Oleh yang demikian, melalui Persatuan Sains inilah guru boleh membantu meningkatkan kemahiran proses Sains dan kemahiran manipulatif ahli-ahlinya dengan menyediakan aktiviti seperti membuat penyiasatan, membuat eksperimen dan lain-lain lagi. Guru bertindak sebagai fasilitator semasa mereka menjalankan penyiasatan atau eksperimen dan guru membimbing mereka untuk meningkatkan kedua-dua kemahiran ini. Oleh itu, ahli-ahli Persatuan Sains akan dapat menguasai lebih kedua-dua kemahiran ini berbanding rakan-rakan yang menyertai persatuan yang lain.

Selain itu, guru juga perlu menyediakan aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran sosial ahli-ahlinya. Kemahiran sosial merupakan salah satu kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap murid. Kenyataan ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Hasrat bukan sahaja boleh dicapai hanya dalam p&p sahaja, dalam persatauan juga dapat membantu mencapai apa yang dihasratkan dalam FPK. Guru persatuan perlu menyediakan pelbagai aktiviti yang melibatkan sosial antara ahli seperti aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ahli akan berbincang dalam kumpulan masing-masing bagi mencari jalan penyelesaian masalah yang ditimbulkan oleh guru. Dengan itu, kemahiran sosial dapat ditingkatkan dan juga kemahiran interpersonal dan intrapersonal dapat ditingkatkan. Oleh itu, guru hendaklah menyediakan aktiviti yang sesuai bagi membantu ahli persatuan meningkatk kemahiran sosial dalam diri mereka. Selain itu juga, guru perlu merancang dan menyediakan aktiviti yang dapat menggalakkan ahli persatuan membuat inovasi. Pada zaman moden ini, perkataan inovasi adalah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kemnterian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah menyarankan agar guru dapat melahirkan anak didik yang mampu menghasilkan pelbagai inovasi. Sehubungan dengan itu, pertandingan inovasi atau pertandingan reka cipta amat sesuai dijalankan sebagai salah satu aktiviti Persatuan Sains. Aktiviti ini juga bukan sahaja dapat menerapkan nilai inovasi dalam diri ahli malah ia juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ahli persatuan. Mereka akan berfikir dengan kreatif dan kritis bagi menghasilkan sebuah inovasi yang baik. Oleh itu, kemahiran-kemahiran ini bukan sahaja boleh dilakukan dalam p&p sahaja malah ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktivit wajib Persatuan Sains. Kesimpulannya, saya telah mencadangkan empat penambahbaikan bagi Persatuan Sains di sekolah. Oleh itu, sebagai guru Persatuan Sains perlu kreatif dalam merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti persatuan agar semua cadangan di atas dapat diterapkan dalam aktiviti tersebut.

Anda mungkin juga menyukai