Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI


(PPKI)
SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG
2009

TARIKH
23 JULAI 2009

TEMPAT

TESCO TAIPING
DAN
KILANG SPRITZER AIR KUNING

‘MELESTARIKAN KEGEMILANGAN INSAN


PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Matang,


Taiping Perak telah merangka program lawatan sambil belajar ke Kilang
memproses air Spritzer yang terletak di Air Kuning dan pasaraya besar
Tesco, Kamunting. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengalaman baru
kepada murid-murid dan dapat menambah pengetahuan mereka. Disamping
itu lawatan ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada murid-murid
mengenai peraturan, cara dan panduan membeli barangan untuk keperluan di
rumah.

OBJEKTIF

• Meluaskan pandangan dan mendapat pengalaman baru dengan


melawat tempat yang bermanfaat.

• Memberi pengalaman baru kepada murid-murid dengan suasana di


luar bilik darjah dan sekolah.

• Mendedahkan kepada murid cara memproses air minuman dan air


mineral dilakukan.

• Mendedahkan kepada murid suasana di kilang memproses air


tersebut.

• Mendedahkan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan


panduan membeli barangan keperluan di rumah.

• Menanam rasa minat dan keseronokan belajar terhadap diri murid-


murid.

• Menambah pengetahuan sedia ada kepada murid-murid kerana


tidak semua keluarga yang pernah membawa anak-anak istimewa
ini ke pasaraya.
TARIKH : 23 Julai 2009

HARI : Khamis

PENGURUS PROGRAM : En.Mohd Zulfadlhly b Ahmad Tarmizi


Guru
Program Pendidikan Khas
SK Matang.

PENYELARAS PROGRAM :En.Mohamad Zamri b Hj Mohamad Napis


Guru
Program Pendidikan Khas
SK Matang.

SETIAUSAHA PROGRAM : Pn.Umi Kalsom Binti Musa

BENDAHARI : Cik Yeap Seok Lei

BILANGAN PESERTA :

Murid Pendidikan Khas - 34 orang


Guru Pendidikan Khas - 11 orang
Pembantu Pengurusan Murid - 2 orang

Jumlah - 47 orang
LAPORAN LAWATAN.

Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Matang


telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke kilang memproses air
Spritzer di Air Kuning dan pasaraya besar Tesco Kemunting pada 23 Julai
2009. Kami bertolak dari SK Matang pada pukul 8.00 pagi.

Perjalanan menaiki bas sekolah tiba di kilang Spritzer pada pukul


8.35 pagi. Setibanya di sana kami telah dibawa masuk kedewan khas untuk
sesi taklimat .Kami memulakan aktiviti dengan sesi taklimat yang
disampaikan oleh tiga orang kakitangan bagi pihak pengurusan kilang
tersebut.Sepanjang sesi taklimat tersebut kami telah didedahkan dengan
pelbagai maklumat mengenai produk-produk yang dihasilkan oleh pihak
Spritzer.Selain menunjukkan kami produk-produk yang telah siap mereka
juga telah menerangkan kepada kami bagaimana air minuman dan mineral
diproses.Bagi memantapkan kefahaman kami bagaimana air tersebut
diproses mereka telah menayangkan audio yanag mengandungi semua
aktiviti memproses air yang dijalankan di kilang tersebut.

Setelah selesai sesi taklimat kami telah dibawa masuk ke dalam kilang
Dimana tempat memproses air dijalankan.Sekali lagi kami berpeluang
melihat secara terus bagaimana proses pengilangan atau proses pemprosesan
air berlaku..Sebelum pulang dan meneruskan perjalanan ke Tesco kami telah
diberi air minuman secara percuma oleh piahak Spritzer. Kami berasa amat
gembira dan bertuah sepanjang berada di kilang tersebut

Setibanya di Tesco pada Jam 12.00 tengahari kami telah disambut


oleh pihak pengurusan.Setelah mendengar sedikit sesi taklimat dan
penyerahan baucher tunai oleh pihak Tesco kepada murid-murid, kami
meneruskan aktiviti dengan membeli belah. Semua murid diawasi
sepenuhnya oleh guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid. Murid-murid,
guru-guru serta PPM merasa amat gembira sepanjang tempoh tersebut.

Setelah selesai membeli belah, kami berehat di kawasan taman


permainan ’playland’. Ada murid-murid yang mengambil kesempatan
bermain di taman permainan itu. Kemudian, kami mengadakan majlis
sambutan hari jadi untuk murid-murid, guru-guru dan PPM yang lahir pada
bulan Mei hingga Ogos .Upacara sambuatan majlis hari jadi di mulakan
dengan penyerahan kad hari jadi, upacara memotong kek dan jamuan
hidangan dari Mc Donald . Pihak pengurusan Mc Donald menghadiahkan
setiap murid dengan pembaris percuma.

Kami selamat tiba di Sekolah Kebangsaan Matang pada pukul 2.00


peatang.

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini mendapat manfaat sebagaimana yang telah


dirancang. Kerjasama sepanjang aktiviti ini berlangsung diharapkan dapat
mengeratkan lagi hubungan di antara murid dan guru. Ucapan setinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit secara
langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan aktiviti ini.

Disediakan oleh Disemak oleh

_______________________________________ _________________________
UMI KALSOM BINTI MUSA PN SHAMSIAH BT HJ MOHD JAIS

Setiausaha Program Penyelaras


Lawatan, Riadah dan Mobiliti Pendidikan Khas 200923WW
Program Pendidikan Khas SK Matang
SK Matang
BERGAMBAR DI KILANG SPRITZER

BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI DI HADAPAN KILANG SPRITZER


PENYAMPAIAN BAUCHER TUNAI OLEH PIHAK PENGURUSAN
TESCO

BERGAMBAR SEBELUM MEMBELI BELAH DI TESCO


U
PACA RA

PENYAMPAIAN KAD HARI JADI OLEH PENYELARAS PPKI

S
AMBU ATA
N
HARI JADI
DI MC

DONALD TAIPING SENTRAL

Anda mungkin juga menyukai