Anda di halaman 1dari 6

CIRI CIRI BAHASA

BAHASA BERSIFAT UNIK


 Unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang
tiada pada yang lain. Ciri khusus menyangkut
sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan
ayat, dan sistem yang lain.

 Antara ciri keunikan BM ialah tekanan kata


tidak bersifat morfemis, tetapi bersifat
sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata,
tidak merobah makna kata tetapi merobah
seluruh ayat. Contoh:

* Orang itu menjolok buah


* Orang itu menjolok buah
* Orang itu menjolok buah
 Bahasa lain pula bersifat morfemis, iaitu tekanan pada
kata akan menyebabkan makna kata berobah. Contoh:

Bahasa Batak
‘bontar darah bon’tar putih
‘bagas rumah ba’gas dalam
‘hotang rotan ho’tang
keras
‘hunik kunyit hu’nik kuning

Bahasa Inggeris
‘import import im’port mengimnport
‘insult penghinaan in’sult menghina
‘object objek ob’ject berkeberatan
‘permit izin per’mit mengizinkan
 Bagi bahasa Jawa, setiap kata yang dimulai
konsonan / b /, / d /, / g /, / k /,
/ p / dan / t / akan didahului oleh konsonan
nasal yang relevan. Contoh:

bandung mbandung
depok ndopek
gopek ngopek
lompat lo-mpat
tendang te-ndang
tongkat to-ngkat

 Ciri kelainan setiap bahasa, disebut ciri unik


untuk bahasa itu, tetapi ciri kelainan yang
menjadi ciri sekelompok bahasa tidak disebut
unik, tetapi ciri kelainan bahasa serumpun.
BAHASA BERSIFAT SEJAGAT
 Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh
bahasa di dunia. Ciri yang bersifat umum, dan dapat
dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain.

 Antara ciri umum bahasa yang bersifat ujaran ialah


kewujudan bunyi vokal dan konsonan, walaupun
jumlahnya tidak sama. Contoh:
bahasa Melayu: 6 vokal, 22 konsonan
bahasa Arab: 3 vokal pendek, 3 vokal
panjang,28 konsonan
bahasa Inggeris: 16 vokal (termasuk diftong),
24 konsonan

 Setiap bahasa juga mempunyai satuan yang bermakna,


seperti satuan kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Cara
pembentukannya mungkin tidak sama.