Anda di halaman 1dari 4

Pelan Mengajar Nama Pengajar Kursus Unit Topik Semester Jumlah Pelatih Tempat Tarikh / Masa Cara Pengajaran

AVA Aktiviti Pelajar : : : : : : : : : : : Syarahan. LCD (Power Point) Mendengar, Memerhati, Menyoal dan menjawab soalan. Teresa Mansai Jururawat Diploma Sistem Pernafasan Bronkiolitis 3 94 Orang Tekun 1

Objektif Pembelajaran : Objektif Am: Memberi pengetahuan kepada pelajar tentang penyakit bronkiolitis. Objektif Khusus: Di akhir sesi pembelajaran pelajar dapat :1. Menyatakan definisi bronkiolitis. 2. Menerangkan Patofisiologi bronkiolitis. 3. Menyatakan penyelidikan bronkiolitis. 4. Menyatakan Rawatan dan Pengubatan bronkiolitis. 5. Menyatakan komplikasi bronkiolitis.

Assesmen

Menjawab soalan pendek.

Pengetahuan sedia ada pelajar: Sudah mempelajari anatomi dan fisiologi sistem pernafasan. Rujukan 1. Modul PJJ. 2. Susan F. Wilson, Jun M. Thompson(1990). Respiratory disoders, Mosbys Clinical Nursing Series. 3. Steven E. Weinberger, MD.(1992). Principles of Pulmonary Medicine, W.B. Saunders Company.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Menyatakan definisi bronkiolitis.

KONTEN Bronkiolitis ialah jangkitan system respiratori yang melibatkan bronkiol-bronkiol kecil. Biasanya penyakit ini menyerang kanak-kanak dibawah umur 6 bulan tetapi terdapat kes-kes yang berumur hingga 2 tahun. Etiologi Dalam kebanyakan kes, organisma penyebab ialah Respiratory Syncytial Virus (RSV), lain-lain virus ialah parainfluenzae 1,2 dan 3, influenzae, rhinovirus dan adenovirus.

Menerangkan Patofisiologi bronkiolitis.

Epithelium bronkiol yang silia diserang oleh RSV yang akan membiak, akibatnya epithelium bersilia mengalami nekrosis dan diikuti dengan proliferasi sel-sel kuboidal tidak bersilia yang akan mengantikan sel-sel epithelium. Tisu-tisu peribronkiol juga dipenuhi dengan limfosit, sel plasma dan makrofaj yang menyebabkan radangan bronchial. Lendir mucus juga banyak dikeluarkan. Semua factor-faktor diatas menyumbatkan saluran udara bronkiol dan akibatnya terdapat hiperinflasi paru-paru dan atelektasis. 1. Serologi untuk virus-virus RSV, adenovirus, parainfluenzae dan rhinovirus. 2. Full blood count bilangan leukosit dan limfosit boleh menunjukkan infeksi dengan virus. 3. Arterial blood gas jika keadaan pesakit tenat. 4. kultur dan sensitivity darah ( blood culture and sensitivity) jika disyaki pesakit ada pneumonia dan antibiotic akan dimulakan. 1. Penjagaan kejururawatan yang baik ialah aspek yang paling baik. 2. Terapi oksigen jika pernafasan sangat susah atau pesakit nampak letih atau bibirnya biru. Oksigen mesti dilembabkan dan boleh diberi melalui kotak kepala (headbox) atau prong hidung (nasal prong)

Menyatakan penyelidikan bronkiolitis.

Menyatakan Rawatan dan Pengubatan bronkiolitis.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

KONTEN 3. Jika pesakit tidak boleh atau tidak mahu menyusu, drip intravena diperlukan. 4. Antibiotik mungkin dimulakan jika pesakit ada tanda-tanda bronkiolitis akut. 5. Jika terdapat banyak wheeze, ubat bronchodilator seperti salbutamol (ventolin) atau Ipratropium (atrovent) boleh diberikan dengan menggunakan neubelizer. 6. Jika terdapat pulse oximeter dalam wad, alat ini boleh digunakan untuk monitor keadaan pesakit dan berapa banyak oksigen diperlukan. 7. rawatan ventilasi di unit rawatan rapi diperlukan jika pesakit mengalami kegagalan respiratori.

Menyatakan komplikasi bronkiolitis.

1. Selsema pada awal satu atau dua hari. 2. batuk kering. 3. Demam yang rendah ( biasanya kurang daripada 38 Darjah Celsius. 4. Sesak nafas meningkat. 5. Bunyi wheeze kedengaran. 6. Dada kelihatan hiperinflasi. 7. Pernafasan cepat. 8. Jika tenat, pesakit kelihatan letih dan bibir menjadi biru (sianosis).