Anda di halaman 1dari 8

Title

: Successful leadership practices of head teachers for school

improvement : Some evidence from Pakistan.

Author

: Naseer Ahmad Salfi

Source

: Journal of Educational Administration, Vol.49 Iss:4, pp.414-432

ISSN/Year

: 0957-8234/2011

1.0.

PENGENALAN Artikel ini telah ditulis oleh Naseer Ahmad Salfi. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk mengenal pasti apakah amalan-amalan di sebalik kejayaan kepimpinan para pengetua untuk kemajuan sekolah menengah di Pakistan. Satu kajian telah beliau lakukan dengan menjalankan satu kajian ke atas 351 orang pengetua di sekolah menengah dan seramai 702 orang guru-guru di sekolah rendah dan menengah yang bekerja di sekolah-sekolah kerajaan di wilayah Punjab,Pakistan. Segala data telah dikutip menggunakan pelbagai kaedah kajian termasuk dengan menggunakan dokumen aras penanda kejayaan sekolah dan pelajar, soal selidik dan juga temu bual dengan pihak yang berkaitan secara langsung dengan sekolah seperti para pengetua, guruguru, ibu bapa dan para pelajar itu sendiri.

2.0.

KRITIKAN DAN ISU ARTIKEL Menurut penulis artikel ini, hasil dapatan dari kajiannya, kualiti terbaik di seluruh peringkat pelajaran adalah bergantung kepada banyak faktor termasuklah ciri-ciri keberkesanan kepimpinan pengetua di setiap

sekolah.Menurutnya lagi, para pengetua ini memainkan peranan utama untuk membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah di bawah pentadbirannya. Penulis juga turut menyatakan bahawa selain daripada keberkesanan kepimpinan pengetua, beliau juga mengutarakan pertanyaan tentang apakah jenis kepimpinan seseorang pengetua yang membawa kejayaan kepada sekolah-sekolah yang cemerlang prestasinya di Pakistan.

Saya bersetuju dengan pandangannya bahawa kewibawaan pengetua memainkan peranan penting dalam kejayaan sekolah walaupun sebenarnya kejayaan sekolah turut bergantung kepada kewibawaan guru-guru lain, kerjasama ibu bapa dan masyarakat setempat,keadaan persekitaran serta keadaan sosio-budaya masyarakat setempat. Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat.Sekolah tempat mengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sini tempat kita menuju wawasan juga tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Di sekolah inilah tempatnya para pengetua memainkan peranan penting mereka untuk menzahirkan wawasan pendidikan negara.Tugas dan tanggungjawab mereka amatlah berat sebagai ketua pentadbir di sekolah. Tugas perlu digalas dengan penuh amanah dan ikhlas.Penyelidik-penyelidik yang membuat kajian tentang sekolah-sekolah yang cemerlang dalam tempoh lebih tiga dekad telah merumuskan bahawa pemimpin sekolah yang efektif merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan sesebuah sekolah.(Mohd.Suhaimi dan Zaidatol Akmaliah,

2007;Hussein,2005). Kajian-kajian pendidikan juga membuktikan bahawa elemen terpenting bagi menentukan kemampuan pengetua yang efektif adalah diukur dengan kemampuan mereka melaksanakan tugas sebagai pemimpin pengajaran(Hallinger, 2008; Fullan, 2002). Kepimpinan pengetua juga

mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian dan kejayaan akademik pelajar.(Domsch, 2009; Sirinides, 2009; Smith, 2009; Leithwood, Louis, Anderson dan Walsttom,2004; Bell, Bolam, Cubilo, 2003).

Di Malaysia kini kerajaan telah memperkenalkan enam bidang keberhasilan utama negara(NKRA) (JPM, 2009). Daripada enam bidang dalam NKRA, bidang ketiga adalah berkaitan pendidikan iaitu meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Salah satu pecahan di bawah bidang ini iaitu perkara ke-4 ialah meningkatkan kualiti pemimpin sekolah melalui mekanisme baiah baru new deals). Pengetua serta komuniti sekolah akan diberikan ganjaran apabila mencapai sasaran kualiti kecemerlangan sekolah yang ditetapkan dalam dokumen baiah. Dengan kata lain, majoriti tumpuan dalam baiah ini adalah berkaitan dengan peranan pengetua sebagai pentadbir sekolah. Aspek penilaian pula merangkumi kejayaan pengetua sebagai ketua pemimpin yang berkesan sekolah.Seorang pengetua yang berkesan akan melahirkan guru, pelajar dan sekolah yang berkesan. Penulis artikel ini juga mendapati di dalam kajian yang telah beliau lakukan itu, kejayaan sekolah-sekolah yang cemerlang adalah disebabkan juga oleh cara kepimpinan pengetua yang menerima pakai pandangan daripada semua peringkat warga sekolah termasuk pandangan para pelajar itu sendiri. Saya turut bersetuju dengan pandangan penulis tentang perkara yang dinyatakan itu.Cara kepimpinan pengetua yang demokratik ini akan menyebabkan guru-guru,kakitangan sokongan dan pelajar mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi. Mereka akan merasa gembira apabila pentadbir sebagai ketua pentadbir di sekolah menghargai pandangan mereka. Pengetua merupakan orang penting yang boleh mencorakkan pencapaian cemerlang sesebuah sekolah melalui keterampilan, dedikasi dan keperibadian yang ada pada dirinya.

Ilmu kepengetuaan sangat membantu dalam kemahiran mentadbir dan mengurus, kemahiran sosial, kemahiran berfikir dan lain-lain kemahiran yang boleh membantu mempercepatkan lagi pencapaian dan kecemerlangan sekolah. Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi, bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa.

3.0.

PENUTUP Menurut penulis artikel ini iaitu Naseer Ahmad Salifi, dalam hasil kajian beliau juga didapati majoriti pengetua di sekolah-sekolah yang cemerlang di Pakistan mengamalkan keterbukaan sikap saling berkongsi visi sekolah dengan para ibu bapa pelajar serta masyarakat sekeliling. Amalan sebegini dapat mewujudkan budaya saling berkoleborasi dan saling mempercayai serta turut memberi sokongan di antara satu sama lain dalam setiap strategi yang berkesan dalam membuat keputusan yang dapat menentukan kecemerlangan sekolah masing-masing. Bagi saya, selain bersikap demokratik dalam menerima pandangan semua pihak, pengetua juga mesti berani membuat sebarang perubahan bagi memperbaiki rancangan sedia ada yang kurang berjaya agar dapat suatu hasil yang lebih baik dan cemerlang. Perubahan itu perlu kerana sesuatu strategi yang berkesan pada masa lalu mungkin kurang berkesan di masa sekarang. Menurut Sun Tze, sesuatu taktik yang digunakan untuk mencapai sesuatu kemenangan tidak patut diulang berkalikali dalam pertandingan atau perlawanan berikut untuk memastikan kemenangan yang berterusan.

Sebagai pentadbir dan pemimpin sesebuah organisasi atau sekolah, membuat perubahan dan keputusan untuk kepentingan dan kecemerlangan semua pihak itu bukan mudah. Untuk merealisasikannya juga sangat kompleks. Heraklitus, pemikir Yunani purba mengungkapkan: Everything flows and nothing abides; Everything gives way and nothing fixed. You cannot step twice into the same river, For other waters are continually flowing on. Cool things become warm, the warm grows cool; the moist dries, the parched become moist. It is changing that things find repose. Sesungguhnya, merealisasikan perubahan di sekolah demi kecemerlangan organisasi itu memerlukan kemahiran kepimpinan yang tinggi. Melaksanakan perubahan walau seteliti mana sekalipun, pasti mempunyai risiko yang tertentu. Setiap perubahan juga tidak berkekalan. Namun sebagai orang nombor satu di sekolah,pengetua adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sana. Kesimpulannya,kejayaan tidak datang bergolek tanpa kerjasama dan usaha daripada semua pihak. Baik pengetua, guru-guru,staf sokongan pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekitar, setiap orang perlu berganding bahu melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh komitmen dan berkualiti. Keikhlasan bekerja dan kesungguhan melaksanakan tugas yang diamanahkan akan membuahkan hasil yang cemerlang. Akhirnya, bukan saja suasana motivasi pelajaran yang tinggi dapat diwujudkan, tetapi juga berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

REFERENCES

Abdul Razak, Ahmad Zaidi.(2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan : Implikasi Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31,3-19. Ahmad Salfi,Naseer.(2011). Successful leadership practices of head Teachers for school improvement: Some evidence from Pakistan. Journal of Educational Administration,49(4),414-432. Retrieved from http://www.emeraldinsight.com.eserver.uum.edu.my/journals.htm?issn New Straits Times. Success Depends on School Heads. Retrieved at http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/getArticlesdo?id_24169 Stark,Peter Barron. A Key To Leadership. Retrieved from . http://www.peterstark.com/building-trust,supervisor-employees/ Utusan Malaysia. Peranan Pengetua. Retrieved at http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/3 Yusoff,Mohd.Yazid.Peranan Pengetua Dalam Pengurusan Sekolah.Yayasan Islam Kelantan.Retrieved from http://yik.itgo.com/text/pengetua.html

Anda mungkin juga menyukai