Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal Minggu Internship Tarikh Peristiwa Tajuk Jurnal

: : : :

Pertama (1 Julai 2013 5 Julai 2013) 4 Julai 2013 Amalan Bilik Darjah Kondusif

Masalah/ Peristiwa

Permasalahan yang telah saya hadapi pada minggu ini adalah berkaitan amalan bilik darjah kurang kondusif bagi pengajaran di kelas arus perdana. Etika dan moraliti murid-murid sedikit tersasar dan harus diperbaiki segera.

Analisis

Berdasarkan pengalaman pertama masuk ke kelas 2 Aqil, boleh dikatakan murid-murid di kelas ini adalah dalam kalangan murid yang sederhana dan aktif. Namun, terdapat beberapa yang harus saya perbaiki mulai pengajaran yang akan datang. Antara kelemahan tersebut adalah: -Disiplin murid ketika P&P berlangsung. -Etika bertingkah laku ketika bersama guru dan rakan-rakan. Apabila kesemua aspek kehidupan dapat diurus dengan baik, pastinya insan yang bakal lahir tergolong dalam kalangan individu holistik dan berdaya saing.

Bisikan Hati

Melalui isu yang dinyatakan ini, secara jujurnya saya berasa sedikit terkejut apabila melihat tingkah laku segelintir murid yang kurang menjaga etika ketika berada bersama guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun, kelemahan ini dapat saya rasakan berpunca daripada sikap saya yang tidak menunjukkan ketegasan pada hari tersebut. Kesedaran Baru : Kini saya sedar bahawa dalam pemperbaiki diri menjadi guru yang penyayang, saya tidak boleh mengetepikan perihal kesopanan dalam pengajaran. Amalan nilai murni serta etika bergaul antara guru dan murid perlu saya terapkan dalam kalangan murid-murid saya.

Cadangan Tindakan

Berdasarkan kesedaran kini, saya sedar bahawa saya perlu melaksanakan amalan bilik darjah kondusif agar setiap murid dapat membangun secara holistik, tidak kira dalam bidang akademik mahupun sahsiah. Berikut adalah perkara tersebut : Guru menyatakan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah. Semua murid dibenarkan memberi jawapan kepada soalan yang diajukan oleh guru dengan mengangkat tangan. Boleh bercakap atau berbincang, tetapi suara harus diperlahankan. Dibenarkan pergi ke tandas dengan Pass Keluar Kelas. Penerapan nilai diberikan setiap kali berlaku perkara tidak diingini serta sewaktu aktiviti berkumpulan.

Tempoh Masa Tindakan Susulan

Tempoh masa bagi cadangan tindakan susulan ini adalah selama 2 minggu. Melalui sesi P&P yang seterusnya, saya akan menyatakan perihal-perihal yang perlu murid-murid ikuti. Rasionalnya juga akan dinyatakan agar murid-murid sedar akan kepentingan menjaga adab serta mengamalkan nilai murni dalam kehidupan mereka seharian.

Disediakan oleh, T/T : ___________________

Disemak oleh, T/T : ________________________

Nama : ___________________ Tarikh : ___________________

Nama : ________________________ Tarikh : ________________________

Anda mungkin juga menyukai