Anda di halaman 1dari 8

PERMAINAN TREASURE HUNT Ringkasan permainan

Permainan ini sesuai dilaksanakan ketika murid menjalani perkhemahan di hutan rekreasi

peringkat sekolah rendah terutamanya. Guru akan

membahagikan murid dalam kumpulan kumpulan kecil yang mengandungi 6 11 orang dan ketua yang dilantik akan menerima arahan bertulis dalam sampul surat. Dalam jangka masa yang ditetapkan , kumpulan tersebut perlu menjalankan aktiviti aktiviti dan sambil diselia oleh guru yang bertindak sebagai pemerhati sahaja. Setiap tugasan yang diberikan mempunyai nilai nilai dan juga objektifnya. Disamping memupuk perasaan cintakan alam sekitar , ianya juga membina kemahiran pengamatan teliti betapa pentingnya alam sekitar dan kebersihan. Murid juga akan dapat melatih pergerakan fizikal psikomotor dan melahirkan badan yang sihat serta minda yang cergas selaras dengan JERI. Kumpulan yang berjaya menyudahkan tugasan dalam jangkamasa yang terpantas adalah pemenang dan perlu mempersembahkan hasil yang

diperolehinya kepada semua kumpulan pada perhimpunan .

Peringkat Usia Bilangan Pemain

: :

8 tahun ke atas Tidak terhad ( dibahagikan kepada kumpulan dan diselia oleh guru).

Tempat bermain Masa

: :

Hutan rekreasi 2 jam

Peralatan 1. 2. 3. 4. Kad kad arahan Kertas Pen Plastik sampah

Objektif 1. 2. 3. 4. 5. 6.

: Mengenali tumbuh tumbuhan dalam hutan dan menghayati keindahan alam semulajadi. Merasai pengalaman dan menggunakan pengetahuan yang dipelajari. Membina ketahanan diri dari segi fizikal dan mental melalui aktiviti ini. Mewujudkan perasaan cinta dan menghargai alam sekitar serta flora dan fauna. Menggunakan kepekaan murid dan merapatkan ikatan silaturahim sesama mereka. Patuh kepada arahan ketua dan ketepatan masa.

Kaedah permainan : 1. 2. 3. 4. 5. Setiap peserta dalam kumpulan diberi kad kad arahan untuk setiap kumpulan dan dikehendaki mencari barangan yang diarahkan pada kad. Setiap peserta perlu menjalankan aktiviti dalam jangka masa yang ditetapkan (contoh : 45 minit) Setelah masa mencukupi , guru akan mengarahkan peserta berkumpul semula. Guru akan menyemak senarai barang yang telah dikumpulkan dan memberi markah. Kumpulan yang terpantas dan menepati arahan tugasan adalah pemenang.

LAMPIRAN : Tugasan peserta pada setiap peserta dalam bentuk kad:

Tugasan pertama : Jumpa Fasililator (FC) kumpulan anda . Ucap salam dan ikut apa sahaja arahan beliau. Beliau akan memberi ketua kumpulan anda 3 batang kayu dan tali rafia untuk membuat gajet rak kasut. Setelah selesai dan beliau berpuas hati , ucapkan terima kasih dan minta tugasan kedua darinya..

Tugasan Kedua : Cari Kem Komandan anda dan berikan tabik hormat serta laporkan kumpulan anda . Beliau akan meminta seorang wakil kumpulan anda untuk membuat 2 simpulan yang telah anda pelajari dan namakan 1 kegunaan simpulan tersebut. Setelah beliau berpuas hati, ucap terima kasih dan minta secara baik tugasan ketiga.

Tugasan Ketiga : Anda perlu mencari Penyelaras yang mungkin bersembunyi di padang atau bilik stor sukan.Kemudian beliau akan meminta kumpulan anda menyanyikan lagu Negaraku dengan suara yang kuat.Tunggu arahan selanjutnya dari beliau untuk menunjukkan tugasan terakhir.

Tugasan Keempat : Tahniah dan syabas . Anda berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi.Kini kerat dan simpan setiap gambar untuk dibawa ke Dewan. Di sana jumpa guru yang ada dan ketua akan melaporkan. Minta kertas mahjong dan pen marker. Kumpulan anda akan membentangkan 2 perkara sahaja. . 1. Setiap gambar yang anda simpan tadi , pilih 2 , tampal dan nyatakan apa yang kumpulan anda akan buat jika tersesat di kawasan tersebut. 2. Beri 3 sebab mengapa saya sayang negara Malaysia?

Anda mungkin juga menyukai