Ia bukan sahaja dapat memberikan keseronokkan dan hiburan malah berupaya meninggalkan kesan yang mendalam dalm proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini amat sesuai dengan sifat dan naluri semulajadi kanak-kanak yang sukakan hiburan, cabaran dan kepuasan. Sebagai alat perantaraan kepada unsur-unsur ini, permainan dianggap penting bagi menghasilkan pelbagai faedah dalam pelbagai aspek pembelajaran terutama dalam pelajaran Bahasa Melayu peringkat rendah. Permainan bahasa secara semuladi adalah pilihan yang paling praktikal. Ia telah menjadi sebahagian daripada sumber pendidikan yang penting. Selain menggalakkan penglibatan pelajar, memupuk semangat dan empati ia juga meningkatkan minat dan sikap positif pelajar terhadap pembelajaran. Bagi guru-guru sekolah rendah, permainan bahasa merupakan alat yang dapt digunakan apabila murid-murid berhadapan dengan kemahiran yang memerlukan konsolidasi dan peneguhan. Ia juga dianggap penting sebagai alat yang boleh mendorong murid-murid belajar dengan lebih berkesan. Aktiviti ini jiga digunakan sebaik-baiknya dapat memberi sumbangan kepada proses perkembangan mental murid-murid. Secara keseluruhannya permaina bahasa merupakan salah satu sara untuk mempelajari bahasa melaui permainan. Ia bukan sahaja dapat menarik minat pelajar untuk belajar secara tidak langsung, bahkan dapat menggalakkan sifat bertolak ansur, memupuk semangat bekerjasama, menghilangkan perasaan bosan, melatih murid membuat pertimbangan wajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang bersungguh-sungguh, selesa, seronok dan mencabar.
Permainan Bahasa
MATLAMAT PERMAINAN BAHASA. Permainan bahasa yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan satu situasi pembelajaran yang rileks, berbeza dengan suasana pembelajaran yang formal. Ini dapat mewujudkan satu situasi sosial yang sihat yang membolehkan murid berinteraksi sesama rakan mereka. Perasaan malu dapat dihilangkan dan menimbulkan minat pelajar untuk bekerjsama dalam kegiatan-kegiatan lain di dalam dan diluar bilik darjah.Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan bahasa sebagai alat perantaan bertutur semasa bermain disamping mengukuhkan lagi penggunaan bahan-bahan bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid itu sendiri. Selain itu permainan bahasa ini juga dapat membantu menyampaikan nahu atau tatabahasa di samping memahirkan murid-murid kepada sistem bunyi bahasa yang dipelajari. Aktiviti yang dirancang dalam permainan bahasa juga dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran yang dipelajari dan memberi peluang murid untuk menggunakan kemahiran tersebut pada masa-masa lain pula. Usaha menjayakan permainan bahasa ini dapat melahirkan daya cipta danmengasah kreativiti menerusi permainan dan pembelajaran disamping boleh menilai hasil kerja sendiri. Permainan bahasa juga dapat meringankan dan memudahkan tugas guru disamping tidak mengabaikan konsep pembelajaran. Murid-murid juga mempunyai daya inisiatif yang kuat untuk belajar dan menguasai sesuatu kemahiran di dalam permainan tersebut.
Permainan Bahasa
OBJEKTIF PERMAINAN BAHASA. Permainan bahasa yang dirancang untuk diintegrasikan dalam pengajaran mempunyai beberapa objektif tertentu iaitu: 1. Merangsang interaksi verbal murid. Dalam permainan bahasa ini, murid akan diminta menyuarakan pendapat pandangan masimg-masing. Disamping itu mereka juga diminta memberikan alasan-alasan yang berkaitan. Ini mewujudkan penglibatan murid sepenuhnya secara aktif dalam permainan tersebut. 2. Menambah kefasihan dan keyakinan. Permainan ini juga boleh digunakan sebagai satu cara meningkatkan kefasihan berbahasa dan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu permainan tidah harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan memberi arahan umpamanya boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan kefasihan tertentu para pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan-permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. Peranan guru sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. Guru harus bersedia memenyhi keperluan para pelajar dalam permainan tersebut,terutamanya dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa . 3. Menyediakan konteks pembelajaran. Permainan membawa ke arah perkembangan perhubungan positif antara individu, bukan sahaja antara pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. Permainan membantu merapatkan perhubungan dan kerjasama antara mereka. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan pasif. Dalam permainan,mereka dapat menunjukkan kecergasan disamping terlibat secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan. Permainan Bahasa 3
4. Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan Pada waktu-waktu tertentu, terutamanya pada waktu hampir menjelang tengah hari atau petang, murid akan menjadi bosan, mengantuk dan lapar. Bayangkan sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuan pengajaran dalam keadaan yang melesukan. Pada saat ini tiada apa yang dapat dilakukan oleh guru untuk menyingkirkan perasaan bosan dan malas terhadap pembelajaran mereka. Oleh itu dengan adanya permainan bahasa ini dapat menimbulkan perasaan gembira dan dalam masa yang sama dapat melupakan rasa lapar dan bosan mereka. Dalam permainan bahasa ini juga dapat mewujudkan satu hubungan komunikasi yang semulajadi dan dapat membawa mereka berhadapan dengan dunia sebenar. Ini dapat dilihat apabila murid-murid melakukan permainan bahasa yang melibatkan keadilan dan perbalahan, ini akan merangsang nurid-murid untuk bertindak balas, memperotes dan mengancam. Dengan ini murid-murid telah dilatih untuk berinteraksi dengan kehidupan sebenar yang bakal dilalui dalam hidup mereka. 5. Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Dalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk. Oleh itu ianya amat berguna dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan. Jika dilihat kepada ciri-cirinya, permainan bahasa dapat membantu kumpulan murid yang lemah dari aspek Intelligent Quality (IQ) untuk memahami pendekatan proses pembelajaran. Kumpulan murid yang bermasalah di dalam akademik juga boleh diatasi dengan pendekatan permainan bahasa ini. Mereke mungkin menghadapi masalah pengamatan, pendengaran, penaakulan atau recall review dan hafazan akan dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang bercorak permainan.
Permainan Bahasa
CIRI-CIRI PERMAINAN BAHASA Sebelum seseorang guru melaksanakan pendekatan permainan bahasa ini, guru tersebut mestilah terlebih dahulu mengetahui tahap IQ dan EQ murid yang akan diajarnya. Hal ini amat penting supaya set permainan bahasa yang bakal diajar nanti tidak membosankan atau menjemukan murid. Ini kerana tahap pemikiran dan penrimaan murid adalah berbeza antara satu sama lain. Bagi murid yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan pintar, permainan bahasa ini lebih merupakan proses pengukuhan dan pengayaan. Sebaliknya bagi murid-murid yang lemah IQ ianya merupakan satu teknik pemulihan untuk membantu mereka memahami proses pembelajaran. Pastikan permaina bahasa ini dilaksanakan sebaik sahaja guru sudah memperkenalkan semua perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid. Ia mesti dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ingatan dan memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut. Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik ialah seperti berikut : 1. Ciri-ciri umum a) Gambar-gambar untuk permaina difahami. b) Arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi. c) Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca arahan-arahan permainan. d) Jika permaina menggunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami. e) Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan. Beri peluang kepadanya sebagai pemerhati untuk jangka masa yang tertentu. f) Pastikan permainan mempunyai objektif yang hendak dicapai. g) Sebaiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh guru terbabit. Apa yang penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan mencapai matlamat. Permainan Bahasa 5 hendaklah terang dan sebang
h) Hentikan permainan anda ketika pelajar masih seronok dengan permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya. 2. Ciri-ciri Khusus. a) Dapat mengukuhkan dan meningkatkan penggunaan bahasa seperti penguasaan empat kemahiran berbahasa iaitu, kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. b) Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik. c) Memberi peluang kepada muri untuk berinteraksi antara murid dengan murid, murid dengan guru dan tindak balas murid dengan bahan. d) Dapat merangsang pelajar bertindak balas secara aktif dan positif. e) Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas. f) Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas. g) Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis. h) Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti bekerjasama, berdisplin dan berketrampilan di kalangan murid.
Permainan Bahasa
LANGKAH-LANGKAH PERMAINA BAHASA. 1. Secara berkumpulan. Permaina bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahgikan murid dalam kumpulan. 2. Secara berpasangan. Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh mmeberikan banyak pelunag latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan murid. 3. Secara individu. Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan dalam sesuatu masa tertentu.
Permainan Bahasa
KESAN-KESAN PERMAINAN BAHASA 1. Kesan Positif. a) Murid lebih bermotivasi untuk mengikuti topik yang diajar. b) Murid lebih seronok dalam pembelajaran dan ceria. c) Murid mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan berani mencuba sesuatu yang baru. d) Empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. e) Dapat memupuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif seperti bekerjasama, berdisiplin dan berkepimpinan di kalangan murid. 2. Kesan Negatif a) Permainan bahasa ini memakan masa yang panjang. Guru sukar melaksanakannya kerana peruntukan masa yang terhad. b) Murid terlalu leka dengan permainan dan pertandingan sehingga objektif tidak mencapai sasaran sepenuhnya. c) Sukar mengawal kelas. Murid akan membuat bising dan mengganggu proses pembelajaran di kelas sebelah. d) Set permainan adakalanya tidak sesuai dengan tahap IQ murid. e) Sukar mendapatkan BBM yang menarik di pasaran. Jika ada, harga yang terlalu mahal. f) Masalah kewangan untuk membeli bahan atau alat permaina yang siap dipasaran. g) Alat BBM yang dibina hanya sesuai untuk satu permainan sahaja. h) Kekurangan tempat untuk menyimpan alat permainan dengan selamat. i) Kawasan permainan yang agak terhad seperti dalam kelas yang mempunyai kerusi dan meja yang banyak.
Permainan Bahasa
CONTOH-CONTOH PERMAINAN BAHASA. Berikut adalah beberapa contoh permainan bahasa yang boleh dijalankan di sekolah untuk pengajaran Bahasa Melayu. 1. Domino suku kata 2. Domino huruf 3. Mencari perkataan 4. Permainan jari abjad 5. Permainan susun abjad 6. Jam perkataan 7. Bingo perkataan 8. Permaina kejar bintang 9. Permainan main gasing KESIMPULAN.
Kesemua aktiviti permainan bahasa yang dijalankan menggabungkan beberapa aspek kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur dan menulis. Melalui aktiviti ini murid padat meningkatkan penguasaan bahasa mereka dalam kemahiran tersebut secara tidak langsung. Teknik permainan bahasa yang dijalankan hendaklah sesuai dengan tahap umur dan kecenderungan muridmurid. Permainan bahasa yang digunakan untuk pengajaran bacaan akan membantu perkembangan personaliti murid dengan penerapan sikap sabar, toleransi, tekun, kerjasama, berdisiplin dan sebagainya ketika mereka bermain. Melalui permainan bahasa ini juga dapat memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah untuk memudahkan mereka mengingati tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru. Kaedah permainan seperti ini akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid kerana ia amat menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan di dalam pengajaran yang berbentuk penggunaan tatabahasa dan aspek berbahasa yang lain. Permainan Bahasa 9
CONTOH PERMAINAN BAHASA YANG SAYA PILIH DAN LAKSANAKAN DALAM PENGAJARAN MURID TAHUN 1(LINUS)
: :
Bowling Perkataan Supaya murid dapat mengumpul sebanyak mungkin perkataan dan membacakan perkataan dalam suku kata KV + KVKK mengikut gambar.
: : :
Kad perkataan, kad gambar, set permainan bowling. Berkumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang peserta.
1. Murid murid dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil iaitu kumpulan Biru dan kumpulan Oren. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang perserta. 2. Kad-kad perkataan dan kad gambar telah digantung pada pin bowling. 3. Pin-pin bowling disusun sebanyak 5 pin dalam satu barisan. Pin-pin bowling ini disusun dengan jarak 3 meter dari pasukan. 4. Setiap kumpulan atau pasukan diberi sebiji bola. Peserta pertama diberi peluang untuk melontarkan untuk menjatuhkan pin-pin bowling sebanyak mungkin. Peserta dikehendaki mengambil kad-kad perkataan yang telah dijatuhkan dan membacakan perkataan tersebut dengan betul. Peserta yang dapat mengeja perkataan dengan betul akan diberi markah. 5. Guru akan menggantikan kad perkataan yang lain bagi setiap pin yang telah di bacakan perkataannya. 6. Permainan terus diulang untuk peserta seterusnya dan mengikut giliran kumpulan.
Permainan Bahasa
10
7. Kumpulan yang dapat menjatuhkan pin-pin bowling paling banyak dan dapat mengeja perkataan dengan betul dapat mengumpul jumlah markah paling banyak dikira pemenang.
Permainan Bahasa
11
REFLEKSI Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila membaca tugasan bagi subjek Literasi Bahasa buat kali pertama, saya agak keliru tentang kehendak soalan. Ini kerana tugasan ini terbahagi kepada 2 tugasan iaitu secara individu dan berkumpulan. Namun setelah diberi penjelasan yang amat jelas oleh pensyarah saya iaitu Dr. Anuar, saya dapat membayangkan dan merangka perancangan awal. Walaupun pada awalnya berlaku sedikit kekeliruan kerana telah mendengar pelbagai versi tentang tugasan yang akan dihasilkan, namun itu bukanlah alasan bagi saya untuk menyiapkan tugasan ini. Pelaksanaan tugasan secara individu agak barat pada mulanya kerana memerlukan saya membuat rakaman video. Ini kerana saya tidak mempunyai alat rakaman dan tidak pernah melakukan sebarang rakaman video. Saya terpaksa bertanya dengan ramai kawan-kawan dan meminta pertolongan mereka untuk menjayakan rakaman. Walaubagaimanapun hasil rakaman yang saya buat mempunyai masalah. Jadi saya telah mengambil keputusan untuk membuat semula aktiviti permainan bahasa di dalam kelas LINUS dan hanya membuat rakaman bergambar dan mempersembahkan dalam bentuk power point. Banyak masa yang saya ambil untuk menyiapkan tugasan ini. Ini kerana tugasan ini memerlukan saya membuat banyak perancangan awal termasuk proses menghasilkan bahan bant mengajar yang akan digunakan dalam aktiviti permainan bahasa ini. Saya banyak meminta bantuan beberapan rakan-rakan di sekolah terutamanya guru-guru LINUS yang sememangnya berpengalaman. Saya juga merasa agak bertuah kerana sebelum ini mempunyai pengalaman mengajar kelas-kelas LINUS. Pengalaman-pengalaman itu turut membantu saya semasa saya menjalankan permainan bahasa bersama murid-murid LINUS.
Permainan Bahasa
12
Pengalaman saya menyiapkan tugasan ini sememangnya banyak mengajar saya erti kesabaran dan menuntut banyak pengorbanan. Segala halangan dan masalah yang dihadapi sepanjang tugasan ini seperti kekangan masa, dan kesibukan dengan tugasan harian di sekolah dan juga sebagai ibu dan isteri dapat saya harungi dengan perlahan-lahan. Jadi saya telah membuat jadual pengurusan masa untuk mengelakkan masalah yang timbul kemudian hari. Perancangan tugasan ini saya buat dengan lebih awal terutamanya mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan di perpustakaan dan saya tidak mengamalkan membuat tugasan di saat-saat akhir. Sesungguhnya banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman saya perolehi semasa saya bersama-sama murid-murid baru yang ketika
LINUS
menjalankan aktiviti permainan bahasa ini. Segala pengalaman pahit manis sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah asam garam dalam kehidupan seorang pelajar terutama seperti saya yang mengambil corak pembelajaran jarak jauh. Banyak yang saya perlu korbankan dari segi masa dan wang ringgit. Diharapkan segala masalah yang timbul sepanjang menyiapkan tugasan ini tidak mematahkan semangat saya tetapi dapat ditangani dengan bijak agar dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik di masa yang akan datang.
Permainan Bahasa
13
RUJUKAN BUKU Kamruddin Hj. Husin, Siti Hajar Bt Abdul Aziz (1996). Permainan Bahasa Untuk Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman. Mok Soon Sang (1997). Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd INTERNET Heiry JR.Permainan Bahasa dalan Pengajaran di sekolah . dimuat turun pada,July 2012/ dari Mayknowledge blog spot:/http://mayaknowledgeblog.blogspot.com/2007/12/permainan-bahasadalam-pengajaran-di.html Wan Anuar B. Yaccoh,Contoh-contoh Permainan Bahasa.dimuatturun pada11 Julai 2012/. Dari wananuar blog spot:http://wananuar.blogspot.com/2009/02/contoh-contoh-permainanbahasa.html Nor Haida Bt Md Rufiah.Permainan Bahasa dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.dimuatturun pada11 Julai 2012. dari norhaida 1411 blog spot :http://norhaida1411.blogspot.com/2010/01/permainan-bahasa-dalampengajaran-dan.html
Permainan Bahasa
14
BORANG REKOD KOLABORASI IPGM NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN KUMPULAN/UNIT KOD KURSUS NAMA KURSUS NAMA PENSYARAH TARIK H PERKARA : : : : : : : INSTITUT PERGURUAN TEKNIK, KL NOORHASLIZA BT MAT JUSOH 780419-06-5170 PPG / AMBILAN FEB 2012 / SAINS 1 WAJ 3104 LITERASI BAHASA DR. ANUAR NAMA & T.TANGAN CATATAN
Permainan Bahasa
15
TARIKH PERKARA
CATATAN
Permainan Bahasa
16