Anda di halaman 1dari 6

AMALAN PENYAYANG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ahli kumpulan: Alvaysleopold bin Anthony Princeton Ak John Nor Aizati binti Dawi Lydora Patrick Siti Zulaikha binti Abdu Rahim

DEFINISI PENYAYANG
Definisi penyayang (Kamus Dewan edisi keempat, 2009): Penyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain, pengasih, pencinta dan bersifat belas kasihan.

CIRI INTELEKTUAL PENYAYANG GURU PRASEKOLAH


Menyedari kepelbagaian murid: murid berbeza kemampuan dan budaya. Penghayatan kurikulum: guru perlu mahir dalam subjek dari segi ilmu dan cara menyampaikannya supaya pengajaran lebih berkesan. Kemahiran pedagogi: menggunakan pelbagai strategi, teknik dan BBM untuk pembelajaran murid.

CIRI INTELEKTUAL PENYAYANG GURU PRASEKOLAH


Kemahiran isi kandungan: Guru mahir merancang isi dan komponen pembelajaran serta dapat menyampaikannya dengan berkesan. Kemahiran menilai: memahami dan mengamalkan teknik penilaian yang sesuai untuk mengesan perkembangan dan kemajuan murid.

CIRI INTELEKTUAL PENYAYANG GURU PRASEKOLAH


Membantu pembelajaran: guru membantu pembelajaran dengan melibatkan pelbagai deria, mengembangkan kemahiran berfikir, membuat penerokaan dan membuat perkaitan. Mempelajari pelbagai konsep secara bersepadu dan menyeronokkan.

CIRI INTELEKTUAL PENYAYANG GURU PRASEKOLAH


Mengamalkan sifat-sifat yang disukai murid: emosi stabil dan sabar, ceria, suara dan tingkah laku beradab, bersimpati, berempati, tegas dan lainlain. Guru yang reflektif: sentiasa bermuhasabah diri untuk menilai kekurangan dan membuat pembolehbaikan atau memperbaikinya.