Anda di halaman 1dari 5

KERIS DAN AQIDAH ADAKAH APA2 PERGESERAN ATAU PERCANGGAHAN? __________________________________________________________________________ Keris Apa itu dia keris?

Keris merupakan senjata yang mempunyai corak rekaan yg amat unik. Senjata yg mempunyai kesan sejarah yang amat mendalam dalam sejarah perkembangan peradaban rumpun Melayu di Nusantara. Ia merupakan khazanah kebudayaan rumpun Melayu seperti mana juga seni anyaman, tenunan dan senibina kita. Khazanah yang berkemungkinan pupus disebabkan oleh penolakkannya oleh orang-orang Melayu sendiri disebabkan kurangnya minat, perhatian dan tebalnya rasa kejengkelan dan juga takut yang kurang berasas dikalangan masyarakat kita. Aqidah Apa itu Aqidah? Ia adalah asas kepercayaan kita terhadap agama Islam. Agama yg diasaskan pada kalimah syahadah. Iaitu kepercayaan pada tuhan yg satu ie Allah dan ajarannya yg disampaikan oleh seorang manusia yg telah diangkat sebagai nabi ie Muhd SAW. Apa itu dia yang dinamakan Islam terkandung pada Wahyu2 Allah yg diturunkan olehnya dan yg terkumpul sebagai Kitab Al Quran dan huraian yang dilakukan oleh Nabi melalui Sunnahnya. Tapi Al Quran dan Sunnah masih belum memadai untuk memberi bentuk keseluruhan kepada apa yang diakatakan sebagai Aqidah. Apa itu dia yg dinamakan Islam juga berrgantung pada aliran-aliran pemahaman dan penerangan yg dilakukan oleh golongan cerdik pandai (Ulema) dan pelopor dari berbagai jurusan e.g Fiqh, Usulludin, Tasawuf dan pecahan mazhab-mazhab seperti dari golongan Ahlil Sunnah, Shiiah Imamiah dan berbagai aliran Tasawuf yg digelar Tariqoh serta golongan yg mengamalkan interpretasi yg mereka katakan sebagai sandaran asal ie golongan Salafi. Dengan lain kata, Islam itu adalah ugama yang berupa interpretive dan konteksual. Maksudnya, pegangan asas adalah Al Quran dan Sunnah, akan tetapi sebagai mana kita di wajibkan bersembahyang di dalam AlQuran, cara bersembahyang itu tidak ditunjuk di Al Quran. Ianya hanya diajarkan oleh Nabi dan ketentuannya hanya dipastikan setelah peristiwa israk Mikraj, lama setelah kenabian Rrasulullah. Cara kita bersembahyang itu ada kelainan sedikit menerusi interpretasi mazhab yang kita ikuti. Namun begitu, solat tetap solat dan tetap dianggap sebagai kewajiban oleh kesemua aliran2 ini walaupun keperinciannya adalah berbeza.
1

KERIS DAN AQIDAH ADAKAH APA2 PERGESERAN ATAU PERCANGGAHAN? __________________________________________________________________________ Bidang Pengumpulan Keris Adakah Hobi Pengumpulan Keris Itu bercanggah dgn aqidah Islam? Keris, sepertimana ianya terbentuk sekarang tidak wujud di zaman nabi mahupun di dalam kebudayaan Arab dan Timur Tengah. Tidak ada mana-mana hadith yang mengemukakan persoalan-persoalan yang berhubung dengan keris secara langsung. Disebabkan itu, penentuan hanya boleh dibuat dengan kaedah Qias (Analogy). Maksudnya, kita ambil pemasaalahan yang timbul di zaman Rasulullah SAW yang telah dihuraikan beliau melalui penerangan atau perbuatannya. Setelah itu, kita mencerminkan pemasaalahan yg ditempuhi sekarang kepada masaalah yang ditempuhi didalam sesuatu hadith dan kita membuat rumusan yang sebaik mana yang patut untuk mencari penyelesaian yang paling cocok untuk diri kita. Penyelesaian yang paling tepat untuk konteks penghidupan kita yang tidak lari dari apa yang diusulkan oleh Rasulullah SAW melalui Sunnahnya. Asas Hadith - Asas Hadith Kuda Berkepak (Al Khail) Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah ternampak Siti Aishah bermain-main dgn sebuah ukiran dalam bentuk kuda yang berkepak. Rasulullah SAW bertanya kepada Siti Aishah adakah benar kuda itu boleh berkepak? Dan Siti Aishah menjawab bahawa tidakkah Rasulullah SAW ingat tentang cerita Nabi Sulaiman menunggangi haiwan yang seperti itu. Rasulullah SAW lalu dikatakan tersenyum dan beredar dari situ. Jumhur Ulama berpendapat bahawa tidak adanya penegahan dari Rasulullah SAW kepada Siti Aishah adalah disebabkan pandangan beliau terhadap kegunaan objek itu dengan cara yang tidak mendatangkan khurafat. Iaitu pepatung itu tidak disembah sebagai berhala dan ianya boleh digunakan sebagai pelajaran secara tidak langsung di dalam penggunaanmya sebagai bahan permainan.

Asas Hadith - Pepatung Lok Ba Telah diriwayatkan juga oleh Abu Hurairah bagaimana Siti Aishah telah ternampak oleh Rasulullah SAW bermain-main dengan pepatung yang menyerupai perempuan yg dikumpulnya. Pepatung itu dinamakan sebagai Lok Ba. Rasulullah SAW telah ditanyakan oleh para sahabat sama ada itu merupakan sesuatu yang salah kerana boleh dianggap sebagai penyimpanan berhala. Jumhur Ulama berpendapat bahawa disini Nabi
2

KERIS DAN AQIDAH ADAKAH APA2 PERGESERAN ATAU PERCANGGAHAN? __________________________________________________________________________ mengemukakan pendapat bahawa ianya tidak salah kerana patung itu tidak disembah sebagai berhala oleh Siti Aishah. Ianya hanya digunakan untuk permainan dan hikmah disebalik perbuataan itu adalah pengetahuan yg boleh diraih melalui interaksi dgn objek permainan yang dikumpulkan seperti itu. Pemeliharaan dan Penjagaan Barang-Barang Yang Berharga Abu Hurairah juga telah meriwayatkan bahawa Nabi telah mengamalkan penjagaan yang rapi dan teliti terhadap barang-barangan peribadi kepunyaannya seperti sikat, sandal, bekas minuman dan tongkat kegunaannya. Walaupun secara zahir barang-barangan ini tidak mempunyai penilaian material yang tinggi, tetapi nabi telah berpesan bahawa barang-barangan ini mempunyai penilaian tersendiri yang membuatnya berharga dan patut disimpan dalam keadaan kepeliharaan yang baik. Jumhur ulama bersependapat bahawa penilaian yang dimaksudkan disini adalah penilaian peribadi, iaitu ikatan atau tarikan emosi (emotional attachment) kepada barangbarangan tersebut yang tidak disifatkan sebagai khurafat. Huraian Sama ada hadith-hadith ini diambil secara berasingan ataupun bersama, Jumhur Ulama dengan menggunakan Qias telah membuat kesimpulan bahawa sesuatu objek itu, walaupun ianya menyerupai haiwan ataupun manusia tidak semestinya ditegah dari dikumpulkan atau disimpan dan dipelihara atau diberi penghormatan selagi objektif yang dimahukan itu adalah bukan untuk mendewa-dewakannya. Niat yang sekadar ingin mencari hikmah pengetahuan ataupun pemeliharaan terhadap objek itu atas penilaian peribadi atau sejarah. Sebagai contohnya, hingga kehari ini alat-alat kelengkapan perang nabi dan sebahagian khalifah Al Rashidin masih lagi disimpan dan dipelihara bersama juga dengan segenggam janggut nabi. Ini ialah kerana kelengkapan perang itu merupakan objek peninggalan sejarah yang memberi erti yang besar kepada umat Islam di kemudian hari terhadap sejarah perjuangan nabi dan para sahabat dalam menyibarkan syiar Islam. Janggut nabi pula adalah peninggalan yang nilainya dikira dari segi emosi sebagai rasa tanda kasih dan sayang umah dikemudian hari terhadap personaliti pembimbing yang
3

KERIS DAN AQIDAH ADAKAH APA2 PERGESERAN ATAU PERCANGGAHAN? __________________________________________________________________________ disanjungi dan dihormati. Perbuatan ini semua dapat "menghidupkan" dan mengakrabkan didalam minda umah urutan sejarah yang hanya mereka kenali melalui bacaan sahaja. Objek-objek ini diberi penghormatan dan tahap pemeliharaan yang teliti tanpa ianya di sembah atau didewa-dewakan dan dengan itu ianya tidak dianggap perbuatan khurafat. Sepertimana pepatung ukiran manusia Lokba yang boleh didewa-dewakan hingga menjadi seperti berhala, maka keris juga boleh diperlakukan begitu. Pendewaan dan kepercayaan mistik boleh ditanamkan pada apa jua objek yang hidup ataupun tidak. Sebagai contoh, di kawasan kepulauan Pasifik Selatan, ada suku kaum pribumi yang mendewakan kapalterbang yang mereka percayai merupakan kenderaan tuhan mereka. Kepercayaan ini timbul kerana nenek moyang mereka pernah diberi bantuan makanan oleh kapalterbang muatan tentera Amerika pada zaman perang dunia ke2. Disebabkan ini kaum pribumi ini telah mendewakan juga Amerika, askar-askar amerika dan bendera Amerika. Oleh itu, bolehlah kita mengambil kesimpulan bahawa pengumpulan keris tidak boleh dilihat sebagai perbuataan yang menjuru pada khurafat secara otomatis. Lebih-lebih lagi jika ianya dilakukan sebagai pengumpulan artifak sejarah atas dasar-dasar astetika, pemeliharaan kebudayaan, penghormatan yang diberi kepada keris sebagai lambang pencapaian peradaban rumpun melayu diwaktu silam atau hanya sebagai objek yang mempunyai penilaian sentimental semata- mata. Perspektif ini adalah sealiran dengan pendapat jumhur ulama yang mentafsirkan kegiatan mengumpul dan memelihara artifakartifak sejarah di dalam Islam dan kepunyaan peribadi Rasulullah serta para sahabat beliau yang disandarkan keatas ketiga-tiga hadith itu tadi sebagai perbuatan yg tidak mendatangkan khurafat dan tidak menggugah Aqidah. Hikmah Yang Boleh Diraih Dalam Kegiatan Pengumpulan Keris Dimanakah letaknya hikmah di dalam pengumpulan Keris? Keris adalah artifak kebudayaan Melayu yang telah disahkan oleh golongan pakar sebagai sebilah senjata yang telah diilhamkan rekaannya dengan cara yang amat padan penggunaannya dgn sifat kejasmanian manusia (Ergonomic Design). Daripada kegunaan khusus persenjataan ianya berkembang menjadi kegunaan istiadat dan simbol status seseorang didalam sesebuah masyarakat dengan mutu garapan dan kesenian yang amat tinggi sekali. Keris itu adalah bukti nyata yang menunjukkan bahawa peradaban rumpun Melayu itu mempunyai
4

KERIS DAN AQIDAH ADAKAH APA2 PERGESERAN ATAU PERCANGGAHAN? __________________________________________________________________________ pengetahuan dan kebolehan teknikal dan pengilhaman reka-bentuk dan kesenian yang tinggi dan setaraf dengan pencapaian peradaban bangsa-bangsa lain. Fakta ini menunjukkan bahawa kepercayaan negatif umum bahawa orang-orang Melayu adalah bangsa yang tidak berkebolehan atau mempunyai kebolehan hanya dalam bidang-bidang tertentu sahaja seperti sukan, seni dan hiburan, adalah tidak benar. Pengetahuan ini boleh digunakan sebagai satu ransangan kepada golongan muda kita untuk memperbaiki dan mendakap sebanyak dan setinggi mana mungkin pencapaian dalam bidang-bidang lain seperti sains, kejuruteraan, matematik, teknologi hayat dan sebagainya untuk sama bersaing dengan orang lain. Akhir Kata Di dalam sistem perundang-undangan sekular, motif adalah elemen penting di dalam menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu patut dikira sebagai perbuatan jenayah. Kita boleh menyamakan ini dengan elemen niat didalam menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu boleh dikira sebagai melanggar aqidah. Apakah niat seseorang di dalam memupuk minat untuk mengumpul keris? Adakah ianya untuk meraih faedah-faedah yang bersangkut paut dengan kepercayaan yg berasakan khurafat dan menduakan tuhan atau penggunaan sihir dengan perantaraan mahkluk-makhluk halus? Maksudnya, mencari keberkatan daripada kuasa yang lain dari Allah? Kalau ia, maka perbuatan itu adalah sesuatu yang boleh menggugah Aqidah kita dan adalah sesuatu yang patut dijauhi. Tetapi, jikalau minat itu dipupuk untuk sebab mencari hikmah sepertimana yang dipersetujui oleh jumhur ulama dan atas dasar-dasar pengamatan estetika dan juga penilaian kewangan, maka tentu sahaja ianya tidak boleh dikira sebagai melanggar aqidah. Malahan, kerana ianya merupakan ikhtiar yang ikhlas untuk digunakan sebagai sumber pengetahuan dan juga rezeki yang halal, ianya masih lagi boleh dikira sebagai satu ibadah ataupun sekurang-kurangnya kegiatan yang berbaloi dan yang mendatangkan manfaat umum dan peribadi.