Anda di halaman 1dari 15

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENTAKSIRAN BERBANTUKAN KOMPUTER PENTAKSIRAN KENDIRI

Pentaksiran Berbantukan Komputer

Pengertian pentaksiran
Dalam bahasa Inggeris , pentaksiran bermaksud assessment. Menurut Payne (2003), pentaksiran dirujuk sebagai proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut.

Konsep Pentaksiran
Langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.(Mokhtar Ismail) Status dan nilai juga dapat ditentukan selepas menjalankan pentaksiran. Ia penting dalam menentukan kedudukan atau pencapaian murid.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Pentaksiran berbantukan komputer


Merupakan satu pentaksiran menggunakan komputer sebagai medium untuk merekod data supaya lebih tepat dan cekap. Ia menjamin data yang diperolehi disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik.

Kelebihan Pentaksiran Berbantukan Komputer


Data dapat disimpan lebih lama. Lebih sistematik dan tersusun Dapat memudahkan guru untuk merekod, menyimpan dan menyusun maklumat pentaksiran murid. Dapat memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan tahap pembelajaran murid.
7

Lebih bersifat peribadi Bull (1999) mendapati bahawa para pelajar lebih suka pentaksiran berasaskan komputer kerana dapat memberikan maklum balas serta analisis statistik secara tepat dan tepat dari penandaan automatik.

Tindakan Penambahbaikan
Fokus kepada guru untuk mencari kelemahan murid. Seterusnya membuat tindakan penambahbaikan sama ada kekurangan atau kelemahan murid. Contohnya, guru memberi komen dalam hasil karya multimedia yang dihasilkan oleh murid.

Perspektif murid
Faham kehendak hasil pembelajaran yang diinginkan oleh guru. Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum. Pentaksiran yang konsisten dan telus. Murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik seperti yang diinginkan.
10

Perspektif Guru
Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak. Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci. Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran Dapat melihat sejauh mana keberkersanan hasil pembelajaran tersebut kepada murid.
11

Contoh Pentaksiran Berbantukan Komputer


Aktiviti: Capan (Corak terancang) Bidang 2 : Membuat corak dan rekaan Selepas aktiviti, guru akan merekod pencapaian objektif pembelajaran muridmurid ke dalam komputer. Jadi, guru dapat melihat perkembangan murid-murid dalam aspek penguasaan teknik dan konsep di dalam aktiviti tersebut.
12

Guru akan berbuat demikian untuk setiap pembelajaran. Jadi, guru boleh membuat pentaksiran terhadap murid-murid melalui data-data yang telah disimpan dalam komputer. Contohnya, guru boleh melihat kelemahan murid-murid dengan mudah. Guru hanya perlu merujuk kepada data yang disimpan.
13

Contoh aktiviti
Tahun : Tahun Lima Bidang : Menggambar Aras : 2 - Menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam kegiatan menggambar. Aktiviti: Aktiviti Montaj

14

Tema bunga akan diberikan kepada muridmurid. Murid-murid boleh melayari internet untuk mencari gambar bunga. Selepas itu, murid-murid akan menggabungkan semua gambar bunga supaya ia dijadikan sebuah gambar melalui software tertentu (photoshop).
15