Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 21hb September 2011-09-21

Faber Medi-Serve Sdn Bhd Kedah Regional Office 222, Jalan Shahab 4, Kompleks Shahab Perdana Jalan Sultanah bahiyah, Alor Setar 05150 Kedah Darul Aman U.p : Pn. Zairi Miza (Bahagian Sumber Manusia) Tuan, Assalamualaikum wbh; Per: Sesi Taklimat Program Eksekutif Ijazah Pengurusan (General Management) Asia e University. Adalah dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas dengan penuh takzim. Terlebih dahulu kami ingin memohon pertemuan dengan pihak HR Faber Medi-Serve Kedah bagi menerangkan cadangan untuk mengadakan sesi taklimat mengenai program Pendidikan Sepanjang Hayat di organisasi tuan. Program ini adalah ditujukan khusus untuk para kakitangan yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tahap kemahiran dalam kerjaya. Kandungan Sesi taklimat ialah : 1. Mengenai Asia e University (AeU) 2. Program Ijazah Eksekutif Aeu 3. Keistimewaan program 4. Syarat kemasukan 5. Penganugerahan Ijazah Kesudian dari pihak tuan untuk menerima kunjungan dari kami sangat dialu-alukan dengan penuh penghargaan. Sebarang pertanyaan atau pindaan sila hubungi En. Zakuan Ahamad di talian 016-5935926 (H/P) atau 05-3115033 (pej). Sekian, Terima Kasih. Yang benar,

......................................................... Mohd Zakuan B. Ahamad Penasihat Program Email : zakuan@angkasatraining.com