Anda di halaman 1dari 12

Keberkesanan Sekolah Dari Aspek Sosial

Keberkesanan sekolah dari aspek sosial merujuk kepada kebolehan pelajar untuk meletakkan diri dalam kedudukan orang lain, mempunyai sifat empati, kesedaran organisasi dan kebolehan pelajar memenuhi kehendak masyarakat sekeliling.

Selaras dengan visi negara dan cabaran global dalam era teknologi maklumat, kualiti dan keberkesanan pendidikan harus dicapai untuk menentukan generasi yang dijana akan dapat bersaingan dalam dunia yang semakin mencabar.

Sergiovanni (1987) mendefinisikan keberkesanan sekolah berasaskan peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan kriteria untuk mengukur keberkesanan sekolah dan salah satunya ialah penglibatan komuniti dan ibu bapa iaitu dari aspek sosial. Sekolah bertindak sebagai medium untuk mewujudkan hubungan yang seimbang antara warga sekolah dengan masyarakat sekeliling. Sekolah berperanan sebagai ajen untuk memupuk sikap bermasyarkat di kalangan pelajar agar dapat bergaul secara saksama dengan masyarakat pelbagai lapisan secara umum.

Peranan Sekolah Berkesan Dari Aspek Sosial


Keberkesanan sekolah dari aspek sosial dapat diukur melalui tiga peringkat yang berbeza iaitu :

1.
2. 3.

Penglibatan warga sekolah (guru dan pelajar) dengan ibu bapa (PIBG) Penglibat warga sekolah dengan masyarakat sekeliling Penglibatan warga sekolah dengan pihak luar (agensi kerajaan, pertubuhan awam,syarikat swasta dan sebagainya)

Hubungan PIBG
Dalam banyak hal, PIBG menjadi tunjang kemajuan sesebuah sekolah. Banyak peranan yang perlu dimainkan oleh PIBG dalam memastikan keberkesanan sekolah. Keberkesanan sekolah dalam hubungan PIBG dapat diukur melalui hubungan yang baik, mesra dan kasih sayang dalam komuniti PIBG. Komuniti PIBG yang mempunyai hubungan yang baik dengan pihak sekolah akan dapat memupuk pelbagai nilai positif antaranya:

mengambil rasa tanggungjawab sepenuhnya membuat semakan buku tulis, kerja rumah serta kerja kursus serta mengadakan hubungan dua hala dengan pihak sekolah. Ibu bapa hadir membincangkan kemajuan akademik anak apabila mereka merasa perlu berbuat demikian. bersedia secara terbuka dan ikhlas menerima hakikat demi mempertingkatkan pencapaian murid. memainkan peranan penting untuk mendorong anak-anak mereka lebih bergiat aktif untuk mencapai prestasi yang tinggi di sekolah.

Hubungan Komunti
Menurut Bernstein (1970), kebanyakan pengaruh-pengaruh dalam masyarakat lebih kuat daripada pengaruh sekolah. Menurut Kamarudin Hj. Kachar (1989) pendidikan tidak dapat dan tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat. Pendidikan perlu dirancang dan dilaksanakan prosesnya dalam konteks masyarakat. Tujuannya supaya pendidikan ada kaitan rapat dengan masyarakat. Pelajar-pelajar datangnya daripada masyarakat. Mereka diasuh, dididik dan dilatih oleh institusi pendidikan untuk keperluan masyarakat.

Pelajar-pelajar dapat memahami masyarakat, hidup berasaskan kepada nilai-nilai dan unsur-unsur kebudayaan masyarakat ibu bapa serta orang lain memahami dan menghayati keadaan, matlamat dan masalah institusi pendidikan (sekolah)

Sekolah berkesan yang terletak di kalangan masyarat yang bersikap positif akan mendorong dan memberi sokongan terhadap kejayaan sekolah tersebut daripada sudut prestasi akademik mahupun kecemerlangan kokurikulum.

Menyumbang melalui kaedah mendidik emosi dan rohani anak-anak dirumah secara tidak langsung Menunjukkan contoh yang sebenar bagaimana tindakan sebagai seorang manusia yang murni dan mulia. Tidak melepaskan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada sekolah tetapi turut serta dalam proses pendidikan secara tidak langsung.

memupuk sifat beretika, bermoral, bersatupadu, progresif dan sebagainya.

Hubungan Pihak Luar


Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks perlu mewujud dan mengekalkan hubungan saling bergantung dengan semua pihak luar. Tanpa unsur saling bergantung bagai pepatah Melayu seperti aur dengan tebing. Hubungan luar memberi fokus kepada hubungan dengan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah, agensi kerajaan lain seperti polis, bomba, Jabatan Kerja Raya, badan-badan NGO dan sebagainya. Menurut Baharom 2001, bahawa pengetua yang berjaya mewujudkan kerjasama dan koloborasi kerja dengan semua warga sekolah dan masyarakat menunjukkan mereka mempunyai kepimpinan yang berjaya.

Penglibatan pelbagai pihak diperlukan untuk membina hubungan yang baik dan lebih proaktif bagi meningkatkan kemajuan sekolah serta kebajikan murid Sekolah berkesan akan berjaya mempengaruhi persekitaran dan pihak berkepentingan di luar sekolah bagi menghasilkan persekitaran yang lebih kondusif. Dengan adanya hubungan dengan pelbagai pihak, sekolah berkesan akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul tanpa perlu melalui pelbagai peringat yang lebih rumit. Menyelesaikan masalah-masalah meruncing di sekolah seperti penyalahgunaan dadah, bohsia, lepak dan seumpamanya.

Kesimpulan
Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. Oleh itu permuafakatan bersama masyarakat dan organisasi luaran penting dalam membawa kejayaan. Cabaran-cabaran yang melanda masyarakat kita pada masa kini, terutamanya era globalisasi memerlukan keperihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan komuniti dalam mengatasinya. Penumpuan dan kerjasama semua pihak dengan sekolah berkesan adalah perlu dalam pemupukan Modal Insan Kelas Pertama untuk mencapai aspirasi negara terhadap Wawasan 2020 seterusnya menempa nama sebagai sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai